Anda di halaman 1dari 3

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

A. SINOPSIS:

- Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh
sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta
supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar menolaknya.
Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka.

- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka.
Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka dengan
tujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga
mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan
dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.

- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan bahawa Tun
Perak mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk ditanya. Tun Perak
berkata dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan memecatnya jika percaya fitnah orang
Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai
perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi
pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan.

- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian berpihak Seri
Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak bermaufakat hingga boleh
membinasakan negara. Sultan sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua.

- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja iaitu
saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah
dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak dikahwinkan, hubungan Paduka
Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja
menjadi Bendahara.

- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka Raja dan Seri
Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai.

- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai pertahanan Melaka
untuk menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk menyerang Siam
yang sudah sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula telah menaiki perahu dan melanggar
banyak perahu Siam hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan.

- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu
api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang
berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar Melaka lalu mereka balik
ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.

- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di
Siam, Paduka Babunnya sangat marah. Dia mengarahkan anaknya Cau Pandan untuk menyerang
Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya.

- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat
ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya
mengarahkan ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa
sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan
pelbagai anugerah.

- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan Muzaffar mangkat dan digantikan oleh anakanda
baginda iaitu Sultan Mansur Syah yang berusia 27 tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih
Nur Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.

Plot Pengenalan Raja Siam memerintah melaka untuk menghantar surat sembah. Tetapi, Sultan
Melaka tidak mahu memberikan surat sembah tersebut. Oleh itu, Raja Siam, iaitu Paduka
Bubunnya memerintahkan tenteranya di bawah pimpinan Awi Cakri supaya menyerang Melaka.
Sultan Melaka mengarahkan rakyatnya dikumpulkan untuk menghadapi ancaman tentera Siam.
Tun Perak mengumpulkan semua lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak
masing-masing. Akhirnya, Siam berjaya dikalahkan di Muar. Perkembangan Sultan Melaka
memerintah Tun Perak supaya menetap di Melaka dan dijadikan bentara. Kebijaksanaan dan
kata-kata Tun Perak sewaktu menyelesaikan dakwaan bahawa dia membuat aniaya telah
membuatkan Sultan Muzaffar Syah menaikkan pangkat beliau sebagai Perdana Menteri dengan
gelaran Paduka Raja. Perumitan Seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak bersefahaman. Ketika
itu, orang Melayu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu sebahagian menjadi pengikut Seri Nara
Diraja dan sebahagiannya pengikut Paduka Raja. Sultan Muzaffar Syah bimbang jika perbalahan
antara pembesar itu akan memudaratkan negeri Melaka. Sultan Muzaffar Syah telah
mengahwinkan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk
menyatukan mereka berdua. Paduka Raja pula dijadikan bendahara. Klimaks Raja Siam
menyerang Melaka dengan menghantar tenteranya di bawah pimpinan Awi Dicu. Sultan
Muzaffar Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja dengan dibantu oleh Seri Bija Diraja untuk
mengusir tentera Siam. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja untuk mengarahkan semua
pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar menyebabkan tentera Siam tersalah
anggap dan kembali ke Siam kerana ketakutan. Selepas itu, anakanda Raja Siam, iaitu Cau
Pandan diperlengkapkan untuk menyerang Melaka. Berita Siam ingin menyerang Melaka telah
diketahui oleh Raja Melaka. Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuam yang tinggi
telah menghalakan panahnya ke benua Siam untuk membunuh Cau Pandan. Cau Pandan berasa
dadanya seperti dipanah dan muntah darah lalu mati. Peleraian Sultan Muzaffar Syah mangkat
selepas memerintah Melaka selama 42 tahun. Raja Abdullah yang merupakan anakanda
menggantikan takhta Melaka dengan gelaran Sultan Mansur Syah

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/prosa-burung-terbang-dipipiskan-lada.html

Anda mungkin juga menyukai