Anda di halaman 1dari 6

PENULISAN SEJARAH [SJH3103]

dyan

3.0 KEPENTINGAN PENULISAN SEJARAH


Sejarah sememangnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia pada
masa sekarang mahupun pada masa hadapan walaupun sesetengah masyarakat awam
berpendapat sejarah itu hanyalah rangkaian kisah lalu dan tidak perlu diungkit lagi. Malah
menurut mereka iaitu masyarakat awam yang tidak mempunyai kefahaman mengenai
disiplin ilmu sejarah ini, belajar sejarah itu bukannya kewajipan dan tidak mempelajarinya
bukanlah satu kesalahan. Pandangan ini sememangnya tidak benar bagi golongan intelek
sejarah kerana menurut mereka sejarah itu merupakan peristiwa masa lalu yang kita harus
terima ia mempunyai kegunaan, malah nilaian tertentu, dalam kehidupan manusia. Sedikit
sebanyak kita dapat melihat bahawa sejarah itu suatu proses yang bersambungan malahan
kita dapat merasakan bahawa sesuatu peristiwa yang kita hadapi pada hari ini merupakan
sebahagian daripada peristiwa semalam dan kemungkinan besar pula akan menunjang
menjadi sebahagian daripada peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang.
PENULISAN adalah suatu aktiviti penterjemahan pemikiran ke dalam bentuk
perkataan-perkataan yang membentuk ayat dan mampu menyampaikan sesuatu maksud
melalui bahasa yang difahami oleh pembaca. Segenap kehidupan manusia dari dulu sampai
pada hari ini dan pada masa depan, tidak terlepas daripada aktiviti penulisan sebenarnya
apatah lagi pada zaman serba moden ini. Melalui penulisan, peristiwa-peristiwa dan datadata penting dapat direkodkan dan kemudian dirujuk semula. Melalui penulisan, seseorang
boleh menggantikan dirinya sendiri kepada penulisan yang ditulisnya kerana biasanya
seorang penulis akan menulis sesuatu yang rapat dengan dirinya sendiri.
Kepentingan menulis dan penulisan amat banyak khususnya apabila ia melibatkan
dan menjadi antara faktor ilmu itu berkembang. Menjadi kebiasaan dalam sejarah dan
tamadun dunia, tamadun yang hebat dan berjaya berasal dari sebuah masyarakat yang
cintakan ilmu dan mereka yang mencintai ilmu adalah mereka yang cinta kepada buku atau
bahan bacaan dan bahan bacaan itu memerlukan aktiviti menulis dan penulisan bagi ia
menjadi sebuah buku pula.

3.1 KEPENTINGAN PENULISAN SEJARAH KEPADA GURU


Profesion guru adalah pekerjaan mulia yang tidak ada tandingannya. Pekerjaan yang telah
menjadi sejarah peradaban manusia menemui kegemilangannya. Seorang presiden pun
menjadi hebat dalam memimpin negara karana ia dulunya seorang murid dari beberapa
guru. Seorang doktor, arkitek, arkeologi, perancang kapal, pembuat bangunan pencakar
langit, ekonomi, pengusaha

dan ribuan profesion lain juga dulunya seorang murid dari

beberapa guru. Maka profesion guru jelas menjadi tonggak penting dari peradaban dan
HALAMAN |10

PENULISAN SEJARAH [SJH3103]

dyan

sebuah fakta yang tidak dinafikan lagi. Antara kepentingan penulisan sejarah kepada guru
ialah :
3.1.1

Bertambahnya Ilmu Pengetahuan

Penulisan sejarah adalah proses kreatif yang membolehkan seorang guru mencari
dan melakukan penelahan lebih dalam terhadap ilmu yang sedang di tulisnya. Seorang
guru yang sedang menulis akan mencari bahan kajian, bahan rujukan hingga melakukan
kajian yang diperlukan dalam menyempurnakan tulisannya. Secara langsung proses
menulis akan membuat guru yang menulis jauh lebih banyak pengetahuannya, jauh lebih
menguasai dan lebih terampil dalam mengaplikasikan ilmu yang ditulisnya.
Bukan itu sahaja, bagi memenuhi objektif dalam pembelajaran sejarah guru
sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk menjayakan hasrat ini. Guru
seharusnya terlebih dahulu mempunyai pengetahuan yang tinggi dan mendalam sama ada
tentang isi kandungan pelajaran sejarah atau kemahiran pemikiran sejarah agar guru dapat
menerapkan pemikiran ini dalam kalangan pelajar pula. Oleh itu penting penulisan sejarah
kepada seorang guru.
3.1.2

Mengembangkan Pola Pemikiran dan Cara Pandang


Proses penulisan Sejarah yang dilakukan guru juga akan mempunyai imbas positif

bagi pembentukan pola pemikiran yang luas dan lebih komprehensif dalam memandang
satu permasalahan. Guru menulis juga akan menjadikan cara pandang yang jauh lebih
sempurna. Hal ini kerana dalam menulis terdapat metode melihat dari banyak sudut
pandang. Ini penting agar guru tidak melihat secara remeh dan terbatas dalam
permasalahan pendidikan.
3.1.3

Mengenal Dunia Dengan Lebih Luas

Tidak dapat disangkal dunia menulis adalah dunia yang luar biasa lebih-lebih
lagi dalam penulisan sejarah. Di dalamnya akan ditemui banyak pemikiran dan
pengalaman banyak orang.Dunia menulis adalah dunia yang dapat menghubungkan
pelbagai orang, komuniti, institusi dari pelbagai tempat. Oleh itu guru dapat
mengenal dengan lebih luas berkaitan penulisan sejarah yang di tulis malahan boleh
di jadikan contoh untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

HALAMAN |11

PENULISAN SEJARAH [SJH3103]

dyan

3.2 KEPENTINGAN PENULISAN SEJARAH KEPADA MURID

Penulisan sejarah sangat penting untuk meneruskan kehidupan masa kini dan masa
depan. Besarnya manfaat mempelajari sejarah itulah yang membuatkan para
sejarawan berusaha membuat penulisan sejarah lebih sistematik, fokus, dan penuh
hikmah. Oleh itu, penulisan sejarah ini penting kepada murid, terutama bagi generasi
sekarang dan yang akan datang hal ini kerana dari sejarahlah kita dapat mendapat
pelajaran yang sangat berguna untuk menjalani kehidupan di masa kini mahupun
untuk hari akan datang. Dari sebuah sejarah yang baik kita dapat menirunya,
kemudian dari sejarah yang kelam kita dapat berusaha untuk menghindari agar
sejarah tersebut tidak akan berulang. Antara kepentingan penulisan sejarah
terhadap murid adalah :
3.2.1

Sebagai Sumber Rujukan dalam Pembelajaran

Kita harus mengakui bahawa penulisan sejarah khasnya penulisan sejarah


Malaysia secara keseluruhan dan berterusan sebenarnya masih belum pernah
wujud dalam erti kata yang sebenarnya. Hal ini kerana penulisan sejarah Malaysia
adalah bersifat topikal iaitu hanya menyentuh sesuatu tempoh atau sesuatu
kawasan tertentu sahaja. Oleh itu dengan adanya penulisan sejarah maka ianya
akan membantu murid untuk dijadikan bahan rujukan dalam pembelajaran sejarah
khasnya.
3.2.2

Penulisan Sejarah Membantu Murid Memahami Kronologi Sejarah

Pengertian kronologi mempunyai dua maksud, iaitu berdasarkan urutan waktu


dan berdasarkan urutan peristiwa atau kejadian. Dalam melakukan penelitian
sejarah, seorang peneliti harus memperhatikan dua kaedah tersebut. Kronologi
dalam peristiwa sejarah dapat membantu merekonstruks kembali suatu peristiwa
berdasarkan urutan waktu secara tepat, selain itu dapat juga membantu untuk
membandingkan kejadian sejarah dalam waktu yang sama di tempat berbeza yang
peristiwanya mempuyai kaitan.
Oleh itu penulisan sejarah akan membantu murid dalam memahami kronologi
sesuatu peristiwa sejarah. Tujuan kronologi adalah menghindari anakronisme dalam
sejarah malahan memahami konsep kronologi kita juga dapat melihat kaitan-kaitan
peristiwa yang terjadi di masa lalu dan direkonstruksi kembali secara tepat
berdasarkan urutan waktu terjadinya. Melalui konsep kronologi kita juga dapat
HALAMAN |12

