Anda di halaman 1dari 3

Kesimpulan

Kejayaan sebagai sekolah yang berjaya tidak akan dapat dikecapi tanpa ada usaha-usaha oleh
semua pihak dalam sesebuah organisasi sekolah. Faktor utama yang mendorong kepada
pencapaian kejayaan ini adalah kepimpinan pengetua atau gurubesar. Ciri-ciri kepimpinan yang
telah dibincangkan di atas adalah menjuruskan kepada kecemerlangan sekolah lebih-lebih lagi
bagi memenuhi tuntutan anjakan ke 5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu
memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Merujuk Laporan
Tahunan PPPM (2013) pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi dan komited mampu
membawa perubahan dan meningkatkan keberhasilan murid serta prestasi sekolah. Mulai 2013,
Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Piagam Pemimpin Sekolah bagi
memperkukuhkan pemilihan dan latihan Pengetua dan Guru Besar. Dan kecemerlangan
diteruskan di mana Kementerian melaksanakan syarat baharu bagi pelantikan pemimpin sekolah
iaitu melalui peluasan program NPQEL, Program PRIme serta program yang berterusan. Kajian
yang dijalankan di Tennesee, bahawa secara relatifnya pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi
dapat meningkatkan pencapaian sekolah sebanyak 20% dalam tempoh 3 tahun. Melalui kajian
ini sudah tentu pemilihan seseorang pemimpin sekolah merupakan satu cabaran kepada dunia
pendidikan.
Sebagai kesimpulan, pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasional,
kepimpinan transaksional dan kepimpinan karismatik bersifat prihatin dan mendorong
pengikutnya untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan tahap pencapaian
keseluruhannya selari dengan peningkatan tahap moral dan etika yang ditentukan oleh sesebuah
organisasi. Selain itu, ia juga merupakan satu proses yang memerlukan seseorang pemimpin itu
mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi meningkatkan kematangan motivasi dan untuk
memacu pengikutnya untuk mementingkan kepentingan organisasi atau sekolah khususnya,
dengan mengenepikan kepentingan peribadi semata-mata. Dalam konteks sebuah sekolah,
kepimpinan guru besar yang mengamalkan konsep kepimpinan sebenar lebih memusatkan
tumpuan kepada kepentingan keberkesanan pasukan kerja serta peningkatan keberkesanan
sekolah secara komprehensif. Sebagai pemimpin yang datang dari konsep yang dijelaskan ini,
mereka adalah seorang individu yang proaktif serta tidak hanya menumpukan matlamat
organisasi kepada peningkatan pencapaian sahaja tetapi juga menumpukan usaha dan matlamat
ke arah membangunkan warga organisasi terutama dari segi kebolehan, motivasi, sikap dan nilai.
Kredibiliti guru besar akan dapat dinilai melalui gaya kepimpinannya menerajui keseluruhan
organisasi yang dipimpinnya secara bersama dalam mencapai matlamat dan visi kecemerlangan
sebagaimana yang diharapkan.
Marilah kita mengambil contoh terbaik kepimpinan Nabi Muhammad SAW di mana kepimpinan
baginda berdasarkan wahyu Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang Nabi dan
Rasul malahan baginda juga adalah sebagai pemimpin masyarakat, negarawan, perancang
ekonomi dan panglima angkatan tentera yang berjaya. Hal ini menunjukkan agama Islam bukan
sahaja mementingkan aspek akidah semata-mata malahan merangkumi semua aspek kehidupan
manusia. Akal yg dikurniakan oleh Allah mendorong manusia berfikir secara rasional dan ilmu
pengetahuan membantu manusia membuat keputusan dgn bijak. Jules Masserman, seorang ahli
dalam bidang ilmu psikologi dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat dalam majalah Time
edisi Julai 15, 1974, menegaskan: “Pemimpin yang agung perlu melaksanakan tiga fungsi
penting iaitu memelihara kesejahteraan pengikut-pengikutnya, mewujudkan satu sistem sosial
yang selamat dan terjamin serta menanamkan satu nilai kepercayaan yang dapat dijadikan
panduan dan dikuti. Tokoh-tokoh terkenal seperti Pasteur dan Salk telah dapat memenuhi fungsi
pertama, manakala Alexander, Caeser dan Hitler pula berjaya memenuhi fungsi kedua. Namun
Nabi Muhammad SAW telah berjaya memenuhi ketiga-tiga fungsi kerana itu beliau adalah
pemimpin yang paling hebat dalam sejarah.”
Rujukan

Kementerian Pendidian Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-
2025: Kementerian Pendidian Malaysia.

Kementerian Pendidian Malaysia. (2014). Laporan Tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan


2013: Kementerian Pendidian Malaysia.

Kementerian Pendidian Malaysia. (2015). Laporan Tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan


2014: Kementerian Pendidian Malaysia.

Hussein Mahmood.(1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mamat. (1993). Kepemimpinan Sekolah : Teori Untuk Praktis. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya:
Addison Wesley Longman Malaysia Sdn Bhd.

Shefali R. Pandya (2011). School Effectiveness. New Delhi: A.P.H Publishing Corporation.

Yin Cheong Cheng (1996). School Efefectiveness and School – based Management: A
Mechanism for Development. London:The Falmer Press.

Anda mungkin juga menyukai