Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Aktiviti pelayaran telah mula dilakukan oleh kebanyakan masyarakat terdahulu pada abad ke
15 yang mana mereka menjelajah ke seluruh dunia dengan tujuan-tujuan yang tertentu.
Para sarjana telah menjalankan beberapa kajian terhadap aktiviti ini dan berdasarkan kajian
tersebut, ilmu pelayaran telah wujud sejak 30,000 tahun lalu oleh para pelayar polinesia 1.
Pada awal penjelajahan pelayar-pelayar terdahulu dipercayai menjelajah ke seluruh dunia
adalah untuk melakukan migrasi di kawasan lautan pasifik. Terdapat banyak versi dan
pandangan yang berbeza namun masih dalam konteks yang sama apabila membincangkan
tentang sejarah pelayaran. Menurut penulis buku Pugh D.T yang mengkaji tentang sejarah
awal pelayaran, beliau mengatakan masyarakat awal yang terlibat dalam dunia pelayaran
adalah masyarakat Polinesia. Namun begitu, pelayaran mereka tidak mempunyai
pendokumentasian yang lengkap bagi menhuraikan dengan lebih jelas faktor pelayaran
masyarakat ini2.

Sehubungan itu, terdapat juga pengkaji yang mendapati sejarah pelayaran ini
berlaku apabila munculnya gerakan masyarakat bangsa Eropah yang telah mengalami
perkembangan dan kemajuan dalam idea pemikiran. Manusia pada zaman tersebut telah
menemui teori baru iaitu teori Heliosentris yang mana dunia adalah berbentuk bulat
manakala matahari adalah pusat bagi segala benda di kehidupan ini. Teori ini telah
mendorong masyarakat Eropah untuk menjelajah ke seluruh dunia untuk melihat kebenaran
teori tersebut3. Perkembangan ini telah melahirkan tokoh-tokoh pelayaran yang hebat
kerana sumbangannya terhadap dunia pelayaran dan mereka telah terkenal hingga tidak
mampu untuk disangkal lagi. Dalam perbincangan ini, penulis akan memfokuskan tokoh
pelayar yang berbangsa Portugis iaitu Bartolomeuz Diaz dan Vasco Da Gama di mana
kedua-dua tokoh ini mempunyai kaitan dalam sejarah pelayaran dunia. Kejayaan mereka
dalam dunia pelayaran adalah bertitik tolak daripada dorongan Pangeran portugis yang
bernama Henry Pelaut agar menjelajah ke seluruh dunia. Justeru itu, penulis akan
menghuraikan faktor – faktor pelayaran mereka dan sumbangan yang di berikan oleh
Bartolommeuz Dias dan Vasco Da Gama.

1
Yulia Siska, Geografi Sejarah Indonesia, _, 2018, hlm. 2012.

2
David T. Pugh, Tides Surges and Mean Sea-Level, United Kingdom: Natural Environment Research Council,
1996, hlm. 2.

3
Oemar dan Komarudin, Sejarah Eropah, Cendekia Insani, 2006, hlm. 9.
2.0 FAKTOR – FAKTOR PELAYARAN

Penjelajahan bangsa Eropah ke seluruh dunia telah berlangsung sejak abad ke-15 hingga
pertengahan abad ke-18. Dalam buku Encyclopedia Britannica (2015) ada menyatakan
bahawa aktiviti pelayaran merupakan faktor atau asbab utama yang menjadikan Eropah
mempunyai peradaban yang paling maju di dunia 4. Hal demikian adalah rentetan daripada
faktor pelayaran yang menjadi latar belakang kepada penjelajahan bangsa – bangsa Eropah
seperti orang Portugis, Belanda dan Sepanyol.

Salah satu faktor tersebut ialah berkembangnya ilmu pengetahuan dalam kalangan
masyarakat Eropah. Nicolaus Copernicus seorang ahli Astronomi pada era Renaissanse telah
menemukan sebuah teori berkaitan dunia yang dikenali sebagai teori Heliosentris 5. Teori ini
menjelaskan bahawa dunia adalah berbentuk bulat yang mengelilingi matahari dan
menjelajahi matahari tanpa henti. Sebelum idea teori Copernicus muncul, manusia
mempercayai bahawa bumi berbentuk datar dan mempunyai penghujung 6. Terdapat juga
teori bumi yang bercanggah dengan teori Heliosentri yang dikenali sebagai teori Geosentris
di mana matahari yang mengelilingi bumi. 7 Disebabkan timbulnya isu berkaitan teori – teori
yang pelbagai ini, masyarakat Eropah mula keluar mengembara ke seluruh dunia untuk
melihat kekukuhan teori – teori tersebut.

Di samping itu, masyarakat Eropah bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan


yang luas malah mereka juga mempunyai kemajuan dari segi penggunaan teknologi yang
canggih dalam konteks masa tersebut. Perkembangan dalam mencipta carta pelayaran iaitu
peta telah membantu para pelayar menjelajah ke serata tempat. Dengan bantuan kompas
atau ‘astrolabe’ juga lebih memudahkan mereka untuk berlayar di laut tanpa rasa takut dan
tanpa bergantung dengan petunjuk alam lagi seperti keadaan langit dan cuaca, kedudukan
matahari, gunung – ganang, kocakan ombak dan air laut, dan arah pergerakan angin serta

4
Habib Tiliouine dan Richard J. Estes, The State of Social Progress of Islamic Societies: Social, Economic,
Political and Ideological Challenges, Springer International Publishing Switzerland, 2016, hlm. 40.

5
Barbara A. Somervill, Nicolaus Copernicus: Father of Modern Astronomy , Library of Congress Cataloging – in –
Publication Data, 2005, hlm. 61.

