Anda di halaman 1dari 5

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sejarah?

Kata sejarah secara harafiah berasal dari kata Arab (‫ةرجش‬: šajaratun) yang artinya pokok.
Dalam bahasa Arab sendiri, sejarah disebut tarikh (‫) خيرات‬. Adapun kata tarikh dalam
bahasa Indonesia artinya kurang lebih adalah waktu atau penanggalan. Kata Sejarah lebih
dekat pada bahasa Yunani yaitu historia yang berarti ilmu atau orang pandai. Kemudian
dalam bahasa Inggris menjadi history, yang berarti masa lalu manusia. Kata lain yang
mendekati acuan tersebut adalah Geschichte yang berarti sudah terjadi.

Dalam istilah bahasa-bahasa Eropah, asal usul istilah sejarah yang dipakai dalam
literatur bahasa itu terdapat beberapa variasi, meskipun begitu banyak yang mengakui
bahawa istilah sejarah berasal dari bahasa Yunani. Dalam bahasa Inggeris dikenal dengan
history, bahasa Prancis historie, bahasa Italia storia, bahasa Jerman geschichte, yang berarti
yang terjadi, dan bahasa Belanda dikenal gescheiedenis1.

Maksud sejarah ialah asal usul (keturunan); salasilah. Sejarah merujuk kepada
kejadian atau peristiwa yang telah berlaku yang benar-benar terjadi di masa lampau2. Oleh itu
pengertian sejarah ini bersangkut paut dengan waktu dan peristiwa. Dan, karena itulah
masalah waktu penting dalam memahami satu peristiwa, maka para sejarawan cenderung
mengatasi masalah ini dengan membuat periodisasi.

Sejarah bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui kaedah


penyiasatan adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat
terhadap peristiwa silam atau lampau. Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas
catatan penulisan telah dicipta. Ilmuwan yang menulis mengenai sejarah dipanggil sejarawan.
Ia juga adalah satu medan penyelidikan yang menggunakan suatu naratif atau pengisahan
untuk memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat
secara objektif corak-corak sebab dan akibat yang menilai peristiwa-peristiwa3. Sejarawan-
sejarawan berdebat mengenai sejarah dan kegunaannya. Ini termasuklah membincangkan
kajian disiplin berkenaan sebagai satu penamat di dalamnya dan sebagai satu kaedah
menyediakan "perspektif" pada masalah masakini. Cerita-cerita yang biasa kepada budaya
1
Wikipedia Ensiklopedia bebas. Sejarah. Dilayari pada 20.9.2013. http://id.wikipedia.org/wiki/Sejarah
2
Kamus Bahasa Melayu Nusantara. (edisi kedua). (2011). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan
Pustaka.m.s.2412.
3
Professor Alun Munslow. (2001). What History is?. Dilayari pada 20.9.1013.
http://www.history.ac.uk/ihr/Focus/Whatishistory/munslow6.html
tertentu, tetapi tidak disokong oleh sumber-sumber luar (seperti legenda yang mengelilingi
King Arthur) biasanya lebih dikelaskan sebagai warisan budaya daripada "disinterested
investigation" yang diperlukan oleh disiplin sejarah. Peristiwa lampau sebelum rekod
penulisan dianggap sebagai prasejarah. Di kalangan ilmuwan, ahli sejarawan Yunani abad
kelima SM Herodotus dianggap sebagai "bapa sejarah", dan, bersama-sama dengan ahli
sezamannya Thucydides, membentuk asas-asas kajian sejarah. Pengaruh mereka, bersama-
sama dengan tradisi-tradisi sejarah yang lain di dalam bahagian dunia yang lain, sudah
mewujudkan banyak interpretasi yang berbeza mengenai tabii sejarah yang telah berubah
selama berabad-abad lamanya dan masih berkesinambungan berubah. Kajian sejarah moden
mempunyai banyak bidang berbeza termasuklah mereka yang fokus terhadap kawasan
tertentu dan mereka yang menumpukan terhadap perkara-perkara tertentu atau unsur-unsur
penyiasatan sejarah yang bertema.

“Sejarah Sebagai Rekod Dan Catatan Yang Berkaitan Dengan Pengalaman


Manusia. Sejarah Juga Merupakan Peristiwa Lampau Yang Sebenarnya
Berlaku.”

Jelaskan Maksud Kenyataan Tersebut.

Sejarah sememangnya berkait rapat dengan manusia dan segala aktiviti yang dijalankan oleh
manusia. Dan, masyarakat manusia sememangnya memerlukan sejarah4. “Air yang dicincang
tidak akan putus”, inilah perumpamaan yang sangat sesuai dengan sejarah. Sejarah tidak
dapat dihapuskan atau dimusnahkan dari diri seseorang atau sesebuah negara kerana ia
merupakan rekod atau catatan yang pernah berlaku pada diri seseorang atau sesebuah negara
dan menjadikannya sebagai pengalaman. Masa lalu itu merupakan sumber abstrak dan juga
nyata bagi manusia untuk menjalani kehidupan dengan penuh keyakinan. Dan sejarah boleh
membuatkan diri seseorang itu cuba untuk berusaha bagi menentukan cara hidup yang akan
datang. Sejarah adalah perkara atau peristiwa yang telah pun berlaku dan adalah mustahil
untuk kita kembali lagi bagi membetulkannya. Sejarah merupakan pengalaman kita di masa

4
A Marwick. (1985). The Nature Of History. London: MacMillan Publishers Ltd.m.s.14.
lalu, jika kita dapat membentuknya atau menggambarkannya kembali walaupun tidak
sepenuhnya ia hanya berbentuk ingatan dan pengalaman. Dari pengalaman inilah yang
membantu kita untuk menjadi yang lebih baik lagi di hari-hari yang mendatang.

Hubungan sejarah dengan manusia, ia sentiasa memerlukan masa lalunya, ataupun


sejarahnya kerana masa lalu itu merupakan sebahagian daripada pengalaman dirinya.
Setengah daripada masa lalu itu akan dilupakannya dan setengahnya pula akan
diabadikannya. Ada sebab-sebab yang penting mengapa masa lalu itu tidak akan, dan tidak
dapat dilupakannya secara keseluruhannya. Masa lalu itu adalah sejarahnya dan dia
menganggap beberapa peristiwa yang penting yang telah berlaku kepada dirinya pada masa
lalu sebagai peristiwa tersebut semakin bertambah bila umurnya semakin bertambah. Dari
segi itulah, dia menjadi manusia bersejarah dalam erti kata lain, ia hidup melalui
pengalamannya dan menyedari kepentingan pengalamannya itu di dalam kehidupannya. Dan
salah satu kepentingan yang sangat disedarinya tentang pengalamannya itu ialah pengalaman
menjadikan landasan bagi merangka kehidupan bagi masa-masa yang mendatang. Sudah
tentulah setiap insan di dunia ini menghendaki kehidupan yang bahagia. Oleh sebab itulah,
kehendak yang merupakan harapan dan cita-cita ini menunjukkan perhubungan di antara
masa lalu dengan masa kini dan seterusnya dengan masa yang akan datang.

Untuk memahami masa kini, setiap individu itu harus mengimbas kembali masa lalu
dan memahaminya. Dengan memahaminya ia boleh mengenal tentang keadaan serta
kewujudan masa kini dan juga diri individu tersebut yang sebenarnya. Sejarah banyak
membantu manusia untuk memilih jalan mana untuk dilalui. Ia membantu kita membuat
pilihan berdasarkan pengalaman manusia. Sejarah juga merupakan peristiwa lampau yang
sebenarnya berlaku. Misalnya di zaman silam masyarakat Yunani Purba, seperti yang pernah
diceritakan Herodotus yang percaya bahawa sesebuah negara atau pun peradapan itu, sentiasa
mengalami proses kitaran, bahawa sejarah itu adalah suatu gejala yang berulang-ulang, yakni
sesuatu peristiwa yang telah berlaku berulang kali di dalam kitaran-kitaran yang saling
berganti5. Oleh sebab itulah kita sering mendengar ungkapan hidup itu sendiri umpama roda.
Setiap kelahiran dan kewujudan seorang insan, maka sesebuah negara juga dianggap
mempunyai suatu titik kelahiran, kemudiannya berkembang sehingga kemuncak kejayaan
atau kegemilangannya dan akhirnya mengalami keruntuhan. Dengan itu mereka melihat
peristiwa yang pernah berlaku pada masa lalu akan berlaku pada masa-masa yang berlainan.

5
H. Meyerhoff. (eds). (1959). The Philosophy Of History In Our Time. New York: Anchor Book.m.s.1-5
Sebab itulah, mereka merasakan adanya pengajaran pada setiap peristiwa yang berlaku itu
dan merasakan seolah-olah sejarah ingin memberikan mereka petunjuk. Salah seorang ahli
sejarah mereka yang terkenal, Tatu Dionysius menganggap sejarah itu sebagai suatu falsafah
yang memberikan pengajaran melalui contoh-contoh6. Dengan erti kata lain sejarah
membolehkan mereka belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan
sebelumnya dan memberi peluang untuk membetulkannya serta mengelak dari mengulangi
kesalahan yang sama.

Kesimpulan Bagi Kedua-dua Soalan


Secara kesimpulannya sejarah bermaksud asal usul (keturunan); salasilah dan merujuk
kepada kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa yang benar-benar terjadi di masa lampau.
Dan, dari pengertian sejarah ini, sejarah mempunyai sangkut paut dengan waktu dan
peristiwa. Dan, karena itulah masalah waktu penting dalam memahami satu peristiwa, maka
para sejarawan cenderung mengatasi masalah ini dengan membuat periodisasi.

Sejarah sememangnya mempunyai kegunaan atau nilai yang sangat signifikan


terhadap diri seseorang insan, masyarakat, institusi dan juga negara. Dan tidak dapat
disangkalkan lagi perkaitannya sejarah dengan kehidupan harian kita, begitu juga dalam
membuat penyelidikan lainnya tetap memerlukan sejarah bagi menetapkan teori atau andaian
malah mengukuhkan hujah-hujah terhadap sesuatu pandangan. Sejarah tentang sesuatu
peristiwa atau ilmu pengetahuan boleh dijadikan sebagai teladan serta sempadan dalam
mencapai keharmonian dan kesejahteraan insan, masyarakat dan juga negara. Sebab itulah,
setiap rekod dan catatan yang berkaitan dengan pengalaman manusia dianggap sejarah.
Malah sejarah juga merupakan peristiwa lampau yang benar-benar berlaku dalam kehidupan
manusia.

6
H.E Barnes. (1963). A History Of Historical Writing. New York: Dover Publications.m.s.333-335.
Rujukan
Barnes, H. E. (1963). A History Of Historical Writing. New York: Dover Publications.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara. (edisi kedua). (2011). Bandar Seri Begawan: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Marwick, A. (1985). The Nature Of History. London: MacMillan Publishers Ltd.

Meyerhoff, H (eds). (1959). The Philosophy Of History In Our Time. New York: Anchor
Book.

Muhd. Yusuf Ibrahim. (1994). “kepentingan Sejarah Kepada Manusia Dan Negara” dalam
Jebat. Kuala lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahya. (1988). Sejarah dan Pensejarahan:
Ketokohan Dan Karya Dengan Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Pollard, S. (1971). The Idea Of Progress: History And Society. Harmods Worth: Penguin
Book Ltd.

Rujukan Dari Laman Sesawang

Professor Alun Munslow. (2001). What History is?. Dilayari pada 20.9.1013.
http://www.history.ac.uk/ihr/Focus/Whatishistory/munslow6.html

Wikipedia Ensiklopedia bebas. Sejarah. Dilayari pada 20.9.2013.


http://id.wikipedia.org/wiki/Sejarah

Anda mungkin juga menyukai