Anda di halaman 1dari 9

Perincian kraf Seni Tenunan

Seni Tenunan
1. Sejarah Ringkas(Pengenalan) Tenunan di Malaysia dipercayai berkaitan dengan pendatang yang kebanyakannya terdiri dari pedagang-pedagang. Pedagang-pedagang dari Jawa, Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis telah memperkenalkan beberapa jenis kain tenunan. Beberapa corak tenunan yang dihasilkan di Terengganu dan di Kelantan misalnya telah diberi nama seperti tempat asal pedagang-pedagang tersebut. Dengan ini terdapat tenunan corak Samarenda (Borneo Timur), corak Bugis dan corak Palembang. Tenunan ini termasuk juga kain corak Muar dari Johor. Tenun biasa ialah tenunan yang menghasilkan kain yang sering digunakan oleh golongan masyarakat biasa, terutama tenunan yang dibuat dari bahan benang kapas. Benang sutera juga digunakan tetapi harganya lebih mahal dari tenunan benang kapas. Tenunan kapas juga dipercayai merupakan tenunan pertama yang wujud di Kelantan dan ia lebih dikenali sebagai kain tenun balas dan setuli benang. Corak-coraknya juga sederhana disebabkan benang-benang masih terbatas warnanya. Pada masa yang sama iaitu kira-kira pada awal abad ke -18, masyarakat telah mengenali kain cindai, kain Bugis dan kain Acheh. Akan tetapi penenun tempatan mencipta corak-corak dengan menyusun benangbenang pada anian tanpa meniru kain-kain yang didatangkan dari luar.

2. Alat dan bahan a) Jengkuan b) Kayu tebal c) Lidi panjang d) Kayu lambongan e) Kayu karap f) Beliak g) Pelayang h) Kayu rakup i) Sengkabit j) Benang k) Tali rafia l) Pewarna

24

Perincian kraf Seni Tenunan

3. Teknik dan kaedah penghasilan I. Proses menenun songket Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

a) Mencelup benang Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

b) Melerai benang Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat. c) Menganeng benang Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

25

Perincian kraf Seni Tenunan

d) Menggulung Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

e) Menyapuk benang Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerjakerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera. f) Mengarak benang Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

g) Menyongket benang Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.

h) Menenun Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut
26

Perincian kraf Seni Tenunan

corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz. II. Proses menenun kain pua a) Memproses Benang Benang putih yang telah dipilih direndam semalaman di dalam air bersih. Kemudian dimasukkan ke dalam campuran kanji supaya benang yang akan digunakan dalam tenunan pua ini tidak berbulu dan tidak mudah putus. b) Menggulung Benang Benang mentah yang telah dikanji dan dikeringkan akan dimasukkan ke dalam 'Pelayang Benang' untuk digulung dalam bentuk bebola. c) Menggirit Alat tenunan (tumpoh) akan digunakan dalam proses ini. Proses menggirit dilakukan dengan membawa mangkuk yang berisi benang dari bahagian kiri alat tenunan dan dibawa dari bawah ke atas dan diselitkan anak-anak kayu di antaranya untuk memudahkan kerja-kerja mengarap kelak. d) Mengarap 'Kayu Lambongan' digunakan untuk memasukkan benang yang terselit antara kayu-kayu kecil dan dikait menggunakan jari. Benang ini kemudian akan diikat pada kayu kecil yang disusunkan antara 'Kayu Lambongan' dan 'Beliak'. e) Menegi Proses menegi dilakukan supaya memudahkan lagi proses mengikat. Benang yang telah digarap akan ditegi kepada dua bahagian (bahagian atas dan bawah). Setelah siap ditegi dan dijahit pada bahagian atas dan bawah, benang akan ditegangkan dengan diselitkan dua batang kayu di atas 'Tangga Benang'. f) Mengikat Motif (Pertama) Jaluran-jaluran berpandukan benang corak tadi yang akan diikat

dikehendaki

dengan tali 'rafia'. Tujuan mengikat ialah supaya ikatan tidak diserap oleh warna apabila melakukan proses pencelupan kelak. g) Mencelup Warna (Pertama) Benang yang telah diikat dikeluarkan dari tangga benang, direndam dan dibilas dengan air. Kemudian, ia dicelup ke dalam bahan pewarna mengikut warna yang dikehendaki.
27

Perincian kraf Seni Tenunan

Selalunya warna merah menjadi pilihan proses mewarna pertama tenunan pua ini.

h) Mengikat Motif (Kedua) Benang yang telah dikeringkan, akan

menjalani proses mengikat kali kedua tapi ikatan yang pertama tadi dibiarkan (tidak dibuka). Cuma ikatan pada benang ditambah untuk tujuan mencelup warna kedua.

i) Menenun Pua Benang yang telah dibuka ikatan akan dimasukkan pada alat tenunan. Bahagian atas benang

dimasukkan pada kayu rakup dan bahagian bawah akan disusupkan pada kayu panjang sebelum diikat pada bahagian bawah alat tenunan dan ditarik sehingga tegang. Bahagian bawah ini disambung dengan 'Sengkabit' (alas belakang semasa

menenun). Kemudian, benang yang dilancarkan dengan 'Jengkuan' akan dipangkah oleh benang kapas untuk dijadikan kain pua pula.