6
James Evans, The History and Practice of Ancient Astronomy, New York: Oxford University Press. Inc, 1998,
hlm. 383.

7
Jaakko Hintikka dan David Gruender, Theory Change, Ancient Axiomatics, and Galileo’s Methodology
Proceedings of The 1978 Pisa Conference on History and Philosophy of Science, Volume I, Dordrecht,
Holland: D. Reidel Publishing Company, 1981, hlm. 230.
burung – burung8. Sejarah awal pelayaran orang Eropah pada abad ke 15 hingga 16 juga
menceritakan bahawa mereka sudah mahir dalam pembinaan kapal misalnya kapal Caravel
9
yang dicipta oleh orang Portugis untuk menjelajah di pantai Afrika Barat dan Lautan
Atlantik.

Faktor yang seterusnya ialah kedudukan geografi yang dikelilingi oleh fizikal laut
yang mendorong masyarakat Eropah melibatkan diri dalam bidang maritim. Hal ini dapat
dilihat bagi masyarakat Portugis yang tinggal berhampiran dengan laut. Portugal merupakan
sebuah negara yang dikelilingi Lautan Atlantik dan terletak di Semenanjung Iberia. Ia
mempunyai pelabuhan yang baik seperti Anwerpent dan Gent 10 serta mempunyai kawasan
pantai yang panjang. Kemudahan atau kelebihan seperti ini menjadi pemangkin kepada
pelayar – perlayar untuk keluar daripada kawasan sendiri, menjelajah ke seluruh dunia
untuk melihat pelabuhan – pelabuhan tempat lain bagi mengembangkan pelabuhan sendiri.
Justeru itu, masyarakat beramai – ramai keluar untuk berlayar di lautan, tambahan pula
hanya pengangkutan laut sahaja yang boleh digunakan ekoran belum wujudnya sistem
perhubungan jalan darat dan udara11.

Penjelajahan bangsa – bangsa Eropah pada abad ke-16 Masihi telah disandarkan
pada faktor yang tidak asing lagi dalam kalangan sejarawan iaitu faktor tiga serangkai
seperti Gospel, Glory, dan Gold. Tiga aspek ini telah menjadi aspek utama kepada para
pelayar untuk pergi jauh ke wilayah – wilayah yang belum diterokai kuasa Barat khususnya
di Nusantara. Di sini, penulis akan menerangkan dengan jelas tentang ketiga – tiga aspek
tersebut. Aspek yang pertama ialah Gospel yang mana ia mewakili nilai keagamaan. Pelayar
– pelayar Eropah terutamanya orang Portugis menjelajah bertujuan untuk menyebarkan
agama Kristian kepada masyarakat yang tidak bertamadun seperti yang mereka dakwakan
kepada orang Nusantara khususnya12. Dalam hal ini, mubaligh Kristian turut serta dalam
ekspedisi pelayaran ke Timur 13dan diselit dengan sifat penyebaran agama Kristian yang

8
Endjat Djaenuderadjat, Atlas Pelabuhan – Pelabuhan Bersejarah di Indonesia , Jeneral Kebudayaan
Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, 2013, hlm. 326.

9
Sutiyar, Kamus Istilah Pelayaran dan Perkapalan, Universiy Michigan: Pustaka Beta, 1987, hlm. 145.

10
Pringgodigdo. Ag, Ensiklopedi Umum, Franklin Book Programs Inc., 1973, hlm. 21.

11
Ibid, hlm. 22.

12
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd,
2008, hlm. 279.

13
Ibid, hlm. 280.
tinggi demi menebus kembali kekalahan mereka dalam Perang Salib antara kerajaan Islam
dan kerajaan Kristian14.

Seterusnya bagi nilai Glory pula ialah adalah simbol kemegahan bagi kerajaan yang
berlayar. Misalnya Portugis yang ingin bersaing dengan negara – negara penjajah yang lain.
Hal ini adalah kerana untuk meningkatkan martabat negaranya serta mengangkat nilai
maruah negara dengan memperlihatkan kemahiran mereka dalam aktiviti pelayaran. Pada
ketika itu, negara – negara dalam Eropah sedang berlumba – lumba dalam meluaskan kuasa
dan pengaruh mereka di luar Eropah bahkan seluruh dunia. Oleh hal demikian, Portugis juga
tidak tertinggal dengan kuasa – kuasa Barat yang lain dalam impian ingin membina sebuah
empayar yang kukuh diluar Eropah.

Bagi aspek yang terakhir pula ialah Gold atau kekayaan yang mempunyai hubungkait
dengan perkembangan Revolusi Perindustrian. Menjelang abad ke-15, dunia digemparkan
dengan keuntungan menjalankan perniagaan bahan – bahan mentah iaitu bijih timah, kayu
jati, hasil galian dan rempah ratus seperti lada hitam, kayu manis, ketumbar, bunga
cengkih, bunga lawing, halba, jintan manis, daun kari, dan buah pala. Kesemua bahan
mentah tersebut mempunyai nilai permintaan yang amat tinggi di Eropah faktor daripada
perkambangan Revolusi Perindustrian. Bahan – bahan tersebut masing – masing
mempunyai keguanaan sendiri dan menjadi sumber utama untuk menghasilkan sebuah
mesin manakala bagi bahan rempah pula Eropah gunakan sebagai bahan pengawet atau
bahan tambahan dalam masakan untuk menyedapkan makanan atau pemanas badan.
Huraian ini cukup menjelaskan faktor Eropah menjelajah ke seluruh dunia.

14
Ibid.

Anda mungkin juga menyukai