Anda di halaman 1dari 6

SOALAN 4: Bersetujukah anda sejarah Melayu adalah sebagai karya agung.

Bincangkan hujah anda

Dalam pengertian umum, karya agung merujuk kepada sastera yang dapat bertahan
berabad lama dan masih diminati dan dikaji orang.
Sesebuah karya sastera dianggap agung adalah disebabkan karya berkenaan istimewa
dari segi bentuk, kandungan, memiliki keindahan (estetika), cara penyampaian
yang istimewa dan nilai intelek.
Sesetengah pengkaji sastera menggunakan istilah karya klasik, menurut Harun Mat
Piah merujuk kepada karya yang mempunyai nilai dan mutu tinggi serta popular
sepanjang zaman.
Dalam konteks karya agung Melayu, karya-karya klasik seperti Sulalatus Salatin atau
Sejarah Melayu, Hikayat hang Tuah, Hikayat Merong Maha Wangsa dan Misa
Melayu juga dianggap sebagai karya agung
Karya agung merupakan karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya,
pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama
sesuatu bangsa.
Karya agung dianggap sebagai pembentuk dan cerminan budaya masyarakat yang
menghasilkannya.
Antarakarya Agung Melayu yang terkenal ialah Sulalatus Salatin atau juga dikenali
sebagai Sejarah Melayu.
Karya agung ini telah dihasilkan oleh seorang tokoh yang berilmu pada zamannya
iaitu Tun Sri Lanang.
Ia merupakan naskah tertua yang pernah ditemui dan dikarang di Johor pada tahun
1612 atas titah raja.
Kemunculan karya agung berkait rapat dengan terciptanya sistem tulisan oleh
manusia.
Pada awalnya, karya sastera ini hanya diceritakan secara lisan oleh rakyat sebagai satu
hiburan.
Apabila terciptanya sistem tulisan, maka pengarang tempatan yang kreatif telah
menyusun cerita rakyat semula dalam bentuk bahasa yang indah agar kisah-kisah
berkenaan diabadikan.

Kenapa dianggap sebagai karya agung


1)Merupakan sumber pertama dan tertua yang memaparkan perkembangan
peradaban Melayu

Sumber pertama atau sumber primer merupakan sumber asli. Sumber ini juga tidak
pernah diolah mana-mana penulis.
Sejarah Melayu merupakan sumber pertama yang menceritakan tentang peradaban
Melayu pada ketika dahulu.
Sumber ini sangat penting kepada para pengkaji untuk mengkaji tentang peradaban
Melayu kerana ianya masih asli dan tiada tokok tambah.
Sejarah Melayu juga merupakan sumber tertua yang memaparkan perkembangan
peradaban Melayu.
Walaupun karya ini telah disalin semula oleh beberapa orang penulis seperti Winstedt
dan Shellabear , tapi ianya masih mempunyai perasamaan dengan naskah asal.
Sejarah Melayu telah wujud sekitar abad ke-15 iaitu sebelum kejatuhan kesultanan
Melayu Melaka ke tangan portugis.
Kewujudan karya ini telah mendorong wujudnya karya-karya lain seperti Misa
Melayu dan Hikayat Hang Tuah.
Menurut A Samad Ahmad, di antara perpustakaan lama melayu, buku SM sulalatus
salatin inilah terpenting dan tertinggi mutunya daripada yang lain.
Yusoff Hashim pula kata, ia menjadi sumber rujukan yang paling kerap digunakan
oleh ahli sejarah sewaktu membahaskan sejarah masyarakat dan kebudyaan melayu
awal.
2) Pengolahan jalan cerita sejarah Melayu mampu membawa pembaca khususnya
generasi2 yang kemudian untuk mengambil pedoman, iktibar, serta tauladan
daripadanya.

Misalnya beberpa formula kehebatan KMM yg digarap daripada penganalisisan teks


SM.
Pertama, meletakka agama di persada pemerintah dengan dokongan golongan
pembesar tradisi serta tokoh ulama sebagai regu sultan
Seterusnya, struktur pentadbiran yg kemas dan tersusun dengan pengagihan kuasa dan
bidang tugas yang tidak bertindih bagi mengelakkan konflik.
Dasa hubungan luar/antarabangsa yang bijak.. Misalnya , daripada banyak seteru,
baik berbanyak sabahat.. juga metod diplomasi perkawinan diraja antara kerajaan2.
Raja, hulubalang dan rakyat Melaka yang berjiwa besar, berani dan gagah perkasa
Mengenai keberanian sultan Aluddin Riaayt Shah yang menyamar di waktu mlm
dengan tujuan memberkas pencuri yg sedang bermaharajalela di Kota Melaka.
Dasar pendidikan agama yang dipentingkan oeh pemerintah dan bangsawan maka
sultan Mansur shah pun bergurulah pada maulana Abu Bakar, banyaklh ilmu
diperolehi.

