Anda di halaman 1dari 22

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 1 Sulalatus NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY NATIONAL INSTITUTE OF EDUCATION

ION DIPLOMA IN EDUCATION (MALAY SPECIALIZATION-PRIMARY) 2008 DSF 100 CLASSICAL MALAY LITERATURE LECTURER: Mdm Kartini Anwar and Dr Azhar Ibra him Khairul Anuar bin Ibrahim 080078C24 1

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 2 Sulalatus Sulalatus Salatin: Sebuah kanon Melayu 1.1 Pengenalan Sulalatus Salatin adalah n ama arab bagi teks sastera sejarah yang ditulis pada abad ke16 dan terjemahannya yang literal ke dalam Bahasa Melayu adalah Pertuturan Segala Rajaraja. Bagaiman apun, pada hari ini, ramai lebih mengenalinya sebagai Sejarah Melayu kerana ia d ianggap sebagai satu teks yang bukan sahaja menceritakan susur galur raja-raja, tetapi juga keadaan di sekelilingnya secara sengaja atau tidak. Berapa versi buk u ini ada wujud di dalam alam Melayu kita ini, dan juga ada versi-versi yang dit erjemahkan serta yang disimpan di perpustakaan-perpustakaan serta muzium-muzium bangsa yang pernah menjajahi negeri kita ini seperti bangsa Belanda dan bangsa I nggeris. Akan diperdebatkan disini adalah teks Sulalatus Salatin sebagai sebuah kanon Melayu. Kanon disini membawa maksud a list of literary works considered to be permanently established as being of the highest quality (Oxford University P ress, 2008), atau dalam bahasa Melayunya, senarai teks sastera yang dianggap man tap sebagai teks yang unggul secara tetap. Dari itu, keunggulan teks ini dapat d iperlihatkan daripada beberapa aspek. Antaranya ialah: kepelbagaian versinya, ce rminan ia tentang sejarah masyarakat Melayu dan akhir sekali bahasanya yang inda h-sekaligus nilai sastera yang tinggi. 1.2 Pemilihan Teks Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu(SM) Teks yang lebih kurang diterima sebagai Sulalatus Salatin da n Sejarah Melayu yang banyak diterima oleh sarjana-sarjana dan pengkaji moden ia itu Sulalatus Salatin yang ditulis A. Samad Ahmad dan juga Sejarah Melayu yang d isusun dan diselenggarakan oleh W.G. Shellabear. Walhal, di antara kedua-dua tek s ini, terdapat sedikit perbezaan dari segi penghuraian kata- baik dari segi kat a nama atau perbendaharaan kata-kata yang lain-lain, kemungkinan besar kerana ad aptasi yang berbeza-beza dari kedua-dua penulis ini dari tulisan 2

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 3 Sulalatus Jawi. Ini mungkin disebabkan ketidakmampuan untuk membaca huruf Jawi dari manusk rip yang asal yang diketemui ataupun kerana penggarapan yang berbeza akan tulisa n Jawi. Ini mungkin kerana tiada keselarasan atau tiada standard bagi menulis Ja wi di masa itu. Satu lagi kemungkinan yang menyebabkan perbezaan di dalam teks i alah kehilangan tulisan dari manuskrip asal kerana lapuk dek zaman ataupun juga, penulis-penulis ini menggunakan manuskrip yang berbeza kerana kepelbagaian vers i Sejarah Melayu ataupun Sulalatus Salatin. Contoh-contoh yang ketara adalah nam a-nama tokoh-tokoh yang di dalam kedua teks ini seperti berikut: Sulalatus Salat in: A Samad Ahmad Sultan Muzaffir Shah Sidi Ali Asma Yaumid Din Sejarah Melayu: W G Shellabear Sultan Muzaffar Shah Sidi Ali Hisamuddin Walhal, dalam versi yang diterima masyarakat moden, ada perbezaan di antara siap a yang menderhaka, Hang Jebat ataupun Hang Kasturi. Di dalam versi Shellabear, c etera yang keenam belas (Shellabear, 1991), Hang Kasturilah yang menderhaka dan berlaku sumbang dengan dayang istana, tetapi di dalam versi yang lain, iaitu sep erti contoh Sulalatus Salatin karya A. Samad Ahmad, Jebatlah yang berbuat sedemi kian. Ini mungkin kerana andaian saya yang ketiga iaitu sumber manuskrip yang be rbeza yang dipergunakan oleh lain-lain pelajar. Bagaimanapun, saya akan hanya me mbincangkan teks Sejarah Melayu tulisan Shellabear bagi memudahkan perbincangan. Nama Sejarah Melayu dan Sulalatus Salatin akan dipergunakan selang seli jika me mbincangkan teks yang pelbagai, dan hanya Sejarah Melayu(SM) akan digunakan untu k merujuk kepada karya Shellabear. 3

