Anda di halaman 1dari 18

1

NAMA: MUHAMAD ZULFADZLE BIN FAUZI


NO MATRIK: M202069932
SUBJEK: PRINSIP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING
NAMA PESNYARAH: MOHD SUHADI BIN MOHAMED SIDIK
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING
2

PENGENALAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, setinggi tinggi kesyukuran kehadrat illahi


kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna
walaupun terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan namun ia tidaklah menjadi masalah yang
besar dalam menyiapkan tugasan ini.

Namun begitu,saya tetap berusaha mencari sumber dan hasilnya tugasan ini dapat disisapkan
atas usaha keras dan juga bantuan daripada rakan rakan dalam menyiapkannya.Disini saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DR. SUHADI kerana telah banyak memberi
tunjuk ajar tentang pelaksanaannya.

Saya amat berbangga kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya,Akhir kata
dari saya,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini dan tidak lupa juga pihak perpustakkan
kerana menolong untuk mencari sumber yang dikehendaki.

Sekian terima kasih.


3

APA ITU TEKANAN

DEFINISI TEKANAN
 Stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami
ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan
dengan cara hidup kita.
 Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah
mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri
seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.
– ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun
apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan
pengubahsuaian yang selari dengannya.
– Ada tekanan perasaan yang baik (positif) dan ianya dinamakan sebagai
“eustress” manakala yang yang buruk (negatif) pula dinamakan
sebagai “distress.”
4

2.1 CIRI-CIRI INDIVIDU MENGALAMI STRES

FIZIKAL
a) Gementar
b) Batuk
c) Rasa Seram Sejuk
d) Kurang Selera Makan
e) Kering Mulut

PSIKOLOGIKAL
a) Kebimbangan
b) Keliru dan kurang daya tumpuan
c) Sukar kawalan diri
d) Perubahan emosi:
e) Tekanan perasaan
f) Kekecewaan
g) Mewujudkan permusuhan
h) Rasa tak berdaya
i).Kurang sabar dan cepat marah
j) Lemah Semangat
k) Susah nak tidur

GANGGUAN FIKIRAN
a) Sukar membuat keputusan
b) Kurang minat terhadap aktiviti harian
c) .Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar
d) Pemikiran positif terganggu disebabkan
e) Sering berfikiran negative
f) Kurang memberi perhatian
5

g) Hilang keyakinan diri


h) Hilang tumpuan
i) Penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa dan cepat
marah.

TINGKAH LAKU
a) Bercakap dengan cepat dan kuat
b) Menguap
c) Suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih
d) Perasaan yang negatif: 1.Mudah tersinggung
e)Terlalu bergantung kepada orang lain
f) Suka memberi komen dan kritik orang lain
g) Boleh bertindak ganas
h) Bertindak secara tidak logik
i) Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi
j) Kurang Kecekapan diri:
k) Mudah lupa
l) Selalu membuat kesilapan
m) Sering terlibat kemalangan
n) Kurang produktiviti kerja
o) Menindakkan keupayaan diri sendiri

2.2 PUNCA TEKANAN

GAYA HIDUP
 Disiplin pemakanan yang tidak sihat dan gemar berbelanja menggunakan kad kredit.
KEWANGAN
 Masalah kewangan yang teruk dan sifat individu yang tidak merancang untuk
berbelanja.
PERSONALITI
6

 Sukar melahirkan perasaan gembira dan tabiat terlalu banyak bercakap daripada
mendengar serta mudah marah terhadap perkara remeh dan kecil.

SPIRITUAL
 Mudah menyalahkan orang lain dan sukar menjalinkan hubungan persahabatan.

PERISTIWA HIDUP
 Berasa diri tidak berguna dan selalu melihat kelemahan diri.
PERSEKITARAN
 Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang bising dan tempat
tinggal sesak, tidak selesa.
PERHUBUNGAN
 Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat setempat.
PEKERJAAN
 Berasa jadual waktu bekerja yang diberikan membebankan

2.3CARA MENGATASI MASALAH TEKANAN

a) Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stres


b) Anda perlu kenal pasti punca yang menyebabkan anda stres
c) Pelajarilah teknik dan kaedah pengurusan stres.
d) Sekiranya tiada perubahan dalam masalah stres yang anda hadapi selepas tiga minggu anda
amalkanteknik dan pengurusan stres yang disarankan ini, berjumpalah dengan pakar dan
dapatkan bantuan mereka

