Anda di halaman 1dari 21

Kemahiran Asas Kaunseling

Tahap-tahap dalam kaunseling

Tahap tahap proses kaunseling


Kaunseling adalah satu proses yang berkembang

dan berubah dari satu tahap ke tahap yang lain. Ia mesti ada permulaan, maju ke tahap lain, dan mesti mempunyai kesudahan.
Proses Kaunseling secara individu merangkumi 3

peringkat yang utama iaitu peringkat perancangan, sesi kaunseling , dan tindakan susulan.

1. Permulaan dan Kemasukan (Membina hubungan)


Peringkat yang memulakan temu bual dengan

murid yang berkenaan.


Guru bimbingan hendaklah menguasai kemahiran

membina perasaan kepercayaan murid terhadapnya dan mewujudkan situasi yang menggalakan murid agar rela meluahakan aduan atau masalah yang dihadapinya.

Kaunselor dianggap berjaya mengendalikan

tahap ini apabila dapat melaksanakan empat tugas yang berkaitan iaitu:
Mewujudkan suasana yang menggalakkan

interaksi Menentukan matlamat awal kaunseling Menstruktur hubungan Membina kepercayaan

2. Peringkat penjelasaan (Penerokaan)


Guru kaunselor hendaklah menguasai kemahiran

menyediakan soalan soalan yang boleh mendorongkan murid meluahkan perasaannya.


Proses penerokaan ini akan lebih berhasil

sekiranya kaunselor mendengar secara aktif, memberi penjelasan kepada isu-isu yang dikemukakan, menyokong dan memberi galakan kepada klien serta menganggap klien sebagai orang yang dihargai.

Untuk mencungkil maklumat dan memahami

perasaan murid, guru kaunselor harus juga menguasai kemahiran temu bual seperti menunjukkan perhatian dengan teliti serta kemahiran bukan lisan.

3. Tahap membuat keputusan


Merupakan tahap membentuk satu matlamat

untuk klien.
Kaunselor dan klien perlu mempunyai

persetujuan bersama tentang perkara berikut:


Matlamat Strategi dan pendekatan untuk mencapai

matlamat

4. Tahap pelaksanaan
Merupakan tahap di mana kaunselor berusaha

menurunkan aras kerisauan klien, atau menyelesaikan masalahnya.


Menggunakan pendekatan yang sesuai,

memberikan tumpuan kepada kesedaran klien sama ada dari aspek mental, fizikal, emosi dan rohani

Rumusan (Penamatan)
Membuat rumusan merupakan peringkat akhir

dalam sesi kaunseling.


Murid yang berkenaan diminta menentu dan

memilih alternatif yang dianggap sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

Dalam tahap ini klien hendaklah diberitahu

bahawa hubungan mereka bukannya ditamatkan, tetapi sebenarnya perjumpaan ditangguhkan.


Klien adalah digalakkan untuk kembali berjumpa

sekiranya dia memerlukan pertolongan .

Kemahiran Melayan dan Mendengar

Kemahiran Melayan
Menerima kehadiran klien dengan ikhlas Mendengar dengan teliti komunikasi berkesan Memahami dan tidak menilai Bertindak balas dengan segera Komunikasi berkesan :lisan dan bukan lisan

Kemahiran Mendengar
Menurut Egan ( 1998 ), terdapat tiga rasional

mengapa situasi mendengar aktif diperlukan:


Mendengar adalah suatu bentuk peneguhan dan mungkin menjadi pemangkin yang cukup kuat bagi menggalakkan klien bercakap mengenai dirinya.

Tanpa mendengar dengan aktif, kaunselor

mungkin ketinggalan atau kabur mengenai beberapa isu dan tujuan asas klien menemuinya.

Apa yang perlu didengar?


Pengalaman Klien
Tingkahlaku klien Persaan Klien Pandangan atau idea klien

Menurut Wan Sapora dan Wan Anor ( 2002),

terdapat beberapa cara bagi menunjukkan kesediaan kaunselor bersama klien: Menyatakan semula Menggambarkan semula Memberikan respons

Kemahiran Mengintepretasi tingkah laku bukan lisan

Kemahiran Mengitepretasi tingkah laku bukan lisan


Kemahiran membuat interpretasi merupakan

satu proses yang digunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas atau feedback kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza

Kemahiran ini bererti memberi penghuraian

kepada klien supaya klien dapat melihat peristiwa yang berlaku dari perspektif yang berlainan.
Semasa kaunselor membuat interpretasi,

kaunselor haruslah menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Tujuan kaunselor membuat interpretasi adalah

untuk membantu klien mentafsir peristiwa hidup mereka.


Selain itu, ia membantu klien melihat perkara

yang tidak dapat dilihatnya dengan mudah, tersorok atau tidak disedarinya.

Anda mungkin juga menyukai