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 4 Sulalatus 2.1 Perkembangan Teks asal Sejarah Melayu Sejarah teks Sulalatus Salatin ini mem punyai pensejarahan yang agak komplek kerana ramai sarjana mempunyai pendapat ya ng berlainan tentang asal-usul, seperti yang diutarakan di atas dan perkembangan teks asal Sulalatus Salatin ini. Contohnya, Francois Valentijn ada menyebut ten tang maklumat dari Petrus van der Vorm yang membicarakan tarikh teks Sulalatus S alatin (Dr Mana Sikana, 2007). Petrus van der Vorm, dalam kata pengantar kamus y ang disuahakannya iaitu Collectanea Malaica Vocabularia bercerita tentang naskha h Melayu yang penting untuk mereka yang berminat dalam bahasa Melayu kerana baha sanaya dan juga isinya tentang raja-raja Melayu dan nasib kerajaan Melayu hingga kedatangan Portugis (Dr Liaw, 1993). Dalam tahun 1726, Valentijn juga ada mence ritakan dalam bukunya Oud en Niew Oost-Indien(1726) bahawa dia mempunyai sebuah buku berjudul Soelalet Essalina dalam huruf Latin yang menceritakan ringkasan se jarah orang-orang Melayu dan satu daftar salasilah raja-raja Melayu yang menybut tahun masehinya (Dr Liaw, 1993). Penggunaan teks ini, walau apa pun versinya, ole h bangsa asing, menguatkan lagi hujahan bahawa Sejarah Melayu adalah sebuah teks kanon. Komen yang diberi van der Vorm juga lagi mengukuhkan pendirian ini. Dapa t dilihat bahawa teks yang dimaksudkan di atas ini mungkin berbeza dari teks SM yang wujud sekarang. R. Roolvink berpendapat bahawa teks Sejarah Melayu ini sebe narnya berkembang dari hanya jurai keturunan raja-raja, kepada sebuah teks yang dimasukkan dengan cerita-cerita agar terjadinya seperti yang dijumpai pada hari ini. Perkembangan teks ini, menunjukkan bahawa ada usaha orang Melayu, tak kiral ah dari asal istana atau tidak, bahawa ada usaha untuk menceritakan seberapa ban yaknya tentang kejadian di alam Melayu dan sekaligus menunjukan keagungang teks ini yang cuba diperlengkapkan. 4

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 5 Sulalatus 2.2 Debat pengarang Sejarah Melayu Rata-rata dipersetujui orang ramai bahawa Sej arah Melayu adalah karya Tun Sri Lanang. Setidak-tidaknya pun ,mereka mengiktira fnya sebagai pengelola pengumpulan dan pembaik pulih teks ini. Winstedt berpenda pat bahawa Sejarah Melayu ini sebenarnya dikarang oleh Raja Bongsu (Dr Mana Sika na, 2007). R.J Wilkinson juga menyanggah pendapat bahawa Sejarah Melayu ditulis Tun Sri Lanang kerana ia bukanlah kebiasaan orang Melayu untuk memperkenalkan di ri sebagai pengarang,tetapi tidak sedemikian untuk teks ini di mana Tun Sri Lana ng mengaku sebagai pengarang (Dr Liaw, 1993).Walaubagaimanapun, ini ditolak oleh Shellabear yang berpendapat bahawa Raja Bongsu adalah nama gelaran bagi Sulatan Alauddin Maayah Shah yang menitahkan bendaharanya iaitu Bendahara Paduka Raja T un Sri Lanang ataupun nama betulnya Tun Muhammad untuk menulisnya (Dr Mana Sikan a, 2007). Nurruddin ar-Raniri dalam bukunya Bustanul Salatin juga meletakkan Tun Sri Lanang sebagai pengarang buku ini (Dr Mana Sikana, 2007). Oleh kerana saya menggunakan Sejarah Melayu versi Shellabear dan penguat hujah dari Nurruddin arRaniri, dapatlah dipilih cadangan Shellabear tentang penulis buku ini. Sekurangkurangnya, yang mengumpul, menyusun dan membaik pulih Sejarah Melayu adalah Tun Sri Lanang. 2.3 Asal teks Sejarah Melayu Pendapat tentang asalnya teks ini juga berbeza-beza, G.A. Gibson berpendapat bahawa Goa ialah tempat jajahan Portugis d i India (Dr Liaw, 1993). Kebolehpercayaannya agak menyerlah kerana ada kemungkin an orang Portugis telah menjumpai teks ini dan membawanya ke Goa apabila mereka menjajah Kota Melaka. W. Linehan pula berpendapat bahawa teks ini diambil dari G ua Sai dan R. Roolvink pula percaya ia datangnya daripada orang-orang Bugis yang datang dari Goa,Sulawesi. 5

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 6 Sulalatus 2.4 Keagungan dari segi konflik latar belakang Kepelbagaian teks ini,memperlihat kan peri pentingnya Sejarah Melayu dalam dunia Melayu dan juga di kalangan pengk aji dan memartabatkannya sebagai teks kanon. Perdebatan tentang asal Sejarah Mel ayu juga mengutuhkan hujahan ini, kerana kalau ia tiada signifikan dan bersifat kanon, maka tiadalah usaha orang untuk mencari asal-usulnya dan sekaligus memeri ksa akan kesahihan nilai sejarahnya. Ini sebaliknya untuk karya-karya awal yang digolongkan sebagai prosa atau sastera rakyat di mana pengarangnya tidak dicari kerana ia tidak bersifat kanon dan tidaklah penting dan hanya dianggap bahan sas tera dan bukan bahan sastera dan sejarah seperti Sejarah Melayu. Kepelbagaian te ks Sejarah Melayu dari segi versi, baik dari versi awal iaitu versi yang belum d iterima masyarakat moden dan variasi versi moden juga mengukuhkan asas keagungan teks ini. Teks awal atau primitif yang dimaksudkan adalah versi yang digunakan oleh berlainan masyarakat di kepulauan Melayu ini, contohnya, versi Minangkabau yang lebih panjang ceritanya tentang sejarah raja-raja Minangkabau (Dr Liaw, 199 3). Ini dapat dibandingkan dengan kepelbagaian versi kitab Bible, dimana agungny a teks ini, menyebabkan pelbagai denominasi Kristian dan bukan Kristian mengguna kannya untuk menguatkan lagi hujahan mereka tentang agama yang dianuti mereka, s ama ada dengan menokok atau menginterpretasikannya agar kitab itu dapat menyokon g pemahaman dan kepercayaan mereka. Hanya teks yang agung dapat mengukuhkan stat us sesuatu fahaman(dalam contoh kitab Bible) dan masyarakat(dalam contoh Sejarah Melayu). Orang-orang Minangkabau berkemungkinan besar meluaskan cerita Sejarah Melayu tentang masyarakat mereka untuk memperlihatkan kepentingan budaya,pemerin tah dan sekaligus masayarakat mereka. Ini seperti dalam agama Rastafari yang dia nggap sebagai sebuah agama Abrahamic yang baru dan tetap menggunakan versi 6

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 7 Sulalatus Bible mereka untuk mengukuhkan pendirian mereka tentang ketuhanan Raja Hail Sela ssie dan bahawa adanya messiah dari keturunan Afrika selepas Isa. Dalam perbandi ngan ini, kaum-kaum dan masyarakat yang berbeza didalam kepulauan Melayu ini, me nggunakan Sulalatus Salatin sebagai saluran untuk menunjukkan kekuatan kaum mere ka kerana keagungan dan kelengkapan teks Sejarah Melayu ini. Perkembangan teks d ari yang agak primitif dalam bentuk salasilah raja-raja atau kinglist kepada tek s yang mempunyai penceritaan tentang apa yang berlaku di dalam zaman pemerintaha n seseorang raja itu: dari pertemuan pulau Singapura, hingga ke kejatuhan Melaka selepas dilanggar Portugis juga menguatkan lagi hujan keagungan Sejarah Melayu. Ini bermaksud ada pembaikan yang dibuat kepada teks tersebut dan usaha untuk me mperbetulkan lagi isi-isi yang wujud di dalam Sulalatus Salatin itu. Perselaputa n ceritacerita sejarah disekeliling teks primitif yang hanya mengandungi salasil ah raja-raja ini, melihatkan peri pentingnya teks primitif ini dalam menceritaka n hal-ehwal kerajaan semasa zaman pemerintahan seseorang raja itu. Ini bermakna, karya ini, sahih atau tidak, dianggap penting dan agung pada satu masa dahulu h ingga terjadinya perkembangan teks primitif ini menjadi teks yang penuh dengan c erita tentang alam-alam Melayu. Konflik dari segi kepengarangan juga menunjukkan bahawa ahli sarjana melihat kepentingan Sejarah Melayu agar dapat mereka ceraki ni dan mengkaji teks ini dengan lebih mendalam lagi. Secara tuntas usaha untuk m emperkembangkan,memperbaiki, mempelbagaikan versi dan akhir sekali mengkaji(oleh sarjana-sarjana yang berbangsa Melayu mahupun yang bukan Melayu) mengukuhkan la gi kedudukan ia sebagai sebuah teks yang bersifat kanon. 7

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 8 Sulalatus 3.1 Keagungan dari segi cerminan sejarah masyarakat Melayu Sejarah Melayu membaw a banyak konflik akan statusnya sebagai sebuah karya sejarah. Collingwood (Dr Li aw, 1993) menyatakan bahawa karya sejarah haruslah bersifat ilmiah, humanistik, rasional dan self revelatory. Mengikut piawaian ini, Sejarah Melayu sudah tentu ti dak akan tergolong sebagai sebuah karya sejarah. Ada dua aliran berbeza tentang pendapat ini (Dr Mana Sikana, 2007). Pertama adalah ia bukanlah sebuah karya sej arah kerana asas-asas yang diutarakan di atas. Ia mengandungi terlalu banyak isi -isi yang bersifat mitos dan dongeng dan sekaligus menolak sifat rasional. Alira n kedua menekankan bahawa Sejarah Melayu merupakan sebuah sumber sejarah yang pe nting. Aliran kedua ini dapat diikuti kerana sememangya Sejarah Melayu banyak me ngandungi unsur-unsur sejarah yang penting. Setiap budaya mempunyai tradisi penu lisan sejarah yang berbeza (Dr Liaw, 1993) dan tidak banyak pun karya sastera ba ngsa lain yang memenuhi ketiga-tiga ciri-ciri yang diutarakan oleh Collingwood. Contohnya, pada bangsa Tionghoa, sejarah itu haruslah berkitar dalam lingkungan raja-raja (Dr Liaw, 1993). Dari itu, dapat diperkatakan bahawa Sejarah Melayu in i dapat dikatakan sebagai sumber sejarah yang baik, baik dari segi budaya,cermin an struktur masyarakat dan terutama sekali sejarah pemerintahan. Sastera sejarah mempunyai dua bentuk cerita: yang bersifat imaginasi sematamata dan juga yang b ersifat fakta yang benar (Sham, 1994). Juga ada cerita yang mempunyai pencampura dukkan kedua-dua bahagian ini. Akan diperbincangkan di sini adalah keagungan kar ya ini sebagai sumber sejarah dari tiga segi yang diutarakan: iaitu budaya, cerm inan struktur masyarakat dan sejarah pemerintahan. 8

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 9 Sulalatus 3.2 Cerminan Struktur Masyarakat Sejarah Melayu banyak menceritakan, secara seng aja atau tidak, tentang struktur masyarakat orang-orang Melayu. Antaranya, ia me nceritakan tentang golongan raja, hulubalang dan juga wanita. Satu tema penting yang dibawa oleh Sejarah Melayu adalah konsep waad yang membawa kedatangan konse p daulat dan derhaka dalam masyarakat Melayu di masa itu. Ia juga membawa kedata ngan susun lapis masyarakat Melayu di zaman itu. Secara keseluruhan, teks kanon ini dapat memberi kita gambaran tentang masyarakat Melayu dizaman itu, serta mem beri pengajaran kepada generasi-generasi yang akan datang. Susun lapis masyaraka t Sejarah Melayu mencerminkan masyarakat Melayu di zaman lampau dengan menunjukk an struktur masyarakatnya. Ini adalah kesan dari pengaruh Hindu dan juga kesan d ari waad yang terdapat di dalam Sejarah Melayu. Ini dapat dilihat dari rajah di bawah ini: Raja Pembesar Rakyat Biasa Hamba Raja menduduki tempat teratas di dalam susun lapis masyarakat dan ini banyak dit unjukkan di dalam Sejarah Melayu. Ini dapat dilihat dalam cetera kesebelas di ma na 9

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 10 Sulalatus apabila Raja Kecil Besar memeluk Islam, dia menitahkan agar semua rakyatnya meme luk Islam bersamanya (Shellabear, 1991). Ini menunjukkan kuasa Sultan sebagai ta mpuk kuasa dimana rakyat harus mengikuti perintahnya. Contoh contoh lain adalah adat-istiadat yang melarang rakyat daripada memakai pakain kuning, dan juga adat bersembah pada raja yang banyak diceritakan dalam Sejarah Melayu dan sekaligus meletakkan Sultan di tempat paling atas dalam susun lapis masyarakat. Kedudukan pembesar di tempat kedua boleh dilihat dalam contoh-contoh di mana Sultan member i kuasa kepada pembesar-pembesarnya untuk menjalankan tugas-tugas penting dalam kerajaan. Contohnya, dalam cetera keduapuluh enam, Sultan mendengar nasihat Bend ahara Paduka Raja apabila dia sudah gering (Shellabear, 1991). Sultan juga menin ggalkan hal mempertahankan negeri ke dalam tangan Bendahara apabila diserang pih ak Siam dalam cetera ketiga belas (Shellabear, 1991). Kedudukan hamba di tempat paling bawah sekali dapat dilihat dalam cetera keenam Sejarah Melayu (Shellabear , 1991) dalam penceritaannya tentang Badang. Badang merupakan seorang hamba yang sering disuruh menebas dan menebang oleh tuannya. Setelah mendapat kekuatan dai pada muntah hantu dan menebas rimba yang besar hingga besar, maka dimerdekakanla h ia oleh tuannya. Dari itu, dapat difahamkan bahawa rakyat dapat diletakkan dit engah-tengah golongan hamba dan pembesar dan kemudian lengkaplah susun lapis mas yarakat Melayu di zaman itu. Sejarah Melayu dapat menunjukkan susun lapis masaya rakat Melayu walaupun ia tidak secara terang menerang menceritakan ia. Ini mempe rkuatkan hujah bahawa ia adalah sebuah kanon Melayu dan dapat menjadi satu sumbe r rujukan tentang struktur masyarakat Melayu di zaman itu. 10

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 11 Sulalatus Waad Waad membawa maksud janji. Waad yang dimaksudkan disini adalah perjanjian y ang berlaku antara Sang Sapurba(yang mewakili raja-raja) dan Demang Lebar Daun(y ang mewakili rakyat). Waad ini diceritakan dalam cetera kedua (Shellabear, 1991) . Waad ini mempunyai beberapa kesan ke atas masyarakat Melayu zaman itu dan seka ligus penulisan Sejarah Melayu. Waad ini diadakan untuk kepentingan kedua-dua pi hak. Raja diminta agar tidak dimalukan,dizalimi dan kalau dihukum bunuh pun biar lah berpandukan hukum syarak. Permintaan Demang Lebar Daun ini adalah pertama se kali, untuk melindung anaknya dari dimalukan sekiranya dia terkena penyakit keda l(seperti yang terjadi kepada isteri-isteri Sang Sapurba yang sebelumnya). Kedua , perjanjian ini adalah juga untuk melindungi dirinya, kerana Demang Lebar Daun adalah bekas seorang pemimpin dan amat kenal sekali akan kemungkinan seseorang r aja itu berlaku zalim. Dari perspektif raja pula, Sang Sapurba meminta bahawa in stitusi raja itu selalu dipatuhi walaupun ia berlaku zalim, dan kalau dilanggar waad, maka akan terkena tulah orang yang melanggar itu. Ini mendatangkan konsep daulat kepada raja, dan juga konsep derhaka kepada rakyat yang melanggar perjanj ian itu. Konesp daulat dan derhaka ini banyak mewarnai Sejarah Melayu walaupun l ebih banyak cerita yang menunjukkan berat sebelah kepada pihak diraja. Raja menz alimi rakyat Episod raja menzalimi rakyat ada ditunjukkan di dalam Sejarah Melay u. Ini bermakna, TunsSeri Lanang dalam mengusahakan Sejarah Melayu, walaupun men gaggungkan raja-kerana waad yang diikutinya, tetap menunjukkan keburukkan raja p ada zaman itu dan sebelumnya. Raja yang menzalimi rakyat selalunya menerima bala san kerana telah melanggar waad yang termeterai diawal cerita Sejarah Melayu. Ba gaimanapun, banyak contoh lebih memberatkan waad ini kepada pihak raja. Pada per mulaan Sejarah Melayu 11

