Anda di halaman 1dari 5

FAKULTI KEMANUSIAN SENI DAN WARISAN

GERAKAN TAJDID DAN ISLAH DUNIA ISLAM (AJ31203)

NAMA PENSYARAH:

EN. MOHAMAD SHAUKI B. MOHD RAZI

SOALAN 2:

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEWUJUDAN GERAKAN-GERAKAN

TAJDID DAN ISLAH DI DUNIA ISLAM.

NAMA PEMBENTANG;

MUHAMMAD RUSLI BIN HASIN


SYED ABDUL HADI SAYED AHMAD
SARIMAH BINTI ISMAIL

PENGENALAN
Istilah kebangkitan Islam dikenali sebagai Islamic Resurrection, Reassertion atau
penegasan kembali, Revivalism atau berupaya menghidupkan kembali, serta
pembaharuan dan neo-fundamentalism ataupun kebangunan kembali.
Kebangkitan dalam konteks Islam mempunyai konotasi yang pelbagai iaitu
pembaharuan, pembangunan, pemodenan, pembaikan, pembinaan, pemulihan,
reformasi dan inovasi.
Kebangkitan Islam amat signifikan dalam usaha untuk mengembalikan roh atau
praktis Islam kepada landasan yang asal.
Kebangkitan Islam (al-tajdid al-islami) merupakan satu konsep yang merujuk
kepada usaha-usaha yang bertujuan memulihkan kembali semangat iman,
pemikiran dan fikih, serta gerakan (harakah) dan jihad untuk kembali kepada
ajaran sebenar Islam yang asal.
Oleh itu, kebangkitan ini dapatlah diringkaskan sebagai salah satu usaha untuk
mengembalikan kesedaran dan peringatan selepas bangkit dari belenggu
kealpaan.

FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN GERAKAN TAJDID DAN ISLAH

FAKTOR-FAKTOR DALAMAN

1. Kewujudan sikap jahil dalam masyarakat Islam


Jahil dari sudut pengetahuan agama (rohani) bukan fizikal atau material
Kurang memahami hakikat agama Islam itu sendiri.
Cenderung difahami sebatas dengan ibadah-ibadah ritual sahaja.
Permasalahan diluar hal tersebut dianggap bukan sebahagian dari Islam.
Contohnya: Masyarakat Badwi dan Turki.

2. Kejumudan
Jumud (stagnate) kerana nilai tradisi yang sebati dalam diri mereka
Salah konsep berkaitan nilai dan ajaran agama Islam
Terlalu bergantung dengan pemerintah dan hanya menurut sahaja pada masa
tersebut
Tidak dapat menerima pembaharuan yang dibawa oleh para Mujahid.

3. Amalan-amalan khurafat dan Bidaah


Suatu amalan yang tidak ada asas langsung dalam Islam
Syirik berkait rapat dengan amalan atau budaya sebelum Islam
Setiap gerakan berhadapan dengan amalan khurafat.
Semasa Era Rasulullah banyak amalan khurafat dalam kalangan masyarakat
Islam pada ketika itu.
Contohnya Amalan Bertawasul (perantara) yang membawa kepada amalan
penyembahan kubur.

FAKTOR - FAKTOR LUARAN


1. Peranan Tokoh Tokoh Islam
Gerakan tajdid di dunia Islam juga di cetuskan oleh peranan tokoh-tokoh Islam
yang menjalankan dakwahnya- misalnya tokoh tersebut sanggup berhijrah ke
dunia luar untuk menyebarkan pemikiran dan ilmu Islam dengan lebih luas.
Keadaan ini dapat dilihat dari peranan Al Maududi yang menyebarkan
pemikirannya kepada dunia islam lain melalui pelbagai penulisanya.
Al Maududi digelar sebagai ulama Mujaddid aktif dalam penulisan iaitu berkerja
di akbar Muslim Jamaat i ulama-i-hind.
Tokoh terkenal seperti Muhammad Abduh juga merupakan salah satu reformis
kepada gerakan tajdid.
Antara Pembaharuan beliau ialah menyeru umat Islam kembali kepada agama
islam yang asli serta menolak amalan taklid, menyarankan supaya bidang
bidang fardu kifayah seperti matematik, sains, falsafah dan geografi
dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah/unversiti.
Beliau turut menghasilkan Karya karya seperti Al Tauhid , Tafsir Juz Amma
dan Al Tahrir Fi Islah Al Mahakim As Syariah.

