Anda di halaman 1dari 30

BAB 2

PENGURUSAN RISIKO DAN


INSURANS
 
PENGENALAN PENGURUSAN RISIKO
DAN INSURANS
a) Menakrif maksud risiko
b) Memahami peril dan hazad (hazad fizikal, hazad moral dan hazad morale)
c) Memahami jenis risiko tulen dan spekulatif
d) Memahami pengurusan risiko dan kepentingannya.
e) Memahami pindahan risiko (insurans konvensional dan takaful)
f) Menjelaskan prinsip insurans termasuk ganti rugi (termasuk subrogasi,
caruman dan limpah), doktrin punca terdekat, kepentingan boleh diinsuranskan,
dan penuh percaya mutlak.
g) Menjelaskan prinsip takaful termasuk kepatuhan syariah (gharar, maisir, riba’,
akad jual beli)
2.1 PENGENALAN PENGURUSAN
RISIKO DAN INSURANS
 
DEFINISI RISIKO

• Risiko adalah ketidakpastian terhadap sesuatu kejadian

• Risiko selalu dikaitkan dengan kejadian negatif iaitu wujudnya ketidakpastian


terhadap kerugian (Rejda, 2000).

• Jika kerugian itu pasti akan berlaku atau sebaliknya, risiko tidak akan wujud

• Contoh berlaku kebakaran, kematian, penyakit, kemalangan dan lain-lain.

 
ISTILAH PENTING DALAM
RISIKO
A. Peril  
• Adalah punca/penyebab kepada kerugian. Melibatkan kemungkinan kehilangan
pendapatan/ aset kepada individu.
• Contoh peril seperti kebakaran, banjir, gempa bumi, kecurian dan lain-lain.

B. Hazad
• Adalah satu keadaan yang meningkatkan kemungkinan berlakunya sesuatu
kerugian yang disebabkan oleh sesuatu peril.
• Contoh : tidak memakai topi keledar boleh meningkatkan kerugian (kecederaan
lebih parah) jika berlaku kemalangan jalanraya
 
JENIS-JENIS HAZAD :
i. Hazad Fizikal
Adalah keadaan fizikal harta atau persekitaran yang meningkatkan kemungkinan
menghadapi kerugian atau meningkatkan jumlah kerugian.
Contoh jalanraya licin yang boleh meningkatkan keberangkalian berlaku
kemalangan jalanraya.

ii. Hazad Moral


Adalah sifat individu yang tidak bertanggungjawab atau tidak jujur yang
meningkatkan kekerapan dan ketenatan kerugian.
Contoh pemilik sebuah kilang sengaja membakar bangunannya sendiri dan
kemudian membuat tuntutan gantirugi insuran kebakaran daripada syarikat insuran.
Sifat tidak bertanggungjawab ini telah meningkatkan kekerapan kerugian.
JENIS-JENIS HAZAD :

iii.Hazad Morale
Adalah sifat cuai individu atau tidak kisah terhadap kejadian kerugian.
Contohnya pemilik kereta memiliki polisi insurans komprehensif akan
memandu laju dan tidak berhati-hati kerana yakin jika berlaku kerosakan akibat
kemalangan akan ditanggung oleh syarikat insurans. Individu ini menganggap jika
kerugian berlaku ia akan ditanggung oleh pihak lain.
RISIKO TULIN DAN RISIKO
SPEKULATIF
 
PENGURUSAN RISIKO
 

• Pengurusan risiko boleh didefinisikan sebagai pengenalpastian, analisis dan


pengawalan ekonomik terhadap risiko yang boleh menggugat aset atau pendapatan
sesebuah organisasi (Malaysian Insurance, 2001).

• Pengurusan risiko melibatkan pendekatan saintifik dalam menangani risiko tulen


dengan meramal kemungkinan kerugian yang tidak disengajakan dan mengubal satu
prosedur perlu untuk meminimakan kejadian kerugian tersebut atau kesan kewangan
daripada kejadian kerugian itu.
KEPENTINGAN PENGURUSAN
RISIKO
i. Pelanggan semakin cenderung mengambil tindakan undang-undang.  
ii. Pihak awam semakin menjadi kritikal
iii. Perlindungan insurans tidak begitu komprehensif
iv. Undang-undang menjadi semakin ketat dan meluas.
v. Pihak pengurusan semakin berhati-hati selepas belajar daripada kesilapan yang
lalu.
vi. Membantu meningkatkan kejayaan projek melalui pemilihan projek yang bagus,
menentukan skop projek, dan menyediakan anggaran-anggaran yang realisitik.
vii. Membantu pihak berkepentingan memahami sifat dan situasi sesuatu projek.
viii. Melibatkan ahli-ahli pasukan dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
sesuatu projek.
ix. Membantu mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai bidang pengurusan
projek.
PINDAHAN RISIKO
 
• Pemindahan risiko merupakan suatu strategi pengurusan risiko dan kawalan yang
melibatkan peralihan satu risiko tulen dari satu pihak ke pihak yang lain secara
berkontrak. Satu contoh adalah pembelian polisi insurans, di mana satu risiko
kerugian tertentu dipindahkan daripada pemegang polisi (insured) kepada syarikat
insurans (insurer).

