Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

PENSEJARAHAN MELAYU
(SJH 3102)
Tajuk :
MISA MELAYU
Oleh :
AMINAH BINTI ANUAR
S86S-1112-0988
HAJAR BINTI MOHAMAD ZUDIN
S86S-1112 - 1011
Untuk :
TUAN HJ. ROSLI BIN YUSOF
Tarikh Pembentangan :
1 Ogos 2013

SINOPSIS MISA MELAYU

Karya

Misa

Melayu

merupakan

karangan

Raja

Chulan

yang

merupakan seorang pujangga istana di Perak ketika pemerintahan


Sultan Iskandar Zulkarnain.

Baginda yang merupakan kerabat diraja Perak diberi gelar Raja Kecil
Besar dan ditabal menjadi Raja Bendahara Perak dan Raja Muda
Perak pada 1773. Belum sempat menjadi Sultan, beliau terlebih
dahulu mangkat pada tahun 1787.

Tujuan utama pengarangan Misa Melayu adalah untuk mengagung


dan mencemerlangkan Sultan Iskandar Zulkarnain dan beberapa
tokoh sultan Perak yang lain.

Penulisan Misa Melayu karya Raja Chulan memuatkan penceritaan


berkenaan raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak antara
tahun 1700-1780-an. Hal ini bermakna, sebahagian daripada kisahkisah yang terkandung dalam Misa Melayu yang dicatatkan oleh Raja
Chulan dalam karyanya adalah merupakan kisah yang berlaku pada
zaman kehidupannya sendiri.

Oleh itu, maka tidak hairanlah susunan penceritaan dalam teks


sejarah ini dilihat agak teratur menurut kronologinya.

Uniknya, bentuk penulisan Raja Chulan dalam Misa Melayu adalah


berbentuk prosa dan puisi dan ditulis dalam tulisan Jawi, sebelum
dirumikan oleh R.O Winstedt pada awal abad ke-20.

Terdapat tiga bahagian besar riwayat Misa Melayu :

Bahagian induk yang ditulis zaman atau semasa dengan


hidupnya Raja Chulan,

sehingga kemangkatan Sultan

Iskandar.
Bahagian

Iskandar di perak.
Bahagian ketiga, tentang pemerintahan dua orang sultan

syair

yang

mengisahkan

pelayaran

Sultan

selepas Sultan Iskandar.

Antara kandungan penceritaan yang terdapat dalam Misa Melayu


tulisan Raja Chulan termasuklah:

Kesultanan negeri Perak berasal dari keturunan yang


agung, Raja Iskandar Zulkarnain. Jurai keturunannya hingga
kepada Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan
(Raja Chola) yang memerintah hingga ke selatan Tanah

Melayu.
Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak,
orang Belanda telah
perniagaan bijih

timah

yang berhampiran
Perak,

berdekatan

gudang

di Pengkalan

dengan

Halban,

muara Sungai

dengan Pulau

atau

Indera

loji

kawasan

Kinta - Sungai
Sakti

setelah

mendapat kebenaran Sultan Muzaffar Syah


Penceritaan mengenai kisah Sultan Iskandar Zulkarnain
bersama

mendirikan

Raja

Chulan

dan

lain-lain

negeri Perak.
Kisah Raja Iskandar menuba ikan
berhampiran
Juar di Kampung
dengan Sungai

di Sungai

dengan Pulau
Gajah.

pantai

Budiman ,

Besar dan Pulau

Sungai

Kinta dan Sungai

menyusur

Budiman bercantum

Perak di

hulu

Sungai

Budiman terletaknya kawasan bijih timah yang penting

seperti Sungai

Galah,Tanjung

Tualang,Batu

Gajah,Kampar dan lain-lain.


Penceritaan
mengenai

perut permaisuri Raja Iskandar.


Kisah Sultan Muhammad (waris yang muda) menyelesaikan

istiadat melenggang

masalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah


( waris yang tua).
Episod Sultan Muzaffar Syah yang ingin bermenantukan

Raja

Muda.

Sultan

Muzaffar

meminta

Raja

Chulan

menyatakan hasrat kepada Raja Muda. Akhirnya , puteri


Sultan Muzaffar Syah yang bernama Raja Budak Rasul
dikahwinkan dengan Raja Muda.
Kisah Sultan Muhammad Syah (1744-1750) mengorbankan

kedudukannya sendiri selaku Sultan Perak , agar Perak


dicantum semula di bawah pemerintahan seorang sultan
sahaja iaitu kekandanya Sultan Muzaffar Syah.

Antara aspek penting yang diceritakan dalam Misa Melayu ialah :


1.Latar Sosial Masyarakat di Perak:
Dalam Misa Melayu, terdapat pelbagai bangsa dan suku kaum selain

orang Melayu
yang

tinggal

di

sepanjang

Sungai

Perak

termasuklah

Rawa,

Minangkabau, India dan


Cina terutamanya di Pulau Indera Sakti dan Mukim Bandar,
termasuklah di Pulau
Juar, Kampung Cina, Kampung Air Mati, Bandar Baru, Teluk Memali
hinggalah ke
Bandar Tua dan Pasir Salak serta Kampung Gajah.
2.Adat

Istiadat

yang

bangsa/keturunan diraja)

Diamalkan

(aspek

jati

diri

Antara adat dan istiadat yang diamalkan di Perak pada masa


tersebut termasuklah
adat bertindik, berinai, lenggang perut, istiadat perlantikan dan
pertabalan Raja,
istiadat perarakan keberangkatan raja, istiadat menjunjung duli,
istiadat berkabung,
istiadat menurun tambak dan batu nisan serta istiadat membayar
kaul (tunai hajat).

Adat Istiadat Perkahwinan Diraja Perak

Dalam Misa Melayu, diceritakan mengenai kisah perkahwinan


Raja Muda Perak, Raja Iskandar dengan Raja Budak Rasul,

puteri kepada Sultan Muzaffar Syah iaitu Sultan Perak.


Dalam istiadat perkahwinan diraja ini, Raja Alauddin dan Raja
Chulan telah diminta merisik dan meminang Raja Budak Rasul

dengan membawa emas sekati.


Ketika upacara pernikahan pula, Raja Iskandar membawa 100
tahil emas, 10 pasang hamba (orang Jawa) dan 1000 keping
timah.

Akad

nikah

dimulakan

dengan

khutbah

nikah,

bersanding dan upacara bersiram.

Adat Istiadat Pertabalan Sultan di Perak


Ketika

kemangkatan

Sultan

Muzaffar

Syah

III,

upacara

pertabalan Sultan Baru telah dibuat di mana Raja Muda Perak,


Raja Iskandar Syah telah diberi pakai segala alat kebesaran
kerajaan.
Baginda ditabal menjadi Sultan Perak dengan memakai gelar
Paduka Seri Sultan Zulkarnain Khalifatur Rahman Johan
Berdaulat Zillullahi Fil Alam.
Baginda juga ditabalkan sebelum jenazah almarhum Sultan
sebelumnya dikebumikan.

Dalam setiap adat pertabalan ataupun adat menjunjung duli di


Istana Perak, upacara ini akan disertai dengan paluan gendang
nobat Ibrahim Khalil atau disebut bermahalil.

Adat Melenggang Perut di Istana Perak

Ketika

permaisuri

kepada

Sultan

Iskandar

Syah

sarat

mengandung tujuh bulan, satu temasya melenggang perut


telah diadakan di Balai Panca Persada selama 40 hari 40

malam.
Seluruh rakyat Perak termasuk masyarakat Cina, India dan

Belanda datang mempersembahkan hadiah kepada Sultan.


Selain itu, persembahan Menora dari Kedah pimpinan Kanda
Seri Indera dan Nakhoda Jumaat turut dipersembahkan dalam
istiadat melenggang perut ini.

Istiadat Membayar Kaul

Pada suatu ketika, Sultan Iskandar di Pulau Indera Sakti telah


jatuh gering. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah bertilik

berjaga-jaga, menurun jin, titik dan perdikiran.


Akhirnya, Raja Muda dan rakyat telah bernazar agar baginda

sembuh.
Sultan Iskandar telah dimandikan dan diarak dari Rantau
Panjang ke Pulau Indera Sakti dengan perahu.

3. Ekonomi di Perak:

Dalam Misa Melayu, Raja Chulan turut memperincikan mengenai


hasil ekonomi yang terdapat di Perak pada masa tersebut
terutamanya yang datang daripada aktiviti perekonomian di
Sungai Perak.

Antaranya, pihak Belanda telah dibenarkan untuk membina


gudang

bijih

timah

di

Pengkalan

Halban

yang

terletak

berhampiran Pulau Indera Sakti, di muara Sungai Kinta dan


Sungai Perak.

Dalam satu peristiwa, Raja Chulan menceritakan bagaimana


kompeni Belanda di Betawi mengiringi tujuh buah kapal perang
ke Perak ekoran fitnah seorang Keling bernama Pir Muhammad
yang hampir mencetuskan perang di antara Perak dan Belanda.

Akhirnya, rundingan serta perjanjian semula Perak dan Belanda


menyebabkan Belanda berjaya memonopoli perdagangan timah
di Perak dan membeli 500 bahara timah dari Perak.

Di dalam hutan negeri Perak juga terdapat banyak gajah sehingga


terdapat sebuah kampung yang digelar Kampung Gajah.

Namun, hanya baginda Sultan Perak sahaja yang dibenar untuk


berniaga gajah di negeri Perak.

Di Pulau Indera Sakti pula, para peniaga Cina telah membuka


toko-toko mereka dan sebahagian daripadanya menjual emas.

Selain Belanda, pedagang India, Cina, Jawa dan Siam turut


melakukan perdagangan dengan Perak. Antaranya termasuklah
perdagangan

pakaian,

garam,

tembakau,

gambir,

pinggan

mangkuk tembikar Cina, dan alatan senjata seperti parang dan


keris, benang emas, rempah dan candu.

4. Perihal Masjid Pulau Indera Sakti:


Ketika zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain, Raja Chulan
telah menceritakan dalam Misa Melayu mengenai titah baginda
Sultan agar sebuah masjid dibina di Pulau Indera Sakti yang belum
mempunyai masjid bagi menyambut kedatangan Hari Raya Haji.
5. Aspek kritikan sosial :
Antara kritikan yang ditulis Raja Chulan dalam Misa Melayu adalah
mengenai ;

Selepas tahun 1720-an, bermula dengan pemerintahan Sultan


Muzaffar Syah, terjadi pelbagai konflik politik yang amat
mencabar. Ia melibatkan struktur dalaman dalam proses
berkerajaan Perak. Antara konflik yang cuba ditonjol oleh
pengarang ialah ;
Cabar-mencabar

dalam

hal

pewarisan

takhta.

Akibatnya, ketika pemerintahan Sultan Muzaffar


Syah (1728-1744), Perak terbahagi dua kerana
wibawa baginda dicabar oleh adiknya, Sultan
Muhammad Syah.
Isu huru-hara dalam negeri Perak ini, seperti
yang terdapat dalam Misa Melayu, diakhiri secara
ikhtiar

politik

juga.

Tokoh

menonjol

yang

memainkan peranannya ialah Raja Muda Iskandar


Zulkarnain, yang bergelar Sultan mulai tahun
1754.
6. Aspek Pembentukan Masyarakat
Hubungan politik antara Perak dengan Bugis menyebabkan
kalangan pemerintah Bugis di Selangor pada tahun 1770 (iaitu
Raja Lumu) datang ke Perak, lalu Sultan Mahmud Syah Ibn
Sultan Muhammad Syah, menobati dan mendaulati baginda
sebagai Sultan Salehuddin, Yang Dipertuan Selangor.
Siri-siri kedatangan pedagang atau pegawai Belanda ke Perak.
Raja Chulan menempelak mereka mungkin kerana mereka
memonopoli pembelian bijih dari Perak. Mereka bukan setakat
untuk

