Anda di halaman 1dari 42

EDUP3043

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
Pendahuluan
Doyle (1986) berkata bahawa bilik darjah
adalah tempat yang kompleks dan sibuk
serta mempunyai ciri-ciri yang khusus
yang boleh mempengaruhi murid dalam
bilik darjah tersebut. Antara ciri-ciri yang
dimaksudkan adalah sepeetiberikut :
1. Pelbagai dimensi
2. Serentak
3. Segera
4. Sukar diramal
5. Umum
• Guru perlu memperlengkapkan diri
mereka dengan segala kemahiran dan
pengetahuan dalam mengurus bilik
darjah, agar murid-murid mendapat
ilmu yang sepatutnya dan sekaligus
mencapai objektif pembelajaran.
Guru displin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Seri Kota Puteri, Suraya Abdul Rahim, 38, sanggup
memberi perlindungan dan menjaga pelajar yang
berasal dari keluarga kurang bernasib baik di
kediaman keluarganya di Taman Johor Jaya di sini.
Suraya Abdul Rahim, 38, menerima anugerah berkenaan atas usahanya membantu Farah
Marcella Bandi yang beberapa kali digantung sekolah, sehingga berjaya mendapat keputusan
6A, 1B+ dan 1C+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.

Farah sering ponteng kelas dan tidak hadir peperiksaan sejak masuk ke sekolah itu ketika
Tingkatan 3.

Apabila Farah tidak muncul pada peperiksaan percubaan SPM, Suraya memutuskan untuk pergi
ke rumahnya.

"Ketika itulah saya mendapati dia tinggal di sebuah bilik kecil yang disewa bersama ibu dan lima
adik-beradik.

"Sebelum ini, mereka 'berteduh' dan tidur di bawah kaunter juruwang di pusat snuker tempat
ibunya bekerja," kata Suraya ketika ditemui selepas majlis anugerah itu di sini, Isnin.

Walaupun mendapat bantahan daripada rakan sejawat dan kawan yang lain, Suraya tetap
membawa Farah ke rumahnya bagi memberikan persekitaran yang lebih kondusif sebagai
persediaan untuk pelajar berkenaan mengambil SPM.

Beliau melakukan demikian kerana melihat potensi yang ada pada Farah. Dalam tempoh dua
bulan, Suraya memantau aktiviti Farah, memastikan beliau pergi ke sekolah, menyiapkan kerja
rumah dan mengulangkaji pelajaran.

"Alhamdulillah semua usahanya membuahkan hasil. Apabila mendapat keputusan peperiksaan,


kami saling berpelukan dan menangis kegembiraan.
"Saya gembira kerana saya tidak pernah berputus asa dengan dirinya," katanya.

"Sayang sekali jika dirinya dibiarkan kerana walaupun berdepan banyak kesusahan, dia sangat
bijak, sopan dan tidak pernah bercakap buruk mengenai ibunya," kata Suraya, yang turut
mengambil Farah sebagai anak angkatnya.

Suraya telah mengajar selama 13 tahun dan mempunyai empat anak sendiri, kesemuanya
perempuan.

Beliau sering menasihatkan anak-anaknya supaya mencontohi Farah, yang telah membuktikan
segalanya mampu dicapai dengan usaha dan pemikiran yang betul.

Farah, yang kini masih tinggal dengannya telah menerima tawaran biasiswa penuh daripada
Kementerian Pendidikan dan beberapa universiti swasta dan kini sedang membuat
pertimbangan.

Ketika nasib Farah mula diketengahkan dan kisahnya menjadi tular, beliau menerima banyak
perhatian.

Beliau mula bekerja pada usia 14 tahun untuk membantu keluarganya, selepas ditinggalkan
bapanya beberapa tahun yang lalu.

Apabila Farah berada di Tingkatan 2, beliau membantu rakannya berniaga di pasar malam di
sini. 
Anda kenal siapa beliau?
Diumumkan sebagai pemenang
Kempen Guru PAK21 baru-baru ini,
Cikgu Muhammad Nazmi berkata,
murid-muridnya sangat jarang
didedahkan dengan dunia luar.
Dr Maszlee Malik (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Cikgu Muhammad Nazmi. Turut hadir
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas (kiri) dan Ketua Pengarah
Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin (kanan).
“'The Danger Room' merupakan
simulasi kelas. Ia bukan sekadar
memenuhi ciri-ciri elemen PAK21,
bahkan sesuai diguna pakai di
pedalaman,”

Cikgu Muhammad Nazmi berkata, pelaksanaan


kaedah 'The Danger Room' itu diinspirasikan
menerusi watak komik X-Men yang memiliki bilik
latihan dan dalam masa sama, mempunyai simulasi
dunia luar di dalam bilik tersebut. Melalui kaedah
'The Danger Room' beliau penuh yakin bahawa
tanpa kemudahan ICT pun, PAK21 masih boleh
dijalankan dalam bilik darjah.
“Melalui kaedah itu, saya cuba
membawa persekitaran dan situasi
dunia luar ke dalam bilik darjah.
“Saya bawa masuk dunia luar
dengan menggunakan bahan-
bahan kitar semula yang saya
jumpa sekitar sekolah seperti
kotak, sarang telur dan plastik.
“Segala bahan-bahan berkenaan,
saya jadikan sebagai bahan bantu
mengajar dan alhamdulillah amat
berkesan dan saya nampak
Cikgu Muhammad Nazmi membuat
bunga raflesia daripada span kerusi
kereta yang terbuang.
Kebanyakan murid di pedalaman
tidak pernah ke dobi, Cikgu
Muhammad Nazmi ‘membawa’ dobi
masuk ke kelas di mana murid-
murid dapat mempelajari etika
ketika berada di dobi.
Keceriaan pada wajah murid-murid Cikgu Muhammad
Nazmi ketika mengikuti kelas beliau.
Antara kaedah PAK21 yang diajar Cikgu Muhammad
Nazmi di dalam kelasnya.
Guru ini membawa murid-murid
melawat wad kanak-kanak untuk
belajar etika di samping
mempraktikkan kehendak silibus.
Guru ini sanggup menyumbang sejumlah
wang gaji untuk sedia kelengkapan pelajar
yang rata-rata miskin
"SAYA mahu buat persekitaran sesi
pembelajaran yang pelajar akan ingat sampai
bila-bila.“ - Norhailmi Abdul Mutalib, kata Naib Johan
Kempen Guru PAK21

