Anda di halaman 1dari 18

Latar belakang Sesi

Bimbingan dan kaunseling bertujuan untuk membantu dan menolong seseorang itu
mengenali dirinya sendiri, permasalahan yang dihadapinya serta kemahuan dan kehendaknya
ketika itu supaya ia dapat bergerak dengan sendirinya bersama-sama dengan potensi yang ada
pada dirinya. Topik yang dibincangkan di sini adalah berkait rapat cara mana seseorang
kaunselor itu menggunakan kemahiran-kemahiran yang ada pada diri sendiri mereka untuk
digunakan dalam sesuatu sesi kaunseling demi kepentingannya sebagai seorang kaunselor yang
berkesan.

Sesi kaunseling ini telah dijalankan sebanyak 2 sesi di Makmal Kaunseling Blok 8 pada
minggu lepas. Klien saya adalah Zuraily A/P Uda Wlombeok daripada pelajar Ijazah sarjana
kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sesi 1 dijalankan selama 26 minit manakala
sesi 2 selama 38 minit. Sesi ini di rekod untuk tujuan bukti yang saya menjalankan sesi
kaunseling dalam tugasan individu subjek Kemahiran Asas Kaunseling. Selain itu, segala
perbincangan dan masalah dalam sesi ini dirahsiakan daripada orang lain.
Proses Kaunseling
Proses kaunseling bermula dengan pra-sesi membina hubungan dan membuat penstrukturan
antara kaunselor dengan klien. Hubungan boleh terbina apabila persediaan kaunselor memadai,
layanan yang baik diberikan dan perbualan antara kaunselor dengan klien berlaku dalam
keadaan yang selesa dan terapeutik.

(a) Pra sesi

Persediaan bagi kaunselor untuk peringkat ini bergantung kepada situasi di mana khidmat
kaunseling itu diberikan sama ada klien dirujuk atau datang sendiri. Pada peringkat ini,
kaunselor perlu menyediakan diri dengan mengetahui serba sedikit tentang profil klien menurut
Abdul Ghani Sulaiman (2003). Ini boleh dilakukan dengan meminta klien mengisi borang
biodata yang berkaitan tentang peribadi, peralatan fizikal, dan maklumat atau rekod-rekod
mengenai klien. Antara kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut: Perancangan pra
sesi Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien
untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak
deskripsi tugas klien, ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses
membina matlamat kemudian nanti. Tingkah laku dan prestasi yang ditunjukkan oleh bakal
klien hendaklah disenaraikan manakala tingkah laku standard dan prestasi yang dijangka juga
perlu disediakan. Kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk
berbincang tanpa banyak gangguan. Keselesaan klien Di awal sesi, kaunselor haruslah cuba
menjadikan klien lebih selesa, tetapi jangan bercakap berbelit-belit sehingga boleh
mengelirukan klien. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang
kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan
bantuan. Kaedah yang dijalankan tidak mengancam klien agar klein tidak berasa terancam agar
matlamat kaunseling tercapai.

(b) Kemahiran Membina Hubungan

Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan
memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan
tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Berikut adalah beberapa
kemahiran asas yang diperlukan: Membina suasana sekeliling. Oleh kerana sesi perbincangan
kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit atau lebih serta tajuk perbincangan
adalah serius, tempat yang sesuai diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu disediakan seperti
kerusi tidak menyakitkan pinggang, atau bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan
atau pemikiran. Keadaan bilik tidak terlalu panas, terlalu sempit atau terlalu bising. Jangan
gunakan tempat lalu-lalang sehingga mengganggu pemerhatian klien atau kaunselor. Tidak ada
bau yang tidak menyenangkan seperti bau dari tandas yang berdekatan atau fail atau buku yang
bertimbun di atas meja sehingga menyusahkan penglihatan klien atau kaunselor. Kaunselor
perlu membina hubungan yang baik dengan klien bagi menggalakkan klien bercerita atau
meluahkan perasan secara tidak langsung tanpa dipaksa. Hubungan yang baik dapat membantu
kaunselor memahami masalah klien dengan lebih mendalam lagi. Menurut Mizan Adiliah,
Halimatun Haliliah (2002), kemahiran membina hubungan bertujuan memberi perangsang
kepada klien supaya sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.
Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan
membentuk kemesraan. Menurutnya lagi antara tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor
adalah seperti menunjukkan tingkah laku lisan yang mesra, menunjukkan keinginan untuk
menolong, mendengar apa yang diperkatakan oleh klien. Selain itu juga, kaunselor perlu
membina suasana alam sekeliling, suasana tereutik, jarak iaitu ruang bagi berkomunikasi,
penampilan diri, kontak mata, kedudukan dan pergerakan tubuh badan, senyuman dan nada
suara.

