Anda di halaman 1dari 14

1

PEMBELAJARAN SIFAT DAN NAMA ALLAH


TERAS PENGAJARANAKIDAH
Maimon Binti Daud
maimondaud@gmail.com
IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor
Abstrak
Pengajaran Akidah menjadi teras kepada Pendidikan Islam. Akidah mempunyai
konsep yang luas, berpusat kepada konsep atau memberi tumpuan kepada
Allah iaitu suatu tumpuan ke arah membimbing emosi pelajar serta memupuk
kecenderungan mereka mengikut fitrah Allah. Sifat dan Nama Allah adalah
sebahagian tajuk yang dipelajari oleh murid dalam bidang Akidah Pendidikan Islam
di sekolah rendah. Guru seharusnya memanfaatkan peluang melaksanakan
pengajaran pembelajaran berkaitan tajuk ini agar dapat menyumbang menimbulkan
kesedaran ke dalam jiwa murid untuk memahami, menghayati,mengambil iktibar
daripembelajaran berkaitan Sifat dan Nama Allah, seterusnya mengamalkannya
dalam kehidupan seharian. Guru perlu mempunyai kefahaman yang mantap,
menyeluruh berkaitan tajuk ini, kreatif, inovatif agar dapat melaksanakannya dengan
berkesan, penuh iktibar dan pengajaran, berbantukan bahan bantu mengajar (BBM),
strategi, pendekatan serta teknik yang sesuai.


Kata Kunci: Pembelajaran; Sifat dan Nama Allah; Teras; Pengajaran; Akidah


Pendahuluan

Pendidikan Islam Sekolah Rendah diperkenalkan untuk memenuhi tuntutan fardu ain
serta melatih minda murid supaya berfikir berteraskan al-Quran, alam syahadah,
merealisasikannya dalam kehidupan harian ke arah mendekatkan diri kepada Allah
dan bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi.
1
Mata pelajaran
Pendidikan Islam KBSR lebih menumpukan kepada menanam asas keimanan serta



1
Yong Mat Jiwa, 1994, Pendekatan pengajaran Akidah dalam Pendidikan Islam
KBSR, Kertas Kerja Bengkel Pendidikan Islam KBSR Tahun 2 Untuk Guru-Guru Sumber,
Anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur,
22-26 Mei, hlm. 8.


2

keislaman ke dalam jiwa, hati nurani murid, di samping memupuk nilai dan akhlak
Islam dalam tingkah laku mereka.
2

Pembelajaran Sifat Dan Nama Allah
Akidah merupakan asas kepada pembentukan bidang-bidang lain seperti bidang
Asuhan Tilawah al-Quran, Ibadah, Akhlak dan Sirah. Keperluan kepada Akidah
menyebabkan bidang Akidah menjadi fokus utama dalam pembelajaran. Bidang
Akidah dalam Pendidikan Islam KBSR lebih menumpukan kepada aspek asas Akidah
menerusi pemantapan iman, pemupukan sikap tanggungjawab murid sebagai manusia
yang sedar dan insaf tanggungjawab terhadap Allah, Rasul, diri sendiri, keluarga,
masyarakat, alam sekitar dan negara.
Pengajaran Akidah adalah menjadi teras kepada Pendidikan Islam. Akidah Akidah
mempunyai konsep yang luas, berpusat kepada konsep atau memberi
tumpuan kepada Allah iaitu suatu tumpuan ke arah membimbing emosi pelajar serta
memupuk kecenderungan mereka mengikut fitrah Allah.
3
Sehubungan dengan ini,
firman Allah s.w.t:
`!,>_l!,.>,L<_.lL_!.l!,l._,.,._l>l<l:_
`,1l_>.l._!.l.l-,_
4




2
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002a, Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah: Pendidikan Islam, hlm. vii.

3
Zawawi Ahmad, 1990, Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM, Ed. ke-2,
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, hlm. 88.

