Barang yang perlu ada dalam First Aid Kit
(Peti Pertolongan Cemas)
On 02/01/2020 By Dr Latif Saad In Tips Kesihatan
Kotak First aid kit atau peti pertolongan cemas merupakan salah satu perkara
penting yang perlu ada di kebanyakan tempat kerana seseorang itu boleh
memberikan rawatan awal kepada pesakit sebelum sampai ke klinik ataupun
hospital.
Bahkan dengan rawatan yang betul, sesuatu kecederaan yang tidak serius
tidak memerlukan untuk dibawa berjumpa dengan doktor jika anda sendiri
tahu untuk merawatnya dan mempunyai kelengkapan first aid kit yang
mencukupi.
Disini kami buat senarai barang peti pertolongan cemas yang penting dan
perlu ada di dalam peti tersebut.
1. Plaster
Advertisements
Plaster ini merupakan barangan asas yang semua first aid kit perlu ada. Ia
boleh digunakan untuk menutup luka-luka kecil yang tidak mengalami
pendarahan yang teruk.
Cara guna:
Jika terdapat luka kecil yang kurang daripada 2cm, anda boleh gunakan
plaster ini.
Selalunya luka jenis ini adalah disebabkan:
1. Luka ketika menggunakna pisau
2. Terkena duri
3. Melecet
Jika seseorang mengalami luka, pesakit perlulah membasuh kawasan luka
tersebut dengan air yang banyak. Pastikan luka tidak mengandungi apa-apa
kekotoran terlebih dahulu. Lap disekeliling kawasan luka itu supaya ia tidak
basah dan boleh dilekatkan dengan plaster ini.
Advertisements
Selalunya, luka kecil seperti ini tidak terlalu kotor. Oleh itu, tidak perlu mencuci
luka tersebut menggunakan antiseptik seperti iodin ataupun perlu meletakkan
acraflavine pada luka itu.
Jika ia kotor sebagai contoh luka yang dimasuki habuk, batu atau tanah, anda
boleh mencucinya dulu menggunakan iodin.
Melecet pada kaki
Ada juga individu yang melecet pada kaki terutamanya bila berlari jauh
ataupun mendaki gunung/bukit. Anda boleh gunakan plaster ini untuk
ditampalkan pada kawasan kaki bagi mengelakkan kaki anda melecet lebih
teruk.
Cadangan plaster: Hansaplast
2. Bandage
Terdapat 2 jenis bandage iaitu bandage biasa dan bandage segitiga/triangular
bandage/Kain anduh. Kami terangkan penggunaan bandage biasa ini dulu.
Terdapat beberapa penggunaan untuk alatan ini iaitu:
Membalut luka
Membalut kawasan yang bengkak
Membalut luka
Advertisements
Jika luka melebihi 2cm, pesakit mungkin memerlukan penggunaan bandage
bagi menutup kawasan luka tersebut.
Tetapi sebelum itu, bersihkan kawasan luka menggunakan antiseptik dan
tutupkan luka itu dengan gauze(Kain kasa perubatan). Kemudian balut
dengan bandage untuk memberi sedikit tekanan pada bahagian luka agar
pendarahan di kawasan tersebut berhenti
Membalut kawasan yang bengkak
Jika seseorang itu jatuh dan menghasilkan bengkak dikawasan tersebut,
beberapa perkara perlu dilakukan untuk mengelakkan bengkak itu semakin
besar dan teruk.
Salah satunya adalah dengan memberi tekanan(Compression) pada bahagian
yang bengkak. Ini akan mengelakkan pendarahan yang lebih banyak di
bawah kulit dan menyebabkan bengkak tidak terlalu besar.
Oleh itu, gunakan bandage ini untuk membalut kawasan bengkak itu. Ikatkan
secara sederahan ketat untuk mengelakkan perjalanan darah terganggu.
Cadangan bandage:
Crepe Bandage
Self-adhesive bandage – Bandage jenis ini boleh melekat dengan sendirinya
Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan
soalan anda disini
Tanya Soalan
3. Kain anduh(Triangular Bandage)
Terdapat pelbagai fungsi untuk alat ini dan dalam artikel ini kami akan
menceritakan 3 fungsi sahaja.
Advertisements
Sebagai anduh ketika patah tulang tangan atau patah tulang
selangka(clavicle)
Membalut luka atau membalut kawasan lebam
Digunakan sebagai mask(topeng)
Patah tulang tangan atau selangka
Seseorang yang patah tulang tangan akan merasakan tidak selesa dan sakit
untuk membiarkan tangannya tergantung begitu sahaja.
Ini kerana tulang yang patah itu akan bergesel diantara satu sama lain dan
menyebabkan sakit di bahagian tersebut.
Jadi cara untuk menstabilkan kawasan yang patah itu adalah dengan
menggunakan anduh ini. Ikatkan ia dileher dan gantung tangan pesakit dalam
anduh tersebut.
Mask(topeng)
Dalam jerebu sebagai contoh dan pada ketika itu anda tiada mask, anda
boleh gunakan anduh ini. Ikat anduh tersebut dibahagian hidung dan mulut.
Basahkan sedikit di bahagian mulut supaya partikel kecil boleh ditapis
sebelum disedut masuk ke dalam paru-paru.
Cadangan kain anduh: Triangular bandage
4. Gauze(kain kasa perubatan)
Kain kasa atau gauze ini selalunya digunakan untuk menutupi luka yang
besar. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan luka yang kotor.
Advertisements
Gauze ini terdiri daripada jejaring benang dan ia tidak tercabut bila ditarik
daripada luka. Terkadang ada yang menggunakan cotton(kapas) untuk
menutupi luka. Keadaan ini akan menyebabkan serpihan kapas akan melekat
pada luka apabila ia dibuka.
Oleh itu, gunakan gauze berbanding cotton ketika menutupi luka
Cadangan Kain kasa: Smith and Nephew plain Gauze
5. Cotton(Kapas)
Kapas pula selalunya digunakan untuk membersihkan luka. Jika luka tersebut
tidak terlalu kotor maksudnya tidak mempunyai benda asing seperti tanah,
kaca, batu dan sebagainya, luka tersebut boleh dibasuh dengan air biasa dan
cotton digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut.
Jika luka itu kotor, gunakan air bersih untuk membersihkan kekotoran terlebih
dahulu. Kemudian sapu dengan larutan antiseptik(iodin) menggunakan cotton
untuk membunuh kuman dibahagian tersebut.
Cadangan kapas: Sterile cotton ball
6. Povidone iodine
Ia merupakan larutan yang berwarna kuning. Larutan ini mengandungi unsur
iodin yang berfungsi untuk membunuh kuman(antiseptik) di kawasan luka.
Jika kawasan luka itu besar dan kotor, gunakan larutan ini untuk
membersihkan luka tersebut.
Advertisements
7. Krim pemanas
Krim pemanas ini selalunya digunakan untuk merawat sakit otot dan juga
kekejangan otot.
Seseorang yang sakit otot dan tidak mempunyai luka pada bahagian tersebut,
maka anda boleh menggunakan krim ini untuk mengurangkan sakit
dibahagian tersebut.
Cadangan Krim Pemanas: Flanil
8. Gunting
Gunting penting untuk memotong gauze, bandage dan sebagainya. Oleh itu,
jangan lupa untuk meletakkan ia dalam kotak first aid anda.
9. Micropore
Micropore ini macam selotip yang digunakan untuk melekatkan beberapa
perkara seperti melekatkan gauze pada kulit, melekatkan bandage supaya ia
tercabut dan apa-apa yang berkaitan.
Cadangan: Micropore
Ubat-Ubatan
Sebarang ubat-ubatan adalah dilarang untuk diletakkan di dalam Peti
Pertolongan kecemasan mengikut garis panduan Penyediaan Peti
Pertolongan Kecemasan.
Advertisements
Cara mengecutkan prostat dan meningkatkan "rahsia lelaki"!
Prostanil
Ubat-ubat dalam senarai dibawah ini HANYA DISYORKAN jika terdapat staf
perubatan yang terdiri daripada doktor ataupun pembantu pegawai perubatan
sahaja yang boleh mendiagnos atau mengenal pasti penyakit yang sedang di
alami oleh seseorang individu.
Ia seeloknya diletakkan di dalam bekas yang berasingan dengan Peti
Pertolongan Cemas ini.
1. Paracetamol
Ubat paracetamol ini merupakan ubat yang wajib ada dalam kotak first aid
sebab ia boleh memberikan rawatan awal terutamanya bagi mereka yang
baru sahaja demam.
Bahkan ia juga boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit
Cadangan:
Panadol extend : Untuk sakit-sakit badan
Panadol Soluble: boleh dilarutkan dalam air dan digunakan untuk demam
Paracap: Untuk demam
2. Ponstan(Mefenamic Acid)
Ponstan ini merupakan salah satu jenis ubat tahan sakit. Ia boleh digunakan
untuk mengurangkan sakit-sakit otot, sakit disebabkan luka dan sebagainya.
Pastikan anda tidak mempunyai alahan dengan ubat tahan sakit
3. Ubat gastrik
Ubat gastrik yang boleh digunakan adalah jenis antacid iaitu berfungsi untuk
meneutralkan asid di dalam perut. Anda boleh cuba simpan tablet Gelusil
yang mengandungi Magnesium trisilicate di dalamnya.
4. Loratadine
Loratadine digunakan untuk mereka yang menghadapi selesema dan alahan.
5. Maxolon(metoclopramide)
Ubat metocloparamide pula digunakan sebagai ubat tahan muntah. Jika ada
yang mengalami keracunan makanan dan muntah-muntah, maka ubat ini
sesuai diguanakan
6. Lomotil(Diphenoxylate dan Atropine)
Lomotil pula adalah ubat yang digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.
Kesimpulan
Kotak first aid kit atau peti pertolongan cemas merupakan salah satu barang
yang penting dan memerlukan komitmen seseorang itu untuk menjaganya.
Jika ada kekurangan perkakasan di dalam itu, cepat-cepat isi ia balik supaya
orang ramai boleh menggunakan ia.