(c) Penerokaan masalah

Tugas kaunselor adalah untuk mendapatkan maklumat yang relevan untuk memberi makna
kepada masalah dan menganalisis maklumat tersebut untuk mencari punca masalah. Masalah
yang timbul berpunca daripada tiga keadaan sama ada diri sendiri, orang lain tetapi melibatkan
diri klien dan takdir yang berlaku. Setelah punca masalah dapat dikenal pasti kaunselor
bersama klien akan menganalisis secara terperinci. Kemahiran meneroka dengan
mengaplikasikan segala asas kemahiran kaunseling. Ini bertujuan untuk membantu kaunselor
membuat penerokaan secara mendalam terhadap kliennya dan menimbulkan perasaan empati
terhadap permasalahan klien. Pernyataan klien pada peringkat awal tidak semestinya betul dan
tepat, tetapi terpulang pada kebijaksanaan kaunselor mencungkil mempelawa dan memujuk
kliennya menghuraikan aspek-aspek tertentu dalam masalah itu. Semua ini akan membatu
kaunselor mengenal pasti punca dan pokok masalah awal. Menurut Eisenberg dan Delaney
(1977), peringkat penerokaan adalah proses berlakunya komunikasi yang didorong keikhlasan
dan kejujuran serta berterus terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara
ke dua-dua pihak. Segala perasaan tidak logic, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor
atau klien perlu dihindari supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenar kaunseling.
Bagi menjayakan sesi penerokaan kaunselor perlu bermatlamat untuk mendapatkan sebanyak
yang mungkin permasalahan klien. Selain itu, kaunselor juga perlu mewujudkan perasaan
terapeutik di dalam sesi.

(d) Mengenal Pasti Masalah dan Menentukan Matlamat Kaunseling

Peringkat ini dilakukan selepas meneroka masalah klien sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk
memudahkan kaunselor membantu klien menyelesaikan masalah yang di hadapi klien. Ianya
dibentuk hasil daripada perbincangan antara klien dan kaunselor setelah masalah klien dikenal
pasti. Kemahiran yang dilakukan pada peringkat ini adalah untuk membantu memperjelaskan
semula punca masalah dan membentuk matlamat sesi. Selain itu, kemahiran yang lebih
mencabar seperti konfrontasi dan membuat interpretasi juga memainkan peranan yang amat
penting.

(e) Memilih Alternatif Penyelesaian dan Tindakan Kaunselor berbincang dengan klien
untuk membentuk pelan tindakan.

Mereka akan membincangkan alternatif yang dipilih dengan mengambil kelebihan dan
kekurangan setiap pilihan yang dipilih. Kaunselor akan menentukan jangka masa sesuatu
perubahan harus berlaku. Selain itu, kaunselor bertanggungjawab menilai kejayaan sesuatu
alternatif yang dipilih melalui maklum balas yang diterima oleh klien itu sendiri. Dalam
memilih strategi-strategi ini, Suradi (1996) berpendapat bahawa ada empat strategi yang harus
diutamakan oleh seseorang kaunselor bagi memberi informasi kepada kliennya.

1. Satu gambaran tentang pendekatan rawatan yang ada kaitan dengan kliennya

2. Ada persefahaman pada tiap-tiap prosedur

3. Kemungkinan sesuatu keadaan bagi setiap taip-taip prosedur itu termasuklah kebaikan dan
risikonya sekali

4. Waktu dan aktiviti-aktiviti yang terlibat pada setiap strategi itu Kesimpulannya, peringkat
alternatif penyelesaian dan tindakan kaunselor perlu Prihatin terhadap kemampuan
perkembangan klien supaya dapat mengambil tindakan yang sesuai bagi membantu klien.

(f) Penamatan dan susulan

Membuat penamatan adalah peringkat akhir dalam sesi kaunseling Selepas klien dapat
membantu dan memilih alternatif yang dianggap sesuai bagi mengatasi masalah yang
dihadapinya. Pada peringkat ini, kaunselor perlu menggunakan peneguhan dengan tujuan
meyakinkan pelajar dan memastikan pelajar benar-benar melaksanakan alternatif yang dipilih.
Selain itu, kaunselor juga perlu memastikan objektif klien tercapai dan dia dapat
mengaplikasikan pembelajaran yang diperoleh semasa sesi di dalam pergaulan seharian.
Kemahiran lain yang perlu dilakukan oleh kaunselor iaitu menstrukturkan sesi untuk
penamatan, menyemak semula kemajuan dan pencapaian matlamat dan pengukuhan
pembelajaran yang diperoleh. Secara keseluruhannya, proses kaunseling diakhiri dengan
penamatan iaitu kaunselor akan membuat rumusan besar pada peringkat ini. Kaunselor akan
menyatakan semula isi penting yang diceritakan oleh klien pada awal sesi hingga mendapat
jalan penyelesaian.
Sesi 1

