Anda di halaman 1dari 3

Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang

diharap dan dirancangkan. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik
sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang.
Antara golongan itu adalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Secara sedar ataupun
tidak, pelbagai pihak telah memainkan peranan masing-masing atas kesedaran untuk tidak
meminggirkan kanak-kanak berkeperluan khas. Jika dilihat dari mata kasar pihak-pihak yang
paling dekat dengan murid tersebut adalah guru dan ibu bapa. Disamping itu pihak-pihak lain
juga turut memainkan peranan agar kanak-kanak berkeperluan khas ini boleh memajukan diri
seiring dengan individu yang lain.

Peranan ibu bapa terhadap anak-anak pendidikan khas ialah mereka perlulah peka
terhadap perkembangan anak-anak. Dalam menentukan sesuatu proses pengajaran yang
berkesan, peranan ibu bapa amat perlu untuk menjayakan pendidikan untuk anak-anak
mereka. Sentiasa memberikan kerjasama dan membentuk tingkah laku dan akademik anak
mereka. Ibubapa seharusnya memberi latihan kepada anak mereka sewaktu anak mereka
berada di rumah dan memastikan anak mereka sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi. Ibu
bapa juga perlulah mengetahui cara untuk menangani anak-anak mereka yang memiliki
kecacatan dari segi mental, emosi dan fizikal. Ibu bapa juga perlulah mengesan dengan kadar
segera masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka kerana kemungkinan masalah itu dapat
dipulihkan. Ibu bapa juga perlulah mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar perubatan
tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Mereka juga perlulah memasang
strategi yang sesuai untuk anak-anak mereka yang menghadapi masalah untuk membentuk
kelakuan anak-anak itu .Ianya mampu memberikan kesan yang positif terhadap
perkembangan anak-anak dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan efektif. Ada
segelintir ibu bapa malu mempunyai anak yang ada kad OKU dan tidak dapat menerima
hakikat bahawa mereka terpaksa memikul beban seumur hayat mereka dengan jenama OKU
tersebut. Sebahagian Ibu bapa beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar bersungguh-
sungguh kerana mereka sedar anak mereka memang begitu. Memadai hanya pergi ke
sekolah , bergaul dengan rakan dan ibu bapa boleh membuat tugas lain sementara anak ke
sekolah. Itulah tanggapan yang paling pahit untuk dterima oleh seorang guru Pendidikan
Khas.

Selain itu, Peranan pihak sekolah seperti guru-guru juga amat penting dalam program
pendidikan khas. Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar,
pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang
guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Profesion
guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. dan banyak hadis
Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut
ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas yang
telah berbakti mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat
tinggi. Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas
utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan
sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral tinggi.
Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti
pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat
penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui
maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang baharu mengikut masalah perlu
diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah
menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Peranan badan-badan bukan kerajaan ialah untuk mengesan dan menjalankan rawatan,
pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak berkerperluan khas. Mereka juga memberi
bantuan dan nasihat kepada keluarga kanak-kanak berkerperluan khas serta mereka juga
memberi penerangan kepada ibu bapa, para professional dan orang ramai. Mereka juga
berperanan untuk memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkerperluan khas dan
kanak-kanak cacat anggota dan mental. Kanak-kanak ini diberi latihan mental dan fizikal.
Badan-badan bukan kerajaan juga menganjurkan program-program terapi pertuturan bagi
murid-murid sumbing bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat sokongan
kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini. Mereka juga membantu murid
berkeperluan khas seperti murid-murid sindrom down mendapat pelajaran serta latihan
kemahiran hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan. Badan kerajaan ini juga
menjalankan aktiviti seperti mengesan murid-murid buta untuk didaftar dan dirujuk. Mereka
juga menjalan program tindakan awal early intervention, menjalankan program pra sekolah,
memberi nasihat kepada ibu bapa dan menjalankan program penglihatan terhad. Terdapat
beberapa pusat yang ditubuhkan oleh badan-badan bukan kerajaan seperti Malaysian Care,
Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan, Persatuan Orang
Buta Malaysia, Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Cleft Lip and Palate Association of
Malaysia, NURY, TASPUTRA PERKIM dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia
(NASOM).

Kesimpulannya, kolaborasi antara ibu bapa, guru dan Kebajikan Masyarakat dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO) sangat penting dalam pendidikan khas untuk
perkembangan dan pengekalan yang positif, hormat-menghormati, perhubungan egalitarian
dan saling bekerjasama dalam menyelesakan sesuatu masalah dan perkongsian dalam
membuat sesuatu keputusan melalui proses perundingan. Peranan pelbagai pihak juga sangat
penting untuk perkembangan yang positif dalam diri kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini
dapat membuatkan matlamat pendidikan khas tercapai.

Anda mungkin juga menyukai