Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT TEKNOLOGI PKZ MAJU

NO 8A BANGUNAN MPSP

ATAS BANK SIMPANAN NASIONAL

BEDONG KEDAH

KEDAH DARUL AMAN

COCU 1
TEACHING AND LEARNING
IMPLEMENTATION

KAJIAN KES :
Amalan gaya hidup sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi melahirkan masyarakat
yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Nyatakan hujah anda. Hujah
tersebut haruslah disertakan dengan data, fakta, statistik dan sebagainya untuk
mengukuhkan lagi hujah tersebut.

BIL NAMA NO K/P


1. NUR AZILATUL ADILAH BINTI AZMI 991220-02-5980
2. NORHAKIMAH BINTI NOORIZANI 991121-07-5042
3. SHAKRUL AIMAN BIN MOHAMAD ASRI 991015-10-6087
4. JUVENTUS ANAK JEFRY 990117-13-5853

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT

Penghargaan 3

1.0 Pengenalan 4

1.1 Definisi Dan Konsep Gaya Hidup Sihat 4-5


1.2 Konsep Dan Matlamat Gaya Hidup Sihat 5
1.3 Komponen-Komponen Gaya Hidup Sihat 5-6
1.3.1 Amalan Komponen Gaya Hidup Sihat 6
2.0 Amalan Pemakanan Seimbang
3.0 Amalan Sukan Dan Rekreasi
4.0 Amalan Anti Merokok
4.1 Sebab-Sebab Perlu Berhenti Merokok
4.2 Kesan Sampingan Merokok
4.3 Statistik Perokok Di Malaysia
4.4 Kempen Tak Nak Merokok
5.0 Masalah Stress Dalam Kehidupan
6.0 Kesimpulan
7.0 Rujukan

PENGHARGAAN

2
Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Penyelia
projek kami, Encik Sasitharan a/l Ramachandram yang telah banyak memberi
bimbingan dan nasihat kepada kami untuk menyiapkan projek ini dengan penuh
kesabaran.

Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh keluarga yang
telah banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan
sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua rakan seperjuangan yang telah
banyak membantu secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan idea-idea
dan cadangan. Segala tunjuk ajar, nasihat dan panduan tidak akan kami lupakan.

Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan daripada Tuhan.

Sekian.

1.0 PENGENALAN

3
Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu
yang mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas. Gaya hidup sihat boleh
dicapai dengan mengamalkan perlakuan aktiviti fizikal sekerap yang mungkin dan juga
mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Setiap individu daripada pelbagai kategori
umur dinasihatkan untuk melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
selama 30 minit setiap sesi dan mengamalkan pemakanan yang rendah lemak, gula
dan garam.
Menurut penyelidik-penyelidik di bidang sains sukan, corak gaya hidup sihat
dapat mengurangkan obesiti yang menjadi punca kepada penyakit kronik seperti
penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Kini, masyarakat kita mula
mengamalkan gaya hidup sihat ekoran  daripada kesedaran  bahawa  penyakit kronik
wujud daripada corak kehidupan yang tidak sihat.
Kerajaan Malaysia juga telah melancarkan kempen “Kempen Gaya Hidup Sihat”
pada tahun 1996 dan bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan gaya
hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia (UPEN, 1999, 2001). Pertubuhan kesihatan
Sedunia (WHO,1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda
dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.

1.1 DEFINISI DAN KONSEP GAYA HIDUP SIHAT

Secara umumnya, gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan
kesihatan  ke  arah perubahan  hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek
termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan
atau stres, dan yang paling penting adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang
negatif dan berisiko.
Manakala  menurut  Persatuan  Kesihatan  Sedunia  (WHO,  1946)  pula mentakrifkan
perkataan sihat sebagai: 
„Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika
ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup
dengan prospek positif.

4
Menurut kajian Lyons dan Langille (2001), konsep gaya hidup sihat dikategorikan
sebagai satu „kehidupan yang seimbang‰ di mana seseorang membuat satu pilihan
dengan bijak. Walau bagaimanapun, segala pilihan ini dipengaruhi beberapa faktor.
Mereka juga menerangkan bahawa gaya hidup yang sihat adalah suatu amalan untuk
mengurangkan masalah kesihatan, pemulihan, mengurangkan tekanan hidup dan
meningkatkan mutu kehidupan.