4. Ciri-ciri Pua kumbu ditenun oleh wanita yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Bagaimanapun, motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan: a) Motif Engkeramba Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang. Biasanya, motif engkeramba hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Ini adalah kerana mereka benar-benar mahir menenun cara ikat. b) Motif Fauna

28

Perincian kraf Seni Tenunan

Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi). Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. Motif ular pula tidak ditenun dengan sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu. Motif katak pula ditenun dengan gaya seperti manusia. Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak. Selampai dikatakan mempunyai kuasa menciptakan bayi. Motif harimau dan tikus kesturi sering dikarang dalam bentuk abstrak. Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. Burung pula dikatakan pembawa alamat baik. Kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. Motif rusa pula mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu. Motif-motif serangga seperti labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipan sering dimasukkan dalam tenunan pua. 5. Jenis-jenis Jenis-jenis tenunan ini juga disebut sebagai tenunan bercorak kerana tidak terdapat bentuk motif yang digunakan kecuali ruang, petak dan jaluran. Dari segi penciptaan ragamhias, tenunan ini termasuk dalam bentuk yang paling sederhana. Ragam hiasnya hanya terdiri dari corak dan sedikit bentuk motif berselitkan benang emas. a) Kain bercorak Kain bercorak yang terkenal ialah corak Muar dengan menggunakan warnawarna dari cahaya muda dalam bentuk susunan petak dam. Warna yang sering digunakan ialah kelabu, merah samar, jingga muda, putih, biru laut, hijau lumut dan kuning susu. Terdapat juga penggunaan caban benang emas yang menghasilkan bentuk motif garis halus atau kesan titik berbunga kecil, bertabur menghiasi ruang dan bidang-bidang bewarna. Bentuk motif yang terdapat pada kain tenun bercorak dikenali sebagai kain corak hujan panas iaitu kesan berkilat disebabkan oleh benang emas. Sedangkan garis lurus yang halus dari benang emas disebut sebagai tenun/songket selit. Kalau selitan ini terdapat pada bahagian kepala kain ia disebut corak beragi. b) Kain corak Bugis
29

Perincian kraf Seni Tenunan

Kain corak Bugis selalunya dihiaskan dengan corak susunan catur yang sederhana tetapi terdapat banyak variasi/ragaman. Ruang kotak lebih kecil jika dibandingkan dengan kain corak Muar. Manakala warna yang digunakan sebagai latar ialah hijau atau merah.

c) Kain corak Samarenda Kain corak Samarenda umumnya dipenuhi dengan ruang lebar yang melintang serta berlatarkan warna gelap seperti ungu tua dan hitam sebagai tanah kain. Penggunaan benang loseng yang dicelup ikat akan menghasilkan corak 'tartan' atau bintik ular sawa, juga dikenali sebagai ragi bunga cuai. Beberapa corak lain yang sering dicipta ialah corak berdiri, melintang, mata bilis, siku keluang dan kisi-kisi. Jika dibandingkan corak ini dengan corak yang terdapat pada anyaman memang tidak banyak bezanya. Perbezaan jelas hanya terletak pada bahan asas yang digunakan serta proses penciptaan. d) Kain Cindai Catatan sejarah membayangkan bahawa kain cindai dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-12 atau ke-13 Masihi. Kain ini berasal dari Hadrami di wilayah Gujerat, India dan dibawa ke negara ini oleh pedagang Islam melalui pelabuhan Terengganu. Kain cindai ialah sejenis kain nipis dan ringan yang ditenun daripada benang sutera yang sederhana kasar. Coraknya dihasilkan dengan teknik ikat dan celup. Kain cindai dibahagikan kepada dua jenis iaitu cindai jantan dan cindai betina. Perbezaannya dikenali pada corak atau bunga dan pada warna latar atau tanahnya. Cindai jantan mempunyai bunga yang kasar dan garang, manakala cindai betina menampilkan bunga yang halus dan lembut. Bunga kain cindai diberi nama yang unik seperti giling kacang, hujan lebat, sekawan merpati dan tikar ru.

e) Kain Limar Pada tahun 1773 pemerintah Melaka, Sultan Mansur Syah I telah meminta para penenun istana mencipta sejenis kain yang menyerupai kain cindai dan kain songket. Daripada pemerintahan diRaja itu, lahirlah kain limar. Ketika kain limar mula-mula dihasilkan dahulu, kombinasi warna-warna buah limau iaitu rentetan warna dari hijau kuning ke merah tua digunakan. Kain limar ditenun daripada benang sutera dan bersulam benang emas. Kedua-dua cara digunakan untuk membuat kain cindai dan kain songket. Teknik buatan kain
30

Perincian kraf Seni Tenunan

limar sama dengan kain cindai cuma perbezaannya sebelum ditenun, coraknya ditentukan dengan cara mengikat benang-benang itu berkelompok pada alat aning. Kain limar merupakan pakaian wanita istana pada zaman dahulu.

f) Tenunan Pahang Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripada Sulawesi dan dibawa ke Pahang pada abad ke-16. Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan atau Keraing Aji yang berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Dari Pahang, corak ini berkembang ke Kelantan dan Terengganu. Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali sebagai kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan. Motif utama ialah petak-petak dan jalur tegak atau melintang.

g) Tenunan Rungus Kain yang ditenun secara tradisional ini diusahakan oleh kaum Rungus yang mendiami daerah Kudat, Sabah. Tenunan Rungus menggunakan benang kapas. Proses menenun kain Rungus ini serupa dengan proses menenun kain dastar dan kain pua. Alat tenunan dipanggil kek sandang belakang untuk menenun dastar dan disebut babaal dalam bahasa Rungus. Warna tradisi kain Rungus ialah hitam, merah, kuning dan putih. Warna kuning dan putih digunakan sebagai warna rekacorak dan jalur. Corak kain ini direka supaya jalur-jalur tersusun mengikut motif yang berlainan. Motif tenunan Rungus berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan.

h) Tenunan benang kapas Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil sederhana iaitu jenis awal yang ditemui di wilayah budaya tekstil Melayu pesisir. Tekstil ini khususnya yang diperbuat daripada kapas dipakai oleh kalangan rakyat biasa. Tenunan biasa berhias corak hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng berwarna. Pada peringkat ini, tenunan biasa masih di peringkat sederhana iaitu belum lagi diberi motif hiasan. Tenunan bercorak mula memperlihatkan keindahan khususnya apabila benang sutera atau benang emas diselit untuk mengimbangi motif jalur atau garis kecil seperti pada kain hujan emas. Hampir seluruh wilayah budaya tekstil melayu seperti Kelantan, Terengganu, Pahang,
31

Riau-Siak,

Sulawesi,

Minangkabau,

Perincian kraf Seni Tenunan

Palembang menghasilkan tenunan biasa atau tenunan becorak yang seperti ini.

i) Tenunan Pua Tenunan Pua diusahakan oleh kaum Iban di Sarawak. Alat tenunan tradisional ini dinamakan kei tumpah. Alat ini biasanya tersimpan di beranda rumah panjang. Semasa menenun, alat ini diikatkan pada tiang rumah dan tenunan diregangkan dengan menyandangkan pada penenun. Tenunan pua dikaitkan dengan cara hidup masyarakat Iban. Kerja menenun itu dilakukan sendiri mengikut adat, penenun mesti akur pada petua dan pantang larang. Misalnya, rekacorak hantu atau roh yang dikenali sebagai engkeramba tidak boleh ditenun di pinggir pua. Rekacorak itu mesti ditenun di tengah-tengah pua dan dipagari oleh rekacorak kemerbai. Jika tidak dilakukan sebegitu, hantu atau roh itu akan terlepas dan mengacau penghuni rumah panjang atau mungkin membawa malapetaka ke atas mereka. Tenunan pua ada pelbagai jenis. Di antaranya ialah pua mata, pua rara dan pua kumbu. Pua kumbu adalah pua yang paling rumit. Cuma penenun yang mahir dan cekap sahaja sanggup untuk menghasilkannya. Manakala, pua mata dan pua rara biasanya ditenun oleh penenun yang kurang mahir atau baru belajar. Kebanyakan corak yang digunakan adalah berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan binatang. Motif tenunan dihasilkan daripada teknik ikatan iaitu ikat dan celup. Pewarnan tenunan pua diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan seperti kunyit, pinang dan kulit kayu baku. Warna utama yang digemari adalah merah tua, coklat, kuning dan hitam. Biasanya kain pua yang kasar dijadikan selimut manakala kain pua yang halus dijadikan kain sarung dan jaket untuk dipakai pada majlismajlis tertentu. Kini, kegunaan kain pua dipelbagaikan seperti hiasan dinding, beg tangan, kulit fail, alas meja dan sebagainya.

6. Tokoh-tokoh a) Hajah Ngah binti Taib b) Tengku Ismsail Tengku Su c) Hajah Atikah binti Ahmad d) Hajjah Kalsom Haji Hussien

32

Anda mungkin juga menyukai