PENULISAN SEJARAH [SJH3103]

dyan

melihat kaitan peristiwa sejarah yang terjadi di abad lain. Kronologi merupakan ilmu
dasar yang sangat penting dalam ilmu sejarah karena konsep ini menggambarkan proses
sejarah. Misalnya bulan, hari tahun terjadinya suatu peristiwa penting.
3.2.3

Mematangkan Minda dan Minda Murid

Penulisan Sejarah juga berupaya mematangkan minda dan diri murid. Ini kerana melalui
pengkajian sejarah maka kita akan memperoleh ilmu pengetahuan dan maklumat. Dengan
ilmu dan maklumat ini, maka minda kita akan memproses dan menganalisis pertumbuhan
mental dan perkembangan yang ada hubungannya dengan persekitaran.
Dengan kematangan minda, maka manusia akan dapat meningkatkan keyakinan diri
setelah melihat keterlibatan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh tokoh-tokoh sejarah
yang bertindak sebagai ejen sejarah terutamanya mereka yang terlibat dalam proses
perkembangan tamadun dunia.
3.2.4

Melahirkan Pelajar yang Cintakan Negara dan Bersemangat Patriotisma

Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan lahirlah
rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh
tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara
seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme
timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta
mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi
muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan
sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk
memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta
sejarah negara sendiri.

3.3 KEPENTINGAN PENULISAN SEJARAH KEPADA MASYARAKAT


Melalui penulisan sejarah banyak yang dapat kita perolehi, salah satunya adalah menjadi
tahu pelbagai peristiwa penting yang terjadi di suatu masa lalu. Catatan sejarah menjadi
sebuah rujukan yang dapat dipercayai untuk menyokong sebuah fakta dan data. Oleh
kerana itu penulisan yang baik dalam mendokumentasikan sejarah adalah sangat penting.
Masyarakat di masa akan datang juga dapat menggunakan catatan dan dokumentasi
sejarah ini sebagai pedoman sekaligus pembelajaran

dari hal-hal yang negatif dan

mendatangkan kerugian. Terutama dalam sebuah negara yang besar, belajar dari sejarah
masa lalu sangatlah penting, agar peristiwa pahit di masa lalu tidak akan terulang lagi di

HALAMAN |13

PENULISAN SEJARAH [SJH3103]

dyan

masa yang akan datang. Antara lain kepentingan penulisan sejarah terhadap masyarakat
ialah :
Mempertahankan Kedaulatan
Demi mempertahankan kedaulatan, maka penulisan sejarah dapat menjelaskan tentang
kedudukan sebenar masyarakat dan sistem politik di sesebuah negara. Tanpa pengetahuan
yang terdidik tentang sejarah, sudah pasti akan lahir manusia badut yang hanya layak untuk
menjadi pelakon di pelbagai pentas. Mereka

gagal menghayati akan harga sebuah

kedaulatan dan tidak teragak-agak untuk merosakkan tanah air sendiri. Segala imej tentang
tamadun, budaya, sosio politik dan ekonomi yang telah bertapak ribuan tahun akan menjadi
catatan di atas kanvas sejarah sahaja. Oleh sebab itu, rakyat harus faham dan sedia
bertolak ansur dalam kalangan masyarakat yang menganut pelbagai ideologi, budaya dan
adat resam. Rakyat perlu menghormati antara satu sama lain dan bersatu untuk membentuk
bangsa Malaysia yang berasaskan permuafakatan dalam kontrak sosial yang telah
dipersetujui. Dengan hal yang demikian, langkah kerajaan itu adalah tepat sebagai strategi
mendidik rakyat agar faham dan tahu akan sejarah terbentuknya negara Malaysia di dalam
acuan masyarakat majmuk.
3.3.2