•  Apabila dilakukan dengan berkesan, pemindahan risiko akan mewujudkan


keseimbangan risiko, meletakkan tanggungjawab terhadap risiko kepada pihak yang
telah ditetapkan di atas keupayaan mereka untuk mengawal dan melindungi risiko
tersebut. Liabiliti sebaiknya diletakkan kepada mana-mana pihak yang mempunyai
kawalan paling terbaik terhadap sumber-sumber berpotensi sesuatu liabiliti.
DEFINISI INSURANS
i. KEWANGAN : Pengantaraan Kewangan
 
Insurans adalah satu mekanisma kewangan yang mengagihkan kos kerugian
terjangka di kalangan ahli-ahli kumpulan (pool).
Mengurangkan risiko melalui penggabungan ahli-ahli di dalam kumpulan dan
pengunaan hukum bilangan besar.

ii. PERUNDANGAN : Suatu Kontrak/ Legal Antara Dua Pihak


Insurans adalah satu persetujuan berkontrak di antara insurer syarikat insurans)
dan insured (pembeli insurans).
Di bawah kontrak insurans, insurer berjanji untuk membayar ganti rugi kepada
insured/ waris insured jika berlaku kerugian yang dilindungi.
 
PRINSIP INSURANS
 
Prinsip Gantirugi/ Indemniti
• Mengikut prinsip ganti rugi, insured tidak akan menerima pampasan
lebih daripada jumlah kerugian yang dialami.

• Pampasan yang diterima akan meletakkan insured kembali pada


keadaan sebelum dia menghadapi kerugian.

• Contoh: Amin membeli insurans kebakaran ke atas rumahnya bernilai


RM80,000. Sekiranya kerugian yang dialami adalah RM40,000, Amin
hanya akan mendapat pampasan berjumlah RM40,000 bukan jumlah
yang diinsuranskan.
Prinsip Ganti rugi/Indemniti
• Prinsip ganti rugi tidak diaplikasikan dalam insurans hayat dan
kebanyakan insurans kesihatan. Prinsip ini hanya digunapakai dalam
insurans harta sahaja dan terdapat tiga pengecualian yang perlu
dinyatakan tentang peraturan bahawa kontrak insurans ialah kontrak
ganti rugi iaitu :
i. Insurans hayat - amaun kerugian tidak boleh diukur dengan tepat
ii. Insurans kos penggantian semula - insured berhak menerima kos
penggantian penuh tanpa ditolak susut nilai. Mungkin menerima
ganti rugi lebih tinggi dari nilai buku.
iii. Insurans ternilai – diguna untuk insurans marin, insurans barang
berharga serta sukar diperolehi seperti lukisan, barang antik
3 PRINSIP DALAM
PRINSIP GANTI RUGI/INDEMNITI
a) Prinsip Subrogasi
Sesudah insured dibayar ganti rugi, insurer akan mengambil semua
 
hak yang
ada padanya untuk menuntut kerugian daripada pihak lain.
Contoh: Kereta En. Lim musnah akibat kemalangan jalanraya. Dia dibayar ganti
rugi sebanyak RM14,000. Kereta tersebut dijual dengan nilai sisa RM4000. En.
Lim tidak lagi berhak menuntut RM4000 kerana hak tersebut telah dipindah
kepada insurer.