1.2 KONSEP DAN MATLAMAT GAYA HIDUP SIHAT

Konsep dan matlamat gaya hidup sihat adalah universal. Matlamat utama gaya
hidup yang sihat adalah untuk membentuk individu yang sihat dari aspek jasmani,
mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit. Untuk jangka masa
panjang, corak gaya hidup sihat yang diamalkan akan melahirkan sebuah masyarakat
yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf hidup sama ada tua atau
muda, kaya atau miskin.

1.3 KOMPONEN-KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT 

1) Mental - Kebolehan untuk mengenal pasti realiti kehidupan serta menangani


masalah dengan bijak.
2) Sosial - Merujuk kepada kualiti sesuatu perhubungan sama ada di antara ahli
keluarga, rakan, guru dan lain-lain.
3) Emosi - Mempamerkan emosi yang stabil dan positif melalui cara yang betul dan
bukannya konstruktif.
4) Fizikal - Kemampuan tubuh melakukan sesuatu aktiviti serta menghindari diri
daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol.
5) Persekitaran - Memastikan persekitaran yang bersih untuk kesejahteraan bersama.
6) Spiritual - Memastikan keharmonian hubungan antara satu sama lain serta
mempunyai tujuan dan hala tuju. Di samping itu, nilai, moral dan etika juga perlu
dititikberatkan.

5
1.3.1 AMALAN KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT
 Amalan pemakanan seimbang
 Amalan bersukan dan rekreasi
 Amalan anti rokok
 Amalan menangani stres

4.0 AMALAN ANTI MEROKOK

Merokok dianggap sebagai penyakit global dengan implikasi serius terhadap kesihatan
individu terutama kepada bukan perokok, sistem kesihatan sesebuah negara dan juga
6
kesejahteraan ekonomi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau telah
menjadi satu daripada penyebab utama kematian di seluruh dunia (Kementerian
Kesihatan Malaysia [KKM], 2004). Akhirnya, rokok benar-benar menjadi racun yang
direka dengan tarikannya yang tersendiri.

Justeru, tidak hairan apabila merokok disifatkan sebagai sejenis penyakit. Malah
mengikut pengelasan penyakit antarabangsa, merokok dikodkan sebagai F17.2, iaitu
kategori penyakit mental dan perlakuan yang memungkinkan perokok ditakrifkan
sebagai penagih (Hafizah, 2009). Menurut Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian
Kesihatan Malaysia (BKPKKM) (2005), amalan tabiat merokok boleh menyebabkan
satu kematian daripada setiap lima kematian di Malaysia. Setiap tahun seramai 10,000
orang di negara ini meninggal dunia kerana menghidap pelbagai penyakit akibat tabiat
merokok (BKPKKM, 2005).

Menariknya, menurut kajian, didapati 50% lelaki di Malaysia merupakan perokok


dan jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding peratus perokok di negara-negara maju iaitu
di Amerika Syarikat (35 %) dan United Kingdom (38 %) (Utusan Malaysia, April 27,
2005). Jumlah perokok dalam kalangan negara membangun seperti Malaysia semakin
meningkat setiap tahun (Syed Kamaruzaman, Syed Zulkarnain & Shabeshan, 2007). Di
Malaysia, kadar penghisap rokok dianggarkan 2,000 batang seorang setahun,
berbanding Indonesia, 1,050 batang seorang setahun, Thailand 900 batang dan
Vietnam, 670 batang (Dzulkifli Abdul Razak, 1996).

4.1 SEBAB-SEBAB PERLU BERHENTI MEROKOK

Merokok berbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut
asap rokok daripada perokok lain, ini dipanggil secondhand atau environmental tobacco
smoke (ETS).

Kajian menunjukkan :

1) Perokok berkemungkinan mendapat kanser mulut tiga kali ganda lebih tinggi dari
mereka yang tidak pernah merokok.

7
2) Kejadian kanser mulut bergantung juga kepada dos rokok dan berapa lama telah
merokok. Lagi banyak seseorang itu merokok dan/atau lagi lama seseorang itu
merokok, lagi tinggi kemungkinan mendapat kanser mulut.
3) Berhenti merokok menyebabkan kemungkinan mendapat kanser mulut menurun.
1 – 4 tahun, kemungkinan menurun kepada 35% dari mereka yang masih merokok.
Melebihi 20 tahun, sama macam mereka yang tidak merokok.
4) Merokok juga dikaitkan dengan penyakit gusi. Orang yang merokok menghadapi
risiko empat kali ganda menghidap penyakit gusi yang serius (periodontitis)
berbanding orang yang tidak pernah merokok. Bila tabiat merokok ini dihentikan,
keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik, dan risikonya pun
menurun atau sama dengan orang yang tidak merokok

4.2 KESAN SAMPINGAN MEROKOK

Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi, antaranya :

1) Gigi berkarat (staining).