membeli

bijih

di

situ,

malah

menambahkan

lagi

pendapatan negeri daripada penjualan bijih. Sultan Muzaffar


sendiri dikatakan oleh Misa Melayu menjadi teramat kaya
dengan perolehan hasil ini.
Sultan sendiri terlibat dalam aktiviti dagang. Sultan Perak
mengirimkan Tambi Kecil ke India bagi menggalakkan para
saudagar India membeli gajah Perak daripada baginda sendiri.
Kerancakan aktiviti ekonomi menyebabkan Perak didiami
berbagai-bagai suku bangsa
berbagai-bagai

sukunya,

seperti Melayu, dan kalangan


Belanda,

Cina

dan

India,

memancarkan

sebuah

masyarakat

yang

bercorak

kosmopolitan. Kerapatan hubungan antara dan kalangan


sesama suku dan kaum masyarakat ini dipancarkan menerusi
episod persembahan pelbagai aneka pesta ketika menyambut
istiadat perkahwinan Sultan Iskandar dengan Puteri Budak
Rasul.
7. Latar Belakang Sejarah Dan Sosiobudaya
Hakikat sejarah dan proses pensejarahan yang berlaku di Perak telah
menimbulkan
akibat dan tindak-tanduk susulan oleh para pemegang kuasa dan
wibawa Perak
serta memberi kesan terhadap pensejarahan Perak sendiri. Faktorfaktor inilah yang

pada umumnya mendasari dan melatarbelakangi

riwayat sejarah yang membina

keseluruhan kandungan Misa Melayu.

Antaranya yang ditampilkan oleh Raja Chulan ialah;


Perak terbahagi dua. Bahagian hulu diperintah oleh Sultan
Muzaffar Syah, bahagian hilir diperintah oleh adiknya, Sultan
Muhammad Syah. Sempadan bidang kuasa ialah di Pacat.
Raja Muda Iskandar ibnu Sultan Muhammad menyedari hakikat
ini dan tenaga-tenaga politik yang bergerak di belakang, lalu
bertindak secara politik juga. Kepadanya, "negeri sebuah, raja
dua" adalah mustahil. Baginda menyatukan semula hulu dan
hilir. Walaupun Sultan Muzaffar terus bertakhta tetapi kuasa
dan wibawa pemerintahan terletak di tangan Raja Muda, "...
tetaplah Sultan Muzaffar Syah pula di atas takhta kerajaan,
diperintahkan oleh anakanda baginda Raja Muda", kata Misa
Melayu.
Pembesar-pembesar

utama

yang

empat

yang

diragukan

kesetiaannya dipecat, lalu digantikan oleh pihak yang boleh


dipercayai kesetiaannya.
Peranjakan kuasa yang dilakukan oleh Sultan Iskandar, iaitu
daripada pembesar kepada sultan sendiri, bukan sahaja

kerana karismanya, malah sebab kekayaannya. Antara inovasi


pentadbiran yang dilakukan olehnya ialah melantik jawatan
Raja Bendahara dan Sultan Muda kepada adiknya sendiri,
sebagai imbangan kepada perlantikan Raja Muda, yang juga
adiknya.
Meneruskan hubungan dagang dengan Belanda, yang bukan
sahaja memanfaatkan ekonomi, malah menjamin pertahanan
sultan yang bersemayam di Kuala Kangsar apabila Belanda
membina kubunya di Tanjung Putus.
Hubungan dipiomatik dengan kalangan Minangkabau dan
Bugis akibat hadirnya unsur persaingan merebut takhta di
kalangan waris negeri.
Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud, kerabat Bugis dari
Selangor datang ke Perak untuk mendapatkan daulatnya (MM,
hlm. 186-188). Ini adalah musabab politik, kerana pertama
Perak adalah jiran Selangor yang terhampir; kedua Peraklah
satu-satunya

kesultanan pada

abad ke-

18 yang terus

mengekalkan pewarisan salasilah kerabat dan Kesultanan


Melaka. OIeh itu, dakwaan tentang kedaulatannya adalah
wajar. Kehadiran Bugis di Perak juga menyebabkan Perak
terlibat sama dalam konflik politik di Kedah.
Sultan

Muzaffar

berangkat

ke

memungut

cukai.

terhadap

dan

Kuala
Ini

kesetiaan

Raja

Muda

Iskandar

yang

Kinta

untuk

Kangsar

dan

tentulah

menghairankan.

para

pembesar

Sungai

sendiri

daerah

Keraguan
tersebutlah

menyebabkan hal ini terjadi.


