Anda di halaman 1dari 43

BAB 2:

PENGURUSAN RISIKO
DAN
INSURANS
2.1 PENGENALAN PENGURUSAN RISIKO DAN INSURANS
a) Menakrif risiko.
b) Memahami peril dan hazad (hazad fizikal, hazad moral dan
hazad morale).
c) Memahami jenis risiko tulen dan risiko spekulatif.
d) Memahami Pengurusan Risiko dan kepentingannya.
e) Memahami Pindahan Risiko (melalui insurans konvensional
dan takaful).
f) Menjelaskan prinsip insurans (ganti rugi, doktrin punca
terdekat, kepentingan boleh diinsuranskan dan penuh
percaya mutlak).
g) Menjelaskan prinsip takaful termasuk kepatuhan syariah
(gharar, maisir, riba’ dan akad jual beli).
2.1 (a) TAKRIF RISIKO

RISIKO

▪ Adalah ketidakpastian terhadap sesuatu


kejadian.
▪ Risiko selalu dikaitkan dengan kejadian negatif
iaitu wujudnya ketidakpastian terhadap
kerugian (Redja, 2017).
▪ Jika kerugian itu pasti akan berlaku atau
sebaliknya, risiko tidak akan wujud.
▪ Contoh: Berlaku kebakaran, kematian, penyakit,
kemalangan dll.
2.1 (b) PERIL DAN HAZAD

1. PERIL

▪ Adalah punca/penyebab kepada kerugian.


▪ Melibatkan kemungkinan kehilangan
pendapatan/aset kepada individu.
▪ Contoh: Peril seperti kebakaran, banjir, gempa
bumi, kecurian dll.
2.1 (b) PERIL DAN HAZAD

2. HAZAD

▪ Adalah satu keadaan yang meningkatkan


kemungkinan berlakunya sesuatu kerugian yang
disebabkan oleh sesuatu peril.
▪ Contoh: Tidak memakai topi keledar boleh
meningkatkan kerugian (kecederaan lebih parah)
jika berlaku kemalangan jalanraya
2.1 (b) PERIL DAN HAZAD

JENIS-JENIS HAZAD

1. HAZAD FIZIKAL

▪Adalah keadaan fizikal harta atau persekitaran yang


meningkatkan kemungkinan menghadapi kerugian
atau meningkatkan jumlah kerugian.
▪Contoh: Jalanraya licin yang boleh meningkatkan
kebarangkalian berlaku kemalangan jalanraya.
2.1 (b) PERIL DAN HAZAD
JENIS-JENIS HAZAD
2. HAZAD MORAL
▪ Adalah sifat individu yang tidak bertanggungjawab
atau tidak jujur yang meningkatkan kekerapan dan
ketenatan kerugian.
▪ Contoh: Pemilik sebuah kilang sengaja membakar
bangunannya sendiri dan kemudian membuat
tuntutan gantirugi insuran kebakaran daripada
syarikat insuran. Sifat tidak bertanggungjawab ini
telah meningkatkan kekerapan kerugian.
▪ Kehadiran hazad moral akan cuba dikesan oleh
syarikat insuran di dalam tuntutan oleh pemilik
polisi sebelum gantirugi dibayar.
2.1 (b) PERIL DAN HAZAD
JENIS-JENIS HAZAD
3. HAZAD MORALE
▪ Adalah sifat cuai individu atau tidak kisah
terhadap kejadian kerugian.
▪ Ini bermaksud individu tersebut tidak berhati-hati
dalam melakukan sesuatu perkara kerana jika
kerugian berlaku ia akan ditanggung oleh pihak
lain.
▪ Contoh: Pemilik kereta memiliki polisi insuran
komprehensif akan memandu laju dan tidak
berhati-hati kerana yakin jika berlaku kerosakan
akibat kemalangan akan ditanggung oleh syarikat
insuran.
2.1 (c) JENIS RISIKO: TULEN DAN SPEKULATIF

