Anda di halaman 1dari 11

KURSUS: GGGE6663

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER

SEMESTER 2 SESI PENGAJIAN 2017/2018

TAJUK KERTAS KONSEP:


PENGGUNAAN WHATSAPP DAN TELEGRAM DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENSYARAH:
DR. FARIZA KHALID

DISEDIAKAN OLEH:
AMIE DORIS DORIN (GP06653)
EVELYN BANU (GP06694)
LUCY AK TAMBI (GP06645)
SIM PIK YUN (GP06907)
TEO LING (GP06681)
ABSTRAK

Terdapat banyak aplikasi pesanan mudah alih yang boleh didapati kini yang membolehkan
orang ramai berkomunikasi dengan rakan dalam bentuk dengan teks, panggilan telefon,
video, berkongsi fail dalam kumpulan atau individu. Penggunaan aplikasi ini bukan sahaja di
tempat kerja sesebuah organisasi malah juga semakin meningkat penggunaannya dalam
kalangan guru dan murid. Whatsapp dan Telegram merupakan aplikasi yang sering
digunakan untuk perbualan dan perbincangan. Salah satu ciri unik aplikasi Whatsapp dan
Telegram dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah keupayaannya untuk
meningkatkan komunikasi dalam satu kumpulan. Penggunaan pemesejan segera ini dapat
meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran dengan membuat perbincangan dengan
lebih cepat, lebih mudah, dan lebih cekap dengan kos yang rendah. Aplikasi pesanan segera
mudah alih atau instant messaging (IM) mempunyai potensi untuk meningkatkan dan
memudahkan komunikasi antara guru dan pelajar. Dengan itu dapat menjana dan
meningkatkan peluang pembelajaran (Lewis Raiman, 2017). Kertas ini akan membincangkan
kelebihan penggunaan IM dalam pengajaran dan pembelajaran dan beberapa isu penggunaan
aplikasi ini.

1.0 PENGENALAN

Penggunaan aplikasi pesanan segera mudah alih atau instant messaging (IM) seperti
WhatsApp dan Telegram merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa
ini. Menurut laporan The Wall Street Journal pada April 2015, WhatsApp mengumumkan
bahawa ia telah mencapai 800 juta pengguna (Utusan Online, 2015). Akses yang mudah
kepada aplikasi ini membolehkan ia digunakan bukan sahaja sebagai alat media sosial tetapi
boleh juga digunakan dalam bidang pendidikan.
Penggunaan IM merupakan kaedah yang menggunakan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini dapat menyokong hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia yang ingin meningkatkan penggunaan teknologi di kalangan guru dan pelajar.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk menyediakan persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi menggalakkan penggunaan teknologi.
(Mohd. Deni, Zainal dan Malakolunthu 2013).

Penggunaan IM tidak memerlukan kos yang tinggi. Menurut Syed Lamsar (2017),
aplikasi telefon pintar iaitu WhatsApp dan Telegram menawarkan alternatif untuk
meningkatkan kualiti pendidikan. Berbanding dengan teknologi yang lain, aplikasi untuk IM
seperti WhatsApp dan Telegram boleh dimuat turun dalam telefon pintar. Penggunaan telefon
pintar secara meluas memudahkan IM dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu,
perkongsian maklumat dan perbincangan dapat dilakukan dengan secara cepat. Ini juga dapat
menjimatkan masa kerana perbincangan tidak perlu dilakukan secara bersemuka.

2.0 INSTANT MESSAGING (IM)


Menurut Simon So (2016), Instant messaging (IM) can be classified as quasi-synchronous
communication. IM apps allow interlocutors to exchange short typed-texts anywhere across
the globe. IM merupakan aplikasi yang biasa digunakan dengan ramai penggunanya di
seluruh dunia dan pelbagai golongan. Kos penghantaran dan penerimaan mesej adalah
percuma jika berbanding dengan pesanan khidmat ringkas (SMS). Menurut Simon So (2016)
lagi, modern IM apps can support multimedia data and hyperlinks. IM ini membawa
kebaikan dan kemudahan kerana pengguna kerana ia membenarkan komunikasi secara
berkumpulan dan membantu membina persekitaran rangkaian sosial yang lebih dekat untuk
pengguna (Vrocharidou & Efthymiou, 2012). Dengan ini, IM berperanan untuk memberi
peluang pembelajaran dalam dunia pendidikan kerana IM merupakan alat yang
menggalakkan komunikasi dan perbincangan dalam kalangan pelajar. Interaksi formal dan
tidak formal yang disepadukan dengan alat IM dalam persekitaran pembelajaran dalam talian
boleh memberi kesan positif kepada pembelajaran (Contreras-Castillo, Perez-Fragoso, &
Favela, 2006; Hrastinski, 2006; Jeong, 2007).

2.1 WhatsApp
WhatsApp merupakan aplikasi yang sangat popular dalam kalangan pelbagai golongan
termasuk pekerja, remaja, orang dewasa untuk tujuan tertentu sama ada tujuan pekerjaan,
pendidikan, atau peribadi. Baru-baru ini, WhatsApp telah menjadi aplikasi yang paling
popular dengan lebih daripada 1 bilion orang pengguna (Tole Suktino, 2017). WhatsApp
boleh dipertimbangkan sebagai alat rangkaian sosial. Tujuan utama penggunaan Whatsaap
adalah menggantikan SMS kerana caj perkhidmatan yang bebas dengan menggunakan
internet. Pengguna boleh menghantar mesej, video, audio, dokumen, link, dan gambar kepada
individu yang lain atau dalam perbualan secara kumpulan. Dalam dunia pendidikan, fungsi
yang ditawarkan oleh WhatsApp berpeluang untuk menjadikannya sebagai pedagogi (Conole
& Alevizou, 2010). Dengan menggunakan ciri khas yang ditawarkan oleh WhatsApp,
pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan untuk membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan
(Beetham & Sharpe, 2013). Guru dapat menghantar maklumat penting, nota ringkasan,
pelbagai gambar dan video sebagai rujukan untuk berkongsi dengan pelajar bagi
menggalakkan pembelajaran dalam kalangan pelajar,

2.2 Telegram
Telegram adalah salah satu aplikasi IM yang popular. Penggunaan perkhidmatan ini adalah
tanpa bayaran dengan sambungan dengan internet. Menurut Tole Sutikno (2017), It is
completely free service without any payments, it also offers ads-free environment with a
clean and fast interface. Telegram telah dimulakan pada bulan Ogos 2013 oleh usahawan
kelahiran Rusia, iaitu Pavel Durov. Telegram telah mendapat status populariti bahawa ia
menjadi aplikasi IM yang paling banyak dimuat turun. Telegram mudah digunakan dan
mendaftar serta mempunyai banyak persamaan dengan WhatsApp. Pengguna yang telah
memuat turun aplikasi ini dapat menghantar mesj kepada rakan-rakan yang dalam senarai
kenalan yang ada dalam telefon mudah alih di mana kawannya juga merupakan pengguna
Telegram. Telegram mempunyai lebih banyak tawaran. Mana-mana pengguna boleh
menukarkan nama pengguna sebagai ID yang unik di Telegram. Dengan ini membolehkan
orang lain yang mengetahui nama pengguna ini untuk terus menghubungi tanpa perlu
mengetahui nombor telefon. Selain itu, privasi pengguna akan dilindungi kerana nombor
telefon tidak akan diketahui oleh pengguna lain jika hanya nama pengguna dilekatkan. Di
samping itu, arkib komunikasi disimpan membolehkan pengguna tidak perlu bimbang
terhadap kehilangan perbualan mereka selepas menukar telefon (Tole Sutikno, 2017).

3.0 WHATSAPP DAN TELEGRAM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Penggunaan WhatsApp dan Telegram dalam pengajaran dan pembelajaran adalah efektif.
Kajian yang dijalankan oleh Khairah, Saedah dan Muhammad Faizal (2017), mendapati
penggunaan instant messaging adalah perlu untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Kenyataan ini disokong oleh Rambe & Bere
(2013), mereka menyatakan bahawa penggunaan instant messaging dianggap sebagai satu
kaedah interaksi yang baharu di antara guru dan pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dapat meningkatkan prestasi pelajar. Kajian oleh Syed Lamsah (2017),
menunjukkan pengajaran melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram berpotensi untuk
meningkatkan kemampuan pelajar menguasai hasil pembelajaran.
Penggunaan instant messaging menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sesuai kerana telefon pintar mampu dimiliki oleh
ramai orang. Keadah pengajaran dan pembelajaran ini tidak memerlukan kos yang tinggi.
Pelajar juga boleh mengakses maklumat bila-bila masa di mana-mana sahaja (Saedah Siraj,
2004). Interaksi di antara guru dan pelajar membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih bermakna dan membina. Komunikasi yang berkesan akan berlaku kerana
perbincangan tentang sesuatu topik pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila masa dengan
tidak perlu bersemuka.
WhatsApp dan Telegram menyokong pendekatan Pembelajaran mudahalih (M-
pembelajaran). M-pembelajaran hendaklah dilaksanakan melalui pembelajaran teradun
(blended learning) bersama kuliah dan perbincangan secara bersemuka. untuk melengkapkan
aktiviti pembelajaran (Chokri, 2010). Menurut Syed Lamsah (2017), para pelajar mempunyai
perspektif positif terhadap M-pembelajaran. Pelajar menunjukkan minat terhadap platform
pembelajaran ini. Maka dengan adanya penggunaan aplikasi seperti WhatsApp dan
Telegram, memudahkan pelajar akses kepada M-pembelajaran. Selain pelajar, guru atau
tenaga pengajar juga mendapati WhatsApp dan Telegram memberi manfaat kepada proses
pengajaran. Dapatan kajian oleh Khairah, Saedah dan Muhammad Faizal (2017),
menunjukkan bahawa pensyarah adalah positif dalam sikap mereka terhadap menggunakan
aplikasi instant messaging dalam pengajaran. Mereka mendapati bahawa penggunaan
aplikasi instant messaging dalam pengajaran adalah lebih menarik berbanding dengan
pendekatan lain.
Penggunaan WhatsApp dan Telegram dalam pembelajaran mampu meningkatkan
pengetahuan melalui pembelajaran kolaboratif. Kajian menunjukkan kelebihan aplikasi
instant messaging dalam memupuk perkongsian pengetahuan dan meningkatkan sokongan
berasaskan rakan sebaya samada dalam pendidikan atau dalam kelompok masyarakat
(Chipunza, 2013). Dengan pelbagai fungsi dan kelebihan aplikasi instant messaging ini, ia
dilihat dapat menawarkan pembelajaran kolaboratif yang aktif dalam kalangan pengguna.
Selain mesej berteks, pengguna boleh menghantar imej-imej, video, dan juga mesej beraudio
kepada pengguna lain yang berada di dalam kumpulannya. Gabungan fungsi dan ciri-ciri
istimewa ini dilihat sebagai satu medium baru yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran
kolaboratif.
4.0 KELEBIHAN PENGGUNAAN WHATSAPP DAN TELEGRAM
Penggunaan aplikasi WhatsApp dan Telegram dalam pembelajaran banyak memberikan
impak positif terutama dari segi hubungan komunikasi dua hala serta perkongsian jaringan
maklumat antara tenaga pengajar dan pelajar. Lewis Raiman, Antbring R. & Asad Mahmood
(2017) dalam kajian mereka mendapati beberapa kebaikan penggunaan aplikasi WhatsApp.
Selain dapat memperlihatkan peningkatan dari segi kemahiran komunikasi dan pemahaman
sesuatu topik yang dipelajari, ia adalah mesra pengguna dan mampu untuk membolehkan
pelajar saling berkongsi sumber pembelajaran secara elektronik dan dijadikan sebagai bahan
rujukan yang mudah dan cepat diakses (Bouhnik D. & Deshen M., 2014) mengikut
kesesuaian pelajar. Jika digunakan dengan sebaiknya bagi tujuan ilmiah, ia mampu
menambah baik penyebaran dan perkongsian maklumat yang lebih berkesan (Noor Azuan
Hashim et al., 2015). Penggunaan aplikasi Telegram yang lebih sinonim dengan aplikasi
yang lebih mesra pengguna berbanding aplikasi WhatsApp disebabkan ciri kemudahan untuk
mengakses aplikasi ini melalui komputer yang tidak terdapat pada aplikasi WhatsApp
menjadikan Telegram sebagai alternatif kepada medium pembelajaran yang lebih efisien. Ciri
Telegram yang lebih fleksibel (Zanaton H. Iksan & Sumaiyah Mohd. Saufian, 2017)
membolehkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran di luar kelas (Bouhnik D. & Deshen M.,
2014) walaupun di mana mereka berada di samping menyediakan ruang untuk pelajar
menyalurkan buah fikiran atau pendapat secara spontan. Kenyataan ini turut disokong oleh
Graham J. B. (2013) yang menambah bahawa kaedah menghantar teks secara elektronik
adalah bentuk komunikasi pilihan paling digemari kerana ia paling mudah dan cepat.
Tidak dinafikan aplikasi WhatsApp dan Telegram berupaya meningkatkan penguasaan
(Lewis Raiman, Antbring R. & Asad Mahmood, 2017) dan keyakinan pelajar (Syed Lamsah
Syed Chear, 2017) secara menyeluruh. Bagi pelajar yang kurang berkeyakinan, kaedah ini
merupakan satu platform yang berguna untuk menjangkau batasan komunikasi dari segi
mendapatkan bantuan rakan sebaya (Graham J. B., 2013) bagi menyelesaikan masalah
berkaitan kerja rumah atau berhubung dengan rakan lain tanpa rasa rendah diri yang biasa
dihadapi ketika berkomunikasi secara bersemuka. Bouhnik D. & Deshen M. (2014) dalam
kajiannya terhadap kebaikan penggunaan aplikasi WhatsApp dari sudut pendidikan mengulas
bahawa komunikasi secara teks yang dihantar oleh pelajar berupaya memberi gambaran awal
kepada tenaga pengajar untuk mengenali pelajar secara lebih mendalam. Guru dapat lebih
memahami kehendak pelajar, seterusnya memilih kaedah yang sesuai untuk membantu para
pelajar serta mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar. Mereka juga menyatakan
bahawa kewujudan kumpulan dalam aplikasi sedikit sebanyak turut menyumbang kepada
aura atau suasana positif di dalam kelas. Interaksi sosial secara tidak langsung dipengaruhi
oleh kehadiran sosial seseorang pelajar dalam talian seperti yang diutarakan oleh Fatin
Fatimah Manap, Fariza Khalid & Aidah Abdul Karim (2017) sekaligus menggalakkan
pembelajaran bermakna berlaku.

