Anda di halaman 1dari 36

Pengkebumian

Tempayan

Pengkebumian

mayat di dalam tempayan


merupakan sejenis kebudayaan yang diamalkan
oleh masyarakat zaman prasejarah akhir.

Amalan pengkebumian di dalam tempayan atau


guri (jar burial) juga merupakan salah satu jenis
pengkebumian yang diamalkan oleh masyarakat
prasejarah di negara ini.

Berdasarkan rekod penemuan, adat pengkebumian


dalam tempayan diamalkan oleh masyarakat di
Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Amalan pengkebumian ini bermula pada Zaman


Prasejarah terutama di Zaman Neolitik di mana ia
dikaitkan dengan masyarakat yang tinggal di
kawasan pesisir pantai.

Di Malaysia, amalan perkuburan tempayan ini


banyak ditemui di dalam gua-gua batu kapur di
Sarawak dan Sabah.

Selain itu, tapak pengkebumian tempayan turut


ditemui di Gua Tuba, Pulau Tuba, Langkawi.

Jenis dan Fungsi


Menurut Mohd. Supian Sabtu, tempayan di dalam kajian
arkeologi jika dilihat berdasarkan material pembuatannya
dikenali juga dalam keluarga earthenware atau stoneware.

Sementara itu jika dilihat dari segi fungsinya pula,


tempayan digunakan agak meluas kerana kepelbagaiannya,
seperti tempat menyimpan air, menyimpan makanan,
penguburan, lambang status dan tujuan perdagangan.

Pada zaman prasejarah akhir tempayan turut


berkembang sebagai sarana pengkebumian selain
daripada keperluan hidup sehari-hari untuk
penyimpanan makanan dan perdagangan.

Ciri-ciri
Ciri utama pengkebumian dalam tempayan adalah
penemuan tempayan-tempayan yang digunakan sebagai
tempat untuk menyimpan mayat atau tulang-tulang
manusia.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis ciri yang


lain berkaitan dengan kebudayaan ini,iaitu;

Tempayan atau guri itu disimpan atau disorokkan di tempattempat yang tersembunyi seperti di gua-gua batu atau di celahcelah banir pokok.

Tempayan-tempayan ini dibuat khas dengan bentuk-bentuk yang


unik melalui paparan ragam-ragam hias yang dapat
menggambarkan pengembaraan roh-roh sedang menuju ke alam
akhirat.

Terdapat beberapa peralatan digunakan sebagai objek iringan


bagi mengiringi si mati

Proses Pengkebumian
Pengkebumian tempayan dilaksanakan dalam dua bentuk
atau proses iaitu pengkebumian primer dan pengkebumian
sekunder.

Pengkebumian Primer

Pengkebumian

primer
merupakan
proses
pengkebumian ke atas mayat yang dilakukan secara
terus.

Amalan budaya ini bermula selepas berlaku kematian


seseorang, maka mayatnya kemudian akan disimpan
terus di dalam tempayan tanah.

Mayat tersebut akan disimpan bersama-sama dengan


beberapa objek iringan yang lain. Di antara objekobjek iringan tersebut ialah berupa alat-alat perkakas,
perhiasan diri, tembikar tanah dan lain-lain.

Tempayan yang berisi mayat itu kemudiannya akan


disimpan di tempat yang lebih selamat khususnya di
dalam gua-gua.

Pengkebumian Sekunder

Pengkebumian

sekunder merupakan amalan


pengkebumian yang berlaku dalam dua bentuk
atau proses.

Proses pertama ialah mayat orang yang meninggal


akan disimpan terlebih dahulu di suatu tempat
yang selamat dan ia dibiarkan mengalami proses
pereputan.

Selepas suatu tempoh tertentu, tulang-tulang


mayat tersebut akan reput dan hancur. Kemudian
saki baki tulang tersebut akan dikutip semula dan
dikumpulkan di dalam tempayan.

Proses seterusnya ialah tempayan yang berisi


dengan tulang-tulang mayat tersebut kemudiannya
akan disimpan di suatu tempat yang telah dipilih
sebagai lokasi perkuburan.

Tempat

yang digunakan sebagai kawasan


perkuburan tempayan ini lazimnya dipilih khas
dengan mengambilkira beberapa pertimbangan.

Di antara perkara yang biasa diambil perhatian


ialah faktor keselamatan, iaitu selamat dari
gangguan binatang, tidak tenggelam air,
kedudukan yang tersembunyi dari disinggahi dan
dianggap suci.

Tulang serta tengkorak diambil dan disusun di


dalam tempayan untuk dikebumikan dengan
meletakkan tempayan di atas lantai gua batu
kapur.

Pentarikhan
Pentarikhan berkaitan dengan pengkebumian dalam
tempayan sukar ditentukan secara mutlak.

Namun menurut Mohd. Supian Sabtu, pada zaman


prasejarah, tempayan yang dikesan diguna sebagai
pengkebumian adalah di tapak Gua Manunggul, Pulau
Palawan Filipina.

Ia merupakan pengkebumian kedua dan pentarikhannya


diberikan sekitar 890 hingga 701 sebelum masihi.

Sementara itu, berdasarkan pentarikhan di Gua Niah,


Sarawak dianggarkan berusia akhir abad ke-2 sebelum
masihi iaitu dengan menggunakan tembikar tanah yang
digunakan untuk menyimpan abu dan tulang mayat yang
dibakar.