2. Penjajahan.
Melalui ini, penjajah akan cuba untuk membawa pemikiran yang mengasingkan
agama dan dunia. Hal ini telah mendorong kepada kemunculan gerakan tajdid
dan islah.
Sebagai contohnya, fahaman sekularisme, liberalisme, modernisme dan
humanisme.
Hal ini berpunca daripada pengeksploitasian agama yang berlaku di Eropah
yang membawa kepada penguasaan pihak gereja.
Penggunaan sistem yang bercorak Barat dalam aspek pentadbiran, pendidikan,
sosial dan lain lain lagi tanpa disesuaikan dengan agama Islam dan keadaan
setempat.
Dalam menghadapi pengaruh kebudayaan Barat umat Islam berpecah kepada
dua kelompok yakni umat Islam modernis dan umat Islam tradisional.
Kelompok modernis diwakili oleh gerakan Muhammadiyah , manakala
kelompok tradisional pula diwakili oleh Nahdlatul Ulama. ( Gerakan tradisional
Islam )
Gerakan Muhammadiyah ini ditubuhkan sebagai reaksi terhadap politik
pemerintah Belanda pada ketika itu yang berusaha untuk mempengaruhi
masyarakat Indonesia.
Bagi mengimbangi strategi yang dimainkan oleh gerakan mubaligh Kristian,
gerakan Muhammadiyah ini turut membina sekolah sekolah yang berkualiti,
klinik, rumah kebajikan serta menerbitkan majalah dan buku

3. Ideologi dan pendidikan luar.


Pelbagai ilmu moden dan sains telah menyetuskan kesedaran kepada umat
Islam bahawa ilmu dan pendidikan adalah penting.
Keadaan ini dapat dilihat apabila penagruh ilmu sains telah digunakan dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan agama islam itu sendiri. Misalnya di
Indonesia sejarah Muhammadiyyah dengan pengasasnya telah menggunakan
ilmu sains iaitu falaq untuk membetulkan arah kiblat di semua masjid di Jawa
tengah ketika itu, termasuk masjid agungnya.
Dari aspek negatifnya pula kebangkitan ini kerana munculnya ideology barat
yang amat bertentangan dengan Islam-mislanya kapitalisme, sekulerisme,
komunisme dan lain-lain.
Ideologi dan pendidikan luar yang dilihat sebagai sebilangan intektual Islam
perlu diguna pakai selagi ianya tidak melanggar hukum-hukum Islam turut
menjadi faktor kemunculan gerakan Islam.

4. Peranan kewartawaan/media cetak


Pengaruh media cetak juga turut memainkan peranan yang penting kerana ia
adalah satu wadah kepada proses tersebut.
Misalnya keadaan ini dapat dilihat pelbagai buku-buku dan risalah berkaitan
dengan semangat kebangkitan telah dicetak dan disebarkan keseluruh dunia
sebagai medium pembaharuan.
Misalnya majalah al-manar yang diterbitkan di Mesir telah tersebar luas di dunia
Islam bahkan di Asia Tenggara.
Karya Jamaluddin Al-Afghani terbitkan majalah Al-Urwah Al-Wutsqa di Paris dan
majalah Dyiya Al-Khofiqin di London serta ar-radduala Ad-dahriyin- ia telah
menjadi teladan oleh Muhammad Basya untuk menulis bukunya iaitu khotiratu
Jamaluddin Al-Afghani.
Pelbagai karya tulisan tokoh Islam tersohor telah dijadikan panduan didalam
idea-idea tajdid dan Islam-misalnya di Tanah Melayu dan Indonesia telah
mengambil idea Muhammad Abduh dan Afghani untuk membuka kejumudan
pemikiran masyarakat setempat.

KESIMPULAN

Konklusinya, kebangkitan Islam merupakan salah satu konsep yang merujuk


kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh golongan-golongan yang lebih dikenali
sebagai mujaddid dalam usaha untuk memurnikan ajaran Islam yang menuntut
ke arah pelaksanaan ijtihad berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah berbanding
semata-mata mengikuti pandangan generasi-generasi yang terdahulu

Kebangkitan Islam juga turut tercetus apabila berlaku penindasan, penafian hak,
diskriminasi dan pelbagai faktor-faktor yang lain samada dalam aspek politik,
sosial dan ekonomi.

RUJUKAN

Adams, Charles. C. 2010. Islam and Modernism: A Study of the Modern Reform
Movement Inaugurated by Muhammad Abduh. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

Kamarul Azmi Jasmi. 2007 . Pembaharuan dalam Dunia Islam. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia

Prof. Dr. Simuh. 2003. Islam dan Pergumulan Budaya. Jakarta: Teraju.

Ricklefs, M.C. 2012. Islamisation and Its Opponents in Java. Singapore: National
University of Singapore.

Saiful Muzani. 1993. Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Jakarta:
Pustaka LP3ES.

Anda mungkin juga menyukai