Anda di halaman 1dari 38

PRINCIPLE OF

MANAGEMENT
UNIT 3:
PEMBUATAN
KEPUTUSAN
Teacher Syahirah
AGENDA
 Mengenal pasti jenis-jenis persekitaran untuk pembuatan keputusan.
 Membincangkan proses-proses yang terlibat dalam membuat
keputusan yang rasional.
 Menerangkan batasan-batasan dalam membuat keputusan rasional.
 Menyatakan kaedah-kaedah penambahbaikan pembuatan keputusan.
 Mengkaji kaedah-kaedah dalam pembuatan keputusan secara
berkumpulan.
 Menilai kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan pembuatan
keputusan secara berkumpulan
DEFINISI PEMBUATAN KEPUTUSAN

Pembuatan keputusan ditakrifkan sebagai


satu proses mengenal pasti masalah,
memberi penyelesaian alternatif, memilih
penyelesaian terbaik yang sedia ada dan
melaksanakannya.
PERSEKITARAN PEMBUATAN KEPUTUSAN

● Sesuatu keputusan yang baik bukan sahaja dipengaruhi oleh


pengalaman, kecekapan dan kemahiran pembuat keputusan tersebut
tetapi juga kecukupan dan kesahihan maklumat yang diperoleh yang
berkaitan dengan persekitaran perniagaan (Abu Mansor et al, 1999).
● Secara amnya, terdapat tiga keadaan maklumat dalam proses
pembuatan keputusan:
i. sama ada maklumat yang diperoleh itu adalah lengkap,
ii. tidak lengkap atau
iii. tidak mempunyai maklumat langsung.
PERSEKITARAN PEMBUATAN KEPUTUSAN