BIL TRANSKRIP KEMAHIRANASAS CATATAN


KAUNSELING
Kaunselor : Salam sejahtera dan selamat Kemahiran Rapport
petang, saya Mohamad Riadhuddin selaku
kaunselor awak. Boleh saya tahu nama awak?
Klien : Nama saya Zuraily
Kaunselor : ooo, ok. saya nak ucapkan terima Penstrukturan
kasih kerana sudi jadi klien saya. Saya nak
beritahu tentang etika dalam kaunseling segala
apa yang awak cerita ia akan menjadi
kerahsiaan. Awak ok x? Boleh saya tahu
tentang awak?
Klien : Saya ok, nama saya zuraily semester 6.
Adik-beradik 3 orang, Saya asal dari kuala lipis,
Pahang
Kaunselor : Sekarang sem 6 dalam bidang
degree atau master
Klien : Bidang Master dalam kaunseling
Kaunselor : Boleh awak cerita tentang family Kemahiran Rapport
awak?
Klien : Ayah saya bekerja di jabatan kemajuan
Orang asli dan emak sebagai suri rumah. Ayah
bekerja kampung selepas bersara.
Kaunselor : Bagaimana dengan ibu awak?
Klien : Ibu saya tidak kerja
Kaunselor :Adik-beradik awak berapa orang?
Klien : 3 orang, saya no 2
Kaunselor : Sekarang awak ja yang masih
belajar?
Klien : Ya saya sahaja
Kaunselor :Awak sudah makan?
Klien : dah makan
Kaunselor : Terima kasih kerana datang, boleh Penerokaan
kita mulakan sesi? atau awak nak share
sesuatu?
Klien : Saya nak kongsi tentang rakan saya. Masalah Klien
Saya rasa tidak selesa dengan cara percakapan..
Mungkin apa yang dia cakap saya faham dari
sudut lain Tapi saya tidak boleh terima cara dia
bercakap. Mungkin sebab perbezaan usia, saya
terlalu menghormati dia sebagai senior. Dia
suka hentam contoh macam “ tak cerdik la suka
cari gaduh”. Sedangkan saya meluah apa yang
saya tidak suka tetapi ia anggap sebagai satu
pergaduhan.
Kaunselor : ooo, ok. Akak senior awak satu Penerokaan kecil
rumah dengan awak ke?
Klien : Tak dia satu persatuan sebab kami
dilantik sebagai AJK Persatuan.
Kaunselor : Apakah nama persatuan tersebut? Soalan Terbuka
Klien : Persatuan Pascasiswazah
Kaunselor : Sudah berapa lama awak kenal
akak senior tersebut?
Klien : saya baru kenal dia dari hujung tahun
lepas. Hanya beberapa bulan sahaja.
Kaunselor : Lepas tu awak ada tak dekat dengan Parafrasa
dia untuk tahu apa masalah yang melanda
antara awak dengan dia?
Klien : Sebenarnya pada hari pertama saya
kenal dia, dia nampak ok sebab saya kawan
dengan orang yang lebih senior. Hari pertama
saya rasa tidak selesa, hari pertama selepas
dilantik dan terus cakap awak full time atau
partime. Saya cakap fulltime terus dia
melabelkan geng malas. Tetapi saya tidak
setuju dan saya perhatikan dia tidak banyak
kawan.
Kaunselor : maksud awak dia telah membuat
satu andaian yang budak master fulltime malas
la. Ini mungkin satu pemikiran atau satu
pandangan negatif. Selepas dah berjumpa
dengan dia dan bekerjasama apa yang awak
rasa selepas itu?
Klien : saya rasa tidak selesa dan mood akan Feeling
berubah dan cepat moody. saya jarang marah
dan sekali kalau marah bila dia akan hantar
mesej ayat dia yang sentiasa mencari gaduh.
Dia akan mesej untuk ajak keluar makan tetapi
saya cakap jumpa SV saya dan dia cakap tak
payah la jumpa. Saya tak boleh la keluar macam
tu. Akak tu cakap “Ko ni x faham la.”
Kaunselor : Dia selalu cakap negatif, Selain dari
itu, apa ayat yang awak marah sangat bila dia
mesej?
Klien : Dia akan cakap “awak tidak akan
berjaya” Alaa mod C je pon, selalu
merendahkan awak.
Kaunselor : dalam sehari selalu ke dia text awak
ajak keluar makan?