4
Al-Quran, al-Rum 30: 30.

3


Maksudnya:
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah (tetaplah atas)
fitrah Allah
5
yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada
perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui.

Konsep ini dapat mencetuskan keyakinan seseorang kepada Allah dan akhirnya dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa berpegang teguh kepada akidahnya serta
berbangga dengan pegangan itu, sehingga jiwa mereka sentiasa tersemat dengan ayat
sebagaimana firman Allah s.w.t:
!.!.l_.._ls<.!..>!.l,._`..l_ls!.!...,:,_ls<_.
,ll..l_
6

Maksudnya:
Mengapa kami tidak akan bertawakkal kepada Allah padahal Dia telah
menunjukkan jalan kepada kami, dan kami akan bersabar terhadap gangguan-
gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja
orang-orang yang bertawakkal itu berserah diri.

Berpegang kepada akidah yang teguh serta mengamalkan sikap hidup bertawakkal
kepada Allah adalah penting bagi seseorang Muslim kerana ia boleh mengelakkannya
dari tercebur ke lembah keliru dan terjebak ke dalam kancah taklid buta. Justeru, di
samping memahami konsep pengajaran Akidah secara luas, guru juga perlu menyusun


5
Fitrah Allah: maksudnya ciptaan Allah. Manusia yang diciptakan oleh Allah
mempunyai naluri beragama yaitu agama tauhid. Kalau ada manusia tidak beragama tauhid,
maka hal itu adalah tidak wajar. Mereka yang tidak beragama tauhid itu adalah kerana
pengaruh persekitaran.


6
Al-Quran, Ibrahim 14: 12.
4

isi pengajaran dengan rapi dan menyampaikannya kepada pelajar secara jelas serta
menarik. Tanpa berbuat demikian, keraguan akan timbul di kalangan pelajar, malah
menyebabkan pelajar menjadi keliru.
7

Berdasarkan kesedaran bahawa anak-anak yang dilahirkan adalah bersih daripada
segala kekeruhan akidah dan amalan mungkar, usaha-usaha ke arah memupuk dan
mengukuhkan iman perlu difikirkan. Iman bukanlah suatu yang statik atau jumud,
bukan pula suatu natijah kepercayaan tanpa fikir dan taakul. Malah ia adalah unsur
dalaman yang aktif, berteraskan kreativiti ketuhanan. Justeru, aspek keimanan
seharusnya diurus secara bijaksana agar dengan keutuhan keimanan dalam diri murid/
insan itu dapat membendung diri mereka daripada gejala mungkar yang dikutuk oleh
Allah. Keimanan yang padu juga dapat mencetuskan motivasi kendiri menuju ke arah
satu perubahan diri individu yang kenal dan faham erti kehidupan sejagat (dunia) dan
abadi (akhirat). Kesemua unsur ini memerlukan pembangunan yang sepadu antara
zahiriah dan batiniah murid/ insan itu sendiri bagi memenuhi satu wawasan kehidupan
yang luhur.
8

Iman adalah cahaya/ nur yang menyinari batin murid/ insan yang bersifat aktif,
sentiasa berinteraksi dalam sistem kemanusiaan yang sepadu dan boleh dijelmakan
sebagai suatu tenaga (force) yang kuat dalam menangani kehidupan sarwajagat. Ia
dibangunkan dengan satu cara yang betul mengikut lunas-lunas yang difahami serta
ditafsirkan ke dalam wadah kehidupan. Justeru, sesuai dengan hasrat serta tujuan
untuk memperkukuh serta memperhebatkan pemupukan dan penerapan keimanan
secara sepadu dalam jiwa anak didik di peringkat KBSR, pendekatan dalam


