Anda di halaman 1dari 24

Kanak-Kanak Keliru Membaca Huruf

Terdapat kanak-kanak yang tidak dapat membezakan huruf walau pun anda telah mengajarnya berkali-kali. Contohnya huruf 'b' dan 'd', huruf 'p' dan 'q', 'j' dan 'i' 'y' dan 'v'. Kanak-kanak boleh menyanyikan lagu 'A, B, C...' tetapi tidak dapat mengenal atau membezakan huruf yang mempunyai persamaan bentuk. Apabila anda telah mengenalpasti masalah kanak-kanak ini segera rujuk pakar kanak-kanak yang berkeperluan khas. Anda tidak boleh terus mengatakan kanak-kanak itu 'dylexia' kerana masalah sukar membezakan huruf. Pendidik awal kanak-kanak dapat mengetahui tanda 'dylexia' tetapi untuk mengatasi masalah tersebut perlu dirujuk kepada mereka yang pakar khusu untuk menangani 'dylexia'.

Menulis Huruf Mengikut Keupayaan Kanak-Kanak


Berbagai kaedah dilakukan oleh pendidikan untuk mengajar menulis huruf salah satunya mengikut urutan dari huruf 'A a...hingga...huruf 'Z z'. Ada juga berpendapat memulakan dengan huruf mudah kepada yang lebih sukar supaya tidak menggelakkan rasa bosan apabila kanak-kanak cuba menghasilkan tulisan. Kaedah ini ada baiknya kerana kesedaran 'orthographic' terhadap kebolehan untuk mengenal dan menggunakan rupabentuk simbol grafik dalam bahasa penulisan adalah sesuai melihat grafik yang mudah ke sukar. Contohnya; I, o, L, O, H, D, i, v, l, X, E....adalah kumpulan yang mudah. Manakala kumpulan huruf yang sukar contohnya; R, G, a, u, k, m, j, y, p, g, q. Kanak-kanak belajar tentang keunikan sesuatu huruf dan rupabentuknya untuk ditulis. Perbezaan visual antara huruf n dan m atau n dan h tidak ketara tetapi kanak-kanak di tadika tidak menghadapi kesukaran menulisnya. Pendidik kanak-kanak kebanyakannya menyedari bahawa setiap kanak-kanak mempunyai pengetahuannya sendiri dan mencari cara tersendiri untuk menulis dan mengingati serta menghasilkan tulisan. Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 7:01 AM

Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 9:38 PM http://bustamkamri.blogspot.com/2012/03/kanak-kanak-keliru.html

Tag Archives: Disleksia Beri Semangat Anak Disleksia


July 18, 2011 Petikan Akhbar No comments

Petikan dari Harian Metro (18 Julai 2011) Oleh : Shuhada Mansor Ibu bapa tidak seharusnya rasa malu ataupun sedih sekiranya dianugerahkan anak disleksia kerana disleksia bukannya penyakit tetapi kondisi di mana kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran. Presiden Persatuan Disleksia Malaysia Sariah Amirin, berkata, ibu bapa juga tidak patut menyalahkan anak sekiranya mereka tidak memahami ataupun bertindak lambat apabila mendapat arahan tetapi harus sentiasa mendorong dan memberi semangat demi kemajuan anak mereka. Mereka mungkin kurang mahir dalam akademik tetapi sebenarnya mereka cekap dalam bidang kemahiran jika diberi pendedahan yang betul, katanya. Beliau berkata demikian pada seminar bertajuk Petua untuk Ibu Bapa membantu Kanak-kanak Disleksia anjuran bersama Persatuan Disleksia Malaysia dan Universiti Monash Malaysia, yang dihadiri lebih 200 orang itu, di sini, semalam.

Menurut Sariah seminar yang diadakan dilihat mampu membuka mata ibu bapa dalam mendidik anak disleksia melalui pendekatan dan cara yang betul. Katanya, kanak-kanak disleksia memerlukan bimbingan dan pendekatan yang berbeza kerana pemikiran mereka berlainan daripada kanak-kanak normal yang sebaya. Oleh itu, selain menganjurkan seminar di seluruh negara, persatuan turut menawarkan program bimbingan pembelajaran tiga bulan kepada kanak-kanak disleksia melalui pendekatan efektif serta latihan kerja rumah bersesuaian dikendalikan pakar sebagai usaha membantu ibu bapa mendidik anak disleksia. Katanya, dianggarkan seramai 500,000 hingga 600,000 orang mengalami disleksia direkodkan di negara ini. Sehingga kini, beliau berkata, hanya 800 ahli berdaftar dengan persatuan dan beliau menyarankan ibu bapa yang mempunyai anak disleksia dapat mendaftar sebagai ahli kerana pihaknya bersedia membantu sekiranya ahli memerlukan bimbingan dalam membantu mendidik anak disleksia. Sementara itu, Ahmad Nazarudian, 43, bapa kepada Zaramsyar, 10, kanak-kanak menghidap dislexia berkata dia dapat melihat peningkatan prestasi anaknya dengan jelas terutama dari segi membuat pengiraan matematik dan karangan. Katanya, pencapaian itu dibuktikan menerusi prestasi yang baik ditunjukkan dalam peperiksaan dengan mendapat tempat ke sembilan berbanding tempat ke 25 sebelum mengikuti kelas terbabit. Anak saya mengikuti kelas ini sejak dari dia berada dalam darjah dua hingga ke hari ini dan saya percaya ia benar-benar membantu meningkatkan kemampuan dan tahap pemikiran anak saya dengan cepat dan berkesan. Saya yakin, selain kelas bimbingan, seminar seperti ini perlu diadakan lebih kerap kerana ia berguna bagi membantu ibu bapa menangani masalah ketika mendidik dan mengajar anak yang mengalami disleksia, katanya.

Anda mungkin juga meminati:

Pembelajaran ikut peringkat umur

KPLI-SR dan KPLI-jQAF Ambilan Januari 2011

Perutusan Khas Menteri Pelajaran Malaysia 2012

Program Cerdik Literasi

LinkWithin

Share this: Facebook Email Print Digg inShare

Read More

Kenali Disleksia
September 19, 2010 Isu Pendidikan, LINUS, Pemulihan Khas No comments

Apa itu Disleksia?

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan penghidap yang lain. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa. Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah:

* Dyscalculia (Diskalkulia) bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik; * Dysgraphia (Disgrafia) bermasalah dalam bahasa; dan * Dyspraxia (Dispraksia) bermasalah dalam koordinasi motor-mata-tangan.

Ciri-ciri penghidap Disleksia 1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. 2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. 3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan. 4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya b dianggap p dan p dianggap q. 5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis. 6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. 7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki. 8. Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala. 9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-Punca Disleksia Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan. Masalah Kanak-Kanak yang Menghadapi Disleksia Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada; Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m w y g j u n m n cepqhnbd Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti thfv Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-

kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti: Batu tuba Gula lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut: Jam jem cat cat Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.

Bercakap dan mendengar Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut : 358 96 Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial - Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut - Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh - Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah. Rawatan Kanak-Kanak Disleksia Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak. 1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal. 2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. 3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi. 4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan

kegagalan yang berterusan. 5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa mendampingi mereka. 6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika. 7. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni. 8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik. 9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai. Disunting dari: 1. http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia http://www.cikgufais.net/tag/disleksia/ http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=kanak-kanak%20yang%20sukar %20membezakan%20huruf%20p%20dan %20q&source=web&cd=8&ved=0CFwQFjAH&url=http%3A%2F %2Fjournalarticle.ukm.my %2F148%2F1%2F1.pdf&ei=nk10T7e3II_trQfavMi3DQ&usg=AFQjCNG7OrSkoQYlGn3Z ldo_CTJ8K_Ue4g&cad=rja

Masalah Membaca bagi Kanak-Kanak

Gambar Hiasan Membaca merupakan amalan yang mulia yang amat dituntut di dalam Islam. Bahkan wahyu pertama didalam Islam ialah iqra yang bererti bacalah. Di dunia moden kini,kita terpaksa mengakui bahawa membaca sudah menjadi sesuatu yang keperluan. Tanpa kemahiran membaca,kita tidak akan mampu untuk pergi lebih jauh dan maju dalam kehidupan. John Everatt dalam bukunya Membaca dan Disleksia ( 2008:1 ) telah mendefinisikan membaca sebagai pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa. Manakala Yusof Othman dalam bukunya Mengajar Membaca : Teori dan Aplikasi:Panduan Meningkatkan Kemahiran ( 2004:159 ), telah mendefinisikan membaca sebagai proses mengecam,membuat interpretasi,membuat persepsi keatas bahan bercetak atau bertulis. Membaca ialah proses penguasaan terhadap konseo huruf,penguasaan perbendaharaan kata dan tumpuan ( Mohd Sharani Ahmad dan Zainal Madon:2003 ). Kebanyakan pakar dalam bidang bidang membaca memberikan makna membaca yang agak sama yang membezakannya hanyalah susunan ayat. Secara ringkasnya,membaca ialah satu proses untuk mentafsirkan lambang-lambang kedalam bentuk pemahaman berbahasa. Walaupun makna membaca begitu mudah diberikan,kita terpaksa menerima hakikat bahawa negara kita mempunyai tahap buta huruf yang agak tinggi berbanding dengan kemudahan pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan.Tidak ada umur tertentu untuk mengajarkan anakanak membaca namun ada sesetengah pakar sosiologi tidak menggalakkan belajar membaca pada umur yang terlalu muda kerana dibimbangi akan menyebabkan proses pembesaran akan terganggu. Umur yang sesuai untuk diajarkan membaca dalam lingkungan lima hingga enam tahun.Perlu diketahui.masalah membaca sebenarnya berpunca daripada banyak faktor tetapi masalah besar boleh diklasifikasikan sebagai masalah dalaman dan masalah luaran. Dalam tugasan ini,kami akan menjelaskan punca-punca dalaman dan luaran yang menyebabkan seseorang itu menghadapai masalah kesukaran untuk membaca yang sekaligus akan merugikan negara daripada segi ekonomi,sosial mahupun politik. Masalah Dalaman Masalah membaca biasanya banyak berkait dengan masalah dalaman diri sendiri berbanding dengan masalah luaran. Masalah membaca daripada aspek dalaman ini boleh berlaku disebabkan masalah kognitif dan juga intelek seseorang itu sendiri. Menurut tokoh membaca yang terkenal,Marohaini Yusoff ( 1999 ), masalah intelek meliputi kecerdasan, keboleh bahasaan dan

pengalaman yang sudah sedia ada. Kecerdasan merupakan aspek penting yang diperlukan untuk membaca. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah mental seperti terencat akal, sindrom down pastinya tahap keboleh bacaan dalam kalangan mereka pastinya rendah. Oleh itu, kecerdasan mental amat penting dalam menjalani proses membaca. Kecerdasan mental contohnya membolehkan seseorang pelajar mudah untuk mengingati sesuatu yang diajarkan oleh guru. Tanpa perlu mengulang beberapa kali,pelajar yang mempunyai kecerdasan pasti akan dapat untuk mengikuti apa yang diajarkan oleh guru. Contohnya, untuk memahami struktur ayat yang sukar,semestinya agak sukar untuk pelajar yang kurang kecerdasan untuk memahami struktur ayat tersebut. Kecerdasan mental biasanya berkait dengan keboleh bahasaan terutama untuk memahami struktur ayat sesuatu bahasa. Masalah biasa bagi pelajar yang kurang cerdas ialah masalah untuk mengenal 26 huruf abjad yang terdapat dalam ejaan rumi., Masalah untuk mengenal huruf merupakan masalah besar dan masalah paling asas dalam kemahiran membaca. Sesetengah pelajar begitu sukar untuk mengenali 26 huruf abjad rumi dan 28 huruf abjad jawi. Walaupun setiap hari diajar,sesetengah pelajar amat sukar untuk mengenali huruf apatah lagi untuk membaca suku kata- suku kata dalam bahasa Melayu. Masalah untuk mengenal huruf ini biasanya akan menjurus kepada kesalahan sebutan sesuatu perkataan atau ayat. Dalam proses pembelajaran membaca, beberapa masalah membaca kerap dilakukan oleh pelajar iaitu, omission, bacaan songsang, bacaan ulangan, bacaan gantian, bacaan tambahan, tidak kenal huruf dan salah sebutan. Masalah omission atau bacaan tinggalan sering dilakukan oleh pelajar dalam peringkat permulaan untuk belajar. Pelajar biasanya akan meninggalkan beberapa perkataan dalam sesuatu ayat contohnya, Aisah sungguh cantik hari ini. Pelajar yang baru dalam proses awal membaca biasanya akan meninggalkan beberapa perkataan seperti perkataan sungguh dan hanya membaca Aisah cantik hari ini. Bukan hanya pada ayat yang panjang,masalah omission ini juga berlaku dalam bentuk perkataan contohnya, perkataan makan, pelajar yang baharu membaca cenderung untuk menyebut perkataan dihujung sahaja iaitu kan. Pelajar cenderung untuk melakukan masalah mengulang bacaan beberapa kali. Masalah ini bukannya berlaku disebabkan oleh masalah gagap tetapi disebabkan oleh pelajar tersebut tidak mampu untuk meneruskan bacaan yang seterusnya atau lebih tepat belum dapat untuk membaca

yang seterusnya. Pelajar biasanya akan mengulang beberapa kali petikan yang sama sehinggalah dia boleh untuk membaca petikan yang seterusnya. Masalah bacaan gantian juga kerap berlaku dalam kalangan yang baharu hendak belajar membaca. Pelajar cenderung untuk menggantikan perkataan yang hamper sama sebutannya mungkin disebabkan oleh ketidak fahaman perbezaan makna atau mungkin juga disebabkan sudah terbiasa dengan perkataan yang diganti tersebut. Contohnya, jika seseorang pelajar itu sudah terbiasa dengan sebutan perkataan lalang, jika pelajar tersebut membaca dan menemui perkataan ladang, pelajar tersebut cenderung untuk menggantikan perkataan ladang dengan lalang. Masalah membaca yang lain ialah masalah bacaan tambahan. pelajar akan menambah huruf lain pada perkataan atau menambah sebarang perkataan pada ayat. Secara mudahnya,masalah tambahan ini bertentangan dengan masalah omission tadi. Jika omission, pelajar cenderung untuk mengurangkan perkataan atau ayat, tetapi masalah ini pelajar cenderung untuk menambah perkataan atau ayat. Contohnya, semasa menyebut perkataan buah, pelajar tersebut cenderung untuk menyebut sebagai buwah. Mungkin disebabkan pendengaran pelajar tersebut yang menafsir bunyi orang dewasa menyebut buah sebagai buwah. Ia adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh guru mahupun ibu bapa dalam mengajar pelajar yang baharu belajar membaca. Ada sesetengah pelajar yang memterbalikkan atau dalam bahasa lain menyongsangkan perkataan atau ayat. Masalah membaca ini dikenali sebagai bacaan terbalik. Contoh mudah, jika perkataan laba yang dibaca tetapi yang disebut oleh pelajar tersebut adalah bala. Faktor ini berlaku mungkin juga disebabkan oleh keterbiasaan dalam berbahasa. Ibu bapa atau guru sering menyebut perkataan bala tetapi jarang ibu bapa atau guru menyebut perkataan laba. Laba yang merujuk keuntungan sudah semestinya jarang diucapkan terutama ibu bapa yang tidak mempunyai latar belakang perniagaan. Faktor ini mungkin mempengaruhi pelajar tersebut untuk menyongsangkan perkataan yang dibaca olehnya. Selain daripada masalah yang telah dinyatakan. Harus diingat pengalaman sedia ada pada pelajar amat penting tersebut untuk memahami sesuatu bacaan. Pengalaman sedia ada biasanya boleh melibatkan kawan,ibu bapa, orang sekeliling dan cikgu itu sendiri. Jika seseorang pelajar itu, berada dalam sebuah keluarga yang mementingkan intelek dan akademik, kebiasaannya keboleh bacaan pelajar tersebut akan lebih tinggi kerana sudah diajar oleh ibu bapa dan ahli keluarga. Tetapi jika hidup dalam keluarga yang tidak mementingkan pelajaran agak sukar untuk pelajar itu menguasai kemahiran membaca.

Selain itu,masalah penglihatan juga boleh berkait dengan masalah membaca. Sesetengah pelajar akan merasa terganggu jika melihat terlalu banyak abjad diatas kertas dan ini juga menyukarkan untuk pelajar tersebut untuk memahami sesuatu bacaan. Pembaca yang buat kali pertama biasanya sukar untuk membiasakan diri kerana bacaan tulisan rumi bermula daripada kiri ke kanan dan ini telah bercanggah dengan kebiasaan dimana kita melihat dari kanan ke kiri. Selain itu,pelajar yang mengalami disleksia akan mengalami masalah kesukaran untuk membaca kerana kesukaran untuk mengenal huruf. Contohnya, pelajar yang mengalami disleksia sukar untuk mengenal pasti huruf b dan juga p. Kekerapan berlaku ialah pelajar ini akan menyebut p sebagai b dan sebaliknya. Masalah pendengaran juga mempengaruhi masalah membaca. Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan menghadapai masalah kesukaran untuk membaca ( Mahzan Arshad:2008 ). Banyak kes berlaku pelajar didapati gagal untuk membaca kerana mengalami masalah pendengaran. Mereka didapati sukar untuk membezakan bunyi vokal atau konsonan yang mempunyai bunyi yang terdekat sehingga berlaku kecelaruan dalam pemahaman pembacaan. Masalah pendengaran ( selain pekak ) biasanya melibatkan tahi telinga atau sesuatu yang menyekat saluran pendengaran. Kes seperti ini perlu di rujuk kepada doktor telinga atau doktor pakar dalam bidang ini untuk menyelesaikan masalah ini. Biasanya doktor akan membuang sekatan yang berlaku di telinga pelajar tersebut. Pelajar yang mengalami masalah ini bukan sahaja sukar untuk mengenal pasti perbezaan bunyi yang terdekat bahkan pelajar yang mengalami masalah pendengaran ini biasanya akan mengalami tindak balas yang lambat. Antara ciri pelajar yang mengalami masalah ini ialah lambat menjawab soalan jika ditanya atau jawapan yang diberikan tidak seperti yang diingi oleh soalan. Masalah pendengaran sebenarnya terbahagi kepada beberapa tahap, bermula daripada tahap biasa, tahap sedarhana, tahap sedarhana teruk, tahap pekak, dan tahap paling teruk. Jika pendengaran atau auditori pada peringkat yang biasa atau sedarhana,pelajar tersebut masih boleh untuk membaca dengan baik tetapi jika sudah mencapai tahap yang teruk, pelajar tersebut akan mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca dan memerlukan khidmat doktor untuk menyelesaikan masalah pendengaran tersebut. Faktor dalaman terpenting yang menyebabkan masalah membaca dalam kalangan pelajar ialah psikologi. Tidak dapat dinafikan dua aspek psikologi yang penting yang menyebabkan pelajar sukar untuk menguasai kemahiran literasi iaitu, kurang minat membaca dan kurang mengambil perhatian semasa didalam kelas. Kebanyakan pelajar yang belajar membaca biasanya terdiri daripada kanak-kanak kecil yang masih suka bermain. Disebabkan inilah,pemerhatian dan

tumpuan mereka kepada guru yang sedang mengajar menjadi kurang dan lebih banyak menumpukan perhatian untuk bermain sesama mereka. Disebabkan perkara ini,sukar untuk murid berkenaan untuk menguasai kemahiran membaca sehingga menyebabkan pelajar kurang minat untuk membaca. Masalah ini banyak berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia bahkan di luar negara. Masalah psikologi dalaman pelajar merupakan masalah besar yang oleh guru untuk mengajar pelajar untuk menguasai kemahiran membaca. Masalah Luaran Selain masalah dalaman, masalah luaran merupakan antara penyumbang besar kepada masalah tidak boleh membaca. Beberapa faktor yang dikenal pasti tetapi yang paling utama ialah masalah pengajaran guru. Menurut kajian yang dijalankan oleh Tamam Timbang,Zamri Mahamod dan Afendi Hamad yang dimuatkan dalam jurnal pendidikan bahasa Melayu 1987,menyatakan masalah pengajaran berlaku kerana guru yang mengajar membaca itu kurang pengalaman,kaedah mengajar yang kurang berkesan dan tiada keadah khusus yang berkesan untuk mengajar membaca. Guruguru yang mengajar membaca biasanya hanya menekankan pelajar untuk mengenal huruf. Kaedah untuk mengenal suku kata selalu lambat untuk diajarkan menyebabkan pelajar mudah bosan untuk belajar membaca. Guru sebenarnya mengalami masalah untuk mengajar membaca kerana tiada satu kaedah khusus untuk mengajar seseorang pelajar untuk membaca bahkan setiap pelajar menguasai teknik membaca melalui kaedah yang berbeza. Untuk mengatasi masalah membaca ini,seseorang guru perlu mewujudkan satu suasana pembelajaran yang aktif ( Mahzan Arshad:2003 ). Seseorang guru perlu memikirkan bagaimana cara yang kondusif pembelajaran literasi dilakukan didalam kelas seperti menggunakan peta minda atau gabungan kotak. Selain faktor guru tersebut, faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam melahirkan seseorang yang mempunyai kemahiran membaca. Menurut ahli sosiologi,kecerdasan bukanlah sesuatu yang diwarisi tetapi kecerdasan itu bergantung kepada faktor persekitaran ( Abdullah Sani Yahya : 2004 ). Faktor persekitaran yang memainkan peranan penting dalam pembentukan kemahiran literasi ialah guru,ibu bapa dan juga kawan-kawan. Guru sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian pelajar terutamanya semasa berada di sekolah. Jika seseorang guru itu bijak untuk mengendalikan pelajar dalam pembelajaran membaca nescaya pelajar tersebut tentu akan mudah untuk menguasai pembacaan. Seseorang guru juga perlu memastikan seseorang pelajar itu dapat menguasai kemahiran membaca semasa di tahap pra-

sekolah atau selebihnya darjah satu. Keluarga juga memainkan peranan penting.Keluarga merupakan role model utama bagi anak-anak. Ibu bapa berperanan untuk mewujudkan suasana yang merangsang pembacaan anak-anak mereka ( Yahya Othman:2004 ). Malangnya di negara kita,suasana yang merangsang pembacaan dalam kalangan anak-anak biasanya hanya berlaku dalam keluarga yang mempunyai status. Keadaan kawan turut mempengaruhi pelajar dalam kemahiran membaca. Selain ibu bapa dan guru,kawan merupakan faktor yang penting dalam menentukan kebolehbacaan pelajar. Jika seseorang pelajar itu berkawan dengan kawan yang malas dan tidak tahu membaca,semestinya pelajar tersebut akan mengalami masalah membaca sebagaimana dengan kawannya. Contoh jelas dapat kita perhatikan ialah,pelajar di sekolah yang berprestij biasanya akan mudah untuk menguasai kemahiran membaca kerana persekitaran kawan yang merangsang pelajar tersebut untuk melakukan aktiviti pembacaan. Sebagai contoh lagi,sekolah orang asli mempunyai kadar buta huruf yang tinggi kerana kawan-kawan di sekolah ini kebanyakan tidak mampu untuk mengusai kemahiran literasi dengan baik. Teks yang digunakan disekolah juga memainkan peranan untuk menarik minat pelajar untuk membaca. Jika sasaran pembaca adalah kanak-kanak,sepatutnya buku teks yang digunakan mempunyai gambar kartun yang boleh menarik minat kanak-kanak tersebut untuk membaca. Teks yang tidak mempunyai gambar sama sekali tidak akan menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca. Teks yang menggunakan bahasa yang tinggi sehingga perlu berfikir untuk memahaminya adalah tidak sesuai untuk digunakan untuk pelajar yang baru membaca. Isi kandungan perlulah melihat kepada tahap sasaran tersebut. Melahirkan semangat ingin membaca adalah amat penting untuk seseorang pelajar mula belajar untuk membaca. Selain faktor yang telah disebutkan,masa pengajaran juga memainkan peranan penting. Kebanyakan sekolah misalnya,tidak berapa menitik beratkan masalah ini sehingga menyebabkan pelajar tidak mencukupi masa untuk belajar membaca. Sepatutnya,masa untuk belajar membaca perlu ditekankan dan dilanjutkan masanya kerana jika seorang pelajar tidak mampu untuk menguasai kemahiran membaca semestinya akan mendatangkan kesan yang buruk kepada dirinya dimasa depan seperti tidak akan lulus peperiksaan sehingga boleh menjejaskan masa depan pelajar tersebut. Oleh itu,pihak sekolah terutamanya perlu melihat masa pengajaran membaca ini sebagai isu penting sehingga menyebabkan masalah membaca berlaku kepada pelajar di sekolahnya. http://diniahfalahiah.blogspot.com/2012/03/gambar-hiasan-membacamerupakanamalan.html

Masalah Disleksia
by editor on Feb 10, 2011 8:04 pm 2 Comments

Oleh : Mazira Mohamad Ghazali

Disleksia berasal daripada perkataan Yunani iaitu DYN bermaksud susah dan LEXIA bermaksud tulisan. Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Masalah ini biasanya dialami oleh kanakkanak dan boleh berlanjutan sehinggalah kanak-kanak itu dewasa. Istilah buta huruf juga boleh digunakan untuk kategori ini. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit atau kecatatan dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Masalah disleksia adalah berbeza dengan afasia yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak yang akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi. Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses, di mana cara penghidap disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ini berkemungkinan disebabkan oleh kecatatan otak semasa kandungan ataupun ianya disebabkan oleh kemalangan. Selain itu, kemungkinan besar penghidap disleksia berpunca daripada faktor keturunan. Menurut kajian perubatan yang dijalankan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang mempunyai gangguan yang sama. Berkemungkinan besar puncanya boleh diwarisi tetapi yang membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun. Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang berbanding kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia. Disleksia juga melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang

bodoh dan daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal serta tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu : 1. Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi adalah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. 2. Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah dalam membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga turut dihadapi oleh disleksia auditori. 3. Disleksia visual-auditori Kesukaran membaca yang amat teruk disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

Gambar menunjukkan antara perkataan yang sering diterbalikkan oleh penghidap disleksia.

Penghidap disleksia juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas dan mengalami kesukaran untuk memegang pensel serta tidak dapat menulis mengikut garisan yang

disediakan. Kanak-kanak ini juga, cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik. Terdapat juga di kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur di mana mereka kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak menjalankan atau menyusun sesuatu mengikut abjad. Kanakkanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol serta suka menterbalikkan nombor yang sama. Mereka juga berpakaian tidak kemas tetapi tidak kotor, pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut sendiri. Mereka turut kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dianggap pemalas dan kelihatan bodoh. Skop penglihatan mereka yang terhad di mana kekeliruan berlaku di antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah. Di antara beberapa ciri-ciri penghidap disleksia adalah seperti berikut : 1. Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. 2. Kebiasaannya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. 3. Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri pada sesuatu perkataan. 4. Sering mengalami kekeliruan dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu seperti p dianggap q dan huruf b dianggap d. 5. Kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding perempuan. 6. Kekerapan penghidap disleksia selalu terjadi di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan, kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala. 7. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat dewasa. 8. Perhatian dan tumpuan senang terganggu dan gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga selesai. 9. Cenderung menjadi seseorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. Disleksia hanya boleh dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit dengan pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia biasanya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.

Catatan : // Rencana ini disumbangkan oleh Pegawai Sains di Jabatan Neurologi USM, merangkap Penulis Sains Malaysia

http://www.majalahsains.com/2011/02/penyakit-disleksia/

Sindrom Lambat Membaca


Biasanya kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak mampu melakukan semua itu? Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku.

Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas yang masih tidak mampu mengeja dan menulis mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran. Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom "lambat baca" di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fizikal, pemikiran dan cara percakapan tetapi yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain ialah kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf serta menyebutnya. Rawatan bagi sindrom ini adalah dengan menyertai pelbagai jenis program pembelajaran bagi membentuk minat mereka untuk membaca dan menulis. Sokongan padu amat penting bagi kanakkanak terbabit.

Sindrom disleksia agak sukar dikenal pasti kerana ia tidak seperti sindrom atau penyakit lain. Jika kanak-kanak mula menunjukkan kelewatan bercakap dengan fasih, lambat mengenal pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin berisiko mengalami disleksia. Apabila mereka mula memasuki alam persekolahan keadaan itu akan kelihatan lebih ketara termasuk ketidakupayaan mengenal huruf, membaca, memahami, cepat lupa serta menterbalikkan huruf. Kanak-kanak ini juga membaca dari kanan ke kiri, tidak dapat membezakan persamaan perkataan dan kesukaran untuk menyebut ayat yang dieja. Disleksia juga boleh diklasifikasikan sebagai kelewatan pembelajaran dari segi umur daripada yang sepatutnya. Kebanyakan kanak-kanak yang berumur enam tahun sudah mampu untuk belajar membaca, tetapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka tidak dapat memahami asas pembacaan walaupun sudah mencapai Tahun Satu.

Tiada ujian tunggal yang dilakukan untuk mengenal pasti disleksia. Penilaian diagnosis yang dilakukan adalah berkaitan dengan perubatan, proses mengenal (kognitif), pengolahan pancaindera dan sejarah perubatan keluarga. Rawatan dari segi psikologi juga patut diberikan kepada kanak-kanak ini. Ini boleh menentukan bahawa mereka mengalami masalah sosial atau tidak. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran boleh merencatkan kebolehan mereka.

Komplikasi yang dihidapi oleh kanak-kanak disleksia ini mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti matematik. Selain itu disebabkan membaca adalah perkara asas dalam keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk meneruskannya ke peringkat paling tinggi. Pengajar perlu menggunakan teknik mendengar, melihat dan sentuhan untuk membantu meningkatkan kemahiran pembacaan mereka.

FAKTA: Disleksia

Disleksia adalah sejenis sindrom lambat membaca Kanak-kanak berusia lima tahun boleh dikenal pasti sama ada menghidap disleksia atau tidak. Kanak-kanak ini adalah normal seperti kanak-kanak lain, malah mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir. Masalah utama penghidap disleksia ialah ketinggalan dalam pelajaran. Cara pembelajaran yang sesuai dan menarik mampu merawat permasalahan disleksia ini.

Sumber Maklumat: Berita Minggu


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/511-sindrom-lambat-membaca.html

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Part 4


14 Oktober 2009 cikgu Tinggalkan komen

Mengajar Kemahiran Membaca Definisi Membaca

Boleh dimaksudkan sebagai proses tafsiran yang bermakna di atas lambanglambang bercetak dan bertulis (Harris & Sypay)

Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau pun makna yang diketahui melalui pengalaman (pembelajaran) dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya. Bagi Smith& Johnsan (1980) membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Goodmen(1973) menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui prose situ wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan antara bahasa dan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda.

Punca-Punca Masalah Membaca

Ketidak-bolehan mentafsir symbol (huruf/visual) untuk diterjemahkan sebagai ayat atau perkataan secara lisan-(Haidi 2008) Konsep kendiri yang rendah Tidak matang dari segi emosi dan intelek Lemah daya ingatan Gagap Gangguan pengamatan Kurang rangsangan Mudah hilang tumpuan

Kajian dan secara ilmiah : menyatakan punca masalah membaca adalah seperti yang berikut :

Kanak-kanak tidak dapat mendiskriminasikan bentuk, kedudukan, nama, sebutan dan turutan abjad dalam sepatah perkataan. Kanak-kanak tidak dapat mengingatkan ciri-ciri dan atribut yang disebutkan di atas tadi untuk 26 abjad dan empat diagraf.

Kanak-kanak tidak dapat mengaitkan sebutan tiap-tiap abjad serta diagraf apabila diadunkan menjadi suku kata dalam sepatah perkataan. Pengamatan penglihatan kanak-kanak bercelaru apabila mereka berhadapan dengan halaman kertas yang penuh dengan abjad-abjad yang tersusun rapi kerana : Syarat-syarat yang dikenakan untuk membaca seperti melihat dari kiri ke kanan bercanggah dengan kebiasaan melihat dari kanan ke kiri. Simbol-simbol abjad tidak memberikan gambaran tentang bentuk fizikal yang boleh mereka kaitkan. Contohnya, apabila mereka melihat simbol lukisan kucing mereka nampak ciri-ciri fizikalnya seperti matanya, telinga, misai, ekor dan lain-lain lagi yang mereka boleh kaitkan dengan seekor kucing. Sebaliknya, simbol abjad tidak mempunyai sebarang bentuk fizikal yang mereka boleh tanggapi.

Ciri Masalah Bacaan 1. Peringkat mengenal nama-nama huruf yang hampir sama

Keliru dengan nama huruf yang sama bentuk. Contohnya, y dengan g Keliru dengan orientasi kedudukan bentuk huruf. Contohnya, b dengan d, m dengan w Keliru dengan huruf yang hampir-hampir sama frekuensi. Contohnya, b dengan d,p,t Keliru dengan orientasi kedudukan huruf besar yang hampir sama bentuk. Contohnya, W dengan M, Z dengan N Tidak dapat mengadun bunyi-bunyi huruf yang bergabung seperti diftong dan diagraf. Contoh, ai, au, ny, sy, kh Menyebut nama-nama huruf mengikut telor bahasa ibunda. Contohnya, o disebut wo, l disebut yel, m disebut yem, r disebut yar, z disebut jed

2. Peringkat mengadun bunyi-bunyi dan membatang suku kata.


Kesukaran untuk mengadun dan membatang suku kata : i. terbuka + tertutup. Contoh : buah, unta, pintu, arnab, tingkap. ii. Tertutup + terbuka. Contoh : ba-suh, i-tik, ting-gi, an-jing

Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan huruf e-taling dan e-pepet. Contoh, sepak dengan sepak Sukar membatangkan perkataan yang lebih daripada dua suku kata. Contoh : sekolah, berbunga, sempadan, ambulan, bangunan, peristiwa and so on Sukar membatang perkataan yang mengandungi diagraf dan diftong. Contoh, main, buih, surau, balai, nyamuk, singa, syarat, tengah, Sukar membatang perkataan yang bermula dengan imbuhan me. Contohnya, memakai, menyala, membeli, mengambil

3. Peringkat membaca ayat.

Gantian atau mengubah atau menggantikan bunyi suku kata atau perkataan. Contoh, dapat-padat, sekolah-selokah, asrama-asmara, simpan-sampai, seluarselalu Tertinggal atau meninggalkan.Contoh, ayat sebenar = Ahmad suka makan ayam goreng. Dibaca sebagai Ahmad makan ayam goreng. Pembalikan perkataan. Contoh, suka-saku, besar-beras Berulang-ulang Merangkak-rangkak. Contoh, membaca selepas mengeja dan ketidaksesuaian teks atau bahan Membaca mengikut loghat atau dialek. Contoh, kucing suka makan ikan dibaca sebagai kucin suka makang ikang. Dia lari kerana hujan dibaca sebagai dia lali kelana hulan. Emak dia pergi sembahyang dibaca sebagai emak dia pigi sembahyang

Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN Teachers Department


http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/punca-masalah-membaca/

Anda mungkin juga menyukai