Anda di halaman 1dari 124

Pengisahan Sejarah Kelantan

[Siri 1]

Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibushana Warma Dewa hingga 1233

Seperti yang anda dapat baca pada tajuk posting ini, ianya adalah nama kepada pemula keturunan Raja-
Raja Kelantan semenjak 1100 Masihi. Kajian daripada USM telah menyatakan bahawa usia Melayu
Kelantan melebihi 60,000 tahun namun sumber sejarah Kelantan menyebut bahawa keturunan Raja-
Raja Kelantan bermula daripada Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibushana Warma Dewa.
Sebenarnya kajian mengenai Maharaja ini lebih terkait dengan kerajaan-kerajaan tua yang pernah wujud
di Indonesia. Namun begitu ia juga tidak lepas daripada salasilah Raja-Raja Kelantan.

Asal Usul

Hingga kini ramai pengkaji masih membuat kajian tentang asal usul beliau. Catatan mengenai Maharaja
ini terpahat di Prasasti Ligor yang juga dikenali sebagai Prasasti* Grahi seperti berikut:

...bahawa pada tahun saka 1105 (1183), atas perintah Kamraten An Maharadja Srimat Trailokya raja
Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik Jyestha, hari rabu, mahasenapati Gelanai yang
memerintah Grahi menyuruh mraten sri nano membuat arca Budha. Beratnya 1 bhra 2 tula dan nilai
emasnya 10 tamlin.

Tiada keputusan yang khusus mengenai asal beliau. Ada yang berpendapat sebagai keturunan Sailendra
dan ada mengatakan ianya berketurunan Khmer. Seperti yang diulas oleh pengkaji sejarah alternatif, Cik
Srikandi yang menyatakan gelaran akhir "Maulibushana Warma Dewa" seakan sama dengan gelaran
raja Dharmasraya yang terpahat pada prasasti Padang Roco seperti yang ditemui di Sumatera. Nama
raja yang terpahat di prasasti itu adalah Srimat Tribhunawaraja Mauli Warmadewa.

Waris

Siapa permaisuri Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibushana Warmadewa tidaklah diketahui namun,
dari salasilah keturunan Raja-Raja Kelantan, Maharaja ini mempunyai tiga orang putera iaitu:

Raja Surendra. Beliau juga digelar sebagai Raja Suran dan menjadi Maharaja Jawaka menggantikan
bapanya dan memerintah Jawaka dari 1233 hingga 1253.
Sang Sapurba, Raja Palembang
Ken Arok, Raja Singhasari juga leluhur keturunan Singhasari dan Majapahit di Pulau Jawa.

Jelasnya, Raja ini adalah adalah berbangsa Melayu dan mempunyai pertalian dengan Empayar Sriwijaya
yang mempunyai pengaruh sejauh Kemboja - Semenanjung - Sumatera. Begitulah sedikit kupasan
mengenai pemula salasilah Raja-Raja Kelantan.
*Prasasti = Batu Bersurat
Pemerintah Kelantan 1233 - 1602

Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat
penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah
Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di atas untuk melihat carta salasilah Raja-
Raja Kelantan.

Rujukan:
[Buku] Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Penting, terbitan Perbadanan Muzium
Negeri Kelantan.
http://halamansrikandi.blogspot.nl/2011/10/grahi-inscriptionkemboja.html
http://umilara.blogspot.nl/2011/02/prasasti-grahi.html
http://www.kidnesia.com/Kidnesia/Archive/Sejarah-Indonesia/Zaman-Pra-Kolonial/Tahun-600-
799/Sekitar-Tahun-600-Kerajaan-Malayu-Jambi-Dharmasraya
http://id.wikipedia.org/wiki/Srimat_Tribhuwanaraja_Mauli_Warmadewa

[Siri 2]

Raja Surendra (Maharaja Suran) Maharaja Jawaka 1233 - 1253

Pada Siri 1 telah disebut bahawa Raja Surendra ini adalah putera kepada Maharaja Srimat Trailokyaraja
Maulibushana Warmadewa dan mempunyai dua orang saudara iaitu Sang Sapurba dan Ken Arok.

Kisah Raja Suran agak kompleks untuk difahami kerana kisah mengenai raja ini penuh dikelilingi mitos
yang sukar untuk dijelaskan. Namanya mempunyai unsur Hindu malah kisahnya terkait dengan
benua Hindustan yang sinonim dengan India.

Hal ini telah menerbitkan pelbagai soalan dan ianya telah menjadi retorik dikalangan masyarakat India
dan Melayu tentang migrasi bangsa India ke Tanah Melayu. Tapi bukan isu ini yang kami mahu
sampaikan.

Dalam salasilah ini disebut Maharaja Suran sebagai Maharaja Jawaka. Ramai tertanya-tanya dimana
Jawaka itu?
Topik ini sebenarnya tidak dibincangkan secara terperinci pada peringkat umum malah ianya dilabel
sebagai satu topik dalam senarai KIV - Keep in View, hanya segelintir pengkaji yang memuat kisah
Jawaka ini di kebanyakkan media sosial. Entah bila ianya akan dikaji dengan bersungguh-sungguh.

Batu Bersurat Singapura

Jawaka

Lidah Melayu menyebut Jawa manakala lidah-lidah orang kulit putih menyebut ejaan tersebut juga
berbunyi Jawa namun diejanya sebagai Java dimana konsonan "V" disebut dengan pelbagai bunyi.
Namun ianya tetap merujuk kepada sebuah kawasan yang sama. Jawaka atau Javaka adalah nama lain
dalam bahasa India yang merujuk kepada Sriwijaya.

Pengisahan Sriwijaya pastinya menjadi amat panjang kerana hingga kini sejarahwan baik mereka dalam
arus perdana mahupun alternatif masih memperdebatkannya. Sejarahwan Indonesia, Malaysia, Thailand
dan Kemboja masing-masing memainkan peranan tersendiri dalam merungkai sejarah Sriwijaya ini.

Apa yang menarik, pengembara Arab juga telah mengenali Jawaka ini dan mereka mencatat kerajaan
ini dengan Zabaj seperti berikut:

Seorang sudagar Arab dari Siraf bernama Sulaiman telah mengembara ke India dan China. Catatannya
telah dibukukan pada pada 851 Masihi kemudian telah disunting oleh Abu Zaid Hasan dan diterbitkan
dalam tahun 916 Masihi dengan nama Akhbarus – Sin Wal - Hind. Dalam buku ini, Sulaiman telah
membicarakan tentang Yavadvipa atau Yava (Jawa) yang beliau nyatakan sebagai Zabag atau Zabaj. Ia
memberikan gambaran yang menarik tentang negara Zabag yang dapat dirumuskan seperti berikut:
Kota Zabag mengadap secara langsung ke arah China. Jarak antara dua negara ini dapat digambarkan
sebulan pelayaran dengan cuaca yang baik.

Raja Kota ini terkenal dengan gelaran Maharaja. Negaranya adalah seluas 900 farsakh (5,625 kilometer
persegi). Disamping itu, ia memerintah pula pulau-pulau yang banyak seluas 1,000 farsakh malah lebih
lagi. Diantara negara-negara di bawah penguasaannya adalah Pulau Sribuza (Srivijaya) yang luasnya
merangkumi 400 farsakh (meliputi sumatera selatan) dan pulau yang digelar Rami (Ramni atau Lumuri
iaitu Sumatera Utara), lingkungannya seluas 800 farsakh. Juga sebahagiannya dari kepunyaan Maharaja
iaitu negara kelautan iaitu Kalah (Segenting Kra) yang terletak di tengah jalan antara China dan
Arabia….. ke pelabuhan (Kalah) ini kapal-kapal dari Oman datang dan dari pelabuhan ini kapal-kapal
dari Oman itu pulang.

Pulau dimana baginda bersemayam adalah amat subur dan didami manusia turun termurun. Dikatakan
bila ayam-ayam negeri ini berkokok ketika matahari naik, sebagaimana suasana di Tanah Arab, kokok
itu dijawab oleh satu sama lain sepanjang 100 farsakh, malah lebih lagi kerana kampung-kampung ini
bersambung-sambung tidak berputusan. Ini bermakna negara ini dihuni oleh ramai rakyat.

Kemudian Sulaiman menyifatkan adat Maharaja yang mengkagumkan. Setiap pagi, Bendahari akan
menyembahkan kepada Raja seketul emas berbentuk empat persegi seperti batu bata. Kemudian
baginda campakan ke dalam suatu danau berhampiran dengan istana. Dalam sepanjang hidup
Maharaja, tiada seorang pun yang boleh menyentuh ketulan-ketulan emas itu. Apabila mangkat,
penggantinya telah mengeluarkan ketulan-ketulan emas ini dari danau. Setelah dikira dan ditimbang,
emas tersebut telah dibahagi-bahagikan antara anggota-anggota keluaraga DiRaja, panglima-panglima,
hamba-hamba dan orang-orang miskin. Bilangan ketulan emas ini dan jumlah berat keseluruhannya
dicatat dalam catatan rasmi dan ketinggian martabat seseorang Raja berdasarkan jumlah emas yang
mereka tinggalkan.

Diantara Khmer (Khemra atau Chen-la menurut sebutan China) dan Zabag adalah sejauh 10 – 20 hari
belayar menerusi laut bergantung kepada keadaan cuaca.

Kemudian Saudagar Sulaiman menceritakan tentang satu peristiwa yang menyebabkan serangan
Maharaja ke atas Khemra. Ringkasnya, Maharaja menyerang Khemra yang ketika itu dalam taklukan
Yavadvipa kerana Raja Khemra menyatakan satu kenyataan celupar dengan menitahkan kepada Perdan
Menteri Khemra bahawa baginda mahu melihat kepala Maharaja diletakan dalam ceper dihadapan
beliau. Keceluparan ini telah sampai ke pengetahuan Maharaja dan baginda terus mempersiapkan
angkatan laut dan menyerang Khemra. Setelah berjaya menawan Khemra, baginda telah memancung
kepala Raja Khemra itu dan dibawa pulang ke Yavadvipa – diawet dan dikemaskan…kepala itu dihantar
semula ke Khemra sebagai peringatan kepada Raja-Raja Khemra seterusnya supaya tidak menderhaka
kepada Yavadvipa. Dalam serangan itu juga, angkatan Yavadvipa tidak mengambil satu pun harta milik
rakyat Khemra. Serangan Yavadvipa itu sebagai satu tindak balas dalam menghukum ekoran niat
memberontak Khemra.

Apabila perkara ini dikhabarkan kepada pemerintah China dan India, mereka semakin kagum dengan
pentadbiran Yavadvipa ketika itu.

Setelah diteliti kenyataan ini, dapat dirumuskan bahawa kejadian ini bukan berlaku dalam abad ke-9,
tetapi ia berlaku ketika abad ke-8 ketika Champa berada di bawah taklukan Yavadvipa.

Pernyataan di atas hanyalah untuk menjelaskan tentang Jawaka yang mana telah diwarisi oleh Maharaja
Suran. Semasa beliau menaiki takhta Jawaka ia sudah mengecil dan menghadapi masalah dalaman.
Waris

Dalam carta keturuan Raja-Raja Kelantan seperti pautan di bawah, Maharaja Suran memerintah dari
1233 hingga 1253 dan tempat beliau telah digantikan oleh pewarisnya iaitu Raja Sakranta. Carta tersebut
juga menyebut Raja Sakranta juga Maharaja Jawaka.

Wallahualam bissawab

Pemerintah Kelantan 1233-1602

Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat
penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah
Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di atas untuk melihat carta salasilah Raja-
Raja Kelantan.

Rujukan
Sulalatus Salatin
http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_bersurat_Singapura
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Kelantan
http://en.wikipedia.org/wiki/Zabag_kingdom
http://sejarahkelantan.wordpress.com/2012/10/18/kelantan-purba-23-rujukan-tentang-kewujudan-
yawadwipa/
http://www.zonasiswa.com/2014/05/sejarah-kerajaan-sriwijaya.html

[Siri 3]

Raja Sakranta 1253 – 1267

Pendahuluan

Pengisahan ini sebenarnya dibuat berdasarkan carta salasilah seperti pada pautan ini. Carta tersebut
sebenarnya dihasilkan pada tahun 80an oleh Allahyarham Ustaz Abdullah Mohamed (Nakula) sempena
ulang tahun KDYMM Sultan Ismail, Sultan Kelantan pada waktu itu. Bagaimanapun, sejak kebelakangan
ini, kajian mengenai salasilah atau disebut juga sebagai genealogy boleh dilakukan secara atas talian
(online) dengan merujuk kepada laman web Royalark.net yang memuatkan hampir keseluruhan
salasilah keturunan Raja-Raja di seluruh dunia.

Salasilah Raja-Raja Kelantan juga terkandung dalam laman web tersebut. Jesteru, artikel pengisahan
sejarah kelantan juga merujuk kepada laman itu. Dari selidikan kami, penyumbang bahan untuk laman
web yang di bawah hak cipta Christopher Buyers itu tediri daripada kalangan ahli kerabat Raja-Raja yang
berkaitan.

Untuk Sejarah Kelantan, terdapat dua nama yang diberi penghormatan oleh Royal Ark iaitu Encik Ismadi
ibni Ismail & Kartina Paris. Pasti mereka orang yang penting kepada laman tersebut hingga di beri
penghormatan dalam laman itu.

Perbezaan
Dalam laman genealogy Royal Ark juga dinyatakan mereka juga merujuk kepada carta yang dihasilkan
oleh NAKULA namun terdapat perbezaan antara dua versi ini dalam menyatakan siapa itu Raja
Sakranta yang memerintah dari 1253 - 1267.

Di dalam Salasilah Raja-Raja Kelantan disebut bahawa Raja Sakranta adalah anak kepada Raja
Surendra yang juga Maharaja Jawaka. Manakala dalam Royal Ark mereka menyebut Raja Sakranta
sebagai anak kepada Raja Thilam, sebaliknya dalam salasilah Raja-Raja Kelantan, Raja Thilam adalah
pengganti kepada Raja Sakranta.

Kami juga tidak boleh putuskan siapa yang betul, anda boleh bandingkan sendiri mengikut pautan-pautan
yang diberikan.

Kisah Sakranta

Lakaran : Sultan Malikul Salleh

Dapatan maklumat mengenai Raja Sakranta ini agak sukar memandangkan kisah beliau jarang
diketengahkan kepada umum, atau kami yang tidak ditemukan dengan maklumat beliau, apa pun itulah
sifat manusia yang lemah, begitu juga dengan penulis.

Nama lain Raja Saktranta adalah Raja Zainudin juga disebut sebagai pemerintah Langkasuka. Raja
Zainuddin adalah nama selepas beliau memeluk Islam yang disaksikan oleh seorang ulama dari Pasai
yang dikenali sebagai Tok Loghe.

Tindakan drastik telah dilakukan oleh Raja Zainudin dimana beliau telah turun dari takhta dan
menyerahkan kerajaan kepada puteranya iaitu Sang Tawal pada 1267 dengan alasan beliau ingin
menjadi rakyat biasa dan berdakwah sekitar Nusatara.

Sumber menyatakan bahawa Raja Zainuddin giat berdakwah dan telah dilantik menjadi penasihat
Kerajaan Pasai oleh Sultan Malikul Salleh yang juga dikenali sebagai Merah Silu selama 20 tahun
sehingga 1297.

Kesimpulan

Apa yang boleh dilihat daripada kisah Raja Sakranta atau Raja Zainudin ini adalah, Kelantan pada zaman
silam juga dikenali sebagai satu dari wilayah Langkasuka yang terkenal dalam Hikayat Merong
Mahawangsa yang sinonim dengan Sejarah Kedah. Atas sebab itulah Kedah dan Kelantan serta negeri-
negeri Melayu yang lain saling mempunyai kaitan kerana mereka berkongsi latar sejarah yang sama.

Selain itu, terdapat juga hubungan antara Langkasuka dan Pasai yang akrab dan ia sama-sama menjadi
asas hubungan diplomatik setelah Raja Zainuddin dilantik sebagai penasihat Sultan Pasai ketika itu,

Justeru, memang tidak dapat dinafikan migrasi kebudayaan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan
Sumatera (Indonesia) itu memang berlaku dan kita berkongsi sejarah dan kebudayaan yang sama.
Kesan-kesan sejarah ini masih dapat dilihat sehingga kepada hari ini seperti pada Kain Batik Jawa,
Wayang Kulit dan Persenjataan.

Seterusnya, kami akan kisahkan pula akan seorang Raja yang sangat berpengaruh kepada Sejarah
Raja-Raja Kelantan iaitu Sang Tawal yang melahirkan zuriat yang menjadi lagenda dalam masayarakat
Kelantan iaitu Che Siti Wan Kembang.

Lakaran : Che Siti Wan Kembang

Royal Ark
Salasilah Raja-Raja Kelantan
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/01/kesultanan-kelantan-purba.html
http://xtractor.blogspot.nl/2007/11/samudera-pasai-kerajaan-islam-pertama.html

[Siri 4]

Raja Sang Tawal 1267 - 1335


Kerajaan Kekuasaan Raja Sang Tawal 1267-1335

Pendahuluan

Sang Tawal adalah satu nama besar dalam sejarah Negeri Kelantan kerana beliau telah menurunkan
zuriat juga merupakan salah seorang Srikandi Melayu serta digeruni iaitu Arduja Wijayamala
Singha yang kemudiannya dikenali sebagai Che Siti Wan Kembang.

Artikel ini hanya ditumpukan kepada Sang Tawal sahaja memandangkan kisah puteri beliau yang lebih
mendapat perhatian. Anda boleh membaca kisah mengenai puteri ini seperti dalam pautan ini. Pada [Siri
3] yang lepas, disebutkan Raja Sakranta yang juga dikenali sebagai Raja Zainudin telah turun takhta dan
menyerahkan kerajaan negeri kepada perwarisnya iaitu Sang Tawal pada 1267 atas alasan untuk
menjadi rakyat biasa dan berdakwah.

Pada waktu itu, agama Islam kian berkembang dan mungkin Takhta Langkasuka pada waktu itu menolak
ajaran baru tersebut. Justeru untuk mengekalkan keamanan, Raja Zainudin telah mengambil keputusan
untuk meninggalkan takhtanya itu.

Siapa Sang Tawal?

Carta keturunan Raja-Raja Kelantan yang menjadi rujukan utama kami menyatakan Sang Tawal juga
dikenali sebagai Raja Thilam yang memerintah Malayur dimana ramai penyelidik indie merujuk kerajaan
beliau sebagai Langkasuka. Bagaimanapun di dalam Royal Ark.net menyatakan Raja Thilam
sebagai Datuk kepada Sang Tawal.

Memang mengelirukan. Namun, kami tetap berpegang kepada carta keturunan yang dihasilkan oleh
pengkaji sejarah Kelantan yang terdahulu. Allahyarham Ustaz Abdullah Mohamed menyatakan bahawa
Sang Tawal juga dikenali sebagai Raja Thilam dan anak kepada Raja Sakranta. Anda adalah disarankan
untuk menjalan perbadingan antara kedua sumber maklumat ini untuk mendapatkan lebih kepastian.

Langkasuka ketika di bawah Sang Tawal berpusat sekitar Ligor dan kekuasaannya menjangkau
sebahagian Perak hingga ke Terengganu, termasuk Kelantan. Pada 1295, Angkatan tentera Siam yang
diketuai Raja Ram Khamheang telah menyerang kedudukan Sang Tawal di Ligor menyebabkan beliau
memindahkan pusat kerajaan Langkasuka berundur ke arah Selatan yakni di Patani.

Peperangan antara Langkasuka yang disebut Grahi oleh pengkaji Indie dengan Siam adalah satu Epik
yang signifikan dalam Sejarah silam kerana ia menyaksikan buat pertama kali Srikandi Melayu yang juga
puteri kepada Sang Tawal iaitu Arduja Wijayamala Singha telah menubuhkan angkatan perang yang
terdiri daripada balu dan wanita yang dikenali sebagai Sriwijayamala telah turut serta dalam perang
tersebut dan berjaya memenggal kepala Raja Ram Khamheang hingga membuatkan Siam berdendam
kesumat dengan orang Melayu hingga kini. Kisah mengenai epik ini anda boleh ikuti disini... dan
sambungannya di sini.

Waris

Berdasarkan kepada carta Salasilah Raja-Raja Kelantan, Raja Sang Tawal mempunyai 6 orang putera
dan puteri seperti berikut:

Raja Bharubhasa / Sultan Mahmud


Raja Singhadhiraja / Sultan Sulaiman Shah (Raja Langkasuka)
Puteri Chandana kahwin dengan Raja Samudera
Puteri Tapasi (Raden Galuh Anjeng) Kahwin dengan Raja Champa
Dewi Durga / Arduja Wijayamala Singha / Che Siti Wan Kembang (Raja Kelantan Selatan 1318-1348)
Puteri Linang Cahaya kahwin dengan Sayyid Hussien Jamadil Qubra

Kisah Sang Tawal sebenarnya banyak terkait dalam pengisahan mengenai Che Siti Wan Kembang
sebelum memerintah Kelantan Selatan. Seperti yang diketahui, Sriwijaya adalah satu empayar yang
besar dan Langkasuka satu dari bahagian empayar tersebut. Setelah Sriwijaya runtuh, Langkasuka
meneruskan legasi Sriwijaya ini di Semenanjung dan Sang Tawal adalah raja yang mempertahakan
warisan ini hinggalah ia terpaksa berundur dari Ligor atas serbuan Siam yang tidak pernah mengenal
putus asa itu.

Siam sebenarnya telah mengalami evolusi dimana ia pernah dinaungi oleh Dinasti Ayuthia, Sukhothai
dan diganti oleh Dinasti Chakri dan sebelum itu pernah diduduki oleh kuasa besar lain sepeti Funan dan
Champa serta Thambralingga, namun semuanya tidak pernah diam untuk menakluki Semenenanjung
Tanah Melayu.

Sang Tawal adalah Raja yang dikenang terpaksa akur dengan kekuatan dari Utara yang menyerbu
wilayahnya, mungkin kerabat beliau dari Tanah Seberang tidak sempat menghulur bantuan ekoran
pergerseran dalaman kerajaan kepulauan pada masa itu. Itulah yang ditakdirkan.

Pada 1335, Raja Sang Tawal telah mangkat dan digantikan oleh puteranya iaitu Raja Bharubhasa
sebagai Raja Langkasuka yang telah menamakan negeri baru iaitu Chermin.

Kesimpulan
Kerajaan Langkasuka di bawah pimpinan Sang Tawal selama 68 tahun (1267-1335) menyaksikan
mereka tidak pernah sunyi diserang oleh musuh dari Utara (Siam) yang sedang meluaskan kuasa.
Serangan musuh dihadapi dengan penuh berani hingga terpaksa dibantu oleh angkatan perang yang
terdiri daripada Wanita yang dipimpin oleh puteri kesayangan beliau. Raja musuh berjaya dipenggal
kepalanya. Namun semenjak itu, dendam Siam kepada orang Melayu tidak pernah surut.

Dari kekalahan ini, Langkasuka telah runtuh dan penerusnya, Raja Bharubhasa telah menamakan
sebuah Kerajaan baru yang bernama Chermin, janggal ditelinga, tetapi itulah yang sentiasa dikhabarkan
turun temurun rakyat Kelantan.

Seterusnya, pengisahan Sejarah Raja-Raja Kelantan akan diteruskan dengan pengisahan Raja
Bharubhasa.

Rujukan:

http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/01/kesultanan-kelantan-purba.html
http://cactuswangi.blogspot.nl/2014/02/episod-2-adruja-wijayamala-singha-siapa.html
http://cactuswangi.blogspot.nl/2014/05/episod-3-adruja-wijayamala-singha.html
http://belogmystery.blogspot.nl/2013/11/puteri-melayu-yang-dilupakan-part-1.html
Salasilah Raja-Raja Kelantan

[Siri 5]

Raja Bharubhasa 1335 – 1362

Pendahuluan

Raja Bharubhasa seakan-akan nama Kapten Barbossa iaitu salah satu watak dalam filem The Pirates of
The Carribean yang banyak memaparkan kisah pelayaran ketika awal perluasaan kuasa imperialis barat
ke wilayah Carribean. Ia mungkin kisah rekaan, namun penceritaannya mestilah melalui sumber rujukan
yang dibuat oleh pengarah dan penulis skrip. Mungkin nama watak Kapten Barbossa ini kebetulan
dengan nama Raja Bharubhasa seorang Raja yang berpengaruh menguasai kawasan Segenting Kra
yang sinonim dikenali sebagai Langkasuka.

Berdasarkan kepada sumber sejarah yang berdasarkan kepada sumber genealogy disebut bahawa Raja
Bharubhasa telah dilantik sebagai Raja Chermin ketika zaman datuknya lagi iaitu Raja Sakranta. Beliau
telah dilantik sebagai Raja Langkasuka selepas bapanya, Sang Tawal mangkat pada tahun 1339.

Ketika pemerintahan Sang Tawal, kerajaan Langkasuka telah diserbu oleh Sukhothai dari Siam hingga
menyebabkan beliau memindahkan pusat pemerintahan hingga ke selatan yakni di Patani. Namun,
kekalahan itu telah ditebus oleh Raja Bharubahasa yang berjaya meluaskan kembali penguasaan
Langkasuka menguasai beberapa bahagian semenanjung seperti Perak dan Kedah, dan beberapa
bahagian Sumatera dan menguasai Champa.

1345, iaitu selepas 6 tahun kejayaan beliau meluaskan kuasa, Langkasuka dibawah pimpinannya telah
tewas kepada angkatan Sukhothai dan dipaksa tunduk kepada mereka dan membayar ufti. Beliau
akhirnya berundur hingga satu kawasan sekitar Bukit Panau dan hanya merajai Chermin sepertimana
sebelum beliau ditabalkan sebagai Raja Langkasuka. Di sinilah beliau disebut telah memeluk Islam dan
telah menukar nama kepada Sultan Mahmud Jiddah Riayath Sa'adat us-Salam dan menamakan ibu
kota Chermin sebagai Jiddah Riayath Sa'adat us-Salam yang juga membawa maksud sebagai permata.
1357, Gajah Mada dan angkatan perangnya dari Majapahit telah menyerbu kedudukan Sukhothai di
Temasik hingga berjaya mengudurkan tentera Siam itu jauh ke utara dan menghapuskan kekuasaan
Sukhothai di seluruh semenanjung. Serentak dengan itu seluruh negeri Melayu dalam semenanjung telah
tunduk kepada kekuasaan Majapahit, Raja Bharubahasa telah bergabung dengan angkatan Gajah Mada
dan mereka memimpin angkatan perang masing-masing untuk meluaskan kuasa Majapahit hingga ke
Kemboja.

Perkara ini telah membuatkan Maharaja Majapahit, Sri Maharaja Hayam Wuruk, membahagikan
empayar Majapahit kepada dua, iaitu:

Majapahit Timur; Meliputi kepulauan dan berpusat di Ibu Kota Majapahit, Jawa Timur
Majapahit Barat; Meliputi Sumatera, Semenanjung, Ayuthia, dan Kemboja dan berpusat di Kelantan.
bahagian ini telah dinamakan sebagai Chermin Jiddah.

Kronologi Ringkas

Dilantik menjadi Raja Chermin semasa zaman datuknya, Sang Sakranta memerintah Langkasuka Ketika
bapanya, Sang Tawal dilantik menjadi Raja Langkasuka pada 1267, Raja Bharubhasa memerintah di
negeri Chermin.

1335, Raja Bharubhasa ditabalkan sebagai Raja Langkasuka menggantikan bapanya, Sang Tawal.
1345, dipaksa tunduk kepada Sukhothai dan menjadi Raja Chermin semula.
1357 bergabung dengan Majapahit dan menubuhkan Majapahit Barat.
1362 beliau mangkat dan digantikan oleh Sultan Baki Shah.

Yang jelas di sini adalah jatuh bangun Raja Bharubhasa yang juga dikenali sebagai Sultan Mahmud serta
proses mengenal diri yang dilalui beliau perlu kita ambil iktibar, di mana sewaktu beliau masih
menggunakan nama pengenalan diri sebagai waris Empayar Sriwijaya, beliau mampu meluaskan kuasa
Langkasuka. Pencerobohan oleh Sukhothai membuatkan beliau menginsafi diri dan mula menerima
sinar Islam hingga menukar nama beliau dan menggunakan istilah Sultan menggantikan Raja untuk
memerintah,
Perubahan ini semestinya ada penyokong dan penasihat. Perkara ini juga tidak dapat ditolak
memandangkan Sayyid Hussien Jamadil Qubro merupakan iparnya.

Legasi Sang Tawal

Disebut dalam [Siri 4] bahawa Sang Tawal mempunyai 6 orang zuriat iaitu:

Raja Bharubahasa / Sultan Mahmud


Raja Singhadhiraja / Raja Sulaiman shah ibnu Abdullah
Puteri Chandana
Puteri Tapasi
Dewi Durga / Adruja Wijayamala Singha / Che Siti Wan Kembang
Puteri Linang Cahaya

Seperti yang kita sedia maklum, Sang Tawal memerintah Langkasuka dan ia menghadapi ancaman
utama daripada Sukhothai. Justeru itu, hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau amat
diperlukan dalam mengekang pencerobohan ini. Perkahwinan adalah salah satu method yang amat
penting dalam hubungan diplomatik pada zaman tersebut.

Puteri Chandana dan Puteri Tapasi contohnya, telah dikahwinkan dengan Raj-Raja serantau yang pada
waktu itu sudah memeluk Islam dan mempunyai struktur pentadbiran yang dominan dan mereka juga
menghadapi ancaman daripada Sukhothai ini. Puteri Chandana telah dikahwinkan dengan Raja
Samudera-Pasai iaitu Sultan Malik az-Zahir manakala Puteri Tapasi telah dikahwinkan dengan Raja
Champa iaitu Jaya Sinha Warman.

Kerajaan Samudera-Pasai pada waktu itu mempunyai hubungan yang erat dengan Kesultanan Islam di
India manakala Kerajaan Champa mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara seperti
Kemboja dan jaraknya yang dekat dengan China. Taktik ini membolehkan Langkasuka di bawah
pimpinannya menangkis pencerobohan musuh dari arah utara. Bagaimanapun, pada waktu itu, China,
Kemboja, Champa dan Samudera-Pasai menghadapi masalah dalaman hingga membuatkan
Langkasuka bersendirian menghadapi pencerobohan Sukhothai yang juga mempunyai hubungan
dengan perluasaan kuasa Empayar Mongul yang sinonim dengan Genghis Khan.

Raja Bharubhasa semenjak kecil telah ditabal menjadi Raja Chermin dari zaman datuknya iaitu Maharaja
Sakranta. Adruja Wijayamala Singha yang juga dikenali Dewi Durga telah dianugerahkan
wilayah Selatan Kelantan pada 1318 oleh Sang Tawal sebagai mengenang jasa beliau dalam menahan
pencerobohan Sukhothai. Raja Singhadhiraja pula telah ditabal sebagai Raja Singora pada 1345 oleh
Sukhothai, pada pengiraan kami sebagai langkah "pecah dan perintah" oleh Sukhothai.

Pada hemat kami juga, Raja Bharubhasa, Raja Singhadirjaya dan Adruja Wijayamala Singha masing-
masing menukar nama kepada nama yang lebih menjurus kepada Islam setelah Sukhothai ditewaskan
oleh Majapahit serentak dengan pengukuhana Empayar Chermin dan ianya mempunyai kaitan dengan
penghijrahan Alim Ulama dari Pasai ke Chermin semasa pemerintahan Sultan Mahmud dan
hubungannya dengan Empayar Majapahit yang semakin berkembang pada masa tersebut. Puteri
Bongsu Sang Tawal iaitu Puteri Linang Cahaya juga telah dikahwinkan oleh Raja Bharubhasa
dengan Sayyid Husien Jamadil Qubra seterusnya melahirkan waris yang dikenali sebagai Wali Songo.

Rujukan:
https://www.facebook.com/PPSK2014/posts/847432621934471?reply_comment_id=847459755265091
&total_comments=1
http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/sayyid-hussein-jamadil-kubra.html
http://rawzones.blogspot.nl/2014/04/yawakotti.html
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/02/empayar-chermin-kebangkitan-semula.html
Salasilah Raja-Raja Kelantan

[Siri 6]

Raja Mas Aria di Gunung / Sultan Baki Syah 1362-1418

Pendahuluan

Pada [Siri 5] telah kami kisahkan tentang Raja Bharubhasa. Membaca namanya terasa agak janggal
kerana ia seolah-olah bukan nama biasa orang Melayu tetapi lebih kepada nama gelaran orang-orang
Parsi. Bagaimanapun itu adalah nama beliau sebelum menukar nama kepada Sultan Mahmud yang
identik kepada Islam.

Dalam carta salasilah Raja-Raja Kelantan, beliau telah meninggalkan empat orang zuriat iaitu:

Raja Mas Aria di Gunung / Sultan Baki Shah. Raja Chermin 1362-1418
Sultan Muhammad Tahir, Raja Ligor
Sultan Ibrahim
Dewi Nareswari / Siti Zubaidah (Puteri Saadong II)

Raja Mas Aria di Gunung adalah pewaris kepada Kerajaan Chermin pengganti kepada beliau. Sultan
Muhammd Tahir pula telah diangkat menjadi Raja Ligor seterusnya menurunkan waris zuriat Kesultanan
Patani hingga 1651. Sultan Ibrahim telah ditabal menjadi Sultan Kedah dan merupakan lelulur
Kesultanan Kedah hingga pada hari ini. Puteri Tunggal beliau bernama Dewi Nareswari juga dikenali
sebagai Siti Zubaidah tetapi puteri ini lebih terkenal dengan gelaran Puteri Saadong yang kedua, beliau
telah dikahwinkan dengan Raja Champa.

Raja Mas Aria di Gunung

Sumber sejarah menyatakan beliau mempunyai beberapa gelaran antaranya Raden Mas Pamari, Raja
Tanjungpura, Sultan Baki Syah, Maharaja Kumara, Raja Kariksan, Raja Chermin. Pastinya ia menjadi
sulit untuk memastikan kisah sebenar tentang beliau. Namun, para pengkaji tidak pernah jemu untuk
memecahkan kebuntuan mengenai beliau.

Royal Ark.net menyatakan bahawa sebelum ditabalkan menjadi Sultan Mamud/Raja Bharubahasa,
nama beliau adalah Raja Mas Aria di Gunung juga digelar sebagai Raden Mas Pamari, beliau telah
dilantik sebagai Raja Tanjungpura. Setelah kemangkatan bapanya itu, beliau telah ditabalkan sebagai
Raja Chermin dengan gelaran Sultan Baki Syah pada 1362.

Pada masa pemerintahan beliau, Kelantan yang dikenali sebagai Chermin berada dalam keadaan aman
dengan perlindungan daripada Empayar Majapahit. Pemerintahan beliau juga mempunyai hubungan
yang rapat dengan Kerajaan Champa.
Dalam keadaan aman ini, Islam telah berkembang dengan pesat yang pada waktu itu giat digerakkan
oleh bapa saudaranya iaitu Sayyid Hussien Jamadil Qubra. Pada masa ini juga, Kerajaan Melaku baru
dibentuk oleh Parameswara pada tahun 1400*.

Perkembangan Islam

Peranan Sayyid Hussien ini amat besar kerana beliau adalah seorang yang berpengaruh setidak-
tidaknya hampir keseluruh Benua Asia memandangkan beliau adalah waris Kesultanan India dan telah
berasimilasi di Champa, Pasai dan Semenanjung.

Pengaruh Islam di Kelantan berkembang semenjak Sayyid Hussien berkahwin dengan adik kepada
Sultan Mahmud iaitu Puteri Linang Cahaya dan ini telah membuatkan beliau menjadikan Chermin
sebagai pusat perantaraan kegiatan dakwah beliau antara Champa dan juga Sumatera. Selain itu,
Kerajaan Majapahit juga berkompromi dalam perkembangan ini.

Sayyid Hussien disebut telah berkahwin dengan puteri dari Kesultanan Kelantan dan juga Kesultanan
Champa membuatkan beliau makin bertambah berpengaruh dalam Kesultanan Nusantara. Adalah juga
dipercayai ketika zaman Sultan Baki Syah ini, putera raja dalam Empayar Majapahit banyak dihantar ke
Kota Majapahit di Jawa untuk mendalami ilmu pengetahuan di sana serta menjadi peneman kepada
putera puteri Maharaja Majapahit.

Kemungkinan juga, raja-raja dalam Empayar Majapahit ini dilantik sebagai pembesar kerjaaan yang
memerlukan mereka berada sekitar Pulau Jawa. Peranan pemerintahan pula dijalankan oleh waris-waris
yang berkaliber seperti Sayyid Hussien ini hingga Sultan Baki Syah telah mengahwinkan Puteri
Selindung Bulan dengan bapa saudaranya itu.

Perkara-perkara sebegini mendorong kepada perkembangan Islam dan sedikit sebanyak ia juga menjadi
ikutan kepada kerajaan setempat seperti Melaka dan Kedah.

Zuriat

Sultan Baki Shah meninggalkan tiga orang zuriat iaitu:

Raja Sodik Muhammad / Sultan Sodik Maulana, Raja Kelantan 1418-1429


Puteri Selindung Bulan
Raja Kemas Jiwa / Sultan Iskandar Syah, Raja Kelantan 1429-1467
Genealogy Majapahit ... Lihat Ratu Suhita 1429-1477 sejarahnya tehenti di situ.. namun ia permulaan di
Kelantan

Kesimpulan

Semasa Sultan Baki Syah memerintah Chermin, keadaan pada masa itu sungguh aman tanpa ancaman
yang jelas daripada Siam kerana kekuasaan Majapahit pada masa itu. Apa yang jelas adalah peranan
Majapahit yang superior di Rantau Asia Tenggara telah menyumbang perkembangan Islam yang jelas
di rantau ini. Ia sering dikunjungi oleh para pedagang dari Timur dan Barat. Islam juga berkembang luas
hingga ke China pada waktu itu.

Namun, pada waktu ini juga, Majapahit mula mengalami perubahan politik kerana perbutan kuasa
dikalangan kerabat kerajaan tersebut, hingga mencetuskan bibit perprcahan Empayar yang gah ini.

*Saat ini terdapat dapatan baru bahawa Melaka telah wujud seawal tahun 1200 lagi. Artikel ini ditulis
berdasarkan kepada dapatan yang telah diperakui mengenai tahun penubuhan Melaka.

Rujukan :
http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm
http://kebunketereh.com/?p=455
suzukitk.com
Salasilah Raja-Raja Kelantan
[Siri 7]

Raja Sodik Muhammad 1418-1429

Pemandangan dari Sungai Nenggiri, Gua Musang

Pendahuluan

Raja Sodik Muhammad merupakan perwaris takhta Kerajaan Chermin yang dinaungi oleh Majapahit.
Beliau mempunyai dua orang saudara iaitu, Puteri Selindung Bulan dan Raja Kemas Jiwa. Unsur
Kerajaan Majapahit agak ketara pada waktu ini. Selain penggunaan istilah yang berbaur Islam yang
makin kuat dapat dilihat pada pemakaian nama-nama Raja.

Contohnya, Raja Sodik Muhammad itu sendiri mempunyai beberapa gelaran seperti Sultan Sodik
Maulana dan Sultan Sodik Maulino. Antara dua gelaran ini satu darinya ada unusr Jawa dan satu unsur
Islam.

Kisah Raja Sodik

Bedasarkan sumber sejarah yang dicatat dalam Royal Ark.net menyatakan bahawa Raja Sodik ini
menaiki takhta menggantikan bapanya Sultan Baki Syah yang mangkat pada 1418 dan dimasyhurkan
dengan gelaran Paduka Sri Sultan Sadik Muhammad Syah ibni al Marhum Sultan Baki Syah. Beliau juga
dikenali sebagai Maulana Ninggiri.

Sewaktu beliau memimpin Kerajaan Chermin, beliau telah memindahkan ibu negeri Chermin jauh ke
pedalaman iaitu di Ninggiri, dalam peta pada masa sekarang ia berada dalam daerah Gua Musang dan
agak sukar untuk diakses dengan kemudahan awam.

Sumber sejarah menyatakan bahawa perpindahan ini ekoran keadaan sekitar Bukit Panau yang sering
dilanda banjir serta memusnahkan kawasan istana telah menyebabkan beliau memindahkan ibu kota
Chermin. Perkara ini sebenarnya tidak menghairankan kerana Paduka Che Siti Wan Kembang juga
pernah mendirikan pusat pemerintahan di Chintawangsa sebuah penempatan di pedalaman.

Belaiu telah direkodkan mangkat di Ninggiri pada 1429, yakni selepas 11 tahun menaiki takhta Chermin.
Kemudian, takhta ini telah diganti oleh adiknya yang bongsu iaitu Raja Kemas Jiwa.

Alim
Dicatat dalam sejarah bahawa beliau dikenali dengan nama Maulana Ninggiri. Ini menunjukkan bahawa
beliau adalah seorang yang alim dan warak serta mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan dengan
Islam. Saudara mara beliau juga terutama Sayyid Hussien adalah individu yang tersohor sebagai orang
yang kuat pegangan agamanya.

Perpindahan ke Ninggiri merupakan satu langkah untuk beliau mengasingkan diri dari kesibukan dunia
dan selesa ditemani dengan pemandangan menghijau belantara seterusnya dapat membuatkan beliau
lebih khusyuk untuk beribadat tanpa gangguan langsung daripada masalah pentadbiran. Ini berikutan
ketika itu Siam mulai bangkit semula dan Majapahit juga diambang perpecahan.

Sungai di Nenggiri, Gua Musang

[Siri 8]

Raja Kemas Jiwa 1429-1467

Pendahuluan

Pada abad ke 14, seperti yang kita maklum bahawa wujud kuasa baru di rantau Nusantara iaitu Kerajaan
Melaka. Kajian pada peringkat perdana hanya memberi tumpuan kepada perkembangan Melaka dan
hubungan serantau dan telah mengetepikan beberapa negeri lain yang sekadar merujuk kepada
Empayar Majapahit.

Justeru, pada masa kini telah berlaku pertembungan maklumat tentang perhubungan antara Majapahit
dan Melaka kerana ramai menyangka Majapahit itu sekadar satu kerajaan lama di Pulau Jawa, Indonesia
dan langsung tidak terlintas difikiran bahawa kekuasaan Majapahit itu meliputi utara dan timur
semenanjung, dan ia juga menjadi tempat yang penting dalam hubungan antara dua kerajaan lama ini.
Paling mengelirukan tentang tempat perguruan Hang Tuah.

Pada [Siri 7] telah kami nyatakan bahawa Raja Kemas Jiwa adalah pengganti kepada abangnya Raja
Sodik Muhammad yang mangkat di Ninggiri pada 1429. Mereka berdua adalah anak kepada Sultan Baki
Shah, Sultan Chermin.
Raja Kemas Jiwa

Ini adalah nama beliau sebelum ditabal sebagai menjadi Raja Chermin. Setelah dimasyhurkan sebagai
Sultan beliau menukar nama kepada Paduka Sri Sultan Iskandar Shah ibni alMarhum Sultan Baki
Syah, Raja Kelantan-Majapahit. Menurut Royal Ark.net beliau telah berkahwin dengan seorang Puteri
dari Kerajaan Majapahit pada 1427, yakni dua sebelum ditabal sebagai Raja Chermin. Setelah dilantik
sebagai Raja Chermin, beliau telah memindahkan ibu negeri Chermin daripada Nenggiri ke Kota
Mahligai, Patani dan menamakan kerajaan beliau sebagai Majapahit II.

Persoalannya, kenapa beliau begitu menyayangi Majapahit hingga menukar nama negeri kepada
Empayar tersebut?

Ratu Suhita

Hubungan Chermin (Kelantan) bermula semenjak pemerintahan Raja Bharubhasa manakala pada waktu
itu, Maharaja Hayam Wuruk yang menjadi Raja Empayar Majapahit. Era Emas Majapahit memang
dimulakan oleh Hayam Wuruk ini, namun selepas peninggalan beliau, Majapahit mulai menguncup.

Selepas beliau mangkat, Majapahit telah dirajai oleh menantunya iaitu Wikramawardhana seterusnya
kerajaan Majapahit dirajai oleh puteri beliau iaitu Suhita, dia kemudiannya digelar sebagai Ratu
Majapahit 1426-1447.

Ratu Suhita inilah yang mengahwini Bhre Parameswara Sang Aji Jaya Ningrat yang juga dikenali
sebagai Raja Kemas Jiwa! Pada masa ini Raja Kemas Jiwa telah dilantik sebagai Bentara Majapahit.
Sebenarnya, kisah Ratu Suhita ini amat diselubungi misteri kerana sumber pengisahan sejarah Majapahit
seperti Pararaton dan Perang Parareg tidak menyatakan dengan tepat mengenai Suhita ini. Kedua
sumber penting itu sebenarnya ditulis ketika Majapahit dalam pergolakkan dalaman ekoran perebutan
takhta semenjak kemangkatan Hayam Wuruk.

Semasa Ratu Suhita menaiki takhta Kerajaan Majapahit, beliau dianggarkan berumur sekitar 20an dan
berkahwin pada umur tersebut. Beliau mewarisi sebuah empayar yang besar dengan Kerajaan Pusat
pada waktu itu menghadapi perebutan takhta. Raja Kemas Jiwa pula telah dipanggil pulang ke Chermin
(Kelantan) berikutan kemangkatan abangnya di Ninggiri pada 1429.

Dapat kita simpulkan kenapa Raja Kemas Jiwa menukar nama Kerajaan Chermin kepada Majapahit II.
Ini sebagai tanda kenangan beliau kepada Isterinya yang juga Maharaja Majapahit pada waktu tersebut.

Selain itu, Raja Kemas Jiwa juga memindahkan pusat pentadbiran ke Kota Mahligai, Patani sebagai
langkah pertahanan menghadapi ancaman daripada Siam yang bangkit semula selepas kemangkatan
Hayam Wuruk.

Patung Ratu Suhita


Serangan Siam

Pada 1429, Raja Kemas Jiwa pulang ke Chermin (Kelantan) dan dimasyhurkan dengan nama Paduka
Sri Sultan Iskandar Shah ibni alMarhum Sultan Baki Syah. Beliau telah melantik Sayyid Nurul Alam bin
Sayyid Hussien Jamadil Qubra yang juga dikenali sebagai Pateh Aria Gajah Mada sebagai Perdana
Menteri Majapahit II.

Sebenarnya ramai yang keliru antara Gajah Mada era Hayam Wuruk dengan Gajah Mada era Suhita ini.
Ia sebenarnya adalah dua individu yang berlainan kerana mereka hidup dia zaman yang berbeza. Sayyid
Ali Nurul Alam adalah putera kepada Sayyid Hussien Jamadil Qubra dengan Puteri Selindung Bulan.

Puteri Selindung Bulan pula adalah kakak kepada Raja Kemas Jiwa, jadi perlantikan Perdana Menteri ini
dilakukan dalam kalangan Keluarga DiRaja Chermin dan kerana masih dipengaruhi dengan
kegemilangan Gajah Mada, Raja Kemas Jiwa telah menggelarkan perdana menterinya itu sebagai Patih
Aria Gajah Mada. Satu kemungkinan juga, ini sebagai satu langkah untuk menggerunkan Siam kerana
mereka pernah tewas kepada Gajah Mada.

Sudah ketentuan Illahi, Majapahit II ini kembali ditakluk oleh Ayutthaya yang dikawal oleh Dinasti
Suphannaphun yang diperintah oleh Phra Chao Chang Phueak dan Sultan Iskandar Shah telah dipaksa
belayar ke Champa dan beliau mangkat di sana pada 1467.

Beliau mempunyai seorang putera iaitu Paduka Sri Sultan Mansur Syah dan beliau telah ditabalkan
sebagai Raja Kelantan-Majapahit.

Rujukan:
http://id.wikipedia.org/wiki/Suhita
http://jejaknusantara.com/suhita
http://susorgalor.blogspot.nl/2012/08/majapahit-titik-jawa-dan-kelantan-darul.html
Salasilah Raja-Raja Kelantan
Royal Ark.net

[Siri 9]

Sultan Mansur Shah 1467-1521

Pendahuluan

Pengisahan [Siri 8] telah kami kisahkan mengenai Raja Kemas Jiwa yang telah menukar nama Chermin
kepada Majapahit II. Umum jarang mengetahui perkara ini, apa yang kami sampaikan juga berdasarkan
kepada sumber sejarah tempatan yang tidak mendapat tempat pada peringkat perdana. Kami kisahkan
demi mencerahkan sejarah negeri untuk kita sama-sama kita cerna. Seterusnya membuka jalan keluar
kepada kita untuk mencintai Negeri Kelantan ini.

Maklumat berkenaan Raja Kemas Jiwa sebenarnya dibangkang oleh kebanyakkan pengkaji sejarah
malah ada yang mendakwa maklumat tersebut sebagai menokok tambah. Bagaimanapun, sesuatu yang
kita tidak ketahui atau tidak jelas sumbernya memang akan dipandang sepi, tambahan sejarah juga
ditulis oleh pihak yang menang.
Setelah Majapahit II dikuasai oleh Ayuthya, Raja Kemas jiwa yang juga dimasyhurkan dengan gelaran
Sultan Iskandar Shah terpaksa menyelamatkan diri ke Champa dan mangkat disana. Puteranya, Raja
Mansur telah ditabalkan menjadi Raja Kelantan-Majapahit.

Illustrasi: Sultan Mahmud Syah 1488-1511

Raja Mansur

Semasa serangan Siam ke atas Majapahit II (Kelantan), Kesultanan Melaka makin kuat, dan mereka
telah menguasai Majapahit. Ancaman utama mereka pada waktu itu adalah Kerajaan Ayuthia yang
dirujuk sebagai Siam.

Royal Ark.net tidak menyatakan dengan tepat tarikh pertabalan Raja Mansur ini, tetapi ramai yang
mengandaikan setelah kemangkatan Sultan Iskandar pada 1467, Raja Mansur telah dilantik menjadi
Raja Kelantan-Majapahit dan dimasyhurkan dengan gelaran Sultan Mansur Syah pada 1467. Kekuasaan
Siam pada waktu ini juga memuncak, mereka tidak jemu menyerang kedudukan Melaka di
Semenanjung.

Dalam Sulalatus Salatin ada menyebut tentang Kelantan ini. Disebut bahawa negeri ini dahulunya sangat
besar dan makmur hingga menarik perhatian Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka pada waktu itu untuk
menakluk negeri ini.

Hal ini benar-benar berlaku, dimana Kelantan pada waktu itu diperintah oleh Sultan Mansur Syah. Pada
1499, Tun Mutahir yang bergelar Seri Maharaja telah mengetuai angkatan bersenjata Melaka ke
Kelantan untuk melancarkan ekspedisi tersebut.

Berbagai kisah dinyatakan, tapi yang paling popular adalah Sultan Mansur Shah telah akur dengan
Melaka tanpa pertumpahan darah, dan sebagai keakuran tersebut, beliau telah diberi hak memerintah
Kelantan dan gelaran Sultan masih dikekalkan.

Angkatan Melaka telah menawan putera puteri Sultan Mansur sebagai jaminan Kelantan tidak akan
bangkit menentang Melaka, antara yang ditawan adalah:
Raja Gombak
Puteri Onang Kening
Puteri Cau pa
Puteri Cau Pauk (Chubak)

Dalam perjalanan pulang ke Melaka, Raja Gombak berjaya melepaskan diri dan kembali ke Kelantan,
hanya puteri Onang Kening, Puteri Chu Pa dan Puteri Chubak telah berjaya di tawan. Mereka telah
dihadapkan kepada Sultan Mahmud. Melihatkan keanggunan dan kecantikan Puteri Onang Kening,
Sultan Mahmud telah memperisterikan puteri tersebut.

Peristiwa perkahwinan antara Puteri Onang Kening dan Sultan Mahmud ini berlangsung pada 1500 iaitu
11 tahun sebelum Melaka tewas kepada Portugis. Dari perkahwinan ini mereka telah dikurniakan 3 orang
zuriat iaitu Raja Mah, Raja Muzzafar & Raja Dewi. Raja Muzzafar inilah yang menurunkan keturunan
Sultan Perak hingga ke hari ini.

Kesimpulan

Semasa Sultan Mansur Shah memerintah Kelantan-Majapahit, negeri ini dalam keadaan kurang stabil
kerana menghadapi ancaman daripada Utara dan Selatan iaitu daripada Siam dan juga dari Melaka.
Sedangkan Majapahit pada waktu itu sudah lemah malah telah diatasi oleh Melaka.

Rakyat Kelantan pada waktu itu rata-rata sudah memeluk agama Islam, begitu juga Melaka. Kesultanan
mereka adalah Kesultanan Islam dan amat berlainan dengan Kerajaan Ayuthya yang beragama Budha.
Justeru, adalah lebih penting bernaung kepada kuasa Islam setidak-tidak akidah rakyat dan negeri masih
terpelihara daripada dijarah bangsa kafir.

Justeru, tidak menghairankan jika Kelantan akur kepada Melaka. Faktor utama adalah Kelantan pada
waktu tidak stabil dari segi ekonomi dan politik dan menjadi satu keberkatan bernaung di bawah Melaka
walaupun Sultan Mahmud dikenali sebagai yang agressif dan ambitious dalam pemerintahannya.

Takdir Allah s.w.t. tiada siapa yang tahu namun, dari kisah Sultan Mansur akur ke Melaka dan puterinya
ditawan menjadi satu keberkatan, kerana melalui perkahwinan antara Sultan Mahmud dengan Puteri
Onang Kening telah membenihkan Kesultanan Perak hingga kini.

Kesultanan Kelantan telah diteruskan oleh puteranya iaitu Raja Gombak.

Rujukan:
http://sejarahkelantan.wordpress.com/2012/09/22/siri-dedah-majapahit-ii-1/
https://dusunraja.wordpress.com/2013/02/17/hang-tuah-tokoh-epik-nasional/
Hubungan Kelantan-Melaka 1499
Salasilah Raja-Raja Kelantan
Royal Ark.net

[Siri 10]

Raja Gombak 1521-1527


Peta : Patani Besar

Pendahuluan

Berdasarkan kepada buku Wali Songo dan Perkembangan Islam di Nusantara yang ditulis oleh Ustaz
Abdul Halim Bashah menyatakan bahawa Majapahit II telah lenyap apabila Sultan Mansur Shah telah
menyerahkan kuasanya kepada Phya Tu Intira juga dikenali sebagai Sultan Muhammad Shah dari
Patani. Semenjak dari itu Kelantan diperintah oleh Raja bersama dengan Datu yang menjadi wakil Sultan
Patani dengan itu bermulalah satu era pemerintahan di Utara Semenanjung dikenali sebagai Patani
Besar.

Penyerahan kuasa ini dibuat setelah Kerajaan Melaka runtuh pada 1511 akibat daripada serangan
Portugis yang memaksa Sultan Mahmud berundur ke Siak.

Jajahan takluk Melaka telah terbubar dan mula membentuk Kerajaan baru. Saat ini juga wujud satu
usaha di utara semenanjung untuk menghidupkan semula kegemilangan Langkasuka, ia dikenali
sebagai Patani Besar, Kelantan juga termasuk dalam persekutuan ini.

Kerajaan Patani inilah yang menjadi kuasa baru untuk menghalang kemaraan Siam untuk menakluk
Semenanjung Tanah Melayu. Perjuangan mereka tidak pernah berhenti hingga kini. Ia cuma dalam
keadaan "dingin" setelah termetrai Perjanjian Anglo Siamese antara Siam dan British pada 1909.

Raja Gombak

Seperti yang kita sedia maklum, Raja Gombak adalah putera sulung kepada Sultan Mansur Shah, beliau
masih mempunyai 4 orang adik beradik iaitu:

Raja Muhammad (Raja Terengganu)


Puteri Onang Kening (Kahwin dengan Sultan Mahmud, Sultan Melaka)
Puteri Chubak (Isteri kedua Hang Nadim)
Puteri Chupa (Kahwin dengan Putera Melaka pada 1500)
Pemerintahan Raja Gombak di Kelantan sekadar berusia 6 tahun sahaja, kerana selepas itu beliau telah
mangkat. Beliau mempunyai seorang putera iaitu Raja Mansur. Sumber menyatakan bahawa Raja
Mansur ini telah berkahwin dengan Raja Sri Dewi ibni alMarhum Sultan Mahmud Syah iaitu sepupu
beliau kerana puteri ini adalah puteri bongsu kepada Sultan Mahmud yang berkahwin dengan adik Raja
Gombak yakni Puteri Onang Kening.

Perkahwinan Raja Mansur dengan Raja Sri Dewi ini telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu:

Paduka Sri Sultan Ahmad Shah ibni Raja Mansur


Raja Ja'afar Ibni Raja Mansur

Diperkirakan bahawa Raja Mansur dan Raja Sri Dewi ini tinggal di Siak yang kini berada di Sumatera,
Indonesia. Sementelahan Kelantan pula diperintah secara bersama dengan Datu yang menjadi wakil
kepada Sultan Patani. Kerana itu, Raja Gombak telah mengambil seorang cucu beliau iaitu Raja Ahmad
sebagai Putera Angkat beliau untuk menjadi perwaris Kesultanan Kelantan.

Raja Gombak telah mangkat pada 1527 dan telah diganti oleh cucu beliau iaitu Raja Ahmad sebagai
Raja Kelantan dengan dimasyhurkan sebagai Sultan Ahmad ibni Raja Mansur.

Kesimpulan

Kelantan selepas kejatuhan Melaka telah berada dalam keadaan yang berpecah-pecah. Pada waktu ini
juga wujud sistem Kedatuan Patani yang memerintah secara bersama. Justeru, pemerintahan monarki
di Kelantan pada waktu itu tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menjalankan pemerintahan mereka.

Perwaris Sultan Gombak, Raja Mansur juga setia berada disamping Sultan Mahmud Shah berjuang
untuk memulihkan kekuasaan Melaka daripada penjajahan Portugis. Memang tercatat usaha daripada
Sultan Mahmud yang pada waktu itu menjadi Raja di Siak menyerang kedudukan Portugis di Melaka,
tetapi mereka tidak berjaya.

Kelantan seterusnya terus diperintah oleh Sultan Ahmad Shah.

Gambar Hiasan : Keris Melayu Kelantan


Rujukan:
http://sejarahkelantan.wordpress.com/2012/09/22/siri-dedah-majapahit-ii-1/
http://koleksikelantan.com/salsilah-raja-raja-kelantan-darulnaim/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pattani_Besar
Salasilah Raja-Raja Kelantan
Royal Ark

[Siri 11]

Sultan Ahmad Syah 1526-1547

Pendahuluan

Sewaktu alMarhum Sultan Gombak ditabalkan sebagai Raja Kelantan, kuasa memerintah negeri ini telah
diserahkan kepada Sultan Muhammad Shah (Patani) sekitar tahun 1520, untuk mewujudkan
Persekutuan Patani Besar bagi mengimbangi kekuasaan Siam-Belanda daripada menakluk seluruh
Semenanjung Tanah Melayu.

Raja Gombak pada waktu itu memerintah seacara bersama dengan Datu yang menjadi wakil kepada
Sultan Patani. Putera beliau, Raja Mansur dipercayai telah menetap di Siak, Sumatera bersama-sama
Sultan Mahmud Shah yang berundur dari Melaka pada 1511 dan kemudiannya telah ditabalkan menjadi
Sultan Siak selepas itu.

Raja Gombak, telah mengambil Raja Ahmad yakni salah seorang anak Raja Mansur yang berkahwin
dengan Puteri Bongsu Sultan Mahmud iaitu Raja Sri Dewi sebagai anak angkat dan dimasyhurkan
sebagai Raja Muda Kelantan.

Sultan

Sultan Gombak telah mangkat selepas enam tahun menjadi Raja Kelantan, beliau telah digantikan
oleh Raja Muda iaitu Raja Ahmad dan telah dimasyhurkan dengan gelaran Paduka Sri Sultan Ahmad
Shah ibni Raja Mansur pada 1526.

Pada waktu ini, Kelantan lebih dikenali sebagai Patani dan selepas itu, negeri ini lebih dirujuk sebagai
Patani. Kegemilangan Patani pada waktu itu hampir menyamai Kerajaan Langkasuka. Kerajaan Kelantan
tetap meneruskan survival dan menjalankan kelangsungan pemerintahan walaupun berkongsi kuasa
dengan Datu Patani.

Sultan Ahmad telah berkahwin dengan Che' Banum, anak perempuan Sri Nara Diraja yang juga sepupu
kepada kerabat Pahang iaitu Raja Husin. Beliau telah mangkat pada 1547 dan meninggalkan zuriat iaitu:

Paduka Sri Sultan Mansur


Paduka Che' Siti [Chik Wan Kembang]

Kekeliruan
Apa yang menarik di sini adalah munculnya seorang lagi Raja Perempuan Kelantan yang bergelar Che
Siti Wan Kembang. Ramai beranggapan ia orang yang sama. Namun daripada artikel ini dapat kita
jelaskan bahawa terdapat dua orang yang memakai gelaran CSWK ini.

Buat pertama kali gelaran ini dipakai oleh Adruja Wijayamala Singha puteri Raja Sakranta (Raja
Zainuddin) pada 1318 sewaktu beliau ditabal sebagai pemerintah Kelantan Selatan. Manakala gelaran
ini sekali lagi dipakai oleh Paduka Che' Siti Ibini Sultan Ahmad Syah pada 1585 sewaktu dilantik
sebagai Pemangku Raja**.

Justeru itu, semua permaisuri Raja Kelantan, memakai gelaran Raja Perempuan tidak seperti Kesultanan
Melayu lain yang memakai gelaran Sultanah untuk permaisuri mereka.

Kesimpulan

Sekiranya sahabat-sahabat sekalian perhatikan, dari Siri 1 - 10 artikel mengenai siri pengisahan Raja-
Raja Kelantan ini makin lama makin pendek. Ini disebabkan peranan Kelantan dalam ruangan sejarah
alam Melayu makin susut mengikut perkembangan sejarah alam Melayu serantau yang juga naik dan
runtuh kemudiannya. Kesultanan Kelantan terus melestarikan warisannya walaupun menghadapi
pelbagai ancaman.

Jurai keturunan yang kami kisahkan ini dinyatakan sebagai bersusur galur dari keturunan Penakluk Dunia
dari Macedonia iaitu Iskandar Zulkarnain yang berakhir pada 1602. Keturunan ini akhirnya diganti pula
dari keturunan Rasulullah s.a.w.

**Lagenda Che' Siti Wan Kembang.

Gambar Hiasan
Rujukan:
http://koleksikelantan.com/salsilah-raja-raja-kelantan-darulnaim/
Royal Ark.net
Salasilah Raja-Raja Kelantan

[Siri 12]

Sultan Mansur Shah 1547-1561

Pendahuluan

Nama Sultan Mansur telah muncul dua kali dalam salasilah Kesultanan Kelantan iaitu pada 1467-
1521 dan pada 1547-1561. Sebenarnya putera Sultan Gombak juga bernama Raja Mansur namun,
beliau tidak merwarisi takhta Kelantan dan ianya digantikan oleh anaknya Sultan Ahmad Shah.

Sultan Ahmad Shah pula mempunyai dua orang waris iaitu Sultan Mansur dan Paduka Che' Siti. Jelas
di sini, Sultan Mansur telah menggunakan nama datuknya yang juga mempunyai pertalian dengan
Kesultanan Melaka.

Pada waktu ini, Kesultanan Kelantan tidak mempunyai pengaruh yang besar diperingkat serantau.
Justeru terdapat usaha dilakukan oleh Raja-Raja Kelantan pada waktu tersebut untuk memulihkan
kekuasaan mereka. Seperti apa yang kita tahu, Kelantan pada waktu itu telah diperintah secara bersama
dengan pihak Patani.

Zuriat

Takhta Sultan Mansur Shah ini direkodkan telah diganti oleh pewaris beliau yang dikenali sebagai
Paduka Sri Sultan Ibrahim. Perjalanan pemerintahan Sultan Ibrahim agak unik untuk kita perhatikan
kerana dalam rekod sejarah beliau telah ditabalkan sebanyak dua kali untuk memerintah Kelantan.

Bagaimanapun, kisah Sultan Mansur ini begitu suram sekali, mungkin kisah kerajaan Patani pada waktu
itu lebih dominon berbanding dengan Kerajaan Kelantan yang hanya sebahagian daripada Persekutuan
Patani Besar. Bagaimanpun besar kisah Patani pada waktu itu, mereka tidak boleh meninggalkan kisah
Kelantan, kerana Kesultanan Patani sebenarnya adalah kesinambungan daripada keturunan Raja-Raja
Kelantan.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan dalam siri ini adalah, pertabalan Sultan Mansur dapat dilihat sebagai satu
kesinambungan untuk meneruskan legasi pemerintahan Kelantan daripada keturunan Sriwijaya. Justeru
itu, warisan ini masih dikekalkan pada era Sultan Mansur. Pada waktu ini sebenarnya, Kerajaan Patani
lebih menonjol kerana negeri tersebut makin berkembang maju. Ia juga telah menggantikan peranan
Melaka yang runtuh pada tahun 1511.
Hiasan : KDYMM alSultan Kelantan, Sultan Muhammad V

Gambar Hiasan : Santai cara KDYMM alSultan Kelantan

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Kelantan
Salasilah Raja-Raja Kelantan
Royal ark.net

[Siri 13]

Sultan Ibrahim 1561-1597

Pendahuluan

Pada siri ke 12 kami telah kisahkan berkenaan Sultan Mansur Shah. Kerajaan Kelantan pada waktu itu
dinyatakan tidak begitu menonjol ekoran pengaruh Patani yang lebih kuat pada masa itu. Pemerintahan
Sultan Mansur juga tidak dinyatakan dengan jelas, seolah pertabalan beliau hanyalah untuk meneruskan
legasi Dinasti Chermin sebagai pengasas Kesultanan Patani itu sendiri.

Setelah kemangkatan Sultan Mansur Shah pada 1561, Dinasti Chermin ini diteruskan oleh perwaris
beliau iaitu Sultan Ibrahim. Pemerintahan Sultan Ibrahim ini penuh liku, dimana beliau telah ditabalkan
sebanyak dua kali sebagai Sultan Kelantan.

Pemerintahan

Jangkamasa 1500-1600 adalah masa yang penting dalam Kerajaan Melayu di Nusantara. Semua
Kerajaan Melayu pada waktu itu menghadapi ancaman daripada imperialis barat yang diketuai
oleh Belanda-Portugal-Sepanyol serta menghadapi ancaman sedia ada iaitu pencerobohan daripada
Siam.

Kemungkinan besar pada waktu itu kerajaan-kerajaan ini cuba bergabung dan membentuk satu
persekutuan yang kukuh, contohnya Kerajaan Patani Besar mereka menjadi benteng pertahanan untuk
mengekang ancaman daripada Siam, manakala pada waktu itu wujud juga satu persekutuan baru yang
dikenali sebagai Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga yang cuba mengembalikan kegemilangan Melaka
dan mempertahankan Alam Melayu daripada imperialis barat.

Dalam rekod sejarah Kelantan, Sultan Ibrahim telah ditabalkan sebagai pengganti kepada Sultan Mansur
untuk merajai Kelantan pada 1561. Bagaimanapun pada tahun 1565, beliau seolah-olah melepaskan
takhtanya kepada Raja Umar bin Raja Ahmad untuk menjadi Raja Kelantan.

Raja Umar ini dinyatakan cucu kepada Raja Muhammad, Raja Terengganu yang mempunyai pertalian
darah dengan Kesultanan Melaka. Persoalan yang tidak dapat kami rungkaikan adalah kenapa Sultan
Ibrahim boleh meyerahkan takhta Kerajaan Kelantan kepada Raja Umar.

Memang tidak dinafikan, Raja Umar ini mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Kelantan, namun
perkara penggantian takhta ini tidak dapat diterima sebenarnya. Hal ini, mungkin boleh diterjemahkan
tentang keikhlasan Sultan Ibrahim bahawa beliau tidak memandang akan pangkat dan darjat. Ia juga
boleh dinyatakan bahawa takhta Kelantan pada waktu itu tidak mendapat perhatian ekoran terdapat
banyak campurtangan daripada mereka yang bukan daripada Kerabat Kelantan.

Raja Umar

Beliau berasal dari Pahang, merupakan putera kepada Raja Ahmad dan cucu kepada Raja Muhammad,
Raja Terengganu. Raja Ahmad ini merupakan zuriat daripada perkahwinan pertama dengan Raja
Kemala Dewi binti alMarhum Sultan Mahmud Shah.
Beliau kemudiannya turun dari takhta Kelantan pada 1570 apabila putera beliau, Raja Abdul Jalil
ditabalkan menjadi Sultan Johor yang ke-4 oleh Sultan Muzaffar Shah dan dimasyhurkan dengan gelaran
Sultan Abdul Jalil Shah 1, Raja Umar pula dilantik sebagai Tengko Mahkota Johor.

1571, beliau telah menaiki takhta Johor menggantikan anakandanya sebagai Sultan Johor ke-5 dengan
gelaran Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II dan memerintah Johor hingga 1597.

Setelah Raja Umar turun dari takhta, Sultan Ibrahim Shah kembali ditabal menjadi Raja Kelantan, dan
pemerintahan berjalan seperti biasa. Sultan Ibrahim telah mangkat pada 1597 dan beliau takhta beliau
telah digantikan putera beliau Paduka Sri Sultan Muhammad.

Kesimpulan

Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, Kelantan mempunyai hubungan yang akrab dengan Kerajaan
Johor yang juga warisan daripada Sultan Mahmud Shah. Boleh dikatakan Kelantan dan Johor pada
waktu itu mempunyai nasib yang sama, cuma Johor lebih banyak ancaman berbanding dengan Kelantan.
Kerabat Johor waktu itu berada dalam keadaan kacau bilau kerana diserang oleh Acheh dan Portugis,
memaksa Kerajaan Johor sentiasa berpindah randah. Setelah kemangkatan Sultan Alauddin, Sultan
Mansur iaitu kekanda Raja Umar telah ditabal sebagai Sultan Johor, pada waktu inilah Raja Umar dilantik
sebagai Raja Kelantan.

Jata Kerajaan Johor Lama

Rujukan:
https://www.google.nl/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-
8#q=Sultan%20Umar%20Bin%20Raja%20Ahmad
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abdul_Jalil_Shah_I
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-479752.html
http://www.royalark.net/Malaysia/malacca4.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Kelantan
http://royalkesang.blogspot.nl/
Salasilah Raja-Raja Kelantan
Royal Ark.net

[Siri 14]

Sultan Muhammad 1597-1602

Pendahuluan

Pada pengisahan sejarah Kelantan dalam [Siri 13] telah dinyatakan bahawa beliau telah menyerahkan
takhta Kelantan kepada Kerabat Johor yang mempunyai pertalian darah dalam Kerabat DiRaja Kelantan
pada masa tersebut iaitu Raja Umar. Setelah berlaku pergolakkan pemerintahan di Johor, Raja Umar
telah kembali ke Johor dan Kelantan diperintah semula oleh Paduka Sulta Ibrahim dan beliau telah
memerintah hingga 1597.

Kedudukan beliau telah disambung semula oleh putera beliau dengan gelaran Sultan Muhammad pada
1597. Sebenarnya semenajak dari era Raja Bharubhasa pemerintahan Kelantan diklasifikasikan
sebagai Dinasti Chermin. Sultan Muhammad adalah penerus legasi ini dan beliau adalah Raja Kelantan
terakhir daripada Dinasti ini.

Jembal

Dipercayai sewaktu pemerintahan Raja Umar selama 5 tahun dari 1565-1570, pengaruh dari Champa
mulai makin kuat. Hal ini dapat dilihat apabila Paduka Sri Sultan Adil Ud-din ibni alMarhum Nik Jamal
Ud-din juga dikenali sebagai Raja Kelantan yang ditabal pada 1579-1597.

Beliau dinyatakan sebagai Timbalan Raja Champa dan ada kala dikenali sebagai Datu Kelantan. Jelas
di sini, pentadbiran Sultan Ibrahim penuh campur tangan baik daripada Patani mahupun Champa.
Bagaimanapun, Raja-Raja dari Patani dan Champa ini adalah Kerabat DiRaja Kelantan jua.

Sejarah telah merekodkan bahawa Sultan Muhammad hanya selama 5 tahun. Kemudian takhta beliau
telah diambil alih semula oleh Paduka Sri Sultan Adil Ud-din pada 1602. Justeru, tamatlah pemerintahan
Kelantan daripada Dinasti Chermin.

Siapa Sultan Adil Ud-din

Beliau adalah putera kepada Nik Jamaluddin iaitu Datu Kelantan yang memerintah bersama-sama
Sultan Kelantan bagi pihak Kerajaan Pusat Patani, beliau juga merupakan Timbalan Raja Champa yang
juga pengasas kepada Dinasti Jembal.

Dari Sultan Adil Ud-din inilah Kelantan diperintah oleh satu dinasti yang dikenali sebagai Kerajaan
Jembal. Kesultanan Kelantan pada hari ini jelas daripada legasi Jembal ini. Menyentuh tentang Champa,
pasti kita tidak boleh dari menyentuh satu nama yang sering disebut iaitu Sayyid Hussien Jamadil
Qubra, seorang patriach yang gigih dan mempunyai pertalian darah dalam hampir semua Kerajaan
Melayu Nusantara.

Kesimpulan

Dinasti Chermin yang memerintah Kelantan hampir 300 tahun telah lenyap bermula dengan kejatuhan
Melaka yang membuatkan Sultan Mansur Shah menyerahkan Kuasa pemerintahan kepada Phya Tu
Intira (Sultan Muhammad Patani) pada 1521. Sewaktu Raja Gombak menaiki takhta Kelantan, sistem
pemerintahan Datu ini telah bermula.

Lama kelamaan Datu ini makin berpengaruh hingga menenggelamkan pengaruh "Raja Asal". Pelbagai
faktor boleh diandaikan kenapa perkara ini berlaku, namun kami lebih senang untuk berlapang dada dan
menerima perkara ini sebagai satu ketentuan Illahi. Apa yang kita harus hayati adalah jangan sesekali
mudah menyerah kalah, namun sekental pendirian kita, kuasa Allah s.w.t. yang menentukan segalanya.

Lambang Peribadi Sultan Kelantan


Sumber : Pertubahan Kerabat DiRaja Kelantan Al-Muhammadi

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Kelantan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Lambang_peribadi_Sultan_Kelantan.png
Salasilah Raja-Raja Kelantan
Salasilah Raja-Raja Kelantan 2
Royal Ark.net

[Siri 15]

Sayyid Hussien Jamadil Kubra - Tiba di Kelantan pada 1349M

Pendahuluan

Kisah Sayyid Hussien Jamadil Kubra ini telah dikupaskan oleh banyak pihak, malah buku Ahlul Bait dan
Kesultanan Melayu telah mengulas dengan jelas mengenai beliau. Justeru, kami akan kisahkan
berdasarkan kepada peranannya dalam Kesultanan Kelantan.
Nama beliau tercatat dalam Sejarah Kelantan kerana terdapat waris beliau telah ditabalkan menjadi Raja
Kelantan dan sinonim disebut sebagai Raja Jembal. Kisah berkenaan beliau juga terlalu ambiguous
kerana terdapat kelompok tertentu terlalu mengkagumi beliau. Keturunan beliau dari Rasulullah s.a.w.
adalah satu hakikat yang kita tidak nafikan, bagaimanapun perkara ini perlu kita perhalusi dan
menjadikan ia satu pendapat ilmiah dan bukan kepercayaan kepada sesuatu yang tidak kita pasti.

Deccan, India

Dinyatakan bahawa beliau tiba di Kelantan pada tahun 1349 dari wilayah Deccan, India dan beliau secara
umum dikenali sebagai seorang pendakwah yang berkeupayaan mendekati pemerintah Alam Nusantara
pada waktu itu. Sebenarnya usaha dakwah Islamiyah ini dijalankan semenjak dari zaman Rasulullah
s.a.w. lagi, cuma ia menjadi lebih dominan beratus tahun kemudian.

Sayyid Hussien sebenarnya adalah anak sulung kepada Amir al-Mu'azhzham Syah Maulana Ahmad
Sayyid (Ahmad Shah Jalal). Berdasarkan artikel di laman web Khazanah Bendahara Sri Maharaja Sayyid
Hussien mempunyai 14 orang adik beradik iaitu:

Sayyid Jamaluddin al-Hussien


Sayyid Muhyiddin Shah
Sayyid Alaudin Abdullah
Sayyid Amir Syah Jallal
Sayyid Alwi Kutub Khan
Sayyid Hasanudin
Sayyid Qadir Binahsan
Sayyid Ali Azamat Syihabudin Umar Khan
Sayyid Sheikh Mohamad Arifin Syah atau Tok Kelumpang alJarimi alFatani
Sayyid Sheikh Mohamad Saman Syah alFatani atau Sheikh Thanaudin alFatani atau Dato Adiputra.
Sayyid Nik alFatani
Syarif Qamaruddin
Sayyid Majduddin
Sultan Sulaiman alBaghdadi

Bagaimanapun ramai pengkaji menyatakan bahawa beliau mempunyai 11 orang adik beradik.
Pertengahan abad ke-14, beliau bersama tiga orang adiknya iaitu Syarif Qamaruddin, Sayyid Majduddin
dan Sayyid Thanaudin untuk menjalankan misi dakwah Islamiyyah ke sebelah Timur. Mereka belayar
menuju ke ke arah Kerajaan Samudera-Pasai kini adalah Acheh yang terletak di utara Sumatera yang
waktu berkembang menjadi pusat perkembangan Islam menggantikan Baghdad yang musnah diserang
oleh bangsa Tatar.

Ketika itu Kerajaan Samudera-Pasai diperintah oleh Sultan Alaidin Ahmad Malik az-Zahir II (1326-1350)
dan dinyatakan kerajaan ini telah menerima kunjungan daripada Ibnu Batuta pada 1345 dan 1346.
Dinyatakan bahawa Kesultanan Samudera-Pasai ini telah mempunyai hubungan dengan Kesultanan
Delhi. Hal ini dapat dibuktikan dengan catatan Ibnu Batutah bahwa di Pasai pada waktu itu terdapat
seorang Ulama Besar dari Delhi, Maulana Amir Daulasa telah menetap di situ. Lantas dapat kita buktika
bahawa kedua kerajaan ini saling berhubungan dan ia dipercayai telah bermula semenjak zaman Sultan
Malik az-Zahir yang dikenali sebagai Merah Silu.

Justeru, ramai penyelidik menyatakan bahawa kedatangan Sayyid Hussien Jamadil Kubra sebagai satu
kunjungan muhibbah kerana kedua kerajaan telah mempunyai hubungan diplomatik dari segi
perdangangan dan juga pengukuhan Ilmu berteraskan agama Islam.

Bayangan : Pertemuan Ibnu Batutah dengan Seorang Sultan

Takdir Allah

1350, Sultan Malik az-Zahir telah mangkat pada 1350 dan meninggalkan takhta Samudera Pasai kepada
Sultan Zainal Abidin yang masih terlalu muda hingga para pembesar yang mengambil alih peranan
beliau. Perkara ini pastinya menyebabkan berlaku perebutan antara para pembesar hingga ada yang
khianat dan berpakat dengan Siam yang menyebabkan Sultan Zainal Abidin telah diculik tentera Siam
dan dibawa ke Istana Sukhothai.

Justeru itu, para pembesar Pasai yang masih setia terpaksa menyembahkan ufti bunga emas kepad Raja
Siam untuk membebaskan Sultan. Raja Siam menerima ufti tersebut dan meletakan syarat bahawa
Samudera-Pasai harus menghantar ufti sebagai jajahan takluk Sukhothai. Tidak lama selepas itu,
kerajaan ini yang sedia lemah telah diserang pula angkatan dari Majapahit. Kemenangan telah diraih
dalam masa yang pantas kerana kedua-dua pihak baik Pasai atau Siam, mereka tidak bersedia dengan
serangan mengejut itu.

Keadaan ini meyebabkan rakyat Samudera-Pasai berada dalam keadaan terumbang ambing, begitu juga
dengan para pengembara dan pedagang yang datang dari benua jauh, mereka juga memindahkan pusat
kegiatan mereka dari Pasai. Begitu dengan Sayyid Hussien Jamadil Kubra berserta rombongannya.
Mereka telah memilih untuk ke Kelantan kerana negeri ini pada waktu berada dalam keadaan yang agak
stabil berbanding Pasai. Ia pada masa itu diperintah oleh Raja Bharubhasa. Kelantan pada masa
tersebut dikenali sebagai Chermin, dan ia sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Pasai kerana
pada masa tersebut adiknya Puteri Chendana adalah Permaisuri alMarhum Malik alZahir.

Ketika Pasai menghadapi ancaman serangan daripada Siam dan Majapahit, Chermin pada masa
tersebut juga sedang memulihkan pengaruhnya kerana 5 tahun sebelum itu ia telah diserang oleh Siam
terlebih dahulu. Raja Bharubahasa telah bergabung dengan Patih Gajah Mada yang mengetuai bala
tentera Majapahit menyerbu kedudukan Siam di Utara Semenanjung Tanah Melayu. Penggabungan ini
telah menyerapkan Chermin ke dalam Empayar Majapahit yang waktu itu dirajai oleh Hayam Wuruk.
Justeru munculah dua ibu kota untuk mentadbir Empayar yang luas ini, Kelantan pada waktu itu telah
dijadikan Ibu Negara Majapahit yang kedua dan dikenali sebagai Majapahit Barat, manakala Pulau Jawa
menjadi pusat Majapahit Timur.

Dari Pasai ke Kelantan

Catatan sejarah Kelantan menyatakan Sayyid Hussien Jamadil Kubra berpindah dari Sumatera ke
Semenanjung Tanah Melayu pada 1349. Bagaimanapun sumber terkini menyatakan rombongan dakwah
Islamiyah ini tiba di Kelantan pada tahun 1350an.

Riwayat Tradisional Kelantan menyatakan sebelum rombongan ini sempat sampai ke Semenanjung
Tanah Melayu, ia telah diuji Allah s.w.t. dengan kejadian ribut dan ombak besar hingga kapal yang dinaiki
hampir karam. Sayyid Hussien disebut telah memohon pertolongan dari Allah dan bernazar sekiranya
mereka selamat mendarat, dia akan membina sebuah masjid.

Ikan Kekacang

Dengan Kuasa Allah s.w.t. jua, bantuan telah dihulurkan dengan kawanan Ikan Kekacang telah berpusu-
pusu menyerbu ke arah lubang yang ada pada kapal tersebut. Manakala kawanan Ikan Kekacang yang
lain telah menolak kapal tersebut hingga selamat mendarat di Tumpat, Kelantan.