5.0 PERBINCANGAN
Tidak dapat dinafikan bahawa mesej segera iaitu WhatsAap dan Telegram merupakan
aplikasi yang dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini juga sesuai dengan kaedah pengajaran yang melibatkan semua pelajar
secara aktif yang amat dititikberatkan dalam pendidikan abad ke-21. Pengajaran melalui
aplikasi WhatsApp dan Telegram berpotensi untuk meningkatkan kemampuan pelajar
menguasai hasil pembelajaran (Syed Lamsah Syed Chear, 2017). Kajian yang telah
dijalankan oleh Lewis Raiman (2017) juga menjelaskan kebanyakan pelajar berpendapat
bahawa penggunaan mesej segera ini menyediakan satu platform kepada mereka untuk
berkongsi hasil pembelajaran dan sumber-sumber yang ada, ia juga memupuk pendekatan
kolaboratif dalam proses pembelajaran. Penggunaan mesej segera dalam pengajaran dapat
meningkatkan interaksi, komunikasi dan kerjasama; penjanaan pengetahuan serta fleksibel
dan mudah digunakan (Ashraf & Kamaljit 2011; Oluwafisayo 2010).

Namun, adakah penggunaan mesej segera ini sesuai untuk para pelajar dan guru?
Terdapat beberapa masalah atau halangan yang menjadi isu dalam penggunaan WhatsApp
dan Telegram. Antara salah satu halangan atau masalah adalah tidak semua pelajar
mempunyai Telefon bimbit canggih untuk menggunakan aplikasi ini. Sekiranya sebuah kelas
yang menghadapi masalah ini, guru-guru diwajibkan untuk berhubung dengan murid-murid
melalui cara lain, biasanya melalui mesej teks biasa. Selain itu, sesetengah guru dilaporkan
telah dibanjiri oleh terlalu banyak mesej, dengan cara yang dibebani terutamanya apabila
mereka mempunyai lebih daripada satu kumpulan (Bouhnik & Deshen, 2014). Terdapat juga
guru-guru yang sering diganggu apabila mesej yang dihantar pada waktu malam. Di samping
itu, pelajar cenderung menggunakan bahasa kurang formal dan hal ini memberi impak yang
negatif tehadap cara penutur antara guru dan pelajar. Guru pula cenderung membetulkan
kesilapan atau pilihan frasa yang tidak sesuai yang digunapakai oleh pelajar (Bouhnik &
Deshen, 2014). Penggunaan aplikasi digital ini telah mendorong para guru untuk
memikirkan cara penggunaan yang sewajarnya antara guru dan pelajar.
Walau bagaimanapun, semua pihak perlu menyedari bahawa penggunaan aplikasi
tersebut tidak akan menjaminkan kebaikan kepada pembelajaran. Ia hanya akan berfaedah
sekiranya digunakan dengan kaedah dan strategi yang berkesan serta mempunyai matlamat
yang jelas (Ramayah & Jason 2012). Para pendidik perlu mengenal pasti masalah-masalah
atau cabaran yang akan ditemui sebelum menggunakan IM dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi menggelakkan masalah yang tidak diingini. Para pendidik perlu berhati-
hati dan membimbing pelajarnya apabila menggunakan WhatsApp dan Telegram kerana sesi
komunikasi yang tidak terkawal boleh menjejaskan emosi pelajar dan prestasi akademik
(Bouhnik & Deshen 2014; Johnson & George 2014).

6.0 CADANGAN

Setiap pihak perlu menyedari dan menggunakan aplikasi ini dengan kaedah dan strategi yang
berkesan serta menetapkan matlamat yang jelas sebelum mengapliaksikannya. Semua pihak
terutamanya guru perlu memastikan sistem, pembekalan maklumat dan perkhidmatan yang
berkualiti. Rangkaian media sosial dikatakan mampu memecahkan pemikiran pelajar
menjangkaui batasan bilik darjah sehingga ke suatu tahap yang bersifat global (Deo &
Hassan 2014). Ketidaksediaan pelajar untuk terlibat dengan M-pembelajaran (Ng et al. 2015)
adalah disebabkan nilai budaya yang diwarisi dan ia diperhatikan di kebanyakan IPT
Malaysia (Hazwani & Dalbir 2016). Staf akademik disaran memainkan peranan membimbing
pelajar dengan terlebih dahulu menguasai teknologi bagi membangunkan pedagogi
pengajaran yang sesuai(Anshu & Ashish 2017). Perbincangan dalam kumpulan menjadi
tarikan kepada anak-anak muda untuk sentiasa peka dengan setiap permasalahan tanpa
mengira lokasi dan masa. Namun begitu untuk merealisasikan penggunaan WhatsApp dan
Telegram ini tidak hanya terhad kepada pelajar di bandar malahan pelajar di luar bandar.
Oleh dengan itu capaian jaringan sesawang, kelajuan tahap capaian patut diambil kira kerana
capaian ini merupakan kekangan terhebat bagi pelajar luar bandar.