2.4 DOA PENDEK UNTUK MENGHILANGKAN STRESS

(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)


7

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya
aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87

3.0 APA ITU KEBIMBANGAN

3.1 DEFINISI KEBIMBANGAN

Kebimbangan boleh ditafsirkan secara ringkas sebagai persepsi terhadap sesuatu pantulan
persekitaran akan berlaku sesuatu jika tidak dipenuhi dengan sesempurna yang mungkin.
Tekanan ini akan menimbulkan rasa ketakutan apabila difikirkan secara mendalam dan
berterusan tanpa berbuat sesuatu perkara bagi mengatasinya. Menurut Drever (1952)
kebimbangan ialah perasaan takut yang kroniks dan kompleks. Ia wujud dalam pelbagai jenis
kecelaruan mental dan saraf. Manakala Jersid (1960) menyatakan, kebimbangan adalah
tindak balas keseluruhan pada bahaya yang subjektif. Altrocchi (1980) menyebut, ahli
psikologi mentakrifkan kebimbangan sebagai perasaan yang dirasai oleh seseorang semasa
ketiadaan sebarang bahaya luaran yang dikenal pasti dan ia hanya sebagai tindak balas
terhadap bahaya dalaman yang tidak realistic. DSM-III pula mentakrifkan kebimbangan
sebagai gangguan yang pradominan atau ia dialami jika individu cuba menguasai simptom-
simptomnya.

Sikap seseorang pada penyebab kecelaruan mempunyai implikasi yang ketara kepada
seseorang itu menjalankan penyelidikan. Di samping itu, ia juga mempengaruhi tanggapan,
bagaimana menguruskan kecelaruan ini bagi memulihkannya. Oleh itu, kebimbangan dapat
dianggap sebagai satu petanda bahawa bahaya akan berlaku. Walau bagaimanapun, beberapa
masalah psikologi kanak-kanak dan remaja timbul yang disebabkan kebimbangan tidak
menunjukkan ia berkaitan dengan bahaya secara fizikal.
8

Bambers (1979) menjelaskan dua konsep yang memainkan peranan penting dalam bidang
psikologi klinikal dalah kebimbangan dan ketakutan. Walau bagaimanapun, maksud sebenar
kedua-dua istilah ini serta arah fenomena yang ditunjukkan oleh istilah-istilah ini masih tidak
jelas. Bambers (1979) menerangkan bahawa terdapat kesukaran bagi mendapatkan maksud
sebenar konsep ketakutan dan kebimbangan ini. Beliau menjelaskan terdapat kecenderungan
di kalangan ahli psikologi menggunakan dua pendekatan yang berbeza bagi mentakrifkan
katakutan dan kebimbangan. Pendekatan yang pertama adalah memberikan makna yang sama
antara ketakutan dan kebimbangan manakala pendekatan yang kedua adalah membezakan erti
kebimbangan dan ketakutan.

Wolpe (1958) menyatakan,kebimbangan digunakan seerti dengan perkataan ketakutan. Tiada


sebarang alasan lagi mengatakan bahawa terdapat perbezaan fisiologi antara ketakutan yang
ditimbulkan oleh rangsangan yang dikaitkan dengan ancaman yang objektif seperti ular dan
ketakutan yang disebabkan oleh kucing.

3.2 ETIOLOGI KECELARUAN KEBIMBANGAN

Etiologi (penyebab) kecelaruan kebimbangan atau kecelaruan kebimbangan dengan melihat


