Anda di halaman 1dari 11

8/19/2021 Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis, Tema

Nota

Prosa Burung Terbang Dipipiskan


Lada : Sinopsis, Tema, Persoalan

Ipendidikan » Nota » Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis,


Tema, Persoalan
Disemak dan dikemaskini pada pukul 10:14 pm, 17 Mei 2021

Start now

Prosa Melayu Tradisional telah wujud sejak dahulu lagi dan merupakan
bentuk kesusasteraan melayu terawal. Ia merupakan hak milik masyarakat
kerana tidak dicatat dan tiada pengarang. Ia juga wujud dalam bentuk lisan

https://www.ipendidikan.my/prosa-burung-terbang-dipipiskan-lada.html 1/11
8/19/2021 Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis, Tema

dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, berikut dikongsikan nota-nota Prosa


Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis, Tema sebagai panduan
kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia.

Untuk makluman, Prosa ini dimuatkan dalam naskhah Sejadah Rindu


bersama 11 buah karya sastera lain yang terdiri daripada pelbagai genre.
Naskhah tersebut merupakan antologi teks komponen sastera (KOMSAS)
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Tingkatan 5.

Isi Kandungan [Tutup]

1. Burung Terbang Dipipiskan Lada


2. Sinopsis
3. Tema
4. Persoalan
5. Watak & Perwatakan
6. Plot
7. Teknik Penceritaan
8. Latar
9. Gaya Bahasa
10. Nilai 
11. Pengajaran

Burung Terbang Dipipiskan Lada


Di bawah adalah nota- nota berkaitan meliputi Sinopsis, Tema, persoalan,
plot, teknik penceritaan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, nilai dan
pengajaran sebagai rujukan untuk pelajar.

Baca juga : Format Terkini SPM

Sinopsis

https://www.ipendidikan.my/prosa-burung-terbang-dipipiskan-lada.html 2/11
8/19/2021 Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis, Tema

Pada suatu masa dahulu, negara Siam mendengar berita bahawa kerajaan
Melaka merupakan sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan
oleh mana-mana kuasa pada ketika itu. Oleh itu, Raja Siam iaitu Bubunnya
menghantar wakil untuk berjumpa dengan Sultan Muzaffar Syah meminta
supaya Melaka menyembah / mengaku ketuanan Raja Siam (membayar
ufti). Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah lantas menghantar
hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar
mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di
Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang
dengan keluarga mereka bertujuan supaya mereka berperang dengan
bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera
Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian
sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.

Namun begitu, terdapat seorang dari Kelang yang iri hati kepada Tun
Perak lalu memfitnahnya. Dia memberitahu Sultan Muzaffar bahawa Tun
Perak telah mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap
untuk mengetahui kedudukan perkara sebenar. Tun Perak memberitahu
Sultan Muzaffar bahawa beliau bertugas untuk Negara, dan meminta
Sultan Muzaffar memecatnya jika mempercayai fitnah tersebut. Sultan
Muzaffar sangat gembira dengan ketegasan Tun Perak lalu melantiknya
sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun
Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai
perjumpaan. Ekoran pelantikan tersebut. penduduk Melaka berpecah
kepada dua kumpulan iaitu mereka yang berpihak kepada Paduka Raja
dan Seri Nara Diraja. Mereka berduajuga saling berselisih faham dan tidak
bermaufakat. Sultan Muzaffar sagat sedih dan bercadang mendamaikan
mereka berdua kerana perbalahan antara mereka boleh memunsahkan
kerajaan Melaka.

Akhirnya, Sultan Muzaffar nekad untuk menceraikan isterinya iaitu Tun


Kudu ( anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja) supaya

https://www.ipendidikan.my/prosa-burung-terbang-dipipiskan-lada.html 3/11
8/19/2021 Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis, Tema

dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara
oleh Paduka Raja dengan tanggungan Sultan Muzaffar. Sejak
dikahwinkan, hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja
menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi
Bendahara. Pada waktu itu Bendahara Paduka Raja dikatakan sebagai
orang yang bijaksana. Pada zaman kegemilangan itu, terdapat tiga orang
pembesar yang bijaksana di tiga buah negeri besar, iaituPatih Aria Gajah
Mada di Majapahit, Orang Kaya Kanayan di Pasai, dan Bendahara Paduka
Raja serta Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka.

Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima


Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Muzaffar memerintahkan
Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam.
Seri Bija Diraja juga diperintahkan untuk membantu Bendahara Paduka
Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat.
Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan Tun Umar supaya menaiki
perahu untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu telah
melanggar beberapa buah perahuSiam sehingga mereka kalah. Tindakan
Tun Umar itu telah membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan

Start now

Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-


pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan tersebut
telah dilihat oleh orang Siam. Hulubalangnya berpendapat bahawa
kelengkapan Melaka sungguh banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi
takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam semula.Pada waktu
malam, Paduka Raja memerintahkan tenteranya supaya pokok kayu
bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-
olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar

https://www.ipendidikan.my/prosa-burung-terbang-dipipiskan-lada.html 4/11
8/19/2021 Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis, Tema

Siam ketakutan melihat banyaknya tentera Melaka lalu mereka berpatah


balik ke Siam dan tidak jadi untuk menyerang Melaka.

Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah


persalinan baru. Di Siam,Paduka Babunnya sangat marah. Baginda
mengarahkan anaknya iaitu Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan
pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya.
Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang
yang warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya.
Dia menggunakan panahnya, dan mengarahkan panahnya itu ke Siam
sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa
sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahi Tuan
Sidi Arab dengan pelbagai anugerah atas kesaktiannya itu.

Setelah 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun


mangkat. Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu
Raja Abdullah dengan gelaran Sultan Mansur Syah. Usia baginda sewaktu
menaiki takhta itu ialah 27 tahun. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak,
adil, dan pemurah. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur
Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.

Tema
Tema yang diketengahkan oleh prosa tradisional ini adalah tema
kebijaksanaan pemimpin dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku
dalam kalangan pembesar negeri

Persoalan

https://www.ipendidikan.my/prosa-burung-terbang-dipipiskan-lada.html 5/11
8/19/2021 Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis, Tema

1. Persoalan kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran


untuk menyelesaikan masalah. ” Tun Perak mengikat puntung api
pada pokok bakau, pokok nyirih dan pokok api-api di sepanjang
pantai bagi menakutkan pihak musuh.”
2. Persoalan pertelingkahan pemimpin mengancam kedaulatan negara.
“Konflik antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja telah
menyebabkan masyarakat berpecah yang boleh melemahkan
kekuatan negara”
3. Persoalan tanggungjawab melaksanakan tuugas masing-masing
tanpa campur tangan orang lain. “Konflik antara Tun Perak dengan
Seri Nara Diraja telah menyebabkan masyarakat berpecah yang
boleh melemahkan kekuatan negara”
4. Persoalan semangat tidak mudah berputus asa. “Siam mengatur
serangan ke atas Melaka sebanyak tiga kali walaupun kesemua
percubaan tersebut menemui kegagalan”
5. Persoalan unsur kesaktian dalam peperangan. “Sidi Arab mempunyai
kesaktian dalam ilmu memanah. Beliau telah memanah dari Melaka
sehingga dapat membunuh Cau Pandan yang berada di benua Siam.”

Watak & Perwatakan


Tun Perak

Pembesar melaka yang menjaga daerah Kelang dan telah dinaikkan


pangat kepada Paduka Raja
Bijaksana (mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika
menentang Siam)
Baik hati (menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum
Tun Kudu berkahwin semula)
Berpengaruh (mempunyai pengikut yang menyokongnya ketika
bersengketa dengan Seri Nara diraja)
Berani (memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak
menyerang Melaka)

Sultan Muzaffar Syah

https://www.ipendidikan.my/prosa-burung-terbang-dipipiskan-lada.html 6/11
8/19/2021 Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis, Tema

Bijaksana (mendamaikan pembesarnya dengan mengahwinkan Seri


Nara Diraja dengan Tun Kudu)
Prihatin (meraikan askarnya yang menang dengan pemberian hadiah
pakaian persalinan)
Mementingkan keharmonian (berusaha mendamaikan Paduka Raja
dengan Seri Nara Diraja untuk memakmurkan Melaka)
Tidak terburu-buru dalam bertindak (tidak menghukum Tun Perak
setelah Tun Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun Perak untuk
menceritakan keadaan yang sebenarnya)
Menghargai rakyatnya

Seri Nara Diraja

Penghulu bendahari Melaka


Tua sehingga bulu kening dan bulu matanya bercantum
Berkahwin dengan Tun Kudu, bekas isteri Sultan Melaka
Mempunyai anak daripada hubungan sulit dengan gundik, Tun Nina
Madi

Sultan Mansur Syah

Anak kepada Sultan Muzaffar Syah


Menjadi sultan ketika berusia 27 tahun
Berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, anak Seri Nara Diraja
Mempunyai anak perempuan bernama Puteri Bakal hasil hubungan
dengan gundik
Kacak, adil dan pemurah

Plot
Pengenalan
Raja Siam memerintah melaka untuk menghantar surat sembah. Tetapi,
Sultan Melaka tidak mahu memberikan surat sembah tersebut. Oleh itu,
Raja Siam, iaitu Paduka Bubunnya memerintahkan tenteranya di bawah
pimpinan Awi Cakri supaya menyerang Melaka. Sultan Melaka
mengarahkan rakyatnya dikumpulkan untuk menghadapi ancaman tentera
Siam. Tun Perak mengumpulkan semua lelaki dari Kelang bersama-sama
https://www.ipendidikan.my/prosa-burung-terbang-dipipiskan-lada.html 7/11
8/19/2021 Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis, Tema

dengan isteri dan anak masing-masing. Akhirnya, Siam berjaya dikalahkan


di Muar.

Perkembangan
Sultan Melaka memerintah Tun Perak supaya menetap di Melaka dan
dijadikan bentara. Kebijaksanaan dan kata-kata Tun Perak sewaktu
menyelesaikan dakwaan bahawa dia membuat aniaya telah membuatkan
Sultan Muzaffar Syah menaikkan pangkat beliau sebagai Perdana Menteri
dengan gelaran Paduka Raja.