7
Zawawi Ahmad, hlm. 89-90.


8
Yong Mat Jiwa, hlm. 1.
5

pengajaran pembelajaran tentang Khaliq/ Pencipta, ketauhidan perlu difikirkan, diolah
sebaik mungkin supaya jiwa murid tersemai dengan benteng keimanan yang utuh,
padu, menjadi asas serta dorongan dalaman yang kukuh ke arah jaya diri yang
sewajarnya dalam menghadapi karenah kehidupan masa kini.
9


Pengajaran pembelajaran berkaitan Sifat dan Nama Allah adalah pendekatan
pemupukan dan penerapan iman secara bersepadu ke dalam jiwa murid di peringkat
KBSR. Ini bermakna, pendekatan dalam pengajaran pembelajaran tentang Khalik atau
Pencipta diharapkan dapat menyemai benteng keimanan yang utuh serta padu, sekali
gus menjadi asas serta dorongan dalaman yang kukuh ke dalam diri murid.
10

Menurut al-Sayyid Sabiq, Sifat Allah yang dimaksudkan di sini ialah Sifat-Sifat luhur
yang merupakan penetapan dari kesempurnaan ketuhanan Allah serta keagungan-
Nya. Sifat-Sifat ini hanya dimiliki oleh Allah sebagai Pencipta. Makhluk ciptaan
Allah tidak layak bersifat dengan Sifat yang sama dengan Sifat-Sifat Allah.
11
Allah
bersifat dengan sifat kesempurnaan, suci daripada segala sifat kekurangan.
12
Manusia
dapat mengenali Allah dengan cara mempelajari tentang Nama-Nama dan Sifat-Sifat-
Nya. Pemahaman yang baik tentang Nama dan Sifat Allah dapat menyingkap pintu
hati manusia, menggerakkan jiwa serta roh, seterusnya dapat mengenali Allah secara
langsung.
13



9
Yong Mat Jiwa, hlm. 1.

10
Yong Mat Jiwa, hlm. 2.
11
Sbiq, al-Sayyid, 1992, Al-
c
Aqid al-Islmiyyah, Bayrt: Dr al-Shurq, hlm. 52.

12 al-Bti, Muhammad Sa
c
id Ramadan, 1393H/ 1973,Al-Yaqiniyyt al-Kauniyyt al-
Kubr, Dimashq: Dr al-Fikr, hlm. 115.
13 Sbiq, al-Sayyid, 1992/ 1412H,hlm.24.
6


Sifat-Sifat Allah yang dimaksudkan dalam penulisan ini ialah Sifat-Sifat Allah yang
terkandung dalam bidang Akidah, Pendidikan Islam KBSR bagi Tahun Satu hingga
Tahun Enam iaitu Wujd, Qidam,Baq, Mukhlafatuh lil- hawdith, Qiymuh bi-
nafsih, Wahdniyyah, Qudrat, Irdah,
c
Ilm, Hayt, Sama
c
, Basar dan Kalm.
14


Nama Allah pula ialah satu lafaz yang menunjukkan Zat atau Sifat-Sifat Allah. Al-
Asma al-Husna bermaksud Nama-Nama yang terbaik dan terindah. Terdapat
sembilan puluh sembilan Nama Allah dalam al-Asma al-Husna iaitu seperti al-
Rahman, al-Rahim, al-Malik, al-Quddus, al-Salam, al-Mumin, al-Muhaimin dan lain-
lain.
15

Sehubungan dengan ini, firman Allah s.w.t:
<',!.-_.`.>':`s:!!,_
16

Maksudnya:
Hanya milik Allah al-Asma al-Husna. Maka bermohonlah
17
kepada-Nya
(dengan menyebut al-Asma al-Husna itu).

Al-Asma al-Husna yang dimaksudkan di sini ialah al-Asma al-Husna yang
terkandung dalam bidang Akidah, Pendidikan Islam KBSR bagi Tahun Satu hingga
Tahun Enam iaitu al-Rahmn, al-Rahim, al-
c
Afuww, al-Ghafr, al-
c
Adl, al-Shakr, al-

14
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002a,Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah: Pendidikan Islam, hlm. 7. Lihat jadual 1.1, hlm. 5.