b) Prinsip Caruman
Jika sesuatu aset diinsuranskan dengan beberapa insurer dan berlaku risiko yang
diinsuranskan, maka insurer terlibat akan mencarum mengikut bahagiannya.
Contoh : Seorang peniaga menginsuranskan stok barangnya dari kebakaran
dengan membeli tiga polisi insurans bernilai RM15,000 daripada tiga insurer.
Disebabkan polisinya bertindan, maka, setiap insurer hanya menanggung 1/3
daripada kerugian iaitu RM5,000 bagi setiap insurer.
c) Prinsip Limpah
Jika kerugian yang dialami melebihi daripada jumlah perlindungan, maka
insured akan menerima pampasan setakat nilai perlindungan
insurans tersebut.
Contohnya, seorang peniaga telah menginsuranskan kebakaran bagi kedai dan
barang-barang yang berada dikedainya dengan jumlah perlindungan RM150,000.
Kebakaran telah berlaku, dan didapati nilai kerugian yang beliau alami adalah
RM180,000. Pampasan yang diterima oleh peniaga tersebut adalah RM150,000 iaitu
jumlah perlindungan.
PRINSIP INSURANS
Doktrin Punca Terdekat (Penyebab Hampiran)
• Adalah peril/ punca pertama di dalam rantaian beberapa peril yang
membawa kepada kerugian atau penyebab kerugian sebenar.
• Insured hanya dibayar ganti rugi jika kerugian yang dialami adalah
disebabkan secara langsung oleh risiko yang diinsuranskan. Ganti rugi
tidak akan dibayar jika kerugian berpunca daripada risiko lain atau pun
risiko yang dikecualikan oleh polisi insurans.
• Contoh : Jika barang yang dibawa oleh sebuah lori yang diinsuranskan
akibat kemalangan itu rosak, ganti rugi akan dibayar. Jika barang dicuri
semasa kemalangan, ganti rugi tidak dibayar kerana kecurian bukanlah
risiko yang diinsuranskan.
Prinsip Kepentingan Boleh Insurans (KBI)
• KBI wujud jika seseorang mempunyai kepentingan kewangan ke atas seseorang
individu atau sesuatu harta.
 
i. Insurans harta
KBI mesti wujud sewaktu kerugian berlaku untuk membolehkan gantirugi
dibayar oleh insurer.
Siapakah yang boleh mempunyai KBI ke atas sesuatu harta? Mereka yang
mempunyai KBI ke atas harta adalah pemilik, penyewa, bailee (orang diberi
kepercayaan menjaga harta orang lain.)
Contoh : kedai emas, pemilik bengkel, kedai dobi.
 
 
ii. Insurans hayat
KBI perlu wujud sewaktu kontrak insurans dibentuk dan tidak semestinya
sewaktu kerugian berlaku. Dalam Insurans Hayat seseorang mempunyai KBI :

a.Ke atas dirinya (individu)


Seseorang individu itu boleh mengambil insurans bagi dirinya sendiri kerana dia
mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas dirinya sendiri
 
b. Suami dan isteri
Kebiasaannya, seseorang isteri itu bergantung hidup dengan
pendapatan yang diperoleh oleh suami. Pada masa sekarang
kebanyakan suami isteri bekerja dan menyara bersama kehidupan
berkeluarga seperti membeli rumah, kereta dan harta benda secara
berkongsi pendapatan. Kedua-dua mempunyai kepentingan boleh
insurans di antara satu sama lain. Oleh yang demikian suami dan isteri boleh
saling membeli insurans hayat untuk satu sama lain.
c. Ibubapa/ penjaga ke atas anak-anak minor
Ibubapa atau penjaga boleh membeli perlindungan insurans ke atas anak minor
kerana mempunyai ikatan kasih sayang di antara mereka. Minor merujuk kepada
anak usia anak di bawah umur 15 tahun.

d. Majikan ke atas pekerja


Majikan mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas pekerjanya. Sekiranya
pekerjanya yang telah berkhidmat mempunyai kemahiran dan pengalaman tertentu
jatuh sakit, hilang upaya atau meninggal dunia menyebabkan majikan akan
kehilangan khidmat dan kepakaran pekerja tersebut bagi tempoh tertentu sekiranya
sakit atau selama-lamanya sekiranya hilang upaya kekal dan meninggal dunia. Ini
boleh menyebabkan aktiviti pengurusan dan pengeluaran syarikat yang
melibatkan pekerja tersebut akan terganggu.

 
e. Pemiutang ke atas Penghutang (Creditor ke atas debtor)
Pemiutang mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas penghutang. Sekiranya
penghutang hilang upaya untuk
bekerja atau meninggal dunia, syarikat insurans hayat akan membayar baki
pinjaman wang kepada pemiutang tersebut.

f. Seseorang Tanggungan ke atas Orang Yang Menanggungnya


Orang yang ditanggung oleh seseorang mempunyai kepentingan ke atas
penanggungnya. Sekiranya penanggungnya jatuh sakit, hilang upaya atau meninggal
dunia, orang yang ditanggung akan merasai bebanan kewangan.
 
PRINSIP INSURANS
 
 Penuh Percaya Mutlak (Utmost Good Faith/ Uberrimae Fidei)
• Prinsip insurans yang menghendaki tahap kejujuran yang amat tinggi daripada
insured dan insurer. (A duty to disclose all Material Facts).
• Insured dikehendaki menjawab semua soalan di dalam borang cadangan dengan
benar dan jujur, serta mendedahkan semua fakta matan (material facts) walaupun
tidak ditanya.
• Insurer dikehendaki menerangkan dengan jelas mengenai perlindungan yang
ditawarkan kepada insured.
ISTILAH PENTING
INSURANS DAN TAKAFUL
 
i. Insured – peserta
ii. Premium – sumbangan/ caruman
iii. Insurer – pengendali takaful
iv. Insurans hayat – takaful keluarga
v. Insurans am – takaful am
 
KONSEP TAKAFUL
 
• Merupakan sistem insurans secara Islam. Konsep insurans yang berlandaskan
muamalah Islam yang berlandaskan hukum syariah.

