Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran Interpretasi

Kemahiran Interpretasi merupakan satu proses yangdigunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas
atau feedback kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza. Selain itu,
interpretasi digunakan untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam mesej klien. Oleh yang
demikian, kaunselor perlu betul-betul menguasai kemahiran ini terlebih dahulu sebelum digunakan supaya ianya
dapat dilakukan dengan lebih tepat dan betul. Ini adalah kerana sekiranya kaunselor membuat interpretasi yang
salah, ia boleh menyebabkan gangguan dalam proses kaunseling yang sedang berjalan itu. Interpretasi akan
dikatakan berjaya sekiranya ia boleh meransang pemahaman dan memberi fokus ke atas masalah klien.

Menurut kes yang dihadapi oleh Faizal gemar membuat kerja lain seperti bermain-main, menganggu rakan-
rakannya dan membuat bising, tidak membuat tugasan yang diberikan oleh guru dan suka ke kafe cyber
menghabiskan masa dengan melayari laman sosial facebook kaunselor tidak boleh terus membuat tafsiran yang
negatif sebaliknya berusaha untuk mengetahui punca berlakunya masalah ini. Kaunselor juga perlu menggunakan
kemahiran ini untuk menghuraikan kepada klien tentang apa yang telah diceritakan oleh klien dengan melihat
peristiwa yang berlaku dari perspektif yang berlainan. Dalam kemahiran membuat interpretasi ini, kaunselor akan
menambah kenyataan yang dibuat oleh klien, terutamanya setelah kaunselor dapat memahami perkara yang
tersembunyi atau perasaan yang tersembunyi yang mana klien sendiri mungkin tidak menyedarinya secara sengaja
atau tidak sengaja.Apabila klien memberikan maklumat kepada kaunselor mengenai masalah klien, tafsiran daripada
kaunselor boleh menimbulkan celik akal klien.

Anda mungkin juga menyukai