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 12 Sulalatus dalam cetera kesepuluh (Shellabear, 1991), Paduka Seri Maharaja telah membunuh T un Jana Khatib, seorang ahli tasawwuf dari Pasai keran cemburu dengan kelakuanny a memperlihatkan kepandaian kepada isteri baginda. Oleh kerana menzalimi rakyat, negeri baginda telah diserang todak sebagai balasan melanggar waad yang termete rai. Dalam cerita yang sama juga, setelah todak menyerang, seorang gundik raja t elah disula akibat fitnah. Balasan raja kerana melanggar waad di dalam cetera in i agak berat sebelah walaupun Raja Iskandar Shah telah kehilangan negeri Singapu ra ditangan Majapahit, beliau telah menjumpai sebuah negeri yang baru yang akan menjadi lebih besar dan berkuasa dari kerajaan Singapura, iaitu kerajaan Melaka. Ini menunjukkan bahawa teks Sejarah Melayu, walaupun bertujuan mengagungagungka n raja, tetap menunjukkan kelemahan raja dan juga memperingatkan raja-raja seter usnya agar berlaku adil dan tidak memalukan rakyat jelata. Sebagai sebuah teks k anon, mesej sedemikian dapat disampaikan dengan cara yang beralas dan menjadi se macam satu peringatan buat raja yang memerintah. Rakyat menderhaka terhadap Sult an Buku Sejarah Melayu juga berfungsi untuk memperingatkan kaum rakyat serta pem besar-pembesar untuk terus mematuhi dan taat kepada raja mereka. Setelah idea in i diutarakan oleh waad yang disampaikan, ia diperkuatkan lagi dengan idea cerita -cerita yang menunjukkan akibat menderhaka kepada raja, iaitu si penderhaka akan terkena tulah. Ini menjadi peringatan kepada generasi akan datang dan memberi g ambaran akan pemikiran masyarakat Melayu pada zaman itu lalu sekaligus memperkua tkan lagi hujah bahawa Sejarah Melayu adalah sebuah kanon Melayu. Contoh yang me nunjukkan kuasa tulah terhadap penderhaka adalah seperti dalam cetera kesepuluh (Shellabear, 1991) di mana Sang Rajuna Tapa yang menderhaka kepada raja 12

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 13 Sulalatus dengan menipu tentang jumlah beras yang ada serta dan juga membuka pintu kota te lah menerima tulah. Rumahnya telah diterbalikkan dan dia dan keluarganya telah m enjadi tanah. 3.2 Cerminan kedudukan wanita Sebagai teks kanon, kita dapat memahami dan menget ahui kedudukan dan tugas wanita di zaman itu dari teks Sejarah Melayu walaupun i a tidak menceritakannya secara tersendiri dan tidak menceritakannya secara senga ja. Sejarah Melayu ada menceritakan tiga kumpulan wanita yang berbeza, iaitu wan ita kampung, wanita istana dan akhir sekali wanita ajaib (Zaleha, 1998). Wanita Kampung Sejarah Melayu, walaupun berkisar sekeliling raja-raja, ada juga menceri takan sedikit tentang wanita kampung dan aktiviti iktisad mereka. Di dalam ceter a kedua, diceritakan tentang adik beradik Wan Empuk dan Wan Malini yang mempunya i perhumaan sekaligus menunjukkan ativiti ekonomi mereka iaitu berhuma (Shellabe ar, 1991). Ada juga diceritakan dalam cetera keduapuluh sembilan tentang seorang pelulut yang membantu Hang Nadim. Ini menunjukkan bahawa pada zaman itu ada jug a aktiviti ekonomi yang dilakukan wanita seperti ini, iaitu menghasilkan bedak w angi. Ia juga mencerminkan satu sifat wanita kampung yang keinginan memperoleh e mas ataupun kesenangan-kerana dengan menolong Hang Nadim dia tahu akan diupah ke rana Hang Nadim datang untuk menunaikan kehendak Sultan. Meskipun sedikit, Sejar ah Melayu ada memberi gambaran tentang kehidupan dan kegiatan ekonomi wanita diz aman itu. Ia juga mewarnai wanita kampung ini sebagai mempunyai perasaan; sifat tamak yang ditonjolkan pelulut, dan sifat takut yang ditunjukkan Wan Empuk dan W an Malini. Sememangnya ia tiada huraian yang panjang lebar tentang 13