RISIKO TULEN

▪ Adalah risiko yang melibatkan kemungkinan


berlakunya kerugian atau tiada kerugian.
▪ Contoh: Seorang pemilik rumah akan terdedah
kepada risiko kebakaran. Jika berlaku kebakaran
ke atas rumahnya, pemilik rumah akan mengalami
kerugian atau sebaliknya.
2.1 (c) JENIS RISIKO: TULEN DAN SPEKULATIF

RISIKO SPEKULATIF

▪ Adalah risiko yang melibatkan kemungkinan


berlakunya kerugian atau keuntungan atau tiada
perubahan (break-even).
▪ Contoh: Seorang pemain saham menghadapi risiko
spekulatif apabila pelaburannya mungkin
mendapat keuntungan jika harga saham naik atau
kerugian jika harga saham merosot atau tiada
berlaku apa-apa jika harga saham stabil.
2.1 (d) PENGURUSAN RISIKO DAN
KEPENTINGANNYA
PENGURUSAN RISIKO

▪Satu proses mengenalpasti pendedahan kerugian


yang dihadapi oleh organisasi dan memilih kaedah
yang paling sesuai untuk menangani pendedahan
tersebut. (Redja, 2017)
▪Pengurusan risiko melibatkan pendekatan saintifik
(boleh di ukur) dalam menangani risiko tulen dengan
meramal kemungkinan kerugian yang tidak
disengajakan dan menggubal satu prosedur perlu
untuk meminimakan kejadian kerugian tersebut atau
kesan kewangan daripada kejadian kerugian itu.
KEPENTINGAN PENGURUSAN RISIKO
1.   Pelanggan semakin cenderung mengambil tindakan
undang-undang.
2. Pihak awam semakin menjadi kritikal.
3. Perlindungan insurans tidak begitu komprehensif.
4. Undang-undang menjadi semakin ketat dan meluas.
5. Pihak pengurusan semakin berhati-hati selepas belajar
daripada kesilapan yang lalu.
6. Membantu meningkatkan kejayaan projek melalui pemilihan
projek yang bagus, menentukan skop projek, dan
menyediakan anggaran-anggaran yang realisitik.
7. Membantu pihak berkepentingan memahami sifat dan
situasi sesuatu projek.
8. Melibatkan ahli-ahli pasukan dalam mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan sesuatu projek.
9. Membantu mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai
bidang pengurusan projek.
2.1 (e) PINDAHAN RISIKO
(MELALUI INSURANS KONVENSIONAL DAN TAKAFUL)
INSURANS KONVENSIONAL

▪Pemindahan risiko merupakan suatu strategi pengurusan


risiko dan kawalan yang melibatkan peralihan satu risiko tulen
dari satu pihak ke pihak yang lain secara berkontrak. Satu
contoh adalah pembelian polisi insurans, di mana satu risiko
kerugian tertentu dipindahkan daripada pemegang polisi
(insured) kepada syarikat insurans (insurer).

▪Apabila dilakukan dengan berkesan, pemindahan risiko akan


mewujudkan keseimbangan risiko, meletakkan tanggungjawab
terhadap risiko kepada pihak yang telah ditetapkan di atas
keupayaan mereka untuk mengawal dan melindungi risiko
tersebut. Liabiliti sebaiknya diletakkan kepada mana-mana
pihak yang mempunyai kawalan paling terbaik terhadap
sumber-sumber berpotensi sesuatu liabiliti.
2.1 (e) PINDAHAN RISIKO
(MELALUI INSURANS KONVENSIONAL DAN TAKAFUL)

KONSEP INSURANS KONVENSIONAL


▪ Perjanjian undang-undang di antara insured
(sidiinsurans) dan insurer (syarikat insurans).
▪ Insurer berjanji memberikan perlindungan
insurans kepada insured selagi insured
mematuhi syarat-syarat kontrak.
▪ Insured bersetuju membayar premium sebagai
balasan kepada janji insurer.
POLISI INSURANS:
Menyenaraikan maklumat terperinci mengenai
perlindungan yang diberikan.
2.1 (e) PINDAHAN RISIKO
(MELALUI INSURANS KONVENSIONAL DAN TAKAFUL)