peranan faktor-faktor biologikal seperti neurobiology, genetic, biological predispositions atau
keadaan yang mudah dipengaruhi biologikal dan fisiologi.
Melalui Teori Psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) menganalisis
kebimbangan secara terperinci yang dapat kita jadikan sedikit panduan bagi menangani
kecelaruan kebimbangan. Mengikut May (1979), Frued merupakan orang yang mula-mula
mengulas kebimbangan secara saintifik. Ini dapat dilihat pada tahun 1895, beliau
mengesyorkan satu entity diagnostik yang baru iaitu neurosis-kebimbangan. Beliau
kemudiannya mengulas isu kebimbangan ini dengan lebih terperinci di dalam buku beliau
yang bertajuk Hemmung, Sympton and Anxiety pada tahun 1926 yang kemudiannya
diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris setahun selepas itu, di bawah tajuk Inhibition,
Sympton and Axiety.
Mengikut Sigmund Freud, (1856 – 1939), dalam diri manusia terdapat tiga sistem tenaga
iaitu id, ego dan superego yang berinteraksi antara satu sama lain. Id mempunyai tenaga
psikik sepenuhnya. Oleh kerana ego memerlukan tenaga psikik untuk berfungsi, keadaan
konflik wujud di antara tenaga pendorong id dan tenaga menghalang, ego dan superego.
Dalam sesuatu masa tertentu, dunia luar berfungsi untuk memuaskan kehendak ego. Keadaan
ini ego akan rasa terancam bagi memenuhi kehendak id dan id sedaya upaya akan cuba
mendesak ego agar dipenuhi tidak kira dengan apa jua sekalipun. Apabila ego mempunyai
rangsangan terlalu banyak maka ia dibanjiri kebimbangan. Kebimbangan mungkin akan
wujud dalam beberapa bentuk yang tertentu (Sabariah Siron, 2005).

3.3 CIRI-CIRI KEBIMBANGAN


9

Berpandukan penyenaraian segala penyakit di dalam Disorder Statistik of Manual-IV


(DSM-IV) terdapat banyak jenis-jenis kebimbangan yang wujud di dunia ini dan
sebanyak sembilan jenis kebimbangan dikategorikan namun begitu akan diperincikan
sebanyak empat sahaja di bawah ini antaranya ialah :

Agorafobia
Penyakit kebimbangan Agorafobia berlaku kepada seseorang yang berasa takut kepada
kawasan yang luas dan sibuk. Kadang kala ianya boleh berlaku serentak dengan keadaan
panic ataupun tidak. Jika terdapat kecelaruan panic berterusan maka ia akan mendapat
serangan panic dan kemungkinan takut menghadiri majlis-majlis keramaian. Kecelaruan jenis
ini melibatkan ketakutan pada suasana atau tempat yang mungkin memalukannya bagi
melepaskan diri apabila memerlukan pertolongan serangan panik. Istilah agoraphobia berasal
daripada perkataan Greek (Nevid et.al, 2000). Mengikut Yonkers et.al, (1998) ianya sering
berlaku kepada golongan wanita berbanding dengan lelaki. Sebagai contoh di program
festival, karnival, majlis ceramah atau rapat umum ataupun di pasar malam yang sibuk

Kebimbangan Umum
Kecelaruan kebimbangan umum dikategorikan dengan cirri-ciri seperti bimbang kepada
suasana kewangan, anak-anak dan hubungan sosial. Penghidap berasa terawang-awangan dan
sedikit berkhayal sebagaimana yang dijelaskan oleh Freud (Rapee, 1991). Kanak-kanak yang
bimbang kepada pencapaian akademik, sukan dan aspek-aspek sosial persekolahan yang lain
merupakan tanda mengalami kecelaruan kebimbangan umum. Mereka akan mengalami
keletihan, sukar tidur, sukar menumpukan perhatian, fikiran menjadi buntu, otot-otot menjadi
tegang dan tidak bersemangat. Selalunya penghidap penyakit ini mengalami perasaan resah,
bmbang dan gangguan fizikal yang akhirnya mendapat gangguan emosi seperti ketegangan
(APA, 1994).

Kecelaruan Kebimbangan Obsesif-Kompulsif


Obsesif adalah pemikiran atau idea yang kelihatan melampaui kemampuan individu bagi
mengawalnya. Ini bermakna mempunyai perasaan takut yang berkait rapat dengan
kepercayaan, bayangan dan fikiran yang tidak logic dan rasional. Ia menyebabkan gangguan
hidup dalam bentuk keraguan dan imej mental yang kurang menyenangkan. Seseorang yang
mengalami obsesif boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain atau pasangannya.
Manakala kompulsif adalah tingkah laku yang berulang seperti berulang kali membasuk
tangan atau sering kali memeriksa pintu berkunci. Kompulsif terbahagi kepada dua kategori
iaitu :
 Rtual memeriksa
10

 Ritual membersih. Kompulsif sentiasa disertai dengan perasaan obsesif apabila ia


muncul sebagai melepaskan kebimbangan yang diwujudkan oleh pemikiran obsesif
(Nevid et.al, 2000)
Sebagai contoh, dalam budaya orang Islam, perasaan ketidaksempurnaan mengambil wuduk
atau mencuci kain yang terkena najis mendorong untuk mencuci berulang-ulang kali
sehingga berlaku pembaziran air. Dalam kata lain was-was.