15
Sbiq, al-Sayyid, hlm. 24-25.


16
al-Quran 7: 180.


17
Menurut Sbiq, al-Sayyid, 1992, Al-
c
Aqid al-Islmiyyah, hlm. 4, maksud bermohon ialah
bertaqarrub kepada-Nya dengan menyebut al-Asma al-Husnadalam zikir dan ibadah.
7

Salm, al-Hdi, al-Sabr, al-Hakim, al-Hasib dan Dh al-Jall wa al-Ikrm.
18
Tajuk-
tajuk berkaitan Sifat dan Nama Allah dalam bidang Akidah, Pendidikan Islam KBSR
bagi Tahun Satu hingga Tahun Enam adalah sebagaimana yang dapat dilihat pada
jadual 1.1.
Jadual 1.1 Jadual berhubung tajuk berkaitan Sifat dan Nama Allah dalam bidang
Akidah, Pendidikan Islam KBSR
TAHUN SIFAT ALLAH AL-ASMA AL-HUSNA
1 - al-Rahmn
al-Rahim
2 Wujd
Qidam
al-
c
Afuww
al-Ghafr
al-Karim
3 Baq
Mukhlafatuh li al-hawadith
Qiyamuh bi nafsih
al-
c
Adl
al-Shakr
4 Wahdniyyah
Qudrat
al-Salm
al-Hdi
5 Irdah
c
Ilm
Hayt
al-Sabr
al-Hakim
6 Sama
c

Basar
Kalm
al-Hasib
Dhu al-Jall wa al-Ikrm

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002a. Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Islam. hlm. 7.


Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Pembelajaran Sifat dan Nama Allah

Persoalannya, adakah guru mempunyai kefahaman yang mantap berhubung Sifat dan
Nama Allah?Bagaimanakah cara guru menyampaikan pengajaran tentang konsep
berkaitan Sifat dan Nama Allah?Berjayakah guru memberikan kefahaman berhubung
Sifat dan Nama Allah?Sejauh manakah guru berjaya menyumbang untuk


18
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002a, hlm. 7.

8

menimbulkan kesedaran ke dalam jiwa murid?Berjayakah guru membimbing emosi
pelajar serta memupuk kecenderungan mereka mengikut fitrah Allah?

Cabaran bagi guru-guru Pendidikan Islam khususnya, semua guru, ibu bapa dan
semua anggota masyarakat bahawa asas keimanan yang utuh perlu diabadikan ke
dalam diri murid iaitu rasa sayang kepada Pencipta (Allah s.w.t) perlu ditanam
sehingga berakar umbi dan bertunjang ke dalam diri murid, rasa sayang kepada-Nya
melebihi segala. Berjayakah kita melaksanakannya?

Memperkukuhkan Pengajaran Pembelajaran Sifat Dan Nama Allah
Menyentuh tentang pendekatan dan kaedah pengajaran Akidah, guru boleh
menggunakan teknik dan aktiviti yang pelbagai seperti meminta murid mengumpul
benda-benda berkaitan, mewarna, melukis, membezakan, bercerita mengenai benda-
benda berkenaan; bersoal jawab, membuat kesimpulan termasuk unsur pengajaran dan
iktibar. Selain itu, bagi aktiviti yang melibatkan gambar, guru boleh bersoal jawab,
membimbing murid bercerita mengenai gambar, membuat perkaitan, bernasyid,
membuat projek carta bergambar, melakukan situasi keadaan sebenar/ simulasi dan
membuat lawatan ke tempat berkenaan.
19

Berhubung dengan langkah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran pembelajaran Akidah, sebagai contoh, dalam langkah pertama, guru
hendaklah memastikan supaya semua isi pengajaran dikuasai oleh semua murid. Guru


19
Maktab Perguruan Islam, 1993, Metodologi pengajaran Pendidikan Islam yang
berkesan. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Islam dan Seminar Pengajaran Bahasa Arab,
Maktab Perguruan Islam, Bangi, 21-23/ 25-27 Ogos.
9

tidak boleh meneruskan isi pengajaran langkah dua sebelum murid menguasai isi
pengajaran langkah pertama. Guru hendaklah memastikan fokus pengajaran iaitu
pengetahuan, pengalaman, pemikiran dan penghayatan diterapkan secara berkesan. Di
akhir pembelajaran, guru boleh membimbing murid membuat rumusan.
20

Di antara kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah perbincangan. Perbincangan
adalah salah satu kaedah yang melibatkan aktiviti pembelajaran menerusi
percambahan dan pertukaran idea serta perkongsian maklumat mengenai sesuatu isu.
Dalam kaedah ini, murid hendaklah mengambil bahagian secara aktif, bertukar
fikiran, maklumat serta mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah. Murid
saling memberi serta menerima idea dalam semangat kerjasama dan persefahaman
yang harmoni.
21

Kaedah bercerita juga adalah kaedah yang menarik dalam pengajaran Akidah jika
guru bijak dan mahir melaksanakannya melalui penyampaian yang menarik dan
harmoni. Selain guru sebagai penyampai cerita, murid dan audio visual juga boleh
dilibatkan. Begitu juga, guru boleh menentukan penyampai cerita sama ada guru
sendiri, murid atau melalui audio visual. Bercerita adalah aktiviti yang kebiasaannya
adalah untuk menyampaikan sesuatu peristiwa atau kisah. Melalui aktiviti ini,
diharapkan murid dapat mengamati, memetik nilai-nilai murni, pengajaran serta
iktibar melalui peristiwa dan kisah yang diceritakan.
22



20
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), 2003c, Buku
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR: Akidah. Kementerian
Pendidikan Malaysia, hlm. v.

21
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), 2003c, hlm. v.
22
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), 2003c, hlm. v.
10

Teknik bercerita boleh disampaikan secara lisan atau rakaman berdasarkan kisah-
kisah benar seperti kisah dari al-Quran atau para sahabat Rasulullah.
23
Sebagai
contoh, bagi tajuk Allah Maha Berkuasa (Qudrah/ ), murid diberi maklumat atau
ilmu berkaitan, mempercayai dan meyakini Allah Maha Berkuasa. Murid
diperjelaskan dengan dalil nas, bukti rasional, serta ilmu berkaitan agar murid yakin
bahawa Allah Maha Kuat, sedangkan manusia dan makhluk adalah lemah. Ini boleh
dicapai dengan cara menerang, membuat pemerhatian kejadian alam dan bersoal
jawab dengan murid.
24

Dari segi penghayatan, bagi tajuk ini, murid diasuh menjiwai kekuasaan Allah,
sekaligus dipupuk dengan nilai peribadi bahawa kuat adalah lebih baik daripada
lemah dan disertakan dengan ilmu mengenai ciri-ciri kekuatan, bersesuaian dengan
murid Tahun Empat, atau seumpamanya. Murid juga diasuh menjiwai keperluan
menguasai ilmu sains dan teknologi untuk membolehkan kekuatan diri dan
masyarakat dicapai. Ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti tazkirah, diskusi, soal
jawab dan refleksi (yang lebih banyak melibatkan domain afektif), pemerhatian, rekod
serta soal selidik (questionare).
25

Selain itu, aspek amalan pula boleh dilaksanakan dengan melibatkan murid dalam
aktiviti melakukan nilai-nilai yang telah dikenalpasti. Ini boleh dilakukan dengan cara
soal jawab dan refleksi (dengan melibatkan domain afektif). Penilaian pula boleh
dilaksanakan dengan cara pemerhatian dan merekod. Di samping itu, proses

23
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), 2003c, hlm. v.
24
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), 2003c, hlm. v.

25
Adnan Yusopp, 2005, Pelaksanaan Pendidikan Islam berasaskan pendekatan Islam
Hadhari, Kertas Kerja Kursus Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
Berasaskan Pendekatan Islam Hadhari Untuk Jurulatih Utama, Anjuran Bahagian Kurikulum
Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jun.
11

pentabiatan pula boleh dilibatkan dengan penerusan aktiviti pengamalan nilai-nilai
sehingga menjadi kebiasaan dalam diri murid. Penilaian bagi menentukan pentabiatan
boleh dibuat melalui pelaporan, refleksi dan rekod profil.
26

Sehubungan ini, bagi melaksanakan pengajaran pembelajaran Sifat dan Nama Allah,
guru perlu merujuk kitab Akidah muktabar, tafsir al-Quran serta huraian hadith,
sebagai rujukan tambahan kepada sukatan, huraian sukatan, buku panduan guru dan
buku teks. Ini adalah selari dengan pandangan yang dikemukakan oleh Adnan
Yusopp:
Sememangnya guru perlu merujuk buku-buku Akidah, buku tafsir al-Quran
dan huraian Hadith untuk melaksanakan pengajaran pembelajaran berkaitan
dengan Sifat dan Nama Allah kerana usaha ini menjadikan guru lebih selesa.
Ini adalah kerana guru dapat melibatkan banyak isi di samping dapat
memasukkan unsur-unsur kesedaran, penghayatan dan pengamalan. Begitu
juga, jika murid mengemukakan soalan-soalan, guru dapat menjawabnya
dengan confident dan memuaskan. Ini bermakna, pengajaran guru ini lebih
berjaya berbanding guru yang hanya bergantung kepada buku teks, tanpa
membuat rujukan tambahan.
27


Saranan-saranan lain:
1. Menambah buku rujukan serta bahan bacaan berkaitan Sifat dan Nama Allah
di perpustakaan institut-institut pendidikan guru Malaysia (IPGM) serta
perpustakaan awam agar pelajar dapat membuat rujukan dan ulangkaji secara
berterusan.


26
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), 2005b, hlm. 9.



27
Adnan Yusopp, 2004, Pengajaran pembelajaran berkaitan Sifat dan Nama Allah,
Kuala Lumpur, Temu bual, 10 November.

12

2. Menyediakan modul pengajaran pembelajaran Sifat dan Nama Allah agar
pelaksanaannya di sekolah lebih berkesan serta memotivasikan pembelajaran
terarah kendiri.
3. Kursus, bengkel, latihan, ceramah berhubung dengan Sifat dan Nama Allah
hendaklah dianjurkan secara berterusan untuk meningkatkan keupayaan,
kemahiran guru terhadap tajuk ini, termasuk strategi pengajaran
pembelajarannnya.
4. Menganjurkan kursus, bengkel tentang pengajaran pembelajaran Sifat dan
Nama Allah untuk pensyarah.
5. Sifat dan Nama Allah dimasukkan dalam program pengisian kuliah Maghrib,
Subuh bagi aktiviti masjid, surau sama ada di institut-institut pendidikan guru
Malaysia (IPGM) atau masjid, surau lain agar pemahaman dan penghayatan
berkaitan tajuk ini lebih menyeluruh.
6. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JPIM) di institut-institut pendidikan
guru Malaysia (IPGM), di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia boleh
menganjurkan pertandingan menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM)
sebagai bahan inovasi pedagogi serta penulisan kreatif berkaitan Sifat dan
Nama Allah.
Kesimpulan
Ma
c
rifat Allah adalah asas Akidah Islam. Guru-guru, ibu bapa dan semua umat Islam
perlu meneruskan usaha meningkatkan pembacaan, pengetahuan, pemahaman,
penghayatan dan pengamalan berhubung Sifat dan Nama Allah. Usaha ini diharapkan
dapat membantu meningkatkan pemahaman, penghayatan dan pengamalan berkaitan
Sifat dan Nama Allah dalam kehidupan.
13

