Anda di halaman 1dari 2

Sejarah

 berasal dari India dan negeri Cina yang kemudiannya


 dipengaruhi dengan motif pilihan yang diubahsuai dari sumber alam oleh tukang-tukang
tempatan.
 berkembang pesat  di istana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu pada kurun ke 15.
 Hasil tekat dijadikan pakaian kebesaran dan alat kelengkapan di
 kalangan kerabat diraja. Di Perak, senitekat pada asalnya dimonopoli oleh golongan istana.
Raja Permaisuri Perak pada akhir abad ke 19 merupakan pereka bentuk tukang yang banyak
menghasilkan reka bentuk tekat.
 dilangsungkan oleh masyarakat Cina Peranakan berketurunan baba dan Nyonya Melaka
serta orang-orang tempatan di beberapa negeri Melayu lain setelah kejatuhan Kesultanan Melayu
melaka.
 Tukang yang bersuji atau menekat dipanggil tukang sebu.
 Kehalusan dan keunikan seni tekat menampakkan mutu seni yang rumit, indah dan mewah.
 Konsep seni bersifat dua dimensi tetapi kebanyakan hasil tekatan digunakan untuk
penghasilan barangan tiga dimensi seperti tudung saji, sarung bantal, ciur, tapak sirih, kasut dan lain-
lain lagi.
 terbatas dan kegunaannya adalah terhad.
Jenis-jenis Tekat

1. Tekat timbul benang emas atau perak


 Benang emas atau perak diuji berulang-ulang dan berturut-turut di atas irasan baldu,
melangkahi mempulur kertas yang digunakan sehingga seluruh permukaan mempulur kertas diliputi
benang emas atau perak.
2. Tekat gubah
 Selain kain baldu, kain biasa boleh digunakan sebagai kain dasar. Mempulur tidak
digunakan. Acu yang  diperbuat daripada kertas yang ditebuk diletakkan di atas kain dasar sebagai
panduan untuk melukis corak.
 Benang ijuk urat daripada pelepah pokok Kabong atau enau berwarna hitam dililit
rapi dengan benang sutera merah (benang untina) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa
benang emas atau perak boleh diatur di atas kain dan ditindih ikat pada kain dengan menggunakan
benang sutera berwarna.
 Kedua-dua jenis tekat timbul dan tekat gubah sering diserikan lagi dengan manik dan
labuci yang ditaburkan pada ruang-ruang kosong atau yang tidak bertekat.
3. Tekat perada
 Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen yan ditebuk
berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian tepi kerawang disusuri dengan empat lembar
benang emas, ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagian bawah kerawang
yang bertepuk dilapikkan dengan kain berwarna lain atau cermin untuk mengindahkannya lagi.
 tidak lagi diusahakan sekarang.
Alatan Tekatan
Pemidang kayu
 dua jenis pemidang kayu,iaitu yang berkaki dan tidak berkaki.
 digunakan untuk tujuan meregang kain dan memudahkan tekatan dengan menggunakan
peregang, akan memudahkan bahagian tepi kain digunting.

Anda mungkin juga menyukai