Kurniaan Allah s.w.t. tidak berhenti di situ, muncul seekor Tupai Putih di depan Sayyid Hussien dan
berlari ke arah serumpun pohon buluh bentong. Tupai itu telah memakan umbut buluh hingga kenyang
sebelum beredar dari tempat tersebut. Melihatkan, perbuatan tupai tersebut, rombongan dari Pasai itu
sememangnya dalam keadaan letih dan lapar telah mencuba akan umbut pohon buluh bentong untuk
menghilangkan kelaparan.

Mengenangkan kebesaran Allah s.w.t. dalam dua peristiwa hidup mati itu, Sayyid Hussien Jamadil Qubra
telah mengharamkan anak cucunya daripada memakan Ikan Kekacang dan Rebung Buluh Bentong.
Sekiranya waris beliau melanggar pantang mereka akan terkena alahan seperti gatal-gatal dan hilang
ingatan.

Sebagai menzahirkan nazar beliau, Rombongan tersebut telah sepakat membina Masjid Kampung Laut.
Setelah masjid itu selesai pembinaannya, mereka telah mudik ke hulu ke arah tempat Raja Bharubhasa
bersemayam. Dalam perjalanan itu, mereka telah singgah di Bukit Panau untuk berteduh dan bersuluk.
Sebenarnya Bukit Panau ini seperti gunung jika dipandang dari arah lautan. Adalah dipercayai bahawa
rombongan ini menuju ke arah bukit ini bagi meninjau kawasan sekitar, selain itu bukit ini terletak
berhampiran Sungai Kelantan.

Masjid Kampung Laut : Pemandangan Tahun 60an

Pada sebelah malam ketika mereka di puncak Bukit Panau, dikatan satu kejadian anih telah berlaku
dimana telah muncul kilatan cahaya sekitar bukit tersebut dan masyarakat setempat tidak pernah
menyaksikan kejadian alam tersebut. Dari kilatan ini dipercayai munculnya nama Kelantan hingga
kepada hari ini.

Perkahwinan

Kehadiran rombongan tersebut telah dimuliakan oleh Raja Bharubhasa kerana mereka merupakan
golongan pendakwah yang dihormati kerana berketurunan daripada Kesultanan Delhi. Perkara ini juga
mendorong Raja Bharubhasa mengahwinkan adik bongsu beliau, Puteri Linang Cahaya. Dari
perkongsian hidup dari isteri pertama ini, mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu:

Sayyid Barakat Zainal Alam


Siti Aisyah

Lima tahun selepas itu pada 1355, Sayyid Hussien berkahwin pula dengan Puteri Raja Champa, Sultan
Zainol Abidin yang dikenali sebagai Puteri Ramawati dan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki
iaitu:

Sayyid Ibrahim Asmoro @ Sunan Ngesik

Sewaktu umur beliau menjengah ke angka 80 tahun sekali lagi beliau telah berkahwin. Kali ini beliau
bertemu jodoh dengan puteri Sultan Baki Shah ibni Raja Bharubasa iaitu Puteri Selindung Bulan. Sayyid
Hussien telah menukar nama Puteri Selindung Bulan kepada satu yang lebih menonjolkan ciri Islam,
selepas perkahwinan puteri ini dikenali sebagai Puteri Syahirah. Pada tahun 1366, mereka telah
dikurniakan seorang anak lelaki iaitu:

Sayyid Nurul Alam

Kesimpulan

Sayyid Hussien merupakan pendakwah dari keturunan Rasulullah s.a.w. dan juga perwaris kepada
Kesultanan Delhi. Beliau diputuskan belayar dari daerah Deccan, India dengan menuju ke Kerajaan
Samudera-Pasai (Acheh kini). Kerana pergolakkan politik di kerajaan tersebut rombongan Sayyid
Hussien telah memindahkan pusat operasi mereka ke Kerajaan Chermin. Di sini usaha dakwah
dijalankan, kerana mempunyai pertalian darah keluarga DiRaja, beliau telah dikahwin dengan kerabat
Diraja Chermin. Kemudiannya beliau juga berkahwin dengan Kerabat DiRaja Champa.

Zuriat beliau telah diangkat sebagai tokoh ulama terkenal seluruh Nusantara dengan gelaran Wali Songo.
Jelas di sni Sayyid Hussien menjalankan kaedara dakwah Islamiyah dengan cara mendekati Raja dan
Rakyat akan mengikut apa yang telah Raja putuskan.

Walaupun ada kisah beliau seakan-akan mitos namun kami beranggapan ianya masih valid kerana
sesiapa yang mempunyai pertalian darah dengan beliau pasti akan ditimpa penyakit jika memakan Ikan
Kekacang dengan Rebung Buluh Bentong.

Rujukan:
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/sayyid-hussein-jamadil-kubra.html
http://mqtkahlulbait.blogspot.nl/2009/08/rentetetan-syed-hussein-jamadilkubra.html
http://amrlife-amran.blogspot.nl/2012/11/purbakala-kilatan-jadi-kelantan.html
http://www.ibnuhasyim.com/2008/09/catatan-perjalanan-ibnu-batutah.html
http://ibnbattuta.berkeley.edu/9china.html
http://acehstudies.blogspot.nl/2012/04/aceh-sepanjang-sejarah.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Battuta
Salasilah Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 16]

Zuriat Sayyid Hussien Jamadil Kubra

Pendahuluan

Pelbagai respon diutarakan berkenaan Sayyid Hussien Jamadil Kubra, malah pelbagai versi telah
dititipkan pada ruangan facebbok PPSK yang dipaut dari artikel [Siri 15]. Perkara ini telah kami jangka,
artikel tersebut kami hasilkan berdasarkan maklumat yang sedia ada dalam internet. Kami juga yakin di
luar sana ramai yang mengetahui kisah ini memandangkan Sayyid Hussien ini adalah leluhur kepada
Wali Songo yang begitu gah namanya di alam Nusantara berkenaan penyebaran agama Islam.

Artikel tersebut dan seterusnya adalah kami kisahkan mengikut perspektif Sejarah Kelantan kerana kami
maklum bahawa Sayyid Hussien ini berperanan dalam beberapa kerajaan Melayu yang lain pada masa
tersebut.

Zuriat
Seperti yang kita bincangkan, Sayyid Hussien telah meninggalkan beberapa orang zuriat daripada tiga
perkahwinannya bersama puteri Raja Kelantan dan Raja Champa. Dalam perbincangan pada artikel Siri
15, telah dinyatakan bahawa beliau mempunyai 4 orang anak. Bagaimanapun penulis telah mendapati
beberapa maklumat tambahan dan mengambil keputusan untuk menyokong pendapat dari blog Tabut
Jawi seperti gambarajah berikut:

Ia menerangkan bahawa Sayyid Hussien buat pertama kali berkahwin dengan Puteri Linang Cahaya/
Puteri Mariam adik kepada Raja Bharubhasa, pemerintah Chermin dan dikurniakan:

Malik Ibrahim / Sunan Gresik


Puteri Aishah

Kemudian beliau berkahwin pula dengan Puteri Raja Champa iaitu Puteri Ramawati dari perkahwinan ini
beliau telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu:

Ibrahim Asmaro / Ibrahim Asmarakhandi

Pada usia 80 tahun, beliau kemudian dijodohkan dengan Puteri Selindung Bulan / Puteri Syahirah oleh
Sultan Baki Syah Ibni Raja Bharubhasa yang merupakan cucu saudara beliau. Hasil dari perkahwinan
ini, lahir seorang anak lelaki iaitu:

Sayyid Ali Nurul Alam (Sultan Qunbul)

Maklumat dari Tabut Jawi menyatakan bahawa Sayyid Hussien juga telah mengahwini seorang puteri
daripada Kerabat Johor yang juga berketurunan dari keluarga DiRaja Kelantan sebelah ibunya
iaitu Puteri Jauhar. Melalui perkahwinan ini, beliau mempunyai dua orang anak:

Syarif Muhammad Berkat Nurul Alam


Syarif Muhammad Kebongsuan

Jelas di sini bahawa Sayyid Hussien mempunyai 4 orang isteri dari kalangan kerabat Kerajaan Kelantan-
Chermin, Champa dan Johor. Melalui perkahwinan inilah beliau dapat mendekati para pemerintah
Nusantara pada waktu itu. Perkara ini juga mempercepatkan perkembangan dakwah Islamiyah di
Nusantara. Pusat kegiatan beliau pada waktu itu berada di Chermin dan beliau sering berulang alik ke
Champa dan juga Samudera-Pasai.

Hal yang sama juga berlaku kepada semua anak-anak beliau, cuma pusat kegiatan mereka sahaja yang
berlainan mengikut tempat tinggal ibu mereka.

Pemerintah Kelantan

Keenam-enam zuriat Sayyid Hussien terutama anak lelaki beliau merupakan pendakwah yang dikagumi
sepanjang zaman di Nusantara. Pengisahan ini, kami ingin tekankan berkenaan susur galur pemerintah
Kelantan. Justeru, dalam perkara ini kami akan tekankan berkenaan Sayyid Ali Nurul Alam (Sultan
Qunbul) kerana beliau yang nanti akan menurunkan perwaris beberapa Kesultanan Melayu.

*Tambahan: Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Huraian mengenai perjalanan Sayyid Hussien Jamadil
Kubra, di alam Nusantara boleh diteruskan pembacaannya pada rujukan utama kami di Tabut Jawi. Insha
Allah, maklumat berkenaan perkara ini jelas di sana. Kami tidak berdaya untuk mengulas dengan panjang
lebar kerana pengetahuan kami juga cetek berkenaan perkara ini.

Rujukan:
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/02/sayyid-hussein-jamadil-kubro-bapa.html
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 17]

Sayyid Ali Nurul Alam (Sultan Qunbul)

Pendahuluan

Nama beliau sungguh ikonik dalam lipatan sejarah Kelantan. Kisah hidup beliau penuh dengan pelbagai
rencah kehidupan. Berbicara tentang beliau dan keturunannya juga memberi kesan kepada sesiapa yang
menyelidiknya, kerana itulah kebesaran Allah s.w.t.

Kita telah bincangkan secara umum tentang ibu bapa dan saudara-saudara beliau melalui [Siri 15] dan
[Siri 16]. Pada siri ini, kita bangkitkan sekali lagi berkenaan kedua ibu bapa beliau. Seperti diketahui,
bapa beliau adalah Sayyid Hussien Jamadil Kubra manakala ibunya bernama Puteri Selindung Bulan /
Puteri Syahirah.

Siapa Puteri Syahirah

Nama ini baru sahaja muncul kebelakangan ini. Diperkirakan ia diterbitkan daripada perwaris keturunan
Sayyid Hussien, kerana dalam catatan sejarah nama yang sering diungkapkan adalah Puteri Selindung
Bulan.

Puteri ini sebenarnya anak kepada Raja Mas Aria di Gunung yang telah dimasyhurkan dengan
nama Sultan Baki Shah, memerintah Kelantan pada 1362-1418 juga merupakan cucu kepada Raja
Bharubhasa juga dikenali sebagai Sultan Mahmud pemerintah Kelantan pada 1335-1362. Pada masa
pemerintahan Raja Bharubhasa ini, Sayyid Hussien telah berkahwin dengan adik bongsunya iaitu Puteri
Linang Cahaya/Puteri Mariam yang juga merupakan "Tok Sedara*" kepada Puteri Syahirah ini.

Perlu kami jelaskan, perkahwinan Sayyid Hussien ini adalah dilangsungkan setelah isteri beliau
meninggal dunia. Seperti yang kita sedia maklum beliau mulanya berkahwin dengan Puteri Linang
Cahaya yang juga adik kepada Raja Bharubhasa dan kakak kepada Paduka Che Siti Wan Kembang.
Perkahwinan ini mentitihkan dua orang zuriat.

Setelah Puteri Mariam mangkat, Raja Champa iaitu Sultan Zainal Abidin telah mengahwinkan anaknya
Puteri Ramawati dengan Sayyid Hussien pada 1355. Dari perkahwinan ini, lahirlah Maulana Ibrahim
Asmaro.

Setelah kemangkatan Puteri Ramawati, Sayyid Hussien kembali semula ke Patani dan tinggal di
Kampung Sena. Kepulangan beliau telah diketahui oleh Sultan Baki Syah yang juga anak saudara beliau.
Sultan Baki Syah ketika itu merupakan Raja Chermin telah menjemput Sayyid Hussien ke Kota Jiddah
dan melantik beliau menjadi penasihat Kerajaan Chermin-Langkasuka. Pada 1390, Sultan Baki telah
mengahwinkan anak beliau iaitu Puteri Selindung Bulan / Puteri Syahirah dengan bapa saudaranya itu.
Ketika itu Sayyid Hussien Jamadil Kubra berusia 80 tahun. Dari perkahwinan ini lahirlah Sayyid Nurul
Alam yang sedang kita bincangkan ini.

Pembesar Kerajaan

Pada 1429, Raja Kemas Jiwa yang berada di Majapahit pada waktu itu telah dipanggil pulang untuk
menggantikan kekandanya Raja Sodik Muhammad yang mangkat di Ninggiri. Mereka berdua merupakan
putera kepada Sultan Baki Shah sama seperti Puteri Mariam ibu kepada Sayyid Ali Nurul Alam.

Setelah itu Raja Kemas Jiwa telah dimasyhurkan sebagai Raja Kelantan dengan gelaran Paduka Sri
Sultan Iskandar Syah Ibni Sultan Baki Syah. Beliau telah menamakan Chermin sebagai Majapahit
II sebagai memperingati kerajaan Isterinya, Ratu Suhita yang waktu itu telah merajai Empayar Majapahit.
Beliau juga telah melantik Sayyid Ali Nurul Alam yang juga merupakan anak saudaranya sebagai
Perdana Menteri Majapahit II dengan gelaran Pateh Aria Gajah Mada. Diperkirakan ketika beliau dilantik
sebagai Perdana Menteri umurnya dalam lingkungan 40 tahun.

Pada 1467, Kerajaan pimpinan Sultan Iskandar Syah telah diserang oleh Siam hingga menyebabkan
beliau terpaksa menyelamatkan diri ke Champa. Beliau telah mangkat di sana.

Berdasarkan Riwayat Kelantan, Sayyid Ali tidak berdiam diri dengan pencerobohan Siam itu. Dia telah
mengemblengkan tenaga seluruh Alam Melayu dan mengetuai serangan balas terhadap Siam hingga
menghancurkan Kota Ayuthia. Serangan itu telah disertai oleh angkatan Melaka dan Acheh serta dibantu
oleh Laksamana Bentan Wan Demali. Angkatan Melaka pada masa itu dipimpin oleh Hang Tuah dan
Tun Mutahir.

Setelah berjaya menyingkirkan pengaruh Siam daripada Chermin dan Semenanjung, Sayyid Ali Nurul
Alam telah ditabalkan sebagai Raja Patani dan dimasyhurkan dengan nama Sultan Qunbul atas nasihat
Sultan Melaka pada waktu itu. Serentak dengan itu juga Sultan Mansur Shah telah ditabalkan menjadi
Raja Kelantan menggantikan Sultan Iskandar yang telah mangkat di Champa. Pada 1470, beliau telah
mangkat.

Zuriat

Diantara anak-anak Sayyid Hussien Jamadil Kubra, Sayyid Ali Nurul Alam mempunyai paling ramai waris
kerana beliau sendiri mempunyai 8 orang anak iaitu:

Sultan Wan Abu Abdullah / Wan Bo Tri-Tri / Raja Champa 1471-1478


Wan Hussien as-Senawi
Puteri Chempaka Biru / Wan Biru
Wan Alimudin / Wan Demali (Laksamana Bentan)
Wan Jamal
Wan Hassan
Wan Senik alKerisiqi
Wan Muhammad Salih al-Liqihi

Waris daripada anak-anak beliau inilah yang menjadi titihan kepada beberapa Kesultanan antaranya
Kerajaan Jembal, Kerajaan Patani, dan Kerajaan di Tanah Jawa. Selain itu ada juga yang melibatkan diri
dalam dakwah Islam sebagai Ulama dan Pahlwan Perang sekitara Nusantara. Sultan Wan Abu Abdullah
misalnya, beliau telah ditabal sebagai Raja Champa dan warisnya pula menurunkan sebahagian besar
Kesultanan Pantai Timur malah keturunan beliau telah membentuk keseluruhan Kesultanan Kelantan.
Kesimpulan

Sayyid Ali Nurul Alam dikenali dengan banyak nama antaranya :

Syeikh Ali al-Mashur al-Laqihi


Syeikh Nurul Alam Siam
Ali Alam
Ali Nuruddin
Ali Nurul Alim
Alim Ali

Beliau merupakan seorang Ulama, Pembesar dan Pahlawan Melayu yang setia mempertahankan
agama, bangsa dan negara. Walaupun kisahnya jarang diangkat, namun namanya tetap tercatat pada
kitab-kitab lama. Benar usaha ini masih tidak lagi sempurna, malah terdapat banyak percanggahan
pendapat mengenai beliau. Yang jelas di sini dari beliau telah membenihkan ramai Ulama dan Pembesar
Alam Melayu.
Gambar Hiasan : Patani 1782
Rujukan :
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/02/sayyid-hussein-jamadil-kubro-bapa.html
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/03/sayyid-ali-nurul-alam-bapa-ulama.html
http://berandamadina.wordpress.com/2011/05/16/pateh-aria-gajah-mada-sultan-patani-besar/
http://studentsrepo.um.edu.my/793/6/BAB_3.pdf
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 18]

Sultan Wan Abu Abdulah / Wan Bo Tri Tri

Pendahuluan

Kerajaan Melayu Campa mempunyai sejarah yang panjang dan dipercayai ia lebih tua berbanding
dengan Kerajaan Melayu yang ada di Semenanjung dan di Kepulauan Indonesia. Bagaimanapun kini, ia
hanya menjadi satu wilayah dalam negara Vietnam.

Hubungan Kelantan dengan Campa juga telah bermula lama dan dipercayai telah terjalin semenjak era
Chih Tu lagi. Sebagai rekod, kerajaan Campa ini wujud semenjak tahun 192 masihi lagi. Dalam salasilah
keturunan Raja-Raja Kelantan telah dinyatakan bahawa puteri kepada Sang Tawal yang bernama Puteri
Tapasi (Raden Galuh Anjeng) telah dikahwinkan dengan Raja Campa yang bernama Jaya Sinha
Warman ketika beliau memerintah Kelantan pada 1267-1335. Kemudian perhubungan antara Campa
dengan Kelantan terjalin melalui perkahwinan sekali lagi ketika Kelantan diperintah oleh Sultan Baki Syah
pada 1362-1418. Sultan Baki Syah telah mengahwinkan puterinya yang bernama Dewi Nareswari yang
juga digelar sebagai Puteri Saadong II dengan Raja Campa. Satu kebetulan atau ianya sudah
ditakdirkan, ketika kedua-dua perkahwinan ini berlangsung, Sayyid Hussien Jamadil Kubra juga terkait
jua, kerana Puteri Tapasi adalah iparnya manakala Dewi Nareswari adalah anak saudaranya. Dalam
artikel ini penulis akan cuba jelaskan bagaimana Wan Abu Abdullah yang juga anak Sayyid Ali Nurul
Alam boleh ditabalkan menjadi Raja Campa pada 1471-1478.

Latar Belakang

Islam mula bertapak di Campa semenjak abad ke-7/8 lagi, sumber menyatakan bahawa Islam yang
dibawa oleh orang-orang Arab pada ketika itu adalah dari fahaman Syiah yang membawa diri dari Timur
Tengah kerana tekanan daripada Ummaiyah. Mereka telah menetap di PhanRang (Padurangga). Hal ini
dapat dibuktikan dengan batu bersurat bertarikh 1035 Masihi dan batu nisan bertarikh 1039 Masihi,
malah satu catatan Sung Shih (Sejarah Dinasti Sung) menyatakan Orang Islam Campa telah
menghantar perwakilan ke China semasa pemerintahan Hsien-te (954-959M), ini bermakna Islam sudah
kukuh di Campa.

Komuniti Islam di Pandurangga telah lupus setelah berlakunya konflik antara pemerintah Champa pada
waktu itu. Dinyatakan bahawa setelah kekalahan Jaya Simhawarman II kepada Dai Viet pada 1044, Jaya
Parameswarawarman I telah naik menjadi Raja Campa dan menjadikan Padurangga sebagai Ibu Kota.
Hal ini tidak disetujui oleh komuniti Islam kerana Raja baru ini adalah seorang yang beragama Hindu.
Penolakkan ini telah mendorong Raja baru itu untuk menyerang penduduk Islam dan menawan mereka
pada 1050. Sebagai memperingati kemenangan ini, Jaya Parameswarawarman telah membina sebuah
lingga di atas bukit Po Klaung Garai.
Dakwah Islam telah sampai lama walaupun ia bukan dari fahaman Ahlul Sunnah, jelasnya terdapat ruang
untuk menyebarkan Islam di Campa. Perkara ini menjadi semakin rancak ketika kedatangan Sayyid
Hussien Jamadil Kubra, hingga beliau telah dikahwinkan dengan Puteri Ramawati, anak kepada Sultan
Zainol Abidin, Raja Campa pada 1355. Pada waktu itu sebahagian penduduk Campa telah menganut
agama Islam.

Sayyid Hussien Jamadil Qubra banyak melibatkan diri dalam misi dakwah di Champa, kerana di Chermin
pada masa itu adiknya, Syeikh Thanauddin telah menatap sekitar kawasan Bukit Panau. Dinyatakan
bahawa Sayyid Nurul Alam juga turut dilahirkan di Campa. Ini bermakna aktiviti Syeikh Hussien lebih
dominan di negeri tersebut. Kemudian setelah Ayuthya menyerang kedudukan Cermin diyakini bahawa
anak-anak beliau ada di Campa.

Justeru, tidak hairan anak beliau bernama Po Tri Tri atau Bo Tri Tri itu berkahwin pula dengan puteri Raja
Campa. Pada 1471, Campa telah diserang oleh Dai Viet (Annam) yang juga merupakan jiran
tetangganya. Dalam serangan tersebut bapa mertuanya telah ditawan dan dibawa ke Annam. Setelah
itu, Bo Tri Tri inilah yang ditabal menjadi Raja Campa dan dimasyhurkan dengan nama Sultan Wan Abu
Abdullah. Beliau telah memindahkan ibu kota Campa dari Vijaya ke Pandurangga.

Dakwah Islam

Semasa pemerintahan Sultan Wan Abu Abdullah ini, ramai rakyat Campa telah memeluk Islam dan yang
telah membetulkan akidah mereka kepada Ahlul Sunnah. Beliau telah membawa masuk pendakwah-
pendakwah Islam dari Patani, India dan Arab melalui pelabuhan Padurangga. Banyak pembaharuan
yang dibuat oleh beliau seperti:

Menggantikan penggunaan Bahasa Melayu Lama (Sanskrit) kepada Bahasa Melayu Nusantara seperti
penggunaan hari ini.

Menyusun suaikan kebudayaan lama yang berteraskan Hindu-Buddha kepada kebudayaan yang sejajar
dengan Islam.

Menyatukan suku kaum Campa dan hanya berpegang kepada Islam.

Mempertingkatkan keupayaan Pelabuhan Pandurangga dan Pelabuhan Kauthara untuk merancakan


kegiatan ekonomi Campa.

Akhirnya pada 1478, beliau telah turun dari takhta dan menyerahkan kepada dua orang anak saudaranya
iaitu Sultan Wan Abu Yussuf (1478) dan Sultan Wan Abdul Kadir / Ko Lai (1478-1515).

Kesimpulan

Islam telah lama bertapak di Campa, namun penyebarannya tidak meluas. Ia hanya menjadi lebih
dominon ketika kegiatan dakwah dijalankan oleh Syeikh Hussien Jamadil Kubra. Kemudian ia menjadi
lebih menonjol semasa diperintah oleh cucu beliau iaitu Sultan Wan Abu Abdullah / Wan Bo Tri Tri. Dalam
pengisahan ini dinyatakan bahawa beliau hanya bertakhta selama 7 tahun dengan sebab mendapat
seruan untuk menjalankan misi dakwah di Tanah Jawa. Penulis beranggapan ini adalah kerana tindakan
beliau pada masa itu untuk mengekalkan Islam di Campa setelah kemangkatan bapa mertua beliau.
Sepanjang tempoh 7 tahun beliau merajai Campa 4 tugas utama sebagai Khalifah telah tegakkan demi
kelangsungan Campa. Ketika negeri tersebut dalam keadaan aman, beliau telah turun dari takhta dan
menyerahkannya kepada yang lebih berhak yakni akan saudara lelaki yang berketurunan terus dari
Kerajaan Campa.

Rujukan :
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/01/champa-bumi-jawi-iii.html
http://adminpasirmas.blogspot.nl/2013/07/campa-bahagian-1.html
http://adminpasirmas.blogspot.nl/2013/07/campa-bahagian-2.html
http://adminpasirmas.blogspot.nl/2013/07/campa-bahagian-3.html
http://adminpasirmas.blogspot.nl/2013/07/campa-bahagian-4.html
http://adminpasirmas.blogspot.nl/2013/07/campa-bahagian-5.html
Mohd Zain Musa, Diaspora Melayu Cam
Mohd Zain Musa, Cam-Melayu Abad ke-19 Pemberontakkan dan Diaspora
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu ISBN 97896761255X
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 19]

Zuriat Wan Bo Tri-Tri


Pendahuluan

Sewaktu Sultan Abu Abdullah/Wan Bo Tri Tri ditabalkan sebagai Raja Campa pada 1471, Kelantan
berada dalam keadaan stabil diperintah oleh Sultan Mansur Shah (1467-1521). Diperkirakan, beliau
ditabalkan sebagai Sultan Kelantan dengan sokongan Sayyid Nurul Alam/Sultan Qunbul dan Sultan
Melaka selepas kemangkatan Sultan Iskandar Syah di Campa yang menyelamatkan diri dari serangan
Ayuthya. Pencerobohan ini telah berjaya di atasi dengan campuran bala tentera Melayu dari Chermin-
Kelantan, Melaka dan Acheh. Kejayaan ini telah menyebabkan Sultan Melaka pada waktu itu menyokong
perlantikan Sayyid Ali Nurul Alam sebagai Raja Patani dengan gelaran Sultan Qunbul dan Raja Mansur
sebagai Raja Kelantan pada 1467.

Wan Bo Tri Tri merupakan anak kepada Sayyid Ali Nurul Alam dan pada waktu itu beliau sudah berada
di Campa, kerana beliau dilahir dan dibesarkan di sana. Perbincangan yang lalu telah dinyatakan bahawa
beliau telah ditabalkan sebagai Raja Campa pada 1471. Beliau tidak lama di atas takhta, 7 tahun selepas
itu yakni pada 1478, beliau telah menyerahkan kerajaan Campa kepada dua orang anak saudaranya dan
menyahut seruan dakwah di Tanah Jawa.

Salasilah Raja-Raja Kelantan menyebut Wan Bo Tri Tri ini mempunyai dua orang anak iaitu:

Ahmad Fatahillah beliau juga dikenali sebagai Petalehan dan Sharif Hidayatollah salah seoarng Wali
Songo (9) di Pulau Jawa dan merupakan leluhur Raja-Raja Banten di Jawa Barat dan Palembang di
Sumatera.

Abul Muzaffar Waliyullah beliau juga dikenali sebagai Wan Abul Muzaffar beliaulah yang memulakan
pemberian gelaran Nik kepada keturunannya.

Bagaimanapun berdasarkan selidikan lanjut kami dapati Wan Bo mempunyai tiga orang Isteri dan jumlah
anak beliau kesemuanya berjumlah 5 orang, seperti berikut:
Zuriat Wan Bo Tri Tri dengan Nyai Rarasantang (Sharifah Mudaim) binti Prabu Siliwangi (Raja
Padjajaran):

- Syarif Hidayatullah (Sunang Gunung Jati)


- Syarif Nurullah (Raja Champa)

Zuriat Wan Bo Tri Tri dengan Ratu Asyiqah binti Maulana Ahmad Rahmatullah (Sunan Ampel) :

- Raden Fatah (Sultan Demak)


- Syarif Babullah (Sultan Ternate)

Zuriat Wan Bo Tri Tri dengan Puteri Raja Champa (Raja Chandranekalawa) :

- Abul Muzaffar Waliyullah

Bagaimanapun untuk pengisahan ini kami hanya akan mengisahkan dua daripada zuriat Wan Bo Tri Tri
sebagaimana yang tercatat dalam Salasilah Raja-Raja Kelantan yang di atas.

Ahmad Fatahillah

Sumber keturunan Raja-Raja Kelantan menyatakan beliau dikenali sebagai Petalahen dan Syarif
Hidayatollah dan hanya menyatakan beliau sebagai salah seorang daripada Wali Songo di Tanah Jawa.

Beliau sebenarnya lebih terkenal dengan gelaran Sunan Gunung Jati kerana usaha dakwah beliau
tertumpu di Gunung Jati, Kabupaten Ceribon, Jawa Barat pada hari ini. Beliau bersama barisan Wali
Songo yang lain menjatuhkan kerajaan Hindu Majapahit dan mendirikan Kerajaan Islam Demak. Beliau
juga merupakan leluhur kepada Kesultanan Ceribon. Nama beliau juga tercatat antara orang yang
berperanan dalam menundukkan dan mengusir Portugis dari menduduki Sunda Kelapa. Beliau juga
dinyatakan sebagai satu-satunya dari Wali Songo yang menjalankan dakwah dengan kuasa politik iaitu
melalui Kesultanan Ceribon.

Wan Bo Tri Tri telah menghantar puteranya ini dari usia yang muda untuk menuntut Ilmu di Patani.
Semenjak dari itu beliau telah merantau ke pelbagai negara untuk mendalami ilmu dan mengenal dunia
sebelum menginjak kaki dalam struktur politik nusantara yang pada masa itu mula diancam tentera
salib dari Eropah. Beliau telah meninggal dunia dalam usia 118 tahun pada 1568 dan dikebumikan di
Ceribon.

Lukisan : Ahmad Fatahillah@Syarif Hidayatollah@Sunan Gunung Jati


Abul Muzaffar Waliyullah

Pengkajian penulis dalam pengisahan ini 80% bergantung kepada sumber dalam talian. Penyediaan
maklumat berkenaan Abul Muzaffar Waliyullah atau juga dikenali sebagai Wan Abul Muzaffar amat
terhad sekali. Sepanjang penyelidikan hanya nama dan keturunan beliau serta sumbangan beliau yang
dapat dikesan. Iaitu, beliau dinyatakan sebagai anak kepada Wan Bo Tri Tri dengan anak perempaun
Raja Champa, iaitu Chandranekalawa.

Pada 1471, Dai Viet dari Annam telah menceroboh Campa di Visaya dan telah menawan Raja
Chandranekalawa dan dibawa ke Annam. Wan Bo Tri Tri pula telah membawa rakyat Campa yang
terselamat berundur ke Pandurangga. Tidak lama kemudian Raja Campa yang ditawan itu telah mangkat
dan kesepatakan antara pembesar dan rakyat Campa, Wan Bo Tri Tri telah ditabalkan sebagai Sultan
Wan Abu Abdullah. Sestengah pendapat menyatakan beliau bernama Sultan Wan Abdullah Umdatuddin.

Sebelum serangan itu lagi, Wan Bo Tri Tri ini telah berkahwin dengan anak perempaun Raja Campa,
dan dikurniakan seoran anak lelaki yang bernama Wan Abul Mustafa. Dinyatakan, beliau adalah orang
yang mempelopori keturunan "Nik" di Kelantan dan Patani. Gelaran ini diberi sebagai memperingati akan
keturunan keluarga mereka daripada Kesultanan Islam Campa serta para Ulama.

Kesimpulan

Sultan Abu Abdullah Umdatuddin mempunyai 5 orang zuriat yang hebat dan ada antaranya muncul
sebagai Sultan dan Wali Allah selain daripada ulama dan pendakwah. Paling menonjol adalah Ahmad
Fatahillah atau Sharif Hidayatollah kerana beliau akhirnya dikenali sebagai Sunan Gunung Jati yang
muncul sebagai penegak Kesultanan Islam Demak dan leluhur kepada Kesultanan Ceribon selain
daripada itu beliau juga terkenal sebagai pahlawan Melayu yang ulung kerana berjaya mengundurkan
angkatan Portugis daripada menduduki Sunda Kelapa. 3 orang lagi putera beliau telah muncul
sebagai Sultan Ternate, Sultan Demak dan Raja Campa.

Rujukan :
http://mqtkahlulbait.blogspot.nl/2012/01/wali-songo-wali-sembilan.html
http://id.wikipedia.org/wiki/Sunan_Gunung_Jati
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/02/salasilah-wali-songo.html
http://mutaqinqubra96.blogspot.nl/2012_03_15_archive.html
http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-182394.html
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 20]

Nik Jamaluddin dan Nik Mustafa

Pendahuluan

[Siri 19] yang lepas telah kami nyatakan berkenaan dua daripada lima orang Zuriat Wan Bo Tri
Tri iaitu Ahmad Fatahillah yang lebih terkenal dengan gelaran Sunan Gunung Jati salah seorang
sembilan wali yang tersohor di Indonesia dan Abul Muzaffar Waliyullah yang sedikit maklumatnya
bagaimanapun dari keturunan beliaulah lahirnya jalur pemerintah Kesultanan Kelantan hingga pada hari
ini. Beliau juga adalah individu yang menggunakan gelar "Nik" pada keturunannya.

Carta Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait menyatakan bahawa dari Abul Muzaffar Waliyullah
atau juga dikenali sebagai Wan Abul Muzaffar lahir dua orang zuriat yang besar peranannya dalam
Kerajaan Patani, Kerajaan Campa dan Kedatuan di Kelantan, yang dimaksudkan adalah Nik Jamaluddin
dan Nik Mustafa.

Nik Jamaluddin

Sepertimana kisah bapanya, maklumat mengenai beliau juga tidak jelas. Sumber hanya menyatakan
bahawa beliau adalah Timbalan Raja Champa yang juga bertindak sebagai Datu Kelantan bagi pihak
Kerajaan Pusat Patani. Beliau juga dinyatakan sebagai pemula kepada kerabat DiRaja Jembal di
Kelantan. Untuk rekod, Kelantan buat pertama kali diperintah secara bersama dengan Patani sebagai
Kerajaan Persekutuan di bawah Patani Besar pada 1511 setelah kejatuhan Melaka kepada Portugis.
Kelantan pada waktu itu telah diperintah oleh Sultan Mansur Shah (1467-1521). Kelantan telah tunduk
kepada kekuasaan Melaka pada 1499 dan kekalahan kepada Portugis menyebabkan Kelantan mencari
penyokong baru untuk meneruskan kelangsungan pemerintahan. Pada masa tersebut, gagasan Patani
Besar adalah yang terbaik kerana mereka mempunyai hubungan yang dekat dengan Acheh dan
Kerajaan Islam serantau.

Justeru, Kelantan telah menerima sistem pemerintahan Datu ini untuk mengukuhkan pentadbiran dan
mengelakkan pencerobohan dari kuasa asing. Nik Jamaluddin bin Wan Abul Muzaffar telah dilantik
sebagai Datu Patani ke Kelantan dan dipercayai Campa juga adalah satu dari gagasan Patani Besar ini.

Beliau mempunyai dua orang zuriat iaitu:

Sultan Adiluddin (Raja Loyor)


Sultan Samiruddin (Raja Ekok)

Ringkasnya, beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengasaskan keturunan Raja Jembal yang
pada masa itu membuka penempatan di satu kawasan yang dikenali sebagai Kota Jembal yang terletak
tidak jauh daripada Kota Bharu dan Bachok.

Nik Mustafa

Seperti kelaziman orang besar silam, beliau juga mempunyai pelbagai gelaran seperti berikut:

Ong Tpouo
Agong Ronan
Po Rome
Sultan Abdul Hamid Syah
Raja Srisarwasadesa
Raja Campa 1578-1637

Itu sebenarnya nama beliau setelah ditabal menjadi Raja Champa pada 1578. Beliau sebenarnya
merupakan Datu Jambu seperti mana abangnya Nik Jamaluddin yang dilantik sebagai Datu Kelantan.
Perlantikan beliau sebagai Datu Jambu atau Raja Jambu, sejajar dengan pembentukan Patani Besar.
Pada 1570, beliau telah menghantar bantuan ketenteraan ke Campa bagi membebaskan negeri asal
bapa dan datuknya yang telah diceroboh oleh Rejim Nguyen. Campa pada masa itu diperintah oleh
Sultan Yaakub Shahibuddin (1515-1570) yang menggantikan anak saudara Wan Bo Tri Tri iaitu Sultan
Wan Abul Kadir / Ko Lai pada 1515. Ketika Champa diserang, usia Sultan Yaakub telah lanjut beliau
telah mangkat dalam tawanan ketika diusung dalam sangkar besi sewaktu dalam perjalanan ke Kota
Hue.

7 tahun kemudian iaitu pada tahun 1577, Datu Mustafa sekali lagi membawa bala tentera dari Patani
seramai 10,000 orang dan dibantu bala tentera dari Kelantan seramai 5000 orang yang ketika itu
diperintah oleh anak saudaranya Sultan Adiluddin bin Nik Jamaluddin yang ketika telah ditabal sebagi
Sultan Kelantan. Angkatan perang ini telah menyerang tentera Annam dan berjaya menguasai
Pandurangga. Kejayaan mereka lebih dari itu kerana mereka berjaya membebaskan Campa yang
dikuasai Annam semenjak 1471 malah mereka telah mara sejauh Kota Hue.

Setelah perang tamat, Datu Mustafa telah ditabal sebagai Raja Campa dengan gelaran Sultan Abdul
Hamid Syah beliau mulai memerintah secara rasmi pada 1578 dan mangkat pada 1637. Masyarakat
Melayu Campa mengenal beliau sebagai Raja Srisarwasadesa / Po Rome / Ong Tpouo. Annam telah
bangkit dan bertindak balas pada 1578 dan mereka berjaya menawan satu daerah bernama Phu Yen.
Setelah itu, Campa berada dalam keadaan aman dan tenteram.

Pada 1594, Sultan Abdul Hamid Syah telah menghulur bantuan ketenteraan kepada Sultan Jalla Abdul
Jalil Syah II yang memerintah Johor pada 1571-1579 untuk memerangi kempen perluasan kuasa
Portugis di Johor. Pada 1611, beliau telah cuba menawan kembali kawasan Binh Dinh dari Annam,
namun usaha itu menemui kegagalan.

Sultan Abdul Hamid Syah mempunyai tiga orang zuriat iaitu:

Nik Badrulsalam / Raja Singgora


Nik Ibrahim / Datu Kelantan / Raja Campa
Nik Ali / Datuk Maharajalela / Panglima Perang Agong Patani

Situasi Kelantan selepas 1511

Pada 1499, Kelantan telah tunduk kepada Melaka dan menjadikan ia sebagai sebuah negeri dalam
Empayar Melayu Melaka yang masyhur itu ketika ia diperintah oleh Sultan Mahmud Syah. Sebagai
simbol keakuran, angkatan perang Melaka telah menawan putera dan puteri Kelantan. Dalam perjalanan
pulang ke Melaka, Raja Gombak putera kepada Sulan Mansur Syah telah berjaya melarikan diri. Hanya
tiga orang puteri beliau dibawa ke Melaka. Salah seorang darinya diperisterikan oleh Sultan Mahmud
manaka dua lagi diperisterikan oleh pembesar Melaka. Jelas di sini, Kelantan pada masa itu berada
dalam taklukan Melaka.

Pada 1511, Melaka telah kalah dalam pertempuran dengan Portugis. Perkara ini menyebabkan Empayar
Melayu Melaka berpecah. Maka wujudlah satu persekutuan yang dikenali sebagai Patani Besar untuk
menyatukan negeri-negeri Melayu dari ancaman kuasa baru dari Barat. Kelantan juga termasuk dalam
persekutuan ini.

Disebutkan pada masa tersebut, Sultan Mansur telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Raja
Patani yang dikenali sebagai Sultan Muhammad Syah atau juga dikenali sebagai Phya Tu Intira.
Semenjak dari itu, Kesultanan Patani telah memperkenalkan sistem Datu sebagai wakil pemerintahan.
Nik Jamaluddin bin Wan Abul Mustafa telah diperkenankan oleh Sultan Muhammad Syah untuk menjadi
wakil beliau sebagai Datu Kelantan pada 1520.
Semenjak dari tarikh tersebut, Kelantan mula diperintah secara bersama antara Kelantan dan Datu
Patani. Satu penempatan di sebelah Timur Kota Bharu telah dijadikan tempat pemerintahan Datu ini
yang sekarang dikenali sebagai Kota Jembal. Dalam satu tempoh, keturunan Datu Patani ini telah
mempengaruhi secara keseluruhan Kesultanan Kelantan kerana keturunan mereka telah dilantik sebagai
Sultan Kelantan.

Kesimpulan

Nik Jamaluddin dan Nik Mustafa merupakan anak kepada Wan Abul Muszaffar yang dikenali
sebagai Abul Muzaffar Waliyullah. Mereka berdua juga merupakan cucu kepada Wan Bo Tri Tri. Sultan
Mihammad Syah telah Nik Jamaluddin telah dilantik sebagai Datu Kelantan manakala Nik Mustafa telah
dilantik sebagai Datu Jambu di Patani. Sewaktu menjadi Datu Jambu, Nik Mustafa telah mengumpul bala
tentera dari Patani dan Kelantan yang dibantu oleh anak saudaranya Sultan Adiluddin (Raja Loyor) yang
waktu itu telah menjadi Raja Kelantan.

Zuriat daripada Nik Jamaluddin telah membentuk Kerajaan Jembal, manakala Zuriat daripada Nik
Musatafa telah membentuk keturunan Raja Campa. Kedua-dua keturunan ini akhirnya bersatu
ketika Raja Pah berkahwin dengan Long Baha dan seterusnya menurukan Kesultanan Kelantan yang
ada pada hari ini.

Kota Jembal - Kredit Google Street View


Rujukan :
Ibrahim Syukri, Sejarah Kerajaan Melayu Patani [Buku]
http://www.geocities.ws/prawat_patani/bab1.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kelantan
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/01/champa-bumi-jawi-iii.html
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 21]

Dinasti Chermin berkahir, Dinasti Jembal-Champa bermula.

Pendahuluan

Kelantan mula dilihat berpecah dan mempunyai City States apabila ia mula menerima sistem Kedatuan
setelah Kerajaan Melaka runtuh pada 1511. Pada waktu itu, Kelantan telah diperintah secara bersama
antara perwaris Dinasti Chermin dan Datu Patani. Keadaan ini berlaku kerana semua wilayah yang
Melaka mula mencari kekuatan sendiri untuk mempertahankan diri daripada ancaman baru dan ancaman
sedia ada. Iaitu dari Portugis dan Siam.

Justeru, terbentuk satu persekutuan yang dikenali sebagai Patani Besar. Dikhabarkan dalam gagasan
ini terdapat 43 buah negeri dan city states telah membentuk persekutuan dan dipercayai ia juga termasuk
Campa. Ini kerana pada masa tersebut negeri tersebut juga menghadapi ancaman daripada Dai Viet
yang sering dirujuk sebagai Annam.

Penggabungan

Kelantan telah bergabung dengan Patani dan membentuk Persekutuan Patani Besar semasa diperintah
oleh Sultan Mansur Syah, manakala Patani pula diperintah oleh Sultan Muhammad Syah.
Penggabungan mereka berlaku dalam tahun 1520. Sewaktu itu, Sultan Muhammad baru memeluk Islam
dan Syeikh Fiqih Ali disebut sebagai individu yang bertanggungjawab menjadi saksi pengislaman beliau.

Dalam sejarah Patani, Sayyid Ali Nurul Alam yang telah dilantik oleh Raja Kelantan, yakni Sultan
Iskandar Syah (1429-1467) sebagai Perdana Menteri Majapahit II (Kelantan-Chermin) dengan
gelaran Pateh Aria Gajah Mada. Pada 1467, kerajaan ini telah diserang oleh Ayuthaya menyebabkan
Sultan Iskan menyelamatkan diri ke Campa dan mangkat di sana. Sayyid Ali Nurul Alam selaku Perdana
Menteri telah bertindak balas dan mengumpulkan bala tentera daripada Melaka dan Acheh dan mereka
berjaya menyerang Ayuthaya hingga ke ibu negerinya. Rentetan dari kejayaan ini, Sultan Melaka telah
menyokong perlantikan Raja Mansur putera kepada Sultan Iskandar Syah sebagai Raja Kelantan dan
dimasyhurkan sebagai Sultan Mansur. Manakala Sayyid Ali Nurul Alam telah ditabalkan sebagai Raja
Patani dengan gelaran Sultan Qunbul (1467-1470). Semenjak dari itu, keturunan Sultan Qunbul ini
sering diberi kedudukan istimewa di Sumatera, Jawa, Campa dan Semenanjung Tanah Melayu.

Asasnya keturunan Sayyid Ali Nurul Alam bin Sayyid Hussien Jamadil Qubra ramai menjadi pendakwah
dan diangkat sebagai Wali dan ada antara mereka menjadi pemerintah di beberapa kerajaan Nusantara.
Latar belakang ini telah memberi ruang kepada keturunan ini untuk memerintah dan seterusnya
menegakkan agama Islam. Sebagai contoh Wan Bo Tri Tri beliau pada awalnya berkahwin dengan Puteri
Raja Campa dan ketika ia diserang oleh Dai Viet di Kota Visaya beliau telah memimpin penduduk Campa
yang terselamat ke Pandurangga. Dari situ beliau memimpin angkatan tentera Campa dan menghalau
penceroboh Dai Viet dari Champa. Semenjak dari itu, beliau telah ditabalkan sebagai Raja Champa
(1471-1478) dengan gelaran Sultan Wan Abu Abdullah.

Peranan Wan Bo Tri Tri ini telah membuka ruang kepada zuriatnya menjadi Raja dan Pendakwah (Wali)
seluruh Nusantara. Paling terkenal adalah Syarif Hidayatollah yang dikenali sebagai Sunan Gunung
Jati di Indonesia dan Wan Abul Muzaffar yang menitihkan Kerabat DiRaja Jembal setelah Nik Jamaluddin
dilantik sebagai Datu Kelantan dan Nik Mustafa dilantik sebagai Datu Jambu seterusnya ditabal sebagai
Sultan Abdul Hamid Syah ketika menjadi Raja Campa 1578-1637.

Jawatan sebagai Datu Kelantan yang disandang oleh Nik Jamaluddin telah diwarisi dari satu keturunan
kepada satu keturunan yang lain sebagaimana kekuasaan seorang Raja kerana ia diberi ruang dan
pemerintahan dan kuasa yang tersendiri di Kelantan walaupun ia memerintah bagi pihak Patani.

Pengaruh

Pengaruh Datu Kelantan makin meluas dalam Kesultanan Kelantan ekoran masalah politik dalaman
yang bermula semenjak pemerintahan Paduka Sri Sultan Mansur 1547-1561. Beliau mempunyai
seorang adik perempuan bernama Paduka Che' Siti yang telah berkahwin dengan Sri Paduka Sultan
Husain ibni Paduka Sri Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah. Paduka Sri Sultan Ibrahim menaiki takhta
kerajaan menggantikan Paduka Sri Sultan Mansur pada 1561. Timbul kemusykilan, apabila Sultan
Ibrahim memberi laluan kepada Raja Umar ibni Raja Ahmad ibni Raja Muhammad, Raja
Terengganu pada 1565. Dalam salasilah Raja-Raja Kelantan, Raja Muhammad merupakan putera
kepada Sultan Mansur Shah dan merupakan moyang kepada Paduka Sri Sultan Ibrahim.

Tindakan ini agak diragui dan pelbagai andaian boleh dibuat kerana Raja Umar merupakan adik kepada
Sultan Alaudin Riayat Syah, Sultan Johor ketiga. Jelas di sini, Sultan Ibrahim pada waktu itu sangat
bertolenrasi dan perkara ini memberi ruang kepada Datu Kelantan untuk mengawal secara total Kelantan
pada waktu itu.

Raja Umar telah turun daripada takhta Kelantan, apabila Sultan Alaudin Riayat Syah mangkat dan
melantik Raja Abdul Jalil menjadi Sultan Johor ke-4 dan beliau dilantik sebagai Tengku Mahkota Johor
pada 1570 manakala Sultan Ibrahim kembali bertakhta dan tempat beliau digantikan oleh Sultan
Muhammad pada 1597.

Ketika pemerintahan Raja Umar, pengaruh Datu Kelantan makin kuat dan begitu dominan dalam
sebarang keputusan pentadbiran. Ini terbukti semenjak 1579 iaitu semasa pemerintahan Sultan Ibrahim
kali kedua, Datu Kelantan yang ketika itu diwakili oleh Raja Loyor telah ditabal sebagai Raja Kelantan.
Perkara ini menyebabkan wujud dua orang Raja di Kelantan yang sama tarafnya.
Sewaktu Paduka Sri Sultan Muhammad menggantikan Paduka Sri Sultan Ibrahim yang mangkat pada
1597, Dinasti Chermin sudah berada di penghujung kerana ia tamat pada 1602. Seterusnya Kelantan
telah diperintah oleh Sultan Adiluddin yang berpusat di Kota Jembal.

Kesimpulan

Keruntuhan Melaka pada 1511 juga telah menjejaskan pemerintahan Kelantan secara perlahan-lahan
dan ia diburukkan dengan campur tangan pelbagai pihak. Pemerintah dari Dinasti Chermin paling
terkesan dimana selepas 5 generasi, ia telah luput dan digantikan dengan Dinasti Jembal. Pergolakkan
politik istana juga menyumbang kemalapan dan kegemilangan sesuatu Kesultanan selain daripada
pengkhianatan. Justeru, kesatu paduan antara adalah kunci yang utama untuk kelangsungan sesebuah
kerajaan. Sokongan rakyat pada pemerintah sangat penting kerana tanpa rakyat, sesebuah kerajaan
tidak dapat berfungsi. Rakyat pula perlukan seseorang pemimpin untuk menyatukan mereka.

Gambar Hiasan : Pintu Gerbang Pengkalan Chepa

Rujukan:
Royal Ark.net
Salasilah Raja-Raja Kelantan
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait
http://ulama.blogspot.nl/2006/10/syeikh-faqih-ali-al-fathani.html

[Siri 22]

Sultan Adiluddin / Raja Loyor (1579-1597 / 1602-1605)

PENDAHULUAN

Sultan Adiluddin yang juga dikenali Raja Loyor sebenarnya adalah Datu Kelantan bagi pihak Patani
menggantikan bapanya Nik Jamaluddin bin Wan Abul Muzaafar. Dominasi beliau dalam sejarah Kelantan
adalah kuat. Hal ini dapat dilihat pada tahun 1579 beliau juga digelar sebagai Raja Kelantan sedangkan
pada masa yang sama Paduka Sri Sultan Ibrahim sedang bertakhta buat kali yang kedua yang bermula
pada 1570.

Selain itu, semasa pemerintahan Paduka Sri Sultan Ibrahim juga, ibu saudaranya Paduka Che' Siti binti
alMarhum Sultan Ahmad Syah telah dilantik sebagai Pemangku Raja dengan gelaran Paduka
Sultan pada 1585 serentak dengan itu beliau telah memakai gelar nama sebagai [Chik Wan
Kembang]. Beliau mempunyai suami yang bernama Sri Paduka Sultan Husain ibni alMarhum Sultan Ali
Jalla Abdul Jalil Syah.

Jelas di sini semasa pemerintahan Paduka Sri Sultan Ibrahim, di Kelantan terdapat tiga City States iaitu:

Pemerintahan Kesultanan Kelantan (Dinasti Chermin) di ketuai oleh Sultan Ibrahim


Pemerintahan Datu Kelantan (bagi pihak Patani) di ketuai oleh Raja Loyor
Pemerintahan Paduka Cik Siti [Chik Wan Kembang]
3 KERAJAAN DALAM 1 MASA

Sejarah Kelantan dan Patani menghadapi kekeliruan dan kesamaran pada era ini. Terutama sejarah di
Patani, kerana Raja Loyor disebut sebagai anak Raja Sakti ditambah pula kekeliruan kisah lagenda Che
Siti Wan Kembang. Kekeliruan ini juga telah menenggelamkan pemerintah lain, selain itu kisah Che Siti
Wan Kembang dan Puteri Saadong juga menambahkan kecelaruan fakta. Justeru, kami cuba
memperincikan mengikut kronologi berkenaan tahun pemerintahan setiap City States di Kelantan.

Sekadar Hiasan

Pemerintahan Sultan Ibrahim

Kelantan pada era pemerintahan beliau telah mengalami pasang surut dengan drastik. Beliau telah
ditabalkan sebagai Raja Kelantan pada 1561, setelah kemangkatan bapanya Sultan Mansur (1547-
1541). Ketika ini juga berlaku pergolakkan politik serantau terutama perkembangan Kerajaan
Persekutuan yang baru selain daripada Patani Besar iaitu Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga.
Kerajaan ini pada waktu itu sedang berusaha untuk memulihkan kuasa pemerintahan Empayar Melayu
daripada ancaman Portugis dan Belanda. Justeru, tidak menghairankan Sultan Ibrahim memberi laluan
kepada Raja Umar pada 1565 untuk menaiki takhta Kelantan. Raja Umar ini mempunyai pertalian darah
dengan kerabat Kelantan yang lain kerana mereka adalah warisan daripada Sultan Mansur Syah (1467-
1521). Berkemungkinan besar, pertabalan Raja Umar ini sebagai satu langkah untuk mengembalikan
kegemilangan Kelantan kerana ia pernah bernaung di bawah Empayar Melayu Melaka setelah Kelantan
akur dengan kehebatan angkatan Melaka pada 1499, sementelahan, Raja Umar adalah adik beradik
kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Johor yang ke-3.

5 tahun, Raja Umar memerintah Kelantan. Pengagihan kuasa antara Kelantan dan Patani juga
mengalami perubahan. Semasa pemerintahan Raja Umar, Raja Loyor bin Nik Jamaluddin telah
menggantikan tempat bapanya sebagai Datu Kelantan pemerintah bagi pihak Kesultanan Patani. Pada
tahun 1570, Raja Umar telah turun dari takhta Kelantan ekoran anakandanya Raja Abdul Jalil telah
ditabal sebagai Sultan Johor yang ke-4 dan beliau telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Johor.

1570-1597, Sultan Ibrahim telah ditabalkan semula sebagai Sultan Kelantan, bagaimanapuan tercatat
pada 1579, Raja Loyor telah ditabalkan sebagai Raja Kelantan dengan gelaran Sultan Adiluddin.
Kemudian pada 1585, Paduka Che' Siti [Chik Wan Kembang] telah ditabalkan sebagai Pemangku Raja
Kelantan dengan gelaran Sri Paduka Sultan.

Pemerintahan Sultan Adiluddin / Raja Loyor (Datu Kelantan)

Beliau merupakan anak kepada Nik Jamaluddin bin Wan Abul Muzzafar yang dilantik oleh Sultan
Muhammad Syah / Phya Tu Intira, Sultan Patani sebagai Datu Kelantan yang memerintah bersama-
sama Sultan Kelantan (Sultan Mansur Syah) pada 1520 manaka bapa saudara beliau Nik Mustaffa
sebagai Datu Jambu.

Pada 1577, beliau telah membantu ekspedisi bapa saudaranya itu untuk melancarkan serangan balas
terhadap kedudukan tentera Annam yang telah menyerang Champa. Sultan Adiluddin (Raja Loyor) telah
menghantar sejumlah 5,000 perajurit dari Kelantan dalam ekspedisi tersebut. Ekspedisi serangan balas
ini telah berjaya mengahalau tentera Annam dan bala tentera Nik Mustaffa itu juga telah menyerang Kota
Hue, ibu negeri Annam itu. Kejayaan ini telah menyebabkan Nik Mustaffa ditabal sebagai Raja Champa
dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Syah.

Dipercayai juga sekembali Raja Loyor dari ekspedisi tersebut beliau telah dilantik sebagai Raja Kelantan
dengan sokongan Kesultanan Patani pada 1579. Justeru, beliau telah memerintah bersama-sama
dengan Sultan Ibrahim.

Raja Loyor ini mempunyai seorang adik iaitu Raja Ekok, mereka sama-sama tinggal di Kelantan.
Bagaimanapun Raja Loyor tidak mempunyai putera, beliau hanya dikurniakan dua orang puteri iaitu:

Puteri Dalula
Puteri Mariam (Puteri Saadong III)

Rasminya, Sultan Adiluddin (Raja Loyor) ini memerintahkan Kelantan dengan penuh kedaulatan bermula
pada 1579 sehingga Sultan Ibrahim mangkat pada 1597. Takhta Kelantan telah diganti oleh putera Sultan
Ibrahim iaitu Sultan Muhammad. Namun beliau hanya memerintah lima tahun sahaja iaitu dari 1597-
1602 seterusnya menamatkan Pemerintah Kelantan dari Dinasti Chermin. Ia kemudian digantikan oleh
Sultan Adiluddin yang ditabal buat kali kedua pada 1602 dan beliau telah mangkat tanpa berputera pada
1605.

Kemudian, takhta Raja Kelantan telah digantikan oleh adiknya iaitu Raja Ekok dengan dimasyhurkan
sebagai Sultan Samiruddin dari 1605-1616 ekoran beliau mangkat tidak berputera. Puteri Dalula telah
dijodohkan dengan Pemangku Raja Champa manakala Puteri Mariam yang dikenali sebagai Puteri
Saadong III telah dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah anak Raja Ekok.
Raja Abdullah adalah Putera kepada Sultan Samiruddin adik kepada Sultan Adiluddin

Pemerintahan Paduka Che' Siti [Chik Wan Kembang]

Beliau adalah puteri kepada Sultan Ahmad Syah, Raja Kelantan 1526-1547. Royal Ark.net menyatakan
beliau telah berkahwin dengan Sri Paduka Sultan Husain ibni alMarhum Paduka Sri Sultan Ali Jalla Abdul
Jalil Syah. Sultan Husain merupakan anak kelima kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah, Sultan Johor
ke-5. Beliau sebenarnya mempunyai kembar iaitu Raja Hassan yang telah dilantik sebagai Raja Siak.

Dicatat dalam sejarah bahawa pada 1585, Paduka Che' Siti telah ditabal sebagai Pemangku Raja
dengan gelaran Sri Paduka Sultan dan suaminya secara automatik diberi gelaran Sultan yang dikenali
sebagai Sultan Hussien. Pertabalan Paduka Che' Siti ini dilihat sebagai usaha Patani dan Kelantan untuk
menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga dalam usaha
mereka untuk mengekang pengaruh orang-orang kafir (Ayuthya-Diaviet-Portugis-Belanda-Sepanyol)
yang sedang meluaskan kuasa ke Alam Nusantara. Pemerintahan Paduka Che Siti dicatat berakhir pada
1610.

Mereka memerintah di Selatan Kelantan. Paduka Che' Siti adalah lagenda ulung dalam sejarah Kelantan,
dan pada masa sekarang pengkaji sejarah kotemporari mengenal beliau sebagai Che Siti Wan Kembang
II (CSWKII) berikut gelaran yang dipakai oleh beliau. Kita tidak diragui akan ketokohan Che Siti Wan
Kembang (CSWK) yang nama lainnya Adruja Wijayamala yang merupakan puteri kepada Sang Tawal,
Raja Garhi (Langkasuka). CSWK adalah gelaran Dewi Durga atau Adruja Wijayamala Singha setelah
diberi kawasan dan diberi kedaulatan untuk memerintah Selatan Kelantan. Beliau disebut bersemayam
di Gunung Chintawangsa pada 1318-1348.

Perbezaan masa antara CSWK dengan CSWK II adalah lebih kurang 267 tahun. Kerana kekeliruan dan
kesamaran dalam mentafsir maklumat sejarah, kisah kedua tokoh ini telah bercampur aduk hingga ramai
mengambil keputusan untuk mempercayai bahawa CSWK hidup sehingga kini dan ia telah dianggap
sekadar mitos malah ada yang anggap ia adalah cerita dongeng orang Kelantan. Sedangkan mereka
berdua mempunyai kisah yang tersendiri serta menarik untuk kita ketahui.
Dinyatakan bahawa Che Siti telah mengambil anak Raja Loyor iaitu Puteri Mariam yang dikenali
sebagai Puteri Saadong III sebagai anak angkat beliau. Kisah Puteri Saadong inilah yang kita ketahui
menjadi idaman Raja Siam kerana kecantikannya. Puteri Saadong ini telah dikahwinkan dengan Raja
Abdullah, perkahwinan ini jelas untuk mengurangkan gangguan dari Siam itu. Setelah berkahwin, Che
Siti bersama-sama Puteri Saadong dan Raja Abdullah membuka satu penempatan di Chetok dalam
jajahan Pasir Mas.

Penempatan ini tidak lama kerana ia telah diketahui oleh Siam dan menghantar angkatan tenteranya
untuk menawan Puteri Saadong. Usaha tersebut tidak berjaya, namun Che Siti disebut telah mengambil
keputusan kembali ke Selatan Kelantan dan Raja Abdullah bersama-sama Puteri Saadong berpindah
ke Bukit Marak. Siam tidak pernah berputus asa, dan menyerang kedudukan Puteri Saadong dan Raja
Abdullah di Bukit Marak, untuk mengelakkan pertumpahan darah, Puteri Saadong telah sukarela
menyerah diri. Berpisahlah pasangan suami dan isteri itu. Raja Abdullah adalah anak kepada Sultan
Samiruddin adik kepada Sultan Adiluddin ini. Jelasnya Puteri Saadong ini berkahwin dengan sepupunya.
Kami tinggalkan sumpah Puteri Saadong kerana kekecewaan beliau :

Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalkan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai
sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi ku pijak, di situ langit kujunjung, aku
bersumpah tak lagi ku injak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.

Semasa penulisan artikel ini, kami tidak dapat mengesan keturunan Che Siti bersama Sultan Husain
mungkin ia tersimpan dalam jurai keturunan seterusnya. Namun, ini adalah kisah yang sepatutnya kita
ketahui selain daripada kisah kesaktian yang telah kita sedia tahu sebelum ini. Satu pengisahan khusus
akan kami terbitkan untuk mencerahkan kisah mengenai Che Siti Wan Kembang dengan Paduka Che'
Siti [Chik Wan Kembang].

Tanah Rendah Sekebun Bunga : Nama Kerajaan Paduka Che' Siti [Chik Wan Kembang]

KESIMPULAN

Sewaktu pemerintahan Sultan Adiluddin (1579-1597 & 1602-1605), Kelantan mempunyai 2 Kerajaan
yang lain iaitu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1597-1602) dan Paduka Che Siti [Chik Wan
Kembang] 1585-1610. Antara ketiga-tiga pemerintahan ini, Kerajaan di bawah pimpinan Sultan Adiluddin
yang paling dominan dan keturunan beliau yang memerintah Kelantan selepas itu. Semasa
pemerintahan beliaulah, tertubuhnya Kota Jembal yang sering menjadi sebutan pada masa sekarang.

Rujukan:
Salasilah Raja-Raja Kelantan
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait
Royal Ark.net (Kelantan)
Royal Ark.net (Malacca-Johore)
http://tengkusyah.blogspot.nl/2010/07/isu-keturunan-ketujuh-puteri-saadong.html
http://kebunketereh.com/?p=455

[Siri 23]

Sultan Samiruddin / Raja Ekok 1605-1616


Pendahuluan

Nama sebenar beliau adalah Raja Ekok bin Nik Jamaluddin dan adik kepada Sultan Adiluddin. Pada siri
ke 22 telah kami nyatakan bahawa Sultan Adiluddin mangkat tidak berputera, beliau hanya mempunyai
dua orang puteri iaitu Puteri Dalula dan Puteri Mariam (Puteri Saadong III). Justeru itu, Raja Ekok adalah
perwaris yang lebih mutlak untuk menggantikan Sultan Adiluddin yang banyak berbakti untuk Kelantan
dan Champa.

Dimasyhurkan sebagai Sultan

Kedudukan Sultan Adiluddin yang dikenali sebagai pendiri kerabat DiRaja Jembal amat disegani di
Kelantan pada waktu itu. Seperti yang telah dijelaskan bahawa Kelantan telah bersekutu dalam Patani
Besar dan telah menyebabkan ia menerima pemerintahan sistem Kedatuan dimana setiap negeri dalam
Patani Besar mempunyai pembesar yang memerintah bagi pihak Sultan Patani.

Dalam negeri Kelantan, Nik Jamaluddin bin Wan Abul Muzzafar adalah individu pertama yang dilantik
sebagai Datu. Kemudian kedudukan beliau telah digantikan oleh anaknya Raja Loyor yang mendapat
gelaran Sultan dengan dimasyhurkan sebagai Sultan Adiluddin kerana jasa beliau dalam membantu
bapa saudaranya Nik Musatafa membebaskan Champa daripada serangan Dai Viet. Selepas
kemangkatan beliau, gelaran Sultan ini terus dikekalkan kerana ia mempunyai daulat. Justeru, ahli
keluarga mereka dikenali sebagai Kerabat DiRaja Jembal. Ini adalah signifikan kenapa Raja Ekok dapat
ditabalkan sebagai Sultan Kelantan menggantikan Sultan Adiluddin.

Pada waktu yang sama wujud kerajaan "Tanah Serendah Sekebun Bunga" yang di Rajai oleh Paduka
Che Siti [Chik Wan Kembang] 1585-1610 berlokasikan sekitar Kelantan. Jelas di sini, kedua-dua kerajaan
yang diklasifikasikan sebagai Negara Kota (City States) mempunyai sempadan tertentu dan
pemerintahan tersendiri kerana mereka mempunyai daulat (sovereignty) namun kedua kerajaan ini
akhirnya bergabung melalui perkahwinan.

Legasi Pemerintahan

Raja Ekok telah ditabalkan sebagai Raja Kelantan dengan dimasyhurkan sebagai Sultan
Samiruddin pada 1605 hingga 1616. Beliau mempunyai tiga orang putera iaitu:

Raja Abdul Kadir / Sultan Kelantan 1616-1632


Raja Abdullah / Raja Kelantan Selatan 1632-1646 - Suami kepada Puteri Saadong III
Raja Abdul Rahim / Raja Kelantan Selantan 1646-1649

Jelas di sini ketiga-tiga puteranya bergelar Sultan yang menjadi Raja di Kelantan secara turutan. Raja
Abdul Kadir telah ditabalkan menggantikan bapanya, Sultan Samiruddin sebagai Sultan Kelantan. Raja
Abdullah pula telah berkahwin dengan puteri Sultan Adiluddin yang bernama Puteri Mariam yang pada
waktu itu telah dijadikan anak angkat oleh Paduka Che' Siti [Chik Wan Kembang] dan dikenali
sebagai Puteri Saadong III. Manakala Raja Abdul Rahim dinyatakan telah ditabal sebagai Raja Kelantan
Selatan menggantikan tempat Raja Abdullah yang mangkat.

Paling yang diingati oleh segenap lapisan rakyat Kelantan adalah berkenaan peristiwa Puteri Saadong
yang secara tidak sengaja menyebabkan kemangkatan Raja Abdullah dalam pertengkaran mereka. Satu
sorotan khusus akan kami bawaka berkenaan dengan mereka.
Walaupun ketiga-tiga putera Sultan Samiruddin ini bergelar Sultan dan pernah memerintah Kelantan
mereka sebenarnya sedang bergelut untuk meneruskan kepimpinan mereka kerana pada waktu itu,
ancaman daripada Utara iaitu dari Siam semakin kuat. Kerajaan Patani juga semakin lemah begitu juga
dengan persektuan Johor-Pahang-Riau-Lingga manakala Belanda-Portugis-Sepanyol makin menonjol.
Akhirnya, muncul seorang Raja antara mereka yang dipanggil Raja Sakti!

Kesimpulan

Sultan Samiruddin ditabal sebagai Raja Kelantan atas sebab kemangkatan Sultan Adiluddin yang tidak
mempunyai putera. Ketokohan Sultan Adiluddin sangat besar, justeru kisah Puteri Saadong III lagi
mencuri tumpuan daripada beliau ditambah beliau juga merupakan anak angkat Paduka Che' Siti.
Walaupun pengaruh Sultan Samiruddin pada waktu itu tidak kuat, namun dari beliau telah menurunkan
jurai keturunan yang cukup mengkagumkan.

Gambar Hiasan - Mata Lembing "Lam Alif"

Rujukan:
Royal Ark.net
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/02/empayar-chermin-kebangkitan-semula.html

[Siri 24]

Sultan Abdul Kadir 1616-1637

Pendahuluan

Beliau adalah putera kepada Sultan Samiruddin yang memerintah Kelantan dari tahun 1605 hingga 1616.
Seperti yang telah dijelaskan dalam [Siri 23] sebelum ditabalkan menjadi Sultan, nama asal beliau
adalah Raja Ekok kerana kemangkatan kekandanya yang tidak berputera, beliau adalah perwaris yang
paling dekat untuk ditabalkan sebagai Sultan. Setelah itu, beliau telah dimasyhurkan dengan gelaran
Sultan Samiruddin. Disebut juga, beliau mempunyai tiga orang putera iaitu,

Raja Abdul Kadir


Raja Abdullah
Raja Abdul Rahim.
Naik Takhta

Pada 1616, Sultan Samiruddin telah mangkat dan Raja Abdul Kadir telah ditabalkan sebagai pemerintah
Kelantan di Jembal. Beliau dimasyhurkan dengan gelaran Sultan Abdul Kadir. Sejarah Kelantan
menyatakan beliau memerintah Kelantan daripada 1616 hingga 1632 terdapat satu lagi sumber
menyatakan beliau memerintah sehingga 1637.

Keadaan politik sekitar pada waktu itu juga berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. Siam sering
menyerang kedudukan Patani yang diterajui oleh Ratu Pelangi. Keadaan ini mempengaruhi negeri-
negeri yang bersekutu dalam Patani Besar.

Gagasan Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga juga menghadapai masalah pentadbiran baik dari segi
dalaman atau luaran. Tragedi Sultan Mahmud Mangkat diJulang juga telah membuka episod baru dalam
pemerintahan gagasan kerajaan persekutuan tersebut, di tambah ancaman daripada Belanda-Portugis-
Sepanyol.

Kesultanan Champa juga sering kali diancam oleh Dai-Viet, lama kelamaan ia menjadi makin lemah,
Kesultan Islam di Sumatera dan Jawa juga menghadapi masalah yang hampir sama. Keadaan ini telah
memberi lebih ruang kepada imprealis dari barat meresapi pentadabiran alam Melayu.

Ringkasnya, semasa Sultan Abdul Kadir memerintah, kelibat orang-orang asing yang datang dengan
maksud untuk menakluk makin kerap singgah di Kelantan. Kedatangan pendakwah dari Dunia Islam
terutama daripada Turki semakin berkurangan kerana ancaman daripada imprealis ini. Pada masa kini,
mereka mengatakan KITA sebagai lanun.

Zuriat

Merujuk kepada Royal Ark.net menyatakan Sultan Abdul Kadir mempunyai seorang putera yang dikenali
sebagai Raja Vijaya Indra / Long Betong yang kemudiannya menggantikan takhta beliau di Kota Jembal
dan ramai mengenali beliau sebagai Raja Sakti 1.

Kisah asal usul dan susur galur beliau penuh kisah-kisah kesaktian yang dipenglipur lara oleh
masyarakat setempat. Hal ini berlaku kerana ketokohan Raja Sakti ini dalam mengekang ancaman
Siam. Kehebatan beliau juga menyebabkan kisah bapanya juga tenggelam. Bagaimanapun, inilah susur
galur Sultan Abdul Kadir yang memerintah Kelantan pada 1616-1637.

Kesimpulan

Kisah Sultan Abdul Kadir sebenarnya tidak banyak kita ketahui, paling besar sumbanganya adalah
dikaitkan dengan puteranya Long Betong yang kemudiannya dikenali dengan nama Raja Sakti
I. Pengisahan beliau telah membuatkan penulis menyoroti keadaan semasa Alam Melayu pada masa
tersebut. Ternyata Kesultanan Melayu-Islam pada masa tersebut sedang menghadapi perpecahan
dalaman dan ancaman penakluk dari Barat dan penakluk yang sedia ada iaitu Siam dan Vietnam. Justeru
itu, maka fahamlah kenapa Raja Sakti lebih berpengaruh.

Gambar Hiasan - Wayang Kulit Kelantan

Rujukan:
Royal Ark.net
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 25]

Raja Sakti / Long Betong [Kelantan Utara 1632-1649] [Patani Besar 1649-1662]

Pendahuluan

Keunikan nama beliau amat menggamit kebanyakkan rakyat Kelantan. Keunggulan namanya
membuatkan ramai ingin tahu mengenai beliau. Pendokong utama dalam hal ini adalah Pertubuhan
Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK), dalam blog rasmi mereka ada dinyatakan kisah Raja Sakti.
Dalam menyelidik susur galur keturunan Raja-Raja Kelantan sememangnya kita perlu merujuk kepada
hasil selidikan daripada penyelidik bebas untuk kita melihat sesuatu salasilah dengan lebih luas tanpa
memihak.

Dalam penulisan ini, kami merujuk kepada:

Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Bersejarah, (Buku)


Royal Ark.net,
pkrjk.org.my (blog rasmi PKRJK)
Blog Tengku Azhar (https://sites.google.com/site/tengkuazhar/raja-jembal)
Blog Bingkisan Anak Bani Jawi (http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/06/salasilah-raja-jembal-kelantan.html)

Penulisan ini juga bukan untuk mengeluarkan versi salasilah Kelantan yang baru, ia hanya
membentangkan maklumat dari rujukan yang sedia ada seperti yang dinyatakan. Kami juga mohon para
pembaca sekalian membuat penelitian yang lebih lanjut sekiranya berpendapat apa yang kami
sampaikan ini tidak benar dan tidak tepat.

Siapa Raja Sakti


Berikut kami kongsikan salasilah Raja Sakti ini dari sumber rujukan yang kita boleh search di Internet.

Sumber Salasilah Raja Sakti dari Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan

Salasilah yang disalin semula dari buku Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa
Bersejarah
(Paparan lebih Jelas disini)
Salasilah Kerabat DiRaja Jembal dari selidikan Tengku Azhar
(Paparan lebih jelas disini)

Salasilah Kerabat Raja Jembal dari Blog Bingkisan Anak Bani Jawi

Salasilah Raja Sakti yang kami kumpulkan ini telah menjadi rujukan buat sekian lama kepada pengamat
sejarah Kelantan memandangkan jarang buku yang diterbitkan berkenaan perkara ini. Kami hanya
menemui jurai keturunan Raja-Raja seperti mana dalam buku Keturunan Raja-Raja Kelantan dan
Peristiwa-Peristiwa Penting dan terdapat satu salasilah bertulisan jawi dari blog sejarah Kelantan-Patani
iaitu Tabut Jawi seperti berikut:

Salasilah dari Catera Kelantan Tulisan Datuk Perdana Menteri Kelantan Nik Mahmud bin Nik Ismail untuk
pembelajaran sekolah di Kelantan pada 1933-1934

Dari apa yang dipaparkan ini, jelas ia begitu memeningkan berikutan setiap salasilah yang dikeluarkan
mempunyai perbezaan dan jelas ia begitu bercelaru. Perkara ini menjadi semakin sukar untuk
mengesahkan mana satu yang benar. Penulis juga menghadapi masalah yang sama berikutan bukan
semua sumber rujukan dapat kita telaah dari sumber asli, yang kami perolehi semuanya daripada
sumber Internet.

Maklumat dari PKRJK

Kerajaan Jembal disebut diasaskan oleh Raja Besar yang berketurunan daripada Raja Bersiong seorang
Raja yang memerintah Kedah pada abad ke-14. Raja Besar dan pengikutnya mengembara mencari
tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri. Baginda telah mendirikan kota di tepi Sungai Babong, Pulau
Melaka. Sekitar kota itu terdapat sepohon pokok Jambu Jembal yang besar, justeru beliau telah
menamakan kota tersebut sebagai Kota Jembal.

Pada 1638, Raja Besar telah menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya. Dinyatakan terdapat 7 orang
zuriat Raja Sakti ini iaitu:

Raja Adiluddin (Raja Loyar)


Raja Bahar (Raja Udang)
Raja Omar (Raja Ekok)
Raja Sungai
Puteri Sayu Bari
Puteri Unang Melor
Puteri Cempaka Bongsu

Pada 1649, Raja Loyar telah ditabalkan sebagai Raja memerintah Kelantan, adik beradiknya yang lain
dilantik sebagai pembesar antaranya:

Raja Bahar sebagai Bendahara


Raja Omar sebagai Raja Muda
Raja Sungai sebagai Temenggong

Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya, baginda dikatakan memiliki sifat kesaktian dengan berdarah
putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit Hitam, lidah fasih dan air liur masin.

**Catatan seterusnya berkisar tentang Raja Loyor dan akan kami kupas dalam pengisahan yang
seterusnya.

Maklumat dari Blog Bingkisan Anak Bani Jawi

Artikel berkenaan Raja Sakti dikupas dengan mendalam oleh admin blog Bingkisan Anak Bani Jawi dan
anda boleh ikuti kupasan berkenaan perkara ini pada pautan ini. Dalam penulisan ini boleh kita ambil pati
perbincangan dalam artikel blog tersebut bahawa admin berkenaan menyatakan bahawa terdapat dua
(2) Raja Sakti iaitu:

Raja Sakti I : Nik Jamaluddin, Datu Kelantan yang pertama.


Raja Sakti II : Raja Vijaya Indra / Long Betong

Artikel tersebut menyatakan bapa Long Betong iaitu Sultan Abdul Kadir 161-1632 mempunyai dua orang
isteri. Perkahwinan kedua ini dilangsungkan berikutan perkahwinan pertama tidak dikurniakan zuriat.
Bagaimanapun, selepas perkahwinan kedua itu, isteri yang pertama telah mengandung seterusnya
melahirkan seorang putera. Perkara ini telah menerbitkan perasaan iri hati isteri muda, dan telah
bertindak mengambil anak tersebut secara diam-diam dan diletakkan di perdu pohon buluh betong di
sebuah hutan. Berdukacitalah Sultan Abdul Kadir dan Permaisurinya itu, dengan takdir Allah s.w.t.
baginda Sultan telah bermimpi bahawa puteranya masih hidup dan selamat. Dalam mimpi tersebut
baginda mendapat petanda berkenaan puteranya itu, berkulit cerah, mempunyai bulu roma songsang
dan lelangit mulutnya berwarna hitam.

Bagaimanapun, blog ini banyak menghuraikan kisah Raja Sakti dengan begitu terperinci dan ia telah
menjadi rujukan ramai pengamat sejarah negeri Kelantan. Kami juga merujuk kepada blog ini kerana
artikel-artikel yang diterbitkan begitu menyakinkan. Walaupun susur galur Raja Sakti tidak dapat
dipastikan dengan kemas, sumbangannya dalam pemerintahan Kelantan dan Patani yang perlu kita
pandang serius.

Sumbangan Raja Sakti

Pada tahun 1649, Siam telah menyerbu ke dalam Kota Cabang Tiga yang menjadi pusat pemerintahan
Kesultanan Patani yang pada waktu itu diRajai oleh Ratu Kuning. Angkatan perang Patani pada masa
itu berada dalam keadaan goyah. Raja Sakti bersama angkatan perang telah naik membantu Patani
yang juga penaung kepada kerajaan Jembal di Kelantan. Pimpinan Raja Sakti telah menguatkan kembali
gabungan angkatan tentera dari Kelantan dan Patani dan mereka telah berjaya menghalau askar Ayuthia
hingga ke dalam kota mereka.

Kejayaan Raja Sakti ini telah membolehkan beliau ditabalkan sebagai Raja Patani menggantikan Ratu
Kuning pada 1650. Sumber menyatakan bahawa pertabalan Raja Sakti adalah tepat pada masanya
kerana beliau berketurunan Sultan Qunbul yang disebut sebagai pendiri Kesultanan Patani. Setelah
beliau ditabal sebagai Raja Patani, kerajaan Jembal pula telah dipangku oleh anakandanya yang
bernama Raja Loyor.

Pertabalan Raja Sakti ini telah melahirkan pemerintahan Dinasti Kelantan dalam Kesultanan Kelantan
buat pertama kalinya. Pada masa tersebut terdapat 43 buah negeri yang bersekutu dalam Patani yang
dikenali sebagai Patani Besar itu. Selain itu terdapat juga beberapa buah negeri yang dirajai oleh waris
pemerintah Kesultan Champa yang menyelamatkan diri daripada ancaman Dai Viet yang telah
menguasai negeri mereka. Raja Sakti telah memerintah Patani dan seluruh Kelantan selama 12 tahun
(1650-1662) dan negeri ini berada dalam keadaan aman damai buat seketika. Setelah beliau mangkat,
Raja Loyor telah ditabal menggantikan bapanya sebagai Raja Besar Patani, namun pemerintahan beliau
tidak lama.

Royal Ark.net menyatakan Raja Sakti telah berkahwin dengan anak angkat Raja Bersiong
iaitu Tuan Puteri Mani Kemenyan dari Kedah, mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu:

Tuan Besar
Raja Loyor / Raja Jembal
Raja Umar / Sultan Kelantan

Kesimpulan

Pada 3/12/ 2013 kami pernah menerbitkan artikel berkenaan Raja Sakti itulah sebenarnya asas kami
mula menyelidik Sejarah Raja-Raja Kelantan. Hingga kini pun, data dan maklumat yang tepat tentang
Raja Sakti tidak dapat kami putuskan. Pertubuhan Kerabat Raja Jembal sendiri masih dalam pengkajian
berkenaan susur galur sejarah mereka. Apa yang kami nukilkan di sini adalah berdasarkan kepada
maklumat yang sedia ada. Kami tidak boleh capai perkara yang diluar pengetahuan, jika itu dilakukan
ianya menggambarkan seolah-olah kisah ini direka-reka atau telah ditokok tambah. Kisah Raja Sakti dan
Raja Loyor perlu kita perhalusi untuk kita terus mengambil isi penting. Penulisan ini tidak boleh memihak
berikutan ia juga berkait dengan sejarah Kesultanan negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Melaka dan
Johor serta beberapa Kesultanan di Sumatera dan Jawa.