Rajah 1 : Gigi Berkarat

2) Nafas berbau (halitosis).

8
Rajah 2 : Nafas Berbau

3) Penyakit gusi (penyakit periodontium).

Rajah 3 : Penyakit Gusi

4) Kanser mulut.

Rajah 4: Kanser Mulut

Ia juga dikaitkan dengan masalah perubatan seperti :

9
1) Kanser paru-paru.

Rajah 5 : Kanser Paru-Paru

2) Tekanan darah tinggi.


3) Strok.
4) Penyakit jantung.
5) Mati pucuk

4.3 STATISTIK PEROKOK DI MALAYSIA

Merokok adalah tabiat yang berbahaya. Peratusan perokok diseluruh dunia meningkat
dan ini akan meningkatkan lagi masalah yang timbul dari tabiat merokok ini. Di
Malaysia, statistik menunjukkan rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun
dan jumlah ini satu peningkatan besar daripada 18 bilion batang pada 1998. Jumlah
perokok pula meningkat dari 3.1 juta pada tahun 2007 kepada 4.7 juta dalam tahun
2011.

Penyakit berkaitan merokok adalah pembunuh nombor satu di negara ini, yang
menyebabkan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun. 49
peratus daripada lelaki dewasa di negara ini merokok, melebihi kadar di negara maju
seperti di Britain (38 peratus), Amerika Syarikat (35 peratus) dan Sweden (30 peratus).
Sebilangan besar perokok juga dikesan mula berjinak dengan tabiat ini sejak remaja.
Purata umur mula merokok ialah 19 tahun.

10
Pada 1985, 9.8 peratus remaja didapati merokok dan kadar itu meningkat
kepada 18 peratus pada 2000. Satu fenomena membimbangkan ialah lebih ramai gadis
mulai merokok. Malah remaja perempuan yang merokok, didapati bertambah daripada
satu kepada lapan peratus, khususnya di bandar. Dianggarkan setiap hari 50 remaja
memulakan tabiat buruk ini. Berdasarkan kajian, dalam sebatang rokok ada kira-kira
4,000 jenis bahan beracun yang disedut ke dalam tubuh ketika seseorang itu merokok.
Antara kandungan asap rokok yang memudaratkan ialah tar, nikotin dan karbon
monoksida.

Rajah 6 : Statistik Kematian Akibat Merokok

11
Rajah 7 : Prevalens Perokok Dewasa Di Malaysia

4.4 KEMPEN TAK NAK MEROKOK

Menurut Abdullah (2004), kerajaan memandang serius tabiat merokok yang


mengancam kesihatan rakyat Malaysia. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah
memulakan Kempen Media Tak Nak Merokok pada tahun 2004 dengan matlamat
utamanya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang akibat buruk amalan
merokok. Kumpulan sasar kempen terdiri daripada bukan perokok yang terdiri daripada
remaja atau murid sekolah atau dewasa dan perokok yang terdiri daripada lelaki dan
wanita (Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (BPKKKM),
2010).

Melalui kempen ini, Kementerian Kesihatan Malaysia berhasrat untuk melahirkan


masyarakat Malaysia sama ada perokok dan bukan perokok bebas daripada tabiat
merokok khususnya yang berkaitan dengan perkara berikut :

12
i. Tidak memulakan tabiat merokok
ii. Tahu cara-cara berhenti merokok
iii. Membuat keputusan berhenti merokok
iv. Berhenti merokok
v. Mengekalkan status berhenti merokok

Skop Kempen Media Tak Nak merokok memberi tumpuan kepada 5 aspek iaitu:

i. Tidak merokok
Mendidik dan menyedarkan kumpulan sasar agar tidak mula merokok.
ii. Keinginan untuk berhenti merokok
Memberi maklumat, dorongan dan sokongan agar kumpulan sasar mempunyai
keinginan untuk berhenti merokok.
iii. Persiapan berhenti merokok
Memberikan maklumat dan kemahiran untuk membuat persiapan berhenti
merokok
iv. Berhenti merokok
Memberi panduan mengenai kaedah-kaedah berhenti merokok
v. Mengekalkan status untuk tidak merokok
Memberikan panduan dan sokongan kepada kumpulan sasar agar dapat
mengekalkan status tidak merokok

Bagi memastikan kumpulan sasar menerima mesej kempen yang dikehendaki, kaedah
media berintegrasi digunakan iaitu melalui penerbitan bahan media dan siaran bahan
media. Penerbitan bahan media yang terlibat ialah penerbitan iklan televisyen,
penerbitan iklan akhbar, penerbitan iklan radio dan penerbitan iklan luar (Table Top)
menggunakan empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa
Mandarin dan Bahasa Tamil (BPKKKM, 2010).