Menjadi Elemen Untuk Mendidik Rakyat Memahami Sistem Bernegara

Tokoh-tokoh silam dan masa kini tidak pernah berbalah pendapat tentang pernyataan yang
menyebut, Sejarah ialah guru yang paling benar dan sejarah tidak pernah
berbohong. Atas kebenaran tersebutlah, penulisan sejarah menjadi elemen paling penting
untuk mendidik rakyat memahami sistem bernegara. Sejarah merujuk kepada peristiwa
yang pernah terjadi dan peristiwa yang perlu diteladani. Oleh itu, pengalaman landskap
sejarah hendaklah dijadikan sumber untuk mengubah tingkah laku masyarakat agar faham
tentang sistem pemerintahan dan sistem bernegara. Penulisan Sejarah yang ada mampu
mengajar rakyat menghargai negara, menghormati pemimpin yang telah banyak berjasa
dan menghargai betapa bahagianya hidup dalam sebuah negara yang damai dan aman
serta makmur. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil iktibar daripada catatan
sejarah tentang betapa sulitnya untuk menatijahkan negara ini seperti yang wujud pada hari
ini. Pengalaman-pengalaman pahit yang telah diharungi generasi terdahulu seperti dalam
peristiwa penjajahan kuasa Barat, Perang Dunia Kedua, Darurat dan beberapa episod
pertelagahan kaum sudah cukup untuk pemimpin dan rakyat menjadi lebih matang.
3.3.3

Kebangkitan Semangat Nasionalisme

Penulisan sejarah Malaysia adalah bertujuan untuk membangkitkan semangat nasionalisme


dalam kalangan rakyat. Dengan itu, penulisan sentrik Malaysia telah mengagungkan
perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang telah bangkit menentang British dan menjadikan
HALAMAN |14

PENULISAN SEJARAH [SJH3103]

dyan

mereka sebagai wira dalam memerdekakan negara. Buktinya, Abdul Hadi Hassan yang
terkenal sebagai seorang pejuang kebangsaan Melayu telah memainkan peranan dalam
menyalakan perasaan cintakan bangsa dan nusa di kalangan penuntut Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI). Hasil tulisannya diterbitkan dan dijadikan sebagai buku teks di sekolah
aliran Melayu 1950-an. Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan
penulis sentrik Eropah kerana takut segala usaha dan tindakan yang dilakukan oleh pihak
kolonial adalah negatif bagi masyarakat di Tanah Melayu.
3.3.4

Mengigati Kegemilangan Silam

Melalui penulisan sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam
yang mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan
rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Malaysia kini
mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara
membangun yang paling maju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak
mustahil Malaysia mampu mengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Ringkasnya penulisan sejarah adalah medium yang paling sesuai dan penting bagi
membina keperibadian kebangsaan agar rakyat Malaysia sentiasa mengambil iktibar dan
menjadikan kesilapan generasi terdahulu sebagai contoh agar kesilapan yang sama tidak
akan diulangi oleh generasi pasca merdeka. Sebagaimana kata George Santayana
Mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan didera dengan mengulangi
kesalahan mereka berkali-kali. Perkara yang sama telah ditegaskan oleh Khoo Kay Kim,
History is past everything dan perkara yang lepas itu akan memberi penjelasan kepada
yang terjadi pada hari ini.9 Hanya dengan memahami perjalanan dan kesinambungan
sejarah, baru kita dapat melahirkan satu generasi yang berjaya membuat persiapan
memperbaiki kelemahan seterusnya bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran pada
masa akan datang.

9 Khoo Kay Kim, Etika dalam Penulisan Sejarah,. hlm. 7


HALAMAN |15

Anda mungkin juga menyukai