Klien : iye, saya tidak tahu la Akak ni ada
masalah sendiri kerana dia seorang janda dan
konflik dalaman. Orang x suka dekat dia dan
dia baru bercerai dengan suaminya. Dia akan
lepaskan marah dia pada orang lain. Macam
semalam dia pergi satu bengkel, dia ajak saya
tetapi saya tidak boleh nak join. Dia marah
apabila saya tidak boleh join. Saya dah cuba
untuk faham dia tetapi dia selalu marah saya.
Saya kaan m
Kaunselor : Akak yang awak maksudkan
belajar PHD atau master
Klien : Ya PHD
Kaunselor : Mungkin dia rasa tertekan. Macam
awak cakap tadi awak cuba faham dia, pernah
tak dia rasa yang awak faham dia?
Klien : dia pernah cakap dengan saya bahawa
tak ada orang akan fahamkan dia melainkan
saya. Saya pernah cakap kalau saya boleh
faham akak, akak kena faham saya. Bila kita
saling memahami persahabatan kita akan
menjadi lebih happy. hari ni saya rasa kurang
happy.
Kaunselor : Di sini saya dapat lihat yang awak
hormat dia lagi lebih tua. Saya dapat lihat yang
awak tak marah direct bila terasa hati dengan
akak. Awak tengok akak ni jenis yang macam
mana kalau bergaul dengan pelajar Upsi.
Klien : Baru ni kami ada menganjurkan satu
bengkel, waktu bengkel terserlah keperibadian
sebenar melihat sikap dia. Beliau suka
mengarah dan bercakap kasar dengan orang.
Baru ni ada kejadian di mana peserta lupa
membawa resit dan akak tersebut marah dengan
peserta tersebut.
Kaunselor : Akak ni ego dan dia selalu Feeling
melepaskan kemarahan kepada awak sebab dia
pon tiada sapa nak marah. Apakah yang awak
rasa bila akak marah depan orang ramai?.
Klien : Saya akan menjadi marah dan menjadi
seorang pendendam, ini insiden kali kedua di
mana dia marah depan orang. Saya akan rasa
sedih dan tarik diri dari Persatuan.
Kaunselor : Adakah pihak persatuan dah tahu
perangai akak tersebut?
Klien : Dalam kalangan ahli sahaja yang tahu
perangai dia. Ada 2 orang senior PHD yang satu
sekolah mengajar dah tahu dan presiden tahu
latar belakang akak tersebut. Saya mula rasa
tidak selesa pada hari pertama kerana dia akan
selalu cakap perkataan ‘Ko faham tak” 3 hingga
4 kali. Saya rasa macam anak murid dia.
Kaunselor : Maksud awak dia suka ulang ayat
Faham
Klien :Ko faham tak aku tengah cakap ni,
apabila marah dia suka menggunakan aku, ko
dan dia tak bahasakan diri dia akak tapi dia nak
orang panggil dia akak sebab lebih tua.
Kaunselor : Apa saya dapat rumuskan yang Kesimpulan Kecil
pernah awak bercerita dengan presiden tentang
perangai akak ni masa bengkel dijalankan?
Klien : Dia terus tanya apa yang berlaku masa
bengkel. Akak tersebut tidak melakukan keja
dengan tidak print pada pagi tersebut. Saya
orang pertama yang datang untuk meletakkan
senarai nama peserta. Akak tersebut kelam
kabut pada pagi tersebut dan tidak print resit
peserta. Presiden pon cakap bukan awak sorang
yang kena dan ramai lagi yang kurang senang
dengan dia.
Kaunselor : Selepas dah beritahu presiden
apakah tindakan yang awak dapat lihat?
Klien : Presiden ada cakap yang awak tak
boleh nak marah sesuka hati dengan kawan
yang lain dalam AJK. Awak kena buat part
awak hingga siap. Akak kurang berpuas hati
kerana ramai AJK lelaki rapat dengan saya.
Kaunselor : Pernah tak awak rasa awak nak Kesimpulan sederhana
luahkan perasaan dekat akak tersebut?
Klien : Saya dah luah semalam, dia cakap saya
tak matang dan cerdik. Bagi saya peluang nak
meluahkan dengan akak. Akak selalu cakap
negatif dengan saya. Bila saya cakap Akak
akan cakap Sampai bila-bila tak akan berjaya
dengan cara cakap macam tu.
Kaunselor : Awak dah cuba untuk meluahkan Alternatif
tetapi bagi pihak akak tersebut tidak dapat
menerima dan menuding jari dengan awak.
Klien :hurm ,ye
Kaunselor : Terima kasih kita akan sambung
pada sesi lain.
Klien : Sama-sama Sambung sesi
2
Sesi 2
Bil Transkrip sesi Kemahiran Asas Catatan
Kaunseling
Kaunselor : Salam sejahtera dan selamat Kemahiran rapport
petang, kita jumpa lagi pada sesi2 ini
Klien : hurm,
Kaunselor : Awak dah makan?
Klien : Dah
Kaunselor : Awak sihat?
Klien :Sihat
Kaunselor : Awak selesa dengan
keadaan sekarang
Klien : selesa
Kaunselor : Terima kasih kerana sudi
meluangkan masa untuk sesi terakhir ini
Klien : ya
Kaunselor : Boleh kita mulakan
Klien : ya
Kaunselor : Apakah perasaan awak Feeling
sekarang?
Klien : sedikit lega tetapi masih ada lagi
sakit hati
Kaunselor : maksud awak dalam Penerokaan
minggu ni ada masalah lagi ka?
Klien : ya, dia ajak saya keluar makan, Masalah Klien
tiba-tiba saya tunggu dia tidak turun.
Saya call dan chat tapi tidak dibalas.
Dalam pukul 12, dia mesej suruh saya
turun jugak.
Kaunselor : Semalam awak
dipermainkan oleh akak
Klien : Ya
Kaunselor : Semalam awak ada pergi Soalan terbuka
rumah dia ke?
Klien : ya, saya dada pergi sebab saya
kena mengajar kawan saya, pada mula
dia marah saya. Pukul 11.30 saya pergi
la, saya call tak angkat dan saya dah
turun dia call saya suruh turun.
Kaunselor : Benda ini terjadi semalam
ka?
Klien : ya, saya rasa marah dan tidak
boleh tidur sebab terlalu marah
Kaunselor : Apa yang awak cakap tadi
dia mempermainkan awak la
Klien : ya
Kaunselor : Untuk hari ada tak dia buat
apa-apa
Klien : saya dah block di fon tapi dia
mention saya dalam group. Saya nekad
nak tarik diri dari persatuan sebab dia.
Kaunselor : Apa-apa masalah persatuan
dia akan ajukan kepada awak
Klien : ya dia siap cakap yang pelajar
fulltime kena datang tak ada anak,
suami. saya rasa dia sengaja
Kaunselor : Apa yang saya lihat ada
masalah dalam persatuan dia akan cari
awak
Klien :ye
Kaunselor : Adakah awak akan tarik diri
dari Persatuan disebabkan oleh akak
tersebut?
Klien : Saya rasa bersalah kerana dari
tadi saya memikir, ahli persatuan tidak
ramai. Preside tidak tahu apa masalah
yang berlaku antara saya dengan akak
tersebut. Hanya beberapa orang ahli
sahaja tahu. Saya cakap dengan
pengerusi untuk tarik diri tetapi beliau
tidak bagi sebab tidak cukup orang.
Saya cakap pada dia apa-apa masalah
dia akan tuding kepada saya.
Kaunselor : Adakah dengan block no
dia awak rasa lebih tenang?
Klien : Ya lebih tenang sedikit, tetapi
saya masih marah. alam tadi saya rasa
bila tunggu kat bawah ramai lelaki
dengan memandang sinis dengan
pandangan yang kurang elok.
Kaunselor : Apa yang saya lihat dia
cuba nak pancing awak dengan nak
hantar proposal dan awak pon turun.
Klien : ye
Kaunselor : Selepas berlaku konflik
semalam, adakah hari ni awak rasa lebih
tenang dan kemarahan awak pada akak
semakin berkurang?
Klien : ye tenang sedikit tetapi saya Alternatif
masih marah sebab saya sekarang cuba
mengawal kemarahan. saya ambil
pendekatan untuk berdiam diri dan saya
masih marah. Saya ingin berjumpa
dengannya tetapi dia tidak memberi
peluang
Kaunselor : Adakah awak rasa dengan
berdiam diri dapat selesaikan masalah
dengan akak tu?
Klien : tak perlu selesaikan, dengan
berdiam diri dengan tidak membalas
perkataan cukup sampai di situ. saya tak
tenang dan tidak dapat tidur.
Kaunselor : Awak cakap tak dapat
tidur? lepas tu apa yang awak buat?
Klien : Mula saya menangis, dan Feeling empati
membaca buku sampai pukul 5 pagi.
Selepas itu, baru la saya relaks sedikit
dan masuk tidur.
Kaunselor : Dengan membaca buku
dapat menghilangkan rasa kesedihan
Klien : ya, buku tersebut dapat
menaikkan motivasi saya
Kaunselor: Awak baca buku sampai
pukul berapa?
Klien : pukul 5 pagi dan dia ada sms
saya tapi tak reply
Kaunselor: Apa yang dia sms awak?
Klien : “Hey ko nak pergi ke bengkel
pagi ni, ko tak buka wassap ke” saya
pon diam sampai sekarang.
Kaunselor: Awak memang langsung tak Soalan tertutup
reply la mesej dia pagi ni
Klien : ye
Kaunselor : Dengan awak tak reply
mesej dapat tenangkan sekejap fikiran
Klien :ya
Kaunselor : Saya dapat lihat awak
mencari jalan alternatif dengan block di
wassap dan tak reply mesej dia
disebabkan kejadian semalam
Klien : ye
Kaunselor : Selepas ini apa yang awak
lakukan dengan akak tersebut jika
terserempak?
Klien : Mungkin tegur macam biasa dan Alternatif
kurang rasa hormat pada dia. Tak perlu
saya hormat pada orang yang tidak tahu
hormat pada saya. Akak selalu panggil
perkataan seperti sundal kepada saya.
Saya tak boleh terima dengan panggilan
tersebut.
Kaunselor : Adakah dengan awak tegur,
awak akan baik balik atau hanya
sebagai eguran untuk mengelak yang
dia tidak tahu yang awak tidak sukanya.
Klien : Tidak sebab ssaya akan tegur
sebagai profesional dalam persatuan,
saya perlu ketepikan soal peribadi. Dia
pon tahu yang saya tidak sukakannya
kerana saya telah up status di media
sosial dan dia telah komen “Ok fine
orang muda dah buat status”
Kaunselor: Apakah status yang awak
buat sampai dia cakap macam tu kat
awak?
Klien : saya meluah rasa tidak puas hati
dengan “ hidup tak selalu indah ada
kalanya kita di atas dan di bawah akan
berbalik kepada kita.
Kaunselor : Awak tulis di Fb la dengan
bercakap tentang perangai akak
Klien : ye
Kaunselor : Ia mungkin satu cara untuk
awak meluahkan di media sosial.
Apakah perasaan awak apabila
meluahkan perasaan di media sosial?
Klien : Saya rasa puas sebab dah luah
secara umum tetapi tidak tuju kepada
sesiapa. Mungkin ada setengah orang
akan tertanya dengan status itu.
Kaunselor : Adakah awak rasa puas hati Alternatif
dengan luahan secara macam tu dapat
selesaikan masalah
Klien : Masalah tidak dapat selesai
tetapi saya rasa puas dan perlu dengan
cara meluah dia akan baca gambaran
awal.
Kaunselor : Apakah reaksi awak apabila
dia komen?
Klien : Saya gembira kerana dia alert
dengan saya punya status. Macam
wartawan tidak bergaji
Kaunselor : Akak tersebut akan monitor
fb awak setiap hari
Klien : ye, dia akan ceritakan kepada
ahli persatuan yang lain
Kaunselor: Apakah perasaan awak bila
akak tersebut membuat hebahan?
Klien : Saya rasa tidak selesa dan bila
meeting saya akan menjadi moody
kerana dia menceritakan perkara yang
lain dalam meeting. Saya rasa
Kaunselor: Maksud awak dalam
meeting dia akan menyebabkan awak
jadi stress.
Klien : iya
Kaunselor : Awak telah cuba
menangani dengan berkongsi di media
sosial. Apakah tanggapan awak pada
akak ni selepas melakukan perkara
tersebut?
Klien : perkara yang mana
Kaunselor : yang awak block dan buat
status di Fb
Klien : Pada saya anggap akak ni jenis
ego yang tinggi dan tiada perkataan