● Jadi, ia akan mewujudkan tiga persekitaran atau keadaan


pembuatan keputusan:
PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM
KEADAAN KEPASTIAN
• Pembuat keputusan mendapat maklumat yang
lengkap untuk memudahkannya membuat
keputusan.
• Beliau mampu meramalkan dengan pasti
situasi-situasi yang akan berlaku pada masa
hadapan.
• Dengan mengetahui apa yang akan terjadi pada
masa hadapan, keputusan yang dihasilkan oleh
setiap keputusan alternatif akan dapat
ditentukan atau diketahui dengan pasti.
PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM
KEADAAN KETIDAKPASTIAN
• Dalam situasi ini, pembuat keputusan tidak
mempunyai sebarang maklumat yang dapat
membantu dalam pembuatan keputusannya.
• Oleh itu, beliau tidak dapat mengetahui dengan
pasti peristiwa yang akan berlaku pada masa
hadapan dan juga tidak dapat meramal hasil
daripada setiap keputusan alternatif yang
dibuat.
• Dengan itu, pembuat keputusan terpaksa
menggunakan segala pengalaman dan budi
bicaranya dalam membuat sesuatu keputusan
PEMBUATAN KEPUTUSAN
DALAM KEADAAN BERISIKO
• Kecenderungan berisiko merujuk kepada
kecenderungan sesorang samada
mengambil atau mengelak risiko.
• Maklumat yang minimum hanya akan
memberikan sedikit petunjuk dalam
meramalkan apa yang akan berlaku.
Sama ada keadaan itu benar-benar akan
berlaku atau sebaliknya, tidak dapat
dipastikan.
LATIHAN 5
Bincangkan 3 persekitaran pembuatan
keputusan yang berbeza yang
dihadapi oleh perngurus.
PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN
YANG RASIONAL
 Membuat sesuatu keputusan kelihatan mudah, namun,
bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah yang
terbaik, ia mestilah rasional.
 Keputusan tersebut mestilah berdasarkan fakta, pendapat
dan sebab-sebab yang munasabah.
 Membuat keputusan yang rasional boleh ditakrifkan sebagai satu
proses yang sistematik dalam mentakrifkan masalah, menilai
alternatif keputusan dan memilih alternatif keputusan terbaik
yang sedia ada. Menurut Williams (2000)
PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG
RASIONAL
1. Mentakrif Masalah
• Pada peringkat ini, seorang pengurus
perlu mengenal pasti masalah yang
dihadapi, punca masalah tersebut dan
cara untuk menyelesaikannya.
• Sebagai contoh, pejabat anda sedang
menghadapi masalah kerja yang
tertangguh. Apabila diselidik, didapati
masalah berpunca daripada
kekurangan komputer di pejabat.
2. Mengenalpasti Kriteria
Keputusan
• Piawai atau ciri-ciri yang akan diambil
kira semasa membuat keputusan.
• Sebagai contoh, oleh kerana pihak
pengurusan telah memutuskan untuk
membeli beberapa komputer baru,
maka apakah kriteria-kriteria yang akan
diambil kira dalam memilih komputer-
komputer baru tersebut?
3. Memperuntukkan Pemberat untuk
Setiap Kriteria
• Membuat perbandingan relatif.
• Dalam kaedah ini, setiap kriteria akan dibandingkan
secara langsung antara satu sama lain.
• Oleh itu, kriteria keputusan disusun mengikut
keutamaan. Keutamaan seseorang individu
mungkin berbeza daripada individu yang lain.
• Sebagai contoh, anda mungkin meletakkan faktor
kualiti sebagai yang paling penting, diikuti oleh
faktor keserasian, faktor harga dan akhir sekali,
faktor waranti
4. Menjana Penyelesaian-
penyelesaian Alternatif
• Semakin banyak alternatif yang dapat
dijana, maka semakin baik prosesnya.
• Berdasarkan contoh di atas, bagi
membeli sebuah komputer baru, antara
alternatif-alternatif yang mungkin boleh
dipertimbangkan adalah Acer, IBM,
NEC, Serindit, Compaq dan
sebagainya.
5. Menilai Alternatif-alternatif
• Setiap alternatif akan dibandingkan dengan setiap kriteria
keputusan.
• Ini adalah untuk menentukan sejauh mana alternatif tersebut
memenuhi kriteria keputusan yang telah ditetapkan.
• Biasanya, peringkat ini mengambil masa paling lama kerana
terdapat banyak maklumat yang perlu dikumpulkan terlebih
dahulu sebelum perbandingan boleh dibuat.
• Ia juga melibatkan sejumlah wang yang besar. Ini bermakna,
kesemua penyelesaian alternatif, iaitu Acer, IBM, NEC,
Serindit dan Compaq, akan dinilai daripada aspek kualiti,
kesesuaian, harga dan waranti (kriteria keputusan).
• Semakin banyak kriteria keputusan dipenuhi oleh alternatif,
maka semakin baik alternatif tersebut
6. Memilih Keputusan yang
Optimum
• Alternatif yang terbaik adalah alternatif
yang memenuhi kriteria keputusan
mengikut kepentingan yang telah
disusun.
• Walau bagaimanapun, jika tidak ada
alternatif yang dapat memenuhi kesemua
kriteria keputusan mengikut susunan
yang ditetapkan, maka alternatif yang
paling banyak memenuhi kriteria akan
dipilih
BATASAN-BATASAN DALAM
PEMBUATAN KEPUTUSAN RASIONAL
 Pembuatan keputusan akan menjadi lebih baik sekiranya
pengurus atau pembuat keputusan mengikut semua
langkah yang telah dibincangkan sebelum ini dengan teliti.
 Namun begitu, kadang-kadang terdapat halangan-
halangan yang boleh mengelirukan pembuat keputusan
tersebut.
 Kesemua batasan-batasan ini akan menyukarkan pengurus
dalam membuat keputusan yang terbaik/optimum.
BATASAN-BATASAN DALAM PEMBUATAN
KEPUTUSAN RASIONAL
1. Kesilapan Umum

 Pengurus dipengaruhi oleh gerak hati dan kecenderungan untuk berat sebelah.
 Kebanyakan keputusan pengurusan dipengaruhi oleh gerak hati atau naluri pengurus. Biasanya terjadi
kepada pengurus yang berpengalaman.
 Keadaan ini mungkin berlaku kerana isu yang perlu diselesaikan adalah serupa dengan situasi yang pernah
berlaku sebelumnya.
 Pengurus-pengurus yang bergantung kepada intuisi mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan
maklumat daripada data yang sedia ada.
 Kadangkala, pengurus-pengurus juga membuat keputusan yang berat sebelah. Ini terjadi apabila seseorang
pengurus menganggap sesuatu isu yang akan berlaku pada masa hadapan adalah sama dengan perkara yang
pernah dialaminya sebelum ini.
2. KERASIONALAN TERBATAS

Kerasionalan terbatas bermakna pengurus cuba untuk


mengambil pendekatan yang rasional dalam pembuatan
keputusan tetapi dihalang oleh batasan-batasan tertentu
seperti sumber yang terhad, kekurangan maklumat dan
keupayaan untuk menganalisis keputusan yang terhad.
Empat masalah yang menghalang pengurus daripada membuat
keputusan yang rasional

(a) Sumber yang Terhad

• Sumber terdiri daripada masa, wang, peralatan dan tenaga kerja.


• Sumber-sumber yang terhad boleh mempengaruhi pembuatan keputusan.

(b) Lebihan Maklumat

• Kemajuan dalam teknologi telah menyebabkan lambakan maklumat berlaku.


• Sesetengah maklumat boleh diperoleh dengan mudah tetapi pada masa
yang sama ia boleh mendatangkan masalah kepada pengurus.
• Ini adalah kerana pengurus tersebut tidak mampu untuk mengendalikan
semua maklumat yang sedia ada.
• Hasilnya, hanya maklumat tertentu sahaja yang diambil kira.
• Oleh itu, keputusan yang dibuat mungkin bukanlah yang terbaik kerana
bukan semua maklumat telah diambil kira.
Empat masalah yang menghalang pengurus daripada membuat
keputusan yang rasional

c) Masalah Ingatan

• Masalah ingatan boleh menyebabkan kesukaran kepada pengurus.


• Walaupun maklumat biasanya dicatat atau dirakam, kadang-kadang
maklumat juga boleh terlepas pandang atau tidak direkodkan.
• Untuk membuat keputusan yang rasional, semua maklumat yang
diperlukan mestilah diperoleh.

(d) Masalah Kepakaran

• Masalah kepakaran menyebabkan pembuat keputusan menghadapi


masalah dalam menyusun, memahami dan meringkaskan maklumat
yang sedia ada.
• Ini kerana tiada individu yang pakar dalam setiap sektor.
• Akibat kekurangan kepakaran ini, maka penilaian yang dibuat mungkin
bukan yang terbaik
3. PERSEKITARAN BERISIKO

 Sesetengah pengurus mungkin membuat keputusan dalam


persekitaran yang berisiko.
 Ini bermakna pengurus tersebut mempunyai maklumat untuk
membantu dalam pembuatan keputusannya, walaupun
maklumat yang diperoleh tidak mencukupi.
 Akibatnya, keputusan yang dibuat boleh jadi berjaya atau
sebaliknya
LATIHAN 6
Apakah Batasan-batasab dalam
pembuatan keputusan yang rational?
Sila jelaskan.
BAGAIMANA MEMPERBAIKI PEMBUATAN
KEPUTUSAN
Membaiki
Pembuatan
Keputusan

Menggunakan Membuat
Peraturan dan Keputusan
Ujian Yang Secara
Khusus Berkumpulan

Peraturan Teknik
Pembuatan Ujian Khusus Sumbangsaran Kumpulan Teknik Delphi
Keputusan Nominal

Menjalankan
Peraturan Peraturan
Pelbagai Ujian
Keutamaan Syarat Minimum
Pemboleh Ubah
MENGGUNAKAN PERATURAN

Peraturan Pembuatan Keputusan


Peraturan keputusan merujuk kepada satu set kriteria yang
perlu dilengkapkan bagi
membolehkan sesuatu penyelesaian alternatif itu diterima.
MENGGUNAKAN PERATURAN
Peraturan Keutamaan

• Menurut peraturan ini, semua kriteria keputusan akan disusun mengikut keutamaannya.
• Setiap penyelesaian alternatif akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria ini satu persatu. Suatu alternatif yang
baik mestilah memenuhi kriteria yang paling penting, diikuti dengan kriteria yang kedua penting dan
seterusnya.
• Alternatif yang terbaik adalah alternatif yang dapat memenuhi paling banyak kriteria-kriteria penting.
• Alternatif yang terbaik tidak semestinya memenuhi kebanyakan kriteria tetapi memenuhi kriteria yang teratas
atau yang paling utama menurut susunannya.

