Anda di halaman 1dari 12

Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling Ideal -

UPM

Unit 2
Teknik Dan Proses Kaunseling

Objektif

Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat:

1. Memahami proses kaunseling


2. Mengetahui beberapa model proses kaunseling
3. Mengetahui beberapa teknik dalam kaunseling

2.1Pengenalan

Berdasarkan kepada definisi-definisi kaunseling yang diberikan sebelum ini dapat


disimpulkan bahawa kaunseling adalah suatu proses. Proses kaunseling ini melibatkan
satu urutan perkembangan perhubungan antara kaunselor dengan klien yang berlaku
dalam suatu jangka waktu tertentu. Perhubungan ini bermula dari satu peringkat dan
terus berkembang ke satu peringkat yang lain. Peringkat-peringkat ini berjalan secara
teratur dan mempunyai sesuatu objektif atau tujuan yang tertentu.

Dalam proses ini berlaku perbincangan yang sistematik yang dipimpin oleh kaunselor
tanpa disedari oleh klien. Pertemuan dan perbincangan ini dipanggil sesi kaunseling.
Ia merupakan proses perkongsian dari segi intelek dan emosi. Proses ini bermula
apabila ada persetujuan antara klien dan kaunselor untuk melibatkan diri mereka
dalam menguruskan sesuatu persoalan. Proses perkongsian ini mungkin berlangsung
dalam beberapa sesi pertemuan kaunseling.

2.2 Peringkat-peringkat Proses Kaunseling

Pakar-pakar dalam bidang bimbingan dan kaunseling telah membahagikan proses


kaunseling kepada beberapa peringkat mengikut tanggapan atau teori yang menjadi
pegangan mereka. Peringkat-peringkat ini hanyalah suatu konsep yang dibuat bagi
menyenangkan huraian dan kefahaman sahaja. Ianya bukanlah suatu yang muktamad
atau kaku. Setiap peringkat mempunyai matlamat dan tujuan yang tertentu yang
bertujuan menjadikan proses kaunseling berjalan dengan lancar dan sempurna.

Antara contoh model peringkat-peringkat proses kaunseling yang telah dikemukakan


adalah seperti berikut:

14
Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling Ideal -
UPM

2.2.1 Model Eisenberg dan Delaney

Eisenberg dan Delaney (1977) membahagikan proses kaunseling kepada enam


peringkat iaitu

1. Perjumpaan awal

Di peringkat ini, kaunselor perlu menyapa klien dengan baik, menunjukkan


empati, ketulenan, kemesraan dan anggapan positif terhadap kliennya. Apabila
keadaan mesra telah wujud, klien lebih bersedia untuk berkongsi masalahnya
serta akan menceritakan lebih lanjut tentang masalah itu. Kaunselor juga perlu
menggalakkan penilaian kendiri klien iaitu klien memikirkan kekuatan dan
kelemahan dirinya sendiri dan menyediakan sesuatu untuk difikirkan oleh
klien sebelum sesi seterusnya.

2. Penerokaan masalah dan membina perhubungan

Pada peringkat ini, kaunselor terus membina perhubungan yang baik dengan
klien. Kaunselor harus memastikan kepercayaan klien terhadap dirinya dengan
memelihara kerahsiaan maklumat yang diberikan oleh klien. Kaunselor juga
perlu menunjukkan bahawa beliau berempati dan amat mementingkan
kebajikan klien. Dengan cara ini proses penerokaan akan dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan.

Bagi menggalakkan klien meluahkan masalahnya, kaunselor boleh


menggunakan soalan-soalan terbuka, refleksi, parafrasa, meminta penjelasan
dan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang lain. Tujuan utamanya adalah
untuk membolehkan kaunselor memahami klien dan membantu klien
mencapai kesedaran kendiri.

3. Penentuan Matlamat

Peringkat ini terdiri daripada empat komponen yang berkait rapat iaitu

a. Penentuan matlamat kaunseling.


b. Menimbangkan ciri-ciri klien yang boleh mempengaruhi strategik
kaunselor.
c. Memikirkan matlamat-matlamat proses iaitu yang berlaku sepanjang
proses menolong.
d. Membina satu rancangan tindakan yang akan dilaksanakan oleh klien
agar matlamatnya tercapai.

