Anda di halaman 1dari 2

FLOR DE LA MAR.

Nama kapal ni ialah FLOR DE LA MAR. Sebuah kapal Portugis yang dibina di Lisbon. Digunakan sebagai kapal perang induk ketika menghadapi perang di laut. Kapal perang utama yang mengetuai angkatan laut untuk menyerang Melaka pada tahun 1511. 5. Digunakan oleh Alfonso De Albuquerque untuk berulang alik ke Goa( India ) dan Lisbon. 6. Diakui sebagai kapal milik Portugis yang paling besar dan mempunyai peralatan perang yang serba lengkap. 7. Terlanggar batu karang dekat Jambu Aye, Acheh pada malam 1512 dan tenggelam. bersemadidasar Laut Selat Melaka sejak lima kurun yang lalu. Tenggelamnya ia di dasar laut Selat Melaka yang gelap dan berlumpur itu terus menjulang kemashyuran namanya kerana ianya tenggelam bersama barang-barang berharga seperti emas, intan berlian, barang-barang tembaga yang diambil dari Istana Melaka yang hancur akibat diserang Portugis itu. Demikianlah kehebatan kapal yang bernama Flor De La Mar sehingga kini, kerajaan Negeri Melaka tidak sanggup untuk melupakan kapal ini, walaupun ianya sudah bersemadi begitu lama di dasar laut. Sebagai tanda ingatan, ianya dibina semula mengikut rekabentuk asalnya, tetapi bukan untuk kapal perang sebaliknya replika ini dijadikan Muzium Samudera tanda ingatan kepada Kapal Flor De La Mar. Replika muzium kapal terbesar ini berharga RM 3.8 juta. Direka oleh arkitek dari Jabatan Kerja Raya, Encik Kamarudin bin Mohd. Said dan dibina dengan

1. 2. 3. 4.

menggunakan kayu jenis bermutu tinggi oleh orang pembuat kapal yang mahir dan terkenal di negeri Terengganu. Kau tidak tahu di atas geladak bahtera Flor De La Mar, Albuquerque sedang menyusun rencana. Mereka bersedia mengepung Melaka seberapa lama pun. Mereka perlu menambah pengkhianat di dalam kota. Kalau boleh, orang-orang luar. Orang-orang asing yang tidak merasa bertanggungjawab. Juga mereka yang bukan beragama Islam akan membantu Portugis yang bukan Islam, begitulah hingga akhir zaman, kata Albuquerque (1515:63) Kau tidak tahu Nyemah, di atas bahtera Flor De La Mar itu termuat tiga ribu pucuk meriam, dengan dua ribu daripadanya diperbuat daripada gangsa, senapang, sumpitan, busur dan panah lembing serta tombak. Gelang, rantai loket, cincin permata, mahkota permaisuri, mutiara, pedang bertatah baiduri dan keris-keris bersalut emas turut di sumbat sekali. Kain-kain songket, tenunan dan pelbagai jenis tikar yang sempat dirampas dari rumah para pembesar dan orang kaya Melaka bergulungan bertimbun-timbun( 1515:246) Kini semua ini tinggal sejarah negara. Semoga negara kita yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi untuk selama-lamanya

Anda mungkin juga menyukai