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 14 Sulalatus wanita kampung tetapi masih dapat kita memahami tugas wanita di zaman itu. Conto h yang dikemukan dalam cetera kedua tentang Wan Empuk dan Wan Malini juga dipers etujui oleh Geertz (Geertz, 1961), di mana dia setuju dengan hidup orang Melayu dan Jawa yang berhuma di zaman itu. Dia juga ada mengatakan bahawa wanita Jawa d izaman itu dapat bekerjasama dengan seorang wanita lain, seperti contoh adiknya. Ini jarang pula diperlihatkan dalam orang lelaki (Geertz, 1961) dan juga dapat dilihat di dalam SM yang kurang memperlihatkan dua lelaki yang bekerjasama di ba wah satu bumbung seperti wanita yang dipaparkan di dalams cetera kedua-iaitu Wan Empuk dan Wan Malini. Sumber ini dapat dipergunakan walaupun ia membincangkan t entang wanita Jawa, struktur masyarakat Jawa lebih kurang sama dengan masyarakat Melayu. Wanita Istana Sebagai sebuah karya yang bersifat istana sentrik,banyak diceritakan tentang wanita yang ada sangkut paut dengan istana. Ini termasuk wan ita yang mempunyai hubungan langsung dengan raja dari segi kekerabatan ataupun p erkahwinan, wanita yang bersangkut paut dengan pembesar istana serta wanita yang bertugas di istana sebagai dayanag-dayang dan juga lain-lain. Ia banyak menceri takan tentang wanita dan juga fungsi di dalam masyarakat itu. Dalam Sejarah Mela yu ia ada menceritakan tentang wanita yang digunakan untuk mengeratkan hubungan antara keluarga dan juga negeri. Raden Galoh Cendera Kirana telah dikahwini oleh Sultan Mansor Shah untuk menjalinkan hubungan antara Melaka dan Majapahit. Begi tu juga dengan perkahwinan antar Sultan Mansur dan Hang Li Po yang bertujuan unt uk mengeratkan hubungan antara Melaka dengan Negara Cina. Di sini, wanita digamb arkan sebagai alat untuk memperatkan dua kerajaan yang berbeza. Dari segi hubung an dengan Majapahit, Melaka mungkin inginkan persahabatan kerana kedua-dua empay ar ini 14

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 15 Sulalatus dianggap besar dan makmur dizaman itu. Persahabatan dengan Cina pula diadakan un tuk perlindungan kerana Cina dahulu dianggap sebagai kuasa besar di benua Asia i ni. Wanita juga berfungsi mengeratkan hubungan antara keluarga didalamcontoh cet era ketiga belas di mana Tun Kudu yang dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja telah mebuat Tun Perak berbaikbaik semula dengan Seri Nara Diraja keran Tun Kudu meru pakan saudaranya. Wanita juga dicerminkan sebagai hadiah kepada lelaki. Contohny a Makhdum Muda telah dianugerahi Dang Bibah dan Dang Bunga kerana telah menjawab sebuah kemusykilan agama yang disampaikan oleh Sultan Mansor Shah dalam Cetera Kedua Puluh. Hang Nadim juga telah dianugerahi Cobak oleh Sultan Mahmud Shah ker ana berjaya merampas Tun Teja. Satu lagi contoh adalah Sultan memberi Tun Kudu k epada Seri Nara Diraja walaupun Tun Kudu merupakan isterinya. Ini memperlihatkan kuasa wanita sebagai pengaman keadaan, mengamankan keadaan di antara dua lelaki iaitu Tun Perak dan Seri Nara Diraja. Wanita juga digambarkan sebagai alat pemu as nafsu seks didalam cerita ini walaupun tidak ketara ditonjolkan ataupun dicer itakan secara terperinci. Contohnya adalah isteri Tun Biajid yang berzina dengan Sultan Mahmud dalam cetera keduapuluh enam. Ini juga menunjukkan cerminan bahaw a wanita dizaman itu terlibat secara aktif didalam menjalinkan hubungan seks (Re id, 1988). Wanita juga digambarkan sebagai pemegang paksi kuasa negeri. Ini jara ng ditonjolkan tetapi dapat dilihat ketara dimana Tun Fatimah enggan memberi ana k kepada Sultan jika anaknya tiada dijanjikan sebagai pelapis raja. Ini menonjol kan kebijaksanaan wanita dizaman itu, dan juga menekankan tugas wanita sebagai p emberi zuriat kepada lelaki hinggakan Sultan sanggup bersetuju dengan wanita. In i menunjukkan kekuatan dan kepintaran wanita dalam mempergunakan kemahuan sesora ng lelaki itu,lebih-lebih lagi kerana ia seorang Sultan-menunjukkan kuasa wanita diatas lelaki. 15

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 16 Sulalatus Secara kolektif, kita dapat melihat susun lapis dan juga perwatakan wanita didal am Sejarah Melayu. Ini yang mengagungkan lagi teks Sejarah Melayu kerana sememan gnya, dalam pelbagai teks klasik yang lain, jarang pun diceritakan tentang wanit a. Wanita Ajaib Sejarah Melayu juga ada menceritakan tentang wanita yang bersifa t ajaib. Contoh yang paling ketara adalah Puteri Gunung Ledang. Di sini, beliau telah membodoh-bodohkan Sultan Mahmud dengan meminta barang-barang mustahil seba gai hantaran. Ini menyedarkan Sultan Mahmud kerana dia tidak kesampaian menghadi ahkan darah anaknya sendiri. Dapat disimpulkan bahawa tugas wanita disini adalah sebagai penyedar, dan juga mengingatkan kepada Sultan bahawa dia tidak mampu me miliki semuanya. 3.3 Cerminan budaya Melayu Sejarah Melayu banyak menceritakan s ecara sengaja atau tidak tentang budaya orang Melayu. Contohnya, ia ada mencerit akan tentang budaya menindik anak perempuan dikalangan anak-anak perempuan Melay u. Ia juga menceritakan secara mendalam lagi adatadat perkahwinan yang dijalanka n oleh orang Melayu. Di peringkat istana pula, kita dapat fahami adat-istiadat i stana, seperti contoh dalam cetera kedua, bagaimana usulnya panggilan apabila me nghadap dengan raja. Ia juga mengandungi cerita tentang cara-cara Sultan ditabal kan, menggunakan alat-alat nobat dan juga pembacaan ciri(mentera bagi pertabalan raja). 3.4 Cerminan Pengaruh Dari membaca Sejarah Melayu juga, dengan pengetahu an sedikit tentang budaya Arab dan juga budaya Hindu, kita dapat lihat pengaruhpengaruh mereka di dalam kehidupan masyarakat Melayu di zaman itu. 16

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 17 Sulalatus Pengaruh Hindu Pengaruh Hindu terang kelihatan didalam Sejarah Melayu. Banyak na ma-nama yang menggunakan nama Hindu. Contohnya adalah anak-anak Raja Suran iaitu Kerisyna Pendita dan juga Nila Utama. Nama Kerisyna Pendita datangnya daripada kepercayaan Hindu akan Krisyna sebgai seorang dewa dan Nilla Utama datang dari n ama bidadari Tilottama (Dr Mana Sikana, 2007). Unsur penjelmaan, seperti Puteri Tunjung Buih dan juga Bat yang muncul daripada muntah lembu putih ini adalah uns ur-unsur Hindu dan sekaligus mencerminkan bahawa masyarakat Melayu di zaman itu banyak dipengaruhi unsur-unsru Hindu. Pengaruh Islam Sejarah Melayu menceritakan tentang kedatangan Islam ke alam Melayu, waluapun ramai sarjana berpendapat bah awa cerita ini dicampuradukkan dengan mitos, kita masih dapat mengetahui di dala m era bilakah Islam sampai ke Melaka, kerana kita Melaka diislamkan didalam zama n pemerintahan Sultan Muhammad Shah atau Raja Kecil Besarnama pra Islamnya. Ia j uga mengandungi banyak junjungan dan puji-pujian dalam bahasa arab, contohnya: z ilullahi fil alam, iaitu yang dianugerahi tuhan dengan pengetahuan. Pujian ini di letakkan selepas nama-nama sultan untuk memuji mereka. 17

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 18 Sulalatus 4.1 Nilai kesusasteraan Sejarah Melayu banyak mengandungi unsur-unsur sastera. I ni adalah satu lagi unsur yang menambah ke arah keagungan teks ini. Ia menunjukk an pemerolehan bahasa dan juga struktur cerita yang amat matang dan sekaligus me martabatkannya sebagai sebuah teks kanon. Ini dapat dilihat dalam teknik penceri taan dan juga gaya bahasanya 4.2 Teknik Penceritaan SM mengandungi pelbagai tekn ik penceritaan yang dapat memukau dan mengekalkan minat si pembaca. Antaranya ad alah unsur pathos atau kepiluan,unsur humor, unsur pengembaraan.. Unsur Pathos U nsur ini dapat menarik perhatian pembaca dengan meninggalkan kesan kesedihan kea tas pembaca. Terdapat dua cara ia ditunjukkan didalam cerita ini. Cara pertama a dalah melalui pertuturan dan cara kedua melalui tingkah laku watak di dalam ceri ta. Melalui pertuturan, SM menunjukkan dua contoh, kedua-duanya berbentuk wasiat . Satu adalah wasiat Sultan Mansur Syah kepada pembesar-pembesar negeri sebelum baginda mangkat, dan satu lagi adalah wasiat Bendahara Paduka Raja sebelum kemat iannya. Biasanya, wasiat ini dapat menimbulkan kesedihan kerana watak itu diamab ang maut tetapi masih dapat bertutur perkara-perkara yang serius dan menunjukkan kemuliaan hatinya. Melalui tindakan dan perbuatan, kita dapat lihat kesedihan d alam beberapa episod. Contohnya adalah kematian Hang Kasturi yang dibunuh sahaba tnya sendiri, iaitu Hang Tuah. Kita dapat merasakan kesedihan ini kerana dia tel ah dibunuh sahabat sendiri. 18