• Bagi merealisasikan tekad, beliau sanggup


bersusah payah menyediakan keperluan pelajarnya.
• Katanya, komuniti pelajar dari SMK Jerlun daripada
keluarga berpendapatan rendah, jadi banyak benda
yang tidak ada.
• Beliau ada peruntukkan sejumlah tertentu gaji
beliau untuk sediakan keperluan pelajar supaya
mereka tidak ketinggalan dengan rakan-rakan
daripada sekolah lebih bagus.
"Secara tidak langsung, apabila
minat datang menjadikan belajar
Sains itu senang. Sekarang ini
pelajar saya dah mula
menunjukkan peningkatan dalam
keputusan akademik.”
• Katanya lagi, selepas beberapa tahun beliau sudah
fokuskan kepada kemenjadian murid dengan
memberi segala apa yang boleh diberi kepada
pelajar, beliau mula melihat pelajarnya memiliki
kreativiti dan cara berfikir penyelesaian masalah
semakin baik.
• "Memang betullah, konsep utama mengajar adalah
hubungan saya dengan pelajar. Apabila pelajar minat
cikgu tu, barulah mereka akan minat mata pelajaran
tersebut," katanya.
• Kata Cikgu Norhailmi, beliau juga ingin membuktikan
hanya pendidikan yang boleh mengubah nasib pelajar
membebaskan diri daripada kitaran kemiskinan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini, pelajar dapat :
• Mendifinisikan KONSEP
PENGURUSAN BILIK DARJAH
• Menerangkan CIRI-CIRI GURU
YANG EFEKTIF DALAM
PENGURUSAN BILIK DARJAH
• Mengenalpasti KUALITI GURU
ABAD KE-21
Konsep Pengurusan Bilik
Darjah
Pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai suatu
tindakan dan strategi yang digunakan bagi mengekalkan
peraturan bilik darjah untuk melahirkan bilik darjah yang
kondusif. Selain ditugaskan untuk mengajar, guru juga
memainkan peranan penting sebagai pengurus seperti
mengurus bilik darjah, mengurus tugasan murid di dalam
bilik darjah seperti membersihkan bilik darjah dan
menyusun kerusi-meja, mengurus murid supaya
mematuhi prosedur dan peraturan bilik darjah, mengurus
keadaan persekitaran fizikal bilik darjah supaya menjadi
ceria dan kondusif, mengurus aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, mengurus alat bantu pengajaran supaya
dapat digunakan dengan lebih berkesan dan mengurus
pelbagai aktiviti dalam bilik darjah.
Pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan
sebagai penggunaan strategi, teknik dan
kaedah tertentu yang digunakan bagi
menjamin keselamatan fizikal dan
psikologikal murid, mengubah tingkah
laku bermasalah murid dan memupuk
disiplin kendiri yang boleh memberi
sumbangan kepada tingkah laku positif
murid Choong (2009)
Proses-proses
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan sebagai satu proses melibatkan kerja secara
sistematik serta memerlukan hubungan tertentu di antara
satu aktiviti dengan aktiviti yang lain meliputi ;
a. Perancangan Di dalam peringkat perancangan, perkara-
perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti tujuan,
objektif dan strategi untuk pencapaian matlamat.
Perancangan pengajaran merujuk kepada keputusan
yang dibuat berhubung perkara-perkara yang berkaitan
pelaksanaan, pengelolaan dan penilaian pengajaran.
b. Penyusunan Penyusunan melibatkan kerja-kerja
menstruktur seperti memberi arahan yang jelas,
menerangkan tentang prosedur dan peraturan,
pembahagian kerja mengikut aktiviti, pengagihan
aktiviti kumpulan, menyusun atur posisi dan kedudukan
murid.
c. Pengarahan Arahan yang diberikan mestilah mudah, jelas
dan spesifik supaya murid dapat melaksanakannya dengan
baik dan lancar.
d. Pengawalan Pengawalan merupakan fungsi kritikal untuk
menentukan bahawa prestasi yang telah dicapai mengikut
perancangan, masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan
langkah-langkah pembetulan diambil.
e. Membuat refleksi Refleksi adalah perlu bagi mengetahui
kekuatan dan kelemahan apa yang telah kita laksanakan.
Kekuatan yang terhasil perlulah dikekalkan, manakala
kelemahan pula perlu diperbaiki.
f. Menjalinkan perhubungan Guru menjalinkan hubungan
dengan pihak pengurusan, rakan sejawat dan murid.
Melalui perhubungan secara dua hala dan pelbagai hala,
maka guru akan mendapat maklum balas yang diperlukan
untuk mewujudkan pengurusan baik dalam bilik darjah.
Faktor-faktor Mempengaruhi
Pengurusan Bilik Darjah
a. Faktor Fizikal Faktor persekitaran fizikal seperti peralatan dan
kemudahan dalam bilik darjah, sudut pembelajaran, sudut bacaan,
sudut pameran, papan putih, papan tulis dan lain-lain yang dapat
membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta
mengekalkan disiplin murid dalam bilik darjah. Susunan peralatan
dan kemudahan yang sesuai dan menarik dapat memudahkan
interaksi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid.
b. Faktor Psikososial Persekitaran psikososial yang baik ialah selesa,
mesra dan bebas daripada ancaman serta bahaya. Guru juga mestilah
sentiasa sedar dan prihatin dengan perbezaan murid dan memberi
peluang yang sama untuk semua murid tanpa mengira kaum, agama
dan status mereka. Aktiviti dalam bilik darjah juga mestilah dijalan
secara aktif dengan mewujudkan komunikasi terbuka dan pelbagai
hala yang mana ia boleh dilaksanakan melalui pembelajaran secara
koperatif dan kolaboratif.
..faktor-faktor lain
seperti ;
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Mereka mestilah
memahami matlamat dan objektif pengajaran dengan jelas,
melibatkan diri dan murid secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, mengaitkan hubungan antara perkara yang
dipelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan mereka dan
murid
Corak kepimpinan guru Kepimpinan autoritarian menekankan
kepada pengawalan murid melalui ganjaran dan hukuman.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa produktiviti dan
pencapaian adalah tinggi bagi guru yang mengamalkan
kepimpinan demokratik. Guru yang bersifat laissezfaire pula akan
membiarkan murid membuat kerja sendiri dan memberi kebebasan
tanpa had yang menyebabkan kelas menjadi tidak terkawal dan
tidak tersusun.
Bentuk komunikasi dan interaksi
Kemahiran berkomunikasi berkesan
memberikan peluang kepada guru dan
murid bersikap mesra di antara satu sama
lain. Murid akan dapat merasakan dirinya
dihargai dan disayangi oleh guru.
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Dalam Pengurusan Bilik Darjah

