Anda di halaman 1dari 4

Di sebuah lebuh raya, kemalangan jalan raya telah berlaku.

Beberapa orang
anggota. polis dan ahli bomba sedang berusaha untuk mengeluarkan penumpang
kereta yang cedera. Di tepi jalan raya tersebut kelihatan sebuah papan iklan yang
besar. Ayat yang tertulis di atas papan iklan tersebut ialah "PANDU CERMAT,
JIWA SELAMAT.
Gambarkan suasana tersebut.

Di dalam sebuah kilang membuat payung, kelihatan dua orang pekerja sedang
melukis corak di atas payung payung yang telah siap dibuat. Di sebelah mereka,
dua orang pekerja sedang meletakkan payung-payung yang siap dibuat ke dalam
sebuah kotak.
Lukiskan suasana dalam kilang tersebut.

Promosi jualan perkakas buatan plastik sedang dijalankan di dalam sebuah bilik
jualan. Kelihatan beberapa orang pelawat sedang memilih perkakas-perkakas yang
diminati mereka. Di sekitar mereka terdapat pelbagai jenis perkakas buatan plastik
berwarna warni yang dipamerkan.
Gambarkan suasana, tersebut dari pandangan yang dekat.

Di tepi pantai berdekatan dengan sebuah gua, terdapat pelbagai jenis tumbuh
tumbuhan yang aneh tetapi cantik. Di tepi gua tersebut, beberapa ekor binatang liar
sedang berehat.
Gambarkan suasana tersebut.

Anda sedang menyelam di dasar laut di sebuah pulau yang terkenal. Di dasar laut
tersebut, terdapat pelbagai jenis karang yang mempunyai bentuk yang aneh. Di
dalam laut juga terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang berwarna warni. Anda
terasa amat kagum dengan pemandangan di dasar laut tersebut. Gambarkan
suasana berkenaan.

Pada waktu petang, angin taufan melanda sebuah perkampungan nelayan.


Kelihatan beberapa buah rumah papan diserang oleh angin taufan tersebut. Di
sebelah tepi rumah rumah tersebut, pokok pokok ditumbangkan oleh angin
kencang. Gambarkan suasana yang cemas itu.

Pameran reka cipta sains sedang dijalankan di dalam sebuah makmal. Kelihatan
beberapa orang pelawat sedang memerhati satu reka cipta baru yang kreatif. Di
atas meja-meja di sekitar mereka terdapat pelbagai reka cipta yang lain
dipamerkan. Gambarkan suasana tersebut dari pandangan yang dekat.

Pertandingan menyanyi sedang diadakan di sebuah dewan. Kelihatan seorang


peserta sedang beraksi dan menyanyi lagu di atas pentas dewan yang penuh dengan
sinaran cahaya pelbagai warna. Gambarkan suasana berkenaan dengan memberi
penekanan kepada, sinaran cahaya di atas pentas.
Pada waktu subuh, seorang penternak lembu sedang membawa lembu 1embunya
ke sebuah padang yang berdekatan dengan kandang lembu untuk memakan
rumput. Di sekitar padang tersebut, terdapat pokok-pokok kelapa yang tinggi.
Gambarkan pemandangan tersebut.

Di dalam sebuah perpustakaan, seorang pelajar sedang mencari buku rujukan. Di


sebelahnya terdapat beberapa buah meja dan kerusi, di mana beberapa orang
pelajar sedang membaca buku. Di belakang mereka terdapat rak rak buku yang
penuh dengan buku buku. Lukiskan sudut pemandangan dalam perpustakaan
tersebut.

Di belakang sebuah rumah papan, terletak sebuah pasu bunga yang ditanam dengan
tumbuhan yang cantik. Di sebelahnya terletak beberapa bekas tembikar besar yang
telah pecah. Lukis gambar tersebut pada pandangan dekat dengan memberi
penekanan kepada, tumbuhan hijau dan bekas bekas tembikar yang telah pecah.

Di dalam sebuah bilik, seorang pandai keris sedang membuat ukiran di atas sebilah
keris. Di atas sebuah meja yang terletak berdekatan dengannya, terdapat beberapa
keris yang telah siap dibina. Gambarkan suasana dalam bilik tersebut.

Di kawasan luar dewan berlepas sebuah terminal lapangan terbang, kelihatan


penumpang penumpang pesawat sedang bersiap sedia untuk memasuki bilik
pelepasan. Ada antara mereka yang bersalam salaman dan melambai lambaikan
tangan dengan ahli keluarga atau rakan-rakan mereka. Gambarkan suasana ini
dengan memberi perhatian terhadap perspektif yang betul.

Anda berada di sebuah kawasan yang ganjil. Terdapat beberapa makhluk asing
yang menyerupai kura-kura sedang sibuk membawa tangkapan lembaga besar di
atas sejenis kenderaan ajaib dan menuju ke arah tempat tinggal mereka. Kelihatan
awan dan habuk berwarna warni berterbangan di hadapan pintu masuk. Langit di
atas hampir ditutupi dengan asap yang berwarna kemerah merahan. Gambarkan
suasana yang sungguh aneh ini.

Di satu sudut padang bola yang lapang, seorang penjual sate sedang sibuk
mengipas sambil merenjis sate dengan minyak masak di gerainya yang bertempat
di bawah sepohon pokok besar. Matahari sudah terbenam dan langit kelihatan
hampir gelap. Api menjulang dan asap bakaran naik ke udara. Terdapat beberapa
orang pelanggan berkumpul di keliling gerai, menunggu bungkusan sate yang telah
dipesan. Kereta mereka terletak di tepi jalan. Gambarkan keadaan ini.

Sekumpulan wanita sedang berbual bual di hadapan sebuah rumah tradisional


Melayu pada waktu tengah hari. Ada di antara mereka yang duduk di atas tangga
dan ada yang berdiri di sisi tangga itu. Kelihatan beberapa pasang selipar
berselerak di keliling kaki tangga. Di ruang hadapan, dua orang kanak kanak
sedang asyik mengejar seekor ayam jantan. Gambarkan suasana berlengah lengah
dan riang gembira ini.

Seorang wanita tua yang bersanggul berbaju Melayu dan berkain sarung sedang
memetik bunga dari sepohon pokok kecil di taman. Pokok kecil itu dikelilingi oleh
tumbuhan tumbuhan bunga lain yang berwarna warni. Di latar juga kelihatan
warna kehijau hijauan dari tumbuhan tumbuhan lain. Ekspresi wajah orang tua ini
nampak tenang dan tenteram walaupun mukanya telah berkedut. Gambarkan
suasana ini dari jarak dekat.

Di tepi sebatang jalan yang sibuk di kota raya, beberapa orang pekerja sedang
memasangkan sebuah papan iklan. Kelihatan dua orang pekerja sedang menaikkan
papan iklan ke atas tiang dengan bantuan dua orang pekerja lagi yang berada di
atas tangga. Di latar belakang, kelihatan bangunan tinggi dan rendah tersusun rapat
antara satu sama lain dengan tompok tompok hijau tumbuhan di sana sini.
Gambarkan suasana ini.

Pemandangan di hulu sungai pada waktu pagi. Kelihatan seekor burung sedang
bertenggek di atas dahan pokok yang tumbang di tepi sungai. Terdapat juga
beberapa ekor ikan berenang di celah-celah rumput yang tumbuh di dalam air yang
jernih itu. Sinaran matahari mengakibatkan permukaan air sungai berkilau kilauan.
Gambarkan suasana yang nyaman dan menyenangkan itu dari jarak dekat.

Anda bersama seorang rakan telah menyelam ke dasar laut untuk membuat kajian
kehidupan laut. Ketika anda sedang asyik meneliti sejenis tumbuhan ganjil yang
beraneka warna dan jalinan, tiba tiba seekor ikan duyung muncul dari belakang
tumbuhan itu. Anda amat terperanjat kerana ikan duyung itu mempunyai wajah
yang sangat menakutkan dan badan yang ditumbuhi dengan duri duri yang tajam.
Gambarkan keadaan ini.

Gambarkan suasana di sebuah kebun rambutan dengan pohon pohon yang


kelihatan kekuning-kuningan atau kemerah-merahan kerana hasil buah rambutan
yang sangat lebat. Di satu sudut kebun, kelihatan beberapa orang pekerja sedang
memuatkan bakul-bakul buluh yang berisi buah rambutan ke atas lori yang sedang
menunggu. Terdapat juga pekerja pekerja yang sedang memikul bakul buah ke arah
lori tersebut. Catkan gubahan dengan memberi perhatian kepada pecahan ruang
yang menarik.

Suasana pasar pagi di desa. Kelihatan penduduk kampung sedang sibuk berulang
alik dan berbolak-balik di lorong yang sempit antara gerai gerai beraneka bentuk
dan susunan dengan barangan jualan yang berpelbagai jenisnya. Gambarkan
keadaan riuh rendah dan hiruk pikuk antara penjual dengan pembeli itu.

Suasana di bilik darjah. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang bergurau senda
sebelum guru masuk kelas dan memulakan pelajaran. Terdapat buku buku latihan
dan teks serta alat tulis berselerak di atas meja dan beg sekolah di atas beberapa
kerusi yang kosong. Papan hitam di latar juga penuh dengan tulisan nota yang
belurn dipadamkan. Gambarkan keadaan ini.

Pada musim kemarau, padi yang hampir masak telah layu dan sawah menjadi
kering kontang. Di beberapa tempat kelihatan tanah yang merekah akibat cuaca
yang panas dan kering itu. Di bawah sepohon pokok besar, seorang petani tua
sedang merenung dan bertafakur tentang keadaan sawah yang mengecewakan
dengan ekspresi wajah yang benar benar sedih dan sayu. Gambarkan situasi yang
memilukan hati ini dengan memberi perhatian kepada bahagian ruang depan, ruang
tengah, dan ruang belakang yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai