Anda di halaman 1dari 12

TAJUK ESEI

Apakah tujuan dan kepentingan Kod Etika Kaunselor?. Bincangkan bagaimana dan
apakah prinsip-prinsip penting yang perlu diambilkira apabila anda diminta
menggubal kod etika. Apakah cadangan dan penyelesaian yang dapat anda
kemukakan jika terdapat percanggahan kod etika dengan undang-undang, polisi dan
peraturan yang sedia ada?.

Tujuan Kod Etika

Dalam profesion menolong, terdapat banyak kod etika yang digunakan oleh golongan
professional mengikut profesion masing-masing. Sebagai contoh, kod etika yang dipakai oleh
pakar dan pengamal kaunseling di Amerika Syarikat dinamakan Kod Etika Persatuan
Kaunseling Amerika Syarikat atau ACA (American Counseling Association 2005). Manakala
kod etika yang digunapakai oleh ahli psikologi di Amerika Syarikat dinamakan Prinsipprinsip Etika dan Kod Tatalaku Ahli Psikologi Persatuan Psikologi Amerika Syarikat atau
singkatannya APA (American Psychology Association 2010). Di Malaysia juga mempunyai
kod etika yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia (Lembaga Kaunselor
Malaysia 2011). Kod etika ini menjadi pegangan bagi setiap pengamalan kaunseling di
Malaysia dan kod ini perlu difahami oleh setiap pengamal kaunseling bersama-sama dengan
Akta Kaunselor 580 (Rafidah Aga Mohd Jaladin dan Lau Poh Li 2013).

Gladding, S.T. (2000) melihat kepada pengertian kod etika ditakrifkan satu set standard atau
piawaian dan prinsip yang dibentuk oleh sesebuah organisasi bertujuan untuk memberi

panduan kepada ahli mengenai tingkah laku berinteraksi antara ahli dengan orang luar
organisasi berkenaan. Kod etika bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan
juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng
daripada standard perlakuan kaunselor. Kod etika ini menggariskan standard perlakuan
kaunselor dalam menjalin perhubungan professional dengan klien, rakan-rakan kaunselor,
majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat.

Tujuan dan kepentingan Kod Etika Kaunselor (KEK) Lembaga Kaunselor (Malaysia)
mempunyai lima tujuan utama, iaitu untuk:
1

Menyediakan garis panduan bagi membantu kaunselor untuk

bertindak secara

profesional. Dengan yang demikian, mereka dapat memberikan perkhidmatan


kaunseling yang terbaik serta memupuk nilai-nilai profesion kaunseling dengan cara
terbaik;
2

Mewujudkan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta amalanamalan yang terbaik;

Membolehkan Lembaga Kaunselor (Malaysia)

menjelaskan tanggungjawab etika

semua kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor (Malaysia);


4

Memberi sokongan kepada misi Lembaga Kaunselor (Malaysia); dan untuk

Menjadi asas bagi memproses aduan dan pertanyaan mengenai etika yang ditujukan
kepada kaunselor.

Kepentingan Kod Etika Kaunselor :

Setiap profesion yang melibatkan interaksi antara individu, memerlukan satu bentuk
peraturan atau etika yang tersendiri bagi keperluan ahli-ahlinya. Etika memainkan peranan

yang penting sebagai satu garis panduan atau peraturan untuk menjaga profesionalisma
kaunselor, kepentingan ahli serta perjalanan kaunseling sendiri. Swanson & Van Hoose
(1977) yang menyatakan, Standard or code of ethics are designed to protect the public and
also to give guidelines to practitioner so that difficulty with the law may be avoided by the
person who follow the profesions code, menguatkan lagi fakta tersebut.

Di antara-antara kepentingan-kepentingan kod etika ialah;

Memberi perlindungan kepada ahli dalam profesion kaunseling daripada sebarang


tindakan yang boleh menyebabkan public condemnation (penghinaan masyarakat).

Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang tindakan atau layanan yang
tidak profesional, atau kecuaian pihak kaunselor.

Sebagai pengukur kepada self-regulation dalam profesion itu sendiri.

Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkaraperkara yang tidak diingini bukan disebabkan oleh kesalahan kaunselor itu sendiri.

Sebagai sokongan apabila berdepan situasi etika. Ini bermakna kod tidak
menyelesaikan

setiap

masalah

namun

sebagai

panduan

untuk

membuat

keputusan/mencari penyelesaian

Penguatkuasaan kod bermakna kaunselor memandang serius terhadap kebajikan klien


dan orang awam. Di samping itu, kaunselor dapat menjaga reputasi profesion.