Pendedahan berhubung Sifat dan Nama Allah perlu dilaksanakan secara iltizam dan
berterusan dalam kelas formal di sekolah. Murid boleh diberikan penerangan,
penjelasan, menggunakan pendekatan penceritaan berkaitan Sifat dan Nama Allah.
Kaedah pemerhatian memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti di luar
kelas.Sebagai contoh, murid diberi tugasan tertentu seperti mengumpul benda-benda
maujud yang membuktikan Allah adalah al-Rahman. Kemudian, murid kembali
semula ke kelas dan mempersembahkan penemuan merekasecara berkumpulan.
Murid juga boleh dilibatkan dengan aktiviti mewarna, melukis,
membezakan,bercerita mengenai gambar,audio visual,bersoal jawab, membuat
perkaitan, memetik nilai murni,membuat kesimpulan, mengemukakan iktibar,
pengajaran mengenai nikmat kurniaan Allahal-Rahim, umpamanya. Selain itu, aktiviti
lain juga boleh dilibatkan seperti bernasyid, membuat projek carta bergambar,
simulasi, berlakun, membuat lawatan ke tempat berkaitan dan tazkirah.
Ketika melaksanakan pengajaran pembelajaran Sifat dan Nama Allah, bagi
membolehkan guru memberi guru memberi penerangan dan penjelasan, guru perlu
merujuk kitab Akidah muktabar, tafsir al-Quran serta huraian hadith, sebagai rujukan
tambahan kepada sukatan, huraian sukatan, buku panduan guru dan buku teks.Guru
seharusnya memanfaatkan peluang melaksanakan pengajaran pembelajaran berkaitan
tajuk ini agar dapat menyumbang menimbulkan kesedaran ke dalam jiwa murid untuk
memahami, menghayati,mengambil iktibar dari pembelajaran berkaitan Sifat dan
Nama Allah, seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Guru perlu
mempunyai kefahaman yang mantap, menyeluruh berkaitan tajuk ini, kreatif, inovatif
agar dapat melaksanakannya dengan berkesan, penuh iktibar dan pengajaran,
berbantukan bahan bantu mengajar (BBM), strategi, pendekatan serta teknik yang
sesuai.
14


Rujukan

Al-Quran
Adnan Yusopp. 2005. Pelaksanaan Pendidikan Islam berasaskan pendekatan Islam
Hadhari. Kertas Kerja Kursus Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab Berasaskan Pendekatan Islam Hadhari Untuk Jurulatih Utama.
Anjuran Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral. Kementerian Pelajaran Malaysia. Jun.
Adnan Yusopp. 2004.Pengajaran pembelajaran berkaitan Sifat dan Nama Allah.
Kuala Lumpur. Temu bual. 10 November.

al-Bti, Muhammad Sa
c
id Ramadan. 1393H/ 1973.Al-Yaqiniyyt al-
Kauniyyt al-Kubr. Dimashq: Dr al-Fikr.
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM).
2003c, Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam KBSR: Akidah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002a. Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Islam.
Maktab Perguruan Islam. 1993. Metodologi pengajaran Pendidikan Islam
yang berkesan. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Islam dan Seminar
Pengajaran Bahasa Arab, Maktab Perguruan Islam, Bangi. 21-23/
25-27 Ogos.
Sbiq, al-Sayyid. 1992.Al-
c
Aqid al-Islmiyyah. Bayrt: Dr al-Shurq.
Yong Mat Jiwa. 1994. Pendekatan pengajaran Akidah dalam
Pendidikan Islam KBSR. Kertas Kerja Bengkel Pendidikan
Islam KBSR Tahun 2 Untuk Guru-Guru Sumber.Anjuran
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kuala Lumpur. 22-26 Mei.
Zawawi Ahmad. 1990.Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM.
Ed. ke-2. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Anda mungkin juga menyukai