13
Rajah 8 : Kempen Tak Nak Merokok

Rajah 9 : Larangan Merokok Di Restoran Dan Premis Makanan

14
5.0 AMALAN SUKAN DAN REKREASI

Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara


terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau
lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan
pengeluaran tenaga yang banyak. Senaman juga memberi pelbagai kelebihan untuk
kesihatan badan kita.

 Berjoging

 Berbasikal

 Berjalan kaki

 Senaman aerobik

 Menari

Antara salah satu cara untuk kita menjaga kesihatan adalah dengan bersenam.
Ramai pakar perubatan menyatakan senaman antara ubat yang bukan saja murah,
malah amat berkesan untuk merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan yang
dihidapi. Ini kerana, semakin kita berusia semakin banyak risiko penyakit yang
menunggu. Oleh itu jadikanlah senaman sebagai ‘makanan harian' untuk menjaga
kesihatan diri sendiri.

5.1 FAEDAH SUKAN DAN REKREASI

Senaman rutin bermaksud pergerakan yang membuat otot berfungsi dan


memerlukan tubuh membakar kalori, secara berkala, mengikut jadual dengan
kekerapan yang tertentu. Terdapat pelbagai jenis aktiviti fizikal, termasuk berenang,
berlari, berjoging, berjalan dan menari. Menjadi aktif telah terbukti mempunyai banyak
manfaat kesihatan, sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Ia juga boleh membantu
anda untuk hidup lebih lama. Berikut kelebihan senaman rutin untuk tubuh dan otak.

15
5.1.1 Rasa lebih bahagia

Senaman rutin ditunjukkan untuk meningkatkan mood dan mengurangkan


perasaan depresi, cemas dan tertekan. Ia menghasilkan perubahan di bahagian otak
yang mengawal tekanan dan kebimbangan. Ia juga boleh meningkatkan kepekaan otak
untuk hormon serotonin dan norepinefrin, yang melegakan perasaan kemurungan.

5.1.2 Membantu mengurangkan berat badan

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa tidak aktif adalah faktor utama dalam
penambahan berat badan dan obesiti. Untuk memahami kesan senaman ke atas
pengurangan berat badan, adalah penting untuk memahami hubungan antara senaman
dan penggunaan tenaga. Badan anda menggunakan tenaga dalam tiga cara: mencerna
makanan, bersenam dan mengekalkan fungsi tubuh seperti degupan jantung dan
pernafasan.

Kajian menunjukkan bahawa menggabungkan senaman aerobik dengan


senaman rintangan boleh memaksimumkan kehilangan lemak dan penyelenggaraan
jisim otot yang penting untuk mengekalkan berat badan.

5.1.3 Menambahkan tenaga

Senaman boleh menjadi pendorong tenaga sebenar untuk orang yang sihat,
serta mereka yang mengalami pelbagai keadaan perubatan. Satu kajian mendapati
bahawa enam minggu senaman biasa mengurangkan perasaan keletihan bagi 36 orang
yang sihat yang telah melaporkan keletihan yang berterusan.

Tambahan pula, senaman boleh meningkatkan tahap tenaga untuk orang yang
menderita sindrom keletihan kronik (CFS) dan penyakit serius lain. Malah, senaman
seolah-olah lebih berkesan untuk memerangi CFS daripada rawatan lain, termasuk
terapi pasif seperti bersantai dan regangan, atau tiada rawatan sama sekali. Di samping
itu, senaman telah ditunjukkan untuk meningkatkan tahap tenaga orang yang menderita
penyakit progresif, seperti kanser, HIV/AIDS dan pelbagai sklerosis.

16
5.1.4 Mengurangkan risiko penyakit kronik

Kekurangan aktiviti fizikal merupakan penyebab utama penyakit kronik.


Senaman yang kerap menunjukkan peningkatkan kepekaan insulin, kecergasan
kardiovaskular dan komposisi tubuh, namun menurunkan tekanan darah dan paras
lemak darah. Kekurangan senaman boleh menyebabkan peningkatan ketara dalam
lemak yang meningkatkan risiko diabetes jenis 2, penyakit jantung dan kematian awal.
Oleh itu, aktiviti fizikal harian disarankan untuk mengurangkan lemak dan
mengurangkan risiko penyakit ini.