Perumitan
Seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak bersefahaman. Ketika itu, orang
Melayu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu sebahagian menjadi
pengikut Seri Nara Diraja dan sebahagiannya pengikut Paduka Raja.
Sultan Muzaffar Syah bimbang jika perbalahan antara pembesar itu akan
memudaratkan negeri Melaka. Sultan Muzaffar Syah telah mengahwinkan
Tun Kudu, iaitu saudara kepada Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja
untuk menyatukan mereka berdua. Paduka Raja pula dijadikan bendahara.

Klimaks
Raja Siam menyerang Melaka dengan menghantar tenteranya di bawah
pimpinan Awi Dicu. Sultan Muzaffar Syah mengarahkan Bendahara
Paduka Raja dengan dibantu oleh Seri Bija Diraja untuk mengusir tentera
Siam. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja untuk mengarahkan semua
pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar menyebabkan tentera
Siam tersalah anggap dan kembali ke Siam kerana ketakutan. Selepas itu,
anakanda Raja Siam, iaitu Cau Pandan diperlengkapkan untuk menyerang
Melaka. Berita Siam ingin menyerang Melaka telah diketahui oleh Raja
Melaka. Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuam yang tinggi
telah menghalakan panahnya ke benua Siam untuk membunuh Cau
Pandan. Cau Pandan berasa dadanya seperti dipanah dan muntah darah
lalu mati.

Peleraian
Sultan Muzaffar Syah mangkat selepas memerintah Melaka selama 42
tahun. Raja Abdullah yang merupakan anakanda menggantikan takhta
Melaka dengan gelaran Sultan Mansur Syah

Teknik Penceritaan
https://www.ipendidikan.my/prosa-burung-terbang-dipipiskan-lada.html 8/11
8/19/2021 Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis, Tema

1. Teknik pemerian : pengarang memerihalkan perwatakan Seri Amerta


2. Teknik monolog dalaman : Sultan Muzaffar Syah bermonolog dalaman
ketika baginda mendengar penjelasan daripada Tun Perak
3. Teknik imbas kembali : Seri Nara Diraja teringat akan peristiwa
bapanya membeli azimat.
4. Teknik dialog : Dialog antara Sultan Muzaffar Syah dengan Seri Nara
Diraja.

Latar
Latar Masyarakat
Masyarakat/ Golongan Istana yang terdiri daripada pemerintah, negeri
hulubalang
Masyarakat yang mengamalkan ilmu pengetahuan
Masyarakat yang baik hati
Masyarakat yang berpecah belah

Latar Masa

Zaman pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka


Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka

Latar Tempat
Melaka – pemerintahan Sultan Melaka
Siam – asal Paduka Babunnya
Muar – askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar
selepas menyerang Melaka
Kelang – asal Tun Perak
Batu Pahat – Askar siam yang ingin menyerang Melaka

Gaya Bahasa

https://www.ipendidikan.my/prosa-burung-terbang-dipipiskan-lada.html 9/11
8/19/2021 Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis, Tema

1. Simile : dialog antara Sultan Muzaffar Syah dengan Seri Nara Diraja.
2. Repitisi : Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di
balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh
naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri
Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu.
3. Hiperbola : Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu;
seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman
itu.
4. Bahasa Melayu Klasik : terpermanai lagi, kemakanan matanya
5. Bahasa istana : baginda, titah, tuanku, mangkat
6. Bahasa Arab : keramat, ditalak

Nilai 
1. Bijaksana (Tun Perak bijaksana apabila mengikat puntung api pada
pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api pada waktu malam
hingga cahaya api itu menggambarkan askar Melaka yang ramai
sehingga menakutkan askar Siam)
2. Berani (Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai
jumlahnya hingga dua kali percubaan Siam menyerang Melaka
menemui kegagalan)
3. Baik hati (Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang
peperangan dengan sepasang persalinan)
4. Bersatu padu (Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk
menentang askar Siam.)
5. Keikhlasan (Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja
dengan ikhlas untuk menjadi bendahara supaya rakyat Melaka
bersatu padu dan kuat)

Pengajaran

https://www.ipendidikan.my/prosa-burung-terbang-dipipiskan-lada.html 10/11
8/19/2021 Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada : Sinopsis, Tema

1. Kita perlu bersatu padu dalam memastikan kedaulatan negara terjaga


2. Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan
tindakan yang betul
3. Kita seharusnya ikhlas dalam melakukan sesuatu perbuatan
4. Kita mestilah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan
masalah
5. Kita sewajarnya berani menghadapi ancaman musuh demi negara

Sekian sahaja perkongsian nota Prosa Burung Terbang Dipipiskan Lada :


Sinopsis, Tema, persoalan, nilai dan pengajaran untuk rujukan semua.

https://www.ipendidikan.my/prosa-burung-terbang-dipipiskan-lada.html 11/11

Anda mungkin juga menyukai