Anda di halaman 1dari 5

KAJIAN KES GESTALT

Lan (bukan nama sebenar) adalah anak tunggal. Sejak kecil lagi Lan tinggal
bersama dengan datuk dan tidak tinggal bersama dengan ibu kerana ibu berada di
Kuala Lumpur dan bekerja sebagai kerani. Lan amat membenci ibunya kerana dari
kecil lagi Lan tidak pernah dijaga oleh ibu dan mendapat kasih sayang ibu. Lan juga
benci dengan ayahnya yang tidak pernah dikenalinya kerana meninggalkan ibu
sewaktu Lan masih di dalam kandungan ibu. Lan juga tidak pernah mengambil tahu
apakah yang terjadi antara ibu dan ayahnya.
Lan gembira tinggal dengan datuk tetapi kasih sayang datuk dengan keluarga
sendiri tidak sama baginya. Lan amat cemburu dengan rakan-rakannya yang lain
tinggal bersama dengan ibu bapa tetapi diri Lan pula sebaliknya. Lan hanya melihat
wajah ibu setahun sekali dan Lan tidak pernah langsung melihat wajah ayah. Oleh
kerana kurangnya kasih sayang ibu dan ayah, Lan selalu sahaja memberontak. Lan
mudah panas baran dan akan mengamuk jika sesuatu yang tidak kena. Datuk juga
tidak berani memarahi Lan kerana amat menyayangi Lan dan mungkin kerana faktor
usia datuk yang terlalu tua.
Di sekolah Lan dikenali dengan perangai samseng dan suka menjahamankan harta
benda sekolah. Guru-guru juga telah melabel Lan sebagai samseng sekolah dan
apa sahaja barang sekolah yang rosak, Lan pasti akan dicari oleh guru-guru. Lan
pernah menconteng bilik darjah, tangga-tangga, tiang kaki lima, dinding bangunan,
memecahkan kerusi, meja malah meja guru juga pernah Lan musnahkan. Menurut
Lan apabila dia dapat memecahkan sesuatu barang dia akan berasa puas dan akan
dapat melepaskan kebenciannya pada ibu. Lan juga sudah lali dengan kata-kata
orang dan tidak kisah dengan label yang diberikan.

ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL - TEORI GESTALT

Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan terhadap isu-isu yang
berkaitan dengan manusia secara holistik. Manusia dilihat mempunyai satu
komposisi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubung kait di
antara satu sama lain seperti perasaan, fikiran dan tingkah laku yang saling
berinteraksi dan bergerak secara aktif, bukan secara berasingan Teori ini
berpendapat bahawa manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan untuk
menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku pada mereka. Apa yang mereka alami
adalah akibat daripada matlamat dan tujuan diri sendiri. Dengan itu manusia boleh
mengendalikan tanggungjawab peribadinya sebagai manusia yang berguna,
personaliti yang sihat yang lahir daripada pengalaman hidup yang bermakna.
Pendekatan ini telah menekankan kepada situasi semasa dan menikmati
sepenuhnya apa yang ada.
Kaunselor Gestalt berpendapat manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan
menyesuaikan

diri dengan apa yang

berlaku kepadanya. Manusia boleh

mengendalikan tanggungjawab peribadinya dan hidup sebagai manusia yang


berguna. Antara perkara- perkara penting ialah:
Hidup sekarang, fokus pada sekarang.
Nyatakan dan bukan cuba beri alasan.
Cuba alami perasaan yang menyakitkan seperti juga apabila kita
mengalami keseronokkan.
Pikullah tanggungjawab terhadap tindakan perasaan dan pemikiran
sendiri.
Terima diri anda yang sebenar.
Melalui terapi Gestalt, seseorang individu boleh mengalami dengan sebenarbenarnya perasaan dan tidak sekadar bercakap mengenainya sahaja. Terapi ini
mempunyai pelbagai teknik untuk mencapai matlamat bagi menambahkan

kesedaran mengenai diri individu. Terapi Gestalt juga mengkaji masa lampau
individu dengan cara yang menarik dan mengiktiraf kepentingannya. Dengan cara ini
seseorang individu akan menjadi lebih sedar akan perasaannya dan berupaya untuk
hidup sepenuhnya dengan cara mengatasi semua perasaan masa lampau yang
telah menghalang kemajuannya.
Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori
Seperti di dalam kajian kes ini, Lan bertindak agak agresif dengan melakukan
vandalisme di

sekolah

kerana melepaskan kebenciannya

pada

ibu yang

dianggapnya langsung tidak pernah menyayangi dirinya. Keadaan ini menyebabkan


Lan menjadi seorang yang panas baran dan mudah sahaja mengamuk.
MATLAMAT TERAPI
Matlamat Teori Gestalt adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi
dalam diri individu kepada realiti dunia hari ini yang bersifat di sini dan sekarang
(here and now). Secara umumnya, terapi Gestalt ini memberi kesedaran kepada
individu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini juga
membuat individu supaya akan lebih berdikari, tidak bergantung kepada orang lain
dan menyedarkan mereka bahawa mereka mampu melakukan perkara-perkara yang
jauh lebih baik daripada apa yang disangka oleh mereka sendiri. Ianya juga
membantu individu lebih mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam tanpa perlu
berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran atau dengan kata lain
perkataan tidak perlu mengikut atau menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat
tersebut.
Perls pula berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak potensi tetapi
disebabkan halangan yang banyak dalam hidupnya maka ia tidak berjaya
mengalami hidupnya dengan sempurna. Oleh itu melalui terapi ini, individu akan
cuba dibantu agar dia dapat mengalami dan merasai nikmat hidupnya dengan lebih
sempurna. Terapi ini juga membantu individu agar dapat merasai dan menyedari

segala perasaan dan pengalaman mereka masing-masing. Hanya dengan merasa


dan menyedari perasaan dan pengalamannya maka seseorang itu akan berusaha
ke arah mengubah personaliti dan diri mereka.
TEKNIK KAUNSELING GESTALT
Kerusi Kosong
Terapi Gestalt membuat andaian bahawa sesuatu konflik yang wujud di dalam diri
seseorang individu itu adalah hasil daripada pertikaian di antara Top Dog dengan
Under Dog iaitu dua bentuk fungsi yang wujud dalam personaliti.
Top Dog merupakan unsur yang menekankan kedudukan autoritarian, moralistik,
mendesak dan sebagainya. Ia mengandungi unsur ibu bapa yang sering mengkritik
dan yang selalu menekan perkataan patut dan harus. Under Dog pula merupakan
unsur yang menyoal mangsa di dalam sesuatu keadaan dan kerana peranan yang
dimainkannya, ia sering bersikap membela diri, selalu meminta maaf, tidak berdaya
dan lemah. Ia sering memberi alasan-alasan bagi kelemahan-kelemahan dirinya dan
peranannya.

Bagi

menyelesaikan

masalah

Fais,

teknik

berdialog

dengan

menggunakan pendekatan kerusi kosong telah digunakan.


Lan merasakan dirinya sangat malang kerana tidak mendapat kasih sayang seorang
ibu dan ayah. Lan sebenarnya teringin mendapat kasih sayang seperti rakan-rakan
yang lain tetapi secara realitinya Lan telah dijaga oleh datuk dan jarang sekali dapat
bertemu dengan ibu malah ayahnya juga langsung tidak pernah ditemui.
TINDAKAN KAUNSELOR
Kaunselor meneroka masalah Lan sebaik mungkin bagi mengenal pasti masalah
sebenar Lan. Sewaktu penerokaan kaunselor mengaplikasikan pelbagai kemahiran
dalam menggunakan teknik kerusi kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan
soalan tertutup, dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrontasi,
mentafsir mendengar, memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini di
aplikasikan sebaik yang mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti

keperluannya termasuk harapan, cita-cita serta matlamat hidupnya, membuat


rancangan untuk tindakan dan menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Kaunselor memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien.
komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang
bergantung kepada lisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi
lebih banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan
badan adalah lebih tulen maklumatnya. Fokus pada pergerakan badan, tangan, kaki
dan juga kedudukan badan. Lan meluahkan perasaan kecewanya apabila nafasnya
pendek, menghuraikan rambutnya sambil menunduk dan menggosok belakang
leher. Semasa fokus kepada komunikasi non verbal Lan, kaunselor bertanya jika dia
tidak nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang
dilakukannya. Melalui pemerhatian, kaunselor dapat menilai sejauh mana luahan itu
telus dari Lan sendiri

IMPLIKASI
Melalui teknik kerusi kosong, Lan telah berpeluang belajar bagaimana untuk
meluahkan perasaannya kepada ibu memandangkan selama ini Lan tidak pernah
memberitahu kepada ibu akan masalahnya. Apabila Lan menjalani teknik kerusi
kosong, sekurang-kurangnya Lan sudah dapat merasai apakah reaksi yang akan
diterimanya nanti dan adakah ucapannya itu sesuai untuk diluahkan kepada ibu.
Teknik kerusi kosong ini sekurang-kurangnya dapat membantu Lan meluahkan
perasaannya.

Anda mungkin juga menyukai