Anda di halaman 1dari 2

BAB 4: PEMBUATAN KEPUTUSAN

4.1 PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN

4.2 ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN

4.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBUATAN KEPUTUSAN

4.1 PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN

MAKSUD

Proses mengenal pasti masalah, membentuk alternatif penyelesaian dan memilih alternatif terbaik
untuk menyelesaikan masalah.

JENIS KEPUTUSAN
Jenis Keputusan

Keputusan rutin Keputusan tak rutin

- Keputusan untuk masalah biasa berlaku - keputusan untuk masalah yang tidak
dijangka dan dirancang dengan sempurna
- Contoh: membeli peralatan, disiplin pekerja - contoh: pekerja berhenti serta-merta,
terputus bekalan air atau elektrik.

LANGKAH – LANGKAH DALAM PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN RASIONAL.

Mengenal pasti masalah

Mengutip data

Menganalisis data

Menjana alternatif

Menilai alternatif

Memilih alternatif
4.2 ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN

ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN KUANTITATIF

Keputusan yang menggunakan nilai angka iaitu analisis dijalankan secara pengiraan matematik atau
statistik dalam proses membuat keputusan.

1. Statistik deskriptif
 Mengumpul dan menyusun data dalam bentuk angka
 Dianalisis dan ditafsirkan menggunakan model statistik mudah
 Melibatkan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat, ukuran serakan.
 Dalam bentuk angka, graf, carta pai, histogram – menarik dan mudah difahami
i. Min = Jumlah Nilai Data
Bilangan Data
ii. Mod = nombor yang paling kerap berulang/ kumpulan data yang mempunyai
kekerapan yang paling tinggi
iii. Median = nilai data yang terletak di tengah-tengah selepas disusun mengikut tertib
menaik.
iv. Sisihan piawai = purata jarak setiap nombor dari nilai purata yang diberi punca kuasa

2. Pokok keputusan
 Gambar rajah yang merujuk kepada pembentukan alternatif pilihan yang membantu
dalam membuat keputusan yang terbaik.
 Dibentangkan dalam bentuk gambar rajah.
 Menyediakan cara yang paling jelas untuk menganalisis masalah dalam proses membuat
keputusan.
 Item yang ada dalam gambar rajah pokok keputusan
i. Titik keputusan
ii. Peristiwa kebarangkalian/ keadaan
iii. Hasil yang mungkin didapati

Anda mungkin juga menyukai