5.1.5 Membantu kesihatan dan memori otak

Senaman rutin boleh meningkatkan fungsi otak dan melindungi memori dan
kemahiran berfikir. Pada mulanya, ia meningkatkan kadar denyutan jantung, yang
menggalakkan aliran darah dan oksigen ke otak anda. Ia juga boleh merangsang
pengeluaran hormon yang boleh meningkatkan pertumbuhan sel-sel otak.

Senaman juga menyebabkan hippocampus, sebahagian daripada otak yang


penting untuk ingatan dan pembelajaran berkembang. Ini berfungsi untuk meningkatkan
fungsi mental pada orang dewasa yang lebih tua. Selain itu, senaman mengurangkan
perubahan dalam otak yang boleh menyebabkan penyakit Alzheimer.

5.1.6 Bantu relaksasi dan kualiti tidur

Senaman boleh membantu anda berehat dan tidur dengan lebih baik. Berhubung
dengan kualiti tidur, kekurangan tenaga yang berlaku semasa senaman merangsang
proses pemulihan semasa tidur. Selain itu, peningkatan suhu badan yang berlaku
semasa senaman difokuskan untuk meningkatkan kualiti tidur dengan membantunya
turun semasa tidur.

Satu kajian mendapati bahawa 150 minit aktiviti yang sederhana hingga
bertenaga seminggu boleh memberikan peningkatan 65% dalam kualiti tidur. Satu lagi
kajian menunjukkan bahawa 16 minggu aktiviti fizikal meningkat kualiti tidur dan
membantu 17 orang insomnia tidur lebih lama. Ia juga membantu mereka merasa lebih
bertenaga pada siang hari

17
5.1.7 Mengurangkan kesakitan

Kesakitan kronik boleh melemahkan anda, tetapi senaman sebenarnya boleh


mengurangkannya. Malah, selama bertahun-tahun, cadangan untuk merawat kesakitan
kronik adalah rehat dan tidak aktif. Walau bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan
bahawa senaman membantu melegakan kesakitan kronik. Kajian semula beberapa
kajian menunjukkan bahawa senaman membantu pesakit kronik mengurangkan
kesakitan dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 5, 2019

Rujukan

The Top 10 Benefits of Regular Exercise https://www.healthline.com/nutrition/10-


benefits-of-exercise Accessed May 24, 2018.

5.2 ALASAN TIDAK BERSENAM

Hahahihi

6.0 KESIMPULAN

18
Kesimpulannya, setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai gaya hidup
yang tersendiri kerana manusia dibesarkan dan dididik dalam keadaan berlainan oleh
orang yang berbeza. Ada yang hidup dalam keadaan yang selesa dan sempurna, dan
ada pula di sebaliknya. Jika kita perhatikan manusia di sekeliling kita, kita akan nampak
pelbagai gaya hidup. Ada yang sihat, dan kurang sihat pada pandangan kita.

Seterusnya, gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat


mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma
sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah
yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah
memahami bahawa “mencegah lebih baik daripada mengubatinya”. Sesungguhnya
terdapat banyak perkara yang perlu kita berikan perhatian untuk hidup dalam keadaan
yang sihat. Hampir kesemua perkara tersebut berpunca daripada diri kita sendiri. Kita
adalah orang yang bertanggung jawab menentukan gaya hidup kita dan bukannya
orang lain. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Gaya hidup sihat tidak semestinya melibatkan pemakanan dan senaman yang
sempura setiap hari. Kita perlu hidup dalam keseimbangan fizikal, rohani, sosial dan
mental. Tetapi sekali lagi keseimbangan itu terpulang kepada individu. Akhirnya,
keseimbangan itu patut memberi kegembiraan kepada anda. Kesihatan ditentukan
berdasarkan gayahidup seseorang. Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam
menentukan gaya hidup. Ubah gaya hidup untuk mendapatkan kesan kesihatan yang
baik. Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya
untuk melahirkan rakyat yang sihat.

Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk


merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah
tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi
kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan
menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang “berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing”.

7.0 RUJUKAN

19
1. (http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6809-setiap-hari-50-remaja-
mulakan-tabiat-merokok)

2. http://www.kosmo.com.my

3. https://www.scribd.com/doc/210484000/PENGENALAN-ROKOK-docx

20

Anda mungkin juga menyukai