Fobia Khusus
Berlaku kepada individu yang mengalami ketakutan yang keterlaluan pada suasana atau
objek yang khusus seperti suasana terlalu gelap (claustrophobia), tempat yang tinggi
(acrophobia) atau takut kepada binatang-binatang kecil, ular, atau ulat bulu. Ketakutan ini
biasanya diikuti dengan tindak balas fisiologi yang tinggi apabila individu berdepan dengan
rangsangan yang menakutkan. Tindak balas yang rendah mampu mengeluarkan diri dari
mengalami gangguan fobia khusus. Kebiasaannya fobia khusus berlaku kepada kanak-kanak,
walau bagaimanapun ada yang Berjaya melawan perasaan fobia khusus jika diberi peneguhan
sokongan yang logik (Merkelback, 1996).
DSM –IV (APA, 1994), mengelaskan fobia khusus kepada lima kumpulan iaiut
 Jenis fobia kepada binatang seperti serangga, anak kucing dan sebagainya.

 Jenis fobia persekitaran yang tabii iaitu pada ketinggian, kilat, laut ataupun bukit.
 Jenis fobia darah seperti suntikan dan kecederaan. Ia juga boleh berlaku mengikut
keturunan kekeluargaan yang kuat merujuk kepada fobia yang dicetuskan oleh darah,
jarum suntikan atau prosedur perubatan.
 Jenis fobia suasana iaitu ketakutan kepada pendedahan suasana yang khusus seperti
takut memandu kenderaan melalui jambatan, terowong atau kapal terbang atau
kawasan yang tertutup.
 Jenis ketakutan lain. Kategori ini disebabkan ketakutan tercekik, muntah, atau takut
pada suasana kebisingan yang kuat. Penyakit ini adalah kecelaruan psikologi yang
lumrah dihadapi oleh satu orang daripada 10 orang Amerika (APA, 1994).

3.4 MENURUT ROSENHAMDAN SELIGMEN (1995) TERDAPAT ENAM


PETANDA SESEORANG ITU MEMPUNYAI TINGKAH LAKU TIDAK NORMAL
DISTRES
Individu berkenaan mengalami distress peribadi atau kebimbangan (anxiety) yang
keterlaluan. Contohnya, semua orang akan berasa risau apabila ingin menghadapi
11

peperiksaan. Tetapi bagi mereka yang distress, mungkin mereka tidak menghadiri dewan
peperiksaan tersebut.

SALAH ADAPTASI
 Tingkah laku yang gagal mengadaptasi kepada kehendak-kehendak atau keperluan-
keperluan normal kehidupan.

TIDAK RASIONAL
 Tingkah laku atau percakapan yang tidak rasional dan tidak difahami oleh orang lain.
Contohnya orang yang bercakap-cakap dengan roh ibunya yang sudah meninggal
dunia kerana dia terdengar-dengar suaranya.

SUKAR DIRAMAL
 Tingkah laku yang sukar diramal, seolah-olah individu berkenaan sedang berada di
luar kawalannya, Contohnya, seorang kanak-kanak yang tiba – tiba menghempaskan
permainannya tanpa sebab.

DI LUAR KEBIASAAN (UNCONVENTIONAL) DAN JARANG TERDAPAT
(RARITY)
 Tingkah laku seseorang yang terkeluar dari normal-normal masyarakatnya dan tidak
diterima daripada sudut nilai nilai moralnya. Tingkah laku berkenaan juga dianggap
sebagai sesuatu yang tidak dikehendaki. Contohnya, bekerja sebagai pelacur,
merompak dan sebagainya.