Rujukan:
Blog Tengku Azhar
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait
Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan
Royal Ark.net
Bingkisan Anak Bani Jawi
http://pp-sk.blogspot.nl/2013/12/patani-kelantan-episod-3-raja-sakti.html
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/06/sirah-patani-langkasuka-1649-1785.html

[Siri 26]
Waris Raja Sakti Pemerintah Kelantan&Patani

Pendahuluan

Sumber sejarah Kelantan semasa dan selepas Raja Sakti sungguh mengelirukan. Kesukaran untuk
merungkainya seakan menemui jalan buntu. Cross Reference (Rujuk Silang) satu teknik dalam
memahami fakta-fakta sejarah telah kami lakukan. Kita telah maklum semenjak 1520 lagi Kelantan telah
bersekutu dengan Patani dan membentuk Patani Besar. Ia adalah satu pemerintahan berbentuk
persekutuan dan dinyatakan terdapat 43 negeri telah bersekutu di bawah Patani Besar. Justeru, latar
belakang sejarah Kelantan juga bergantung sepenuhnya kepada perkembangan negeri Patani. Pasang
surut dan turun naiknya pemerintahan Patani mempengaruhi secara langsung sejarah negeri Kelantan.
Kekeliruan sejarah Kelantan boleh dikaitkan dengan geo-politik Patani itu sendiri. Kerana itu, penulisan
ini akan menyoroti pemerintahan Patani secara ringkas untuk kita merungkai sejarah Kelantan.

Patani

Sejarah awal Patani tidak dapat kita jelaskan dengan lanjut kerana sumber asasnya hilang jejaknya
ekoran negeri ini telah dijajah oleh Siam. Nama negeri ini kerap timbul dalam hikayat-hikayat lama dan
ia menyakinkan ramai pengkaji bahawa negeri ini wujud megah suatu masa dahulu. Sejarah awalnya
menyatakan ia adalah pecahan daripada sebuah negara silam Langkasuka yang dikaitkan dengan
Kedah serta lagenda Merong Mahawangsa.

Sayyid Nurul Alam telah memimpin angkatan perang dengan bantuan Melaka dan Acheh pada 1470
menghalau kedudukan Ayuthia di Semenanjung dalam usaha membebaskan Chermin yang diceroboh
pada 1467. Kejayaan Sayyid Nurul Alam telah menyakinkan Sultan Melaka pada masa tersebut untuk
menyokong perlantikan beliau sebagai Raja Patani dengan gelaran Sultan Qunbul bagaimanapun pada
tahun yang sama juga (1470) beliau dicatat telah mangkat.

Sumber : Sejarah Kerajaan Melayu Patani, Ibrahim Syukri


(Petik pautan ini untuk bacaan penuh)
Ibrahim Syukri dalam buku Sejarah Kerajaan Melayu Patani menyatakan bahawa Kerajaan Patani
didirikan oleh Raja Seri Wangsa yang pada masa tersebut belum lagi memeluk Islam. Dalam penulisan
tersebut, dinyatakan Patani wujud sezaman dengan penubuhan Kerajaan Singapura dan Melaka.
Setelah kemangkatan Raja Seri Wangsa, puteranya Raja Anthira yang kemudiannya telah memeluk
Islam dengan disaksikan oleh seorang ulama dari Pasai yang bernama Syeikh Safiyy al-Din yang
kemudiannya dilantik sebagai Guru Agama dan diberi gelar kebesaran iaitu Datuk Sri Raja Fiqih. Raja
Anthira telah ditabalkan semula mengikut tatacara Islam setelah itu, beliau telah dimasyhurkan dengan
gelaran Sultan Muhammad Syah.

Pemerintahan Sultan Muhammad Syah, Patani telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Melaka
dalam usaha kedua-dua kerajaan sama-sama membangun, namun ditakdirkan Melaka telah runtuh pada
1511 dan dikuasai oleh Portugis. Patani telah menjalin hubungan yang baik dengan Portugis kerana
pada masa itu disebut Patani tidak mempunyai kelengkapan senjata api seperti mana Portugis.

Hal ini telah membuatkan Patani muncul sebagai negeri di semenanjung menggantikan fungsi Melaka.
Patani pada masa tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan Pasai yang juga berada pada
kemuncak kegemilangannya. Kejatuhan Melaka telah menyebabkan negeri naungannya berpecah dan
mula mencari tempat berpaut yang lain. Justeru, pada 1520 Kelantan yang dirajai oleh Sultan Mansur
Syah telah bersekutu dengan Patani untuk membentuk Patani Besar dalam mempertahankan
kedaulatannya. Sejajar dengan itu, Sultan Muhammad Syah telah melantik Nik Jamaluddin bin Wan Abul
Muzaffar sebagai wakil beliau dengan pangkat Datu Kelantan yang pertama dan memerintah bersama-
sama dengan Sultan Kelantan. Nik Jamaluddin menjalankan tugas sebagai Datu Kelantan secara rasmi
pada 1521 ketika Sultan Gombak ditabal sebagai Sultan Kelantan ekoran kemangkatan ayahandanya
Sultan Mansur Syah pada tahun tersebut.

Raja Muzaffar telah dipercayai telah ditabal sebagai Sultan Patani dengan gelaran Sultan Muzaffar
Syah pada 1540 menggantikan bapanya yang telah mangkat, beliau telah melantik adindanya Raja
Mansur sebagai Raja Muda dan waris daripada Datuk Sri Raja Fiqih sebagai para pembesarnya. Patani
pada waktu itu berada dalam keadaan yang makmur dikunjungi oleh pedagang dari Barat (Portugis) dan
Timur (China dan Jepun). Sebagai usaha memartabatkan lagi Patani, Raja Muzaffar telah berangkat
untuk melawat negara jiran yang sedia maklum sebagai sebuah negara yang kuat iaitu Siam-Thai.
Dukacitanya, delegasi Patani itu dipandang enteng kerana Raja Siam menanggap martabat Patani tidak
sama taraf dengan mereka. Perkara ini telah memberi kesan mendalam kepada Raja Muzaffar terhadap
keangkuhan Raja Siam itu.

Pada 1563, Ayuthia telah diserang oleh Burma dan perkara ini telah diketahui oleh Sultan Muzaffar,
beliau telah mengambil peluang ini untuk membalas akan kesombongan Raja Siam itu. Patani telah
menyediakan 200 kapal perang seribu orang tentera dan seratus orang perempuan sebagai persiapan
untuk melancarkan serangan. Pemerintahan Patani telah ditinggalkan kepada seorang pembesar yang
dipercayai, manakala hampir kesemua pembesar dan Raja Mudanya iaitu Raja Mansur juga berangkat
untuk menyerang Ayuthia. Pada masa yang sama permaisuri Sultan sedang sarat mengandung.

Takdir Allah s.w.t. Sultan Muzaffar telah mangkat dalam serangan tersebut, sewaktu itu permaisuri
almarhum Sultan belum lagi melahirkan kandungannya itu. Para pembesar Patani telah sepakat untuk
menabalkan Raja Muda Patani, Raja Mansur sebagai Sultan Mansur Syah. Almarhum Sultan Muzaffar
syah mempunyai seorang putera yang dikenali seabgai Raja Bambang namun beliau tidak layak untuk
ditabalkan sebagia Sultan kerana beliau adalah putera Sultan dengan seorang Gundik. Selang beberapa
lama, permaisuri almarhum telah selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama Raja Patik
Siam. Sembilan tahun memerintah Patani, akhirnya Sultan Mansur telah mangkat dan meninggalkan dua
orang putera iaitu Raja Bahadur dan Raja Bima (anak hasil dari seorang gundik). Almarhum Sultan
Mansur telah berwasiat sekiranya beliau mangkat, anak saudaranya Raja Patik Siam haruslah ditabalkan
sebagai Sultan.

Para kerabat diRaja dan pembesar telah menyempurnakan wasiat tersebut dan menabalkan Raja Patik
Siam sebagai Sultan Patani dengan gelaran Sultan Patik Siam yang ketika itu baru berusia sembilan
tahun. Perkara ini telah menimbulkan perasaan cemburu yang melampau kepada Raja Bambang hingga
beliau telah bertindak membunuh Sultan Patik Siam ketika baginda berseorangan. Raja Bambang juga
akhirnya telah meninggal ditikam oleh hulubalang istana.

Ekoran daripada peristiwa malang ini, para pembesar dan kerabat diRaja telah mengambil kata putus
untuk menabalkan Raja Bahadur, putera almarhum Sultan Mansur sebagai Raja Patani dengan
dimasyhurkan sebagai Sultan Bahadur Syah. Setelah sekian lama memerintah berlaku perselisihan
antaran Sultan Bahadur dengan kekandanya Raja Bima, perselisihan ini menjadi melarat-larat sehingga
Raja Bima telah belot kepada Sultan Bahadur. Akhirnya, Raja Bima telah bertindak menikam dari
belakang Sultan Bahadur semasa baginda bersemayam di Istananya. Tikaman itu telah membunuh
Sultan Bahadur, Raja Bima juga turut mati ditikam oleh hulubalang istana.

Perisitwa ini mengulangi apa yang berlaku terhadap Sultan Patik Siam yang mangkat ditikam. Sultan
Bahadur Syah hanya mempunyai tiga orang puteri iaitu Raja Hijau, Raja Biru dan Raja Ungu. Buat sekian
kalinya pembesar dan kerabat diRaja Patani Besar telah bersidang dan mereka bersetuju
menabalkan Raja Hijau merajai Patani menggantikan Sultan Bahadur Syah yang mangkat secara tiba-
tiba itu. Pada 2013 kami telah menerbitkan artikel berkenaan raja-raja perempuan Patani yang dikenali
sebagai Ratu Pelangi.

Raja Hijau dicatat mula memerintah pada 1584-1616 jika kita perhatikan pada 1616 ia sama tarikh
dengan kemangkatan Sultan Samiruddin bin Nik Jamaluddin yang memerintah Kelantan yang
kemudiannya digantikan oleh anaknya Raja Abdul Kadir. Dapat kita simpulkan bahawa pemerintahan di
Kelantan yang dahulunya sebagai wakil Raja Patani kini sudah bertukar menjadi satu Kesultanan yang
berdaulat dan mereka tidak lagi terikat dengan Patani walaupun Kelantan masih kekal dalam
Persekutuan Patani Besar. Saat ini juga Siam telah melancarkan siri serangan ke atas Patani namun
mereka tidak berjaya kerana pertahanan Patani sangat ampuh kerana mereka memiliki tiga meriam
keramat iaitu Sri Maharaja, Sri Patani dan Sri Negara. Meriam ini disebut sebagai senjata yang paling
maju di Asia Tenggara pada masa tersebut. Pemerintahan Raja Hijau telah digantikan oleh adiknya Raja
Biru dan kemudian diteruskan oleh Ratu Ungu.

Setiap penggiliran kuasa antara tiga orang Raja Perempuan ini, Patani menjadi makin lemah. Pada 1635,
Raja Kuning telah ditabalkan menjadi Raja Patani menggantikan bondanya yang telah mangkat Raja
Ungu. Saat ini, Patani berada dalam keadaan yang paling lemah. Tentera Siam telah berjaya merempuh
masuk hingga ke Kota Cabang Tiga. Saat inilah Raja Sakti telah menghulurkan bantuan dan angkatan
perang Melayu yang diketuai beliau telah berjaya menghalau askar-askar Siam jauh ke dalam Kota
Ayuthia. Kejayaan beliau dalam menghalau Siam itu telah memberi kepercayaan kepada pembesar dan
kerabat DiRaja Patani untuk menabalkannya sebagai Raja Patani pada 1632. Kedudukan Raja Sakti di
Kota Jembal pula telah digantikan oleh puteranya, Raja Loyor. 1649, Raja Sakti telah mangkat dan
takhtanya digantikan oleh Raja Loyor mengikut heirarki. Kisah selanjutnya mengenai Raja Loyor boleh
anda ikuti pada pautan ini.

Waris Raja Sakti

Terdapat kecelaruan maklumat mengenai waris Raja Sakti ini. Ada pertindihan maklumat dan sumber
rujukan juga tidak konsisten menyebabkan kekeliruan yang sukar untuk dirungkai. Kami telah
mendapatkan pendapat ketiga dan merumuskan bahawa terdapat usaha-usaha dari pihak tertentu yang
tidak dapat dipastikan telah mencampur adukan maklumat berkenaan Raja Sakti, bagaimanapun
pengisahan ini harus diteruskan. Justeru, kami telah mengambil keputusan untuk mengikuti salasilah
sepertimana yang telah diterbitkan dalam buku Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa
Penting terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan tulisan Allahyarham Ustaz Abdullah Mohamed
(NAKULA).

Salasilah tersebut menyatakan bahawa dua orang waris Raja Sakti (beliau dinyatakan mempunyai 7
orang zuriat) yang memainkan peranan dalam Sejarah Negeri Kelantan iaitu:

Raja Bahar
Raja Omar

Raja Bahar

Susur galur beliau lebih kepada jurai keturunan Kesultanan Patani kerana beliau telah berkahwin dengan
Raja Mas Kelantan. Maklumat mengenai Raja Bahar juga mengelirukan seolah-olah ianya tersimpul mati.
Sungguh pun begitu, pasangan ini merupakan pemerintah Patani pada penghujung kurun ke-17. Kami
pernah mengulas mengenai perkara ini tidak lama dahulu seperti di pautan ini.

Raja Omar

Tiada sumber sahih yang dapat memutuskan siapa beliau yang sebenar, sesetengah sumber
menyatakan beliau merupakan anak ketiga kepada Raja Sakti. Pada awalnya beliau ditabal sebagai Raja
Jembal, dan cuba menduduki takhta Patani namun percubaan beliau gagal. Beliau mempunyai 4 orang
zuriat iaitu:

Raja Kechil Sulong / Raja Kota Teras


Raja Ngah [Raja Hudang] / Tebing Tinggi Pusaran Buah
Raja Sakti / Ditabal Sultan Kelantan menggantikan Raja Omar
Raja Nah
Raja Sakti

Beliau merupakan keturunan terakhir daripada jurai Nik Jamaluddin bin Wan Abul Muzzafar yang
memerintah Kelantan. Seperti Raja-Raja di atas, kisah beliau juga penuh kesamaran dan sukar untuk
disahkan. Pada pengisahan ini kami hanya sampaikan tentang maklumat yang sedia ada dan boleh
dicapai semua orang. Raja Sakti ini dinyatakan hanya mempuyai seorang puteri yang bernama Raja
Pah.

Pemerintahan Kelantan seterusnya disambung oleh waris dari jurai keturunan Nik Mustafa yang
mempunyai pertalian darah dan keturunan yang sama iaitu dari Sayyid Ali Nurul Alam / Sultan
Qunbul. Hal ini berlaku apabila Raja Pah telah berkahwin dengan Long Bahar dan seterusnya telah
menitihkan keturunan Kesultanan Kelantan yang ada pada masa sekarang.

Justeru untuk memahami perpindahan kuasa pemerintahan Kelantan kepada jurai keturunan Nik
Mustafa, Raja Champa, kami akan berundur semula kepada pengisahan tentang kegemilangan Champa
dan menghuraikan dengan lebih jelas susur galur beliau.

Rujukan:
http://pp-sk.blogspot.nl/2013/12/patani-kelantan-episod-raja-pelangi.html
http://www.geocities.ws/prawat_patani/bab2.htm
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 27]

Legasi Nik Mustafa (Sultan Abdul Hamid Syah) Dinasti Campa

Pendahuluan

Siri pengisahan yang ke 26 telah kami nyatakan bahawa pemerintahan Kelantan pada keturunan Raja
Sakti telah beralih kepada waris dari keturunan Nik Mustafa yang juga merupakan adik kepada Nik
Jamaluddin, kisah Nik Mustafa ada kami paparkan pada [Siri 20]. Peralihan tampuk pemerintahan ini
berlaku apabila Raja Pah (keturunan Nik Jamaluddin) berkahwin dengan Long Bahar (keturunan Nik
Mustafa).

Kegemilangan

Pengisahan yang ke 20, kami telah menyentuh tentang ketokohan Nik Mustafa. Beliau dan abangnya,
Nik Jamaluddin telah dilantik sebagai Datu oleh Sultan Muhammad Syah (Phya Tu Intira), abangnya
telah telah dilantik sebagai Datu Kelantan dan beliau sebagai Datu Jambu. Bapa mereka adalah Wan
Abul Mustafa dan datuk mereka adalah Raja Champa iaitu Wan Bo Tri Tri.

Pada tahun 1570, Campa telah diceroboh oleh Dai Viet dan hal ini telah diketahui oleh Nik Mustafa yang
berada di Jambu. Beliau telah menghantar bantuan ketenteraan ke Champa, bagaimanapun usaha itu
menemui kegagalan. 7 tahun kemudian, pada 1577 sekali lagi Nik Mustafa menghantar bantuan
kenteraan ke Campa dari Patani seramai 10,000 orang dan dibantu dengan angkatan perang dari
Kelantan seramai 5,000 orang. Kelantan pada masa tersebut telah dirajai oleh Sultan Adiluddin putera
kepada Nik Jamaluddin.

Misi serangan ini telah berjaya menghalau Dai Viet dari Campa hingga mereka berundur ke Kota Hue
malah angkatan perang Nik Mustafa ini juga telah menyerang Kota Dai Viet tersebut dan hal ini telah
membebaskan Campa dari ancaman pencerobohan.

Atas kejayaan ini, Nik Mustafa telah ditabal menjadi Raja Campa dan dimasyhurkan dengan nama Sultan
Abdul Kadir Syah pada 1578. Beliau memerintah Campa selama 49 tahun dan telah mangkat pada 1637.
Almarhum mempunyai tiga orang putera iaitu:

Nik Badrulsalam
Nik Ibrahim
Nik Ali

Nik Badrulsalam telah dilantik sebagai Raja Singgora yang kini menjadi sebahagian daripada Thailand.
Beliau juga disebut sebagai pengasas kepada keluarga DiRaja Singgora dari abad 17 hingga 18.

Nik Ibrahim pula telah dilantik sebagai Datu Kelantan pada 1634, tetapi tidak lama kemudian beliau telah
dipanggil pulang ke Campa berikutan kemangkatan Sultan Abdul Kadir Syah serentak dengan itu beliau
telah ditabal sebagai Raja Patani menggantikan tempat ayahandanya.
Nik Ali walaupun tidak dilantik sebagai pemerintah, beliau juga merupakan individu yang berpengaruh
dalam Kesultanan Patani. Beliau telah diberi kepercayaan oleh Sultan Patani untuk memimpin angkatan
perang Patani sebagai Panglima Agong Tentera Patani dengan gelaran Datuk Maharajalela.

Warisan

Paling mencuri tumpuan adalah Nik Ibrahim kerana beliau dilantik sebagai Datu Kelantan semasa
pemerintahan Sultan Abdul Kadir 1632-1646. Pada waktu itu keturunan Nik Jamaluddin sebagai Datu
Kelantan sudah melangkaui kuasa wakil Patani kerana mereka telah ditabalkan sebagai Raja Kelantan.
Justeru, dengan pengaruh Sultan Abdul Jalil Syah yang pernah menjadi Datu Jambu dan sokongan
daripada Sultan Patani, Nik Ibrahim telah dilantik sebagai Datu Kelantan pada 1634.

Long Bahar yang berkahwin dengan Raja Pah merupakan cucu kepada Nik Ibrahim, inilah signifikan
untuk kita ketahui susur galur Long Bahar ini kerana dari beliaulah turunnya keturunan Kesultanan
Kelantan.

Kesimpulan

Untuk memahami Kesultanan Kelantan pada hari ini, adalah menjadi perkara utama untuk kita mengenali
asal keturunan Long Bahar, justeru kisah Nik Mustafa perlu kita perhalusi dengan mendalam.
Pengisahan yang lalu kami menghuraikan pemerintah Kelantan daripada keturunan Nik Jamaluddin yang
menurunkan kerabat Raja Jembal, dinasti ini akhirnya telah tamat semasa pemerintahan Raja Sakti II
yang tidak berputera dan akhirnya ia telah diperintah oleh Dinasti Campa yang dimulakan oleh Long
Bahar dari keturunan Nik Mustafa melalui proses perkahwinan. Pengisahan berikutnya akan
dibentangkan mengenai Nik Ibrahim.

Hiasan : Bunga Cempaka Putih.... adakah ianya inspirasi kepada nama Campa.
Rujukan:
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 28]

Sultan Ibrahim / Po Nrop (Raja Champa 1637-1684)

Pendahuluan

Memahami Sejarah Raja-Raja Kelantan telah membawa kita untuk mengenali beberapa kerajaan lama
yang pernah wujud di Nusantara antaranya Sriwijaya, Majapahit, Langkasuka (Chermin), Patani dan
Campa. Satu sahaja lagi kerajaan tua yang mempunyai kaitan dengan sejarah Kelatan belum kami
kisahkan dengan mendalam iaitu Campa.

Usia kerajaan Campa ini lebih tua jika dibandingkan dengan Sriwijaya. Ia wujud bersama-sama
dengan Funan. Nama-nama kerajaan ini memang janggal pada pembacaan mereka yang baru
mengenali sejarah tua Bangsa Melayu, namun inilah hakikatnya yang perlu kita ketahui. Kerajaan tua
Campa pada asalnya menganut agama Hindu kemudian bertukar menjadi kerajaan beragama Budha
dan akhirnya kerajaan ini telah diperintah oleh Kesultanan Islam semenjak dipimpin oleh Wan Bo Tri Tri.

Wan Bo hanya memerintah Campa selama tujuh tahun, kemudian telah menyerahkan tampuk
pemerintahan kepada waris yang lebih berhak. Selama memerintah, beliau dilihat untuk mengembalikan
keamanan kepada Campa yang sebelum itu telah diceroboh oleh Dai Viet. Sebelum pemerintahan Wan
Bo, Campa telah menerima kedatangan Islam, namun rakyatnya masih ramai beragama Budha.
Penerimaan rakyat Campa kepada Islam secara total berlaku setelah Campa diserang.

Campa berada dalam keadaan aman dan damai serta usaha pengukuhan agama Islam berlangsung
dengan giat, keadaan ini berterusan sehingga 1570 apabila ia sekali lagi diserang oleh Dai Viet. Raja
Campa telah ditawan dan mangkat dalam tawanan. Hal ini mengundang simpati kerajaan serantau
terutama Patani yang mempunyai pertalian darah dengan kerajaan Campa. Datu Jambu, Nik Mustafa
telah menghulur bantuan pada 1578 dengan dibantu oleh perajurit dari Kelantan. Usaha Nik Mustafa
menemui kejayaan dan beliau telah berjaya membebaskan Campa dan atas usaha itu beliau telah ditabal
sebagai Raja Campa dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Syah. Beliau memerintah Campa selama 59
tahun dari 1578-1637.

Zuriat

alMarhum Sultan Abdul Hamid mempunyai tiga orang putera iaitu:

Nik Badrulsalam, beliau telah dilantik sebagai Raja Singgora yakni sebahagian negeri dalam
Persekutuan Patani Besar. Beliau juga dinyatakan sebagai pendiri Kerabat Singgora dari kurun ke-17
hingga 18.

Nik Ibrahim, beliau telah diperkenankan oleh Sultan Patani untuk dilantik sebagai Datu Kelantan pada
1634, bagaimanapaun tiga tahun selepas itu beliau telah ditabal sebagai Raja Patani menggantikan
tempat marhum ayahandanya pada 1637.
Nik Ali, beliau disebut tidak merajai mana-mana negeri. Namun beliau telah diberi kepercayaan oleh
Sultan Patani sebagai Panglima Agong Tentera Patani dengan gelaran Dato Maharajalela.

Pemerintahan Nik Ibrahim

Pada awalnya beliau telah dilantik sebagai Datu Kelantan oleh Ratu Ungu (1624-1635) yang waktu itu
memerintah Patani. Perlantikan beliau bermungkinan dibuat untuk mengekalkan hagemoni Patani di
Kelantan berikutan semua datu yang dilantik telah membuka City States yang tersendiri di Kelantan
berikutan masing-masing telah berasimilasi dalam Kesultanan Kelantan yang sedia ada melalui
perkahwinan.

Perlantikan Nik Ibrahim oleh Patani juga adalah satu cara Kerajaan Patani untuk mengukuhkan
hubungan serantau dengan Campa berikutan Patani pada masa tersebut menghadapi ancaman hebat
daripada Siam. Semasa perlantikan Nik Ibrahim, Campa pada masa itu sedang diperintah oleh Sultan
Abdul Hamid Syah yang pernah menjadi Datu Jambu, justeru hal ini juga satu pengiktirafan kepada
Campa.

1637, Sultan Abdul Hamid Syah telah mangkat, jika diikutkan heirarki sepatutnya Nik Badrulsalam yang
patut ditabalkan sebagai Raja Campa. Namun hal tersebut tidak berlaku sebaliknya Nik Ibrahim telah
ditabalkan menggantikan ayahandanya itu. Tidak dapat kami pastikan punca hal ini berlaku, namun
sudah tersurat Nik Badrulsalam ditabal sebagai Raja Singgora.

1653, angkatan tentera Sultan Ibrahim yang juga dikenali sebagai Po Ibrahim telah menyerang
kedudukan Dai Viet (Annam) namun serangan itu telah dipatahkan. Tambah malang, Dai Viet telah
melancarkan serangan balas dan telah menawan beberapa kawasan Campa dan menamakannya
sebagai Tran Tuan Thanh.

1684, Dai Viet telah melancarkan serangan secara besar-besaran ke atas Campa. Serangan kali ini telah
memaksa Po Ibrahim berpindah ke Kelantan bersama-sama rakyatnya. Ini juga salah satu kenapa wujud
satu nama tempat di Kelantan yang bernama Pengkalan Chepa (sebutan dari tulisan jawi). Kemudian
beliau telah belayar ke Kemboja dan bermaustautin di Kampung Brek Bak seterusya merancang untuk
meneruskan penentangan terhadap Dai Viet di Pandurangga. Sultan Ibrahim telah mangkat di kampung
tersebut atas faktor usia yang telah lanjut, Campa pula masih dalam penguasaan Annam.

Waris

Po Ibrahim mempunyai dua orang putera iaitu:

Wan Muhammad Amin


Wan Daim (anak saudara : putera kepada Nik Badrulsalam)

Wan Muhammad Amin telah dilantik menggantikan ayahandanya sebagai Raja Campa oleh Regim
Nguyen dengan gelaran Po Jatamuh sementara bapa dan adiknya Wan Daim belayar menyelamatkan
diri ke Kelantan. Campa terpaksa membayar ufti kepada Dai Viet berikutan kekalahan mereka. Dalam
tahun 1684 juga Po Jatamuh telah mangkat.

Regin Nguyen telah melantik Wan Daim sebagai Raja Campa menggantikan kekandanya. Beliau telah
dianugerahkan gelaran kebesaran Po Top oleh Regim Nguyen.

Kesimpulan
Sultan Ibrhim semasa hayatnya dikenali dengan pelbagai gelaran antaranya, Po Ibrahim / Ong Chai Nyek
/ Po Nrop semua gelar tersebut adalah kebesaran yang dibakai oleh kerajaan di daratan Asia Tenggara.
Belia mempunyai hubungan yang erat dengan Kesultanan Patani dan Kesultanan Kelantan. Dari beliau
juga lahir keturunan Kesultanan Kelantan. Campa di bawah pemerintahan beliau cuba bangkit dan
mengembalikan kegemilangannya. Namun, ia telah menemui kegagalan hingga menyebabkan ia
terjajah, begitulah suratan takdir yang harus kita terima.

Gambar Hiasan : Negara Campa

Rujukan:
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/01/champa-bumi-jawi-iii.html
http://ibnurusydi.blogspot.nl/2011/06/champa-negara-melayu-yang-hilang-dari_11.html
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 29]

Wan Daim Raja Champa Terakhir 1684-1692

Pendahuluan

Wan Daim merupakan anak saudara kepada Sultan Ibrahim yang cuba mengembalikan kegemilangan
Campa yang bebas dan merdeka. Beliau bersama-sama bapa saudaranya cuba untuk menjayakan
aspirasi tersebut. Malang usaha mereka menemui kegagalan malah lebih mendukacitakan Campa juga
telah terjajah. Bapa saudaranya telah mangkat ketika mereka sedang berusaha menentang Annam dari
Kemboja. Sepupunya Wan Muhammad Amin telah dilantik sebagai Raja Campa oleh Regim Nguyen dan
harus membayar ufti kepada Dai Viet.

Regim Nguyen melantik pula Wan Daim sebagai Raja Campa yang baru dengan gelaran Po
Top. Pemerintahan beliau lebih kepada Kerajaan Boneka Annam. Beliau sekadar mempunyai gelaran
raja tetapi tidak mempunyai kuasa untuk memerintah. Perkara ini jelas tidak memihak kepada orang-
orang Melayu Campa, kerana itu Wan Daim cuba membebaskan Campa dari Annam.
Usaha Pembebasan

Pada 1692, Wan Daim telah merancang untuk melancarkan pemberontakan menuntut Wilayah Kauthara.
Rancangan beliau adalah melancarkan pemberontakan dari arah Pandurangga dan dibantu oleh
seripahan pengikut Nik Ibrahim dari sempadan Kemboja. Sebelum serangan itu dilancarkan, Regim
Nguyen terlebih dahulu berjaya menghidu pergerakan tersebut. Tentera Dai Viet telah mengepung
kedudukan tentera Campa dari tiga arah menyebabkan tentera Campa terperangkap dan terpaksa
berundur dan semenjak itu penduduk Melayu di Campa mula membawa diri ke wilayah Melayu yang lain
di Nusantara.

Wan Daim dan keluarganya telah membawa diri ke Patani. Campa pula seterusnya diperintah oleh Raja
Boneka yang dilantik oleh Regim Nguyen. Berkahirlah pemerintahan Islam berdaulat di Campa. Hingga
kini masih terdapat masyarakat Melayu Cham namun mereka hanya menjadi minoriti, mereka tersebar
ke merata tempat paling ramai di Kemboja seterusnya di Patani dan Kelantan.

Wangsa Raja Nama Sebenar Memerintah Mangkat


Sri Mara Ou Lian 192–?
?
Wangsa I ?
Fan Xiong fl. 270
Fan Yi c. 284 – 336
Fan Wen 336–349
Fan Fo 349–?
Bhadravarman I Fan Huta fl. 377
Wangsa II
Gangaraja Fan Dizhen
Manorathavarman
Fan Diwen mangkat c. 420
Fan Yang Mai I Fan Yangmai c. 420 – c. 431
Fan Yang Mai II Fan Duo c. 431 – c. 455
Fan Shencheng c. 455 – c. 484
Fan Danggenchun c. 484 – c. 492
Wangsa III Fan Zhunong c. 492 – c. 502
Fan Wenkuan
c. 502 – c. 510
or Fan Wenzan
Devavarman Fan Tiankai c. 510 – c. 526
Vijayavarman c. 526/9
Rudravarman I c. 529 ?
Sambuvarman Fan Fanzhi c. 605
Wangsa IV Kanharpadharma Fan Touli c. 629 ?
Bhasadharma Fan Zhenlong ? 640–
Bhadresvaravarman 645–?
Isanavarman (wanita) died 653
Vikrantavarman I Zhuge Di 653–?
Vikrantavarman II c. 686 – c. 731
Rudravarman II c. 731/58
Prithindravarman ? 758–?
Satyavarman c. 770/87
Wangsa V
Indravarman I c. 787/803
(Panduranga)
Harivarman I c. 803/17 > ?
Vikrantavarman III ? -c. 854
Indravarman II c. 854/98
Jaya Sinhavarman I c. 898/903
Jaya Saktivarman
Bhadravarman II fl. 910
Wangsa VI (Bhrigu) Indravarman III c. 918 – 959
Jaya Indravarman I 959– < 965
Paramesvaravarman I < 965–982
Indravarman IV 982–986's
Lieou Ki-Tsong, of Annam c. 986 – 989
Harivarman II c. 989–
Yan Pu Ku Vijaya c. 999/1007
Harivarman III fl. 1010
VII Dynasty
Patamesvaravarman II fl. 1018
Vikrantavarman IV ?–1030
Jaya Sinhavarman II 1030–1044
Jaya
1044–?
Wangsa VIII Paramesvaravarman I
(Selatan) Bhadravarman III ?–1061
Rudravarman III 1061–1074
Harivarman IV 1074–1080
1080–1081, 1086–
Jaya Indravarman II
Wangsa IX 1114
Paramabhodhisatva 1081–1086
Harivarman V 1114–1139
Wangsa X Jaya Indravarman III 1139/45
Rudravarman IV (Sembah
1145–1147
Kemboja)
Wangsa XI
Jaya Harivarman I 1147–1167
Jaya Harivarman II 1167
1167–1190, died
Jaya Indravarman IV
1192
Suryajayavarman
(Sembah Kemboja di 1190–1191
Vijaya)
Suryavarman (Sembah
1190–1203
Kemboja di Pandurang)
Jaya Indravarman V (di
1191
Wijaya)
Cam Bốt thuộc 1203–1220
Wangsa XII Jaya
1220 – c. 1252
Paramesvaravarman II
Jaya Indravarman VI c. 1252 – 1265
Indravarman V 1265–1288
Jaya Sinhavarman III 1288–1307
Jaya Sinhavarman IV 1307–1312
Chế Nang (Sembah
1312–1318
Annam)
Chế A Nan 1318–1342
Trà Hoa Bồ Đề 1342–1360
Wangsa XIII
Chế Bồng Nga (Raja
1360–1390
Merah Agung)
Ko Cheng 1390–1400
Jaya Sinhavarman V 1400–1441
Wangsa XIV Maija Vijaya 1441–1446
Moho Kouei-Lai 1446–1449
Moho Kouei-Yeou 1449–1458
Moho P'an-Lo-Yue 1458–1460
Wangsa XV
P'an-Lo T'ou-Ts'iuan 1460–1471
Po Ro Me 1627–1651
Wangsa Selatan Po Niga 1652–1660
Po Saut 1660–1692
Po Saktirai da putih 1695–1728
Wangsa Poh Sakti Po Ganvuh da putih 1728–1730
Raida Puteh,
pemerintah Po Thuttirai 1731–1732
Champa vacant 1732–1735
menyembah ke Po Rattirai 1735–1763
maharaja Nguyễn
Vietnam Po Tathun da moh-rai 1763–1765
Po Tithuntirai da paguh 1765–1780
Po Tithuntirai da parang 1780–1781
vacant 1781–1783
Chei Krei Brei 1783–1786
Po Tithun da parang 1786–1793
Po Lathun da paguh 1793–1799
Po Chong Chan 1799–1822
Senarai Pemerintah Champa : Sumber Sanskarta Melayu

Hubungan dengan Patani

Wan Daim dan ahli keluarganya telah membawa diri dari Campa ke Patani. Keturunan beliau mempunyai
pertalian darah dengan pemerintah Patani, jadi kehadiran beliau telah diterima dengan baik oleh Patani,
malah beliau telah dilantik sebagai Datu Jambu.

Beliau sebenarnya adalah putera kepada Raja Singgora, Nik Badrulsalam. Sebelum berangkat ke
Campa, beliau telah dilantik sebagai Datu Jambu oleh Sultan Patani. 8 tahun beliau telah dilantik sebagai
Raja Campa menggantikan sepupunya hinggalah diusir oleh Regim Nguyen. Justeru beliau telah diterima
kembali sebagai Datu Jambu dan pada kali ini beliau dikenali sebagai Datu Pengkalan Tua.

Beliau mempunyai empat orang putera iaitu:

Tuan Sulung
Tuan Long Nik
Tuan Besar
Tuan Long Senik

Dalam sejarah Kelantan, Tuan Besar adalah individu penting untuk kita fahami. Beliau merupakan
individu yang menurukan keturunan Kesultanan Kelantan pada hari ini kerana beliau merupakan nenda
kepada alMarhum Baginda Long Yunus.

Kesimpulan

Wan Daim merupakan bapa kepada Tuan Besar, sejarah dan maklumatnya tidak kuat jika dikaji dari
perspektif sejarah Kelantan kerana beliau secara tidak langsung muncul dalam salasilah Kelantan kerana
beliau lebih dominan dalam sejarah Campa. Bagaimanapun, selidikan lanjut perlu dilakukan untuk
mengetahui peranan beliau sebelum terkait dalam keturunan Raja-Raja Kelantan. Ramai penyelidik
mengulas akan pengelibatan Tuan Besar dalam sejarah Kelantan hingga dengan jelas kita dapat
mengetahui susur galur beliau. Seterusnya penulis akan mengisahkan mengenai Tuan Besar dan
peranan beliau dalam pemerintahan di Kelantan, Insha Allah!

Rujukan:
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/01/champa-bumi-jawi-iii.html
http://tabutjawi.blogspot.nl/2012/01/champa-bumi-jawi-ii.html
http://sanskartamelayu.blogspot.nl/2013/10/senarai-raja-champa.html
Royal Ark.net
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait
[Siri 30]

Tuan Besar Long Bahar Raja Kelantan 1715 – 1733

Pendahuluan

Hampir setahun yang lalu, kami telah mengisahkan mengenai Tuan Besar Long Bahar, dan bertitik tolak
dari kisah Tuan Besar Long Bahar ini kami sedar perlunya menganalisis sejarah Raja-Raja Kelantan dari
awal. Tertangguh sekian lama, pada saat inilah kami mempunyai ruang untuk membuat analisis
berdasarkan daripada carta salasilah Raja-Raja Kelantan yang dimuatkan dalam buku Keturunan Raja-
Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Penting. Penerbitan artikel ini juga adalah satu usaha untuk
menambah baik artikel sebelum ini.

Kisah Perang Kota Labu merupakan antara epik sejarah Kelantan kerana ia merupakan perang yang
signifikan dalam sejarah Kelatan, ia berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 1758 dan 1762. Namun itu
adalah satu kisah yang berlainan tetapi masih bersusur galur dari pemerintahan Tuan Besar Long Bahar.
Latar belakang Tuan Besar Long Bahar juga dicatat penuh pancaroba dan duka lara.

Dari Patani, beliau turun dan membawa diri ke Kelantan. Awalnya beliau adalah raja di Patani, kisah
dinegeri tersebut penuh duka lara, lalu membawa diri ke Kelantan bersama puteranya. Di Kelantan telah
berkahwin dengan anak Raja, dan membuka penempatan di satu tempat yang kini kawasan tersebut
dalam kawasan Wakaf Bharu.

Kisah Hidup

Beliau merupakan putera kepada Wan Daim Datu Pengkalan Tua. Beliau disebut telah mengahwini Raja
Mas Kelantan yang juga puteri kepada Raja Bakal Sultan Patani (1688-1690). Pada waktu itu, Raja Bakal
telah lanjut usianya dan tidak lama kemudian beliau telah mangkat. Para pembesar Patani sepakat
memilih Raja Mas Kelantan sebagai Raja. Saat ini beliau telah pun berkahwin dengan Long Bahar.

Semasa pemerintahan Raja Mas Kelantan, Patani berada dalam keadaan yang genting kerana diancam
oleh Siam yang semakin berpengaruh. Pelbagai usaha telah dijalankan dan yang paling penting adalah
untuk mengukuhkan hubungan serantau dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Tindakan yang paling
utama telah dibuat oleh Raja Mas Kelantan dengan melantik Tun Zainal Abidin anak Bendahara Johor
yang juga merupakan anak angkat beliau sebagai Sultan Terengganu.

1707, Raja Mas Kelantan telah mangkat selepas 17 tahun memerintah Patani, perkahwinan beliau
dengan Long Bahar telah menitihkan dua orang zuriat iaitu:

Nang Roqaiya (Che Puan Besar)*(Penambahan)


Long Sulaiman

Dewi Perachu

Pembesar Patani sebulat suara memilih Dewi Perachu sebagai Raja Patani menggantikan kedudukan
bondanya yang telah mangkat dengan gelaran Raja Nang Chayang. Lapan tahun selepas itu, Raja Nang
Chayang telah menyerahkan takhta Patani kepada ayahandanya Long Bahar pada 1715. Hal ini jelas
telah menimbulkan kemarahan kepada pembesar Patani. Pada 1716, Long Bahar telah menyerahkan
semula takhta Patani kepada Raja Nang Chayang lalu membawa diri ke Kota Jembal di Kelantan
bersama-sama anak lelakinya Long Sulaiman.

Pada masa tersebut, Kota Jembal diperintah oleh Raja Omar yang juga Sultan Kelantan.
Kedatangan Long Bahar ke Kota Jembal sangat dialu-alukan, malah Raja Omar memperkenankan
puterinya Raja Pah untuk berkahwin Long Bahar. Raja Omar mempunyai seorang lagi zuriat lelaki yang
dikenali sebagai Raja Kecil Sulong.

Selepas perkahwinan dengan Raja Pah, Long Bahar telah memohon perkenan daripada Raja
Omar untuk membuka sebuah penempatan baru, permohonan tersebut telah diperkenankan dan Long
Bahar telah meneroka satu kawasan di seberang Sungai Kelantan lalu diberi nama penempatan tersebut
sebagai Kota Kubang Labu pada 1717, semenjak dari itu, Long Bahar telah dikenali sebagai Tuan Besar.

Pada 1721, Raja Omar telah mangkat dan meninggalkan pemerintahan Kota Jembal dengan tiada
kepastian khusus siapa perwaris mutlak. Hierarki pemerintahan mestilah dipegang oleh waris lelaki dan
dalam perkara ini Raja Kecil Sulong lebih berhak untuk ditabalkan sebagai Raja. Namun catatan sejarah
menyatakan bahawa Raja Kecil Sulong ini sayangkan rakyatnya yang mendiami Kota Teras yang beliau
rajai buat sekian lama. Hal ini telah menyebabka Tuan Besar Long Bahar dilantik sebagai Raja Jembal
menggantikan Sultan Omar pada 1721.

Kota Kubang Labu pula ditadbir oleh putera beliau, iaitu Long Sulaiman. Long Bahar memerintah di Kota
Jembal selama 12 tahun dan mangkat pada 1733. Beliau memperoleh seorang putera hasil perkahwinan
dengan Raja Pah iaitu Raja Yunus yang kemudiannya telah ditabal sebagai Raja Patani hingga 1749.

