Anda di halaman 1dari 29

UNIT 7 MOTIVASI

Teacher Syahirah
HASIL PEMBELAJARAN
1.Menjelaskan proses asas motivasi;
2.Menerangkan pendekatan keperluan dan proses
dalam motivasi;
3.Membincangkan sumbangan model-model
motivasi yang berlainan; dan
4.Menjelaskan bagaimana modifikasi tingkah laku
boleh digunakan untuk meningkat atau
5.mengurangkan tingkah laku pekerja dalam
organisasi.
Introduction
 Menurut Williams (2000), motivasi terdiri daripada kuasa-kuasa yang boleh
mendorong, mengarah serta membolehkan seorang itu berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencapai matlamat tertentu.
 Sebagai contoh, seorang pekerja mungkin bermotivasi untuk bekerja keras demi
menghasilkan seberapa banyak output yang mungkin, sementara pekerja lain hanya
bermotivasi untuk melakukan kerja yang perlu.
PENDEKATAN-PENDEKATAN DALAM
MOTIVASI
Model berasaskan keperluan

• Model motivasi yang menekankan keperluan khusus manusia atau


faktor-faktor dalaman yang memberi kuasa untuk mengarah atau
menghentikan sesuatu tindakan.
• Pendekatan berasaskan keperluan menerangkan motivasi sebagai
suatu fenomena yang mengambil tempat di dalam diri manusia.
• Terdapat tiga model penting dalam pendekatan ini iaitu model
hierarki keperluan, model dua faktor dan model pencapaian
keperluan.

Model berasaskan proses

• Model motivasi yang memberi tumpuan kepada pemahaman


pemikiran atau proses kognitif yang wujud dalam minda seseorang
individu dan tindakan yang memberi kesan kepada tingkah laku
seseorang individu.
Model berasaskan proses
1. McGregor (1906- 1964) memperkenalkan Teori X dan Y tentang pekerja. Teori X
merangkumi sikap-sikap negatif, manakala Teori Y pula merangkumi sikap-sikap
positif. Menurut Teori Y, manusia akan berpuas hati dengan pekerjaan mereka
sekiranya persekitaran kerja adalah sesuai dan mereka boleh melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan baik.
2. Walaupun kebanyakan syarikat menggunakan/mengaplikasikan Teori Y dalam
pengurusan mereka, Teori X masih digunakan dalam pengurusan beberapa syarikat.
Teori X menyatakan bahawa manusia:

• (a) Tidak gemar bekerja dan lebih suka untuk menerima arahan;
• (b) Perlu dipaksa untuk bekerja; dan
• (c) Lebih gemar mengelak daripada tanggungjawab dan tidak bercita-cita
tinggi.

Teori Y menyatakan bahawa manusia:

• (a) Lebih gemar bekerja;


• (b) Akan mencapai objektif-objektif yang ditugaskan/diamanahkan;
• (c) Akan menerima dan mencari tanggungjawab; dan
• (d) Mempunyai kebolehan intelek yang boleh digunakan untuk mencapai
objektif organisasi.
Latihan 13
Bagaimanakah Model Berasaskan Keperluan
berbeza dengan Model berasaskan proses
PENDEKATAN
BERASASKAN
KEPERLUAN
1. HIERARKI KEPERLUAN
MASLOW
2. MODEL DUA FAKTOR
3. TEORI PEROLEHAN
KEPERLUAN
1. HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

• Menurut hierarki keperluan, seseorang individu itu mempunyai lima keperluan


asas iaitu fisiologi, keselamatan, sosial, harga diri dan penghargaan diri.
• apabila keperluan tertentu telah dipenuhi, ia tidak akan lagi memotivasi
tingkah-laku pekerja.
• Ia adalah sama apabila keperluan peringkat rendah tidak dipenuhi,
kebanyakan orang akan memberi perhatian kepada keperluan tertentu.
• Model Maslow telah mengenal pasti bahawa setiap individu mempunyai
keperluan yang berlainan yang boleh dimotivasikan oleh perkaraperkara atau
aktiviti-aktiviti yang berbeza. Malangnya, model ini hanya boleh memberi
garis panduan yang asas kepada pengurus.
2. MODEL DUA FAKTOR
2. MODEL DUA FAKTOR
(a) Faktor-faktor Motivasi
• Faktor-faktor motivasi adalah faktor-faktor berkaitan dengan kerja yang dilakukan.
• Ini berkait dengan perasaan positif dan sikap terhadap kerja tertentu.
• Faktor motivasi termasuk pekerjaan itu sendiri, pencapaian, pertumbuhan dalaman dan tanggungjawab.

