Anda di halaman 1dari 26

Analisis Teks Sulalatus Salatin ;

Hang Nadim dititahkan ke Benua


Keling
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Mengenai kisah Raja Cempa yang memiliki seorang budak lelaki daripada
sepohon pokok pinang yang memiliki mayang yang besar dan diberi nama Pau
Gelang. Pau Gelang telah dinikai dengan anak perempuan Raja Cempa iaitu
Pau Bania dan peroleh zuriat bernama Pau Tani.
Raja Cempa &
Zuriatnya
Selepas kewafatan Pau Gelang, Pau Tani telah bernikah dengan anak Raja Kuci
iaitu Bia Suri dan peroleh anak Pau Gama yang mengambil alih takhta selepas
kewafatan ayahandanya.

Pau Gama telah datang mengadap ke Majapahit dan dikahwinkan dengan Raden Galuh Ajeng.
Anaknya dinamakan Raja Jakanak. Pada masa Pau Cin memerintah telah berlaku perang antara
Cempa dengan Kuci. Raja Kuci telah merasuah Penghulu Bendahari menyebabkan Cempa dapat
dikalahkan. Dua orang anak raja Cempa iaitu Syah Indera Berma dan Syah Pau Ling telah pergi ke
Melaka dan Aceh. Syah Indera Berma telah memeluk agama Islam. Dia dijadikan menteri di Melaka
oleh Sultan Mansur Syah.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Sultan Zainal Abidin merupakan pemerintah di Pasai. Namun, kedudukannya telah dirampas
oleh saudaranya sehingga menyebabkan SZA lari ke Melaka. Setibanya di Melaka, Sultan
Mansyur Shah memberikan sepersalinan lengkap untuk SZA untuk dibawa ke Pasai.

Gema Peristiwa Sultan menitahkan Bendahara Paduka Raja, Seri Bija Diraja dan Laksamana serta 2
Rampas Kuasa laksa tentera pergi merajakan semula SZA di Pasai. Ketika tiba di Pasai berlaku
di Pasai peperangan dan setelah beberapa kali perang, SZA berjaya ditabalkan semula.
Setelah berjaya ditabalkan SZA enggan menyembah ke Melaka selepas dipelawa
oleh Bendahara dan menyebabkan Bendara marah dan membiarkan SZA berjaya
dikalahkan semula. Sikap Bendahara tersebut menyebabkan Sultan murka.

Akhirnya, Sultan menitahkan Laksamana untuk menceritakan perkara yang berlaku namun Laksamana hanya
menceritakan perihal yang buruk tentang Bendahara ketika di Pasai. Perkara ini berbeza dengan Bendahara yang
menceritakan perkara yang baik dan memuji-muji Laksamana ketika mereka di Pasai. Ini telah menyebabkan
Laksamana malu dan pergi berjumpa dengan Bendahara untuk memohon maaf. Dikatakan bahawa Laksamana
telah menyembah kaki Bendahara sebanyak 7 kali.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Hasil perkahwinan dengan anak perempuan Betapa Majapahit, Raden Galuh Cendera
Kirana dengan Sultan Mansur Syah telah dikurnai putera bernama Raden Kelang.
Baginda ingin menjadikan Raden Kelang sebagai penyambung tradisi baginda.
Wasiat Sultan Malangnya, Raden Kelang telah mati akibat ditikam dengan mata keris dengan orang
Mansur Shah mengamuk.

Akhirnya SMS gering dan telah memanggil Raja Ahmad (Raja Hussain) dan menggumumkan
kepada para pembesar bahawa Raja Ahmad akan menggantikan kedudukan baginda. Baginda
turut menitahkan kepada para pembesar agar menjaga dan memaafkan kesilapan
anakandanya itu kerana usianya yang masih mentah.