• Guru yang efektif juga seharusnya ada


kemampuan untuk memahami
keupayaan dan kepercayaan dirinya
berkenaan dengan pengajaran,
pembelajaran murid dan disiplin.
Pengurusan bilik darjah adalah lebih
kepada kemampuan, keupayaan dan
kemahiran individu dalam memastikan
murid melibatkan diri secara aktif dan
pada masa yang sama dapat mengawal
aktiviti tersebut (McDonald, 2013).
• Guru yang mempunyai ciri-ciri efektif
dalam mengurus bilik darjah boleh
diklasifikasikan kepada tiga kategori.
Kategori-kategori itu ialah:
 Kualiti peribadi
Kompetensi pengajaran dan
pembelajaran
Penghayatan budaya penyayang
Kualiti Peribadi

• Satu aliran penting dalam falsafah yang


relevan kepada profesion keguruan dan
perkembangan pendidikan di negara ini ialah
falsafah moral dan tingkah laku. Falsafah ini
memerlukan peranan positif dan konstruktif
profesion keguruan ke arah membina moral
dan tingkah laku pelajar (Abd Rahim, 2001) .
Guru yang baik perlu mempunyai komitmen
moral yang tinggi dan menjadikan diri
mereka teladan yang baik kepada murid.
Aspek-aspek utama pengurusan bilik
darjah

• Merancang
• Mengelola
• Mengawal
• Membuat Refleksi
• Menjalin hubungan guru-murid
Kompetensi pengajaran
dan pembelajaran
• Kompetensi didefinisikan sebagai
kebolehan untuk menggunakan
pengetahuan dan kemahiran bagi
melaksanakan tindakan (Day,1989).
Menurut Boyatzis (1982) dan Quinn et
al. (1996), kompetensi terdiri daripada
elemen pengetahuan, kemahiran,
pemahaman dan sikap yang pratikal
ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku
apabila melakukan sesesuatu.
• Merancang pengajaran
• Menyediakan hasil pembelajaran yang jelas
• Pengetahuan yang baik dalam subjek yang
diajar
• Kemahiran pengetahuan pedagogi kandungan
• Kemahiran pelbagai strategi & kaedah
• Kemahiran TMK
• Kemahiran pentaksiran
Penghayatan Budaya
Penyayang
• Kamus Dewan Edisi Keempat
mengatakan "Budaya Penyayang"
bermaksud orang yang mencurahkan
kasih kepada insan yang lain, pengasih,
pencinta dan bersifat belas ihsan. Guru
Penyayang mempunyai sifat kepedulian
terhadap setiap perkara yang berkaitan
dengan muridnya seperti mengamalkan
nilai kasih sayang, ramah mesra,
mengambil berat, saling hormat
menghormati, prihatin, bersifat ceria
• Menghormati, memahami serta
menghargai kepelbagaian budaya yang
wujud dalam kelas beliau.
Penghayatan dan
Amalam Nilai
Standard Guru Malaysia
Kualiti Guru abad ke-21

“Murid hari ini tidak


sama dengan murid
zaman kita dahulu.”
…satu kenyataan yang sering didengar
dari generasi ‘baby boomers’ (being born
between 1946 and 1964) atau ‘gen X
(from the early-to-mid 1960s to the early
1980s.)
• Guru zaman kini tidak boleh lagi mengikuti cara
lama seperti yang digunakan oleh guru mereka
dalam melaksanakan peranan mereka sebagai
seorang guru atau pengurus bilik darjah.
• Guru perlu menguasai pelbagai kemahiran abad
ke21, yang akan diperturunkan kepada anak-
anak murid mereka.
• Cabaran utama guru kini adalah untuk
menyampaikan ilmu menggunakan kaedah yang
lebih efektif dan tidak membosankan.
Antara kemahiran-kemahiran yang
diperlukan oleh guru pada abad ke21

• Amalan bilik darjah yang berpusatkan


murid
• Kolaborasi
• Penggunaan TMK
Tugasan Kumpulan
(pengurusan grafik)
1. Huraikan KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH
berserta lima aspek penting yang perlu diambil kira
oleh guru dalam mengurus bilik darjah.
2. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, perincikan
ciri-ciri guru yang efektif yang perlu ada pada guru
sekolah rendah di Malaysia.
3. Tunjukkan secara terperinci berserta contoh, empat
kualiti peribadi pada seorang guru yang berkesan
dalam menyediakan bilik darjah yang kondusif.
4. Jelaskan kepentingan kompetensi budaya sebagai satu
ciri guru yang efektif yang perlu ada pada guru sekolah
rendah di Malaysia.
5. Bincangkan kemahiran yang perlu ada bagi guru abad
ke-21.

Anda mungkin juga menyukai