Anda di halaman 1dari 5

Misa Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari
Misa Melayu karya Raja Chulan ini tergolong dalam naskah sastera tradisional genre sastera
sejarah . Buku ini telah dikaji oleh W.E. Maxwell dan diterbitkan dalam JSBRAS 1882 dan 1884
masehi.R.O Winstedt telah merumikannya pada tahun 1919 masehi. Beberapa versi lain
tersimpan di Universiti Leiden , Belanda dengan judul Hikayat Salasilah Perak dan Ikatan Raja
Ke Laut.
Kata 'Misa' diambil daripada judul cerita-cerita panji seperti Misa Perabu Jaya di kepulauan
Jawa. Namun, daerah Kampung Gajah tidaklah ramai orang Jawa.
Isi kandungan
1 Penulis
2 Bentuk
3 Tema
4 Latar Tempat
5 Latar sosial
6 Istiadat Perkahwinan
7 Istiadat Pertabalan
8 Upacara Melenggang Perut
9 Istiadat Membayar Kaul
10 Ekonomi Sungai Perak
11 Masjid Pulau Indera Sakti
12 Rujukan
13 Pautan luar
Penulis
Misa Melayu ditulis di istana oleh seorang pujangga istana bernama Raja Chulan. Nama
penuhnya ialah Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid ibni Yang diPertuan Muda Sultan Mansur
Syah bergelar Marhum Pulau Juar, Kampung Gajah , Perak .
Raja Chulan mengarang Misa Melayu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain dan
selesai ditulis pada 1908 masehi di Mukim Bandar , 36800 Kampung Gajah, Perak. Mukim
Bandar terletak di tebing kiri Sungai Perak, kira-kira 7 km dari Kampung Gajah , Perak.
Raja Chulan dianggarkan hidup sekitar 1720- 1786 masehi. Datuknya Sultan Mansur Syah yang
menjadi salah seorang Yang Dipertuan Muda Perak atau terkenal dengan nama Marhum Pulau
Tiga. Sultan Mansur Syah ialah anak Sultan Mudzaffar Shah II iaitu Sultan Perak ke-10 (
memerintah 1636-1653). Pada zaman Sultan Mudzaffar Shah III (1728-1752) Raja Chulan telah
dianugerahi gelaran Raja Kecil Besar pada tahun 1752.Apabila Sultan Mudzaffar Shah III
mangkat pada tahun 1752, diganti oleh Sultan Iskandar Zulkarnain , iaitu Sultan Perak ke-15
(1752-1765). Apabila Sultan Iskandar Zulkarnain mangkat 1765, Raja Kemas yang bergelar Raja
Muda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak (1765-1773).
Raja Chulan yang bergelar Raja Kecil Besar dinaikkan pangkat menjadi Raja Bendahara Perak.
Raja Chulan berkhidmat dengan 9 orang sultan. Raja Chulan akhirnya menjadi Raja Muda Perak
pada 1773 dan mangkat pada 10 Februari 1787.
(Untuk mengelakkan kekeliruan, Raja Chulan yang disebut di atas merupakan orang yang
berbeza dengan Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad
Shah Habibullah.)
Bentuk
Misa Melayu ditulis dalam bentuk prosa dan puisi dalam tulisan jawi . Jadi ini merupakan satu
karya yang unik. Contoh sastera sejarah prosa ialah Sejarah Melayu, Salasilah Melayu dan
Bugis, Hikayat Merong Mahawangsa , Hikayat Raja-Raja Pasai dan lain-lain. Contoh sastera
sejarah bentuk puisi ialah Syair Perang Siak, Syair Perang Kompeni Welanda Dengan China ,
Syair Perang Inggeris Menyerang Kota dan lain-lain.
Tema
Tema karya ini ialah tentang sejarah raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak antara
tahun 1700 hingga 1780-an. Penceritaan agak teratur menurut kronologi. Anehnya Raja Chulan
tidak memuatkan unsur-unsur mitos. Antara isi ceritanya ialah :
Kesultanan negeri Perak berasal dari keturunan yang agung, Raja Iskandar Zulkarnain / (
Alexander The Great yang memerintah Macedonia di Iraq) . Jurai keturunannya hingga
kepada Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan ( Raja Chola) yang memerintah
hingga ke selatan Tanah Melayu.
Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, orang Belanda telah
mendirikan gudang atau loji perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban setelah
mendapat kebenaran Sultan Muzaffar Syah. Sejarawan Andaya menyatakan pada 22
oktober 1746, Arry Veerbrugge dihantar ke Perak untuk berunding mengenai perniagaan
bijih timah dan membina loji di Pengkalan Halban , berhampiran dengan muara Sungai
Kinta - Sungai Perak, berdekatan dengan Pulau Indera Sakti.
Raja Chulan juga terlibat dalam rundingan peminangan Raja Muda akan Raja Budak
Rasul
Sultan Iskandar Zulkarnain bersama Raja Chulan dan lain-lain menyusur pantai negeri
Perak.
Raja Iskandar menuba ikan di Sungai Budiman , berhampiran dengan Pulau Besar dan
Pulau Juar di Kampung Gajah. Sungai Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan
Sungai Perak di hulu Sungai Budiman terletaknya kawasan bijih timah yang penting
seperti Sungai Galah,Tanjung Tualang,Batu Gajah,Kampar dan lain-lain.
Istiadat melenggang perut permaisuri Raja Iskandar.
Perkahwinan Raja Iskandar dengan Raja Budak Rasul.
Kisah Sultan Muhammad ( waris yang muda) menyelesaikan masalah perebutan kuasa
dengan Sultan Muzaffar Syah ( waris yang tua).
Episod Sultan Muzaffar Syah yang ingin bermenantukan Raja Muda. Sultan Muzaffar
meminta Raja Chulan menyatakan hasrat kepada Raja Muda. Akhirnya , puteri Sultan
Muazaffar Syah yang bernama Raja Budak Rasul dkahwinkan dengan Raja Muda.
Kisah Sultan Muhammad Syah ) 1744-1750) mengorbankan kedudukannya sendiri
selaku Sultan Perak , agar Perak dicantum semula di bawah pemerintahan seorang sultan
sahaja iaitu kekandanya Sultan Muzaffar Syah.
Latar Tempat
Istana dan makam Sultan Iskandar Zulkarnain terletak di Pulau Indera Sakti . Pulau ini
merupakan sebuah 'pulau' di dalam Sungai Perak, kira-kira 16 km ke hulu dari Teluk
Intan . Kini Pulau Indera Sakti telah lama tidak ada penduduk . Penduduknya berhijrah
kerana masalah [banjir]] dan sistem perhubungan bertukar dari jalan air kepada jalan
raya. Kesan sejarah yang masih ada hanyalah makam Sultan Iskandar Zulkarnain.
Semasa pertabalan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak tahun 1986, baginda dan
rombongan telah singgah di Pulau Indera Sakti dan lain-lain. Selain itu lokasi istana
Sultan Perak pindah ke hulu-hulu Sungai Perak seperti di Sungai Budiman - Pulau Besar ,
Pulau Tiga , Pulau Juar, Geronggong dan terakhir di Kuala Kangsar.
Sungai Budiman , berhampiran dengan Pulau Besar dan Pulau Juar di Kampung Gajah.
Sungai Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai Perak.
Mukim Bandar
Di Pulau Juar , Kampung Gajah terdapat sebuah makam Sultan Perak yang bernama
Sultan Mansur Syah.
Kampung Pulau Tiga terletak kira-kira 3 kilometer di utara Kampung Gajah , Perak, di
tepi kanan Sungai Perak. Terdapat 2 makam sultan di Kampung Tanjung Bidara, Pulau
Tiga. Makam ini berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara dan tepi
Sungai Perak.
Pengkalan Halban terletak berhampiran dengan Pulau Indera Sakti, di muara Sungai
Kinta. Pokok halban amat keras dan sesuai dibuat rebana, Rebana ialah alat muzik yang
menggunakan kayu halban dan kulit lembu menyerupai kompang tetapi mempunyai
bunyi yang lebih nyaring. Dalam Islam, hanya alat muzik begini yang tidak tidak
berlubang dibenarkan.
[perlu rujukan]

Latar sosial
Dalam Misa Melayu ,terdapat pelbagai bangsa seperti Rawa , Minangkabau, India dan
Cina yang tinggal di sepanjang Sungai Perak terutama di Pulau Indera Sakti dan Mukim
Bandar . Ini termasuklah Pulau Juar , Kampung Cina, Kampung Air Mati, Bandar Baru,
Kampung Teluk Memali hinggalah ke Bandar Tua dan Pasir Salak serta Kampung Gajah
sekarang ini.
Adat bertindik
Berinai
Istiadar perlantikan dan pertabalan
Istiadar perarakan raja berangkat
Istiadat menjunjung duli
Istiadat melenggang perut
Istiadat kemangkatan dan berkabung
Istiadat menurun tambak dan batu nesan
Istiadat membayar kaul ( bayar niat).