Sultan Iskandar menjerat gajah di Sayong. Ini disebabkan
sumber

Belanda

menyebut

perdagangan

monopoli diraja dan amat menguntungkan.

gajah

adalah

Perkahwinan antara Sultan Iskandar dengan Puteri Budak


Rasul adalah kerana politik, sebab sumber Belanda menyebut
juga bahawa puteri tersebut telah pun bertunang dengan
Sultan Berkabat, tetapi telah diputuskan. Sultan Berkabat
tentulah marah, lalu menyerang Bukit Gantang.
KESIMPULAN
Ketuanan Melayu di Negeri Perak ada asal-usulnya yang dapat di susuri
melalui salasilah raja-raja Perak seperti yang terakam dalam Hikayat Misa
Melayu. Karya agung nukilan Raja Chulan tersebut memperlihatkan
bagaimana

ketinggian

dan

kehalusan

bahasa

Melayu

dapat

mengungkapkan rentetan sejarah dan amalan sosio-budaya masyarakat


Perak pada masa lalu, sekaligus memperlihatkan bakat kepengarangan
Raja Chulan pada zamannya. Perlukisan terhadap amalan-amalan seperti
adat istiadat sengaja dibuat oleh Raja Chulan bagi menanamkan amanat
tentang kepentingan adat istiadat sebagai lambang kemuliaan raja-raja.
Hilang adat, hilanglah kebesaran dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Jelaslah di sini bahawa, Misa Melayu adalah sebuah karya pensejarahan


yang tinggi nilainya. Ia mewarisi, malah melanjutkan bentuk pensejarahan
Melayu yang masih terikat dengan ciri-ciri Islam yang sudahpun wujud di
dalam Alam Melayu sebelum ini. Antara keistimewaannya yang jelas ialah
ia tidak mengandungi dongeng dan metos seperti yang terdapat di dalam
beberapa karya sebelumnya. Sungguhpun terdapat beberapa kekurangan
jika diukur dari sudut pengertian sejarah yang mutakhir, namun karya ini
adalah hasil dari kefahaman dan kesedaran sejarah yang wujud pada
kurun kelapan belas itu. Dengan keadaan yang demikian pun, karya ini
masih mempunyai nilai yang tinggi dari segi sejarah dan pensejarahan.

BIBLIOGRAFI
1. Muhammad Yusoff Hashim.(1992). Pensejarahan Melayu Kajian
Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur.
2. Zahrah Ibrahim. (1986).Sastera Sejarah Interpretasi dan Penilaian,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Ali Ahmad.(1987). Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Misa_Melayu
5. http://www.ukm.my/iman/images/iman/makalah/IMAN1_1.pdf
6. http://www.ukm.my/iman/index.php/my/component/users/?
view=registration&layout=complete
7. http://elib.uum.edu.my/kip/Record/um649595
8. http://rupanx.tripod.com/aj1132/interpretasi_historis.htm
9. http://rupanx.tripod.com/aj1132/sosiopolitik.htm
10.
http://rupanx.tripod.com/aj1132/persejarahan_sosioekonomi_p
olitik.htm
11.
http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/cgibin/library.exe?e=d-00000-00---off-0umlibrar-publishe%2cdewanbah
%2cumlibrar%2cothercol-01-1--0-10-0---0---0prompt-10---4-------0-1l-11-en-50---20-home---00-3-1-00-0-0-11-1-0utfZz-800&a=d&cl=CL1.7&d=D159

Anda mungkin juga menyukai