INSURANS TAKAFUL

▪Individu mencarum sejumlah wang ke dalam dana


takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’)
dan memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan
individu tersebut bersetuju untuk saling membantu
antara satu sama lain, sekiranya salah seorang
peserta mengalami kerugian yang ditetapkan
berdasarkan prinsip syarak.
2.1 (f) PRINSIP INSURANS

1. Prinsip Ganti Rugi (termasuk subrogasi,


caruman dan limpah).
2. Prinsip Doktrin Punca Terdekat.
3. Prinsip Kepentingan Boleh Insurans.
4. Prinsip Penuh Percaya Mutlak.
2.1 (f) PRINSIP INSURANS
1. PRINSIP GANTI RUGI
(termasuk subrogasi, caruman dan limpah)

▪Menurut prinsip ganti rugi, insured tidak akan menerima


pampasan lebih daripada jumlah kerugian yang dialami.
▪Pampasan yang diterima akan meletakkan insured kembali
pada keadaan sebelum dia menghadapi kerugian.
▪Contoh: Amin membeli insurans kebakaran ke atas rumahnya
bernilai RM80,000. Sekiranya kerugian yang di alami adalah
RM40,000, Amin hanya akan mendapat pampasan berjumlah
RM40,000, bukannya jumlah yang diinsuranskan.
▪Namun begitu, prinsip ganti rugi tidak diaplikasikan dalam
insurans hayat dan kebanyakan insurans kesihatan.
2.1 (f) PRINSIP INSURANS

1. PRINSIP GANTI RUGI


(termasuk subrogasi, caruman dan limpah)

a) Subrogasi

▪Sesudah insured dibayar ganti rugi, insurer akan


mengambil semua hak yang ada padanya untuk menuntut
kerugian daripada pihak lain.

▪Contoh: kereta Encik Lim musnah akibat kemalangan


jalanraya. Dia dibayar ganti rugi sebanyak RM14,000.
Kereta tersebut dijual dengan nilai sisa sebanyak RM4,000.
Encik Lim tidak lagi berhak menuntut RM4,000 kerana hak
tersebut telah dipindah kepada insurer.
2.1 (f) PRINSIP INSURANS
1. PRINSIP GANTI RUGI
(termasuk subrogasi, caruman dan limpah)

b) Caruman

▪Jika sesuatu aset diinsuranskan dengan beberapa insurer


dan berlaku risiko yang diinsuranskan, maka insurer
terlibat akan mencarum mengikut bahagiannya.

▪Contoh: seorang peniaga menginsuranskan stok


barangnya dari kebakaran dengan membeli tiga polisi
insurans bernilai RM15,000 daripada tiga insurer.
Disebabkan polisinya bertindan maka, setiap insurer hanya
menanggung 1/3 daripada kerugian iaitu RM5,000 bagi
setiap insurer.
2.1 (f) PRINSIP INSURANS
1. PRINSIP GANTI RUGI
(termasuk subrogasi, caruman dan limpah)

c) Limpah

▪Jika kerugian yang dialami melebihi daripada jumlah


perlindungan, maka insured akan menerima pampasan
setakat nilai perlindungan insurans tersebut.
▪Contoh: seorang peniaga telah menginsuranskan
kebakaran bagi kedai dan barang-barang yang berada
dikedainya dengan jumlah perlindungan RM150,000.
Kebakaran telah berlaku, dan didapati nilai kerugian yang
beliau alami adalah RM180,000. Pampasan yang diterima
oleh peniaga tersebut adalah RM150,000 iaitu mengikut
jumlah maksimum perlindungan.
2.1 (f) PRINSIP INSURANS
1. PRINSIP GANTI RUGI
(termasuk subrogasi, caruman dan limpah)

c) Limpah

▪Apabila sesuatu harta yang diinsuranskan dengan nilai


lindungan yang jauh melebihi nilai sebenar harta berkenaan,
maka harta tersebut dikatakan mempunyai insurans yang
melimpah.
▪Contoh; insured menginsuranskan aset bernilai RM200000
dengan nilai perlindungan RM250000. jika berlaku kerugian
maka insurer akan membayar RM200000 sahaja.
▪Prinsip ini adalah untuk menghalang insured untuk
menginsuranskan aset dengan nilai yang lebih tinggi bagi
mendapatkan keuntungan.
2.1 (f) PRINSIP INSURANS
2. PRINSIP DOKTRIN PUNCA TERDEKAT
▪Adalah peristiwa/peril pertama di dalam rantaian beberapa peril yang
membawa kepada kerugian atau penyebab kerugian sebenar.

