Anda di halaman 1dari 16

KEMAHIRAN MENGENAL PASTI MASALAH

Pembentangan oleh Noorvina dan Jusniza

Kemahiran Membuat Interpretasi

Kemahiran Klarifikasi

Kemahiran Membuat Interpretasi


Kemahiran membuat interpretasi merupakan satu proses yang digunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas atau feedback kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza.

Kemahiran ini bererti memberi penghuraian kepada klien supaya klien dapat melihat peristiwa yang berlaku dari perspektif yang berlainan

Kemahiran Membuat Interpretasi


Tujuan kaunselor membuat interpretasi adalah untuk membantu klien mentafsir peristiwa hidup mereka.

Membantu klien untuk lebih memahami terhadap perkaraperkara yang tidak dapat dilihat (yang tersirat ) dengan mudah.

Menambah pemahaman diri klien atau memberi wawasan (celik akal) supaya klien dapat mencapai perubahan yang diingini.

Kemahiran Klarifikasi
Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau penjelasan yang lebih lanjut daripada klien ketika klien menyatakan permasalahannya itu.

Membuat klarifikasi juga adalah satu penjelasan terhadap perkara yang samar kepada satu fokus yang lebih tepat.

Kemahiran Klarifikasi

Membantu klien memberikan penjelasan yang lebih baik.

Mengelak kaunselor daripada membuat sebarang andaian.

Memberi peluang dan ruang klien untuk lebih meneroka diri sendiri.

Menyemak ketepatan kata-kata klien.

Pada peringkat ini, peranan yang dimainkan oleh

kaunselor adalah membantu klien mengenali masalah yang membawa dirinya menghadiri sesi ini. Dengan mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi oleh klien akan memudahkan kaunselor menentukan langkah bagi membantu klien mengatasinya.

Kaunselor boleh menggunakan pendekatan secara

langsung seperti Inner Circle oleh lazarus (1998) sekiranya terdapat klien yang sukar hendak berkongsi pada peringkat awal. Kaunselor perlu membantu klien meletakkan keutamaan ke atas masalah yang dikenal pasti.

Klasifikasi Masalah Klien


Masalah Psikologi
Masalah Akademik dan Pengurusan Diri

Masalah Pemikiran

Masalah Psikologi
Malu dan rendah diri terhadap rakanrakan Iri hati terhadap kebahagiaan orang lain

Tekanan emosi

Menjadi orang yang sangat sensitif

Tiada tempat untuk meluahkan masalah

Perasaan marah yang sukar dikawal

Rasa diri tidak dihargai

Perasaan kesunyian

Kegagalan memenuhi impian individu lain

Masalah hilang keyakinan diri

Masalah perhubungan dengan ibu-bapa mulai renggang

Perhubungan dan komunikasi

Kenangan pahit yang mengganggu

Masalah Akademik dan Pengurusan Diri


Tekanan kerja rumah terlalu banyak dan kerja tertangguh

Pengurusan masa

Tidak bermotivasi untuk belajar

Sering mengantuk dalam kelas

Sibuk dengan aktiviti luar

Berfikiran negatif dalam subjek akademik

Perasaan benci pada guru

Masalah pemikiran
Ragu-ragu dalam tindakan yang bakal diambil Tidak yakin dengan kebolehan diri

Berfikiran negatif

Tidak tahu bagaimana mahu membuat keputusan

Terlalu bergantung kepada orang lain

Terlalu mudah putus asa

Tidak boleh terima kegagalan

Terlalu inginkan kesempurnaan

Anda mungkin juga menyukai