2) Menunjukkan Salasilah pembukaan sesebuah kerajaan

Dalam sejarah melayu ada menceritakan tentang pembukaan KMM oleh raja Iskandar
Syah atau parameswara.
Pembukaan kerajaan ini telah memaparkan kemasyurahan peradaban Melayu pada
suatu ketika dahulu.
Sejarah Melayu juga telah memaparkan kemunculan kerajaan melayu sebagai sebuah
pusat perdagangan terunggul dan mempunyai pertahanan yang kuat.
Hal ini membukitkan bahawa tamadun melayu merupakan tamadun yang kuat dan
terulung pada waktu dahulu.
Kesultanan melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah negeri yang masyur sekitar
abad ke-15 sebelum jatuh ke tangan tentera Portugis pada tahun 1511M

3) Nilai budaya

Menerusi Sejarah Melayu, kebudayaan masyarakat Melayu turut diselitkan oleh


pengarangnya untuk tatapan khalayak pembaca. Gambaran tentang adat istiadat istana
dan masyarakat Melayu purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat
memakai pakaian kuning, adat menyambut bulan Ramadhan dan pelbagai lagi.
Selain itu, pengarang turut menggambarkan hubungan individu sesama masyarakat
dalam penulisannya.
Sebagai contoh, sikap hormat menghormati. Umpamanya, seorang rakyat tetap
mematuhi perintah ketua atau pembesar.
Contohnya apabila mengetahui yang Bendahara Tun Mutahir akan dibunuh oleh
Sultan Mahmud Syah, pengikut-pengikut beliau cuba menentang pembunuhan ini.
Walau bagaimanapun, penentangan tersebut dihalang oleh Tun Mutahir kerana
tindakan tersebut dianggap menderhaka. Akhirnya, pengikut-pengikut beliau tidak
jadi menentang.
Sultan Melaka pada waktu itu juga sangat menghormati golongan ulama. Hal ini
dapat dilihat semasa Sultan Mahmud Syah ingin berguru dengan Maulana Yusoff.
Ulama tersebut tidak membenarkan Sultan Mahmud Syah datang menemuinya
dengan menunggang gajah. Dengan perasaan hormat, baginda akur dengan
permintaan gurunya.

4) Pandangan Hidup
Pandangan dan falsafah hidup bangsa Melayu banyak sekali diungkapkan oleh
masyarakat ketika itu. Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu begitu kaya
dengan keindahan bahasa yang diperturunkan dalam bentuk puisi. Bentuk puisi yang
dikarang adalah seperti pantun, syair dan seloka serta nyanyian. Puisi-puisi yang
terdapat di dalam Sejarah Melayu mempunyai unsur-unsur tersirat yang bertujuan
memuji atau sebaliknya menyindir.
Kebanyakan puisi yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku

Teluk Itik dari Senggora,


Pandan terletak dilangkahi,
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terhantar di Langkawi.

Pantun ini terhasil ekoran daripada peristiwa hukuman bunuh terhadap Tun
Jana Khatib. Hal ini berpunca daripada perasaan iri hati Paduka Seri Maharaja
terhadap beliau yang dituduh cuba menggoda Raja Perempuan dengan
memperlihatkan kemahirannya menilik pohon pinang sehingga terbelah dua.
Semasa beliau dibunuh, satu kejadian aneh telah berlaku iaitu darahnya
menitik setitik manakala badannya ghaib
Terdapat juga puisi yang dibuat oleh masyarakat ketika itu untuk memuji
golongan pembesar dan raja. Tetapi ianya disampaikan dalam bentuk
nyanyian.
Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budaya dan budi pekertinya. Hal ini
telah berjaya digambarkan oleh Tun Seri Lanang dalam karyanya, Sejarah
Melayu. Adat istiadat Diraja turut dimuatkan dalam karangan beliau bagi
memperlihatkan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Nilai Ilmu