7.0 KESIMPULAN

Pengaji terdahulu melaporkan terdapat pelbagai faktor yang perlu diberi pehatian untuk
menjayakan M-pembelajaran (Issham et al. 2016). Kajian ini memberi petunjuk bahawa M-
pembelajaran mampu meningkatkan keyakinan pelajar untuk menguasai objektif
pembelajaran. Jika pelajar lebih tertarik kepada Facebook berbanding portal e- pembelajaran
(Tze 2014), maka WhatsApp dan Telegram juga mampu dijadikan platform untuk
pembelajaran. Penggunaan aplikasi teknologi Web 2.0 seperti Blog, wiki, Youtube, sosial
bookmark, podcast, webcast, Facebook, Myspace, Flickr, Twitter, Skype dan seumpamanya
dalam pengajaran dapat meningkatkan interaksi, komunikasi dan kerjasama; penjanaan
pengetahuan serta fleksibel dan mudah digunakan (Ashraf & Kamaljit 2011; Oluwafisayo
2010).
RUJUKAN

Ashraf, D. & Kamaljit, I. L. 2011.The impact of the new web 2.0 technologies in
communication, development and revolutionsof societies.Journal of Advances in
Information Technology, 2 (4): 204-216.

Anshu, M. & Aishah, K.A. 2017. Mobile learning: Readiness and perceptions of teachers of
Open Universities of Commonwealth Asia. Journal of Learning for Development, 4
(1): 58-71.

Beetham, H., & Sharpe, R. 2013. Rethinking pedagogy for a digital age: Designing for 21st
century learning. Routledge.

Bouhnik, D. & Deshen, M. 2014. WhatsApp goes to school: Mobile instant messaging
between teachers and students. Journal of Information Technology Education:
Research, 13: 217-231.

Contreras-Castillo, J., Pérez-Fragoso, C., & Favela, J. 2006. Assessing the use of instant
messaging in online environments. Interactive Learning Environments, 14(3):205–218.

Graham J. B. 2013. Impacts of Text Messaging on Adolescents’ Communication Skills:


School Social Workers’ Perceptions. Master of Social Work Clinical Research
Papers. St. Catherine University, Minnesota.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2011. Dasar e-pembelajaran negara: Institusi


pengajian tinggi. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Khairah @ Asma’a Baharun, Saedah Siraj & Muhammad Faizal A. Ghani. 2017. Aplikasi
pesanan Segera mudah alih (Mobile Instant Messaging) dalam pembelajaran
kolaboratif: Satu tinjauan analisis keperluan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 4:35-
49.

Lewis Raiman, Antbring R. & Asad Mahmood. 2017. WhatsApp messenger as a tool to
supplement medical education for medical students on clinical attachment. BMC
Medical Education (2017) 17:7.

Noor Azuan Hashim et al. 2015. Whatsapp Messenger Application among Business Students
in Malaysia - An Exploration. Jurnal Personalia Pelajar 18 (2)(2015): 128 - 139.

Ramayah T. & Jason W.C.L. 2012.System characteristics, satisfaction and e-learning usage: a
structural equation model (SEM).The Turkish Online Journal of Educational
Technology, 11 (2): 196-206.

Rubiah Omar & Jamilah Ahmad. 2009. Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-
pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1): 155-
172.
Syed Lamsah Syed Chear. 2017. Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Aplikasi Whatsapp
dan Telegram di Universiti Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(2) (2017): In
Press (Pratatapan).

Shamsul Arrieya Ariffin. 2011. Mobile learning in the institution of higher learning for
Malaysia students: Culture perspectives. Proceeding of the International Conference
on Advanced Science, Engineering and Information Technology 2011, hlm. 283-288.

Tole Sutikno , Lina Handayani , Deris Stiawan et al. 2017. WhatsApp, Viber and Telegram:
which is the Best for Instant Messaging? International Journal of Electrical and
Computer Engineering (IJECE) 6(3): 909-914.

Tze, Y.S., Dewika, N., & Devandran, A. 2014. Improving students engagement through
social media: A case study of a private university in Malaysia using facebook.
International Journal of e-Education, e-Business, e-Management and e-Learning, 4
(6): 396-409.

Zanaton H. Iksan & Sumaiyah Mohd. Saufian. 2017. Mobile Learning: Innovation In
Teaching And Learning Using Telegram. International Journal Of Pedagogy and
Teacher Education (IJPTE) 1(1).

Anda mungkin juga menyukai