Sebelum kewafatannya, SMS mewasiatkan amanat kepada anakandanya RA agar sentiasa


mementingkan keadilan dan permuafakatan dalam mentadbir negara.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Setelah mangkatnya Sultan Mansur Syah, takhtanya telah diganti oleh Raja Hussain
dengan gelarannya Sultan Alaud’din Riayat Syah. Baginda amat dikenali sebagai
Pemerintahan seorang pemerintah yang adil dan perkasa.
Sultan Alau’d-
Din Riayat Syah Semasa pemerintahannya, negeri Melaka telah diancam kecurian yang berleluasa
sehingga baginda telah membuat keputusan untuk menyamar dan keluar untuk
melihat keadaan negerinya sendiri.

Pada suatu malam baginda keluar menyamar bersama Hang Isap dan telah terserempak
dengan lima orang pencuri yang sedang mengusung sebuah peti. Baginda menyergah pencuri
tersebut dan berjaya membunuh 3 orang daripada mereka. 2 orang pencuri lagi berjaya
melarikan diri dan akhirnya baginda pulang semula ke istana.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Setelah Temengung mengetahui perihal Sultan Alau’d-Din yang keluar meronda
bersama Hang Isap dan Hang Ishak, dia mulai mengeraskan kawalan.
Langkah
Membasmi
Pencuri
Sesiapa yang dijumpai berjalan malam dibunuhnya . Oleh itu, ini meembuatkan
jenayah mencuri berjaya dibenteras. Sebuah balai dibina di simpang empat di
tengah negeri dan eorang penghulu ditugaskan berkawal di situ. Sesiapa yang
menjumpai harta orang hendaklah dipulangkan kalau tidak tangannya akan
dikerat dan menyebebakan kudung. Setiap barang yang dijumpai dihantarkan ke
balai. Sesiapa yang kehilangan barang pula boleh mencari barangnya yang
hilang di balai tersebut.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Maharaja Diraja, Raja Haru telah mengutuskan Raja Pahlawan ke Pasai. Surat Maharaja
yang telah dikirimkan kepada Raja Pahlawan telah disampaikan kepada khatbib yang
Akibat Salam bertugas mengenai kiriman salam telah disalah baca sebagai surat berkirim sembah.
Dibacakan
Sembah Apabila Raja Pahlwan menegur khatib terhadap perkataan “sembah” tersebut, khatib
tidak mengendahkan sehingga menyebabkan Raja Pahlwan mengamuk dan ramai
rakyat Pasai terbunuh. Raja Pahlawan dan rombonggannya juga ramai terbunuh dan
menyebabkan Maharaja Diraja bermusuhan dengan Pasai

Maharaja Diraja menitahkan Seri Indera untuk menjajah Pasai namun Seri Indera terlanjur sehingga
ke jajahan Melaka. Sultan Alaudin telah menitahkan Paduka Tuan, Laksamana Hang Tuah dan Seri
Bija Diraja menyekat amuran Haru. Akhirnya orang Raja Haru kalah dan mengundurkan diri.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Mia Ruzul merupakan seorang keeling Melaka yang telah turut serta dalam angkat
perang Melaka.

Mia Ruzul dengan


Ketika turun ke darat, Mia Ruzul telah turun untuk membuang air besar dan
Kambing Randuk
disangkakan orang tua Haru yang mengintainya. Ketika Mia Ruzul menyergah, kambing
itu melawan. Apabila disiat ternyata yang dikatakan orang tua Haru yang mengintai
rupanya seekor kambing randuk . Mia Ruzul ditertawakan oleh semua orang.

Akhirnya orang Melaka dan orang Pasai berperang di Dungun. Namun, akibat kehabisan barang
kelengkapan, Maharaja Haru akhirnya meminta untuk melakukan perdamaian dengan Paduka Diraja dan
diterima oleh baginda. Selepas kembali semula ke Melaka, Seri Bija Diraja telah meninggal dunia dan
digantikan dengan anaknya Tun Kerunta yang digelar Seri Bija Diraja dan akanya digelar Tun Bija Diraja.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Raja Maluku telah lari ke Melaka apabila negerinya telah dialahkan oleh Kastilan.
Kehbebatan Raja Maluku terhadap permainan sepak raga menyebabkan dia menjadi
guru kepada anak-anak raja di sana.
Ketiganya Sama
Gagah
Raja Maluku juga sangat gagah, umbi pokok kelapa diparangnya hingga putus. Begitu
juga dengan Telanai Terengganu dan Sultan Alaudiin. Telanai Terengganu juga hebat
dalam melembing kerana apabila dia melembing pokok kelapa tembus hingga ke
sebelah. Manakala Sultan Alaudin pula gagah memanah.