Ilmu merupakan salah satu unsur kehidupan intelektual terpenting. Kadar


perkembangan dan penyebaran ilmu pada pandangan umum menunjukkan darjah
kemajuan kesedaran sosial dan perkembangan masyarakat.
Apabila ilmu kuat dan penting dalam masyarakat Melayu dan mempengaruhi
kehidupan manusia, hal ini pasti tercermin di dalam penulisan pengarang.
Kebanyakan istilah umum yang terdapat dalam teks kebanyakannya berasal daripada
bahasa Arab. Akan tetapi, kata-kata Arab ini sudah terserap ke dalam bahasa Melayu
dan dianggap sebagai kosa kata bahasa Melayu.
Melalui penggunaan kata-kata ilmiah yang pelbagai bentuk dan banyak bilangannya,
hal ini dapat mencerminkan dan membuktikan bahawa pengarang dan pembaca pada
masa itu mahir dalam definisi ilmiah dan juga bahasa Arab.
Bagi kategori bidang ilmu pula, dalam teks-teks karya agung ada disebutkan beberapa
bidang ilmu. Dalam Sejarah Melayu, terkandung beberapa tulisan tentang ilmu
falsafah (didaktik, tasawuf, akhlak), ilmu agama (fardhu ain, ilmu tafsir, ilmu tilawah,
ilmu usuludin), ilmu sejarah, ilmu fiqah (syariah, ilmu hukum), ilmu bahasa
(etimologi, saraf, nahu), ilmu perubatan tradisional dan pelbagai lagi.
Kategori para ilmuwan juga turut tercatat dalam karangan Sejarah Melayu. Antara
orang atau pelaku yang disebut berkaitan dengan ilmu ialah khatib, haji, sayyid (syed
dari tanah Mekah), syeikh, mursyid, makhdum, kadi dan maulana.
Para ilmuwan tersebut adalah sangat berwibawa dan pangkatnya tinggi dalam
masyarakat Melayu Islam khususnya. Golongan ini juga turut memberi pelbagai
nasihat kepada raja dan anak-anaknya, mengajar sultan dan orang besar-besar,
mengepalai musyawarah, membantu mencapai muafakat dalam perdebatan dan
konflik dan lain-lain lagi
Dalam teks Sejarah Melayu, terdapat banyak maklumat tentang karya ilmiah dan
agama yang diajarkan dan dibaca dalam masyarakat Melayu. Buku-buku tersebut
berkaitan dengan ilmu agama, falsafah, fiqah, sejarah, bahasa dan sebagainya. Kitab
yang sering disebutkan ialah al-Quran al-Azim dan pelbagai Surahnya.
Berdasarkan kepada beberapa pecahan nilai ilmu yang telah dipaparkan dalam Sejarah
Melayu, hal ini dengan jelas menunjukkan ciri penting keagungan karya agung
Melayu terletak pada ketamadunan ilmu yang dipancarkan oleh karya itu.
Melaluinya, pengarang telah berjaya memperlihatkan keupayaan dan keterbukaan
mindanya untuk menyerap ilmu dan nilai baru, yang dipelajari daripada Islam, untuk
menilai dan memperkukuh tradisi bangsanya.
Mantera mula diganti dengan doa, berguru kepada orang pertapa diganti dengan
berguru kepada syeikh atau makhdum, adat dan tradisi keadilan Melayu digandingkan
dengan keadilan menurut hukum Allah dan pelbagai lagi.
Inilah proses perkembangan ilmu yang dipaparkan dalam Sulalatus Salatin atau
Sejarah Melayu.

Teknik Pengarang

Jika diteliti isi kandungan Sejarah Melayu, pengarangnya dilihat sebagai


seorang intelek Melayu yang berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan
politik di Melaka waktu itu. Selain itu, pengarang amat berminat membaca
berbagai-bagai naskhah hikayat daripada kesusasteraan asing yang diterap
daripada kesusasteraan Hindu. Misalnya, pengarang dapat menggarap unsur-
unsur sastera Hindu sewaktu mengisahkan pengembaraan Raja Suran ke
negeri bawah laut dan kisah di Bukit Si Guntang Mahameru. Pengarang juga
turut mengaitkan binatang suci Hindu iaitu lembu putih.
Pengaruh kesusasteraan Jawa seperti cerita panji dan Cerita Damar Wulan
turut dibawa masuk oleh pengarang. Contoh-contoh dari hasil sastera Jawa
dapat dilihat melalui gambaran peristiwa utusan Melaka pergi ke Majapahit
dan peristiwa peminangan Puteri Galuh Cendera Kirana. Dalam peristiwa
peminangan Puteri Gunung Ledang, dikaitkan pula dengan permintaan mas
kahwin yang luar biasa.
Pengarang juga amat mahir menggarap corak penulisan kesusasteraan Parsi
dan Arab. Hal ini dapat dibuktikan melalui gaya penulisan pendahuluan teks
yang mempunyai gaya masnawi. Selain itu, pengarang turut memasukkan
petikan syair dan bidalan Arab, termasuklah juga ayat-ayat al-Quran.
Penggunaan kalimah-kalimah Arab juga amat ketara dalam Sejarah Melayu.
Pengarang dilihat sangat kreatif dan berseni kerana dapat menampilkan karya
tersebut dalam bentuk yang menarik dan indah dari segi persembahannya. Tun
Seri Lanang berupaya melukis segala kisah atau gambaran masyarakat Melayu
dengan hidup dan indah. Beliau juga berupaya menceritakan sesuatu episod
dengan nyata dan jelas sehingga berjaya mengusik perasaan pembaca sama
ada sedih, menyayat hati, lucu, meriah dan riang gembira
Pengarang juga berupaya melukis watak dengan lebih hidup, istimewa dan
bercampur dengan unsur lucu. Contohnya ketika menggambarkan watak Tun
Mai Ulat Bulu, Seri Bija Diraja, Seri Wak Raja, MiaRuzul dengan kambing
randuk dan lain-lain. Selain itu, pengarang berjaya menerapkan gaya bahasa
yang indah, menarik dan bermutu tinggi. Di samping itu, pengarang juga turut
menggunakan pelbagai teknik penceritaan. Antara teknik tersebut ialah dialog,
monolog dalaman, menyelitkan puisi seperti pantun, syair dan bidalan Arab
yang secara tidak langsung menimbulkan kesan keindahan semasa membaca
karya tersebut.