Kesimpulan

Kisah hidup Tuan Besar Long Bahar penuh liku dan mengalami pelbagai pancaroba, namun seperti
kisah raja-raja, ianya berakhir dengan kegembiraan setelah menghadapi perjalanan hidup yang
memedihkan. Seterusnya, Siri Pengisahan Raja-Raja Kelantan akan menyoroti pemerintahan Long
Sulaiman.

Gambar Hiasan : Makan Sultan Omar


Gambar Hiasan : Papan Tanda ke Makan Sultan Omar

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Pattani
http://pp-sk.blogspot.nl/2013/11/perang-kota-kubang-labu-1.html
http://artmelayu.blogspot.nl/2011/05/makam-tomb-of-raja-udang.html
http://lloni.wordpress.com/2009/10/03/kota-kota-yang-pernah-ujud-di-kelantan/
http://tenteraberkuda.blogspot.nl/2013/07/ziarah-9-ramadhan-1434-bahagian-2-makam.html
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 31]

Paduka Sri Raja Long Sulaiman (Utara Kelantan) 1733-1739 & 1746-1756

Pendahuluan

Siri ke 30 yang lepas telah dikupaskan mengenai penubuhan Kota Kubang Labu oleh Long
Bahar. Sebelum membuka kota tersebut, Long Bahar mempunyai kisah yang penuh dengan ranjau. Asal
beliau adalah golongan bangsawan yang tinggal di Istana Patani. Pergolakkan dalaman Istana telah
membuatkan beliau membawa diri bersama-sama puteranya (Long Sulaiman) dari Patani ke Kota
Jembal di Kelantan. Di tempat baru ini, beliau telah diperkenankan oleh Sultan Omar, Raja di Kota Jembal
untuk berkahwin dengan puterinya Raja Pah.

Sebelum Tuan Besar Long Bahar membawa diri ke Kota Jembal, beliau merupakan suami kepada Raja
Mas Kelantan yang telah dilantik oleh para pembesar Patani sebagai Raja. Kemudian Raja Mas Kelantan
telah mangkat, dari perkahwinan ini beliau telah dikurniakan tiga orang anak iaitu:
Nang Roqaiya (Che Puan Besar)
Tuan Wan Anom Long Sulaiman
Nang Chayang (Raja Dewi Perachu)

Manakala dari perkahwinan dengan Raja Pah, Long Bahar telah dikurniakan seorang putera iaitu:

Tuan Long Yunus.

Pada permulaanya beliau telah dilantik sebagai Datu Charakan dan kemudiannya telah dilantik sebagai
Raja Patani dengan gelaran Sri Paduka Sultan Haji Yunus.

Kami mengambil kesempatan pada ruangan ini untuk menambah sedikit pengisahan berkenaan zuriat
Long Bahar yang bernama Nang Roqaiya kerana kisahnya pada sisi sejarah Kelantan sering tenggelam,
walhal beliau juga seorang individu penting dalam memahami sejarah serantau (Pantai Timur
Semenanjung).

Sumber kajian genealogi menyatakan bahawa Nang Roqaiya adalah puteri kepada Long Bahar melalui
perkahwinan dengan Raja Mas Kelantan. Beliau telah dikahwinkan dengan Paduka Sri Sultan Zainal
Abidin I bin Dato Bendahara Tun Habib Abdul Majid. Pada pengisahan yang lepas Tun Zainal Abidin
adalah anak angkat kepada Raja Mas Kelantan dan beliau telah dilantik sebagai Sultan di Sungai
Terengganu. Begitulah yang diulas dalam sumber sejarah Patani, setelah penelitian dijalankan,
perlantikan Tun Zainal Abidin tidak dijalankan secara ringkas sebaliknya ia berserta dengan ikatan
perkahwinan yang nanti akan melahirkan pertalian darah.

Perkahwinan Nang Roqaiya (Che Puan Besar) dengan Paduka Sri Sultan Zainal Abidin I telah
melahirkan keturunan pemerintah Terengganu. Untuk rekod, Sultan Zainal Abidin I mempunyai 4 orang
isteri dengan 7 orang putera dan 6 orang puteri. Nang Roqaiya adalah Sultanah Terengganu.

Latar Belakang Long Sulaiman

Sumber sejarah Kelantan menjelaskan bahawa Long Sulaiman adalah putera yang dibawa bersama-
sama Long Bahar ketika membawa diri ke Kota Jembal. Sesudah Long Bahar berkahwin dengan Raja
Pah, beliau membuka Kota Kubang Labu. Tidak lama kemudian, Sultan Omar yang juga ayahanda
kepada Raja Pah telah mangkat dan tempatnya di Kota Jembal telah digantikan oleh Long Bahar
semenjak itu beliau dikenali sebagai Tuan Besar. Beliau telah melantik anakandanya Long
Sulaiman sebagai pemerintah di Kota tersebut, manakala beliau memerintah di Kota Jembal.

1746, beliau telah ditabalkan menjadi Raja Kota Jembal setelah ayahandanya, Long Bahar mangkat. Hal
ini membuatkan beliau menjadi pemerintah bagi kedua-dua kota iaitu Kota Kubang Labu dan Kota
Jembal beliau telah digelar sebagai Paduka Sri Raja.

Long Sulaiman mempunyai seorang putera dan dua orang puteri iaitu:

Tuan Long Yunus


Tuan Wan Dewi
Tuan Wan Kembang

Pada masa beliau ditabalkan menjadi Raja, Kelantan pada waktu mempunyai beberapa City States yang
lain seperti Kota Teras, Kota Mahligai, Kota Salor dan Kota Limbat cuma yang paling dominan dalam
sejarah Kelantan adalah Kota Kubang Labu dan Kota Jembal.
Kemangkatan Long Sulaiman sebenarnya menjadi persoalan. Banyak kisah Raja-Raja Kelantan
menyatakan bahawa Long Sulaiman mangkat dalam perebutan kuasa antara menantunya Long
Deraman, yang juga perwaris Kerajaan Legeh pada 1756. Hal ini berlainan dengan apa yang tercatat
dalam Royal Ark.net. Sumber tersebut menyatakan bahawa dalam perebutan kuasa itu, Long Deraman
telah merampas kuasa dan Long Sulaiman telah disingkirkan dari takhta, beliau hanya mangkat pada
tahun 1798. Satu lagi isu misteri dalam susur galur sejarah Kelantan.

Sejarah umum Kelantan menyatakan bahawa setelah Long Sulaiman mangkat dalam perebutan takhta,
Long Deraman telah pulang ke Legeh dan Kota Kubang Labu telah diserahkan kepada Long
Pandak merangkap sepupu Long Sulaiman, anak kepada Tuan Sulung yang merupakan adik beradik
Tuan Besar Long Bahar. Penyerahan kuasa ini berlangsung pada 1756, namun ia telah tamat pada 1758
dalam satu peperangan epik dalam Sejarah Kelantan yang diingati sebagai Perang Kota Kubang Labu
I dan disusuli dengan Perang Kota Kubang Labu II di mana perang ini telah melibatkan Long Yunus yang
juga putera kepada Long Sulaiman.

Kesimpulan

Menyoroti Pemerintahan Long Sulaiman di Kota Jembal dan Kota Kubang Labu sebenarnya telah
memberi gambaran bahawa, semenjak kehancuran Patani Besar, City States yang dahulu bersekutu kini
dalam keadaan tidak teratur, segala peraturan dan undang-undang telah dilangkaui dengan sewenang-
wenangnya. Reman dan Legeh cuba menunjukkan penguasaan ke atas negara kota sekitar yang jauh
dari pengaruh Siam, seperti Kota Kubang Labu dan Kota Jembal. Kerana itu dapat kita lihat, bagaimana
Long Deraman boleh menyerahkan kuasa kepada Long Pandak seolah-olah tiada kuasa yang
menghalang.

Apa yang jelas di sini adalah, tiadanya penaung ke atas negeri-negeri tersebut makan negeri itu akan
hilang kedaulatannya. Apabila itu berlaku, makan negeri akan berada dalam keadaan kucar kacir,
seterusnya akan menghuru harakan negeri. Faktor inilah yang menyumbang kepada jati diri rakyat dalam
negeri tersebut.

Rujukan:
http://www.royalark.net/Malaysia/treng2.htm
http://pp-sk.blogspot.nl/2013/11/perang-kota-kubang-labu-1.html
Royal Ark.net
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 32]

Paduka Sri Sultan Long Yunus 1763-1795

Pendahuluan

Kisah Long Yunus sentiasa mendapat tempat dihati segenap lapisan rakyat Kelantan. Beliau sentiasa
diingati, ramai juga mengetahui latar belakang beliau secara kasar memandangkan dari beliau lahirlah
waris Kesultanan Kelantan pada hari ini. Seperti yang kita sedia maklum, Long Yunus adalah putera
kepada Long Sulaiman yang disebut sebagai mangkat dalam perebutan kuasa dengan Long Deraman,
setelah itu Kelantan berada dalam keadaan interregnum iaitu satu tempoh perpindahan kuasa.
Sewaktu tercetusnya perebutan kuasa antara Long Sulaiman dengan menantunya Long Deraman, beliau
memegang tampuk pemerintahan di Kota Kubang Labu dan Kota Jembal. Setelah Long Sulaiman
disingkirkan, Long Deraman telah pulang ke Legeh dan pemerintahan di Kota Kubang Labu diserahkan
kepada Long Pandak.

Ketika inilah berlaku tempoh perpindahan kuasa dari legasi pemerintah asal (Long Sulaiman) kepada
keturunan pemerintah yang lain (Long Pandak), keadaan ini pastinya mencentuskan suasana huru hara
dan kacau bilau dalam negeri. Pemerintah bertelagah dan rakyat hidup dalam keadaan sengsara,
pembangunan negeri juga terbantut. Pemerintahan Long Pandak di Kota Kubang Labu disebut amat
menekan rakyat hingga ada sumber menyebut pemerintahan beliau adalah satu pemerintahan yang
zalim, dan ia mendapat simpati dari lapisan pemimpin yang lain dan ia berlaku hingga menimbulkan
perasaan kurang senang pada Long Pandak.

Siapa Long Pandak

Long Pandak merupakan cucu Wan Daim Datu Pengkalan Tua sama seperti Long Sulaiman dan Long
Deraman mereka semua adalah sepupu dan boleh dijelaskan seperti berikut:

Long Sulaiman bin Long Bahar Raja Kota Jembal bin Wan Daim
Long Deraman bin Long Nik Datu Pujud bin Wan Daim
Long Pandak bin Long Sulung Datu Kelantan Barat bin Wan Daim

Jawatan Datu telah kita ketahui bahawa ia adalah anugerah daripada Kesultanan Patani, bagaimanapun
pada waktu kemelut di Kelantan, Patani telah ditakluk secara total oleh Siam, malah Kedah juga pada
masa ini dalam jajahan Siam. Justeru, tidak hairan keadaan kacau bilau berlaku di Kelantan pada era
itu. Long Pandak sebenarnya mempunyai perhubungan erat dengan kerajaan Melayu lain, hal ini dapat
dijelaskan, bahawa beliau telah dianugerahkan dengan gelaran Dato Sri Maharaja oleh Sultan Sulaiman,
Sultan Johor pada 7 Januari 1741. Beliau juga telah berkahwin dengan sepupu yang juga adik kepada
Long Deraman iaitu Tengku Ngah (Puteri Neng Mas).

Perluasan kuasa secara total mungkin menjadi punca utama kenapa berlaku perebutan kuasa antara
Long Deraman dengan Long Sulaiman, walaupun mereka mempunyai pertalian darah yang dikukuhkan
dengan hubungan erat melalui perkahwinan. Setelah Long Sulaiman disingkirkan maka wujud satu
kawasan yang merangkumi Legeh-Pujud-Kota Kubang Labu-Jembal namun gabungan ini masih lemah
dan tidak dapat dipastikan secara mutlak siapa penguasa yang sebenar. Long Deraman di Legeh, Long
Pandak di Kota Kubang Labu-Jembal, dan Long Nuh di Pujud.

Satu maklumat yang dapat diketengahkan mengenai pemberian Kota Kubang Labu oleh Long Derahman
kepada Long Pandak, adalah atas faktor hubungan yang erat antara Kesultanan Johor dengan beliau,
dan perkara ini menjadi satu langkah yang signifikan untuk mengekalkan kedaulatan negeri, dan bagi
pihak Johor juga hubungan dua hala antara kerajaan di sebelah utara juga penting untuk mendapatkan
bantuan dan sokongan kerana mereka juga menghadapi ancaman serantau pada masa tersebut.

Justeru, kedudukan Long Pandak di Kota Kubang Labu adalah penting dalam pemerintahan Long
Derahman, namun ibarat pepatah Panas yang terik di pagi hari tidak berpanjangan, mendung mega
berarak sebelah petangnya. Hubungan erat antara Long Deraman dengan Long Pandak seperti berkerat
rotan berpatah arang mereka akhirnya berperang sesama sendiri.

Perang Kota Kubang Labu 1


Perang ini antara Long Deraman dan Long Pandak ini diingati oleh ramai rakyat Kelantan dan mereka
mengenal perang ini sebagai Perang Kota Kubang Labu. Sejarah menyatakan ia berlaku sebanyak dua
kali dan kedua-duanya melibatkan Long Yunus dan Long Ghafar. Perang antara Long Pandak dengan
Long Deraman ini tercetus ekoran pembunuhan Tengku Ngah (Puteri Neng Mas) isteri Long Pandak
yang juga adik kepada Long Deraman. Pembunuhan Neng Mas ini disebut berlaku atas perasaan
cemburu dan tindakan tidak bertimbang rasa Long Pandak yang menuduh dengan melulu isterinya itu
telah bermukah dengan Long Ghafar.

Long Ghafar adalah putera kepada Raja Reman, dan juga merupakan sepupu kepada Long Deraman.
Long Ghafar ini pula disebut bersahabat baik dengan Long Yunus, putera kepada Long Sulaiman. Satu
kemungkinan dapat ditimbulkan di sini, adakah salah faham Long Pandak terhadap isterinya, Neng Mas
merupakan satu konspirasi? Hal ini mungkin sahaja benar, kerana semua amat maklum Long Ghafar
seperti adik beradik dengan Long Yunus mereka juga ada pertalian darah kemungkinan besar, kedua
sahabat ini sedang berusaha untuk memulihkan kuasa pemerintahan seperti mana dipegang oleh Long
Sulaiman yang telah disingkirkan.

Pada sekian waktu, Long Ghafar telah diamanahkan oleh ayahandanya untuk melawat Terengganu.
Beliau telah berangkat bersama-sama Long Yunus dalam perjalanan itu, mereka telah singgah di Kota
Kubang Labu untuk melawat Puteri Neng Mas, kebetulan pada waktu itu Long Pandak telah keluar dari
kota untuk berburu. Menjadi kelaziman anak-anak bangsawan memakai pakaian yang segak dihiasi
aksesori tertentu, salah satu darinya adalah Kain Cindai. Guna kain tersebut adalah sebagai perisai dan
ianya dibuat dengan tenunan dari bahan yang tertentu. Puteri Neng Mas telah tertarik dengan Kain Cindai
yang dipakai oleh Long Ghafar kerana ia satu hasil tangan yang unik dengan namanya yang disebut
sebagai Kain Cindai Chepa Melaka dan meminta untuk ditiru corak kain tersebut. Tanpa keberatan, Long
Ghafar telah menyerahkan kain cindai yang dipakainya kepada sepupunya itu, hal ini telah disaksikan
oleh Long Yunus. Kerana kesuntukan masa, Long Ghafar dan Long Yunus telah berangkat ke
Terengganu dan meninggalkan kain tersebut untuk ditiru coraknya.

Sekembali Long Pandak dari perburuan, beliau telah menemui Kain Cindai yang dipinjamkan oleh Long
Ghafar kepada isterinya itu lantas tanpa usul periksa beliau telah menuduh isterinya bermukah (zina).
Serentak dengan itu, Long Pandak telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap isterinya, tidak cukup
dengan itu jenazah Neng Mas telah diaibkan dengan membelah perutnya serta mengikat jenazah tadi
pada belakang Neng Malai, seekor gajah yang dihadiahkan oleh Long Deraman kepada beliau.
Perbuatan Long Pandak sunggguh hina dan memalukan, dan perkara ini telah diketahui oleh Raja Legeh
(Long Deraman) dan Raja Reman.

Long Deraman telah mengetuai angkatan perang dari Legeh, manakala Long Ghafar pula mengepalai
pasukan askar daripada Reman. Tecetuslah perang di Kota Kubang Labu pada 4 September 1758, Long
Deraman telah menikam mati Long Pandak sebagai balasan berlaku kejam terhadap adinda beliau. Long
Deraman telah melantik Raja Muda Kota Kubang Labu, Long Muhammad yang juga adik kepada Long
Pandak sebagai Raja Kelantan dengan syarat beliau berlaku adil kepada semua rakyat di Kubang Labu
hingga ke Kota Teras dan Kota Senang.

Tamat perang dan perlantikan Raja Kelantan yang baru, Long Ghafar dan Long Yunus telah pulang ke
Terengganu, manakala Long Deraman terus memerintah di Legeh. Situasi ini jelas tidak memihak
kepada pemerintah asal dari keturunan Long Sulaiman dan pasti mereka merencana untuk
mengembalikan tampuk pemerintahan yang sebenar.
Perang Kota Kubang Labu 2

Perang ini meletus disebabkan Long Muhammad telah menyerang hendap Long Ghafar dan Long Yunus
di Kuala Besut yang dalam perjalanan pulang ke Kelantan setelah membantu Sultan Mansur 1, Sultan
Terengganu mengalahkan serangan Bugis. Serangan Long Muhammad itu berjaya dipatahkan kerana
Long Ghafar dan Long Yunus telah dibantu oleh hulubalang Terengganu, ekoran itu dua sahabat tersebut
telah merangka serangan balas ke atas Long Muhammad di Kota Kubang Labu. Peperangan kali ini
berlangsung secara sistematik di mana ia pertama kali menyaksikan rakyat Kelantan bersatu bersama-
sama pemimpin mereka bangkit menentang kebatilan yang berpunca dari pemerintah.

Sejarah merekodkan, serangan pada Julai 1763 diketuai oleh Long Yunus dan Long Ghafar yang
dibantu oleh angkatan perang Sultan Mansur 1, Sultan Terengganu (1733-1794) dan ia turut disertai
oleh:

Penghulu Adas dan pahlawan dari Kadok


Long Ghafar dan Pahlawan dari Jeram, Pasir Puteh
Mandur Mis atau Tuan Khomis serta Pahlawan dari Kubang Garong
Long Yunus dan Panglima serta hulubalang Terengganu

Serangan dilancarkan dari tiga arah, iaitu dari arah

Pengkalan Lisir yang dilancarkan oleh angkatan Long Ghafar


Pengkalan Gong Chipa serangan dilakukan oleh angkatan Long Yunus
Pengkalan Kebun dilakukan oleh angkatan perang Penghulu Adas dan Mandur Mis

Kota Kubang Labu yang diperintah oleh Long Muhammad telah menyedari akan diserang oleh Long
Yunus dan Long Ghafar yang mendapat bantuan Terengganu. Long Deraman telah turun dari Legeh
bersama-sama angkatan perangnya untuk menghulurkan bantuan kepada Long Muhammad di Kota
Kubang Labu.

Long Ghafar telah menentang Long Muhammad dari arah Timur (Pasir Pekan), Long Yunus pula
berhadapan dengan Long Deraman dari arah Selata (orang yang telah menyebabkan ayahandanya Long
Sulaiman disingkirkan dari Kota Kubang Labu pada 1756). Penghulu Adas dan Mandur Mis pula disaingi
dengan sengit oleh Panglima Umar Kampung Laut dari arah Utara. Serangan ini berlangsung selama
beberapa hari.

Akhirnya, Long Muhammad telah mangkat akibat tikaman dari hadapan oleh Long Ghafar, Long
Deraman pula telah mengalami kecedaraan yang parah ekoran terkena lembing yang dilontar oleh Long
Yunus dan telah mangkat sewaktu diselamatkan oleh panglima dan hulubalang Legeh. Panglima Umar
juga mengalami nasib yang sama. Perang ini tamat pada 12 Julai 1763 berikutan kemangkatan Long
Muhammad dalam serangan ini.

Dua Versi

Versi Long Ghafar menyatakan bahawa selepas tamat perang Kota Kubang Labu II, beliau telah
membuka Kota Jelasin, setahun selepas itu beliau memindahkan pusat pentadbiran di Limbat pada tahun
1762, saat ini bermula gelar Kelantan sebagai Negeri Kerat Lintang berikutan pembahagian sebahagian
Kelantan antara beliau dengan Long Yunus. Pembahagian ini dilakukan sebagai mengenang sumbangan
Long Yunus dalam Perang Kota Kubang Labu. Sungai Pasir Tumboh menjadi sempadan antara negeri
yang dikerat lintang ini.

Versi Long Yunus pula menyatakan setelah tamat perang Kota Kubang Labu, Long Ghafar telah
mencadangkan agar Long Yunus ditabal sebagai Raja seluruh Kelantan menggantikan Long Muhammad
yang telah mangkat. Pembesar Kota Kubang Labu telah bersetuju dengan cadangan Long Ghafar dan
ditabalkanlah Long Yunus sebagai Sultan Kelantan pada 12 Julai 1763.

Waris

Semasa Long Yunus mengikuti rombongan Long Ghafar ke Terengganu, beliau telah dikahwinkan
dengan Tuan Inche Jumat, Cik Puan Balai Dua anak perempuan kepada Engku Tanang Wangsa
Terengganu sebelum 1741 dan berkahwin buat kali kedua dengan Encik Tuan Nawi puteri ke tujuh
Sultan Mansur I, Sultan Terengganu pada 1793.

Beliau mempunyai 7 orang Putera dan 6 orang Puteri berlainan ibu antaranya:

Putera
Tengku Tuan Long Pandak, Raja Muda Kok Keranji
Tengku Long Yusuf, pemerintah Bukit Panjor
Tengku Tuan Long Muda, pemerintah Bukit Marak
Tengku Long Ismail, Raja Muda Kampung Laut
Tengku Long Zainal, Raja Bendahara Banggol
Tuan Long Muhammad, Sultan Muhammad 1 (1800-1835)
Tengku Long Tan, Tengku Temenggong Aria Pahlawan di Galas

Puteri
Tengku Tuan Namah
Cik Ku Wan Teh
Cik Ku Tila, Engku Puan di Balairong
Cik Ku Tuan Nawi, Cik Puan Kelantan kahwin dengan Tengku Muhammad putera kedua kepada Sultan
Mansur Shah I, Sultan Terengganu.
Cik Ku Wan Penambang
Cik Ku Telor
Cik Ku Wok
Cik Ku Wan Ngah, Tuan Dagang

Setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan Long Yunus pada 1795, pemerintahan Kelantan melalui satu
fasa yang sulit dan sensitif untuk difahami. Disebut pemerintahan Kelantan telah dirajai oleh Tengku
Muhammad yang juga menantu Long Yunus dari tahun 1795 hingga 1800. Tengku Muhammad telah
berkahwin dengan Cik Ku Tuan Nawi. Lima tahun pemerintahan, beliau telah menyerahkan takhta
Kerajaan Kelantan kepada Long Muhammad pada tahun 1800.

KESIMPULAN

Susur galur Long Yunus memang panjang dan rumit untuk ditafsir kerana pengaruh dan peranan Long
Ghafar juga kuat, berbagai andaian dan kisah telah muncul. Namun, artikel ini wajib menghormati susur
galur Kesultanan Kelantan pada hari ini kerana Baginda Tuanku Sultan dan generasi terdahulu telah
banyak memainkan peranan dalam membentuk Negeri Kelantan sepertimana yang kita lihat hari ini.
Pelan Kedudukan Kota Kubang Labu 1717-1763

Rujukan:
http://pp-sk.blogspot.nl/2013/11/perang-kota-kubang-labu-1.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Terengganu
http://mattrahman.blogspot.nl/2009/11/peristiwa-kota-kubang-labu-ii.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbandingan_Raja_Kelantan_Long_Gaffar_dan_Long_Yunus
http://sejarahkelantan.files.wordpress.com/2012/11/peta-kota-kubang-labu1.jpg
Royal Ark.net
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 33]

Tengku Muhammad Ibni alMarhum Sultan Mansur I 1795-1801

Pendahuluan

Ramai pengamat sejarah negeri Kelantan menyatakan Kesultanan Kelantan pada hari ini adalah dari
keturunan Sultan Terengganu berikutan Tengku Muhammad, putera kedua kepada Sultan Mansur I telah
ditabal menggantikan Long Yunus. Jika kita teliti, bonda kepada Sultan Mansur adalah Neng
Roqaiya yang juga dikenali sebagai Cik Puan Besar di Terengganu. Neng Roqaiya adalah puteri
kepada Long Bahar hasil perkahwinan dengan Raja Mas Kelantan yang pernah ditabal sebagai Raja
Patani.

Secara langsungnya, Sultan Mansur I adalah cucu Long Bahar manakala zuriat beliau adalah cicit
kepada Long Bahar dan ini menyatakan bahawa Kesultanan Kelantan, Terengganu dan Patani serta
Johor mempunyai hubungan yang erat. Justeru, tidak menghairankan kenapa Tengku Muhammad yang
juga suami kepada Che Ku Tuan Nawi (anak Long Yunus dengan Tuan Cik Jumat yang berdarah
bangsawan dari Terengganu) telah menaiki takhta Kelantan setelah kemangkatan Long Yunus.
Dicatatkan, Tengku Muhammad telah ditabal sebagai Pemangku Raja dengan gelaran Yang diPertuan
Muda dari tahun 1795 hingga 1800.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Hubungan Long Yunus dengan Sultan Mansur I sebelum ini sangat akrab, bagaimanapun pada
penghujung pemerintahan Long Yunus, Terengganu telah cuba menyerang Kelantan atas satu sebab
yang tidak dapat dipastikan. Selepas Long Yunus mangkat pada 1795, Terengganu dan Kelantan telah
berperang. Kelantan telah kalah kepada Terengganu dalam kedua-dua serangan ini, pihak Siak telah
membantu Terengganu dalam serangan ini.

Pada 1794, Sultan Mansur I telah mangkat dan Sultan Zainal Abidin II telah ditabal sebagai Sultan
Terengganu. Serangan Terengganu ke atas Kelantan dilakukan semasa pemerintahan Sultan Zainal
Abidin II, dan kekalahan Kelantan juga menyaksikan Tengku Muhammad ibni Sultan Mansur I yang juga
menantu Long Yunus telah ditabalkan sebagai Pemangku Raja dengan gelaran Yang diPertuan
Muda oleh kekandanya, Sultan Zainal Abidin II pada 1795.

Pada 1801, Long Muhammad salah seorang putera Long Yunus telah melancarkan serangan balas untuk
membebaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu. Serangan dilancarkan dari arah Hulu Kelantan,
dan angkatan Long Muhammad juga terdiri daripada penduduk setempat yang berbilang kaum, dan
mereka termasuklah Orang Cina. Serangan tersebut berjaya mengusir Tengku Muhammad dari takhta
Kelantan dan serentak dengan itu Long Muhammad telah menggelarkan diri beliau sebagai Sultan
Muhammad I Khalilullah.

Kesimpulan

Sultan Zainal Abidin II dari Terengganu telah menyerang Kelantan atas sebab yang kita kurang jelas,
persoalan utama, dimana peranan Long Ghafar pada waktu tersebut? Sedangkan ramai yang
mengatakan beliau yang mempunyai kuasa mutlak ke atas Kelantan pada masa tersebut. Serangan dari
Terengganu telah dilancarkan sebanyak dua kali, dan serangan kali kedua telah menyebabkan
kekalahan Kelantan secara langsung hingga Tengku Muhammad ibni Sultan Mansur I telah dilantik
sebagai Pemangku Raja oleh Sultan Terengganu yang juga kekanda Tengku Muhammad.

Dua perkara utama yang harus dipersoalkan dalam artikel ini adalah :

Peranan Long Ghafar dalam menangkis serangan Terengganu


Sebab-sebab Terengganu menyerang Kelantan.

Apa sekalipun, salah seorang Putera Long Yunus, iaitu Long Muhammad telah berjaya mengusir
pengaruh Terengganu dalam istana Kelantan juga melalui serangan yang pastinya telah mengakibatkan
pertumpahan darah. Inilah suratan takdir yang harus kita ambil untuk dijadikan pengajaran untuk masa
mendatang, kuasa yang ada di tangan akan hancur bagaikan debu sekiranya tidak berpegang pada apa
yang telah disuruh Allah s.w.t.

Jata Negeri Terengganu yang telah dilukis oleh


Encik Mohamad Abdul Rahim dan telah
diputuskan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Jumaah Negeri
untuk Kegunaan Rasmi pada 1932.

Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Corak_Pemerintahan_Kelantan_Lampau
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbandingan_Raja_Kelantan_Long_Gaffar_dan_Long_Yunus
http://protokol.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article.php?cid=11&aid=2548
http://www.royalark.net/Malaysia/treng3.htm
Royal Ark.net
Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 34]

Sultan Muhammad I 1801-1835

Pendahuluan

Kelantan yang disatukan oleh Long Yunus telah menjadi berantakan ekoran diserang oleh Terengganu
selepas kemangkatan beliau. Keadaan aman hanya dikecapi selama 32 tahun oleh rakyat Kelantan, kini
negeri ini terjerumus semula dalam kekacauan yang diakibatkan perang. Abang ipar beliau, Tengku
Muhammad telah ditabal oleh Sultan Zainal Abidin II pada 1795 sebagai Pemangku Raja.

Semua jawatan waris Long Yunus telah dilucutkan oleh Tengku Muhammad yang mendapat sokongan
daripada Terengganu dan Siak. Long Muhammad juga tidak terkecuali, kerana pada waktu itu beliau
merupakan Raja di Kubang Labu.
Latar Belakang

Nama asal beliau adalah Long Muhammad ibni alMarhum YM Paduka Sri Sultan Long Yunus. Pada
tahun 1756, beliau telah dianugerahkan untuk memerintah Kota Kubang Labu juga dikenali sebagai
Kelantan Barat. Selepas kemangkatan ayahandanya, beliau telah disingkirkan oleh abang iparnya,
Tengku Muhammad dari pemerintahan di Kubang Labu.

Bonda beliau ialah Encik Jumat, Che Puan Besar seorang bangsawan Terengganu. Baginda Long
Yunus ditakdirkan mempunyai zuriat yang ramai. Bagaimanapun, semasa hayatnya, beliau telah
memberikan kawasan pemerintahan kepada semua puteranya dan ia adalah suatu yang adil walaupun
ada antara mereka mendapat kawasan pemerintahan jauh dari Kota Bharu.

Beliau ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, kerana itu beliau telah digelar sebagai Sultan Mandul,
mengikut catatan sejarah beliau telah berkahwin buat kali kedua dan mempunyai seorang anak, namun
sumber tersebut juga ragu-ragu untuk mengesahkan akan waris daripada beliau, kerana sepanjang hayat
beliau gelaran Sultan Mandul itu kekal pada dirinya.

Sumbangan beliau yang paling besar pada negeri Kelantan adalah kejayaan beliau menyingkirkan
pengaruh Terengganu dari Kota Bharu pada 15 Mei 1801. Seterusnya beliau telah ditabalkan sebagai
Raja dan Yang diPertuan Besar Kelantan pada 17 November 1801.

Sewaktu pemerintahan beliau, keadaan di Kelantan kembali sediakala seperti era pemerintahan Long
Yunus. Sultan Muhammad I telah mangkat pada 25 June 1835 di Pulau Saba, dan dimakamkan di
Makam diRaja Kampung Langgar, Kota Bharu.

Kemangkatan beliau dengan tidak menamakan perwaris yang sah telah menyebabkan Kelantan
sekali perang saudara dalam kerabat Long Yunus. Pembesar dan kerabat Kesultanan Kelantan pada
waktu itu telah bersetuju menabalkan Tengku Long Zainal (Tengku Jenal) sebagai Sultan Kelantan
menggantikan Sultan Muhammad I. Hal ini telah menimbulkan kurang senang dari perwaris-perwaris
Long Yunus yang sememangnya ramai itu.

Kesimpulan

Sultan Muhammad I adalah individu yang paling berpengaruh setelah ayahanda beliau iaitu
alMarhum Sultan Long Yunus, usaha beliau menyingkirkan pengaruh Terengganu di Istana Kelantan
telah melayakkan beliau ditabalkan sebagai Sultan Kelantan. Bagaimanapun, kerana mangkat tidak
menyatakan pengganti yang sah, telah menyebabkan Kelantan kembali kepada keadaan kacau
bilau. Sekali lagi berlaku perebutan kuasa dari waris-waris alMarhum Sultan Long Yunus. Begitulah nasib
negeri ini, sentiasa dirundung malang walau mempunyai kisah yang gemilang. Sesusah mana sekalipun,
rakyat marhaen Kelantan tetap meneruskan kelangsungan survival mereka menjadi manusia kental.
Gambar Hiasan: Istana Kota Lama, merupakan istana yang dibina menggatikan
Istana di Pulau Saba yang telah tenggelam ke dalam Sungai Kelantan.

Rujukan:
Royal Ark.net
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 35]

Tengku Long Zainal Ibni alMarhum Sultan Long Yunus (Long Jenal) Jun-Ogos 1835

Pendahuluan

Kemangkatan Sultan Muhammad I yang tiada berputera malah meninggalkan Kelantan dengan tiada
dinamakan perwaris yang sah telah menyebabkan Kelantan kembali ke kancah perebutan takhta.
Perwaris baginda Sultan dibayangi kesamaran, walaupun baginda di gelar Sultan Mandul sumber
sejarah ada menyatakan beliau mempunyai seorang putera, bagaimanapun ianya tidak dapat disahkan.
Baginda disebut mempunyai dua orang anak angkat yang juga merupakan anak saudara beliau sendiri
iaitu:

Long Senik [Mulut Merah] ibni Tengku Long Tan ibni Long Yunus
Long Bongsu ibni Tengku Long Tan ibni Long Yunus

Long Tan disebut telah mangkat sebelum 1835, justeru menjadi tanggungjawab saudara mara terdekat
seperti Sultan Muhammad I untuk menjaga kebajikkan anak yatim tambahan beliau sendiri tidak
mempunyai zuriat.
Seperti yang kita sedia maklum, Sultan Muhammad 1 bukanlah putera pertama kepada alMarhum Sultan
Long Yunus, baginda berkedudukan putera yang keenam, manakala Tengku Long Zainal adalah putera
kelima. Beliau ditabalkan menjadi Sultan Kelantan kerana dari usaha beliaulah Kelantan telah bebas
daripada pengaruh Terengganu dan bernaung pula di bawah Siam dengan membayar ufti bagi mengelak
ancaman yang mendatang.

Latar Belakang

Beliau telah dilantik sebagai Raja Bendahara Banggul pada 17 November 1801 semasa pemerintahan
Sultan Muhammad I. Pemerintahan Sultan Muhammad I, menyaksikan Kelantan telah bernaung di
bawah Siam untuk mengelakkan serangan serta menamatkan ancaman daripada Terengganu, justeru
untuk mengekalkan hubungan dua hala ini, Raja Siam, Raja Rama I telah menganugerahkan gelaran
Phaya Bangul (Raja Banggul) pada tahun 1812 dan Phra Bidaksha pada 1842.

Long Jenal mempunyai 6 orang anak iaitu:

Tuan Long Abdul Rahman


Tengku Kling
Tengku Tengah (Tuan Tango) menjadi Penasihat Raja Patani sehingga 1890
Tengku Chik suami kepada Tengku Labuh binti Long Muhammad (Raja Patani)
Tuan Long Idris
Engku Lebai

Perang Saudara

Kemangkatan alMarhum Sultan Muhammad I telah menyebabkan berlakunya perebutan dalam tahun
1835 antara waris Sultan Long Yunus iaitu:

Tengku Long Zainal (Long Jenal), Raja Bendahara Banggol


Long Muhammad ibni Tengku Long Ismail, Raja Muda Kampung Laut
Long Senik [Mulut Merah], anak angkat Sultan Muhammad I

Sejurus kemangkatan baginda Sultan Muhammad I, Long Jenal telah mengisytiharkan diri sebagai
pengganti Sultan, perkara ini mendapat tentangan daripada dua pihak iaitu :

Raja Muda Kampung Laut yakni Tengku Long Ismail sendiri dan kemudiannya diteruskan pula oleh
puteranya Long Muhammad.
Long Senik [Mulut Merah] ibni Long Tam yang juga anak angkat kepada Sultan Muhammad I.

Semasa pemerintahan Sultan Muhammad I pada 1801-1835, baginda telah melantik Tengku Long Ismail
(Raja Kampung Laut) sebagai Raja Muda Kelantan. Bagaimanapun, selepas kemangkatan baginda
Sultan Muhammad, Raja Bendahara Banggul, Long Jenal telah mengambil kedudukan sebagai Raja
Kelantan dan menggelar diri sebagai Yamtuan Kelantan.

Dalam sejarah Kelantan menyatakan tempoh ini menyaksikan berlakunya tempoh perpindahan kuasa
yang diistilahkan sebagai Interregnum dan secara rasminya, Long Jenal hanya sempat begelar Raja
Kelantan cuma selama 2 bulan iaitu dari bulan Jun hingga Ogos 1835. Setelah itu, Kelantan telah
mengalami Perang Saudara.

Campur tangan Siam telah dalam kemelut Perang Saudara di Kelantan pada 1838 telah menamatkan
episod duka tersebut dengan Siam telah memihak kepada Long Senik Mulut Merah dan menyokong
beliau menjadi Sultan Kelantan. Tengku Long Ismail, Raja Muda Kampung Laut telah mangkat pada
tahun yang sama dan digantikan oleh puteranya Long Muhammad (Tuan Besar), sebagai Raja Kampung
Laut.

Sebagai kuasa penentu, Raja Rama I telah:

Menabalkan Long Senik Mulut Merah sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad I pada
Julai 1838.

Melantik Long Muhammad (Tuan Besar) Raja Kampung Laut, sebagai Raja Patani.

Menganugerahkan gelaran Phra Bidaksha kepada Long Jenal dan menjadi menteri di Wilayah Nongchik,
Patani dari 1842-1845 dan beliau telah mangkat di sana dan dimakamkan di Makam diRaja Langgar,
Kota Bharu, Kelantan.

Kesimpulan

Kisah pemerintahan Raja Bendahara Bangul, Long Jenal tidaklah panjang memandangkan pada waktu
beliau menggantikan kedudukan Sultan Muhammad I, usianya telah sangat lanjut, cuma pada masa
tersebut beliau mendapat sokongan daripada Tengku Long Ismail, Raja Muda Kampung Laut juga telah
lanjut usia beliau. Keadaan ini meyebabkan Long Senik [Mulut Merah] turut serta dalam perebutan takhta
berikut usianya yang masih muda.

Perang Saudara 1835-1838, tidak akan berlaku dan sejarah negeri Kelantan pastinya berubah sekiranya
Long Jenal tidak menabalkan diri beliau sebagai Sultan. Pelbagai andaian boleh ditimbulkan,
bagaimanapun sejarah bukan sesuatu untuk dirubah dan digubah mengikut rasa hati. Ia harus kita
teladani agar sejarah tidak akan berulang.

Makam Baginda Long Zainal (Long Jenal, Raja Bendaharah Banggol)


ibni Sultan Long Yunus di Makam diRaja Langgar
(Mohon disedekahkan bacaan al-Fatihah)

Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muhammad_I
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muhammad_II
http://ms.wikipedia.org/wiki/Long_Zainal
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rama_%28Raja_Thailand%29
http://artmelayu.blogspot.nl/2011/07/makam-sultan-sultan-kelantan-abad-ke-19.html
Royal Ark.net
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 36]

Sultan Muhammad II 1838-1886

Pendahuluan

Nama Sultan Muhammad II sebenarnya tidak begitu menonjol dalam sejarah Kelantan kerana rakyatnya
lebih mengenali sosok nama Long Senik Mulut Merah. Kisah hidup beliau penuh dengan kontroversi
yang ditimbulkan oleh ramai penulis sejarah kontemporari. Carian maklumat mengenai Sultan
Muhammad II senang diperolehi memandangkan ia banyak ditulis dan diterbitkan secara bercetak atau
elektronik.

Artikel ini ditulis untuk menyoroti secara ringkas mengenai baginda dari aspek sebelum menjadi Sultan
kerana ia adalah satu tempoh yang signifikan untuk kita ketahui kerana pada waktu beliau telah
mencatatkan berlakunya Perang Saudara ekoran perebutan takhta. Selain itu, kami juga akan cuba
menyelidik akan hubungan baginda dengan Siam sehingga pihak tersebut begitu menyebelahi beliau
dalam Perang Saudara 1835-1838 itu.

Latar Belakang

Umum mengetahui, Long Senik Mulut Merah adalah anak angkat kepada Sultan Muhammad I yang
memerintah Kelantan pada 1801-1835. Bapa kandung beliau adalah Long Tan@Long Hitam yang juga
adik kepada Sultan Muhammad. Long Tan telah mangkat sebelum Sultan Muhammad, beliau adalah
orang yang penting dalam membantu Sultan Muhammad menyingkirkan pengaruh Terengganu dari
Istana Kelantan pada 1801.