Kedatangan Telenai Terengganu ke Melaka tanpa pengetahuan Sultan Muhammad (Pahang) telah
menyebabkan baginda murka dan menitahkan Seri Akar Diraja untuk membunuh Telanai Terengganu.
Kematian Telenai Terengganu telah menyebabkan anak-anak dan isterinya lari ke Melaka dan diketahui oleh
Sultan Melaka. Keinginan Sultan Melaka untuk menyerang Pahang terhenti apabila diberi nasihat oleh
Bendahara
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku

Setibanya di Pahang, Laksamana yang dikirmkan ke Pahang telah menyuruh


Gema oragnya untuk membunuh saudara sepupu Seri Akar Diraja.
Pembunuhan
Telanai
Terengganu Apabila orang suruhan Laksamana itu ditangkap ia telah dihalang oleh Laksamana
kerana dia tidak membenarkan tindakan tersebut dikenakan sebarang tindakan
kerana Seri Akar Diraja turut melakukan kesalahan terhadap Sultan Melaka
dengan membunuh Telanai Terengganu tanpa memberitahunya.

Sultan Muhammad yang dikhabarkan perihal tersebut telah mengatakan bahawa Telenai
Terengganu telah biadab dengan mengatakan bahawa negeri Melaka itu terletak di bawah
kelakangnya.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Sikap Sultan Ibrahim yang telah membuat keputusan untuk membunuh pesalah
di Siak telah diketahui di Melaka. Hang Tuah telah dititahkan ke Siak dan
Membunuh Tanpa memarahi Tun Jana Pakibul dalam majlis Sultan Ibrahim sehingga menyebabkan
Memberitahu ke Sultan Ibrahim dan Tun Jana Pakibul terdiam.
Melaka
Sebelum Hang Tuah ingin pulang ke Melaka, Sultan Ibrahim telah berkirim surat
memohon kemaafan dari Sultan Aluadin kerana pada Ketika itu hukuman
membunuh di Melaka hanya akan dibenarkan setelah mendapat pengetahuan
Sultan Melaka.

Anak Sultan Alaudin yang bernama Raja Menawar telah dirajakan di Kampar manakala anaknya Raja Mamad
menggantikan kedudukan Sultan Alaudin di Melaka setelah baginda mangkat. Raja Mamad yang masih kanak-
kanak telah diwasiatkan menggantikan tempatnya di hadapan Bendahara Paduka Raja, Kadi, Paduka Tuan, Seri
Nara Diraja, Temenggung dan Laksamana Hang Tuah.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Sebelum kewafatan Sultan Alaudin, baginda telah berpesan kepada Raja Mamad
beberapa perkara iaitu sentiasa bersabar, memaafkan kesalahan hamba sahaya,
Pemerintahan mengutamakan pekerjaan akhirat dari kerja dunia, berserah diri dan bertawakkkal
Sultan Mahmud kepada Allah, tidak mengaibkan pesalah dan sekiranya perlu dibunuh boleh dibunuh
Syah dan hendaklah patuh terhadap wasiat tersebut agar Raja Mamad peroleh berkat
daripada Allah SWT.

