Anda di halaman 1dari 40

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

KEBERKESANAN PENGAJARAN PENULISAN


BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH KOOPERATIF

NORZAILA BT MUHAMMAD YUSOF

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


2015

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat
saya menyiapkan dengan jayanya kajian ilmiah ini dalam masa yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, saya tujukan kepada pensyarah
pembimbing, iaitu Dr.Abdul Talib Bin Mohamed Hashim yang banyak memberi bimbingan,
tunjuk ajar dan saranan kepada saya untuk menyiapkan kajian ilmiah ini.
Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan rakan yang
banyak membantu dan bekerjasama bagi menyiapakan kajian ilmiah ini. Segala pandangan,
cadangan serta teguran anda semua, hanya Allah swt sahaja yang akan membalasnya.
Akhirnya, penghargaan ini saya tujukan kepada semua ahli keluarga saya kerana dapat
memahami suasana dan mengorbankan keselesaan yang sepatutnya dikecapi bersama sepanjang
proses saya menyiapkan kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua anak-anak saya kerana memahami bebanan ibu mereka dan sentiasa memberi
kerjasama yang sangat baik hingga saya berjaya menyiapkan kajian ilmiah ini.

Sekian wasalam.

Norzaila Muhammad Yusof,


D20111049740 KUMPULAN 11
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM,PERAK.

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

ABSTRAK

Kajian ini membentangkan tentang pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah satu
strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain. Menurut
Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana pelajarpelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran
koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu
untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran
dengan meminta bantuan daripada guru. Guru menguji dan memberi gred berdasarkan pretasi
kumpulan, kadang-kadang berdasarkan gred individu.
Kumpulan dalam pembelajaran koperatif ini lazimnya terdiri daripada empat hingga enam orang
ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan ini biasanya kekal untuk tempoh tertentu misalnya dalam
beberapa minggu (Sharan dan Sharan,1992). Semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan
pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain daripada
pembelajaran mereka sendiri.
Selain daripada idea berkerjasama, kaedah pembelajaran pasukan pelajar memberi penekanan
kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan pasukan, ianya boleh dicapai apabila semua
ahli dalam pasukan memberi komitmen yang diperlukan (Slavin, 1990).
Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar yang berada di dalam kelas sederhana serta kurang
menunjukkan minat terhadap pelajaran Bahasa Melayu lebih lebih lagi dalam pembelajaran
penulisan.
Data kualitatif dan kuantitatif telah didapatkan melalui pengajaran di bilik darjah, borang maklum
balas dan temubual dengan pelajar tersebut. Secara umum, dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat perubahan dalam sikap dan motivasi para pelajar ini terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu. Kajian ini juga diharap dapat meninjau bagaimana kaedah ini berupaya memberikan satu
suntikan semangat kepada para pendidik agar menggunakan Pembelajaran Kooperatif bagi
menimbulkan keseronokan belajar dan dalam pada itu membantu menjadikan pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menarik.
3

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

KANDUNGAN

PERKARA
Bab 1

Bab 2

HALAMAN
PENGENALAN
1.1

Pendahuluan

6-7

1.2

Latar Belakang Kajian

7 - 10

1.3

Pernyataan Masalah

10 - 12

1.4

Objektif Kajian

12

1.5

Kerangka Konsep Kajian

13

1.5

Persoalan Kajian

13

1.6

Kepentingan Kajian

14 - 15

1.7

Batasan Kajian

15

1.8

Definisi Istilah

15 - 17

1.9

Rumusan

18

TINJAUAN LITERATUR
2.1

Pengenalan
2.1.1

19 - 20

Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam


penulisan bahasa Melayu.

Bab 3

2.2

Teori Dan Konsep

20 - 21

2.3

Kajian Lepas

21 - 22

2.4

Rumusan

22

METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1

Pendahuluan

22 - 23

3.2

Rekabentuk Kajian

23 - 24
4

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

3.3

Populasi Dan Persampelan

24

3.4

Kajian Rintis

24 - 25

3.5

Instrumen Kajian

25 - 26

3.6

Pengumpulan Data

26 - 27

3.7

Analisis Data

27

3.8

Rumusan

27 - 28

Bibliografi

29 30

Lampiran

30 - 35

LAMPIRAN 1 :
Pemerhatian situasi pembelajaran biasa sebelum kajian.

LAMPIRAN 2:
Pemerhatian situasi pembelajaran kaedah koperatif selepas kajian.

LAMPIRAN 3:
Maklumat Latarbelakang Pelajar.

LAMPIRAN 4:
Ujian Pra.

LAMPIRAN 5:
Ujian Pos

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Pendidikan adalah proses dan aktiviti bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang
dikehendaki di dalam diri seseorang. Sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Wan Zahid, 2000). Tugas
guru semakin mencabar dan sebagai seorang pendidik adalah menjadi tanggungjawab untuk
membantu setiap pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Perancangan
pengajaran yang baik dan menarik serta pelbagai pendekatan yang digunakan adalah faktor untuk
menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan bermotivasi kepada pelajar. Pelajar juga
digalakkan untuk membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan
idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd.Fazli, 2001).

Salah satu pendekatan yang sesuai adalah pembelajaran secara berkumpulan atau pembelajaran
koperatif. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk
memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui pengalaman
mereka sendiri. Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan pelajar. Di peringkat sekolah rendah pelajar-pelajar yang baru
memasuki peringkat ini perlu diajar dan diterapkan nilai pembelajaran kendiri dan berdikari agar
mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka. Kaedah kumpulan sama kebolehan
membolehkan guru membimbing pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktivitiaktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan
pelbagai kebolehan telah memberi peluang mengamalkan pengajaran rakan sebaya, memupuk
semangat kerjasama dan bertimbangrasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial.

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah
dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi pencapaian akademik ,kepekaan positif kepada
kepelbagaian dan pemantapan kemahiran sosial

Pembelajaran Koperatif menggunakan peraturan bilik darjah yang mampu mewujudkan satu
pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili peraturan bilik darjah seperti yang
diterangkan di bawah:
K

Keep with the group (Sentiasa dalam pasukan)

Include everyone (libatkan semua ahli elakkan passenger)

Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan perasaan)

Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)

Encourage others (Memberi galakan kepada rakan sebaya)

Six inch Voices ( perbincangan mesra kumpulan berberdua /berempat dalam jarak lebih
kurang 6 inci.)

Oleh kerana itu, pendidik memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar untuk
meningkatkan minat kecenderungan pelajar ke arah pembelajaran. Oleh yang demikian, sebagai
pendidik, kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan minat dan
kecenderungan mereka ke arah pelajaran. Pelajar juga digalakkan membina jalan penyelesaian
terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina.