Istiadat Perkahwinan
Raja Iskandar ingin berkahwin dengan Raja Budak Rasul, anak Sultan Muzaffar Syah. Raja
Aliuddin dan Raja Chulan diminta merisik dan meminang dengan membawa emas sekati.
Semasa menikah, Raja Iskandar membawa 100 tahil emas, 10 pasang hamba ( orang Jawa), dan
1000 keping timah. Akad nikah dimulai dengan khutbah nikah, bersanding dan upacara bersiram.
Istiadat Pertabalan
Waktu Sultan Muzaffar Syah III mangkat , Raja Iskandar diberi memakai segala alat
kebesaran kerajaan. Raja Iskandar ditabal menjadi menjadi Sultan Perak dengan gelaran
Paduka Seri Sultan Zukarnain Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Zillullahi Fil Alam.
Sultan Mahmud Syah ditabalkan sebelum jenazah Sultan Iskandar dikebumikan.
Sultan Alauddin Mansur Syah Iskandar Muda ditablkabn berikutan kemangkatan
kekandanya Sultan Mahmud Syah
Setiap pertabalan dan adat menjunjung duli disertai dengan gendang nobat Ibrahim Khalil atau
disebut 'bermahalil'.
Upacara Melenggang Perut
Tatkala Permaisuri Sultan Iskandar mengandung 7 bulan. Temasya diadakan di balai
panca persada selama 40 hari 40 malam. Seluruk rakyat termasuk Cina, india dan
Belanda memberi hadiah. Persembahan Menora dari Kedah pimpinan Kanda Seri indera
dan Nakhoda Jumaat.
Istiadat Membayar Kaul
Sultan Iskandar di Pulau Indera Sakti jatuh sakit. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah bertilik
berjaga-jaga, menurun jin, titik dan perdikiran. Akhirnya Raja Muda dan rakyat bernazar agar
baginda sembuh. Sultan Iskandar dimandikan dan diarak dari Rantau Panjang ke Pulau Indera
Sakti dengan perahu.
Ekonomi Sungai Perak
Belanda telah mempunyai gudang bijih timah di Pengkalan Halban. Pengkalan Halban terletak
berhampiran dengan Pulau Indera Sakti, di muara Sungai Kinta- Sungai Perak, 10 km ke selatan
Kampung Gajah sekarang. Kompeni Belanda di Betawi ( Jakarta sekarang ) , mengiring 7 buah
kapal perang ke Perak ekoran fitnah seorang Keling bernama Pir Muhammad yang bertugas
sebagai jurubahasa Belanda. Rundingan semula serta perjanjian akhirnya membolehkan Belanda
memonopoli perdagangan bijih timah di Perak dan berhasil membeli 500 bahara timah.
Di dalam huta negeri Perak banyak gajah hinggakan sebuah kampung digelar Kampung Gajah.
Hanya Sultan Perak iaitu ( Sultan Iskandar Zulkarnain ) dibenarkan berniaga gajah.
Di Pulau Indera Sakti banyak kedai dan toko-toko Cina. Sebuah kampung di Rantau Panjang dan
Kampung Air Mati ada kedai emas Cina . Di Pasir Salak turut ada kedai Cina.
Selain Belanda yang menjalankan perniagaan bijih timah, pedagang India, Cina , Jawa dan Siam
turut berdagang. Antaranya ialah pakaian , garam, tembakau , gambir , pinggan mangkuk
tembikar Cina, alatan seperti parang , keris , benang emas, rempah, candu dan lain-lain.
Masjid Pulau Indera Sakti
Sultan Iskandar Zulkarnain menitahkan masjid didirikan untuk menyambut Hari Raya Haji di
Pulau Indera Sakti kerana belum ada masjid.

Rujukan
1. Barbara Watson Andaya.1979.Perak: The Abode of Grace. A study of an Eighteenth
Century Malay State. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
2. Buyong Adil Alhaj.1966.Panduan Mempelajari Hikayat Misa Melayu . Singapura :
Pustaka Melayu.
3. Maxwell.WE.1884. The History of Perak Native Asource.Journal of Royal Asiatic
Society Straits Branch, XIII-XIV
4. Raja Chulan .1966.Misa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara
5. Siti Hawa Haji Salleh .1997. Kesusasteraan Melayu Abad Ke-19 . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
6. Kesusasteraan Hikayat dan Historiografi Melayu - PJJ , UKM Bangi, 1999.

Anda mungkin juga menyukai