Terdapat kesan damar yang digunakan untuk membakar


mayat pada tulang yang disimpan di dalam tempayan.

Penggunaan tempayan sebagai kubur pengkebumian juga


dapat dikesan di Indonesia dan antara lokasi utama adalah
di Gua Uattam, Maluku utara yang mempunyai
pentarikhan sekitar 1 - 1200 Masihi.

Di samping itu, pengebumian ini juga turut ditemui di gua


kecil Leang Buidane, Kepulauan Talaud. Walau
bagaimanapun berdasarkan kepada data ikonografi,
tempayan telah dicatat secara pictorial sekitar abad ke-8
Masihi.

Jumpaan Di Malaysia
Salah sebuah tempayan atau guri yang dipercayai
dijadikan tempat menyimpan tulang mayat ialah yang
ditemui di Kampung Limbongan, Kuala Terengganu iaitu
kira-kira 15 kilometer dari bandar Jertih.

Tapak ini telah dilakukan galicari sekitar tahun 1985 dan


diperkirakan beasal dari zaman Logam iaitu sekitar 1000
tahun dahulu.

Tempayan yang ditemui di Kampung Limbongan ini


berbentuk labu air, ia berukuran 32 cm (bulat
permukaannya), 30 cm ukur lilit dan 1 meter tinggi.

Ia diperbuat dari tanah liat dan mempunyai penutup.


Tempayan (guri) ini dipercayai pernah dijadikan tempat
untuk menyimpan tulang mayat oleh masyarakat Zaman
Prasejarah.

Berdasarkan penyelidikan didapati tempayan ini pernah dijadikan


bekas untuk menyimpan tulang-tulang mayat yang menjadi
amalan masyarakat Zaman Prasejarah khususnya masyarakat
Zaman Logam.

Tempayan ini dikaitkan dengan kaedah pengkebumian sekunder


di mana sisa mayat disimpan di dalam tempayan untuk
disemadikan selepas tulang-tulangnya dikutip semula selepas
tempoh tertentu.

Bersama-sama dengan tempayan ini juga ditemui tulang mawas,


tembikar tanah dan manik disamping alat-alat senjata seperti
tombak, lembing dan kapak bersadur permata.

Selain tempayan yang dijumpai di Kampung Limbongan


(Terengganu), pengkebumian mayat dalam tempayan juga
ditemui di Gua Niah (Sarawak).

Tapak ini juga dikaitkan dengan pengkebumian sekunder


dengan pentarikhannya ialah sekitar penghujung Zaman
Logam.

Pengkebumian dalam tempayan telah lama diamalkan di


Borneo sejak 1500 sebelum Masihi. Amalan ini berkembang
luas sehingga ke kawasan pedalaman Borneo dan amalan ini
masih dijalankan sehingga awal abad ke 20.

Di kalangan masyarakat Orang Ulu seperti Punan, Kayan


dan Kenyah, mayat seseorang yang disayangi akan disimpan
dalam tempayan dan seterusnya disemadikan di atas tiang
klirieng yang dikenali sebagai pondok mayat Salong.

Berkaitan dengan amalan pengkebumian mayat di dalam


tempayan di Sarawak, masyarakat Kelabit misalnya,
meletakkan tempayan mayat berhampiran dengan struktur
megalit yang dibina khas di suatu kawasan di dalam hutan.

Selain itu, masyarakat Kelabit pada suatu ketika dahulu


juga menyimpan tulang nenek moyang mereka di dalam
tempayan besar buatan Dinasti Ming.

Mengikut kepercayaan mereka tempayan merupakan


simbolik rahim wanita. Mayat tersebut akan disimpan di
dalam tempayan mengikut posisi bayi yang berada di
dalam rahim ibu untuk kelahiran semula.

Mereka juga menggunakan seramik dalam upacara


pengkebumian kepala.

Kepala musuh akan digantung bersama beberapa tempayan


bagi tujuan memperolehi kekuatan yang empunya kepala.

Penutup kayu yang berukir digunakan bagi menutup mulut


tempayan demi memelihara semangat yang berada di
dalamnya.

Setiap tempayan tadi sama nilainya dengan satu kepala.


Nilai sesebuah tajau lama boleh disamakan dengan
seseorang manusia dan boleh dijadikan sebagai penebus
seorang hamba atau mangsa korban.

Sementara di Sabah, pengkebumian mayat di dalam


tempayan turut ditemui di dalam gua seperti di Pusu
Lumut dan Hagop Bilo.

Tradisi pengkebumian ini dipercayai diamalkan oleh


masyarakat Orang Sungai dan suku kaum Idahan.

Rumusan
Lazimnya tempat atau lokasi kawasan perkuburan
mayat dalam tempayan ini selalunya dipilih khusus,
tersembunyi dari disinggahi dan ia dianggap suci.

Melalui hubungan perdagangan dengan China


terutama pada kurun ke-9 Masihi, penggunaan
tempayan dari negara China telah mula mengambil
alih penggunaan tembikar-tembikar tanah tempatan.

Tempayan-tempayan China Zaman Dinasti Sung


telah dijadikan barang dagangan utama sebagai
bahan pertukaran dengan masyarakat tempatan.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai