Anda di halaman 1dari 3

MAIZATUL IZZAH BINTI ROSLEY (BA17110330)

AJ31403 PENSEJARAHAN MELAYU

Pola – pola Historiografi Tradisional Dalam Pensejarahan Melayu merupakan artikel yang
ditulis oleh Raja Hassan Raja Noor. Secara ringkasnya, artikel ini membincangkan tentang
corak histiografi tradisional dalam pensejarahan Melayu. Raja Hassan menegaskan bahawa
historiografi tradisional merupakan penulisan yang berkaitan tentang peristiwa – peristiwa
bersejarah dengan tujuan memberi pengajaran dan kemegahan generasi terdahulu kepada
generasi akan datang. Historiografi tradisional adalah berbeza dengan historiografi barat
iaitu pensejarahan moden yang difahami sekarang. Jika historiografi tradisional bertujuan
pengajaran dan kemegahan keturunan semata – mata, bagi historiografi moden pula
dihasilkan untuk menyumbang kepada ilmu pengetahuan baru yang bersifat ilmiah. Ramai
yang tidak mengetahui bahawa tujuan pensejarahan melayu terdahulu adalah berbeza
dengan orientalis Barat. Boleh dikatakan pensejarahan Melayu adalah hanya sebagai seni
hiburan seperti yang didakwa oleh J.C Bottoms dalam artikel ini.

Objektif kajian yang diketengahkan oleh Raja Hassan adalah untuk mengenalpasti
pola – pola historiografi dalam pensejarahan Melayu. Karya – karya Melayu seperti Sulalatus
Salatin, Tuhfat Al Nafis, Hikayat Raja – raja Pasai, Misha Melayu, Hikayat Patani, Hikayat
Siak, Bustan Us – Salatin, Hikayat Acheh dan Syair Perang Makassar merupakan contoh
penulisan – penulisan melayu tradisional yang terkenal dan mempunyai pola historiografi
tradisional. Pola yang dimaksudkan juga adalah ciri – ciri yang terdapat dalam pensejarahan
melayu seperti yang dinyatakan oleh Raja Hassan dalam artikel ini. Selain itu, penulis juga
ingin menghuraikan perbezaan historiografi tradisional dan historigrafi barat dalam
pensejarahan. Kedua – dua aspek ini sememangnya berbeza kerana corak penulisan
tradisional bergantung kepada oral tradition atau sumber lisan manakala barat pula
mementingkan dokumen, catatan diari dan peninggalan artifak.

Kaedah kajian yang digunakan oleh penulis ialah kaedah perpustakaan. Penulis telah
mendapatkan maklumat daripada sumber sekunder misalnya jurnal dan buku seperti Some
Malay Historical Sources: A Bibliographical Note yang ditulis oleh J.C Bottoms, The Idea of
History yang dihasilkan oleh R.G. Collingwood dan penulis C. Hooykaas yang bertajuk
Perintis Sastera. Buku – buku ini merupakan bahan rujukan yang digunakan oleh penulis
untuk kaedah perpustakaan. Di samping itu, Raja Hassan juga telah menjalankan kajian
menganalisis teks yang mana penulis telah melibatkan pembacaan kritis dan penilaian
terhadap karya – karya Melayu bagi mengukuhkan pencarian maklumat penulis. Penulis
telah menganalisis karya tradisional seperti Hikayat Acheh, Hikayat Raja – raja Pasai,
Salasilah Kuta, Hikayat dan Merong Mahawangsa.

1
MAIZATUL IZZAH BINTI ROSLEY (BA17110330)
AJ31403 PENSEJARAHAN MELAYU

Pada halaman 21, Raja Hassan telah menyentuh tentang perbezaan konsep dongeng
dan sejarah dalam ilmu sejarah. Perkara ini merupakan salah satu kekuatan yang boleh
dilihat pada artikel ini. Penulis membincangkan bagaimana hendak membezakan dua aspek
tersebut iaitu antara dongeng dan sejarah dengan melihat kewujudan salasilah. Perbezaan
ini beliau petik daripada sumber primer yang dihasilkan oleh Mohd Taib Osman dengan
menegaskan sekiranya sesuatu pensejarahan itu tidak mempunyai sistem sosial atau
salasilah maka penulisan tersebut adalah dongeng. Manakala sekiranya pula pensejarahan
tersebut menunjukkan salasilah, maka ia boleh dikatakan sebagai sebuah sejarah. Namun,
Raja Hassan kurang menyokong pendapat Taib Osman jika menolak mentah – mentah
penyataan tersebut. Raja Hassan mendakwa bahawa tidak semua karya yang tidak
memuatkan salasilah bersifat dongeng. Penulis juga menolak dengan memasukkan contoh
Syair Perang Makasar yang tidak memasukkan salasilah tetapi masih boleh dianggap sejarah
kerana penceritaannya yang logik akal.

Sehubungan dengan itu, penulis juga banyak memasukkan contoh – contoh karya
bagi menyokong dan mengukuhkan pendapat beliau. Misalnya pola historiografi melayu
yang bersifat subjektif, penulis menyatakan isi ini dengan menyelitkan karya – karya Melayu
seperti Sulalatus Salatin. Sifat subjektif yang dimaksudkan oleh penulis adalah sikap berat
sebelah penulis – penulis terdahulu terhadap peristiwa yang dikarang. Bagi menyokong isi
Raja Hassan, beliau telah memasukkan contoh Sulalatus Salatin yang lebih mengagung –
agungkan Hang Tuah dan mengkutuk perbuatan Hang Jebat. Begitu juga dengan Tuhfat Al
– Nafis yang memuji masyarakat Bugis dan keturunannya. Begitu juga dengan ciri
seterusnya iaitu historiografi tradisional berasaskan sumber lisan atau Raja Hassan
menyebutnya dalam artikel sebagai tradisi lisan. Penulis menjelaskan ciri ini dengan
memberi contoh daripada Sejarah Melayu yang megisahkan Tun Sri Lanang daripada
individu yang hidup sezamannya. Perkara – perkara ini cukup menunjukkan bahawa penulis
banyak memberi gambaran contoh yang diambil daripada karya – karya Melayu bagi
menyokong hujah beliau.

Meskipun begitu, artikel ini mempunyai kelemahan yang dapat dikesan iaitu susunan
isi tidak teratur. Tiada ayat pengkhususan yang menunjukkan perenggan tersebut adalah isi
kajian. Seharusnya penulis menyusun isi dengan lebih baik daripada artikel ini. Persembahan
isi seperti pola historiografi mestilah dinyatakan dalam satu perenggan yang sama dengan
huraian dan contohnya agar pembaca mudah memahami mudah mentafsir. Artikel ini
memerlukan pembaca untuk fokus meneliti agar mencapai fahaman yang disampaikan oleh
penulis. Perkara ini sekaligus menimbulkan kecelaruan pembaca menginterpretasikan

2
MAIZATUL IZZAH BINTI ROSLEY (BA17110330)
AJ31403 PENSEJARAHAN MELAYU

maklumat yang terkandung dalam artikel Raja Hassan serta menunjukkan bahawa artikel ini
bersifat sistem perenggan yang tidak selari dan kurang kemas.

Di samping itu, pembaca juga keliru dengan pendahuluan dan isi yang dinyatakan
penulis dalam artikel ini. Pada pembacaan pertama, saya memahami bahawa artikel ini
membincangkan tentang definisi historiografi sahaja. Hal ini adalah kerana penulis terlalu
banyak memasukkan definisi tema ini. Buktinya, terdapat banyak tokoh yang beliau kutip
dalam bahagian pengenalan antaranya ialah J.C Bottoms, Prof. Roolvink, dan R.G
Collingwood. Pada pendapat saya, bahagian pendahuluan seharusnya diminimumkan dan
cukup hanya menerangkan makna dan kata tema kajian dengan tidak terlalu banyak. Hal
demikian kerana pendahuluan berperanan untuk memperkenalkan tema secara asas sahaja
dan tidak perlu mendalam. Tamabahan daripada itu juga cukup hanya pandangan seorang
tokoh sejarawan yang dipetik. Pendefinisian yang terlalu banyak boleh mengganggu fokus
pembaca terpesong daripada objektif kajian.

Secara keseluruhannya, artikel ini sememangnya baik kerana ia menjelaskan makna


historiografi dengan mendalam walaupun ia membingungkan pembaca mentafsir artikel.
Daripada pemahaman pembaca, dapat dikatakan bahawa pensejarahan Melayu kebanyakan
membawa pola historiografi tradisional. Orientalis Barat mengkritik pensejarahan Melayu
kerana sifatnya yang bercanggah dengan Barat dan menolak disiplin ilmu sejarah. Pada
pendapat saya, pensejarahan Melayu ditolak penulis Barat kerana sewaktu zaman
pensejarahan dahulu, pengarang masih tidak terpengaruh dengan unsur pensejarahan
moden. Ia sama dengan asas budaya Hindu yang mempercayai mitos dan lagenda telah
mempengaruhi pengarang dahulu menulis karya mereka ditambah dengan situasi kejadian
di depan mata. Perkara ini jauh berbeza dengan pensejarahan Barat atau moden yang
berasaskan sumber primer dan sekunder sahaja. Oleh itu, mereka mendakwa pensejarahan
moden lebih baik berbanding tradisional kerana pensejarahan moden lebih kepada ilmiah
berbanding pensejarahan tradisional.

Anda mungkin juga menyukai