1.2

Latar Belakang Kajian

Kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu
dengan menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk karangan jenis fakta untuk muridmurid Tahun 5 Inovatif demi meningkatkan pencapaian mereka dalam Bahasa Melayu. Kajian
ini juga digunakan sebagai alat pengukur bagaimana kaedah ini boleh memantapkan pencapaian
murid dalam Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid di SK Slim River, Slim
River,Perak dari kelas Tahun 5 Inovatif seramai 30 orang. Murid-murid dari kelas ini datangnya
7

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

dari keluarga yang berpendidikan sederhana. Kebanyakan daripada mereka hanya mengharapkan
pengajaran daripada guru semata-mata. Hasil temuramah yang dibuat terhadap murid-murid
didapati kebanyakkan ibu bapa mereka tidak ada masa untuk mengajar anak mereka di rumah.
Lebih-lebih lagi pada masa sekarang mata pelajaran Bahasa Melayu dianggap tinggi arasnya
berbanding semasa ibu bapa mereka di zaman persekolahan dahulu.
Banyak istilah-istilah yang tidak difahami oleh mereka. Daripada pemerhatian pengkaji muridmurid kurang mahir menulis karangan terutamanya karangan yang berbentuk fakta. Lantaran itu
pengkaji sebagai seorang pendidik Bahasa Melayu merasakan tanggungjawab dalam membantu
mereka untuk menguasai kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu. Dengan itu, pengkaji telah
memilih kaedah koperatif untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran yang diajar di
bilik darjah. Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai
(Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran
bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005).
Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa
dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002).

Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum
menulis karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas
karangan dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa
penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan
penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan
peluang yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan
karangan, murid-murid mengalami dua proses iaitu proses dalaman dan proses luaran (Siti
Zaleha M. Hashim, 2005).

Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas,
tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk
tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan
huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan. Oleh
itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di
8

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan penggunaan
bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan karangan fakta,
naratif, sajak, pantun, dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis
mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk tulisan.Kemahiran
mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja kiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan
juga penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-rakan, 2001).

Proses kognitif seperti yang terkandung dalam kurikulum dikembangkan melalui isi kandungan
yang dipelbagaikan dari segi pendekatan, strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang
tinggi. Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), guru harus
melakukan penerapan nilai murni, dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin ilmu
dalam proses pengajaran (Roselan Baki, 2003). Teknik pengajaran guru juga mesti sesuai dengan
kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian
masa depan, kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid
terhadap pelajaran.
Penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan satu daripada ciri pembelajaran
konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih kemahiran sosial. Pembelajaran secara
konstruktivisme juga membolehkan murid memperoleh beberapa kemahiran seperti lebih
berfikir, lebih memahami, lebih mengingati, berkeyakinan, berinteraksi dan menyeronokan (Pusat
Perkembangan Kurikulum 2001). Kaedah yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu
faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam
melakukan tugasan. Oleh itu salah satu teknik yang dapat membantu guru dan murid dalam
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan Kaedah Pembelajaran
Koperatif (KPK). KPK merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri
daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat
yang sama (Salvin, 1982).

Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi
juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif iaitu saling
bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka,
9

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan
kumpulan. Pembelajaran koperatif menjadi popular pada tahun 1980-an kerana positifnya
terhadap pencapaian iaitu yakin diri, kedinamikan pergaulan antara individu dan motivasi diri
(Mahzan Arshad, 2003). Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan
dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina mahupun mental masing-masing (Kamaruddin
Tahir, 2005). Semangat kerjasama, tolong-menolong dan bertindak sebagai satu pasukan perlu
dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar
(Johnson & Johnson, 1989).

1.3.

Pernyataan Masalah

Bahasa Melayu juga sering dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dalam kalangan
pelajar Melayu apatah lagi pelajar bukan Melayu. Pemasalahan dalam pengajaran dan
pembelajaran memang tidak dinafikan. Hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat menguasai dan
mencapai prestasi yang baik dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana kaedah pengajaran yang
kurang efektif. Pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan memastikan kemahirannya dapat
dikuasai oleh pelajar dengan baik. Justeru itu, pengkaji menganggap bahawa Bahasa Melayu
boleh menjadi satu mata pelajaran yang mudah dan digemari sekiranya pelajar diajar dengan
menggunakan kaedah koperatif. Pelajar selalu menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran
yang diajar di dalam bilik darjah kerana kebanyakannya telah membina satu konsep dan
anggapan yang salah bahawa Bahasa Melayu adalah sukar.
Ada juga dalam kalangan pelajar yang tidak tahu apa tujuan sebenarnya mereka belajar Bahasa
Melayu, sama ada untuk tujuan peperiksaan semata-mata atau untuk kegunaan penyelesaian
masalah harian dalam kehidupan seharian mereka. Mereka sering beranggapan bahawa tidak
perlu menguasai Bahasa Melayu dengan baik kerana bahasa pertuturan harian mereka sudah
cukup untuk difahami untuk menyampaikan maklumat. Pelajar yang lemah selalu menghadapi
masalah untuk memahami sesuatu kemahiran dalam pengajaran Bahasa Melayu. Perasaan takut
dan bosan juga selalu menjadi tabiat, khasnya bagi subjek yang mereka tidak diminati.

10

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

Perkara seperti ini sering berlaku di dalam bilik darjah. Lantaran itu, untuk mengatasi masalahmasalah di atas, satu kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah kooperatif. Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi
oleh seseorang ialah untuk memulakan penulisan. Memulakan penulisan bukanlah sekadar
persoalan kebolehan semata-mata atau soal pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang
berpengetahuan dan berkemahiran pun turut menghadapi masalah yang serupa (Flower, 1985
dalam Roselan Baki, 2003).

Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal mencapai keputusan
yang baik dalam peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah (PMR)
mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan bahasa yang lemah dalam
kalangan murid Cina menyebabkan pencapaian mereka dalam bidang akademik rendah kerana
mereka tidak dapat menyatakan sesuatu dengan baik dan berkesan melalui tulisan. Penutur
Bahasa Melayu keturunan Cina adalah yang paling banyak menghadapi masalah gangguan
bahasa ibunda dan pengaruh dialek tempatan dalam penguasaan bahasa (Abdul Aziz Abd. Talib,
2000). Hal ini disebabkan struktur Bahasa Cina berbeza dengan Bahasa Melayu.
Selain itu, terdapat juga murid yang lemah dan berada pada tahap minimum dalam penulisan.
Murid kurang mampu untuk mengarang dengan baik tanpa bantuan guru. Ini berlaku terutama
bagi karangan berbentuk fakta dan karangan berbentuk naratif. Pemeriksaan terhadap beberapa
buah buku karangan yang ditulis oleh murid dan dalam ujian di sekolah memperlihatkan bahawa
pencapaian dalam penulisan karangan murid-murid tersebut tidak mencapai tahap yang
memuaskan. Mereka kekurangan idea untuk menghasilkan karangan. Kemahiran penulisan dalam
kalangan murid bukan Melayu kurang memuaskan dari segi ejaan, pemilihan kata (diksi), kosa
kata, struktur ayat, jenis ayat dan sebagainya. Kelemahan murid dalam penulisan karangan juga
tidak dapat dinafikan dengan kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar menulis dalam
kelas.

Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan
murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan (Roselan
Baki, 2003). Cara dan gaya pengajaran guru dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan
11

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk dan mengamalkan pendekatan membincangkan isi untuk
menghabiskan sukatan pelajaran Tambahan pula, suasana dalam kelas lebih berorentasikan
peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata.

Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran penulisan khususnya
dalam memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih untuk meneroka maklumat
sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Selalunya guru mengawal dari segi isi, bukan berperanan
membantu menyaring dan menyusun maklumat yang telah diterokai oleh mereka. Kawalan
begini sebenarnya akan mendorong murid terlalu banyak bergantung kepada guru. Keadaan ini
seterusnya menyebabkan murid kurang berkemahiran untuk mengarang.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam
pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta. Objektif kajian secara terperincinya ialah
ingin mencapai objektif berikut:-:

1. Untuk mengkaji sikap murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas diajar
dengan menggunakan kaedah koperatif.
2. Untuk mengkaji motivasi murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas diajar
dengan menggunakan kaedah koperatif.
3. Untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan prestasi muridmurid Tahun 5 dalam penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

12

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

1.5 Kerangka Konsep Kajian

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian bagi pembelajaran koperatif yang
mengandungi tujuh elemen pembelajaran berkumpulan iaitu saling bergantungan yang
positif, bertanggungjawaban individu, kemahiran antara perseorangan dan kumpulan
kecil, peruntukan dan pengurusan masa, pembentukan kumpulan dan heterogenous,
arahan dan objektif pembelajaran yang jelas dan interaksi bersemuka. Daripada tujuh
elemen tersebut pengkaji mengenalpasti penglibatan pelajar dalam pembelajaran koperatif
di dalam kelas. Seterusnya, di akhir kajian pengkaji dapat mengetahui sama ada tahap
penglibatan pelajar berada pada tahap yang rendah atau tinggi dan dapat meningkatkan
prestasi pelajar dalam pembelajaran mereka.

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian (Stahl, 1994).

1.6

Persoalan Kajian

Persoalan kajian merupakan persoalan yang mana jawapannya akan dapat membantu dalam
bidang kajian yang dilakukan kelak. Ia juga merupakan suatu pernyataan yang mengenalpasti
fenomena kajian yang diselidik. Ia ditulis dalam bentuk soalan. Untuk mencapai tujuan dan
objektif kajian, soalan kajian berikut telah digunakan :-

13

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

1. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah sikap murid-murid


Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?
2. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah motivasi murid-murid
Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?
3. Apakah Kaedah koperatif berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam
penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 ?

1.7

Kepentingan Kajian

Pembelajaran koperatif di dalam kelas murid-murid dapat mengembangkan minat mereka


terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Kaedah ini juga telah membantu mereka untuk
menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menguasai kemahiran Bahasa Melayu yang diajar.
Melalui kaedah ini, murid-murid dapat membiasakan diri dalam perbincangan dan mengeluarkan
idea-idea dan pendapat bersama. Murid-murid juga dapat membiasakan diri dengan berfikiran
terbuka dan kreatif. Komunikasi dalam kumpulan telah melatih mereka menjadi lebih berani dan
dapat berinteraksi dengan rakan lain tanpa rasa malu dan segan. Murid-murid dapat meneruskan
sesi pembelajaran dengan lebih seronok tanpa bosan. Mereka juga dapat melibatkan diri dengan
aktif dalam pembelajaran seterusnya. Ini sudah tentu dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka
dalam peperiksaan.

Hasil kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada tenaga pengajar untuk menangani
masalah dan tanggapan serta pendapat murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu. Disamping
itu kajian ini juga dapat merintis jalan untuk menarik minat dan memotivasikan murid-murid
terhadap Bahasa Melayu. Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid menyampaikan
buah fikiran mereka dengan berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003 dalam Yahya
Othman 2005). Sekiranya kemahiran menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya, tidak mustahil
bahawa walaupun perkembangan teknologi maklumat bergerak dengan pantas, namun kita akan
tertinggal tanpa keupayaan menulis yang tinggi, kemahiran dan kepakaran seseorang akan
tenggelam kerana tidak dapat disebarkan, dibuktikan dan dikaji (Mahrom Mamat, 2000). Justeru,
14

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

kajian ini diharap dapat memberi maklumat tentang keberkesanan kemahiran menulis karangan
fakta kepada murid, guru-guru dan juga para penyelidik pada masa akan datang.

Hasil kajian ini penting untuk membantu para murid yang mempunyai masalah tidak berminat
untuk belajar, prestasi merosot, murid tidak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
pelajar yang sering menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Oleh demikian, kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di SK Slim
River, Slim River, Perak dalam penguasaan kemahiran menulis karangan fakta. Kepada guruguru Bahasa Melayu, kajian ini mendedahkan kaedah pengajaran koperatif yang boleh dicuba
dalam pengajaran menulis karangan Bahasa Melayu.

Justeru, kajian ini diharap akan menjadi satu amalan kepada guru-guru Bahasa Melayu dan
mencuba kaedah baru dalam pengajaran penulisan. Dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu menjadi lebih menarik. Kajian ini juga diharap dapat menambah koleksi bahan
rujukan tentang penyelidikan yang dijalankan dalam bidang penulisan pada masa akan datang
yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada para penyelidik.

1.8

Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan murid-murid Tahun 5 seramai 30 orang. Kajian
ini dijalankan di SK Slim River, Slim River, Perak. Semua aktiviti kajian dilaksanakan di dalam
kelas. Kajian ini hanya tertumpu kepada kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran hanya melibatkan satu topik
kemahiran iaitu kemahiran menulis karangan fakta. Soalan- soalan ujian diambil daripada topik
yang diajar pada masa itu.
Namun begitu ada beberapa aspek yang mungkin menjadi penghalang semasa kajian dijalankan.
Antaranya ialah:-

1. Motivasi dan minat murid-murid berbeza.


15

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

2. Pencapaian murid-murid dalam Bahasa Melayu adalah berbeza.


3. Waktu mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza (pagi / tengahari ).
4. Pelajar mungkin mahir dalam kemahiran menulis jika telah mempelajarinya di kelas
tambahan.

1.9

Definisi Pembolehubah

Kajian ini melibatkan penggunaan beberapa istilah dan konsep yang perlu dijelaskan. Antara
istilah dan konsep yang perlu dijelaskan ialah:

a. Keberkesanan pembelajaran

Perkataan 'keberkesanan' berasal daripada 'kesan'. Kamus Dewan (2002:663) 'kesan' membawa
maksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas sama ada kebaikan atau keburukan.
Manakala 'keberkesanan' membawa maksud berkesannya sesuatu tindakan atau perbuatan. Dalam
kontek kajian ini 'keberkesanan' bermaksud hasil atau akibat yang terjadi daripada penggunaan
kaedah pembelajaran koperatif dalam proses penulisan karangan fakta dalam kalangan murid
Melayu dan bukan Melayu.

b. Kaedah Pembelajaran Koperatif

Perkataan 'kaedah' mengikut Kamus Dewan (1993:513) bermaksud cara atau aturan membuat
sesuatu. Selain itu 'kaedah' merupakan cara keseluruhan mengajar bahasa bagi mencapai tujuantujuan yang tertentu melalui prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh satu-satu kaedah itu
(Arbak Othman, 1989:13). 'Kaedah' juga membawa maksud langkah-langkah dan peringkatperingkat yang diatur untuk mengajar sesuatu bahasa atau bahagiannya, sesuai dengan
pendekatan yang dipegang (Abdullah Hassan, 1996:114).

Manakala Kaedah Pembelajaran Koperatif ialah strategi yang diperkenalkan dalam sistem
pembelajaran dalam sistem pembelajaran bestari. Dengan strategi ini, murid-murid digalakkan
16

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

berdikari dalam meneroka ilmu daripada pelbagai sumber. Kaedah pembelajaran ini
membolehkan pelajar heterogen bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat
bersama (Gan, 1999). Hal ini bermakna, pengelompokan murid kepada kumpulan kecil
merupakan langkah awal yang mesti dipatuhi oleh seseorang guru dalam pelaksanaan kaedah ini.
Langkah seterusnya diserahkan kepada kumpulan -kumpulan murid berkenaan untuk berbincang
dan melantik ketua, pencatat, pelopor dan seumpamanya.

Aktiviti ini sangat penting kepada murid yang lemah menguasai literasi membaca dan menulis.
Dalam konteks kajian ini, KPK merujuk kepada penggunaan teknik Putaran Giliran dan Meja
Bulat. Melalui KPK murid dapat belajar secara bekerjasama untuk mencapai matlamat
pembelajaran dalam penulisan karangan. Teknik Putaran Giliran (Round Robin), setiap ahli
dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran
giliran mereka (Kagen, 1994: Zawiyah Abd Shukor, 2001).

Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang mengemukakan idea masing-masing
sambil menerima dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini berlakulah
proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih
jelas dan bermakna. Manakala teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli kumpulan dapat
berkongsi maklumat secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. (Kagan,
1994; Zawiah Abd Shukor, 2001). Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk melengkapkan
tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar
perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Akhirnya,
menerusi teknik tersebut, mereka dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik.

Menulis karangan adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi
(Yahya Othman, 2005). Huraian Sukatan Pelajaran (2003) menghuraikan kemahiran menulis
sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul, serta tulisan yang kemas. Menurut Byrne (dalam Robiah Kulop Hamzah, 1999)
penulisan ialah urutan ayat-ayat yang disusun dalam susunan tertentu dan berkait rapat antara
satu sama lain dengan cara-cara tertentu. Urutan ini mungkin panjang dan mungkin pendek.
17

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

Walau bagaimanapun, urutan ayat-ayat ini dapat membentuk satu kesatuan yang jelas
maksudnya. Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa
dalam menyusun perkataan, rangkaikata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang
mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang
jelas dan tersusun. (Kamarudin Hj. Husin, 1998). Dalam konteks kajian ini, penyelidik membuat
penilaian tentang karangan karangan fakta. Karangan fakta lebih memerlukan pernyataan fakta
dan huraian yang mantap.

Segala tanggapan yang bertentangan sesuatu isu atau perkara haruslah disokong dengan hujahhujah dan fakta sebagai pembuktian. Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat dengan huraian
sokongan yang mengandungi keterangan, contoh, analogi, anekdot atau ungkapan berwibawa
(Roselan Baki, 2003). Dalam konteks kajian ini, karangan fakta merujuk kepada suatu tajuk
perbincangan atau pendapat yang memerlukan fakta atau hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti
untuk menyokong pernyataan.

10.0

Rumusan

Berdasarkan pernyataan-pernyataan yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa sebelum


menjalankan sesuatu kajian kita perlulah menyelidik beberapa perkara terlebih dahulu seperti
bidang kajian, sasaran, objektif kajian dan persoalan-persoalan yang perlu diketahui serta
beberapa maklumat lain yang perlu terlebih dahulu agar kajian yang akan kita jalankan akan
mendapat manfaatnya bersama.

Di dalam Bab 1 ini penyelidik telah menjelaskan pengenalan kepada kajian yang dijalankan.
Seterusnya dijelaskan juga beberapa isu yang wujud di dalam pembelajaran koperatif bagi
menyokong pernyataan masalah. Tumpuan diberikan kepada penglibatan pelajar dalam
pembelajaran koperatif bagi meningkatkan pencapaian akademik dan serta mengetahui masalah
pelajar semasa menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan. Bab 1 ini
18

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

juga menerangkan mengenai perangkaan awal bagi melaksanakan kajian, sebagai panduan bagi
memastikan setiap langkah yang diambil dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

BAB 2

TINJAUAN LITERATURE

2.1

Pengenalan

Bab ini akan mempersembahkan hasil kajian-kajian yang terdahulu berkaitan dengan
pembelajaran koperatif. Ia juga melihat kelebihan dalam menggunakan kaedah koperatif untuk
meningkatkan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bab ini
juga membincangkan aspek yang berkaitan tinjauan literature seperti teori yang mendasari
pembelajaran koperatif dalam kemahiran menulis karangan, rajah pembelajaran koperatif, ciriciri karangan yang bermutu, prinsip-prinsip pembelajaran koperatif, kesan pembelajaran
koperatif dan kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan pembelajaran koperatif.

2.1.1 Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam penulisan bahasa Melayu

Dalam kajian Marohaini Yusoff (1999) mendapati bahawa sepanjang proses menulis karangan,
murid seringkali berinteraksi dengan kawan-kawan walaupun guru tidak membenarkan mereka
bercakap dan berkongsi pendapat ketika menulis karangan dalam bilik darjah. Sauders dalam
Ahmad Zaini (2000) menegaskan tentang perlunya bekerjasama dengan rakan sebaya dalam
19

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

pembelajaran menulis terutamanya untuk merangka, menulis bersama, membetulkan kesilapan


bersama dan menerbitkan bersama.

Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa Melayu iaitu
menulis bebas hanya memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain.
Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk menghasilkan
karya yang diingini. Menulis berkolaboratif dilakukan secara berpasangan secara bergilir-gilir
untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir menghasilkan perenggan dalam karangan untuk
membantu murid yang kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif ialah satu
kaedah pengajaran menulis yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan
murid akan sama-sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan samasama mencari isi penting, membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai bagi huraian.
Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan penting untuk menghubungkan orang yang lebih
berkebolehan, iaitu guru dan murid-murid yang lebih pintar dengan pelajar yang sedang
menjalani pembelajaran (Mercer N, 1994 dalam Roselan Baki 2003).

Interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai kebolehan membawa
memberi idea atau pendapat dalam penulisan karangan seperti yang terkandung dalam Kaedah
Pembelajaran Koperatif. Berdasarkan teknik-teknik dan prinsip-prinsip Kaedah Pembelajaran
Koperatif (KPK), pengkaji menggunakan teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat dalam penulisan
karangan fakta. Dalam teknik ini setiap ahli kumpulan akan mengutarakan pendapat masingmasing secara lisan mengikut giliran. Dengan proses ini berlakulah proses pertukaran pandangan
antara satu sama lain untuk mendapat idea yang lebih jelas dan bermakna.

Aktiviti berkongsi maklumat ini dilaksanakan oleh ahli kumpulan agar perkara yang
dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang boleh di bawa dalam bentuk penulisan. Menerusi
teknik ini murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Jika dijalankan dengan
sempurna , setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk menguasai sesuatu topik serta
berpeluang berkongsi pengetahuan dengan ahli kumpulan yang lain.

20

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

Untuk tujuan ini, pelajar perlu memahami topik dan bukan hanya sekadar menghafal sahaja. Ini
akan mengakibatkan pemprosesan yang tinggi, yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya
membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang baik. Justeru, kumpulan murid yang diajar
dengan pendekatan pembelajaran koperatif mencatat pencapaian yang lebih tinggi berbanding
kumpulan yang diajar melalui kaedah tradisional (cheah dan Poon, 1998). Dengan menggunakan
kaedah kumpulan kecil, pelajar-pelajar dapat berkongsi kekuatan dan membaiki kelemahan
masing-masing.

Selain itu, kemahiran interpersonal dapat dibentuk selain daripada belajar menyelesai masalah
bersama-sama. Khadijah Ahmad (2005) yang mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran
koperatif dalam menulis karangan Bahasa Melayu, mendapati bahawa terdapat perbezaan dan
peningkatan dari segi penulisan karangan.Terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian
pelajar dalam menulis karangan sebelum dan selepas dirawat dengan kaedah pembelajaran
koperatif. Hasil hubungan interaksi sesama ahli kumpulan atau rakan sebaya telah berjaya
meningkatkan pengetahuan kebolehan pelajar dalam menulis isi karangan.

2.2.1

Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif

Menurut Mok Soo Sang (2002) terdapat beberapa ciri-ciri pembelajaran koperatif. Antaranya
ialah :
i. Pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan.

Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menggalakkan
pelajar berfikir secara aktif. Pelajar digalakkan berfikir sendiri kemudian berbincang secara
berkumpulan. Para pelajar juga diminta memberi pendapat atau pandangan dan banyak
bertanyakan soalan mengenai topk pembelajaran yang telah dipelajari. Pelajar juga digalakkan
mencari maklumat tambahan atau bahan rujukan lain bagi memantapkan lagi pemahaman dalam
bahasa Melayu Penulisan.

21

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

ii. Pelajar dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab berkongsi.


Dalam pembelajaran koperatif sikap akauntabiliti dan tanggungjawab berkongsi adalah tinggi.
Pelajar yang lemah akan sentiasa dibantu oleh pelajar kumpualan koperatif lain. Antara ahli
kumpulan akan berkongsi maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

iii. Kemahiran sosial dapat dipupuk dalam pembelajaran koperatif.


Pembelajaran koperatif merupakan satu sosial. Ini adalah disebabkan pembelajaran kopertif
berupaya menghasilkan perasaan yang positif antara satu sama lain, mengurangkan rasa tersisih
dan kesunyian, membina perhubungan saling membantu, meningkatkan pencapaian melalui
aktiviti-aktiviti kognotif sera memperbaiki kemahiran sosial.

iv. Kesedaran bahawa pembelajaran koperatif adalah kunci pencapaian yang lebih baik daripada
pembelajaran diri sendiri.
Di dalam pembelajaran koperatif , kesedaran motivasi dapat ditingkatkan melalui perbincangan
bersama ahli kumpulan yang lain. Pelajar akan mudah faham menerusi pembelajaran koperatif
kerana jika maklumat atau konsep yang tidak fahami asalah seorang ahlli kumpulan, ahli
kumpulan yang lain akan menolong menerangkannya.

2.2

Teori Dan Konsep

Rosni Yusof (1999) telah mengunakan kaedah pembelajaran koperatif STAD (Students
Teams- Achievement Division) atau dikenali sebagai Kumpulan Pembahagian Pencapaian Murid,
bagi melihat pencapaian pelajar tingkatan dua, Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri Melaka
dalam aspek tersebut. Hasil eksperimen selama empat minggu mendapati bahawa pendekatan
koperatif amat berjaya berbanding dengan kaedah tradisional.

Kajian yang serupa dilakukan oleh Suraya (1999) dalam Masitah Zainuddin (2005), di Negara
Brunei Darul Salam. Beliau menggunakan kaedah pembelajaran koperatif STAD, ke atas pelajar
tingkatan tiga dalam jangka masa enam minggu. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan
pembelajaran koperatif begitu berkesan berbanding tradisional.
22

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

Ahmad Zaini Yaacob (2000) yang mengkaji tentang kesan pembelajaran koperatif dalam
kalangan pelajar tingkatan empat di luar bandar. Beliau telah menyelidik cara pembelajaran
koperatif dapat meningkatkan mutu penulisan pelajar. Enam aspek yang spesifik dalam penulisan
karangan telah ditumpukan dalam kajian beliau iaitu kematangan fikiran, perbendaharaan kata,
olahan, struktur kata, isi dan kesalahan bahasa. Beliau telah mendedahkan teknik koperatif
kepada kumpulan rawatan. Mereka diajar cara bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan
karangan. Pelajar yang didedahkan dengan kaedah ini didapati meningkat dari segi perancangan,
penjanaan idea, mencari bahan, olahan dan struktur kata dalam karangan pelajar. Dapatan kajian
beliau menunjukkan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan aspek-aspek tersebut dalam
mutu penulisan pelajar.

Mengikut Slavin (1990), fungsi utama STAD ialah kumpulan pelajar yang mengikuti
kaedah PK memberi sokongan antara ahli kumpulan untuk pencapaian akademik yang
cemerlang.Interaksi dalam kumpulan kecil membantu pelajar menganalisis, berbincang dan
sintesis idea untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman pelajar dalam konteks yang
lebih bermakna.Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa terdapat dua teori yang menyumbang
ke arah pencapaian kaedah PK iaitu teori motivasi dan teori kognitif.

Menurut perspektif motivasi, struktur insentif secara koperatif membentuk satu situasi di mana
cara untuk seseorang pelajar mencapai matlamat sendiri ialah apabila kumpulannnya mencapai
matlamat tersebut.Dengan itu pelajar adalah didorong untuk mengambil inisiatif diri dalam usaha
membantu ahli kumpulannya untuk belajar dan berjaya bersama.

Dalam perspektif kognitif pula, pembelajaran dianggap sebagai satu proses pemikiran dan
pembinaan, pelajar akan terlibat secara aktif dalam proses integrasi pengetahuan baru dengan
pengetahuan sedia ada untuk mencapai objektif pembelajaran yang dijangkakan.Vygotsky
(1978), menyatakan aktiviti kolaboratif antara kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan
fikiran yang matang. Manakala Piaget (1926), percaya bahawa pengetahuan seperti bahasa, nilai
dan sistem simbol hanya dapat dikuasai melalui interaksi antara satu sama lain.

23

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

Zakaria Kassim (2003) bersetuju bahawa kaedah pembelajaran koperatif dapat mengendalikan
pelajar melaksanakan tugas-tugas secara bersemuka. Kaedah pembelajaran koperatif juga
mendorong pelajar berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya secara harmoni. Dengan
cara demikian, kaedah pembelajaran koperatif memupuk nilai-nilai murni seperti kejujuran,
bekerjasama, saling menghormati, bertanggungjawab, bertolak-ansur berperikemanusiaan,
sanggup berkorban sepakat dan berinisiatif. Pelaksanaan tugas secara berkoperatif dapat
menumpukan pelakuan dan keyakinan diri murid

Walaupun dapat dilihat kesan Pembelajaran Kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran,
kajian yang dijalankan terhadap para pelajar dan pengajaran Bahasa Melayu seperti ketandusan.
Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji keberkesanannya dari perspektif yang berbeza sebagai seorang
guru Bahasa Melayu.

Secara ringkasnya, interaksi dalam kumpulan kecil membantu pelajar menganalisis, berbincang
dan bersintesis idea untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman pelajar dalam konteks
yang lebih bermakna. Dengan menggunakan kaedah kumpulan kecil, pelajar-pelajar dapat
berkongsi kekuatan dan membaiki kelemahan masing-masing. Selain itu, kemahiran interpersonal
dapat dibentuk selain daripada belajar menyelesaikan masalah bersama-sama. Melalui
penempatan ke dalam kumpulan dan memberi tugasan kepada mereka menyebabkan mereka
perlu bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain. Tanggungjawab menyelesaikan
tugasan merupakan kaedah yang amat baik untuk memberi peluang kepada pelajar memenuhi
keperluan sosial mereka. Permuafakatan ini akan membantu dan menggalakkan pembelajaran
yang aktif.