▪Insured hanya dibayar ganti rugi jika kerugian yang dialami adalah
disebabkan secara langsung oleh risiko yang diinsuranskan. Ganti rugi
tidak akan dibayar jika kerugian berpunca daripada risiko lain atau pun
risiko yang dikecualikan oleh polisi insurans.

▪Contoh: kebakaran telah berlaku pada salah sebuah bilik di sebuah


rumah yang dilindungi polisi kebakaran. Bagi mengawal api dari
merebak, pihak bomba telah menyemburkan air ke seluruh bangunan
tersebut dan menyebabkan perabot serta bahagian bangunan rumah
rosak. Oleh kerana kebakaran adalah peril pertama yang berlaku dan
kebakaran merupakan peril yang dilindungi oleh polisi kebakaran, maka
insured boleh membuat tuntutan ganti rugi untuk perabot-perabotnya
yang dimusnahkan oleh air yang digunakan oleh bomba bagi mengawal
kebakaran tersebut.
2.1 (f) PRINSIP INSURANS

3. PRINSIP KEPENTINGAN BOLEH DIINSURANSKAN


KBI wujud jika seseorang mempunyai kepentingan kewangan ke atas
seseorang individu atau sesuatu harta.

A. Insurans Harta
KBI mesti wujud sewaktu kerugian berlaku untuk membolehkan gantirugi
dibayar oleh insurer. Seseorang yang mempunyai KBI ke atas harta
adalah:

1.Pemilik harta. Contoh: pemilik kereta dan pemilik rumah.


2.Penyewa harta. Contoh: penyewa premis dan penyewa rumah.
3.Baili (orang diberi kepercayaan menjaga harta orang lain bagi tempoh
sementara). Contoh:
a) Pemilik kedai emas yang menerima barangan emas dari pelanggan
untuk diubahsuai.
b) Pemilik bengkel baik pulih kenderaan untuk membaiki kenderaan
rosak.
c) Kedai dobi pakaian yang membersihkan pakaian kesemua
2.1 (f) PRINSIP INSURANS
3. PRINSIP KEPENTINGAN BOLEH DIINSURANSKAN
B. Insurans Hayat
KBI perlu wujud sewaktu kontrak insurans dibentuk dan tidak
semestinya sewaktu kerugian berlaku. Dalam Insurans Hayat seseorang
mempunyai KBI:

1. Ke atas dirinya (individu)


Seseorang individu itu boleh mengambil insurans bagi dirinya sendiri
kerana dia mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas dirinya
sendiri.

2. Suami dan isteri


Kebiasaannya, seseorang isteri itu bergantung hidup dengan
pendapatan yang diperolehi oleh suami. Pada masa sekarang
kebanyakan suami isteri bekerja dan menyara bersama kehidupan
berkeluarga seperti membeli rumah, kereta dan harta benda secara
berkongsi pendapatan. Kedua-dua mempunyai kepentingan boleh
insurans di antara satu sama lain. Oleh yang demikian suami dan isteri
boleh saling membeli insurans hayat untuk satu sama lain.
2.1 (f) PRINSIP INSURANS
3. PRINSIP KEPENTINGAN BOLEH DIINSURANSKAN

3. Ibubapa/penjaga ke atas anak-anak minor


Ibubapa atau penjaga boleh membeli perlindungan insurans ke atas
anak minor kerana mempunyai ikatan kasih sayang di antara
mereka. Minor merujuk kepada anak usia anak di bawah umur 15
tahun.
 