KETIDAKSELESAAN PEMERHATI (OBSERVER DISCOMFORT


 Ada juga tingkah laku yang membuatkan orang lain dipersekitarannya terancam atau
distres. Contohnya, sikap suka mengatakan kepada orang lain di khalayak ramai tanpa
menghiraukan perasaan orang lain malu atau tidak sebaliknya merasa puas dengan
apa yang dilakukannya. Boleh juga kita merujuk kepada contoh orang yang suka
mengganggu orang lain dengan menimbulkan rasa ketidakselesaan dan tidak selamat
kepada orang yang diganggu.

Berdasarkan enam petanda di atas, sekurang-kurangnya terdapat dua tingkah laku di atas
maka boleh dikategorikan mempunyai tingkah laku abnormal. Walau bagaimanapun, dapat
disimpulkan bahawa sesuatu diagnosis psikologikal ialah satu label deskriptif yang mengenal
pasti dan menerangkan kecelaruan mental berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui
proses pemerhatian, ujian dan analisis (P.G. Zimbardo dan A.L. Weber, 1997).
12

Kesimpulannya, sekali lagi ditegaskan, tingkah laku abnormal terbentuk apabila seseorang itu
mengalami konflik dalaman mahupun luaran menyebabkan kerisauan atau kebimbangan
berlaku dalam diri mereka. Apabila kebimbangan ini tidak dapat ditangani dengan baik atau
mengherot berotkan pernyataan (apa yang dialami dalam bentuk apa jua sekalipun) maka
mereka gagal dalam membuat keputusan dengan baik dan keadaan ini akan menjelma tingkah
laku abnormal. Oleh itu perlu kita memperinci dan memperbincangkan tentang elemen
kebimbangan yang terdapat dalam diri manusia mengikut pandangan teori dan ahli-ahli
psikologi yang lain.

3.5 CARA MENGATASI MASALAH BIMBANG DALAM ISLAM


SOLAT
a.) Hajat
b). Taubat
Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan
mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
DOA
Doa mengelakkan lapan perkara:
a) Rasa sedih
b) Dukacita
c) Malas
d) Lemah
e) Penakut
f) Bakhil
g) Bebanan Hutang
h) Gangguan Manusia
ZIKIR
Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
BACA AL-QURAN
Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit

3.6 KESIMPULAN
Rumusan yang boleh dibuat di sini, kebimbangan yang keterlaluan boleh menyebabkan
seseorang akan bertingkah laku abnormal, ganjil, aneh, dan kemungkinan membawa kepada
skizoprenia. Namun begitu ia boleh dicegah melalui terapi yang dicadangkan agar individu
13

dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan terus berkembang daripada segi psikologikal,
biologikal, neurobiology, fisiologi dan menyerlah melahirkan personality cemerlang dan
berkeyakinan. Psikoterapi boleh diamalkan melalui teori – teori kognitif yang lain selain
daripada teori di atas sebagai contoh sahaja antaranya Teori REBT (Albert Ellis, 1962), Teori
Existential (Rollo May dan Viktor Frankl,1909), Teori Bandura (Albert Bandura, 1977),
Teori Pemusatan Klien (Carl Rogers, 1902), Teori Gestalt (Frederick S.Fritz Pearls, 1893)
dan sebagainya.

4.0 KERISAUAN

4.1 DEFINISI KERISAUAN


Kerisauan adalah berpunca daripada ketidakpastian (uncertainty) di mana kita seringkali takut
kepada perkara yang kita tidak tahu. Kerisauan juga terjadi apabila kita memandang rendah
potensi dan kekuatan diri dalam menghadapi situasi-situasi yang mendatangkan tekanan seperti
pandemik COVID-19.

4.2 JENIS JENIS KERISAUAN


a) Kerisauan Realiti : Adanya suatu ancaman nyata yang wujud atau yang dijangka akan
berlaku.
Contoh: Takut gagal dalam peperiksaan.

B )Kerisauan Moral : =Terhasil daripada nurani seseorang.


= Orang mempunyai hati nurani (conscience) yang mantap
mudah rasa bersalah bila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai nilai moral atau
nilai masyarakat.
Contoh: Menipu orang tua dan rasa bersalah
c) Kerisauan Neurotik =Kerisauan yang seringkali tidak dapat dicari puncanya.
=Ditakuti sebab ia bersifat tidak sedar.

4.3 CIRI CIRI KERISAUAN

BIMBANG SEPANJANG MASA


14

Apabila anda mengalami ‘anxiety disorder’, anda sentiasa keresahan pada kebanyakan hari
dan perasaan ini berterusan selama enam bulan. Ia boleh menjadi terlalu kronik sampaikan
perkara harian yang remeh pun sering dirisaukan. Ini akan menyebabkan aktiviti harian anda
terganggu manakala tubuh dan minda berasa letih yang luarbiasa.

“Perbezaan antara ‘anxiety disorder’ dan keresahan biasa adalah apabila emosi anda
menyebabkan anda menderita dan hidup menjadi tidak terurus,” kata Sally Winston, PsyD,
Anxiety and Stress Disorder Institute of Maryland di Towson.

SUKAR TIDUR
Masalah sukar melelapkan mata atau selalu terjaga selalunya terkait rapat dengan pelbagai
keadaan kesihatan sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi.

Kalau kita nak berhadapan dengan sesuatu yang penting keesokan harinya, normallah untuk
berasa sedikit gementar atau teruja sehingga sukar melelapkan mata. Tapi sekiranya anda
asyik terjaga, bimbang dan terfikirkan tentang masalah sampai tak boleh nak tidur atau
terbawa-bawa ke dalam mimpi hingga kerap terjaga – ini adalah salah satu tanda ‘anxiety
disorder’.

KETEGANGAN OTOT
Ketetangan otot yang berterusan adalah antara tanda yang mengiringi ‘anxiety disorder’.
Tanda tanda ini boleh berlaku akibat respon tubuh terhadap stres yang keterlaluan. Ia boleh
berlaku dengan kerap sehingga pesakit menganggapnya perkara biasa.

Menurut Anxiety Centre, rasa kebas pada tangan atau bahagian lain pada tubuh juga adalah
simptom yang selalu dialami oleh mereka yang mengalami ‘anxiety disorder’.

MASALAH PENGHADAMAN YANG KRONIK


Keresahan mungkin bermula dari minda anda akan tetapi ianya boleh memperlihatkan tanda
fizikal lain seperti sindrom gangguan usus (irritable bowel syndrome) iaitu satu keadaan yang
mempunyai tanda seperti sakit perut, kejang otot, buncit, angin dalam perut, sembelit, atau
cirit-birit. Ini semua merupakan masalah yang bermula dari saluran perut yang sensitif
terhadap tekanan psikologi.
Keadaan tidak selesa dari segi fizikal dan sosial yang diakibatkan oleh masalah penghadaman
ini juga boleh membuat seseorang merasa bertambah risau.kerap sembelit
15

NERVOUS BREAKDOWN
Seseorang yang mengalami ‘anxiety disorder’ biasanya suka memendam perasaan. Namun
apabila kebimbangan atau sesuatu yang mengganggu perasaannya memuncak, berlakulah
‘nervous breakdown’ seperti tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk hingga hilang rasa
malu dan takut.
Selain itu, ada sesetengah orang pula sering pengsan apabila terlalu stres.

HANYA FOKUS PADA KOMEN NEGATIF


Tak kiralah berapa banyak hal positif yang diungkapkan tentang kerja atau atau diri
seseorang, ‘anxiety disorder’ menyebabkan seseorang tetap cenderung untuk fokus kepada
bahagian yang negatif sahaja.
Akibatnya, seseorang itu akan mempunyai perangai yang terlalu cerewet dan obsesif terhadap
kesempurnaan hingga berasa takut untuk gagal.

PANIC ATTACK
Serangan panik boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ia mirip dengan serangan
jantung. Seseorang yang diserang ‘panic attack’ akan berasa sukar bernafas, sakit dada,
pening, berpeluh-peluh, menggigil, jantung berdebar, sakit perut dan lemah tubuh badannya.
Bukan semua orang yang mengalami serangan panik ini mengalami ‘anxiety disorder’, tetapi
mereka yang mengalaminya berulangkali perlu berjumpa doktor untuk mengesahkannya.

SUKAR MENJALIN HUBUNGAN


Selain disebabkan bimbang tentang masalah yang dihadapi sekarang, lazimnya seseorang
yang mengalami ‘anxiety disorder’ sering terkenangkan peristiwa lampau hingga ia begitu
kerap membayangi fikiran.

Hal ini boleh menjadi punca anda sukar mempercayai seseorang dan sukar menjalinkan
hubungan yang mendalam dengan orang yang dianggap istimewa. Bahkan, hubungan dengan
keluarga juga mungkin turut terjejas atau semakin renggang. Anda mungkin melakukannya
tanpa sedar kerana terlalu takut untuk disakiti atau takut kehilangan mereka.

4.4 CARA MENGATASI MASALAH KERISAUAN


Ada berbagai cara boleh dibuat, ini termasuk:
16

a) Berkongsi hal-hal yang menakutkan kepada orang yang boleh dipercayai


b) Membaca rencana yang ada kaitan dengan masalah yang dihadapi
c) Amalan gaya hidup sihat
d) Belajar tentang kemahiran cara mengatasi masalah
e) Belajar untuk bertenang
f) Melibatkan diri dalam kegiatan agama
i) Berjumpa dengan Kaunselor terdekat untuk mendapat khidmat nasihat.

5.0 RUMUSAN

Bimbingan dan kaunseling adalah satu cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara
berhadapan. Ia memerlukan komunikasi dua hala iaitu antara kaunselor dengan klien .
Bimbingan dan kaunseling ini mempunyai cara dan langkah tersendiri bagi menyelesaikan
sesuatu masalah. Bukan mudah untuk kita menyelesaikan masalah klien , ianya mempunyai
teknik yg pelbagai dan kaunselor perlu menggunakan teknik-teknik tersebut

Bukan itu sahaja , sebagai seorang kaunselor , perlu mempunya kemahiran-kemahiran asas
sebelum menyelesaikan masalah klien . Dalam bimbingan dan kaunseling ini mempunyai
banyak teori yg bokeh digunakan. Antaranya teori Sigmund Freud , Carl Roggers. Bimbingan
dan kaunseling ini bukan sahaja digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah malah
digunakan untuk memberi motivasi atau erti kata lain ialah memberi kata-kata semangat
kepada mereka yang memerlukan . Bimbingan dan kaunseling mempunyai perbezaan
daripada segi profesional , tempat , masa dan teori-teori yang digunakan . Semua guru boleh
memberi bimbingan kepada pelajar . Hal ini kerana , bimbingan hanya memerlukan
kebolehan seorang guru dan bukannya memerlukan pertaulian atau persijilan semata
berbanding dgn kaunseling.

Akhir sekali, sesi bimbingan dan kaunseling sangat penting dalam kehidupan kita sama ada
sebagai orang awam mahupun pelajar.
17

6.0 RUJUKAN

BASMEIH, A. (2000). Tafsir Pimpinan Ar Rahman Kepada Pengertian Al quran. Darl Fikr Kuala
Lumpur.

Abdullah, F. (2015). Teori Signmud Freud. https://www.slideshare.net/FathmalynAbdullah/teori-


sigmund-freud-48685525.

BASMEIH, A. (2000). Tafsir Pimpinan Ar Rahman Kepada Pengertian Al quran. Darl Fikr Kuala
Lumpur.

Ghani, D. H. (2012). Kebimbangan. http://www.myhealth.gov.my/kebimbangan/.

Hussin, K. H. (2004). Pedagogi asas pendidiikan. Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn Bhd.

SHAMSUDDIN, A. P. (2013). Bimbangan dan Kaunseling Kanak Kanak. Free Mind Kuala Lumpur.

YAHYA, A. (2006). Punca Dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku. Pahang: Professional Publishing Sdn
Bhd.

SHAMSUDDIN, A. P. (2013). Bimbangan dan Kaunseling Kanak Kanak. Free Mind Kuala Lumpur.
18

7.0 ISI KANDUNGAN

Pengenalan………………………………………………………………………1
Definisi Tekanan .................................................................................................................................. 3
Ciri tekanan ......................................................................................................................................... 4
Punca Tekanan ................................................................................................................................ 5
Definisi Kebimbangan ............................................................................................................................ 7
Etiologi Kebimbangan ......................................................................................................................... 8
Ciri Kebimbangan ............................................................................................................................ 9
Definisi Kerisauan ................................................................................................................................ 13
Jenis Kerisauan ...................................................................................................................................... 14
Rumusan .............................................................................................................................................. 16
13Rujukan…………………………………………………………………………………………………………………………………………1
7

Anda mungkin juga menyukai