maaf selepas apa yang dilakukan
Kaunselor : Pernah tak awak cakap pada
akak tersebut yang ego dia sangat tinggi
Klien : Saya pernah cakap pada dia,
masa kami pergi makan tiba-tiba dia
tegur saya dengan “ Ko ni lurus
bendul”. Saya tak nak balas dengan
benda yang tidak memberi faedah.
Selepas itu, akak tersebut cakap : Hey
ko diam” dan tertekan hon kereta lalu
terbabas di tepi jalan proton city. Ini
sebab saya tak nak cakap dengan akak,
saya nak hidup lagi. Saya pon turun
kereta lalu jalan kaki sehingga pak cik
bus kiffah berhenti tanya untuk
tumpang.
Kaunselor : Saya faham situasi tersebut,
akak tersebut tak boleh nak kawal
kemarahan tersebut.
Klien : hurm, ye
Kaunselor : Selepas kejadian tersebut,
ada tak akan tersebut mencari awak?
Klien : Tiada,
Kaunselor : Adakah awak tekad dengan
tidak berbaik dengan dia akan menjadi
lebih baik?
Klien : bagi saya, selesa dengan cara
macam tu.
Kaunselor : Selepas awak tak berbaik
dengan dia, tapi dia still tanya awak?
Klien : Saya still tak akan respon pada
mesej atau call. Selepas kejadian itu,
beliau tidak langsung meminta maaf
atas berlaku.
Kaunselor : Akak naik kereta apa?
Klien : Gen2
Kaunselor : Teruk ke kerosakan yang
dialami
Klien : Hanya pada bahagian depan
Kaunselor : Adakah kereta tersebut
sudah dibaiki lepas kejadian tersebut?
Klien : ya sudah tetapi beliau bising dan
menyalahkan saya atas apa yang
berlaku. Dia cuba meminta ganti rugi
kepada saya dan saya menolak kerana
bukan sebab saya.
Kaunselor : Apakah yang awak rasa
selepas mendiamkan diri daripada
berjumpa dengan akak?
Klien : saya rasa selesa dan sedikit
trauma bercampur dengan sapa-sapa
Kaunselor :Apakah matlamat awak Matlamat
selepas ini?
Klien : Saya pernah mengalami
peristiwa ini pada zaman sekolah dulu
tetapi apabila berlaku kejadian ini ia
menyebabkan saya trauma. Akak ni
telah mencetuskan kejadian lama pada
saya.
Kaunselor : Awak pernah mengalami
situasi kisah ini sebelum ini, Adakah
awak rasa sama atau tidak?
Klien : Kisah yang berbeza tapi kesan
yang sama pada saya. Saya faham akak
ni ada masalah sendiri kerana bercerai
Kaunselor : Sebagai kaunselor, dengan
apa yang terjadi awak tak salahkan
orang Melayu macam ni dan tak semua
orang Melayu yang negatif.
Klien : hurm, ye
Kaunselor : Saya harap awal lebih tabah
dan mampu cari jalan penyelesaian
yang efektif. Apakah cara efektif?
Klien : Saya akan mencari peluang
untuk meluahkan dan saya nak dia
dengar apa perasaan saya selama ini.
Cara yang dia buat mengganggu emosi
saya. Saya nak meluah tanpa dia
menganggu saya.
Kaunseling : saya harap ia akan menjadi Kesimpulan besar
kenyataan suatu hari nanti. Kita sebagai
manusia perlu berbaik antara satu sama
lain. Ia bergantung cara awak
bagaimana nak berbaik dengan akak
tersebut. sekian Terima Kasih kerana
sudi melakukan sesi bersama saya.
Klien : Terima Kasih
Refleksi
Selepas melakukan 2 sesi kaunseling saya mendapati bahawa banyak lagi yang perlu dipelajari
untuk menjadi seorang kaunselor yang hebat. Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor
yang hebat malah perlu pandai meneroka masalah yang ada pada klien. Ia sebagai pengalaman
baru kepada saya untuk melakukan sesi dan klien saya telah memberikan skala 7/10 kepada
sesi yang dilakukan. Kemahiran asas kaunseling perlu kuat jika ingin menjadi seorang
kaunselor dan ia banyak membantu dalam melancarkan sesi kaunseling tersebut.

Anda mungkin juga menyukai