4. Majikan ke atas pekerja
Majikan mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas pekerjanya.
Sekiranya pekerjanya yang telah berkhidmat mempunyai kemahiran
dan pengalaman tertentu jatuh sakit, hilang upaya atau meninggal
dunia menyebabkan majikan akan kehilangan khidmat dan
kepakaran pekerja tersebut bagi tempoh tertentu sekiranya sakit
atau selama-lamanya sekiranya hilang upaya kekal dan meninggal
dunia. Ini boleh menyebabkan aktiviti pengurusan dan pengeluaran
syarikat yang melibatkan pekerja tersebut akan terganggu.
2.1 (f) PRINSIP INSURANS

3. PRINSIP KEPENTINGAN BOLEH DIINSURANSKAN

5. Pemiutang ke atas penghutang


Pemiutang mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas
penghutang. Sekiranya penghutang hilang upaya untuk bekerja atau
meninggal dunia, syarikat insurans hayat akan membayar baki
pinjaman wang kepada pemiutang tersebut.

6. Seseorang tanggungan ke atas orang yang menanggungnya


Orang yang ditanggung oleh seseorang mempunyai kepentingan ke
atas penanggungnya. Sekiranya penanggungnya jatuh sakit, hilang
upaya atau meninggal dunia, orang yang ditanggung akan merasai
bebanan kewangan.
2.1 (f) PRINSIP INSURANS

4. PRINSIP PENUH PERCAYA MUTLAK

▪Prinsip insurans yang mengkehendaki tahap


kejujuran yang amat tinggi daripada insured dan
insurer.
▪A duty to disclose all Material Facts.
▪Insured dikehendaki menjawab semua soalan di
dalam borang cadangan dengan benar dan jujur,
serta mendedahkan semua fakta matan (material
facts) walaupun tidak di tanya.
▪Manakala, insurer pula dikehendaki menerangkan
dengan jelas mengenai perlindungan yang ditawarkan
kepada insured.
2.1 (e) PINDAHAN RISIKO
(MELALUI INSURANS KONVENSIONAL DAN TAKAFUL)

KONSEP TAKAFUL
▪  Takaful bermaksud saling menjamin, menjaga
atau memelihara.
▪ Merupakan sistem insurans secara Islam.
▪ Konsep insurans yang berlandaskan muamalah
Islam yang berlandaskan hukum syariah.
▪ Ini bermakna perlindungan takaful merupakan satu
pelan insurans yang berasaskan kepada hubungan
persaudaraan, rasa saling bertanggungjawab dan
bekerjasama di kalangan peserta takaful untuk
saling bantu membantu apabila ditimpa kesukaran.
▪ Risiko tidak dipindahkan ke mana-mana pihak.
2.1 (g) PRINSIP TAKAFUL

DEFINISI TABARRU’

▪Tabarru’ bermaksud
menderma secara ikhlas.
▪Setiap peserta (atas niat
yang sama) bersetuju untuk
menderma pada satu tabung
dengan tujuan untuk saling
membantu antara satu sama
lain apabila ditimpa
kesusahan atau kesukaran.
2.1 (g) PRINSIP TAKAFUL
1. Prinsip Tolong-Menolong
▪Prinsip saling bekerjasama atau saling tolong-menolong antara
satu sama lain sangat digalakkan oleh Islam.
▪Tolong-menolong amat dituntut oleh Islam dalam perkara-
perkara kebaikan dan kebajikan.
▪Dalam takaful konsep ini dilaksanakan melalui persetujuan
para peserta untuk melepaskan sumbangan takaful sebagai
tabarru’.
 
2. Prinsip Saling Berkorban/Pengorbanan
▪Prinsip pengorbanan telah ditunjukkan melalui konsep jihad
yang sangat ditekankan di dalam Islam.
▪Melalui jihad, seseorang itu mengorbankan masa, tenaga,
harta dan darahnya untuk memastikan agar orang lain
mendapat manfaat daripada pengorbanan yang mereka
lakukan.
2.1 (g) PRINSIP TAKAFUL
3. Prinsip Saling Menjamin/Jaminan
Saling menjamin/jaminan dalam sistem takaful perlu memenuhi syarat-syarat
berikut:

a)Setiap ahli yang menyerahkan wang sumbangannya harus disertai dengan


niat untuk membantu demi menegakkan prinsip ukhuwah. Sebahagian
daripada wang yang terkumpul digunakan untuk membantu mereka yang
memerlukannya.

b)Apabila wang itu di perniagakan, hendaklah mengikut syarak; contohnya


melabur di dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syarak.

c)Seseorang itu tidak boleh menyerahkan wang sumbangannya dengan


tujuan untuk mendapat imbalan yang berlipat ganda apabila terjadi sesuatu
musibah; tetapi ia diberikan pampasan menurut persetujuan.

d)Tabarru’ sama dengan hibah atau pemberian. Sehubungan dengan ini


haram hukumnya ditarik kembali. Jika terjadi sesuatu peristiwa haruslah
diselesaikan menurut syarak.
2.1 (g) PRINSIP TAKAFUL (KEPATUHAN SYARIAH)

1. Gharar

▪ Gharar ialah ketidakpastian dalam transaksi


muamalah dimana terdapat sesuatu yang ingin
disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh
menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan
kepada pihak yang lain.

▪ Gharar terdapat dalam kontrak insurans kerana ianya


tidak mematuhi konsep jual-beli Islam iaitu memenuhi
rukun dan syarat-syarat jual beli seperti:
a) Penjual dan pembeli
b) Akad (ijab dan qabul)
c) Barang (yang jelas)
2.1 (g) PRINSIP TAKAFUL (KEPATUHAN SYARIAH)
2. Maisir

▪ Maisir ialah perjudian atau pertaruhan sesuatu benda


untuk mendapat satu keuntungan besar.

▪ Maisir (judi) dalam kontrak insurans wujud apabila:

a) Peserta membayar premium yang kecil dengan


mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.

b) Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin


dilindungi (''the insured event'') tidak berlaku.

c) Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang


melebihi jumlah premium yang diterima.
2.1 (g) PRINSIP TAKAFUL (KEPATUHAN SYARIAH)
3. Riba’

▪ Merupakan tambahan atau lebihan atau tidak sama


timbangan atau sukatan semasa berlakunya pertukaran
jenis bahan yang tertentu.

▪ Elemen riba wujud dalam penjanaan keuntungan


pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam
pembayaran pampasan kepada pemegang polisi
(insured).

▪ Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya


dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan
juga saham yang kerap terlibat dengan kegiatan sistem
perbankan konvensional.
2.1 (g) PRINSIP TAKAFUL (KEPATUHAN SYARIAH)

4. Akad Jual Beli

▪Jual beli dapat di ertikan sebagai proses tukar


menukar atau menukar barang yang satu dengan
barang yang lain.

▪Sedangkan saat ini jual beli lebih dimaknai sebagai


proses jual beli untuk menukar barang dengan
wang.

▪Dalam Islam jual beli sering disebut sebagai al Bai


atau proses tukar menukar.
2.1 (g) PRINSIP TAKAFUL

MODEL TAKAFUL

▪Pengendali takaful merupakan pentadbir dana dan


menguruskan dana bagi pihak peserta atas kepercayaan
yang diberikan.

▪Kontrak di antara peserta dengan pengendali


dilaksanakan berdasarkan:
1. Model Mudharabah
2. Model Wakalah
2.1 (g) PRINSIP TAKAFUL

MODEL TAKAFUL

1.MODEL MUDHARABAH

▪Di bawah kontrak mudharabah, pengendali takaful


bertindak sebagai pengusaha dan peserta sebagai pemilik
modal.

▪Kontrak ini menentukan bagaimana lebihan daripada


operasi takaful dibahagikan antara pengendali takaful
dengan peserta.

▪Kerugian adalah ditanggung oleh peserta sebagai


pemilik modal.
2.1 (g) PRINSIP TAKAFUL

MODEL TAKAFUL

2. MODEL WAKALAH

▪Konsep wakalah ialah hubungan ejen-prinsipal, di mana


pengendali takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak peserta
dan menerima bayaran fi atas perkhidmatan yang diberikan.

▪Fi tersebut boleh dalam bentuk jumlah yang tetap atau


berdasarkan nisbah yang dipersetujui daripada keuntungan
pelaburan atau lebihan dana takaful.

▪Di bawah model wakalah, tanggungjawab atas kerugian


ditanggung oleh peserta.

Anda mungkin juga menyukai