Penggubalan kod memerlukan input ahli dalam penetapan piawai. Berdasarkan isu-isu
yang berlaku, kod dapat digubal.

Prinsip-prinsip penting untuk menggubal kod etika


Prinsip-prinsip asas yang perlu diambil kira dalam menggubal kod etika adalah :

BENEFICENCE

NON-MALEFICENCE

FIDELITY

JUSTICE

AUTONOMY

VERACITY

a. Autonomi
Berpandukan pada kehendak sendiri atau kebebasan klien untuk memilih arah mereka sendiri.
Menghormati autonomi adalah dengan mengiktiraf hak orang lain untuk memilih dan
bertindak sesuai dengan keinginannya dan berperilaku professional dan mengikut hak orang
lain. Menurut ACA kaunselor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien untuk
menjaga kepentingan dan kebajikan klein; kaunselor harus mengelakkan keterbegantungan
klien dalam membina hubungan kaunseling.

b. Nonmaleficence
Mengelakkan kerugian. ACA menyatakan dalam hubungan kaunseling, kaunselor sedar akan
keakraban dan tanggungjawab yang wujud dalam hubungan kaunseling, mengekalkan rasa
hormat pada klien dan mengelakkan tindakan bagi keperluan peribadi dengan klien menjadi
mangsa.

c. Beneficence
Bermaksud kebaikan, iaitu membuat kebajikan bagi orang lain. Idealnya, kaunseling
memberikan sumbangan untuk pertumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan klien
dalam konteks budaya mereka, sehingga apa-apa perkara yang dilakukan oleh kaunselor

mendapat pujian terhadap kriteria ini. Menurut ACA, tanggungjawab utama kaunselor adalah
untuk menghormati martabat dan untuk memajukan kesejahteraan klien.

d. Justice
Keadilan, beerti memberikan perlakuan yang sama kepada semua orang. ACA pula
menyatakan, kaunselor memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan mengabdikan
sebahagian daripada kegiatan profesional mereka kepada perkhidmatan yang sebahagiannya
atau tidak ada keuntungan kewangan.

e. Fidelity
Kesetiaan, bermaksud bahawa profesional membuat janji jujur dan menghormati komitmen
mereka kepada mereka yang menerima perkhidmatan. ACA menyatakan ketika kaunseling
bermula dan sepanjang proses kaunseling diperlukan, kaunselor memberitahu klien tentang
tujuan, sasaran, teknik, prosedur, limitasi, potensi risiko dan manfaat perkhidmatan yang akan
dilakukan dan maklumat berkaitan lain. Dengan kata lain melibatkan saling percaya dan
hubungan teraputik di mana klien boleh mencari penyelesaian mereka sendiri.

f. Veracity
Kejujuran, bermaksud kebenaran. Melainkan kaunselor berpura-pura dengan klien,
kepercayaan yang diperlukan untuk membentuk hubungan kerja yang baik tidak akan
berkembang. ACA : Kaunselor mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa klien
memahami implikasi daripada diagnosis, tujuan penggunaan ujian dan laporan, kos dan
tatacara bayaran. Klien mempunyai hak mengharapkan kerahsiaan dikekalkan dengan
penerangan had yang sepatutnya dan klien boleh menolak setiap perkhidmatan disyorkan dan
diberi nasihat akibat daripada penolakan tersebut.

Cadangan dan penyelesaian yang dapat anda kemukakan jika terdapat percanggahan
kod etika dengan undang-undang, polisi dan peraturan yang sedia ada
1. Perspektif Undang-undang : Model Fisher (2008)
Fisher (2008) memperkenalkan satu model etika sebagai panduan untuk kaunselor dalam
melaksanakan tugas mereka berkenaan dengan isu-isu kerahsiaan, seperti berikut :

Model Fisher (2008) membantu kaunselor untuk mengekalkan kerahsiaan dalam memberi
perkhidmatan kaunseling dengan lebih berkesan. Berdasarkan kajian kes hipotetikal yang
berikut diaplikasikan model tersebut dalam menyelesaikan isu yang berlaku.

2. Perspektif Undang-undang : Model Corey


Secara umumnya, profesional kesihatan mental mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu :
i)
ii)

Melindungi keselamatan masyarakat daripada klien yang berpotensi berbahaya.


Melindungi klien daripada ancaman diri sendiri (privasi dan keselamatan klien).

Justeru kesinambungan antara mengekalkan kerahsiaan klien dan melindungi keselamatan


masyarakat dalam cara yang beretika merupakan satu cabaran untuk kaunselor. Ini juga
merupakan salah satu cabaran etika utama yang dihadapi oleh profesional kesihatan mental di
seluruh dunia.

