Anda di halaman 1dari 1

BUDAYA KERJA

Budaya kerja yang diamalkan di SMK Kolombong adalah budaya kerjasama di kalangan
guru, kakitangan Am dan staf bantuan. Kerjasama yang dilakukkan di setiap organisasi
sangatlah penting bagi mempermudahkan pihak pengurusan atasan dan bawahan bagi
mengendalikan sesuatu urusan. Di SMK kolombong arahan pihak atasan disalurkan melalui
saluran maklumat sesama guru ( Encik Rosley ,penolong kanan smk kolombong). Menurut
beliau dari segi penyampaian bantuan kepada pelajar seperti biasiswa guru-guru kelas akan
memainkan peranan. Guru-guru kelas terlebih dahulu akan menyemak latarbelakang pelajar
dari segi pencapaian akademik, pendapatan keluarga, bilangan ahli keluarga dan sebagainya.
Seterusnya akan memaklumkan kepada pihak pengurusan. Ini menunjukkan salah satu
budaya kerjasama sesama kakitangan dan guru-guru yang diamalkan di SMK kolombong.

Anda mungkin juga menyukai