Seni Bahasa

Bangsa Melayu meletakkan keutamaan yang tinggi kepada ketajaman akal,


kecerdasan berfikir, kebijaksanaan berbahasa dan mengungkapkan bahasa.
Jika ditinjau dalam Sejarah Melayu, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan
seni bahasa pengarang dalam sisi yang berbeza.
Sebagai contoh, dalam peristiwa pemeritahan di Temasik/Singapura. Dalam peristiwa
ini, Temasik digambarkan oleh pengarang sebagai sebuah negeri yang tidak pernah
aman.
Kita juga tidak pernah didedahkan dengan usaha pemerintahnya, Parameswara, untuk
memajukan Singapura. Hal ini demikian kerana, di Temasik/Singapura terdapat nilai
yang tidak baik.
Istilah Singapura dikatakan berasal daripada binatang yang bernama singa dan sikap
singa itu pula suka berpura-pura.
Sikap berpura-pura merupakan nilai yang tidak baik. Singapura dikatakan tidak aman
kerana diperintah oleh raja yang berhati pura-pura.
Bukan tidak ada pembesar yang membantu raja, namun pembesarnya juga berhati
pura-pura.
Ketaatan kepada raja bukan kerana mahu mendaulatkan raja, tetapi kerana mahu
merebut nikmat material.
Dalam Sejarah Melayu, ada generasi yang cuba membawa pembaharuan, memajukan
Singapura, malangnya mereka pula yang dilenyapkan.
Selain itu, digambarkan juga bagaimana akal seorang budak yang telah
menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia dan menjadi aset negara, telah dikhianati
oleh pihak pemerintah pada masa itu
Secara halus, pengarang menyampaikan mesej bahawa Singapura tidak akan maju
kerana gejala negatif menjadi pegangan pemerintahnya.
Mesej tersebut dsampaikan secara amat berseni.
Pengarang tidak menyatakan kekejaman pemerintah, sebaliknya pengarang
menggambarkan perlakuan kejam pemerintah.
Perlakuan-perlakuan itu pula disertakan dengan alasan yang mungkin dapat diterima
oleh masyarakat pada zaman itu. Di sinilah seni kebijaksanaan pengarang mengkritik
golongan pemerintah. Seorang budak yang berakal besar semasa kecilnya tentunya
akan lebih besar apabila ia mnginjak dewasa.
Terdapat tiga pembunuhan yang disebabkan oleh tiga faktor yang masing-masing
menggambarkan keburukan golongan pemerintah. Pertama, pembunuhan terhadap
ulama bernama Tun Jana Khatib yang disebabkan rasa cemburu dan syak wasangka
Kedua, pembunuhan terhadap budak berakal besar disebabkan kebimbangan terhadap
akal budak itu yang dikatakan akan menggugat kuasa pemerintahan.
Ketiga, pembunuhan terhadap anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang menjadi
gundik bongsu raja disebabkan fitnah oleh para gundik.
Dalam ketiga-tiga peristiwa pembunuhan itu, terlihat kebijaksanaan pengarang
mengolah bahasa untuk mengkritik raja. Seni bahasanya terletak pada cara pengarang
menggambarkan kekejaman dan kesan baik yang dapat diteladani daripada tindakan
raja.

Anda mungkin juga menyukai