Corey dan rakan-rakan (2010) memperkenalkan garis panduan umum untuk kaunselor dalam
melaksanakan kewajipan memberi amaran. Model ini merangkumi lapan langkah seperti
berikut :
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)

Mendapatkan persetujuan termaklum.


Membuat perancangan awal menerusi perundingan.
Menyediakan pelan kontijensi.
Mendapatkan insuran liabiliti profesional.
Melibatkan klien dalam proses perbincangan tentang isu kerahsiaan dan batasannya.
Mendapatkan maklumat sejarah klien secara terperinci.
Dokumen secara bertulis.
Melaksanakan prosedur untuk memberi amaran.

Selain daripada kewajipan memberi amaran, kaunselor bertanggungjawab untuk melindungi


klien dan masyarakat daripada ancaman yang berpotensi diakibatkan oleh klien yang
berbahaya atau berniat untuk membunuh diri. Justeru, garis panduan berikut membantu
profesional dalam mengendalikan klien yang ganas atau berniat untuk membunuh diri :
a) Memeriksa dan memastikan dokumen persetujuan termaklum adalah jelas.
b) Mendapatkan butir-butir dan kontak peguam daripada organisasi profesional.
c) Mengkaji kod etika organisasi profesional anda (di Malaysia Kod Etika Kaunselor
Lembaga Kaunselor Malaysia digunakapakai) mengenai isu-isu yang berkaitan
dengan perkhidmatan kaunseling.
d) Berkenalan dan mendapatkan kontak profesional yang berpengalaman dalam
menangani klien yang berbahaya atau ganas.
e) Jika keganasan klien di kesan pada peringkat awal temu bual, cuba dapatkan rekod
klinikal daripada profesional kesihatan mental yang pernah berjumpa dengan klien
tersebut, sekiranya klien pernah mendapatkan rawatan kesihatan mental sebelumnya.
7

f) Mengambil bahagian dalam sekurang-kuranganya satu bengkel berkaitan dengan


penilaian dan pengurusan klien yang berbahaya.

Kajian Kes Suhaya berdasarkan Perspektif Undang-undang Model Fisher (2008)


Suhaya merupakan seorang gadis berbangsa Melayu dan beragama Islam yang berumur 16
tahun dihantar oleh ibu bapa untuk berjumpa dengan kaunselor. Pada sesi pertama, kaunselor
berjumpa dengan Suhaya dan ibu bapa bersama-sama. Kaunselor menjelaskan tentang isu
kerahsiaan dan maklumat yang dibincangkan dengan Suhaya tidak akan didedahkan kepada
ibu bapa tanpa persetujuan Suhaya. Ibu bapa Suhaya menunjukkan pemahaman bahawa
kerahsiaan adalah diperlukan untuk membangunkan kepercayaan antara suhaya dengan
kaunselor.

Pada mulanya, Suhaya berasa ragu-ragu untuk menghadiri sesi kaunseling. Tetapi selepas
menjalankan beberapa sesi dengan kaunselor, dia mendedahkan bahawa dia terfikir untuk
membunuh diri. Ibu bapa Suhaya tidak mengetahui tentang niat membunuh diri, kerana dia
tidak pernah memberitahu mereka atau sesiapa mengenai perkara ini. Menurut Suhaya, ibu
bapanya tidak menyukai teman lelakinya yang bernama Fitri. Mereka membantah
perjumpaan Suhaya dengan Fitri serta merancang untuk mengatur perkahwinannya dengan
seorang sepupu. Oleh sebab itu, Suhaya telah merancang pelan untuk membunuh diri tetapi
belum berpeluang untuk melaksanakannya.

Penyelesaian isu
Dalam kes kaunseling, kes Suhaya dikategorikan sebagai kaunseling krisis kerana melibatkan
kesan etika dan undang-undang kerahsiaan yang serius. Sebagai kaunselor prfesional,

persediaan untuk berhadapan dengan semua jenis klien termasuk klien yang berniat untuk
membunuh diri adalah amalan yang penting. Aplikasi Model Fisher (2008) dalm kes Suhaya
dijelaskan seperti berikut :