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 19 Sulalatus Unsur Humor Unsur Humor dapat memikat si pembaca dengan mencuit hati orang yang membaca. Antara contohnya ialah dimana istana sultan terbakar dan penulis mencer itakan tentang gelagat anak-anak pembesar yang lucu-lucu hinggakan diberi gelara n, seperti Tun Mai Hulat Bulu-kerana bulunya asyik terbakar apabila cuba menyela matkah harta dan Tun Ibrahim Pusing Langit Berkeliling kerana taku hendak memasu ki istana dan hanya mengelilingi kawasan istana. Satu lagi contoh adalah dalam c etera ketigapuluh dua dimana Makhdum Sadar Jahan mengajar bahasa Arab kepasa Tun Mai Hulat Bulu. Humor disini diperlihatkan apabila Tun Mai mencabar Makhdum unt uk menyebut perkataan Melayu tetapi beliau gagal akibat lidah yang berlainan. Un sur Pengembaraan SM banyak unsur pengembaraan. Diantara yang ketara adalah penge mbaraan Raja Iskandar ke tanah Hindi, Raja Suran ke kerajaan bawah laut Dika, pe ngembaraan Seri Teri Buana ke Singapura, pengembaraan Raja Iskandar Shah ke Mela ka dan diakhir cerita, pengembaraan Sultan Mahmud ke Pulau Bintan. 4.3 Gaya baha sa Pemilihan Kata SM banyak menggunakan bahasa klasik yang ternyata mengindahkan lagi cerita, dan juga sebagai penanda wacana. Ada perkataan pembuka cerita, kat a penyambung cerita dan kata yang menunjukkan peredaran masa. Kata pembuka cerit a adalah seperti alkisah,sebermula dan tersebut. Kata penyambung pula adalah sya hdan dan adapun. Akhir sekali adalah kata yang menunjukkan peredaran masa sperti maka dan hatta. Ada juga kata19

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 20 Sulalatus kata lain yang sudah jarang digunakan didalam bahasa moden kita seperti contoh: kedal,tulah dan berkendak. Unsur Perbandingan Unsur perbandingan ini dapat memba wakn gambaran tentang sesuatu keadaan itu kepada pembaca. Contohnya, dalan ceter a kesepuluh, SM menceritakan peristiwa Singapura dilanggar todak dengan membandi ngkan penyerangan todak itu seperti hujan datangnya (Shellabear, 1991). Penggunaan Puisi Puisi juga digunakan di dalam SM. Dua contoh puisi tercerita didalam cete ra kesepuluh. Puisi pertama digunakan untuk menceritakan tentang peristiwa Singa pura dilanggar todak iaitu: Carik baju raja, Dilompati todak; Bukan disahaja, Ke rana akal budak. (Shellabear, 1991) Satu lagi puisi digunakan untuk menceritakan pembunuhan Tun Jana Khatib. Penggunaan puisi ini mengindahkan lagi penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu. 5.0 Penutup Secara tuntas, dapat diperkatakan bah awa teks Sejarah Melayu adalah sebuah teks kanon kerana tiga sebab iaitu: perkem bangan dan debat tentang teks; sebagai cerminan masyarakat Melayu di waktu itu d an akhir sekali sebagai teks yang kaya dengna unsur sastera. Dapat dirumuskan ba hawa teks yang primitif yang digubal menjadi sebuah teks yang panjang dan lengka p menunjukkan keagungan teks tersebut, hinggakan berlainan masyarakat 20

Khairul Ibrahim bin Anuar Melayu Kanon Sebuah Salatin: 21 Sulalatus menggunakan variasi yang berbeza-beza. Pendapat yang berbeza-beza antara sarjana -sarjana juga menunjukkan peri pentingnya teks ini hingga harus diperdebatkan. S M juga dapat mencerminkan hidup orang Melayu dan memperkuatkan lagi hujahan baha wa ia adalah sebuah teks kanon. Ia menunjukkan susun lapis masyarakat serta cerm inan tentang masyarakat Melayu dizaman itu, baik dari segi sifat dan tugasan dan juga dari sistem kepercayaan. Akhir sekali, sebagai sebuah teks kanon, ia menga ndungi banyak unsur sastera yang baik dan dapat menarik minat pembaca. Dari itu, dapatlah diakatakan bahawa Sejarah Melayu, adalah teks kanon Melayu, dan mungki ng teks yang teragung yang pernah dimiliki orang Melayu dizaman itu serta zaman mendatang. Bibliography Dr Erlangga. Jakarta: Klasik. Kesusasteraan (1993). F. Y. Karya. Pustaka Terbitan Selangor: Tradisional. Teras (2007). Sikana. Mana Free York: New Socialization. and kinship study A Family: Javanese The (1961). Glencoe. Oxford:Canon: from 2008, 30, Oktober didapatkan Oxford. Ask (2008). volume 1450-1680 Commerrce of Age the in Asia Southeast dalam Relations. Sexual (1988). Press. University Yale Masa Lumpur: Kuala Tuah. Hang Hikayat dengan Melayu Perbandingan (1994). H. A. Bhd. Sdn Bakti Fajar Penerbit Jaya: Petaling (1991). W. pp. , Sastera Dewan Melayu. Sejarah Berasaskan Wanita Citra dan Identiti Ogos). (1998, S. Liaw, Dr Geertz, Press Oxford http://www.askoxford.com/concise_oed/canon_1?view=uk Reid, 1. Sham, Enterprise. Shellabear, Zaleha, 32-37. 21

Anda mungkin juga menyukai