Suatu Ketika, Sultan Mahmud telah sakit perut buang-buang air dan menyebabkan Bendahara Paduka
Raja dan Laksamana mengasuhnya. Apabila baginda hendak membuang air, Laksamana membasuhnya.
Bendahara membasuh beras, Laksamana menanaknya manakala bila sudah masak Bendahara juga
menyuapnya. Perkara ini telahd]diketahui oleh nenda baginda, Raja Tua dan telah bercadang untuk
membunuh Sultan Mahmud kerana dia lebih menyayangi Raja Menawar. Namun rancangannya tidak
berjaya.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku

Bendahara Paduka Sultan Mahmud yang disangkakan akan mangkat akhirnya sembuh daripada
Raja dengan penyakitnya. Baginda telah menganugerahkan Bendahara dan Laksamana akan
Laksamana usungan dan hanya digunakan oleh Laksamana.

Sikap Bendahara tersebut telah digomel oleh anak-anak buahnya telah


menggomen dan Bendahara mengatakan bahawa dia tidak mahu dipandang sama
taraf atau lebih mulia daripada Raja.

Hadiah-hadiah istimewa yang diterima oleh Bendahara juga telah diberikan kepada Laksamana
dengan alasannya supaya Laksamana dapat memanfaatkan alat-alat itu untuk negara. Antara harta
yang diberikan kepada Laksamana seperti perahu, gajah, kuda atau alat senjata.
Asal Usul Raja / Sultan
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Ketika Bendahara Paduka Diraja jatuh sakit, beliau telah mengumpulkan
semua anak cucunya untuk berwasiat. Beliau juga sempat meninggalkan
Wasiat Bendahara nasihat kepada Tun Mutahir, Tun Zainal Abidin, Seri Nara Diraja Tun Tahir, Tun
Paduka Raja Pauh dan juga Tun Isap.

Keadaan Bendahara yang sakit akhirnya sampai ke pengetahuan Sultan Mahmud


Syah dan baginda pergi menziarahi Bendahara.

Peninggalan Bendahara Paduka Diraja telah digantikan oleh saudaranya yang bernama Tun
Perpatih Putih dan bergelar Bendahara Putih. Bendahara Putih merupakan seorang yang boros.
Ini kerana, sekiranya lilin Panjang sejengkal dibuangnya kerana dianggapnya puntung.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku

Nyaris Lembing Sultan Mahmud telah berlaku curang dengan isteri Tun Biajid ketika Tun Biajid
Diterbangkan ke pergi ke Merba. Semasa mahu pulang di waktu dinihari, dia terserempak dengan
Dada Tun Biajid. Tun Biajid hampir melembing Sultan Mahmud kalaulah tidak dingatnya
yang Sultan Mahmud adalah tuannya. Isterinya itu diceraikan. Sebagai ganti,
Sultan memberikannya seorang gundik baginda yang bernama Tun Iram Sendari.

Pada satu malam, Sultan Mahmud pergi ke rumah Tun Dewi, disana di dapati
telah pun ada Tun Ali Sandang. Dia memberikan sirih dalam puan kepada Tun Isap
sebagai isyarat supaya Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang itu.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Setelah menerima sirih, Tun Isap pun pergi membunuh Tun Ali Sandang. Seri Wak
Raja (anak bongsu Bendahara Paduka Raja) sangat marah, dia mahu Tun Isap
dibunuh tetapi Sultan Mahmud arahkan Tun Isap berlepas diri. Tun Isap lari
Peristiwa
membawa diri ke merata tempat termasuklah ke Pasai, Haru dan Brunai. Akhirnya
Pembunuhan Tun
dia kembali ke Melaka. Bila pulang Sultan menyuruhnya pergi mohon maaf dengan
Ali Sandang
Seri Wak Raja tetapi Tun Isap dibunuh sebaik dia sampai ketika Seri Wak Raja masih
lagi di atas gajah.
Pada waktu terdapat 4 orang yang sangat dikasihi oleh Sultan iaitu Seri Wak Raja
sendiri, Tun Umar, Hang Isa pantas dan Hang Hussin Cengang. Baginda berjanji akan
menunaikan apa sahaja permintaan mereka. Bagaimanapun bila Seri Wak Raja
memohon jadi panglima gajah, tidak ditunaikan kerana Seri Rama masih hidup. Tun
Umar mohon jadi raja di laut itupun tidak ditunaikan kerana Laksamana masih
hidup. Permintaan Hang Isa mahukan emas dan kain baju, segera ditunaikan. Hang
Hussin pula mohonkan kerbau 15 kelamin dan hamba 50 orang. Segera juga
ditunaikan.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku

Seri Wak Raja sendiri bila dipanggil oleh raja, sengaja dia melewat-lewatkannya.
Telatah Orang- Kecuali bila Tun Isap yang datang kerana Tun Isap akan meminta pelbagai perkara
Orang Yang sambil menantikan Seri Wak Raja siap. Sebenarnya Seri Wak Raja adalah sangat
Dikasihi Raja mahir tentang gajah dan kuda. Kerana kemahirannya itu dia berjaya mengahwini
anak Kadi Menawar. Hang Isa Pantas pula mahir dalam permainan layang-layang.
Layang-layang Raja Ahmad yang besarpun putus apabila bergesel dengan layang-
layangnya. Hang Hussain pantas pula seorang yang kuat makan.

Sultan Mahmud seorang yang cepat marah. Dia telah mengarahkan supaya Seri
Bija Diraja dibunuh kerana Seri Bija Diraja tidak datang mengadapnya pada hari
raya. Sultan Mahmud sendiri tidak dilayan oleh Maulana Yusuf kerana dia datang
untuk belajar tetapi sebagai Yang Dipertuan. Dia hanya dilayan bila datang
sebagai fakir Mahmud.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku

Manjong dan
Kelantan Diserang Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan untuk menyerang Manjong kerana
Manjong bermusuh-musuhan dengan Beruas. Beruas adalah jajahan Melaka.
Paduka Tuan berjaya mengalahkan Manjong. Seri Maharaja pula dititahkan
menyerang Kelantan. Kelantan juga berjaya dikalahkan. 3 orang puteri raja
Kelantan ditawan dan dibawa balik ke Melaka. Puteri Onang Kinang
diperisterikan baginda.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku

Tun Mutahir Setelah Bendahara Putih meninggal terdapat 9 orang yang layak untuk dilantik
Dijadikan sebagai bendahara. Bonda Sultan Mahmud adalah saudara Tun Mutahir. Dia
Bendahara telah mempengaruhi Sultan Mahmud agar melantik saudaranya itu sebagai
Bendahara. Beliau bergelar Bendahara Seri Maharaja. Satu perangainya yang
buruk ialah belaiu seorang yang kuat bergaya. Dalam sehari enam tujuh
pasang persalinannya. Bagaimanapun setelah beliau menjadi Bendahara,
Negeri Melaka semakin makmur.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku

Titisan Keturunan
Bendahara Seri
Maharaja Anak Bendahara Seri Maharaja sangat ramai. Anaknya yang sulung ialah
Tun Hassan Temenggung. Anaknya Tun Biajid Rupat bergelar Seri Petam.
Seri Nara Diraja iaitu kakak Bendahara Seri Maharaja pula dilantik sebagai
Penghulu Bendahari. Mempunyai 5 orang anak. Tun Abdul, adik
Bendahara Seri Maharaja pula bergelar Seri Nara Wangsa.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku

Patih Adam adalah Pangeran Surabaya, dia telah bertamu ke rumah Seri
Peristiwa Patih Nara Diraja. Tun Minda yang masih kecil dan baru tahu berlari-lari telah
Adam dengan Tun berlari-lari di depan Patih Adam. Seri Nara Diraja sambil bergurau
Minda mengatakan Tun Minda berkata mahu berlakikan Patih Adam.Setelah Tun
Minda besar, Patih Adam telah datang semula ke Melaka bersama 40
peria untuk menuntut janji Seri Nara Diraja. Pada mulanya Seri Nara
Diraja tidak bersetuju. Pateh Adam menjalankan helah untuk menangkap
Tun Minda di rumahnya. Setelah pengawal dirasuah dapatlah dia masuk
dan menangkap Tun Minda. Tun Minda diikat dan dia sendiri menindih
peha Tun Minda. Setelah semua pengikutnya mati terbunuh, Tun Minda
tidak dilepaskan. Akhirnya dapatlah dia mengahwini Tun Minda dan
kembali ke Surabaya.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Setelah Bonda Raja Ahmad meninggal, Sultan Mahmud ingin kahwin lagi. Beliau
berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung Ledang. Laksamana dan Sang Setia disuruh
meminang. Tun Mamad penghulu orang Inderagiri juga ikut serta. Setelah sampai
Meminang “Puteri separuh gunung, Laksamana dan Sang Setia disuruh berhenti.
Gunung Ledang”
Tun Mamat telah naik dengan 2 orang lain. Bila sampai di had buluh perindu, beliau
telah berjumpa seorang perempuan tua dalam sebuah taman. Beliau mengaku
bernama Dang raya Rani iaitu pengetua Puteri Gunung Ledang.Tun Mamad telah
menyatakan hajat Sultan Mahmod. Tidak lama kemudian muncul seorang tua yang
lain. Dia memberitahu syarat Tuan Puteri Gunung Ledang untuk menerima pinangan
Sultan Mahmud iaitu baginda dikehendaki membina jambatan emas dan perak ke
gunung Ledang dari Melaka, hati nyamuk 7 dulang, Hati kuman 7 dulang, air mata
setempayan, air pinang muda setempayan dan darah anak raja semangkuk. Bila
syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan Mahmud belaiu mengaku dapat
menyediakan semua permintaan kecuali darah Raja Ahmad yang semangkuk itu.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku

Tepuk Berbalas, Sultan Nara Singa, raja Inderagiri dijadikan menantu Sultan Mahmud. Setelah
Alang Berjerawat bernikah dia tidak dibenarkan balik ke Inderagiri. Bila dapat kesempatan balik,
Inderagiri telah diperintah oleh Maharaja Isap. Bila Sultan Nara Singa balik,
Maharaja Isap lari ke Lingga. Dijadikan menantu Raja Lingga dan kemudian
menggantikan mertuanya sebagai raja Lingga.

Semasa Maharaja Isap datang mengadap ke Melaka, Sultan Nara Singa telah
menyerang Lingga. Sebaliknya bila Sultan Nara Singa mengadap ke Melaka,
Maharaja Isap pula menyerang Inderagiri dan lekas-lekas dia ke Melaka. Di
Melaka, mereka didamaikan oleh Sultan Mahmud.
Peristiwa-Peristiwa Penting yang Berlaku
Hang Nadim, menantu Laksamana Hang Tuah, telah dititahkan ke Benua Keling untuk
membeli kain batik. 40 bagai, satu bagai 40 helai, 1 helai 40 jenis bunga. Beliau pergi
Hang Nadim dengan kapal Hang Isap. Cuma 2 orang pelukis sahaja yang mampu menyediakan corak
dititahkan ke kain yang dikehendaki oleh Hang Nadim itu. Setelah kain batik siap, Hang Nadim segera
Benua Keling bersiap untuk pulang.

Malangnya Hang Isap telah berkelahi dengan seorang peniaga saiyid. Hang Isap didakwa
tidak menjelaskan semua bayarannya dan dia mengatakan kepada Saiyid itu sebagai “wali
pelir”. Kerana marah dia bersumpah bahawa Hang Isap akan karam dalam perjalanan
pulang nanti. Sumpahnya menjadi kenyataan bila kapal Hang Isap telah karam dipukul
ribut. Bagaimanapun Hang Nadim berjaya menyelamatkan diri ke Pulau Selon. Dia berjaya
pulang ke Melaka dengan membawa kain 4 helai sahaja. Sultan murka dengannya.
Laksamana Hang Tuah telah meninggal dunia, dikebumikan di Tanjung Keling. Dia
digantikan oleh menantunya iaitu Laksamana Khoja Hassan.
Asal Usul Raja / Sultan

Anda mungkin juga menyukai