Long Tan adalah orang yang mendapatkan bantuan orang-orang China di Hulu Kelantan pada masa
tersebut untuk sama-sama menentang pendudukan Terengganu. Setelah berjaya mengusir Terengganu,
Long Tan telah dianugerah Hulu Kelantan sebagai kawasan pentadbiran dengan gelaran Tengku
Temenggong Aria Pahlawan di Galas pada 17 November 1801. Sultan Muhammad pula mendapatkan
sokongan Siam untuk mengukuhkan pemulihan kuasa, setelah itu Kelantan bernaung di bawah Siam
dan membayar Ufti kepada Negara Gajah Putih itu. Hubungan dengan Siam makin kukuh dengan
penganugerahan gelaran kebesaran kepada putera-putera Long Yunus setelah pengusiran Terengganu,
Long Tan turut menerima anugerah dari Siam dimana beliau telah digelar sebagai Phra
Temenggung oleh Raja Rama I pada 1812.

Beliau mempunyai beberapa orang anak iaitu:

Tengku Tuan Sulong


Tengku Long Nik
Tengku Senik
Tengku Long Senik [Mulut Merah]
Tengku Bongsu Bachok
Tengku Raja (Puteri)

Sumber menyatakan setelah Long Tan mangkat, Sultan Muhammad telah menjadikan Tengku Long
Senik Mulut Merah dan Tengku Bongsu Bachok sebagai anak angkat baginda memandangkan beliau
tidak mempuyai zuriat.

1835, Sultan Muhammad I telah mangkat dengan meninggalkan Kesultanan Kelantan tanpa perwaris
yang sah. Keadaan ini telah menyebabkan huru hara ekoran daripada perebutan kuasa antara tiga pihak
iaitu:

Raja Bendahara Banggul, Long Jenal


Raja Muda Kampung Laut, Long Ismail
Anak angkat Sultan, Long Senik Mulut Merah

Di atas kertas kita boleh lihat, sepatutnya Raja Muda yang menaiki takhta kerana beliau adalah
pemangku Raja, dan Bendahara berkedudukan yang kedua selepas Raja Muda. Namun dalam hal ini,
Long Jenal selaku Raja Bendahara telah menaiki takhta Kerajaan Kelantan berikutan beliau adalah
putera alMarhum Sultan Long Yunus yang paling tua yang masih hidup pada masa tersebut. Perkara ini
pula ditentang oleh Long Ismail yang juga Raja Muda pada masa itu, dan tidak ketinggalan Long Senik
Mulut Merah turut serta dalam perebutan kuasa ini, berikutan beliau juga adalah kerabat yang secara
tidak langsung mempunyai hak ke atas takhta.

Perang Saudara

Kemelut perebutan takhta ini telah menyebabkan Kerajaan Siam campur tangan. Siam bertindak selaku
kerajaan penaung memainkan peranan untuk mendamaikan perebutan takhta itu dengan tujuan untuk
mengekalkan keamanan serantau, sekiranya Siam tidak bertindak begitu, berkemungkinan hal tersebut
akan merebak ke negeri Melayu yang juga jajahan Siam di selatan itu.

Siam telah memihak kepada Long Senik Mulut Merah dan menyokong pertabalan baginda sebagai Raja
dan Yang diPertuan Negeri Kelantan disamping memerintah secara bersama dengan Long Jenal pada
Julai 1838. Pada tahun tersebut, Long Ismail, Raja Muda Kampung Laut telah mangkat dan tempatnya
diganti oleh puteranya Long Muhammad yang lebih dikenali sebagai Tuan Besar.

Walaupun baginda mendapat sokongan daripada Siam selaku Sultan Kelantan, baginda masih merasa
curiga terhadap kehadiran putera kepada Long Ismail, Raja Kampung Laut yang juga sepupu baginda
iaitu Tuan Besar, Long Muhammad dalam politik Kelantan pada masa tersebut. Tambahan hubungan
rapat antara Tuan Besar dengan Long Jenal menimbulkan kebimbangan, baginda juga berpendapat
sekiranya Tuan Besar tidak disingkirkan dari politik Kelantan, selagi itulah kedudukan baginda tidak
kukuh. Tuan Besar tidak diberikan jawatan penting dalam Kerajaan Kelantan pada masa tersebut berikut
kebimbangan ini. Terdapat ura-ura untuk melantik Tuan Besar sebagai Raja Bendahara, namun tawaran
itu tidak disampaikan secara langsung kepada beliau, sebaliknya jawatan-jawatan penting di istana
disandang oleh mereka yang bukan daripada kerabat diRaja. Sebaliknya Sultan Muhammad II telah
melupuskan hak Tuan Besar ke atas Kampung Laut, dan ini menjadi punca utama tercetusnya
perang secara terbuka antara Long Senik Mulut Merah dengan Tuan Besar.

Perang Saudara ini juga telah menyebabkan Kapal Dagang dari Singapura terkandas di Kota Bharu dan
secara tidak langsung telah melibatkan campurtangan Inggeris dalam negeri Kelantan. Hal ini ada
dicatatkan dalam buku Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi ke Kelantan. Abdullah Munsyi telah
memperincikan dengan jelas dalam buku tersebut mengenai peperangan yang tiada penghujung itu, apa
yang menyedihkan ianya melibatkan rakyat yang tidak berdosa.

Kedua-dua pihak telah menghubungi Kerajaan Siam untuk menyelesaikan konflik tersebut. Pertengahan
1839, Siam telah menghantar wakilnya untuk berunding dengan kedua-dua pihak namun usaha itu
menemui kegagalan. Tidak lama setelah itu, yakni pada 7 Julai 1839, wakil siam telah datang dengan
sejumlah askar Siam. Ketua Wakil Siam itu telah mengarahkan peperangan itu dihentikan dengan serta
merta dan meminta kedua-dua pihak berangkat ke Songkhla untuk rundingan damai. Setibanya mereka
di Songkhla, Tuan Besar telah diarahkan ke Bangkok untuk menghadap Raja Rama bagi rundingan
secara terus. Dalam hal ini, Siam lebih memihak kepada Long Senik sewaktu Tuan Besar dalam
perjalanan ke Bangkok, baginda telah berpatah balik dengan sejumlah askar Siam dan menjelang Ogos
1839, pertahanan Tuan Besar di Kampung Laut telah berjaya ditumpaskan dan perang saudara itu telah
berjaya ditamatkan.

Pada tahun tersebut, Kerajaan Siam telah memperakui kedaulatan Long Senik dan baginda telah
ditabalkan sebagai Sultan Muhammad II dan telah memberi gelaran Phaya Visit Bakdiya Sri Sultan
Muhammad Ratna Nuchitra Sri Sudhana Buwanabakdi Varman Phya Kelantan (Pipitpakdi Sri Sultan
Muhammad Ratna Nuchit Siti Santun Bua Bahdi Wangsia Pia Kelantan).

Tuan Besar pula telah menerima tawaran Raja Rama untuk menjadi Raja Patani menggantikan Nik Yusuf
yang telah dilantik sebagai Raja Jering dengan hati yang berat memandangkan kuasanya di Kelantan
sudah merosot dan ramai pengikutnya telah berpaling tadah. Long Jenal pula telah dilantik sebagai
Menteri di Wilayah Nongchik dan mangkat di sana.

Hubungan dengan Siam

Hubungan diplomatik antara Siam dengan Kelantan bermula semenjak pemerintahan Sultan Muhammad
I 1801-1835, dan ia berterusan dengan pihak Siam menghulurkan bantuan dan sokongan kepada Long
Senik Mulut Merah mendapatkan takhta Kelantan setelah kemangakatan Sultan Muhammad I.

Setelah Long Senik ditabalkan menjadi Raja Kelantan pada 1838, pengaruh Siam makin kuat malah
Siam lebih memihak kepada baginda dalam konflik pengukuhan kuasa dengan Tuan Besar. Geopolitik
Kerajaan Melayu juga mengalami perubahan ketara kerana pada masa tersebut British telah memainkan
peranan mereka dalam perluaskan kuasa Imperial. Justeru, Siam telah bertindak memberi sokongan
kepada Kelantan untuk mengimbangi kuasa British di Selatan, sekiranya Siam tidak mengambil berat
akan hal ehwal di Kelantan, kemungkinan besar British akan lebih berpeluang menduduki Kelantan.

Perang Saudara 1838, telah memberi isyarat jelas kepada British bahawa Kelantan adalah negeri
naungan Siam tidak seperti negeri-negeri Selat yang telah mereka duduki. Justeru, British tidak memberi
tumpuan yang berat kepada negeri-negeri Pantai Timur.

Setelah tamat perang tersbut, Siam telah meninggikan taraf Sultan Muhammad II dengan gelaran Phraya
Deva Kelantan pada 1845. Kerajaan Siam yang ditadbir oleh Raja Rama V pula telah menganugerahkan
gelaran Phraya Dejanujitha Mahesvara Rajanukula Vibunlayabakdi Sri Sultan Muhammad Rattanatada
Mahaphadana Adikara of Muang Kelantan (Phraya Dechanuchit Mahitsa Rajanukula Wibunlaya Phakdi
Sri Sultan Muhammad Rattanathada Mahapathanathikan Pusamkan Mebun Kelantan) pada 4 Mac 1877.
Setelah mendapat gelaran ini, kedaulatan beliau lebih kukuh

Waris
Sultan Muhammad II dicatakan mempunyai empat orang isteri iaitu:

Sultanah Batoh [To'] binti Tuan Long Yusuf [Tuan Besar], menjadi Sultanah pada 4 Mac 1877
Engku Puteri Neng binti Engku Long Seri, Raja Perempuan Gunung
Nik Embong
Ku Senik Tendong, Raja Perempuan II

Dari perkahwinan tersebut, Sultan Muhammad II telah dikurniakan tiga orang zuriat, dan di sini mendapat
percanggahan antara Royal Ark.net dengan beberapa sumber yang banyak tersebar di internet. Royal
Ark menyatakan Baginda Sultan mempunyai 2 orang Putera dan 1 Puteri seperti berikut:

Tuan Long Ahmad [Tuan Sulong], Tengku Besar, Putera dengan Sultanah Batoh'
Tengku Long Abdul Jaafar [Tuan Long Ghafar], Tengku Temenggung, Putera dengan Ku Senik Tendong
Tengku Putri Cik [Engku Na Nik]

Sumber Internet yang menjadi rujukan umum adalah Wikipedia dan ia turut dimuatkan mengenai perihal
zuriat Sultan Muhammad II, ia menyatakan zuriat baginda adalah 2 Puteri dan 1 Putera seperti berikut:

Tengku Puteri@Long Sulung berkahwin dengan Tengku Ahmad (Terengganu)


Tengku Puteri Che'@Engku Na Nik (Tengku Raja Patani)
Tuan Long Ghafar (Tengku Temenggong/Tengku Petra Dalam Kebun)

Kesimpulan

Long Senik Mulut Merah merupakan satu nama yang menjadi ikon dalam sejarah negeri Kelantan, nama
baginda juga salah satu nama yang sering diingati oleh rakyat Kelantan sepanjang zaman. Baginda
mempunyai kisah berliku dan hidup dalam negeri yang penuh liku dan pancaroba. Beliau benar-benar
diperkaui sebagai Sultan Kelantan pada 1877, dalam tempoh itu Kelantan berada dalam keadaan yang
getir, hingga satu masa orang Inggeris menganggap Kelantan sebagai The Forbidden State berikutan
kawalan ketat yang dikenakan oleh pihak Istana dalam mengekang kemasukan orang luar.

Bagaimanapun, terdapat sedikit percanggahan berkenaan zuriat baginda, walaupun percanggahan ini
kecil tetapi ia memberi impak besar dalam Kesultanan Kelantan hingga ia menjadi satu kontroversi dalam
kalangan kerabat Kesultanan Kelantan dalam dekad 1990an.

Gambar : Senjata ini dikenali sebagai PEMURAS dan ia digunakan dalam


konflik antara Tuan Besar dengan Long Senik Mulut Merah pada 1838.
Rujukan
Buku : Kisah Perlayaran Abdullah Munsyi ke Kelantan 1838
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muhammad_II
http://susorgalor.blogspot.nl/2011/01/istinggar-terakol-pemuras-senjata.html
Royal Ark.net
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 37]

Sultan Ahmad 1886-1890

Pendahuluan

Sebelum tuan-tuan melanjutkan pembacaan mengenai Sultan Ahmad yang memerintah Kelantan dari
1886 hingga 1899, kami ingin mengajak anda sekalian untuk menyoroti keadaan politik
semasa Kelantan. Kelantan menjadi sebuah wilayah naungan Siam selepas Sultan Muhammad I berjaya
menyingkirkan pengaruh Terengganu di Istana Kelantan. Pengaruh Siam semakin dominan dan kuat di
Kelantan semasa pemerintahan Sultan Muhammad II dan Siam juga memainkan peranan penting dalam
menamatkan Perang Saudara 1835-1838.

Jelas di sini, sesiapa yang berjaya meraih kasih sayang dari Bangkok akan mendapat perhatian dan
sokongan yang kuat dari Raja Siam dalam hal pemerintahan negeri. Kerajaan Siam yang berpusat di
Bangkok juga menghadapi ancaman untuk mengekekalkan survival mereka kerana dalam tempoh masa
1800-1900 pengaruh imperialis dari Barat semakin menekan terutama daripada British.

Sultan Muhammad II mempunyai empat orang isteri, bagaimanapun beliau ditakdirkan hanya mempunyai
3 orang zuriat, namun terdapat percanggahan maklumat yang telah dinyatakan dalam Siri 36.

Latar Belakang

Berdasarkan kepada Royal Ark.net, Tuan Long Ahmad [Tuan Sulong] merupakan putera sulung kepada
Sultan Muhammad II hasil dari perkahwinan dengan Sultanah Batoh', baginda diputerakan pada 20
November 1831. Pada 1860, beliau telah dianugerahkan gelaran Tengku Besar oleh ayahandanya, pada
tahun yang sama, Raja Rama IV telah menganugerahkan gelaran Phraya Rajadipati Putrapurutravisesa.
Kemudian beliau telah dilantik oleh Kerajaan Siam selaku penaung kepada Kerajaan Kelantan pada
masa tersebut sebagai Gabenor Siam di Kelantan pada 14 Jun 1869 dengan gelaran Phraya Rajadipati
Putrapurutravisesa Pradisvara Rajanarubadindra Surindra Ravivamsa.

30 Oktober 1886, beliau telah menaiki takhta Kelantan menggantikan ayahandanya yang mangkat dan
baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Yang diPertuan Besar Kelantan dengan gelaran Paduka
Sri Sultan Ahmad. Baginda mempunyai 9 orang Isteri dan dikurniakan seramai 27 orang Putera (14) dan
Puteri (13).

Sumber dari ensiklopedia bebas, Wikipedia menyebut Sultan Ahmad sebenarnya adalah putera tengah
kepada Tengku Muhammad ibni Sultan Mansur Riayat Syah I, Sultan Terengganu 1733-1793, nama asal
baginda adalah Tengku Ahmad. Baginda mempunyai hubungan dengan Sultan Muhammad II apabila
belaiu berkahwin dengan puteri Sultan Muhammad II yang bernama Tengku Sulong. Pautan wikipedia
tersebut menyatakan Sultan Muhammad II mempunyai Dua orang Puteri dan Seorang Putera, manakala
dalam Royal Ark.net menyatakan Baginda mempunyai Dua orang Putera dan Seorang Puteri.

Sumber dari Wikipedia tersebut menyatakan bahawa Kesultanan Kelantan pada hari ini adalah
berdasarkan kepada warisan daripada Tengku Ahmad yang bersusur galur dari Kesultanan Terengganu
dan perwaris sebenar adalah Tengku Long Abdul Jaafar [Tuan Long Ghafar].

Kepastian

Sebagai kepastian, kami telah menyemak maklumat dalam Royal Ark.net (Terengganu) berkenaan waris
dan zuriat Tengku Muhammad, yang merupakan menantu kepada Paduka Sri Sultan Long Yunus, beliau
telah ditabalkan sebagai Yang diPertuan Negeri Kelantan, setelah Terengganu memenangi perang
dengan Kelantan ketika dipenghujung pemeritanhan Long Yunus. Tengku Muhammad berada di takhta
Kelantan selama 5 tahun yakni dari 1795-1801, setelah itu beliau telah disingkirkan oleh putera-putera
Long Yunus yang diketuai oleh Long Muhammad yang kemudiannya dimasyhurkan sebagai Sultan
Muhammad I.

Rekod di Royal Ark.net, Tengku Muhammad telah berkahwin dengan buat pertama kali dengan Encik
Engku Tuan Nawi binti alMarhum Sultan Long Yunus, manakala perkahwinan kali kedua beliau tidak
dinyatakan dengan jelas. Beliau telah dikurniakan 5 orang Putera dan 3 orang Puteri seperti berikut:

Tengku Salim
Tengku Ahmad
Tengku Zainal Abidin
Tengku Haji Mansur
Tengku Endut
Tengku Sulong (Puteri)
Tengku Halija
Tengku Halima

Ternyata memang wujud nama Tengku Ahmad bin Tengku Muhammad dan ini bertepatan dengan
dakwaan yang dinyatakan dalam wikipedia itu. Bagaimanapun, genealogy Tengku Ahmad dalam
salasilah Terengganu tidak menyatakan dengan jelas isteri dan anak beliau. Hal ini telah menjadikan
fakta itu kurang tepat untuk digunakan dalam isu tuntutan takhta Kesultanan Kelantan.

Royal Ark.net (Kelantan) pula menyatakan Sultan Ahmad yang juga dikenali sebagai [Sultan Tengah]
merupakan putera sulung kepada Sultan Muhammad II dan ianya langsung tidak terkait dengan Kerabat
Terengganu.

Kelonggaran fakta inilah telah membuka peluang kepada pihak yang berkepentingan untuk
mengemukakan tuntutan kepada Kerajaan dan Kesultanan Negeri Kelantan dan ia mencetuskan
kekecohan dikalangan masyarakat negeri Kelantan pada masa tersebut (1990an).

Waris dan Zuriat

Sepanjang hayat Paduka Sri Sultan Ahmad, baginda telah berkahwin sebanyak 9 kali dan mempunyai
27 orang putera dan puteri seperti berikut:

Isteri (yang direkodkan)


Engku Selia Raja (Bercerai)
Tuan Mika
Nik Embong
Nik Halima

Putera
Tengku Long Muhammad [Tuan Long Kundur] - Pengganti Sultan Ahmad
Tengku Long Mansur [Raja Muda]
Tengku Long Muhammad Salleh [Tuan Leh], Tengku Temenggong
Tengku Tuan Besar Tuan Long Mahmud [Tuan Mamat], Tengku Sri Maharaja Tua
Tengku Long Sulaiman [Tuan Man], Tengku Sri Pekerma Raja
Tengku Besar Long Muhammad Yusuf [Tuan Soh], Tengku Besar Indera Raja
Tengku Chik Tuan Abdullah [Engku Chik], Tengku Bendahara
Tengku Long Muhammad Patani
Tengku Tuan Long Idris [Engku Tuan Long Deris], Tengku Petra Semerak
Tengku Long Yaakub
Tengku Abdul Rahmad, Tengku Sri Ismara Raja
Tengku Ibrahim
Tengku Long Aris [Puteh]
Tengku Abdul Kadir [Tuan Kub]

Puteri
Tengku Puteh
Tengku Maryam, Tengku Kembang Petri
Tengku Besar Maimuna
Tengku Biru
Tengku Jamila [Tuan Wok]
Tengku Besar Amina, Tuan Nang Minah
Tengku Zainab
Tengku Kalsom [Tengku Bongsu][Tengku Som]
Tengku Halima [Tuan Chik Limah]
Tengku Sapiah [Tuan Yah]
Tengku Merah [Tuan Amri]
Tengku Sharifa [Tengku Tengah], Tuan Kembang
Tengku Zubaida [Tengku Bongsu]

Sultan Ahmad telah mangkat di Istana Jahar, Kota Bharu pda 8 Mac 1890 dan dimakamkan di Makam
diRaja, Kampung Langgar.

Kesimpulan

Catatan utama mengenai Sultan Ahmad menyatakan baginda adalah putera kepada Sultan Muhammad
II dengan Sultanah Batoh', Raja Perempuan Kelantan. Percanggahan maklumat
antara genealogy Kesultanan Kelantan dan Terengganu pada era tesebut menyebabkan kedudukan
Sultan Ahmad goyah dan ia telah dicabar oleh pihak yang berkepentingan. Pihak tersebut juga
menyatakan bahawa perwaris yang sah adalah Tengku Long Abdul Jaafar, mereka menjelaskan bahawa
ketika Sultan Muhammad II mangkat, Long Abdul Jaafar [Tuan Long Ghafar] baru berusia 9 tahun dan
tempat beliau diganti sementara oleh Tengku Ahmad yang merupakan ipar Tuan Long Ghafar.
Apa yang pasti, usaha pihak yang berkepentingan tersebut telah menemui jalan buntu apabila
Mahkamah menolak rayuan mereka dan kes berkenaan telah diserah kepada Majlis Perajaan Negeri
Kelantan untuk pertimbangan Majlis tersebut.

Istana Jahar - alMarhum Sultan Ahmad 1886-1890. Baginda direkodkan telah mangkat di Istana ini.

Rujukan:
http://thekelantaninsider.blogspot.nl/2010/12/isu-penganugerahan-gelaran-dato-oleh.html
https://groups.yahoo.com/neo/groups/beritamalaysia/conversations/topics/43011
http://tengkuiskandar.blogspot.nl/
http://mutaqinqubra96.blogspot.nl/2011/04/yam-tengku-iskandar-tengku-ahmad-vs.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ahmad,_Kelantan
http://www.royalark.net/Malaysia/treng4.htm
Royal Ark.net
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 38]

Sultan Muhammad III 1890-1891

Pendahuluan

Siri yang terdahulu telah dikisahkan mengenai Sultan Ahmad 1886-1890. Maklumat mengenai baginda
didapati bertindih dengan maklumat dari Kesultanan Terengganu. Terdapat versi sejarah yang menyebut
bahawa baginda adalah putera kepada Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansur I, Sultan
Terengganu. Tengku Muhammad adalah menantu kepada Long Yunus, beliau ditabalkan sebagai Yang
diPertuan Kelantan pada 1795-1801 ekoran Kelantan telah tewas dalam peperangan dengan
Terengganu.

Tengku Muhammad telah berjaya disingkirkan dari Istana Kelantan oleh putera-putera Long Yunus yang
diketuai oleh Sultan Muhammad I. Setelah Sultan Muhammad I mangkat, Kelantan menjadi huru hara
berikutan perbutan takhta. Siam telah menyokong Long Senik Mulut Merah sebagai Sultan dan
ditabalkan sebagai Sultan Muhammad II. Versi tersebut menyatakan bahawa Sultan Ahmad yang nama
asalnya Tengku Ahmad adalah Menantu, bagaimanapun sumber rujukan yang bertauliah, Royal
Ark.Net menyatakan Tengku Ahmad adalah Putera Long Yunus.

Ada pihak yang menyatakan Tengku Long Abdul Jaafar [Tuan Long Ghafar] yang merupakan Putera
bongsu Sultan Muhammad II yang sewajarnya menaiki takhta Kelantan. Mereka menyatakan bahawa
ketika baginda Sultan Muhammad II mangkat, Tuan Long Ghafar baru berusia 9 tahun dan keadaan ini
menyebabkan tempat beliau digantikan oleh Tengku Ahmad. Ketika Tuan Long Ghafar berumur 13
tahun, Sultan Ahmad pula mangkat dan beliau masih terlalu muda untuk ditabalkan sebagai Sultan.

Kedudukan Sultan Ahmad harus diganti dengan segera, berikutan dengan itu Putera baginda yang paling
tua, Long Kundur telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan dengan dimasyhurkan dengan gelaran Sultan
Muhammad III pada usia 45 tahun, 32 tahun lebih tua dari Tuan Long Ghafar.

Latar Belakang
Nama asal baginda adalah Tengku Long Muhammad [Tuan Long Kundur] merupakan putera sulong
kepada Sultan Ahmad daripada 27 orang putera dan puterinya dari 9 orang isteri. Baginda diputerakan
pada tahun 1845 semasa Kelantan diperintah oleh Sultan Muhammad II yang merupakan datuk baginda.
Sewaktu berusia 23 tahun, baginda telah dilantik oleh datuknya sebagai Tengku Raja Bendahara pada
1868, beliau memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran Kelantan hingga Kerajaan Siam pada
1886 menganugerahkan gelaran Phra Negararatta Nararaksha (Phra Nakaret Noraraks). Setahun
selepas itu [30/9/1887], baginda telah dilantik sebagai pemangku raja dengan gelaran Raja Kelantan.

Baginda telah menggantikan tempat ayahandanya yang telah mangkat pada 8 Mac 1890, enam bulan
selepas itu iaitu pada 23/9/1890 baginda telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yand diPertuan Besar
Kelantan bertempat di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Pertabalan baginda juga mendapat perkenan
daripada Raja Siam dan Kerajaan Siam telah menganugerahkan kepada baginda gelaran Phraya
Dejanujitha Mahesvara Rajanegara Vivunbakdi Sri Sultan Dechanuchit Mahitsa Rajanukhorn Wibun
Pakdi Sri Sultan Muhammad Ratnathada Mahaphathananikan Pusamkam Mebun Kelantan.

Baginda Sultan Muhammad berkahwin buat kali pertama pada tahun 1874 dengan Hajjah Sofiah binti
Tengku Putih, namun pada 1887 mereka berdua telah bererai. Baginda berkahwin untuk kali kedua
dengan Nik Mah dari keluarga Ku Tan. Baginda telah mangkat pada 11 May 1891 di Istana Balai Besar
dan dimakamkan di Makam diRaja Langgar, Kota Bharu.

Baginda meninggalkan 11 orang zuriat dengan 5 putera dan 6 puteri, seperti berikut:

Putera:
Tengku Long Senik, Tengku Sri Indera
Engku Tuan Long Ahmad, Tengku Besar Badar
Tengku Long Zainal Abidin [Engku Tuan Long Jenal], Raja Dewa
Tengku Long Ismail, Tengku Sri Jaya diRaja
Tengku Long Abdul Rahman [Engku Long Derahman], Tengku Sri Jaya diRaja

Puteri
Tengku Wok Mandul
Tengku Wok Jamila
Tengku Biru
Tengku Embong
Tengku....
Tengku Sofia

Pemerintahan

Sultan Muhammad III tidak sempat menghabiskan tahun pertamanya sebagai Sultan Kelantan kerana
baginda telah mangkat pada bulan ke lapan baginda ditabalkan sebagai Sultan Kelantan. Namun begitu,
baginda telah memainkan peranan penting dalam pentadbiran Kelantan semenjak zaman pemerintahan
Sultan Muhammad II lagi. Pertikaian dalaman telah timbul semasa pemerintahan baginda berikutan
beberapa adinda baginda tidak diberikan sebarang jawatan.

Siam juga telah menunjukkan minat untuk menguasai Kelantan dengan mutlak, Raja Siam telah
melakukan kunjungan kehormat ke Kota Bharu dalam tahun 1890 untuk menghadiri upacara pertabalan
Sultan Muhammad III pada tahun tersebut.

Kesimpulan
Baginda hanya sempat merajai Kelantan selama 8 bulan, dan perkara ini telah menjejaskan
pemerintahan beliau. Yang jelas di sini adalah kesudian Raja Siam untuk menghadiri upacar apertabalan
Sultan Muhammad III adalah mesej jelas bahawa Siam adalah penguasa di kawasan Segenting
Kra. Sokongan Siam kepada Kelantan juga adalah isyarat kepada British untuk menjauhi kawasan
naungannya. Adinda baginda, Long Mansur telah menggantikan kedudukan baginda yang mangkat
secara mengejut.

Istana Balai Besar, Sultan Muhammad III telah


mangkat di Istana ini pada 11/5/1891

Rujukan:
http://pp-sk.blogspot.nl/2014/11/siri-36-pengisahan-sejarah-kelantan.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muhammad_III
Royal Ark.net
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 39]

Sultan Mansur 1891-1899

Pendahuluan

Baginda adalah adik kepada Sultan Muhammad III yang juga putera kepada Sultan Ahmad. Pertabalan
beliau selaku Sultan adalah berikutkan kemangkatan Sultan yang terdahulu yang juga kekandanya
secara tiba-tiba, tambahan Sultan Muhammad III hanya memerintah selama 8 bulan sahaja. Keadaan ini
pastinya membuat para pembesar telah sepakat untuk menggantikan tempat baginda dengan waris dari
Sultan Ahmad juga. Untuk rekod, semasa pemerintahan Sultan Muhammad III sepanjang lapan bulan
itu, baginda tidak melantik kerabat diRaja sebagai pembesar negeri.

Latar Belakang

Baginda diputerakan pada 1870 dan merupakan putera kedua kepada Sultan Ahmad. Dilantik sebagai
penyandang Raja Muda pada 30 September 1887. Sewaktu kekandanya ditabalkan sebagai Sultan
Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad III, beliau telah dilantik sebagai pemangku Sultan dengan
gelaran Raja Kelantan pada 23 September 1890. Setelah Sultan Muhammad III mangkat pada 1891,
beliau telah ditabalkan sebagai Yang diPertuan Kelantan. 6 tahun memerintah, Kerajaan Siam telah
menganugerahkan gelaran Phra Visit Bakdiya (Phra Bipitpakdi) pada 1897. Setahun selepas itu, baginda
telah dimasyhurkan dengan gelaran Paduka Sri Sultan Kelantan pada 26 Julai 1898.

Baginda telah berkahwin dengan Tengku Nik binti Tengku Putih yang juga merupakan kerabat
Kesultanan Kelantan. Baginda telah ditakdirkan mangkat pada 18 June 1899 di Istana Jahar dan
dimakamkan di Makam diRaja Langgar, Kota Bharu.

Baginda mempunyai seorang putera dari isteri yang kedua yang bernama Tengku Chik Tuan
Abdullah, bagaimanapun beliau tidak ditabalkan sebagai Sultan menggantikan ayanandanya yang
mangkat pada 1899.

Pengaruh Pembesar

8 tahun baginda Sultan Mansur berada di atas takhta Kelantan dan seperti yang kita sedia maklum,
pembesar-pembesar Istana yang mencorakkan pentadbiran Kerajaan Kelantan semenjak Sultan
Muhammad III menjadi Sultan. Pembesar yang berpengaruh sewaktu pemerintahan Sultan Mansur
adalah:

Datuk Maha Menteri Saad bin Ngah (Che Ha')


Datuk Seri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid (Nik Soh bin Nik Jid)
Tok Hakim Kelantan, Syed Muhammad bin Syed Alwi

Para pembesar ini menjadi berpengaruh apabila mereka mendapat sokongan daripada sejumlah
pengikut yang tersendiri. Hal ini menyebabkan mereka mampu menentukan siapa perwaris takhta
Kerajaan Negeri. Perkara ini jelas menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kerabat diRaja, malah
mereka juga tidak dilantik atau diberikan hak untuk mentadbir.

Pada masa pemerintahan Sultan Mansur inilah berlakunya peristiwa penentangan Dato Bahaman, Mat
Kilau dan Tok Gajah kepada British di Pahang. Penentangan itu menjadi reda, ia dinyatakan satu
penentangan kepada Sultan Pahang. Dato Bahaman telah berundur ke Kelantan dan bersembunyi di
satu tempat di Ulu Kelantan.

Kesimpulan

Pemerintahan Sultan Mansur adalah legasi kepada pemerintahan ayahandanya Sultan Ahmad serta
meneruskan pemerintahan kekandanya Sultan Muhammad III. Perkara utama yang perlu dilihat di sini
adalah pengaruh pembesar, yang begitu kuat hingga mereka boleh menentukan siapa yang patut
menaiki takhta.

Pembesar menjadi berpengaruh apabila mereka mendapat sokongan daripada Kerajaan dan Pembesar
Siam yang pada waktu itu menjadi penaung kepada Kesultanan Kelantan. Siam pada masa yang sama
juga telah menduduki Patani dan telah memecah belahkan Patani kepada beberapa wilayah, jadi untuk
mengelakkan Patani bangkit, mereka telah masuk campur dalam pentadbiran Kelantan kerana Siam
sedar bahawa Raja-Raja Patani mempunyai hubungan secara langsung dengan Kerabat Kelantan.
Gambar Hiasan : Ukiran Kayu - Masyarakat Tradisional Melayu (Besut)
Sumber : http://jurukir.wordpress.com

Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mansur,_Kelantan
Royal Ark.net
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 40]

Sultan Muhammad IV 1899-1920

KDYMM Paduka Sri Sultan Muhammad IV

Pendahuluan

Baginda Sultan Muhammad IV adalah putera sulung kepada Sultan Muhammad III, dalam siri
pengisahan yang ke-39 kita telah dimaklumkan bahawa, setelah Sultan Muhammad III mangkat, tempat
beliau telah digantikan oleh adik baginda, Sultan Mansur. Telah disimpulkan pada siri yang ke-39 itu
bahawa semasa pemerintahan Sultan Mansur, pembesar-pembesar istana adalah sangat berpengaruh
hingga boleh menentukan siapa yang berhak menaiki takhta kerajaan negeri.
Sekalipun para pembesar istana Kelantan pada masa tersebut boleh mencorakkan pentadbiran negeri,
perlu kita soroti, akan keputusan yang dibuat oleh para pembesar tersebut dan tindakan mereka
bukanlah dilakukan secara membuta tuli, cuma keputusan yang mereka buat itu pastilah tidak dapat
memuaskan semua pihak.

Latar Belakang

Baginda dilahirkan pada 23 Mei 1870 di Kota Bharu, merupakan anak sulung kepada alMarhum Sultan
Muhammad III dengan nama Long Senik adalah nama asal baginda, bondanya bernama Tengku Sofia
binti Tengku Long Puteh merupakan isteri pertama Sultan Muhammad III yang juga dikenali sebagai
Tengku Ampuan Kelantan, beliau merupakan seorang bangsawan dari kerabat diRaja Patani. Ketika
berusia 20 tahun, baginda telah dikurniakan gelaran Tengku Sri Indera Mahkota pada 23 September
1890 sewaktu Kelantan diperintah oleh ayahandanya Sultan Muhammad III.

Semasa kelantan dipimpin oleh Sultan Mansur yang juga bapa saudaranya, baginda telah berkenan
untuk melantik beliau sebagai Raja Muda pada 25 Julai 1898. Sejurus selepas kemangkatan Sultan
Mansur pada Jun 1899, para pembesar Kelantan telah sepakat untuk menabalkan beliau
sebagai Raja dan Yang diPertuan Kelantan, pada tahun yang sama juga Raja Siam turut
menganugerahkan gelaran Phyaya Bpakdi Sri Sultan Muhammad Ratna Nuchit Siti Santun Wiwangsa
Pia Kelantan. Baginda tidak memakai gelaran Sultan, hinggalah Perjanjian Bangkok 1909 termetrai.
Satu klausa dalam perjanjian tersebut, kedudukan baginda sebagai pemerintah Kelantan akan diperakui
oleh Kerajaan British, ini berikutan perjanjian tersebut adalah satu proses perpindahan kuasa dan
sempadan pengaruh antara British dan Siam yang mula berkuatkuasa pada 26 Oktober 1910.

Pada 22 Jun 1911, baginda telah dimasyhurkan sebagai Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sri Baginda
Sultan Muhammad IV dengan diiringi dengan 17 das tembakan meriam. Sewaktu beliau memerintah
Kelantan sebenarnya sedang mengorak langkah untuk menjadi negeri yang pesat perkembangan
ekonominya seperti di Pulau Pinang, Perak dan Johor, namun ianya tergendala
apabila British campurtangan dengan termetrainya Perjanjian Bangkok 1909. Baginda telah mangkat
pada 23 Disember 1920 dengan meninggalkan Lima orang putera dan empat orang puteri. Jasad
baginda telah dimakamkan di Makam diRaja Langgar, Kota Bharu.

Penyelesaian Kemelut Istana

Istana Kelantan sentiasa berada dalam keadaan bergolak semenjak kemangkatan Sri Paduka Sultan
Long Yunus, ia menyaksikan Istana Kelantan dikuasai oleh Terengganu dan berlaku kebangkitan
dikalangan putera-putera Long Yunus. Selepas pengaruh Terengganu disingkirkan, Long Muhammad
yang merupakan putera kelima Long Yunus telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan dengan
dimasyhurkan sebagai Sultan Muhammad I. Selepas baginda mangkat, berlaku Perang Saudara antara
Raja Kampung Laut yang disokong Long Jenal dengan Long Senik Mulut Merah yang akhirnya memihak
kepada Long Senik yang ditabalkan sebagai Sultan Muhammad II. Setelah baginda mangkat, tempatnya
digantikan oleh Sultan Ahmad, ada menyebut baginda adalah menantu kepada Sultan Muhammad I
dan Tengku Long Abdul Jaafar sepatutnya menaiki takhta.

Putera baginda yang bernama Long Kundur telah ditabalkan menjadi Sultan Kelantan dengan
gelaran Sultan Muhammad III, baginda hanya sempat berada diatas takhta selama 8 bulan dan mangkat
secara mengejut, menyebabkan adindnya, Long Mansur ditabalkan oleh para pembesar dan
dimasyhurkan sebagai Sultan Mansur. Pada waktu pemerintahan Sultan Muhammad III dan Sultan
Mansur, para pembesar mempunyai pengaruh tersendiri ekoran pengikut mereka yang ramai dan
mereka yang lebih berkuasa dalam menentukan siapa yang sewajarnya menaiki takhta Kelantan.
Justeru, baginda Sultan Muhammad IV telah ditabalkan menjadi Sultan Kelantan menggantikan bapa
saudaranya itu.

Kemelut Istana Kelantan telah baginda selesaikan dengan menyusun semula Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri dengan melantik kerabat dan pembesar negeri yang sebelum ini tidak diberi sebarang kuasa
dalam pentadbiran negeri. Anggota Majlis Mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

Raja Kelantan [Tuan Long Senik bin Sultan Muhammad III]


Raja Muda Kelantan [Tengku Long Zainal Abidin bin Sultan Muhammad III]
Tengku Sri Indra [Tengku Ismail bin Tuan Long Senik]
Tengku Petra Dalam Kebun [Tengku Abdul Jaafar bin Sultan Muhammad II]
Tengku Chik Penambang [Tengku Chik bin Tengku Bongsu bin Temenggong Long Tan bin Sultan Long
Yunus]
Tengku Sri Maharaja [Tengku Mahmud bin Sultan Ahmad]
Tengku Petra Semerak [Tengku Long Idris bin Sultan Ahmad]
Tengku Sri Pekerma Raja [Tengku Long Sulaiman bin Sultan Ahmad]
Tengku Temenggong [Tengku Long Salleh bin Sultan Ahmad]
Tengku Besar Indera Raja [Tengku Besar Tuan Yussof bin Sultan Ahmad]
Tengku Bendahara [Tengku Chik Tuan Abdullah bin Sultan Ahmad]
Dato Menteri [Nik Hassan bin Mohd Salleh]
Mufti

Campurtangan Kuasa Asing

Semenjak Sultan Muhammad IV menaiki takhta, baginda telah cuba untuk melonjakkan Kelantan setaraf
dengan Perak, Pulau Pinang dan Johor serta Selangor dengan mengusahakan perlombongan emas dan
bijih timah di kawasan Ulu Kelantan. Baginda telah menyerahkan konsesi perlombongan kepada Duff
Development Company seawal tahun 1900. Hal ini jelas mencabar kedudukan British di Semenanjung
Tanah Melayu dan melihat tindakan R.W. Duff yang juga pemilik syarikat tersebut membelakangi
Kerajaan British selaku penguasa ekonomi Semenanjung pada waktu itu.

Sebelum itu, Kerajaan Siam adalah penaung kepada Kesultanan Kelantan semenjak Sultan Muhammad
I ditabal sebagai Sultan lagi. Siam kerap campur tangan dalam kemelut Istana Kelantan selepas
kemangkatan Sultan Muhammad I berikutan pihak yang bertelagah kerap meminta bantuan daripada
Siam, ini termasuklah Long Senik sendiri. Baginda telah meminta bantuan daripada Siam sebelum
baginda ditabalkan sebagai Sultan Kelantan, Siam telah memperkenan permintaan Long Senik dengan
menghantar seorang persuruhjaya dan sebuah kapal perang serta askar ke Kota Bharu.

Pergolakkan di Patani juga melibatkan pihak British, kerana kerabat Patani yang sedang berusaha
membebaskan pengaruh Siam turut meminta bantuan daripada British yang berpengkalan di Singapura.
Selain itu, British juga mempunyai kepentingan di Kemboja dan ini mengancam kedudukan Siam di
wilayah naungan mereka di Selatan dan Utara. Keadaan ini menyebabkan satu perjanjian telah dimetrai
antara British dan Siam pada 1826 yang dikenali sebagai Perjanjian Burney 1826.

Pengaruh British mula meresap masuk ke Istana Kelantan selepas kemangkatan Sultan Ahamad, namun
kegiatan mereka pada masa tersebut tidak terlalu menonjol berikutan mereka masih terikat dengan
Perjanjian Burney. Pada 1902, British dan Siam telah menandatangani perjanjian baru yang dikenali
sebagai Perjanjian British Siam 1902, Baginda Sultan Muhammad IV telah dipaksa menandatangani
perjanjian tersebut bagi membolehkan Siam melantik seorang penasihat berbangsa British di Kelantan.
Pada masa tersebut, Kelantan masih dibawah naungan Siam atas keistimewaan perjanjian 1902 itu,
seorang penasihat British mewakili Siam telah dihantar ke Kelantan.

Pada 25 Julai 1903, W.A. Graham sebagai Penasihat Kelantan, H.W.Thomson sebagai Penolong
Penasihat dan Mom Chao Charoon sebagai Pesuruh Jaya Monthon Nakorn Sri Tammarat tiba di
Kelantan untuk memulakan Sistem Penasihat. W.A. Graham juga merupakan seorang penulis buku yang
berjudul Kelantan : A Handbook yang mencatatkan keadaan Kelantan dari pelbagai aspek, buku tersebut
diterbitkan pada tahun 1908 dan ia memuatkan grafik dan data lengkap tentang Kelantan untuk dekad
1900. Hingga kini buku tersebut menjadi rujukan utama buat pengamat sejarah Kelantan kerana ia
merakam pelbagai gambar yang menggambarkan keadaan sosioekonomi penduduk Kelantan pada
masa tersebut.

Semasa pemerintahan Sultan Muhammad IV juga, tercetus juga satu peperangan antara yang paling
diingati oleh rakyat Kelantan iaitu Perang Dalam Pupoh 1915 yang dipimpin oleh Tok Janggut dalam
menentang kezaliman undang-undang British selain menyedari pengaruh buruk yang dibawa oleh British
pada waktu itu.

Warisan

Baginda merupakan pemerintah Kelantan yang mula membina infrastruktur moden seperti jambatan,
jalan raya, jalan keretapi, pasar, hospital dan Pejabat Pos untuk meningkatkan mobiliti dan komunikasi
dengan negeri-negeri lain. Baginda telah meninggalkan 5 orang putera dan 4 orang puteri seperti berikut:

Tengku Ismail
Tengku Ibrahim
Tengku Muhammad
Tengku Mahmud alHaj
Tengku Muhammad
Tengku Hajjah Embong
Tengku Chik
Tengku Zubaidah
Tengku Zainab

Kesimpulan

Baginda Sultan Muhammad IV adalah seorang pemerintah yang menghadapi pelbagai ancaman dan
mengalami transisi dramatik antara Siam dan British. Kelantan diperlakukan seperti catur, disusun
merata tempat mengikut kesesuaian dua kuasa besar ini. Baginda juga menghadapi ancaman dari
dalaman iaitu kemelut perebutan takhta yang berlarutan.

Begitulah takdir sebuah negeri yang dikenali Kelantan, namun ia tetap kukuh terpahat dalam peta dengan
sejarah yang tersendiri. Walaupun sejarahnya gemilang, namun perwaris-perwarisnya yang sentiasa
berperang sesama sendiri telah menyebabkan negeri ini hanya harum dalam sejarah silam yang dikenali
seluruh pengembara dari serata dunia. Mahu atau tidak, beginilah ianya dicatat. Kita sewajarnya
mengambil iktibar akan apa yang telah berlalu untuk kita elakkan ianya berlaku lagi di kemudian hari.
Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muhammad_IV
Royal Ark.net
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 41]

Paduka Sri Sultan Ismail I 1920-1944


Pendahuluan

8 Disember 1941, adalah tarikh keramat dalam sejarah Perang Dunia Kedua, kerana pada tarikh inilah
bermulanya bahagian pasifik terjerumus dalam perang, apabila tentera Jepun menyerang pengkalan
tentera Amerika Syarikat di Pearl Harbour. Serangan tersebut sebenarnya dilancarkan serentak dengan
serangan ke atas kedudukan British di Semenanjung Tanah Melayu melalui Kota Bharu, Kelantan.

Pada masa serangan Jepun ini, Kelantan pada waktu itu diRajai oleh Paduka Sri Sultan Ismail yang
menaiki takhta Kelantan selepas Sultan Muhammad IV mangkat pada 23 Disember 1920. Di saat,
Inggeris melarikan diri dari Kelantan, Baginda Sultan Ismail tetap di Kota Bharu.

Latar Belakang

Baginda merupakan Putera Sulung kepada Sultan Muhammad IV dan Sultanah Zainab binti Nik
Muhammad Amin, baginda diputerakan pada 20 Ogos 1880 di Kota Bharu. Semasa pemerintahan
ayahandanya, baginda tidak terus dilantik sebagai Raja Muda, sebaliknya bapa saudara baginda iaitu
Long Zainal Abidin telah menjawat jawatan tersebut atas alasan baginda pada masa itu masih muda.
Bagaimanapun sistem ini amat mirip dengan corak pentadbiran Dinasti Cakri yang mana Raja Muda
harus diberi kepada adik kepada raja yang memerintah. Raja Muda ini pula mempunyai istana dan
balairongnya sendiri dalam membantu Raja yang memerintah. Dalam Dinasti Cakri, jawatan Raja Muda
adalah satu jawatan penting dan ia diiktiraf sebagai Raja Kedua.

Justeru itu, Baginda Sultan Muhammad IV telah menganugerahkan gelaran Tengku Seri Indera
Mahkota pada 11 Mac 1901 yang mana sebelum itu baginda memangku gelaran Tengku Sri Jaya
Raja. Pada tahun 1901 juga, Kerajaan Siam telah berkenan untuk menganugerahkan gelaran Phra
Rattasadana Adipati Putrakepada baginda. Ketika menyandang gelaran tersebut, baginda telah
berkahwin dengan Tengku Petri binti Tengku Long pada tarikh 13 Mac 1910 namun perkahwinan ini
hanya ditakdirkan bertahan selama 5 tahun sebelum mereka becerai pada 1915. Baginda kemudiannya
telah berkahwin dengan YM Tengku Nik binti Tengku Kaya Pahlawan pada Disember 1915.

Baginda telah dilantik sebagai pemangku Sultan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Raja
Kelantan pada 22 June 1911. Setelah kemangkatan ayahandanya pada 20 Disember 1920, baginda
telah dilantik menggantikan kedudukan Sultan Kelantan. Tepat pada 28 April 1921. baginda telah
ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

8 Disember 1941, Tentera Jepun telah menduduki Kota Bharu selepas mereka berjaya mematahkan
pertahanan British di sepanjang Pantai Kuala Pak Amat. Jepun telah meletakkan Kelantan dalam
pemerintahan Tentera. Pihak tentera Jepun telah menyerahkan pemerintahan Kelantan kepada Siam
sebagai memenuhi perjanjian rahsia antara mereka kerana memberi laluan kepada Jepun untuk
menyerang kedudukan British dua tahun sebelum itu. Sepanjang Perang Dunia 1941-1945, Kelantan
telah diperintah oleh Persuruhjaya Thai, atas sebab inilah Kelantan tidak begitu terjejas oleh Perang yang
sentiasa diingati Dunia itu.

Modenisasi Kelantan

Sepanjang pemerintahan Sultan Ismail I, Kelantan sebenarnya mencapai kemajuan yang


memberangsangkan dengan menyaksikan negeri ini mempunyai kemudahan Pelabuhan di Tumpat,
sistem Jalan Raya yang menghubungkan dengan Terengganu dan bandar-bandar di Kelantan. Selain
itu, jaringan Jalan Keretapi juga dibina selain beberapa jambatan yang masyhur. Selain itu, terdapat juga
beberapa airstrip untuk pendaratan dan pelepasan kapal terbang telah dibina di seluruh Kelantan.
Kemajuan ini telah merosot ekoran pendudukan Jepun, namun negeri ini masih utuh. Selain itu, semasa
pemerintahan Baginda, Kelantan juga telah betukar dari sistem pemerintahan feudal kepada satu sistem
pentadbiran yang efisien.

Baginda merupakan Sultan Kelantan yang menjalani Istiadat Kemahkotaan setelah ditabalkan sebagai
Sultan Kelantan pada 23 Disember 1920, alat dan lambang kebesaran dalam istiadat tersebut adalah:

Mahkota
Petarakna
Batang Tombak Jejabu
Bilah Pedang
Cogan Agama
Cogan Alam
Bendera Tubuh
Bendera Negeri

Ketika pemerintahan baginda, Lagu Negeri telah dititah untuk digubah dan mengubah Bendera
Negeri. Titah baginda berkenaan penggubahan Lagu Negeri telah disahut oleh En. M.S. Menzis, Ketua
Pancaragam Polis Kelantan untuk dipersembahkan kepada Baginda Tuanku. Pada 5 Julai 1927, baginda
telah memperkenankan lagu tersebut dimainkan pada Hari Ulang Tahun Keputeraan baginda dengan
nama Selamat Sultan. Pada tahun 1930, senikata lagu Selamat Sultan telah digubah oleh Tengku
Mahmud Mahyiddin yang pada waktu itu menjawat jawatan sebagai Pegawai Pelajaran Kelantan pada
waktu itu.

Bendera Kelantan : Pada tahun 1922, baginda Sultan Ismail telah mengubah
bentuk bendera Tubuh Baginda dan juga Bendera Negeri Kelantan yang telah
digunakan semenjak semenjak zaman alMarhum Sultan Muhammad IV lagi.

Baginda Sultan Ismail I juga telah memperkenalkan Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang untuk
dianugerahkan kepada Negeri, Raja dan masyarakat umum. Kumpulan bintang ini dikenali
sebagai Bintang Darjah Jiwa Mahkota Kelantan yang Amat Mulia atau juga dikenali sebagai A-Ismaili.

Perkembangan Negeri

Sultan Ismail telah mengerakkan pelbagai langkah untuk memajukan negeri Kelantan Darul Naim.
Baginda telah menubuhkan sebuah Majlis Mesyuarat yang dinamakan sebagai Dewan Negara pada
1923 di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Sebelum itu, baginda telah melakukan bancian penduduk di
negeri Kelantan buat pertama kali pada 1921, dan bancian kedua dijalankan pada tahun 1931 untuk
mendapatkan maklumat bilangan penduduk mengikut pecahan etnik.

Pasukan Tentera Sukarela juga telah ditubuhkan dan mereka dikenali sebagai Pasukan Jiwa Setia.
Pasukan ini telah ditubuhkan pada 1922. Untuk melincinkan pentadbiran di negeri Kelantan, baginda
Sultan Ismail juga telah berkenan mewujudkan beberapa pejabat baru antaranya:

Pejabat Tanah
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Rendah
Pejabat Cukai

Kelantan juga mula menyaksikan pelbagai kemudahan infrastruktur moden dibina sewaktu pemeritahan
Sultan Ismail utuk penduduk awam seperti dalam pautan ini.

Pendudukan Jepun

Kerancakan pembinaan infrastruktur moden dan perkembangan ekonomi negeri Kelantan telah terbantut
apabila pecahnya perang dunia kedua. 8 Disember 1941, tentera Jepun secara rasmi telah meduduki
Kota Bharu, Inggeris pula telah meninggalkan Kelantan. Baginda Sultan Ismail tetap di Kota Bharu,
baginda tidak kemana-mana.

Sebelum pendudukan Jepun, Kelantan telah dicarta sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu yang menerima Sistem Residen dimana seorang Penasihat British ditempatkan di Istana
untuk tugas menyelia dan menasihat keputusan-keputusan yang dibuat. Apabila Jepun menghalau
British, mereka telah memperkenalkan Sistem Pemerintahan Gabenor dengan istilah Jepun Cakan Ka
Kaka. 1941-1942, Kelantan telah menerima dua orang Gabenor dari Tentera Jepun iaitu:

Yashushi Sunakawa
Kukiro Fujisawa

18 Oktober 1943, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah diletakkan di bawah pentadbiran Thai
oleh Jepun sebagai memenuhi perjanjian sulit mereka dengan pihak Siam. Sepanjang tempoh tersebut,
Kelantan telah menerima dua orang pesuruhjaya tentera Thai iaitu:

First LT. Charm Charam Chaichan


R.T. Thaivin Rawan

1 Januari 1944, Majlis Montri Spa atau Majlis Mesyuarat Negeri yang sinonim dalam Bahasa Melayu
mula berkuatkuasa. Baginda Sultan Ismail sendiri yang menjadi pengerusi Montri Spa ini. Lima hari
kemudian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang ditutup oleh Jepun telah dibuka semula dan
pegawai-pegawainya telah diarahkan bertugas semula sepertimana sebelum perang.

Waris

Baginda Sultan Ismail menghidapi penyakit tuberculosis atau masyarakat umum mengenalinya sebagai
Batuk Kering. Penyakit ini sukar untuk dirawat walaupun pada masa kini, apa yang doktor dan pakar
perubatan lakukan adalah melemahkan kuman-kuman yang telah menjangkiti sistem pernafasan
seseorang yang menghidapi penyakit tersebut. Setelah menderita penyakit tersebut buat sekian masa,
baginda telah ditakdirkan mangkat di Istana Jahar, Kota Bharu pada 20 Jun 1944 dan dimakamkan di
Makam diRaja Langgar.

Baginda mempunyai dua orang puteri, manakala putera baginda mangkat pada usia yang muda. Puteri
baginda yang direkod dalam catatan rasmi adalah:

Y.A.M Tengku Petri Kisman Ja'ajan yang berkahwin pada 3 Semptember 1935 di Kota Bharu dengan
Tengku Ahmad Alham Shah ibni Sultan Alaudin Sulaiman Shah (Sultan Selangor).
Puteri kedua tidak direkodkan nama.

Kerana baginda Sultan Ismail mangkat tidak berputera, para pembesar dan kerabat diRaja Kelantan
telah berkeputusan untuk menabalkan adinda Sultan Ismail, Tengku Ibrahim selaku Sultan Kelantan.

Kesimpulan

Baginda Sultan Ismail I adalah waris daripada Sultan Muhammad IV, baginda meneruskan legasi
pemerintahan ayahandanya dan telah menggiatkan pembangunan infrastruktur moden di Kelantan.
Kemajuan Kelantan ini sebenarnya dibayangi dengan pengaruh British yang makin mencengkam. Bacian
yang dilakukan pada 1921 dan 1931 adalah untuk menggarkan kadar kutipan cukai.

Sultan pada masa tersebut hanya berkuasa dalam urusan Agama dan Adat Istiadat sahaja, selebihnya
perkara lain diuruskan oleh Residen British yang berperanan sebagai penasihat dan juga pentadbir
negeri. Sultan dan Para Pembesar telah diberikan gaji bulanan dengan kuasa yang ditentukan oleh
Residen British itu tadi.

Kekayaan negeri Kelantan juga telah dijarah dengan rakus, kos pembinaan pelabuhan dan jalan keretapi
serta jalan raya sebenarnya diambil dari keuntungan pihak Residen yang menjarah hasil bumi Kelantan
hinggalah segala aktiviti mereka terhenti ekoran perang dunia kedua. Aktiviti Jepun di Kelantan tidak
dapat dipastikan dengan jelas, tetapi mereka juga menjarah hasil bumi Kelantan, setelah itu mereka telah
meletakkan Kelantan dibawah pentadbiran Thai sehinggalah perang dunia tamat.

Selamat Sultan
Komposer: M.S. Menzis (5 Julai 1927)
Lirik : Tengku Mahmood Mahyidden (1930)

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ismail
Royal Ark.net
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 42]

Paduka Sri Sultan Ibrahim Petra 1944-1960

Sultan Ibrahim Petra ibni alMarhum Sultan Muhammad IV


Pendahuluan

Baginda Sultan Ismail I mangkat tidak berputera dan tempat baginda telah digantikan oleh adinda
baginda iaitu Tengku Ibrahim. Baginda merupakan putera kedua merangkap zuriat yang bongsu kepada
alMarhum Sultan Muhammad IV. Selaku kerabat diRaja Kelantan, baginda pada awalnya banyak
menjalankan tugas-tugas pentadbiran kerajaan sebagai pembesar, justeru perlantikan baginda
menggantikan kekandanya adalah satu langkah yang tepat untuk meneruskan legasi Kesultanan
Kelantan. Selain tugas pentadbiran, baginda juga mempunyai hubungan yang akrab dengan Kesultanan
lain yang ada di Semenanjung Tanah Melayu pada masa tersebut.

Latarbelakang

Baginda telah diputerakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 9 Oktober 1897. Baginda adalah
saudara kandung kepada Sultan Ismail I dan dibesarkan sepertimana anak bangsawan yang lain. Pada
usia 14 tahun, baginda telah dianugerahkan pangkat Tengku Sri Indera Mahkota oleh ayahandanya,
Sultan Muhammad IV pada 22 Jun 1911. Setelah itu, baginda telah bertindak sebagai Pembantu Sultan
Kelantan (ADC) sepanjang tempoh 1911-1920.

Ketika Kelantan ditadbir oleh kekandanya Sultan Ismail I, baginda telah dipertanggungjawabkan untuk
menjadi Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Adat Istiadat Kelantan dari 1919-1944, selain itu baginda juga
telah memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri bermula 1921 hingga 1929. Kemudian baginda
telah diperkenankan untuk menjadi Wakil Sultan ke Singapura pada 1942.

Sehari selepas kekandanya mangkat, baginda telah meneruskan legasi Kesultanan Kelantan dengan
menduduki kedudukan itu pada 21 June 1944 dan menjalani istiadat kemahkotaan di Istana Balai Besar,
Kota Bharu pada 25 Oktober 1944. Kedudukan baginda selaku telah diperakui oleh Kerajaan British dan
satu penghormatan kepada baginda apabila Kerajaan British menjemput baginda untuk menghadiri
istiadat pertabalan Queen Elizabeth II di London pada 1953.

Baginda ditakdirkan mempunyai ramai isteri, namun yang diangkat sebagai Sultanah pastinya isteri yang
paling tua yakni Sultanah Zainab binti Tengku Zainal Abidin yang juga digelar sebagai Raja Perempuan
Kelantan. Baginda telah dikurniakan seramai 12 orang putera dan 14 orang puteri dari perkongsian
dengan isteri-isteri baginda seperti berikut:

Putera
Tengku Tan Sri Abdullah, Tengku Besar Indera Petra
Tengku Yahya Petra, Tengku Mahkota
Tengku Zain al-Mulk [Zainal Mulok], Tengku Temenggung
Tengku Iskandar Shah, Tengku Sri Laksamana
Dato' Tengku Feissal, Tengku Kaya Perkasa
Tengku Badrul Alam
Tengku Abdul Halim, Tengku Sri Laksamana
Tengku Rustam
Tengku Syibli Shah
Tengku Nizam
Tengku Shariman
Tengku Aman Shah
Puteri
Tengku Thuraya
Tengku Wuk
Tengku Zubaidah
Tengku Nurul Aini
Tengku Mastura
Tengku Mariam
Tengku Petri
Dato' Tengku Farida
Tengku Rashida
Tengku Anis
Tengku Maznah
Tengku Latifah Hanam
Tengku Farida Hanim
Dato' Tengku Hajjah Fatihah
Baginda telah ditakdirkan menghadapi barah otak dan telah mangkat ekoran barah tersebut pada 9 Julai
1960 di Istana Seri Cemerlang, Kota Bharu. Jenazah baginda telah dimakamkan di makam diRaja
Langgar.

Konflik

Sewaktu baginda Sultan Ibrahim Petra ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 1944, baginda telah
memperkenankan melantik putera sulung baginda iaitu, Tengku Abdullah sebagai Raja Muda
Kelantan. Tercetus konflik baginda Sultan dengan putera sulung ini hingga baginda telah melucutkan
gelaran Raja Muda. Sumber menyatakan bahawa Tengku Abdullah lebih dikenali sebagai Tengku Indera
Petra telah menerima pendidikan asas hingga kepada pendidikan tinggi di London. Justeru,
kehidupannya agak sosial. Tidak jelas akan punca pergeseran Tengku Idera Petra dengan ayahandanya
itu, yang nyata baginda Sultan Ibrahim Petra telah melucutkan jawatan Raja Muda yang disandang oleh
Tengku Indera Petra dan beliau telah menulis surat perletakkan jawatan pada 25 November 1947 dengan
syarat beliau dan keturunannya tidak akan menuntut takhta untuk menjadi raja.

Tengku Abdullah, Tengku Indera Petra merupakan putera sulung baginda dengan Sultanah Zainab,
manakala Tengku Yahya Petra adalah putera kedua baginda dengan isteri ketiganya iaitu Y.M. Che
Puan Besar, Cik Embong binti Daud yang dikahwini oleh baginda pada 1916. Setelah Tengku Indera
Petra meletakkan jawatannya sebagi Raja Muda, baginda Sultan Ibrahim Petra telah melantik Tengku
Yahya Petra sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 1 Februari 1948.

Kelantan telah menyertai gagasan Persekutuan Tanah Melayu dan telah mendapat kemerdekaan
daripada British bersama-sama 12 negeri Melayu yang lain dan mula menerima pemerintahan Kerajaan
Demokrasi Berparlimen. Serentak dengan itu, Tengku Indera Petra telah menceburi bidang politik
dengan menjadi Ahli Parlimen Ulu Kelantan sepanjang pengelibatan beliau dalam politik, kerajaan
Malaysia telah melantik beliau menjadi duta ke Sri Lanka, Jepun dan Pakistan serta dilantik memangku
jawatan Yang diPertua Besar Negeri Pulau Pinang.

Pada tahun 1939, beliau telah berkahwin dengan seorang wanita Inggeris bernama Annette Edith Olive
Wheller di London, tetapi mereka bercerai pada 10 tahun kemudian juga di London, kemudian Tengku
Indera Petra telah berkahwin buat kali kedua dengan Puan Sri Zainab bt. Ali. Beliau telah mangkat pada
1983, salah seorang anak beliau yang bernama Tengku Ibrahim Petra cuba untuk menuntut takhta
Kelantan, tetapi percubaan tersebut telah menemui kegagalan.
Kiri : Tengku Tan Sri Abdullah, Tengku Besar Indra Petra
Kanan : Tengku Yahya Petra, Tengku Mahkota
Sumber : Tengku Syah.blogspot

Kesimpulan

Baginda Sultan Ibrahim Petra melalui fasa perkembangan pemerintahan yang luar biasa kerana baginda
sempat melalui pentadbiran British, pendudukan Jepun dan menjalani proses Kemerdekaan Tanah
Melayu khususnya Kelantan. Sewaktu gerakkan Anti Malayan Union, baginda telah menghadapi
Gelombang Kebangkitan Rakyat yang digemblengkan oleh Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan.
Baginda telah menghadapi kebangkitan Rakyat Kelatan secara total yang telah membuat rapat umum
bagi menjelaskan pendirian rakyat kepada baginda bahawa Kelantan sudah tidak memerlukan Inggeris
lagi.

Tuntutan rakyat ini telah didengari dan dirasai oleh baginda, justeru baginda telah menganjurkan rapat
umum kedua di Istana Seri Cemerlang untuk mendokong aspirasi rakyat Kelantan yang pada waktu
menginginkan pemerintahan sendiri dan bebas seterusnya merdeka dari British. Baginda adalah antara
Sultan yang berada di Kelab diRaja Selangor ketika British mahu mengumumkan pembentukan Malayan
Union, namun Raja-Raja Melayu telah sepakat untuk memulaukan istiadat tersebut, dan 31 Ogos 1957
Tanah Melayu telah merdeka.

Rujukan:
http://tengkusyah.blogspot.nl/2010/06/sudah-lama-syah-mencari-gambar-ini-syah.html
http://freepages.genealogy.rootsweb.ancestry.com/~royalty/files/pix_malaysia1.html
Royal Ark.net
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 43]

Paduka Sri Sultan Yahya Petra 1960-1979

Pendahuluan

Maklumat mengenai baginda telah kami ulas sedikt dalam siri pengisahan sejarah Kelantan yang lepas.
Baginda merupakan putera yang kedua alMarhum Sultan Ibrahim Petra dan putera sulung yang
dikisahkan dalam Siri 42 telah meletakkan jawatan sebagai Raja Muda dan seterusnya membuka ruang
kepada Baginda untuk ditabalkan sebagai Tengku Mahkota pada tahun 1948 yang bertindak sebagai
pemangku Sultan.

Latar Belakang

Baginda telah diputerakan pada 10 Disember 1917 di Istana Kota Lama, Kota Bharu. Bondanya
bernama YM Che Puan Besar, Cik Embong binti Daud merupakan isteri ketiga alMarhum Sultan Ibrahim
Petra. Baginda telah dibesarkan oleh bapa saudaranya yang juga alMarhum Sultan Ismail I yang tidak
berputera. Semenjak kecil baginda diasuh oleh Sultan Ismail dengan pendidikan agama. Pada usia 14
tahun, keluarganya telah menghantar baginda untuk menerima pendidikan moden sesuai dengan
kedudukan baginda selaku anak bangsawan. Pada waktu itu, ramai kalangan bangsawan menghantar
anak-anak mereka ke Sekolah Francis Light di Pulau Pinang. Baginda berada di sekolah tersebut hingga
berumur 18 tahun, sebelum dihantar melanjutkan pelajaran di England oleh Sultan Ismail pada 1934.

Pentadbir
Pada awalnya, baginda tidak diletakkan pada posisi sebagai pembesar Kelantan atau pemangku Sultan
berikutan ketika baginda pula dari England, Kelantan masih diperintah oleh bapa saudaranya yang
bertindak selaku bapa angkat iaitu Sultan Ismail. Justeru, baginda telah dipersiapkan sebagai Pegawai
Tinggi Kerajaan Negeri Kelantan.

Pada 21 Julai 1939, baginda telah dianugerahkan gelaran Tengku Temenggong dan Darjah Kerabat
yang Sangat diHormati (DK) oleh Sultan Ismail I. Seterusnya baginda telah dilantik menjadi Timbalan
Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan antara tahun 1941-1947 dengan
Presidennya adalah ayahandanya sendiri iaitu Tengku Ibrahim yang waktu itu belum diletakkan sebagai
pengganti Sultan. Antara tugas-tugas lain yang diberikan kepada baginda adalah:

Setiausaha Peribadi kepada Sultan Ismail dari tahun 1943-1944


Timbalan Bendahari kepada Perbendaharaan (Kewangan) Negeri 1944-1945
Ketua Jajahan Kota Bharu 1945-1948
Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1948-1953

Selepas tahun 1953, baginda telah dilantik kepada jawatan Pembesar Istana oleh ayahandanya Sultan
Ibrahim sebagai Tengku Bendahara. Tahun 1948 hingga 1960 merupakan tempoh masa darurat yang
diisytiharkan oleh Kerajaan ekoran ancaman pengganas Komunis, namun perkara ini tidak menghalang
baginda untuk melawat rakyat di serata Kelantan termasuklah di kawasan pendalaman. Dari sini, baginda
telah membina imej seorang raja berjiwa rakyat dan mula disayangi oleh rakyat Kelantan pada masa
tersebut.

Pertabalan

Baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan (10 Julai 1960) berikutan kemangkatan ayahandanya
alMarhum Sultan Ibrahim Petra pada 9 Julai 1960. Berikutan itu, baginda telah dimasyhurkan sebagai
Paduka Sri Sultan Yahya Petra. 6 tahun selepas menjadi Sultan Kelantan, baginda telah dilantik oleh
Kerajaan Malaysia sebagai Kolonel Briged Artileri Malaysia.

22 Julai 1970, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang diPertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja,
kemudian pada 19 Jun 1975 baginda telah dilantik sebagai Yang diPertuan Agong ke-6 Malaysia di
Istana Negara, Kuala Lumpur. Takhta Kelantan pula dipangku oleh anakanda baginda iaitu Duli Yang
Maha Mulia Tengku Ismail Petra.

Baginda telah mangkat di Istana Negara pada 29 Mac 1979 ekoran kegagalan fungsi jantung dan
jenazahnya disemadikan di Makam diRaja Langgar, Kota Bharu.

Perwaris

Rekod menyatakan bahawa baginda mempunyai 4 orang isteri bagaimanapun hanya dua yang
dicatatkan dengan buat pertama kalinya berkahwin pada 4 Jun 1939 di Istana Balai Besar dengan
Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra yang juga merangkap Raja Perempuan Kelantan.
Seorang lagi isteri baginda dikenali sebagai Tengku Alexandrian binti Tengku Yusuf.

Manakala direkodkan tentang zuriat baginda dengan dua orang putera dan lima orang puteri:

Paduka Sri Sultan Ibrahim Petra


Tengku Muhammad Petra
Tengku Merjana
Dato' Tengku Rozan
Dato' Tengku Hajjah Sharifah Salwani
Tengku Rohani
Tengku Minasrul

Kesimpulan

Latar belakang baginda jelas bersih dari hal sosial, semenjak dari kecil baginda telah dibesarkan oleh
bapa saudarnya yang juga Sultan Kelantan yang memerintah pada masa tersebut iaitu Sultan Ismail
Petra. Setelah usia meningkat remaja, baginda telah dihantar melanjutkan pelajaran di Sekolah
Inggeris dan genap berusia 18 tahun, baginda telah dihantar ke UK untuk melanjutkan pelajaran.
Sepanjang baginda bergelar pelajar dari kecil hingga usia belia, perkembangan baginda sentiasa
dipantau oleh bapa angkatnya itu. Sekembali dari UK, baginda telah diberi peluang untuk terlibat secara
langsung dalam petadbiran Kelantan.

Jelasnya, baginda sedari awal telah dilatih sebagai seorang pemimpin yang serba boleh. Justeru,
pemilihan baginda menggantikan tempat kekandanya yang meletak jawatan sebagai Raja Muda
Kelantan adalah satu keputusan yang tepat. Baginda semenjak dari awal terkenal sebagai seorang Raja
yang Mesra dengan Rakyat serta disanjungi dan disayangi rakyat seluruh Kelantan.

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Yahya_Petra_ibni_Almarhum_Sultan_Ibrahim
Royal Ark.net
Salasilah Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

[Siri 44]

Paduka Sri Sultan Ismail Petra 1979-2010

KDYMM Paduka Sri Sultan Ismail Petra : Sumber - Syukury.wordpress

Pendahuluan

Sultan merupakan tunjang kepada sesebuah negeri, tanpa Sultan sesebuah negeri seakan hilang
serinya. Sultan adalah seorang individu yang wajar kita hormati, bagaimanapun seperti insan yang lain,
Baginda Sultan memerlukan ruang dan masa diantara tugas dan kehidupan peribadi. Bagi rakyat,
kehidupan Sultan adalah sesuatu yang menarik untuk diketahui kerana mereka sayang dan kasihkan
Sultan.

Tidak dinafikan, ada kelompok tertentu mempersoalkan malah ada yang mempersendakan Institusi
Sultan. Namun, terdapat kelompok yang lebih besar menyanjung martabat Sultan. Justeru, kestabilan
dan keutuhan yang dikekalkan dalam Kesultanan Kelantan membolehkan KDYMM Paduka Sri Sultan
Ismail terus kekal sebagai Sultan Kelantan.
Latar Belakang

Baginda diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu. Bonda baginda, Tengku
Zainab merupakan Raja Perempuan Kelantan. Baginda merupakan putera sulung kepada alMarhum
Sultan Yahya Petra kerana itu selayaknya baginda ditabalkan sebagai Tengku Mahkota pada 11
November 1967 sewaktu baginda berusia 18 tahun. Setelah itu baginda telah dilibatkan dalam
pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mempersiapakan diri sebagai pemangku Sultan. Setelah ayahandya
ditabal sebagai Yang diPertuan Agong Malaysia yang ke 6 di Kuala Lumpur, baginda telah
diperkenankan untuk memangku tugas Sultan Kelantan.

Ayahanda baginda telah mangkat di Istana Negara ketika masih lagi menjawat jawatan sebagai YDP
Agong, secara langsung kedudukan Sultan Kelantan terus dipangku oleh Baginda Sultan Ismail dan
baginda telah dimahkotakan di Kota Bharu pada 30 Mac 1980 dengan dimasyhurkan sebagai Sultan
Ismail Petra.

Pada 4 Disember 1968 yakni pada usia 19 tahun, baginda telah berkahwin dengan Tengku Anis binti
Tengku Abdul Hamid di Istana Balai Besar, Kota Bharu. 39 tahun kemudian, iaitu pada 23 Disember
2007 baginda telah berkahwin buat kali kedua dengan Cik Puan Elia Suhana binti Ahmad bagaimanapun
mereka telah bercerai pada 12 Februari 2010 di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Baginda
dikurniakan tiga orang putera dan seorang puteri dari perkahwinan dengan Tengku Anis, mereka adalah:

Tengku Muhammad Faris Petra


Tengku Muhammad Faiz Petra
Tengku Muhammad Fakri
Tengku Amalin Aisyah Puteri

Buat sekian lama, kesihatan baginda semakin merosot hinggalah baginda disahkan menghadapi
kegagalan sistem saraf dan mengalami kegagalan untuk sembuh dari stroke (disebabkan serangan
jantung) dan perkara ini menjejaskan peranan baginda selaku Sultan Kelantan. Rentetan dari perkara
ini, Putera Sulung baginda, Tengku Faris telah menaiki takhta Sultan Kelantan menggantikan
ayahandanya untuk menjalankan tugas pentadbiran yang selayaknya sebagai Sultan Kelantan pada 13
September 2010.

Kesimpulan

Baginda memang dikenali sebagai seorang Sultan yang pengasih dan mudah merapati rakyat. Namun
semua jasa dan bakti baginda seolah terhapus berikutan kontroversi yang melanda keluarga diRaja
Kelantan pada masa sekarang. Apa yang jelas, keluarga diRaja juga seperti mana keluarga-keluarga
yang lain, mereka memerlukan ruang dan masa untuk kehidupan mereka sendiri. Yang jelas, kita sebagai
rakyat harus mentaati Raja, dan ada saluran khusus untuk kita menyuarakan pandangan dan pendapat
mengenai pemerintahan.
Rujukan:
http://muhammadismailibrahim.wordpress.com/2011/03/14/allahuakhbar-sultan-muhammad-v-
malikussoleh/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ismail_Petra_ibni_al-Marhum_Sultan_Yahya_Petra
http://syukury.wordpress.com/2012/05/07/keturunan-nik-wan-tuan-che-tengku-kelantan-pattani-
terengganu-bersal-dari-syed-hussin-jamadil-kubra/
Royal Ark.net
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Baits

[Siri 45]

Paduka Sri Sultan Muhammad V 2010 – Kini

KDYMM Paduk Sri Sultan Muhammad V 2010 - Kini

Pendahuluan

Kewibawaan dan ketokohan seseorang itu terserlah apabila ia berada dalam sekelompok manusia yang
mengiktiraf akan peranan ia. Diantara orang-orang yang alim dalam agama pasti akan diangkat seorang
ketua lalu diberi gelaran Ulama. Justeru, dari kalangan rakyat biasa pasti akan seorang yang akan kita
rujuk serta hormati keputusannya, dia kita gelar sebagai Ketua. Fitrah manusia, hidup bergantung dalam
komuniti yang tersendiri dan mempunyai seorang ketua. Ketua-ketua komuniti ini pastinya akan duduk
bersama untuk membincangkan permasalahan mereka demi survival komuniti mereka lalu pastinya akan
ada seorang yang akan mengetuai mereka lalu dinamakan sebagai Raja yang akan memutuskan kuasa
mutlak dan mengawal ketua-ketua komuniti itu.

Ini adalah asas kepada sistem Raja, namun dewasa ini pelbagai idealogi yang dikaitkan dengan politik
yang tujuan utama adalah untuk meruntuhkan sistem Raja demi merebut KUASA. Sistem feudal ini jelas
menjadi penghalang kepada individu yang ambisi terlampau tinggi.

Begitulah cabaran yang dihadapi oleh setiap Intitusi Raja dan Kelantan juga tidak terlepas dari episod
ini; atas pelbagai sebab ramai yang mahu mencabar akan kedudukan Sultan Kelantan. Hal ini menjadi
punca kenapa sejarah Kesultanan Negeri kita yang tercinta ini menjadi porak peranda.
Latar Belakang

Sebelum menaiki takhta kerajaan Negeri Kelantan, baginda dikenali dengan nama Tengku Faris
Petra. Nama ini cukup dekat di hati segenap lapisan rakyat Kelantan semenjak dari awal hingga baginda
ditabal. Baginda diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Istana Batu, Kota Bharu. Semenjak dari kecil
baginda dikenali ramai sebagai seorang yang mesra dengan rakyat, baginda gemar bermain bola sepak
di luar Istana yang sentiasa menjadi kemurkaan kepada bondanya.

Baginda merupakan seorang yang terpelajar dan disediakan selengkapnya proses pendidikan, berikut
proses pendidikan baginda:
Tadika Fatimah Convent
Sekolah Sultan Ismail Satu, Kota Bharu
Sekolah Alice Smith, Kuala Lumpur
Oakham School, Rutland, England
Saint Cross College, The Oxford Centre for Islamic Studies (Kajian Diplomatik)
Yayasan Pembangunan Antarabanga German (DSE) & Business School London (Ekonomi)
Jelasnya, sepanjang proses pembelajaran secara formal ini, baginda telah didedahkan pergaulan
dengan masyarakat biasa memandangkan Sekolah Sultan Ismail Satu merupakan satu sekolah awam
di Kota Bharu. Kesemua adik beradik baginda semuanya melalui pembelajaran di sekolah awam dengan
tujuan untuk mendekatkan diri mereka sebagai seorang rakyat seterusnya membentuk jati diri sebagai
anak Kelantan.

Selepas ayahandanya, Sultan Ismail Petra ditabalkan sebagai Sultan berikutan kemangkatan datuknya
di Istana Negara, baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 30 Mac 1979 dan istiadat rasmi
diadakan di balairong seri, Istana Balai Besar pada 6 Oktober 1985 pada usia 16 tahun. Semenjak dari
itu, baginda telah menjadi Ahli Majlis diRaja Kelantan sehingga 2010.

24 Mei 2009, baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan yang bertindak
menjalankan tugas-tugas Sultan selepas Sultan Ismail Petra mendapatkan rawatan sususalan di
Hospital Mount Elizabeth, Singapura ekoran serangan stroke yang serius. Kesihatan ayahandanya yang
makin merosot menggusarkan para pembesar dan kerabat diRaja, justeru Majlis Perajaan Negeri
Kelantan telah menabalkan baginda pada 13 September 2010 bertempat di Istana Balai Besar, serentak
dengan itu baginda telah dimasyhurkan dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri
Sultan Muhammad V ibni Sultan Muhammad Petra. Pada saat itu juga baginda telah menitahkan
perkataan Daultan Tuanku diubah kepada laungan TAKBIR!!

13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang diPertuan Agong Malaysia ke-
14 dengan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dilantik sebagai Yang diPertuan Agong Malaysia dan
Istiadat angkat sumpah telah dijalankan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Perlantikan ini sbenarnya
menunjukkan bahawa Majlis Raja-Raja Malaysia mengiktiraf dan memperkaui kedaulatan KDYMM
Sultan Muhammad V selaku Sultan Kelantan yang sah. Tindakan Majlis Perajaan Negeri Kelantan telah
menjalankan tugas mereka dengan sewajarnya dan meletakkan baginda Sultan dengan kedudukan yang
sebaik-baiknya.

Baginda Sultan Muhammad V telah berkahwin dengan Y.M. Tengku Zubaidah binti Tengku
Nuruddin seorang kerabat diRaja Patani pada 15 November 2004. Perkahwinan mereka tidak kekal lama
dan mereka telah berpisah.

Personaliti
Sepanjang empat tahun baginda bergelar Sultan, banyak maklumat disebarkan berkenaan aktiviti
baginda. Kebanyakkan imej yang disiarkan adalah berkenaan sifat keluhuran dan tawaduk baginda.
Hingga baginda dikenali sebagai seorang Raja yang memang merendah diri, tanpa segan silu
berperwatakan sebagaimana orang kebiasaan, memandu dan beriadah tanpa protokol, baginda juga
kerap melawat rakyat sekitar negeri.

Selain itu, baginda juga sering menganjurkan majlis-majlis Ilmu dan mendekati para ulama. Bermula
2012, baginda telah menganjurkan program Qiam With Me bertempat di Istana Kubang Kerian dan ia
terbuka kepada semua lapisan masyarakat muslim untuk menghadirinya. Justeru, kerana
perwatakannya baginda amat disayangi rakyat Kelantan dan sentiasa diingati.

Kesimpulan
Baginda merupakan salah seorang Sultan yang dikagumi seluruh rakyat Malaysia. Sifat dan keperibadian
baginda membuatkan segenap lapisan rakyat dapat merasai akan kasih dan sayang baginda. Rakyat
Kelantan bertuah mempunyai seorang Sultan yang begitu cakna akan negeri baik dari pembangunan
ekonomi mahupun kesejahteraan rakyat, semua dalam pengetahuan baginda.

Pengisahan Sejarah Kelantan dari kami juga tamat dengan Siri 45 ini. Justeru, kami merakamkan ribuan
terima kasih kepada pembaca yang mengikuti siri pengisahan sejarah Kelantan semenjak dari Siri 1
lagi. Kami menyusun sepuluh jari, andai ada kesilapan dan khilaf ketika kami menghasilkan siri ini, niat
kami hanyalah berkongsi maklumat sejarah Kesultanan Negeri Kelantan yang bermula semenjak tahun
1233 dengan anda semua terutama Anak Watan Kelantan agar mereka tahu sejarah negeri bertuah ini.

SEKIAN.

Wallahualam bis'sawab
Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat
penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Penulis adalah manusia biasa yang tidak
lepas dari melakukan kesilapan. Pendapat dan Pandangan dari tuan/puan adalah dialu-alukan. Artikel
ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di bawah
untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.

Rujukan:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Neg
eri&pg=dn_01.htm
Y.M. Tengku Zubaidah
Royal Ark.net
Salasilah Keturunan Raja-Raja Kelantan dari Ahlul Bait

Anda mungkin juga menyukai