Langkah Pertama : Persediaan


a) Apakah pandangan kod etika terhadap isu ini?
Kod Etika ACA (2005) menyatakan pada perkara B.2.a. Keperluan umum bahawa kaunselor
perlu menyimpan maklumat rahsia tidak lagi terpakai, jika pendedahan diperlukan bagi
melindungi klien atau orang lain yang dikenalpasti daripada kemudaratan yang serius dan dan
yang boleh diramalkan, atau apabila undang-undang mengkehendaki yang maklumat rahsia
mesti didedahkan. Kaunselor hendaklah berunding dengan professional lain apabila mereka
berada dalam keadaan tidak pasti tentang kesalahan sesuatu kekecualian itu. Pertimbangan
tambahan perlu digunakan apabila meneliti isu-isu akhir hayat.

b) Secara amnya, semua agama sama ada Islam, Buddha, Hindu dan Kristian, melarang
penganutnya membunuh diri. Namun, dalam hal ini kaunselor perlu melihat kepada nilai
peribadi klien berkenaan membunuh diri. Dalam kes Suhaya jika mengikut hukum agama
Islam adalah haram membunuh diri tanpa kebenaran sesuatu. Menurut pandangan Ibnu
Daqiq al-Aid hadith ini suatu dalil menyatakan bahawa membunuh diri sendiri atau orang
lain adalah berdosa besar.

c) Drafkan dokumen persetujuan termaklum untuk menghuraikan kerahsiaan dan batasannya


dalam bahasa yang jelas. Bermaksud di sini kaunselor perlu menyediakan draf dokumen
persetujuan termaklum untuk Suhaya.

Langkah Kedua : Memaklumkan Kebenaran Kepada Klien secara lurus


Ini merupakan satu bahagian kaunselor dikehendaki untuk menunjukkan profesionalisme
dalam amalan kaunseling. Kaunselor mesti mendidik klien mengenai batasan kerahsiaan dan
memastikan klien memahami konsep ini supaya menerima batasan kerahsiaan itu sebagai
satu syarat sebelum memulakan hubungan teraputik dengan klien.

Langkah Ketiga : Memperoleh Persetujuan Sebelum Membuat Pendedahan


Selepas klien telah memahami kepentingan kerahsiaan dan batasannya, klien dikehendaki
untuk menandatangani dokumen persetujuan termaklum sebagai bukti sebelum kaunselor
membuat sebarang pendedahan (pendedahan hanya dibuat apabila yang dituntut oleh undangundang yang tidak dapat dielakkan).

Langkah Keempat : Bertindak secara beretika terhadap permintaan undang-undang


untuk pendedahan. Pada peringkat ini kaunselor perlu maklumkan kepada klien
bahawa pendedahan tanpa persetujuan klien dibuat atas tuntutan undang-undang dan
pendedahan maklumat sulit dihadkan iaitu maklumat yang diperlukan oleh undangundang sahaja.

Langkah Kelima : Mengelakkan pendedahan kerahsiaan yang boleh dielakkan.


Ini bermaksud pendedahan maklumat tertakluk kepada maklumat yang diperlukan oleh
undang-undang sahaja dengan tidak sewenang-wenangnya didedahkan kepada pihak lain
seperti wartawan akhbar atau media sosial yang lain.

Langkah Keenam : Berbincang tentang kerahsiaan.

10

Pada peringkat ini kaunselor perlu lebih peka dengan isu kerahsiaan iaitu dengan berusaha
meningkatkan pemahaman diri dan amalan yang berkaitan dengan kerahsiaan. Mungkin
kaunselor boleh membuat rujukan dan pembacaan berkaitan isu kerahsiaan dan pendedahan
kepada undang-undang.

Kesimpulan
Kerahsiaan merupakan antara isu etika yang mencabar kepada para kaunselor. Selain
daripada kewajipan kaunselor kepada klien, kaunselor atau ahli psikoterapi juga mempunyai
tanggungjawab kepada agensi mereka, masyarakat, ahli keluarga klien dan kepada diri
mereka sendiri. Justeru, pematuhan kepada kod etika yang dipegang sangat membantu dalam
melaksanakan profesion sebagai seorang kaunselor. Ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan profesion kaunselor pada masa akan dating.

Rujukan.
ACA Code of Ethics 2014.
Akta Kaunselor Malaysia 580. (1998).
Corey, C., Corey, M. S., & Callahan, P. (2003). Issues and ethics in the helping professions.
(6th ed). New York: Brooks / Cole Publishing.
Kod Etika Kaunselor : Lembaga Kaunselor Malaysia.

11

Rafidah Aga Mohd Jaladin & Lau Poh Li. (2013). Isu Profesional dan Etika. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya
Welfel ER, Ethics in Counseling and Psychotherapy: Standards, Research, and Emerging
Issues, 2nd Ed, 2002, Brooks/Cole
https://masjidassyakirin.wordpress.com

12

Anda mungkin juga menyukai