2.3

Kajian Lepas

Terdapat banyak kajian-kajian yang lepas yang ada berkaitan dengan pembelajaran
koperatif yang dijalankan oleh penyelidik samada dari dalam negara dan luar negara. Kajiankajian lepas yang telah dijalankan merupakan kajian yang berkaitan dengan tahap amalan
pembelajaran kopertif di sekolah-sekolah.
24

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

2.3.1 Kajian Dalam Negara

Dalam konteks di Malaysia, hasil kajian S-L Gan (1992), menyatakan murid berpendapat
pembelajaran serta aktiviti dalam Pembelajaran Koperatif adalah menyeronokkan. Beliau juga
mendapati pendekatan Pembelajaran Koperatif dapat membantu dalam membentuk nilai murni,
mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik di
kalangan murid, maka Pembelajaran Koperatif adalah amat sesuai dilaksanakan di sekolahsekolah di Malaysia.

Dalam kajian Zulkifli bin Abd Wahab daripada Universiti Putera Malaysia yang telah
menjalankan kajian tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam matapelajaran bahasa
Melayu Penulisan adalah berkisar di tiga buah sekolah di sekitar Daerah Muar. Kajian ini
dilakukan pada 2007. Menurut beliau,tahap amalan pembelajaran koperatif dikalangan murid
adalah tinggi dan manakala menurut perspetif guru adalah sederhana. Bagaimanapun,
pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian murid.

Menurut Cheah dan June (1998/99), kelebihan dalam Pembelajaran Koperatif ialah murid dilatih
untuk berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin dan membuat keputusan, semuanya
merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia bekerja pada masa depan.
Kajian Cheah, Adlan, Baskaran dan Lim (2002), mendapati kesan kaedah Pembelajaran
Koperatif dalam meningkatkan bacaan pemahaman teks dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil
adalah ketara dan dicadangkan supaya sukatan pelajaran kursus Diploma Pendidikan Malaysia
terus memberikan penekanan dalam kaedah Pembelajaran Koperatif .

Pelbagai kajian telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji mengenai Pembelajaran
Kooperatif dan kesannya terhadap pembelajaran. Dalam kajian mereka, Nor Azizah Salleh, Siti
Rahayah Ariffin dan Musa Daia (2001) mendapati bahawa Pembelajaran Kooperatif adalah
kaedah yang menarik dan dapat menerapkan nilai-nilai murni.Selain itu, kajian mereka
membuktikan Pembelajaran Kooperatif dapat menambahkan minat dan motivasi pelajar-pelajar
terhadap pelajaran Sains.
25

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

Abdul Halim Mohd Noh (2000), dalam kajian kesnya terhadap Pembelajaran Kooperatif dalam
Mata Pelajaran Sains di Selangor, mendapati terdapat persepsi yang baik terhadap penerapan
nilai-nilai murni kemahiran belajar dan pencapaian serta sikap yang baik lagi positif terhadap
subjek Sains dalam kalangan pelajar tingkatan satu. Kajian Abdul Halim ini disokong oleh
Effendi Zakaria dan Zanaton Iksan (2007) dalam artikel yang menekankan bahawa Pembelajaran
Kooperatif harus digunakan sebagai menggantikan kaedah mengajar Matematiks dan Sains yang
tradisional di Malaysia. Ini dapat membantu mempertingkatkan pembelajaran di negara itu.

2.3.2 Kajian Luar Negara

Pate-Clevenger, R., Dusing, J., Houck, P., & Zuber, J. (2008) telah membuat kajian yang
meninjau keberkesanan Pembelajaran Kooperatif dalam menangani masalah gangguan
pembelajaran dalam kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah di Chicago, Illinois
pada tahun 2008. Dapatan kajian menunjukkan Pembelajaran Kooperatif merupakan strategi yang
berkesan untuk mengurangkan masalah gangguan di bilik darjah serta berupaya meningkatkan
kemahiran sosial yang positif.

Ini disokong oleh Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1999) yang mendapati Pembelajaran
Kooperatif bukan sahaja membantu meningkatkan pencapaian akademik tetapi juga berkesan
untuk

memupuk

kerjasama,

minat

pada

sekolah,

kemahiran

berinteraksi

dan

berkomunikasi.Walaupun dapat dilihat kesan Pembelajaran Kooperatif dalam pengajaran dan


pembelajaran, kajian yang dijalankan terhadap para pelajar dan pengajaran Bahasa Melayu
seperti ketandusan.Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji keberkesanannya dari perspektif yang
berbeza sebagai seorang guru Bahasa Melayu.

26

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

2.4

Rumusan

Daripada tinjauan literatur yang dibuat, ketidakbolehan menguasai teknik menulis karangan
memang merupakan suatu fenomena yang perlu diatasi sebelum murid mempelajari sesuatu ke
peringkat yang lebih lanjut. Berdasarkan kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pembelajaran
koperatif mampu memberikan kesan yang positif terhadap murid. Ini adalah kerana pembelajaran
koperatif ini dapat membentuk sifat keyakinan pada diri sendiri dan ini membantu para murid
untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelajaran. Guru juga dapat menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dijalankan, jelaslah bahawa strategi

pengajaran dan

pembelajaran secara koperatif mendatangkan kesan yang positif sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas rawatan.Sikap dan perlakuan mereka didapati mengalami perubahan
menerusi pembelajaran koperatif.Mereka melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang
dirancang oleh guru kerana mempunyai tanggungjawab untuk menaikkan imej kumpulan masingmasing.Semangat perpaduan, kerjasama dan saling membantu amat penting memandangkan
kaedah pembelajaran yang menekankan persaingan. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa
pembelajaran koperatif

juga sesuai digunakan dalam apa jua mata pelajaran yang hendak

diajarkan kepada pelajar. Kesimpulan yang dapat kita buat di sini ialah peningkatan pencapaian
murid dalam bahasa Melayu Penulisan adalah bergantung kepada kesesuaian kaedah yang
digunakan.

27

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian


ini.Aspek-aspek yang dibincangkan ialah reka bentuk kajian, pemilihan sampel kajian, proses
pengumpulan data, dan analisis data yang merupakan aspek-aspek penting yang menentukan
kejayaan kajian ini.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk eksperimen yang merangkumi kajian kuantitatif dengan mencari
frekuensi dan peratus.Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah mengumpul maklumat
serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Dengan menggunakan
kaedah koperatif, pengkaji telah melihat sejauh mana keberkesanan kaedah tersebut dan
seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam bahasa Melayu. Pengkaji pada mulanya,
telah memerhatikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang dijalankan di dalam bilik
darjah.Selepas pemerhatian tersebut, pengkaji telah mengedarkan satu borang latar belakang
kepada semua murid yang terlibat dalam kajian.

Tujuan utamanya adalah untuk memperolehi maklumat-malumat mengenai latarbelakang


pengetahuan, minat terhadap bahasa Melayu dan juga cara pembelajaran mereka. Seterusnya satu
ujian pra telah diberikan kepada murid untuk mengetahui pencapaian mereka. Setelah mendapat
maklumat-maklumat yang diperlukan, pengkaji telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran
secara koperatif. Sehabisnya pengajaran penulisan karangan fakta, pengkaji telah memberi satu
lagi ujian pos kepada murid untuk mengetahui pencapaian mereka dengan menggunakan kaedah

28

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

koperatif. Keputusan murid telah disemak dan dibandingkan dengan pencapaian mereka sebelum
penggunaan kaedah koperatif.