• Definisi Takaful
Takaful bermaksud saling menjamin, menjaga atau memelihara. Ini bermakna
perlindungan takaful merupakan satu pelan insurans yang berasaskan kepada
hubungan persaudaraan, rasa saling bertanggungjawab dan bekerjasama di kalangan
peserta takaful untuk saling bantu membantu apabila ditimpa kesukaran. Risiko
tidak dipindahkan ke mana-mana pihak.

• Definisi Tabarru’
Tabarru’ bermaksud menderma secara ikhlas. Setiap peserta (atas niat yang sama)
bersetuju untuk menderma pada satu tabung dengan tujuan untuk saling membantu
antara satu sama lain apabila ditimpa kesusahan atau kesukaran.
 
PRINSIP TAKAFUL
   
a. Prinsip Tolong Menolong
Prinsip saling bekerjasama atau saling tolong-menolong antara satu sama lain
sangat digalakkan oleh Islam. Tolong-menolong amat dituntut oleh Islam dalam
perkara-perkara kebaikan dan kebajikan. Dalam takaful konsep ini dilaksanakan
melalui persetujuan para peserta untuk melepaskan sumbangan takaful sebagai
tabarru’.
 
b. Prinsip Saling Berkorban/ Pengorbanan
  Prinsip pengorbanan telah ditunjukkan melalui konsep jihad yang sangat
ditekankan di dalam Islam. Melalui jihad, seseorang itu mengorbankan masa,
tenaga, harta dan darahnya untuk memastikan agar orang lain mendapat manfaat
daripada pengorbanan yang mereka lakukan.

 
KONSEP TAKAFUL
c. Prinsip Saling Menjamin/ Jaminan
Saling menjamin/ jaminan dalam sistem takaful perlu memenuhi syarat-syarat
berikut:
i. Setiap ahli yang menyerahkan wang sumbangannya harus disertai dengan niat
untuk membantu demi menegakkan prinsip ukhuwah. Sebahagian daripada
wang yang terkumpul digunakan untuk membantu mereka yang
memerlukannya.
ii. Apabila wang itu diperniagakan, hendaklah mengikut syarak; contohnya
melabur di dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syarak.
iii. Seseorang itu tidak boleh menyerahkan wang sumbangannya dengan tujuan
untuk mendapat imbalan yang berlipat ganda apabila terjadi sesuatu musibah;
tetapi ia diberikan pampasan menurut persetujuan.
iv. Tabarru’ sama dengan hibah atau pemberian. Sehubungan dengan ini haram
hukumnya ditarik kembali. Jika terjadi sesuatu peristiwa haruslah diselesaikan
menurut syarak.
UNSUR PATUH SYARIAH DALAM
TAKAFUL
Gharar  
• Gharar ialah ketidakpastian dalam transaksi muamalah di mana terdapat sesuatu
yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa
ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.
• Gharar terdapat dalam kontrak insurans kerana ianya tidak mematuhi konsep jual-
beli Islam iaitu memenuhi rukun dan syarat-syarat jual beli seperti:-
a. penjual dan pembeli
b. akad (ijab dan qabul)
c. barang (yang jelas)
 
UNSUR PATUH SYARIAH DALAM
TAKAFUL
Maisir
• Maisir ialah perjudian atau pertaruhan sesuatu benda untuk mendapat satu
keuntungan besar. Maisir (judi) dalam kontrak insurans wujud apabila:

a. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih
besar jumlahnya.
b. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured
event) tidak berlaku.
c. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah
premium yang diterima.
 
UNSUR PATUH SYARIAH DALAM
TAKAFUL
Riba’
• Merupakan tambahan atau lebihan atau tidak sama timbangan atau sukatan semasa
berlakunya pertukaran jenis bahan yang tertentu.
• Elemen riba wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan
digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi (insured).
• Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam
instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap terlibat dengan
kegiatan sistem perbankan konvensional.
 
UNSUR PATUH SYARIAH DALAM
TAKAFUL
Akad Jual Beli
• Jual beli dapat diertikan sebagai proses tukar menukar atau menukar barang yang
satu dengan barang yang lain.
• Zaman kini jual beli lebih merujuk kepada proses jual beli untuk menukar barang
dengan wang.
• Dalam Islam jual beli sering disebut sebagai al bai atau proses tukar menukar.
SEKIAN…

Anda mungkin juga menyukai