Anda di halaman 1dari 11

PSV KERTAS 2

PHOTOSTAT : 24 SET COPY


PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN
TINGKATAN 4
TAHUN 2021

PENDIDIKAN SENI VISUAL


Kertas 2
______________________________
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan


2. Jawab satu soalan sahaja

Arahan kepada Ketua Pengawas.

(a) Kertas lukisan yang disediakan bagi peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan
5 berukuran lebih kurang 28 cm x 38 cm akan dibekalkan oleh Unit Peperiksaan Sekolah.
Calon tidak boleh menggunakan kertas sendiri.

(b) Pastikan semua hasil kerja calon telah kering sebelum dikutip. Hasil kerja tersebut
jangan dilipat atau digulung untuk mengelakkan daripada sebarang kerosakan.

(c) Jika calon menggunakan krayon atau pastel, permukaan lukisan tersebut hendaklah
dilapik dengan kertas yang sesuai. Setiap hasil kerja calon tidak boleh di bungkus
keseluruhannya dengan kertas atau plastik.

(d) Jika calon menggunakan teknik kolaj atau teknik campuran, mereka
boleh menggunakan kertas berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit
majalah, perca kain dan lain-lain yang dibawa sendiri oleh calon.
2611/2 SULIT
2

Arahan kepada calon

(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang
ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nombor Kad Pengenalan, Nombor
Pusat, Angka Giliran, Kod Mata Pelajaran, Nombor Soalan dan Ruang
Markah mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka
belakang kertas lukisan anda. (Lihat gambar rajah di bawah).

Sudut Kanan Sebelah Atas Muka Belakang Lukisan.

NO. KAD PENGENALAN: ……..


NO. PUSAT: ……………………..
ANGKA GILIRAN: ……………...
5 cm KOD MATA PELAJARAN: …….
NO. SOALAN: …….……………..
MARKAH : ………..……………..

8 cm

(b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli.


(c) Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas
lukisan kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.
(d) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada
permukaan hasil kerja yang sudah siap.
(e) Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan asemblaj.
Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna atau
bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan lain-lain
yang dibawa sendiri.
(f) Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.

2611/2 SULIT

3
Seni Halus
Pilih satu soalan sahaja
1. Di satu sudut sebuah stor kayu, kelihatan satu bekas berisi dengan alatan tukang . Beberapa
alat tukang bertaburan di dalam bekas tersebut . Sebahagian lagi alatan tukang kelihatan pada
lantai stor berkenaan .
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat.

2. Sedang anda mengembara di dalam sebuah hutan simpan. Tiba-tiba di hadapan anda
kelihatan satu pemandangan yang amat indah. Kelihatan sebuah pemandangan air terjun yang
sangat tinggi dan deras airnya sedang mengalir dari puncak yang curam. Di kiri kanan air terjun
tersebut terdapat batu-batu besar yang bertindan-tindan. Kawasan tersebut berlatarkan
rimbunan pohon-pohon menghijau .
Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk , jalinan dan ruang .

3. Satu kumpulan askar sedang menjalankan operasi di dalam hutan tebal . Kelihatan mereka
sedang berjaga-jaga sambil menyandang senjata api . Mereka juga sedang menggalas beg pada
bahagian belakang masing-masing .
Gambarkan suasana berikut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang .

4. Sedang sedang berjalan di satu kawasan yang sunyi .Di hadapan anda kelihatan satu
pemandangan yang amat mengagumkan . Di hadapan anda terdapat sebuah bukit pada
puncaknya kelihatan satu istana lama yang terbiar . Bangunan istana itu sangat besar dengan
struktur bumbung yang curam .
Gambarkan suasana tersebut dengan perspektif yang sesuai .

5. Kelihatan seorang pemuda sedang menjalankan aktiviti sukan memanjat bukit batu.
Dalam keadaan cemas kelihatan tangan pemuda tersebut sedang mencengkam pada
batu bagi mengelakkan dari terjatuh . Kelihatan juga beberapa peralatan mendaki terikat
kemas pada badan pemuda tersebut .
Gambarkan suasana yang cemas itu.

6. Pada waktu petang di sebuah dahan kayu kelihatan seekor ibu burung sedang menjaga
sarangnya . Sarang tersebut diperbuat dari lalang-lalang kering bercampur dengan
beberapa ranting kayu . Kelihatan juga beberapa biji telur di dalam sarang burung tersebut .
Gambarkan suasana tersebut .

KERTAS SOALAN TAMAT


SISIPAN :
SOALAN 1 :
SOALAN 2 :
Cadangan : Kertas lukisan dalam kedudukan potret

SOALAN 3 :
SOALAN 4 :
Cadangan : Kertas lukisan dalam kedudukan potret
SOALAN 5 :
Cadangan : Kertas lukisan dalam kedudukan potret

SOALAN 6 :

Anda mungkin juga menyukai