Peraturan Syarat Minimum

• Kadangkala, pengurus mesti membuat keputusan seperti memberi jawapan ya atau tidak dan terima atau tolak.
• Dalam keadaan ini, pembuat keputusan perlu menetapkan syarat minimum bagi membolehkan ianya diterima.
• Manamana alternatif yang tidak dapat memenuhi walaupun satu syarat akan ditolak
MENGGUNAKAN UJIAN KHUSUS

Pelbagai Ujian Pemboleh Ubah

• Untuk keputusan yang memerlukan pembuat keputusan menilai kesan-kesan pelaksanaan pelbagai
alternatif pada masa yang sama.
• Kadang kala kombinasi ini memberikan hasil yang optimum.
• Penilaian dibuat melalui pelaksanaan beberapa ujian pemboleh ubah.
• Ia agak rumit dan memerlukan pembuat keputusan mempelajari kaedah-kaedah tersebut dalam
mereka bentuk eksperimen termasuk caracara untuk mengumpul dan menganalisis data statistik yang
akan dihasilkan.
MENGGUNAKAN KUMPULAN

o Kebanyakan organisasi pada masa kini menggunakan kumpulan untuk


membuat keputusan.
o Sebagai contoh, suatu jawatankuasa akademik di sebuah universiti
ditubuhkan untuk menilai keberkesanan sesuatu program atau
sekumpulan pekerja ditugaskan untuk menentukan suatu produk baru
yang akan diperkenalkan kepada pengguna-pengguna.
o Ini terjadi kerana keputusan yang dibuat dalam kumpulan mempunyai
lebih banyak kelebihan berbanding pembuatan keputusan secara
individu.
MENGGUNAKAN KUMPULAN

Kaedah-kaedah
Pembuatan
Keputusan
Berkumpulan

Teknik Kumpulan
Sumbangsaran Teknik Delphi
Nominal
MENGGUNAKAN KUMPULAN
SUMBANGSARAN
• Sumbangsaran merupakan satu teknik yang menggalakkan penjanaan idea-idea sebanyak yang mungkin
tanpa melibatkan sebarang kritikan.
• Ia adalah suatu proses pembuatan keputusan secara berkumpulan di mana maklum balas yang negatif
terhadap alternatif yang dibentangkan adalah dilarang sama sekali sehinggalah semua alternatif telah
didengari (Certo, 2000).
• Tujuan sumbangsaran ialah untuk mengeluarkan idea-idea daripada setiap ahli kumpulan secara terbuka.
• Suatu aktivit kumpulan sumbangsaran yang berkesan biasanya terdiri daripada lima hingga tujuh orang
individu (Hoe et al., 1998).
• Secara ringkasnya, semua ahli kumpulan akan mencadangkan idea-idea mereka sendiri mengikut giliran.
• Pada peringkat awal, semua idea sama ada baik atau tidak baik, sesuai atau tidak sesuai akan diterima tanpa
dinilai bagi tujuan menggalakkan semua ahli dalam kumpulan untuk menjana lebih banyak idea.
• Proses ini akan berterusan sehingga tiada lagi idea-idea yang dicadangkan.
• Setelah semua idea telah dikumpulkan, penilaian akan dibuat dengan membincangkan kelebihan-kelebihan
dan kelemahan-kelemahan idea-idea yang diutarakan.
• Kemudian, idea yang terbaik akan diterima.
• *notes
MENGGUNAKAN KUMPULAN
TEKNIK KUMPULAN NOMINAL
• Teknik kumpulan nominal adalah satu kaedah pembuatan keputusan di mana ahli-ahli
kumpulan mencadangkan dan menilai idea-idea mereka secara individu sebelum
berkongsi idea tersebut dengan ahli-ahli kumpulan yang lain.
• Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut:
• Langkah 1 – Setiap ahli kumpulan mencatatkan idea mereka secara individu bagi
keputusan atau masalah yang dibincangkan.
• Langkah 2 – Setiap ahli akan membacakan idea-ideanya kepada semua orang dalam
kumpulannya untuk berkongsi pandangan dengan mereka. Idea-idea tersebut
biasanya ditulis di atas papan hitam/papan putih untuk dikaji semula dan rujukan oleh
semua ahli kumpulan.
• Langkah 3 – Satu perbincangan diadakan untuk menilai kelebihan-kelebihan dan
kelemahan-kelemahan setiap idea.
• Langkah 4 – Ahli-ahli mengundi secara rahsia dan menulisnya di atas sekeping kertas.
Idea yang menerima paling banyak undian akan diterima dan dilaksanakan
MENGGUNAKAN KUMPULAN
TEKNIK DELPHI
• Teknik Delphi merupakan satu kaedah pembuatan keputusan di mana panel yang terdiri daripada beberapa
pakar akan menjawab soalan-soalan dan bekerja bersama-sama sehinggalah penyelesaian dapat dicapai
bagi isu tertentu.
• Teknik ini tidak memerlukan ahli-ahli panel untuk bersemuka.
• Antara langkah-langkah yang terlibat dalam teknik ini adalah:
• (a) Pakar-pakar dalam sektor-sektor yang berkaitan akan dikenal pasti dan dipilih oleh ahli-ahli panel.
• (b) Masalah-masalah akan diolah dalam bentuk soal selidik yang terdiri daripada soalan-soalan terbuka.
• (c) Soal selidik tersebut akan diberikan kepada ahli-ahli panel bersama dengan permintaan agar mereka
mengesyorkan penyelesaian-penyelesaian.
• (d) Setiap pakar akan melengkapkan borang soal selidik dan mengembalikannya kepada pengurus.
• (e) Semua jawapan akan diringkaskan dan digabung dalam bentuk laporan. Ia kemudiannya dikembalikan
kepada ahli-ahli panel bersama dengan borang soal selidik yang lebih spesifik dan terperinci yang telah
dikaji semula.
• (f) Ahli-ahli panel membaca laporan tersebut untuk mengetahui pendapat dan cadangancadangan ahli yang
lain berkenaan masalah tersebut. Di samping itu, mereka juga melengkapkan borang soal selidik yang
kedua.
• (g) Proses ini diulang sehinggalah ahli-ahli mencapai keputusan sebulat suara tentang penyelesaian yang
terbaik.
KELEBIHAN-KELEBIHAN PEMBUATAN
KEPUTUSAN BERKUMPULAN
Berkongsi pengalaman dan kemahiran di antara ahli
kumpulan

Lebih banyak maklumat, data dan fakta dapat dikumpulkan

Masalah dapat dlihat dari pelbagai perspektif

Meningkatkan penerimaan dan komitmen ahli-ahli


terhadap keputusan yang dibuat
KELEMAHAN-KELEMAHAN PEMBUATAN
KEPUTUSAN BERKUMPULAN

Memakan masa yang lama

Pembicangan mungkin akan dikuasai oleh individu tertentu.

Ahli-ahli perlu berkompromi

Melibatkan kos yang tinggi sekiranya semua ahli kumpulan perlu bertemu.

Ahli-ahli tertekan untuk bersetuju dengan sesebuah keputusan

Pemikiran secara berkumpulan


LATIHAN 7
Bandingkan kelebihan dan kelemahan
membuat keputusan di dalam
kumpulan.
RUMUSAN
 pembuatan keputusan terdiri daripada tiga jenis persekitaran dalam keadaan kepastian, keadaan ketidakpastian
dan keadaan berisiko.
 Pembuatan keputusan dalam sesuatu situasi adalah ditentukan oleh kecukupan maklumat yang diperoleh dalam
proses pembuatan keputusan.
 Proses-proses pembuatan keputusan rasional yang merangkumi langkah-langkah berikut: pertama, mentakrifkan
masalah; kedua, mengenal pasti kriteria keputusan; ketiga, memperuntukkan pemberat kepada setiap kriteria;
keempat, menjana penyelesaian alternatif; kelima, menilai setiap alternatif; dan keenam, memilih keputusan
yang optimum.
 Pembuatan keputusan yang rasional dihadkan oleh batasan-batasan tertentu seperti kerasionalan terbatas,
kesilapan umum dan pembuatan keputusan dalam persekitaran yang berisiko.
 Meskipun begitu, pembuatan keputusan masih boleh diperbaiki dengan beberapa kaedah.Pertamanya, membuat
keputusan dengan menggunakan peraturan dan ujian yang khusus seperti peraturan keutamaan, peraturan syarat
minimum dan menjalankan pelbagai ujian pemboleh ubah dan kedua, membuat keputusan secara berkumpulan.
 Terdapat beberapa kaedah pembuatan keputusan secara berkumpulan iaitu sumbangsaran, teknik kumpulan
nominal dan teknik Delphi.
 Walaupun pembuatan keputusan secara berkumpulan mempunyai banyak kelebihannya, ia juga mempunyai
kelemahan-kelemahan yang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai