Anda di halaman 1dari 2

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pergi ke navigasiPergi ke carian

Dato Bahaman Orang Besar Raja yang menentang penjajahan British di Tanah Melayu

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato'


Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan,
kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.

Isi kandungan

 1Asal usul
 2Anugerah
 3Perang Semantan
 4Buruan Orang British
 5Persetiaan sumpah
o 5.1Tok Guru Peramu
 6Rujukan

Asal usul[sunting | sunting sumber]


Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Kota Raja,
Acheh, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan.
Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah
menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar
kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai
Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Beberapa versi
tentang tempat kelahiran Dato' Bahaman, antaranya beliau berasal dari Acheh.
Terdapat juga versi mengatakan beliau berasal dari Kampung Rantau Panjang di
Lanchang. Pada hari ini, terdapat sebuah sekolah yang dinamakan SMK Datuk
Bahaman di Lanchang. Lanchang suatu ketika dahulu digelar sebagai Semantan,
kerana itu Dato' Bahaman mendapat jolokan Pahlawan Semantan.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara
Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila
Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah
airnya.

Anugerah[sunting | sunting sumber]
Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan
dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana
beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang
saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin
pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang,
Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah
dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat
tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat
dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

Perang Semantan[sunting | sunting sumber]


Rencana utama: Perang Semantan
Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar
Pahang terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu
bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah
balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang
perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang,
mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian
menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat.
Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah
yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.
Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau
dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai
Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang
untuk menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah
dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang
menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran
dari itu pada 26 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan
Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan
Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan
Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan.

Anda mungkin juga menyukai