3.3

Populasi dan Persampelan

Sample yang dipilih terdiri daripada murid Tahun 5 seramai 30 orang di SK Slim River, Slim
River,Perak. Mereka dibahagikan kepada kumpulan kecil yang mempunyai tahap kepintaran,
sikap dan motivasi yang lebih kurang sama. Murid-murid ini menghadapi masalah dalam
pembelajaran khasnya dalam menguasai kemahiran menulis karangan jenis fakta. Oleh itu satu
pendekatan telah diambil untuk mengatasi masalah ini. Kaedah pembelajaran koperatif digunakan
untuk mengatasi masalah ini. Kaedah pembelajaran koperatif digunakan untuk mengatasi
masalah di mana murid-murid sukar untuk memahami kemahiran yang diajar. Kajian ini lebih
berfokuskan kepada pembinaan minat dan motivasi pelajar terhadap penguasaan kemahiran
menulis karangan jenis fakta. Jumlah sample hendaklah melebihi 30 unit kerana andaian taburan
normal biasanya dipenuhi apabila saiz sample melebihi 30 unit (Mohd Majid konting, 2005).

3.4

Kajian Rintis

Secara amnya kajian ini dijalankan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama, pengkaji
menjalankan aktiviti eksperimental seperti penerangan, pra ujian, kaedah belajar secara
kumpulan. Tujuan perbincangan ini adalah untuk memberi gambaran kepada pelajar tentang
kaedah pembelajaran secara koperatif. Peringkat kedua merupakan sesi rawatan. Jenis rawatan
yang diberikan ialah menulis karangan secara kerjasama dan berkongsi idea atau menulis secara
berkoperatif dengan menggunakan teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat. Dalam pengajaran dan
pembelajaran menulis karangan fakta, murid dilatih untuk bekerjasama memberi pendapat,
menghurai isi, memberi contoh bagi isi karangan, dan membaiki kesalahan bersama rakan dalam
kumpulan. Disamping itu, murid dilatih untuk membanding hasil kerja sendiri dengan hasil kerja
rakan-rakan dalam bilik darjah. Peringkat ketiga dalam eksperimen ialah setelah selesai
menjalani pembelajaran menulis secara berkoperatif, satu ujian pos diberikan kepada pelajar.
29

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

Data yang dikumpulkan melalui ujian ini dibandingkan dengan data yang diperolehi dalam pra
ujian untuk melihat keberkesanan KPK ke atas pengajaran dan pembelajaran ke atas pengajaran
penulisan karangan fakta.

3.5

Instrumen Kajian

Pengkaji dalam kajian ini menggunakan empat jenis instrumen untuk menyelidik masalah yang
dihadapi. Ia adalah seperti di bawah:

3.5.1

Pemerhatian

Dalam kajian eksperimen ini, pengkaji telah memerhatikan dulu pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu yang dijalankan di dalam bilik darjah dengan menggunakan lampiran
pemerhatian sebelum memulakan kajiannya. Pemerhatian juga dilakukan sepanjang kajian ini
dibuat dari awal pembelajaran hinggalah di akhir pembelajaran.

3.5.2

Soal Selidik

Borang soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi murid tentang kaedah pembelajaran
koperatif.Satu borang soal selidik telah diberikan kepada setiap kumpulan murid sebelum
memulakan penyelidikan untuk mengukur sikap dan motivasi terhadap Bahasa melayu dan juga
untuk mengetahui latar belakang mereka. Borang soal selidik kedua pula telah diberikan kepada
murid setelah kaedah pembelajaran koperatif

dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan

pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah. Cara ini telah membantu pengkaji untuk
mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif.

3.5.3

Ujian Pra

Ujian pra ini diberikan untuk mendapatkan gambaran terhadap prestasi pelajar sebelum
pembelajaran koperatif dimulakan dalam penulisan karangan jenis fakta.
30

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

3.5.4

Ujian Pos

Ujian pos ini telah diberikan setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan
menggunakan kaedah koperatif untuk mengetahui keberkesanan kaedah koperatif dalam
pembelajaran. Ujian ini dapat membandingkan-bezakan pencapaian murid-murid tersebut.

3.6

Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, seperti yang telah dinyatakan tadi, untuk pengumpulan data instrumeninstrumen pemerhatian, borang soal selidik, ujian pra dan ujian pos telah digunakan. Sebelum
memulakan kajian, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap murid-murid yang hendak
dijadikan sample. Hasil pemerhatian dicatatkan ke dalam borang pemerhatian
(Lampiran 1).

Pemerhatian akan dibuat pada aspek-aspek tingkah laku sebelum guru masuk kelas, semasa guru
mengajar, cara mereka menjawab soalan, perasaan apabila diberi kerja rumah dan juga
tingkahlaku apabila guru meninggalkan kelas.

Kajian telah dimulakan dengan pengedaran borang soal selidik (Lampiran 3 & 4)
untuk mengetahui latarbelakang pelajar dan juga minat dan motivasi mereka terhadap mata
pelajaran Bahasa Melayu. Setelah mengetahui maklumat tersebut, pengkaji telah mula mengajar
tajuk penulisan karangan jenis fakta kepada murid tersebut dengan menggunakan kaedah
tradisional. Seterusnya satu set ujian pra (Lampiran 5) diberikan kepada mereka mengenai tajuk
yang diajar.

Pencapaian dan prestasi mereka direkodkan Setelah memperolehi data prestasi murid sample,
pengkaji memulakan eksperimennya iaitu penggunaan kaedah koperatif dalam pengajarannya
bagi tajuk yang sama. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah
koperatif dijalankan dalam bilik darjah. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan
kecil yang terdiri daripada 5 hingga 6 orang ahli. Ketua kumpulan telah dilantik bagi setiap
31

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

kumpulan. Sehingga kajian ini selesai mereka telah berada dalam kumpulan yang sama semasa
mata pelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Pengkaji mengajar dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif. Pengkaji juga telah membuat pemerhatian sepanjang pengajaran dan
pembelajaran berlaku dan juga selepas pembelajaran koperatif (Lampiran 2).

Pemerhatian ini termasuklah kerjasama murid, penglibatan diri dalam perbincangan, pengeluaran
idea dan cara menyelesaikan masalah yang diberikan. Setelah selesai pengajaran tajuk tersebut,
satu set ujian pos (Lampiran 6) telah diberikan kepada sampel kajian iaitu murid-murid kajian.
Pencapaian mereka selepas penggunaan kaedah koperatif juga direkodkan. Pengkaji juga
mengedarkan borang soal selidik yang sama sekali lagi kepada pelajar untuk mengetahui
perubahan sikap dan motivasi mereka setelah penggunaan kaedah koperatif dalam pembelajaran.
Dengan ini juga dapat dilihat reaksi murid terhadap cara pembelajaran dan juga kefahaman
mereka tentang topik yang diajar.

3.7

Analisis Data

Pengkaji mesti memastikan semua murid menjawab kesemua soalan dalam borang soal selidik.
Pengkaji harus merekodkan setiap aktiviti dan hasil dapatan. Semua ujian pra dan pos mesti
diperiksa untuk mendapatkan markah supaya dapat dibuat perbandingan sebelum dan selepas
kaedah pembelajaran koperatif dilaksanakan. Data yang diperolehi daripada ujian pra dan pos
telah dianalisis secara kaedah kuantitatif dengan mencari frekuensi dan peratus. Perbandingan
antara ujian pra dan ujian pos telah dibuat dengan menggunakan peratus dan telah dijelaskan
dengan lebih terperinci. Dapatan daripada pemerhatian yang dijalankan telah dihuraikan secara
diskriptif.
3.8

Rumusan

Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian eksperimen. Sampel kajian adalah terdiri
daripada murid-murd Tahun 5 seramai 30 orang di SK Slim River, Slim River, Perak. Di antara
instrumen kajian yang digunakan adalah pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Data
32

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

dikumpulkan dan dianalisis dengan membandingkan keadaan sebelum dan selepas penggunaan
kaedah pembelajaran koperatif. Pengumpulan dan penganalisisan data harus dilaksanakan
dengan teratur dan sistematik supaya pengkaji mendapat maklumat yang tepat tentang kajiannya.
Dapatan daripada soal selidik dan ujian pos adalah sangat penting untuk menunjukkan sama ada
terdapat perbezaan prestasi dalam kalangan murid-murid ini.

33

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

BIBLIOGRAFI
Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah Dan Teknik. Kuala
Lumpur: Utusan Publication&Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan Karangan: Beberapa Proses Yang Harus. Dewan
Bahasa. Februari, 1 (2): 24-27.
Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis Membina Ketrampilan Berfikir. Pelita Bahasa. Julai,
18 (7): 12-14.
Ahmad Najdi. 2001. Keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa
Arab Tinggi Tingkatan Empat. Projek Sarjana Pendidikan. UniversitiKebangsaan Malaysia.
Awang Ideris Awang Daud. 2000. Pembelajaran kooperatif : Strategi alternatif pengajaranpembelajaran di peringkat pengajian tinggi.
Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2001.UKM 14-15 November Bahagian Pendidikan
Guru 2002. Pengurusan pembelajaran bestari. KementerianPendidikan Malaysia. Kuala Lumpur
Kamaruddin Tahir (2005). Kesan Strategi Koperatif Dalam Meningkatkan Tahap Pemahaman
Di kalangan Pelajar Tingkatan 1. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak
diterbitkan.
Khadijah Ahmad (2005). Keberkesanan Koperatif Dalam Kemahiran Menulis Bahasa Melayu
Di kalangan Pelajar Tingkatan 2. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak
diterbitkan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2003). Kementerian Pelajaran Malaysia.Lembaga Peperiksaan
Malaysia. (2008). Skema Pemarkahan Karangan Respons Terbuka.
Mahzan Arshad (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.
Marohaini Yusoff (2004). Perlakuan dan Proses Menulis Karangan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Penerbitan UM.
Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nawi Ismail (2002). Permasalahan Dalam Penyampaian Isi Karangan. Pelita Bahasa, Ogos, 14
(08): 44-45.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2003). Teori Bahasa: Implikasi terhadap pengajaran
tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.
34

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu Sedekad Yang Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Robiah Kulop Hamzah. (1999). Kemahiran Menulis: Pengalaman penulis. Bengkel Pedagogi
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: 6-8 Jun.
Roselan Baki (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publicatins Sdn. Bhd.
Ruslim Mohd. Salleh (2005). Kesan pembelajaran koperatif ke atas pencapaian pelajar
pendidikan mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Tingkatan 4 di sekolah dalam daerah Kulim.
Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.
Ramlah Ab Khalid. 2003. Penilaian pelaksanaan kaedah pembelajaran kooperatif disekolah
menengah. Penyelidikan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia

35

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
BORANG PEMERHATIAN
Pemerhatian dibuat ke atas pelajar-pelajar di bilik darjah dalam situasi pembelajaran biasa
sebelum kajian dilaksanakan untuk mengetahui ciri-ciri tingkahlaku terhadap pembelajaran.
Perkara

Nota Pemerhatian
Minat dan suka
Neutral
Tidak suka dan Benci

Pemerhatian tingkahlaku sebelum guru


masuk ke kelas
Pemerhatian tingkahlaku selepas guru masuk
ke kelas
Pemerhatian tingkahlaku bila ditanya soalan

Pemerhatian tingkahlaku bila diberi tugasan


di dalam kelas
Pemerhatian tingkahlaku bila diberi kerja
rumah

Pemerhatian tingkahlaku bila guru keluar


dari kelas setelah pengajarannya

CATATAN : ___________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
Diperhati Oleh :
Tarikh : _________________________________ Hari : ________________
36

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

LAMPIRAN 2
BORANG PEMERHATIAN
Pemerhatian dibuat ke atas pelajar-pelajar di bilik darjah dalam situasi pembelajaran kaedah
koperatif selepas kajian dilaksanakan untuk mengetahui ciri-ciri tingkahlaku terhadap
pembelajaran.

Perkara

Nota Pemerhatian
Minat dan Suka
Neutral
Tidak Suka dan Benci

Pemerhatian tingkahlaku sebelum guru


masuk kelas
Pemerhatian tingkahlaku semasa guru masuk
kelas
Pemerhatian tingkahlaku bila ditanya soalan

Pemerhatian tingkahlaku bila diberi tugasan


di dalam kelas
Pemerhatian tingkahlaku bila diberi kerja
rumah
Pemerhatian tingkahlaku bila guru keluar
dari kelas setelah pengajarannya

37

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

LAMPIRAN 3
Maklumat Latarbelakang Pelajar.

Sila tuliskan segala maklumat yang diminta di ruang yang disediakan dan jawab soalan-soalan di
bawah.

Nama : _________________________________________________
Tahun : _________________________________________________
Jantina : ________________________________________________
Bangsa : _________________________________________________
Umur : _________________________________________________
Keputusan PKSR 1 dalam bahasa Melayu : __________________________________ Pekerjaan
Bapa : __________________________________
Pekerjaan Ibu : __________________________________
1.

Adakah kamu minat terhadap mata pelajaran bahasa Melayu?


A. Ya

B. Tidak

Siapakah yang akan memberikan sokongan dan galakan terhadap pembelajaran


kamu?
A. Ibu bapa

3.

B. Guru mata pelajaran

C. Rakan

D. Diri sendiri

Adakah kamu mengulangkaji bahasa Melayu di rumah setiap hari?


A. Ya

B. Tidak

C.

Jarang

38

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

LAMPIRAN 4
UJIAN PRA
Nama : _________________________________________________

Bahagian B
[ Masa yang dicadangkan : 40 minit] [ 30 markah ]
Arahan soalan : Pilih dan jawab satu soalan sahaja 1.

1.

Kawasan perumahan kamu mengalami pencemaran baru yang disebabkan oleh


longgokan sampah yang tidak dikutip. Kamu diamanahkan untuk menulis sepucuk surat
kepada pihak yang berkenaan.Tulis surat selengkapnya.

2.

Kamu turut serta dalam lawatan muhibbah ke sebuah sekolah. Tuliskan laporan hasil
lawatan kamu itu.

39

NORZAILA MUHAMMAD YUSOF / D20111049740

LAMPIRAN 5
UJIAN POS
Nama :___________________________________________________

Bahagian B
[ Masa yang dicadangkan : 40 minit] [ 30 markah ]
Arahan soalan: Pilih dan jawab satu soalan sahaja.

1.

Kamu tidak dapat hadir ke sekolah beberapa hari kerana ada hal yang tidak dapat
dielakkan. Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar menerangkan perkara berkenaan.

2.

Kamu mengikuti lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah.


Tuliskan laporan mengenainya.

40

Anda mungkin juga menyukai