4. Membina dan Melaksanakan Pendekatan

15
Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling Ideal -
UPM

Di peringkat ini, kaunselor bersama-sama dengan klien akan cuba membina


dan melaksanakan satu pendekatan yang bersesuaian untuk mencapai
matlamat kaunseling.

5. Menilai Pencapaian

Di peringkat ini, kaunselor akan menilai keberkesanan strategik yang telah


digunakan. Jika terdapat kelemahan-kelemahan atau kekurangan maka
kaunselor bersama-sama klien akan memikirkan cara-cara untuk
mengatasinya.

6. Penamatan dan susulan

Di peringkat ini, kaunselor akan membuat susulan sama ada strategik atau
pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah klien berjaya atau tidak.
Jika berjaya maka proses kaunseling bolehlah ditamatkan. Jika tidak, sesi
kaunseling boleh dimulakan semula.

2.2.2 Model Mizan dan Halimatun

Mizan dan Halimatun (2002) juga telah membahagikan proses kaunseling kepada
enam langkah iaitu

1. Menyediakan Prasesi

Bagi klien yang datang dan membuat temu janji, kaunselor perlu bersedia
untuk mengetahui serba sedikit tentang profil klien demi memudahkan
kaunselor membentuk hubungan dan memberikan pertolongan.

2. Membina Hubungan; Melayan, Mendengar dan Memahami

Kejayaan membina hubungan yang baik dengan individu yang meminta


pertolongan adalah penting dalam memulakan sesi kaunseling. Kaunselor
boleh mengujudkan hubungan yang baik ini dengan menunjukkan tingkah
laku tanpa lisan yang mesra, menunjukkan keinginan menolong, mendengar
perkara yang diperkatakan, mendengar luahan perasaan, tidak cepat membuat
penilaian dan cuba memahami klien.

3. Meneroka dan Menganalisis Masalah

Permasalahan yang dikemukakan oleh klien perlu diteroka. Tujuannya ialah


supaya kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan berkenaan dengan
betul dan objektif khususnya dari aspek pemikiran, perasaan dan perlakuan
klien.

4. Mengenalpasti Punca Masalah

16
Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling Ideal -
UPM

Klien perlu dibantu supaya dia dapat melihat di mana punca masalah bagi
memudahkan proses intervensi dilakukan. Ini kerana masalah selalunya
kompleks dan berkait-kait sehingga tidak dapat dipastikan yang mana punca
utama dan yang mana masalah sampingan.

Di peringkat ini juga kaunselor dan klien berbincang mengenai pilihan atau
alternatif yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat kaunseling.

5. Mengambil Tindakan

Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan iaitu
klien akan melaksanakan pilihan yang telah dipersetujui bagi mengatasi
masalahnya.

6. Menamatkan Sesi

Penamatan dilakukan pada setiap sesi atau setelah permasalahan klien dapat
diuruskan.

2.2.3 Model Lewis

Lewis (1972) membahagikan proses kaunseling kepada lima tahap iaitu

1. Menentukan tujuan/matlamat klien iaitu sebab mengapa dia memerlukan


perkhidmatan kaunseling.

2. Memberi definisi/penerangan tentang proses kaunseling

3. Penerangan dan pemahaman tentang keperluan klien

4. Kemajuan ke arah mencapai matlamat

5. Membuat kesimpulan dan rancangan untuk masa depan klien berdasarkan


pengalamannya semasa proses kaunseling sebelum menamatkan sesi
kaunseling.

2.2.4 Model Brammer

Brammer (1973) pula mengatakan bahawa proses kaunseling mempunyai lapan


peringkat iaitu

1. Penyediaan dan kemasukan

2. Penjelasan tentang mengapa klien memerlukan kaunseling

3. Menstruktur atau merangka proses kaunseling selanjutnya seperti bagaimana


kaunselor dan klien dapat bekerjasama, had-had masa, peranan masing-

17
Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling Ideal -
UPM

masing, membuat perjanjian, iaitu kedua-dua akan berusaha mencapai


matlamat.

4. Perhubungan mesra/membina perhubungan

5. Penerokaan masalah klien

6. Pengukuhan apabila klien mengamalkan kemahiran-kemahiran baru

7. Perancangan yang rasional

8. Penamatan iaitu merumuskan pencapaian.

2.2.5 Model Gibson dan Mitchell

Gibson dan Mitchell (1990) pula meringkaskan proses kaunseling kepada hanya
empat peringkat sahaja iaitu

1. Membina hubungan

Kaunselor dan klien membina hubungan yang menolong. Di peringkat ini


kaunselor perlu mengambil inisiatif untuk wujudkan suasana yang kondusif,
hormat menghormati, percaya mempercayai dan terbuka.

2. Penerokaan dan mengenalpasti masalah

Hasil dari perhubungan menolong yang telah terbina, klien akan meluahkan
masalahnya dengan mendalam. Kaunselor bertanggung jawab untuk
membantu dan merangsang klien untuk terus berkongsi pengalaman supaya
penilaian yang lebih tepat dapat dibuat.

3. Rancangan untuk menyelesaikan masalah

Apabila kaunselor telah pasti semua maklumat mengenai masalah klien telah
diperolehi dan difahami serta klien pula telah menerima kenyataan bahawa
sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalahnya maka rancangan untuk
menyelesaikan masalah klien boleh dimulakan.

Kaunselor perlu membantu klien untuk mencari sebanyak mana penyelesaian


yang mungkin.

4. Aplikasi penyelesaian dan penamatan

Pada peringkat ini, klien bertanggung jawab untuk melaksanakan rancangan


penyelesaian yang telah dipersetujui. Kaunselor pula sentiasa memberikan
galakan dan dorongan kepada klien. Kaunselor juga perlu membuat tindakan

18
Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling Ideal -
UPM

susulan supaya perkembangan klien dapat dimantau. Setelah klien dapat


berdiri atas kaki sendiri, hubungan kaunseling boleh ditamatkan.

2.2.6 Kesimpulan

Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa proses kaunseling dipengaruhi oleh


pendekatan atau teori yang digunakan oleh kaunselor yang berkenaan. Proses
kaunseling mengandungi peringkat-peringkat seperti pertemuan awal, penerokaan,
mengenalpasti masalah, menentukan matlamat kaunseling, rancangan untuk
mengatasi masalah, perlaksanaan rancangan, tindakan susulan dan penamatan. Dari
segi peranan dan tanggungjawab pula, kaunselor perlu memainkan peranan dan
tanggungjawab yang lebih utama ditahap awal proses kaunseling. Peranan dan
tanggungjawab ini kemudiannya secara pelahan-lahan beralih kepada klien hinggalah
hubungan kaunseling ditamatkan.

2.3 Teknik-teknik kaunseling

Berdasarkan teori dan pendekatan masing-masing, ahli-ahli dalam bidang bimbingan


dan kaunseling telah menggunakan berbagai teknik bagi membantu para klien yang
datang mendapatkan perkhidmatan mereka.

Antara contoh teknik-teknik yang digunakan adalah

2.3.1 Perkaitan bebas

Teknik ini selalu digunakan dalam pendekatan psikoanalisis. Teknik perkaitan bebas
memerlukan klien meluahkan apa sahaja yang terlintas dalam pemikirannya tanpa
menapis susunan logik perbualannya dengan kaunselor. Teknik ini digunakan bagi
tujuan mengingat semula pengalaman serta emosi lampau yang pernah dialami oleh
klien. Kaunselor biasanya memberi satu sikap interaksi yang menggalakkan supaya
klien boleh bertindak secara bebas tentang perkara yang hendak diluahkan. Asas
kepada teknik ini adalah kefahaman bahawa dalam diri individu memang tersemat
pendaman sebagai satu faktor mekanisma bela diri. Tujuan perkaitan bebas adalah
bagi melepaskan ke tahap sedar pendaman yang lama sehingga dapat diluahkan.
Pendaman yang banyak tersimpan menjadi tekanan desakan diri. Sehingga pendaman
tersebut dikeluarkan ke tahap sedar, ia tidak boleh disesuaikan dengan alam nyata.

2.3.2 Tranferens

Teknik ini juga selalu digunakan dalam pendekatan psikoanalisis. Trenferens


digunakan oleh kaunselor bagi memberi galakan kepada klien bahawa kaunselor
sememangnya bersedia untuk memberikan bantuan. Konsep tranferens meletakkan
klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibubapa atau
orang yang penting dalam kehidupan masa lampau mereka. Dalam proses tranferens
seseorang klien itu akan menghidupkan semula tanpa disedari segala tingkahlaku

19
Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling Ideal -
UPM

lampaunya kepada kaunselor. Keadaan ini sangat perlu difahami oleh kaunselor bagi
menangani proses analisis dan pentafsiran mekanisma bela diri klien.

2.3.3 Pentafsiran

Dalam proses kaunseling psikoanalisis, pentafsiran penting bagi menimbulkan


wawasan psikologikal kepada diri klien. Trenferens sahaja tidak mencukupi bagi
menggerakkan klien kearah kelegaan dan tingkahlaku yang baru. Analisis dan
pentafsiran tentang mekanisma bela diri klien akan memudahkan klien memahami
kerumitan yang sedang dialaminya. Tugas kaunselor adalah untuk menjelmakan satu
katarsis atau kelegaan dalaman yang boleh dinikmati klien. Pentafsiran dapat
menggerakkan segala kefahaman superego yang lama kepada satu tahap kesedaran
baru. Pengalaman dan kefahaman baru ini selanjutnya akan diganti dengan kesedaran
ego baru dan bergerak ke arah penerimaan superego yang lebih sesuai dengan
keadaan semasa sealiran dengan klien.

Dalam proses kaunseling secara psikoanalisis ini berbagai rintangan mungkin akan
timbul di antara interaksi kaunselor dengan klien. Pentafsiran yang dikemukakan oleh
kaunselor tidak semestinya diterima oleh klien. Hasil pentafsiran mungkin
menimbulkan satu reaksi kepincangan dan kaunselor wajar bersedia menerima
hakikat bahawa tidak semua analisisnya mudah diperlakukan oleh klien. Apabila
keadaan ini berlaku maka kaunselor wajar sedar bahawa klien mungkin berada dalam
keadaan transferens dan menganggapnya sebagai orang yang signifikan yang pernah
dialami dalam hidupnya yang lampau. Ada kalanya juga rintangan tidak semestinya
berlaku hasil daripada proses transferens. Ada kemungkinan juga rintangan berlaku
hasil daripada satu penolakan sebenar pentafsiran yang diberi oleh kaunselor. Tanda
seperti ini memberi isyarat bahawa klien belum bersedia untuk menyesuaikan dirinya
dengan keadaan yang sebenar.

2.3.4 Penilaian

Teknik ini selalu digunakan dalam pendekatan kaunseling tingkah laku. Proses
penilaian memerlukan kaunselor mendapatkan segala maklumat tentang masalah yang
dialami klien. Kaunselor perlu mengumpul maklumat mengenai masa, cara masalah
berlaku, cara yang diusahakan oleh klien bagi mengatasi masalah, tempat, keadaan
trauma yang pernah dialami, pengalaman klien dan berbagai lagi ciri maklumat
tentang masalah yang dihadapi oleh klien.

Cara kaunselor menyoal semasa sesi kaunseling bagi mendapatkan maklumat adalah
penting. Soalan yang bermula dengan perkataan mengapa wajar dielakkan manakala
soalan yang bermula dengan perkataan bagaimana, apakah, bilakah dan dimana
wajar digalakkan. Walaupun kaunselor akan mendapat maklumat dari soalan yang
dikemukakan tetapi kaunselor tidak semestinya menerima sepenuhnya jawapan yang
diberi oleh klian. Cara klien menjawab juga penting diberikan perhatian. Kaunselor
hendaklah sentiasa peka pada gerak geri dan cara klien menjawab bagi mengesan ciri-

20
Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling Ideal -
UPM

ciri tidak konsisten, cuba mengelak sesuatu atau membuat sesuatu yang terpesong dari
yang benar.

Satu cara lain bagi mendapatkan penilaian dari klien adalah dengan menggunakan
laporan kendiri yang dibuat oleh klien. Laporan ini adalah baik bagi pengumpulan
maklumat tentang khayalan klien, pemikirannya dan juga perasaan mereka.

2.3.5 Main Peranan

Satu teknik yang juga digunakan dalam pendekatan kaunseling tingkah laku. Cara ini
sesuai dalam menangani masalah interaksi. Biasanya kaunselor bersetuju untuk
mengambil atau memainkan peranan orang yang klien menghadapi masalah untuk
berinteraksi. Dengan cara ini kaunselor dapat mengenalpasti masalah induk yang
klien hadapi dalam interaksinya dengan orang tersebut. Selanjutnya kaunselor akan
mampu untuk cuba mengubah tingkah laku celaru yang dialami oleh klien dengan
menggunakan teknik sampingan seperti latihan asertif dan sebagainya.

Dalam pendekatan REBT, klien akan melakunkan semula tingkah laku kebimbangan,
kemarahan dan kemurungan yang dialaminya. Kaunselor akan menerangkan
bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan tadi akan ditukar di mana kaunselor pula
akan memainkan peranan klien tadi sehinggalah klien boleh menerangkan semula
bagaimana pemikiran salah itu boleh berlaku.

2.3.6 Gambaran Imej

Teknik gambaran imej boleh memberi ingatan yang lebih jelas kepada klien tentang
pengalaman yang dilalui sama ada yang lampau, sekarang atau yang akan datang.
Cara ini dapat menyenangkan klien secara menggunakan simbol dalam imejnya
tentang perkara yang menjadi kerumitannya. Disamping itu kaunselor juga akan dapat
persepsi serta penilaian yang lebih jelas tentang masalah klien setelah klien
menghuraikan pengalaman yang telah dialaminya dalam gambaran imej secara lisan.

2.3.7 Desensitisasi Bersistem

Teknik ini menerapkan penggunaan gambaran imej dengan latihan relaksasi bagi
menghasilkan suasana selesa yang boleh diterima klien. Desensitisasi bersistem
biasanya digunakan sebagai satu teknik bagi menghindar keadaan keresahan,
kegelisahan atau kebimbangan yang dialami klien. Proses permulaannya adalah
dengan mengasingkan terlebih dahulu situasi yang menjadi pemangkin keresahan,
kegelisahan atau kebimbangan yang sedang dialami klien. Keadaan ini diukur dalam
satu bentuk kontinum antara situasi yang kurang meresahkan hingga satu penghujung
yang sangat mengancam ketenteraman klien.

Latihan relaksasi secara beransur-ansur biasanya diterap sebagai elemen penghindar


yang bertentangan dengan perasaan dan pemikiran keresahan atau kegelisahan.
Kaunselor akan mengasuh klien membayangkan atau menggambarkan dalam bentuk

21
Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling Ideal -
UPM

satu hiraki imej yang bermula dengan acara yang kurang meresahkan dan beransur-
ansur bergerak ke arah hiraki yang lebih tinggi dengan keadaan yang paling
mengancam klien. Proses relaksasi disematkan ke dalam imej klien semasa klien
mengambarkan imej-imej yang dirasakan kurang selesa sehingga imej tersebut
bertukar menjadi selesa pada pandangan dan pemikiran klien. Proses ini diulang dan
kaunselor akan hanya memimpin klien bergerak ke tahap hiraki yang lebih tinggi
apabila klien sudah mampu menangani keadaan keresahan yang baru dilalui dalam
latihannya.

2.3.8 Menghilangkan Rasa Malu

Teknik ini digunakan dalam pendekatan REBT. Teknik ini memerlukan klien untuk
keluar ke khalayak ramai dan dengan berhati-hati melakukan sesuatu tingkah laku
yang dianggap bodoh dan memalukan. Pada masa yang sama juga klien akan
digalakkan untuk merasai secara kognitif dan emotif hanya terhadap perkara-perkara
yang boleh dimaafkan dan bukannya malu apabila tingkah laku tersebut tidak
diterima oleh orang lain.

2.3.9 Imageri Rasional-Emotif

Teknik ini memerlukan klien membuat imaginasi terhadap satu perkara yang amat
buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan
kemurungan, negeri, ketakutan dan kemarahan. Kemudian klien akan berusaha untuk
merasai kekecewaan, kesedihan dan kehampaan secara yang lebih tepat.

2.3.10 Membina Kenyataan Bersungguh

Dalam teknik ini klien ditunjukkan bagaimana untuk membina kenyataan diri yang
realistik dan rasional. Klien juga diajar bagaimana untuk menanamkannya dalam
fikiran dan jiwa sehingga mereka yakin dan percaya dengan bersungguh-sungguh.

2.3.11 Dialog-Diri Bertenaga

Dalam teknik ini klien akan merakamkan kepercayaan tidak rasional ke dalam pita
dan berhujah mengenainya dengan kuat dalam pita tersebut. Kemudian klien akan
mendengar semula pita rakaman tadi dan beri orang lain mendengar sama.
Seterusnyanya klien akan menyemak sama ada ianya cukup kuat dan bertenaga.

2.3.12 Pengajaran Langsung

Kaunselor berusaha untuk menerangkan kepada klien yang kebimbangannya adalah


tidak rasional dan tidak logik.

2.3.13 Latihan Aversi

22
Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling Ideal -
UPM

Dalam teknik ini klien akan mengaitkan sesuatu yang pahit atau tidak selesa dengan
tinngkah laku yang hendak disingkirkan. Contohnya seorang klien yang gemok yang
suka makan gula-gula, aiskrim, coklat dan sebagainya pada sepanjang masa. Klien in
diletakkan dalam keadaan bertenang. Kemudian apabila dia mletakkan gula-gula ke
dalam mulut, dia diminta membayangkan gula-gula itu sebagai ulat dan menyebabkan
dia muntah. Bayangan ini diulang setiap kali apabila dia hendak memakan gula-gula.
Kemudian dia diminta memberi pujian kepada dirinya sendiri ketika dia tidak makan
gula-gula.

2.3.15 Kesimpulan

Sebenarnya ada banyak lagi teknik yang boleh digunakan dalam menjayakan usaha
kaunselor untuk membantu klien yang datang mendapatkan perkhidmatan mereka.
Pemilihan teknik ini bergantung kepada pendekatan atau teori yang menjadi pegangan
kaunselor yang berkenaan. Contoh-contoh teknik yang digunakan adalah

Teori Psikoanalisis:

1. Free Association
2. Interpretation
3. Dream Analysis
4. Analysis and Interpretation of Resistance
5. Analysis and Interpretation of Transference

Teori Adlerian:

1. Immediacy
2. Paradoxial Intention
3. Acting As If
4. Spitting In The Clients Soup
5. Catching Oneself
6. Push-Button Technique
7. Avoiding Traps
8. Task Setting and Commitment

Teori Gestalt:

1. Dialogue Exercise
2. Making Thr Rounds
3. Unfinished business
4. I take responsibility
5. I have a secret
6. Playing The Projection
7. Reversals
8. The Rhythym of Contact and Withdrawal
9. Rehearsal
10. Exaggeration

23
Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling Ideal -
UPM

11. May I feed You A Sentence


12. Marriage-Conseling Games
13. Can You Stay With This Feeling?

Teori Tingkah Laku:

1. Relaxation Training
2. Systematic Desensitization
3. Modeling Methods
4. Assertion Training
5. Self Management Program
6. Self Directed Behavior
7. Operant conditioning

Teori Rasional Emotif Tingkahlaku

1. Disputing irrational belief


2. Cognitive homework
3. Changing ones language
4. Use of humor
5. Rational-emotive imagery
6. Role playing
7. Shame-attacking exercises
8. Use of force and vigor

Malahan ada juga pendekatan atau teori kaunseling yang tidak pula menggunakan
atau menamakan teknik-teknik tertentu dalam pengendaliannya seperti teori
pemusatan perorangan dan teori eksistential.

Teori pemusatan perorangan lebih menekankan kepada perhubungan yang rapat dan
akrab antara kaunselor dengan klien yang berasaskan kepada unsur-unsur ketulusan,
jujur, mesra, kongruen dan empati. Jika kaunselor dapat mewujudkan suasana dan
perhubungan yang terapeutik maka dengan sendirinya kesan terapi dapat dinikmati
oleh klien.

2.4 Aktiviti

1. Bincangkan maksud proses kaunseling.

2. Bincangkan perbezaan dan persamaan model proses kaunseling yang telah


dikemukakan oleh ahli-ahli dalam bidang bimbingan dan kaunseling.

3. Berdasarkan kefahaman anda mengenai proses kaunseling, sila cadangkan


satu model proses kaunseling anda sendiri.

24
Unit 2 Teknik dan Proses Kaunseling Ideal -
UPM

4. Merujuk kepada model yang anda cadangkan, bincang bagaimana anda


akan menggunakan teknik-teknik kaunseling untuk membantu klien anda.

25

Anda mungkin juga menyukai