(b) Faktor-faktor Kebersihan


• Faktor-faktor kebersihan ini merujuk kepada konteks kerja atau persekitaran di mana kerja itu sedang
dijalankan.
• Faktor-faktor ini termasuk penyeliaan, keadaan tempat kerja, hubungan antara individu, gaji, keselamatan
dan pentadbiran dan polisi syarikat.
• Faktor-faktor ini adalah berkait rapat dengan perasaan negatif terhadap kerja tertentu.
• Faktor ini tidak membangkitkan motivasi tetapi sebaliknya menghalang motivasi daripada berlaku.
• Sebagai contoh, pekerja-pekerja akan berasa tidak puas hati jika mereka percaya bahawa tempat kerja
mereka tidak selamat, namun jika keadaan tempat kerja bertambah baik, pekerja juga tidak semestinya
berpuas hati.
• Sekiranya pekerja tidak diberikan sebarang pengiktirafan, perasaan tidak puas hati tidak mungkin wujud.
Pada masa yang sama walaupun mereka mungkin tidak berasa berpuas hati tetapi apabila pengiktirafan
diberikan, pekerja akan berasa lebih berpuas hati.
2. MODEL DUA FAKTOR
• Teori ini mencadangkan bahawa pengurus harus menggunakan dua pendekatan dalam
meningkatkan motivasi.
• Pertama, mereka mesti memastikan faktor-faktor kebersihan seperti persekitaran kerja
adalah polisi yang dinyatakan dengan jelas dan boleh diterima oleh pekerja.
• Amalan ini akan mengurangkan ketidakpuasan di kalangan pekerja.
• Kedua, pengurus perlu menggunakan faktor-faktor motivasi seperti pengiktirafan dan
tanggungjawab tambahan sebagai alat untuk meningkatkan kepuasan dan motivasi.
• Kesimpulannya, pendekatan ini menunjukkan bahawa motivasi datang daripada individu
itu sendiri.
• Perhatian kepada faktor-faktor kebersihan akan membantu individu untuk
mengurangkan ketidakpuasan yang berlebihan.
• Kedua-dua faktor motivasi dan kebersihan perlu sama-sama wujud untuk menggalakkan
motivasi.
• Model dua faktor ini adalah berkesan dalam satu persekitaran tempat kerja profesional
tetapi adalah kurang berkesan dalam persekitaran pengkeranian atau perkilangan.
3. TEORI PEROLEHAN KEPERLUAN
• Menurut Rue et al. (2000), model motivasi ini memberi tumpuan kepada tiga keperluan yang penting
atau berkaitan dengan persekitaran kerja, iaitu pencapaian, penggabungan dan kuasa.
• Model ini telah dibangunkan oleh David McClelland.
• Keperluan untuk pencapaian adalah keinginan untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan lebih
berkesan berbanding sebelumnya.
• Tahap pencapaian motivasi ini bergantung kepada faktor-faktor seperti zaman kanak-kanak,
pengalaman-pengalaman peribadi dan pendidikan dan jenis organisasi yang disertai.
• Keperluan untuk penggabungan merujuk kepada keinginan untuk mengawal, memperolehi kuasa dan
kemampuan untuk mempengaruhi orang lain.
• Keperluan untuk penggabungan berkaitan dengan keinginan untuk mengekalkan hubungan rapat dan
peribadi.
• Keperluan ini boleh melibatkan autoriti perseorangan atau autoriti institusi.
• Sementara itu, keperluan kepada penerimaan sosial adalah keinginan untuk mewujudkan hubungan
dengan orang lain.
• Menurut McClelland, kebanyakan orang telah mencapai tahap tertentu dalam keperluan ini dan mereka
berbeza dari satu individu kepada individu yang lain.
• Dalam model ini, apabila kekuatan arah pencapaian keperluan ini telah dibangunkan, ia akan
memotivasi gelagat individu di dalam situasi yang membenarkan mereka memenuhi permintaan
keperluan yang tinggi.
PENDEKATAN
BERASASKAN PROSES

1. TEORI JANGKAAN
2. TEORI EKUITI
3. MODEL PENETAPAN
MAKLUMAT
4. MODEL PENGUKUHAN
1. TEORI JANGKAAN
• Dibangunkan oleh Victor H. Vroom.
• Teori jangkaan adalah berdasarkan idea bahawa pekerja percaya perkaitan
antara usaha, prestasi dan hasil adalah disebabkan nilai dan prestasi yang
telah mereka tetapkan kepada pencapaian sesuatu hasil.
• Teori ini menganggap bahawa tahap motivasi pekerja bergantung kepada tiga
kepercayaan asas iaitu jangkaan, nilai dan pertautan.
• Model ini mencadangkan bahawa untuk menjadi seseorang yang bermotivasi
tinggi, ketiga-tiga faktor atau kepercayaan tersebut juga mestilah tinggi. Jika
salah satu faktor menurun, motivasi keseluruhan juga akan turut merosot.
• Pengurus boleh menggunakan model ini untuk memotivasikan pekerja melalui
pengumpulan maklumat yang sistematik tentang apa yang pekerja mahu capai
daripada tugas mereka dengan mewujudkan kaitan yang jelas dan mudah
antara ganjaran dan prestasi individu, dan juga memberi kuasa atau autoriti
kepada pekerja untuk membuat keputusan.
1. TEORI JANGKAAN
1. TEORI JANGKAAN
(a) Valens
• Kepercayaan pekerja berkaitan dengan nilai hasil atau sejauhmana
ganjaran atau hasil tertentu itu adalah menarik atau diingini.
(b) Jangkaan
• Kepercayaan pekerja bahawa usaha mereka akan membawa
mereka lebih hampir ke arah tahap prestasi yang diingini atau
andaian adanya perkaitan antara usaha dan prestasi.
(c) Pertautan
• Kepercayaan pekerja bahawa pencapaian tahap prestasi yang
dikehendaki akan membawa kepada hasil yang diingini atau andaian
adanya perkaitan antara prestasi dan ganjaran
2. TEORI EKUITI

• J. Stacey Adams.
• Model motivasi ini adalah berdasarkan idea bahawa setiap orang mahu
dilayan sama rata dalam perhubungan mereka dengan orang lain.
• Ketidaksamaan wujud apabila pekerja menganggap bahawa input atau
sumbangan beliau (dalambentuk masa, usaha, pendidikan, pengalaman,
kemahiran, pengetahuan dan semua usaha yang diberikan terhadap kerja)
dengan hasil atau ganjaran yang diberikan oleh organisasi dalam bentuk gaji,
faedah, pengiktirafan dan lain-lain adalah kurang berbanding dengan
sumbangan terhadap kerja dan ganjaran yang diterima oleh orang lain.
2. TEORI EKUITI
2. TEORI EKUITI
• Bagi individu yang menerima layanan sama, nisbah perbandingan tidak semestinya sama
secara relatifnya.
• Apabila pekerja yang pada mulanya merasakan bahawa wujudnya ketidaksamaan iaitu
apabila pekerja baru menerima saraan yang lebih baik akan dapat mengubah perasaan
tersebut sekiranya dia mendapati bahawa pekerja baru terbabit mempunyai pengalaman
kerja dan kelayakan yang lebih tinggi berbanding dirinya, oleh itu, dia layak menerima
saraan yang lebih besar berdasarkan sumbangannya kepada syarikat.
• Teori ini juga menyatakan bahawa kewujudan ketidaksamaan boleh menyebabkan
tekanan bersamaan dengan tahap ketidaksamaan yang dirasai oleh pekerja.
• Tekanan ini akan memotivasi seseorang untuk mencapai kesamaan atau mengurangkan
ketidaksamaan.
• Terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan ketidaksamaan
seperti mengurangkan input atau sumbangan jika ia adalah lebih tinggi berbanding
dengan input dan hasil yang diterima oleh orang lain, meningkatkan input jika input
adalah jauh lebih rendah berbanding dengan orang lain, menuntut pampasan seperti gaji
naik atau membuat keputusan untuk meletak jawatan dari pekerjaannya
Latihan 14
Huraikan perbezaan utama antara Teori Jangkaan
dan Teori Ekuiti.
3. MODEL PENETAPAN MAKLUMAT
• Menurut Williams (2000), model penetapan matlamat adalah satu model motivasi yang bertindak
dengan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan individu-individu, kumpulan-kumpulan, jabatan-
jabatan atau organisasi dengan memberi penekanan khusus kepada hasil yang dijangka.
• Matlamat adalah sasaran, objektif atau keputusan yang ingin dicapai oleh seseorang.
• Model ini menyatakan bahawa manusia akan bermotivasi sehingga ke tahap yang tertentu apabila
mereka diberikan satu matlamat khusus, yang mencabar dan mendapatkan maklum balas mengenai
pembangunan mereka ke arah mencapai matlamat tertentu.
• Komponen asas bagi model penetapan matlamat adalah bahawa matlamat-matlamat mestilah khusus,
mencabar dan boleh diterima, mempunyai maklum balas prestasi dan memberi pada masa yang betul.
• Sebagai alat motivasi, penetapan matlamat dapat membantu pekerja dalam tiga cara: sebagai satu garis
panduan dan penjanaan tingkah laku untuk menyokong matlamat organisasi, menyediakan cabaran
danpiawaian yang boleh digunakan untuk membuat penilaian dan untuk menyatakan sesuatu yang
penting dan menyediakan rangka kerja bagi perancangan.
• Satu aspek penting dalam model ini adalah penglibatan pekerja dalam penetapan matlamat.
• Apabila pekerja itu sendiri menentukan matlamat yang ingin dicapai, ia akan menjadi lebih mudah untuk
mereka menerima matlamat dan menjadi lebih komited.
• Jika pekerja tidak terlibat atau penyertaan yang minima sahaja dalam menetapkan matlamat, mereka
biasanya tidak akan begitu berminat untuk mencapai matlamat.
4. MODEL PENGUKUHAN
• Perkembangan model pengukuhan telah dipelopori oleh B. F. Skinner.
• Terdapat dua andaian bagi teori ini iaitu tingkah laku manusia ditentukan oleh
persekitarannya, dan dikaitkan dengan undang-undang yang berkaitan yang
boleh dijangka dan diubah.
• Idea asas yang membentuk teras teori ini adalah andaian bahawa hasil atau
akibat tingkah laku seseorang pada masa ini akan mempengaruhi tingkah
lakunya pada masa akan datang.
• Tingkah laku yang membawa kepada hasil-hasil positif akan diulangi
manakala tingkah laku yang membawa kepada hasil-hasil negatif biasanya
tidak akan diulangi.
• Hasil-hasil atau akibat-akibat tingkah laku individu disebut sebagai
pengukuhan.
• Secara asasnya, terdapat empat jenis pengukuhan-pengukuhan positif,
pengukuhan negatif atau pengelakan, hukuman dan penyingkiran.
4. MODEL PENGUKUHAN
4. MODEL PENGUKUHAN
(a) Pengukuhan Positif

• Pengukuhan positif adalah sumbangan dari hasil positif atau akibat yang berdasarkan tingkah laku yang diingini.
• Sebagai contoh, organisasi yang membayar bonus tunai kepada jurujual yang melebihi kuota jualannya akan menggalakkan mereka
untuk bekerja dengan lebih tekun pada masa akan datang.

(b) Pengukuhan Negatif

• Pengukuhan negatif bermakna memberi satu peluang kepada seseorang untuk mengelakkan hasil atau akibat yang negatif melalui
tingkah laku yang diingini.
• Kedua-dua pengukuhan iaitu pengukuhan negatif dan positif boleh digunakan untuk meningkatkan kekerapan tingkah laku yang
diingini.
• Sebagai contoh, membuat pembayaran cukai sebelum bulan Mei akan dapat mengelakkan seseorang dikenakan denda.

(c) Penyingkiran

• Penyingkiran melibatkan ketiadaan hasil atau kesan yang positif, atau menarik balik hasil positif yang digunakan untuk memberi
kesan daripada tingkah laku yang diingini.

(d) Hukuman

• Hukuman adalah kesan negatif akibat berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
• Sebagai contoh, seorang pekerja yang selalu lewat masuk kerja boleh digantung kerja atau gajinya mungkin ditahan.
• Kedua-dua bentuk pengukuhan penyingkiran dan hukuman ini boleh digunakan untuk mengurangkan kekerapan tingkah laku yang
tidak diingini.
4. MODEL PENGUKUHAN
RUMUSAN
1. Terdapat dua pendekatan utama untuk menerangkan aspek motivasi.
2. Pendekatan berasaskan keperluan menjelaskan tentang motivasi yang
wujud dan berlaku secara dalaman atau menerangkan tentang apa yang
sebenarnya memotivasikan seseorang.
3. Pendekatan berasaskan proses menerangkan proses kognitif yang
mempengaruhi tingkah laku manusia.
4. Ketiga-tiga model berasaskan keperluan yang dibincangkan adalah
model hierarki keperluan, model dua faktor dan model perolehan
keperluan.
5. Dalam pendekatan berasaskan proses, terdapat empat model utama yang
dibincangkan iaitu teori jangkaan, teori ekuiti, model penetapan matlamat
dan model pengukuhan tingkah laku.

Anda mungkin juga menyukai