Anda di halaman 1dari 14

Sejarah

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun
bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke
15 yang lampau. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik
menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-
negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain
di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-
nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang
penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain
songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan
tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas
sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan
imaginasi yang tinggi lagi unik.

Motif

Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara
motif-motif songket:

 Motif Tumbuh-tumbuhan
 Motif Binatang
 Motif Alam/Benda
 Motif Kuih

Corak

Corak kain songket lazimnya terdiri dari:

 Susunan bunga penuh


 Susunan bunga bertabur
 Susunan bercorak

Proses Pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik


menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di
permukaan alat tenun yang dipanggil �kek tenun�. Proses menyungkit dilakukan setelah
benang �karat butang� disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka
corak atau sulaman benang emas.

Mencelup benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat
benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

Melerai benang
Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini
dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz
panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

Menggulung

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan
loseng.

Menyapuk benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk
dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

Mengarak benang

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan
ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Menyongket benang

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi
dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat
dan dikenali sebagai proses ikat butang.

Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan
kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah
menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.

Penggunaan

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar


istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat
tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket
digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-
barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk
mempelbagaikannya.

Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini corak songket
mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah
diterapkan dengan corak songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.
TENUNAN SONGKET

Sejarah Songket
1. Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman.
Kemahiran dan kretiviti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan
yang indah lagi menarik.
2. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi
perkembangan tenunan tempatan.
3. Tenunan songket mula berkembang dibeberepa negeri terutama di negeri-negeri Pantai
Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
4. Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan
strata atau kedudukan seseorang.
5. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang
emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.
6. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat
biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
7. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis
dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk
beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.
8. Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun
dahulu. Alat-alat tenuna atau kek, motif dan ragamhiasnya sera cara menenun itu sendiri
memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar
hingga ke hari ini.

Motif  
1.
Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan
beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain.
Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.
2.
Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan.
Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian
tampuk buah-buahan.
3. Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-
bungaan.
4. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak
geometric.
5. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur
atau susunan bercorak.
6. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain.
7. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).
Susunan Motif Songket

1. Susunan bunga penuh


corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif benang emas dan perak ditenun
memenuhi keseluruhan kain.

2. Susunan bunga tabur

corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif
bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak dan lain-
lain. Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan kaki kain.

3. Susunan bercorak
susunan motif dibuat secara jaluran berdiri atau melintang.

Proses Tenunan Songket

Kek Tenun
Bahan dan Alat

Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat,
rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan
jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, benang
batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang
emas dan sumbi.

Teknik dan Proses

Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air
dan dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh
disiapkan ialah melerai, menganing, menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak,
menyolek dan menenun.

1. Melerai

Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk
diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua
jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan
sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk
benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan
berat.

2. Menganing

Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk
menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung
benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.

3. Menggulung

Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan
panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang
memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk
memastikan susunan kemas.

4. Menyampuk

Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat.
Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk
benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua
belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila
disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai
paku di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak
dan tidak berkedut.

5. Menghubung

Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang
tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan
menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan
berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.

6. Mengarak

Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan
melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah
karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang
anak kayu.

7. Menyolek

Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket.
Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang
dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. Jika
menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan
benang-benang alas ini disengkang pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas,
barulah kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan
lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan untuk
menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau
motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama
karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar menjadi kain songket.

8. Menenun

Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk
dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak
benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi
kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui
cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas
dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun
akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini
diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.

Corak terancang
Corak tak terancang

Anda mungkin juga menyukai