Anda di halaman 1dari 1

Teori X dan Y Douglas Macgregor

Dalam teori tersebut Douglas mengatakan bahawa manusia terbahagi kepada dua jenis iaitu
X dan Y. manusia jenis X merupakan manusia jenis pemalas atapun No men. Dalam
bidang pekerjaan , mereka merupakan golongan yang tidak motivasi, kurang
bertanggungjawab, keinginan pencapaian diri yang kurang, dan hanya melakukan kerja
apabila diarah. Pekerja jenis X tersebut menginginkan balasan yang tinggi daripada pihak
majikan namun mereka tidak mempunyai keinginan untuk bekerja keras. Oleh itu, pihak
majikan harus mengawal ketat dan memerhatikan mereka agar tugasan ataupun kerja yang
diberi dapat disiapkan oleh mereka. Manusia jenis Y pula adalah sebalik dengan manusia
jenis X. Mereka merupakan golongan Yesmen di mana mereka menyahut cabaran dan
sentiasa mempunyai inisiatif yang tinggi untuk memajukan diri mereka sendiri. Golongan
tersebut mempunyai daya ingin tahu yang tinggi, bermotivasi, bertanggungjawab,
mempunyai inisiatif, dan berdaya saing bagi mencapai matlamat mereka. Oleh disebabkan
sikap mereka yang sedemikian maka pihak majikan tidak perlu terlalu mengawal mereka
dan mereka kadang-kala diberi kebebasan untuk membuat keputusan ataupun cara
menjalankan tugasan dan kerja mereka.
Dalam menentukan cara gaya kepimpinan seseorang ketua perlu memahami sikap ataupun
perangai pekerjanya. Sekirannya ahli-ahli ataupun pekerjanya kebanyakkan adalah golongan
pekerja X maka gaya kepimpinan autokrasi adalah lebih sesuai diamalkan. Hal ini demikian
kerana, mereka harus diperhatikan, dan mengenakan hukuman dan balasan untuk memberi
motivasi kepada mereka membuat kerja. Sekirannya mereka tidak diperhatikan maka
tanggungjawab yang diberi tidak akan dilaksanakan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang
pengetua terpaksa pantau dari masa ke masa di sekitar sekolah untuk melihat sama ada
terdaat guru yang mencuri tulang.
Manakala, sekirannya ramai ahli ataupun pekerjanya adalah golongan Y maka gaya
kepimpinan demokratik wajar dilaksanakan. Tujuan tersebut adalah untuk meningkatkan
inisiatif mereka untuk terus berusaha. Sekiranya ketua mengamalkan gaya kepimpinan
autokratik terhadap mereka maka motivasi mereka akan menurun kerana mereka berasa
tidak dipercayai dan diragui kebolehan mereka. Hal sebaliknya juga berlaku sekirannya gaya
kepimpinan demokratik digunakan bagi golongan X, perkara tersebut hanya akan
menyebabkan mereka senang-lenang dan mengambil gaji buta.

Anda mungkin juga menyukai