Anda di halaman 1dari 14

ESTETIKA PAKAIAN

DALAM PERSEMBAHAN
TEATER TRADISIONAL MAK YONG DAN MEK MULUNG

ATT3063 TEATER ASIA

NAMA NO. MATRIK PROGRAM SEMESTER


SITI NUR ASYIQIN BINTI ROSLAN D20171079182 ISM SENI 2
PERSEMBAHAN (2017/2018)
(TEATER)

NAMA PENSYARAH:- Profesor Madya Dr. Mohd Kipli bin

Abdul Rahman
1. PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, estetika ialah cabang falsafah yg mengkaji konsep yg

berkaitan dgn keindahan, cita rasa, dan lain-lain. Bukan itu sahaja, Estetika adalah tentang

keindahan alam dan seni. Estetika adalah sebuah pengalaman estetik yang menyeronokkan

yang penuh makna. Di dalam pengalaman estetik, seseorang itu menganggap seni akan

kehilangan jati dirinya kerana telah lebur dalam nilai-nilai yang ditawarkan oleh benda seni.

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, persembahan adalah merupakan sesuatu yang

dipersembahkan kepada umum.

Teater Asia terdiri dari pelbagai budaya yang sangat kompleks akibat penyebaran ajaran

agama terutama Hindu, Buddha, Konfusius, Islam dan Animisme. Semua yang terlibat,

pelakon, pemuzik dilatih dalam tradisi dan juga kepercayaan dalam komuniti mereka. Dan ini

telah diturunkan dari generasi ke generasi. Bukan itu sahaja, seni teater di asia adalah melalui

‘penghantaran peribadi’ yang dilakukan dalam satu bentuk festival atau perayaan atau

sebuah upacara yang dibantu dengan ritual yang sering dilakukan dalam aktiviti seharian di

Asia. Dengan itu, diberi ekspresi dalam bentuk persembahan teater.

Seterusnya, seni persembahan teater ini merupakan seni yang berasal dari bunyi, irama

dan isyarat yang berpunca daripada sumber asli. Namun, ianya berbeza-beza dan memberikan

perpaduan ungkapan melalui pelakon. Dan pada akhirnya, persembahan itu menghasilkan

sikap sosial tertentu dan cara hidup dan kelakuan. Dan mereka sudah terlalu terbiasa dengan

deria komunikasi sebagai kaedah menggerakkan emosi mereka dan faktor ini mengena

kepada kesan muktamad pada gaya teater. Dalam drama Asia, tarian dan muzik tidak dapat

dipisahkan. Oleh itu, kebanyakan bentuk tradisional seni persembahan Asia menggabungkan

drama, tarian dan muzik.

2
Seterusnya, di dalam persembahan teater tradisional itu sendiri sudah pasti mempunyai

estetikanya yang tersendiri dari segala aspek iaitu, nyanyian, tarian, muzik dan pakaian dan

banyak lagi. Dari segi nyanyian, lagu yang dinyanyikan mempunyai maknanya yang

tersendiri. Begitu juga dengan tarian dan juga muzik yang digunakan. Pakaian pula adalah

untuk mengambarkan sesuatu watak itu. Seterusnya, teater tradisional tidak mempunyai skrip

yang lengkap dan mereka hanya menggunakan teknik improvisasi di dalam persembahan.

Dan kejadian tersebut adalah merupakan salah satu tarikan atau estetika yang ada dalam

setiap persembahan teater tradisional.

Oleh itu, saya telah memilih untuk mengkaji estetika dalam persembahan Mak Yong dan

Mek Mulungdari aspek pakaian. Disini dapat kita lihat persamaan dan perbezaannya dari segi

pakaian, walaupun kedua-duanya adalah dalam bentuk teater tradisional di Asia. Bahkan,

stuktur persembahan bagi kedua-dua persembahan ini mempunyai sedikit ciri persamaan.

Kedua-dua persembahan tradisional ini menggunakan pakaian yang mengambarkan

estetikanya yang tersendiri.

3
2. TEATER TRADISIONAL

I. PENGENALAN MAK YONG

Teater tradisional Mak Yong telah wujud di istana patani kira-kira sejak 400 yang lalu dan

kemudian terus tersebar ke negeri di timur semenanjung malaysia. Kepastian perkataan Mak

Yong itu sendiri masih lagi tidak dapat diertikan. Namun, besar kemungkinan ianya berasal

daripada upacara pemujaan, atau roh ubi atau juga roh padi. Di dalam Mak Yong dia berlagak

menjadi perantaaran yang mewakili Raja besar dan rakyatnya. Pada pemulaan persembahan,

Mak Yong menjadi seorang bomoh yang bertindak sebagai shaman atau sebagao orang

perantaraan yang akan hadir.

Makyong merupakan sebuah tarian sebuah tarian melayu yang sangat unik dan halus

sifatnya. Ianya merupakan gabungan antara muzik, tarian, drama dan komedi yang

dipentaskan secara keliling, atau dalam bentuk bulatan. Kesemua pelakon yang terlibat ialah

wanita kecuali pada watak peran sahaja yang menggunakan pelakon lelaki. Hal ini kerana,

pada asalnya tarian Mak Yong ini merupakan hiburan buat permaisuri di istana. Oleh itu

bimbang akan permaisuri atau puteri bakal jatuh hati, maka persembahan tersebut hendaklah

dijalankan oleh semua penari wanita.

4
Seterusnya, persembahan Mak Yong dimulakan dengan acara ritual iaitu bacaan

kenduri, buka alat muzik, buka panggung dan juga lagu bertabuh yang bertujuan untuk

memanggil penonton. Lagu yang dimainkan untuk permulaan ialah lagu yur, sedayong pak

yong, barat anjur, dan sedayong Mak Yong yang dimainkan tanpa vokal. Setelah itu barulah

masuk ke mengadap rebab. Ini menandakan kemunculan para pelakon dan penari. Dan

seterusnya, sedayong Mak Yong yang dinyanyikan oleh Mak Yong. Setelah itu barulah

masuk ke pecah cerita. Ini dimulakan setelah pak yong mengenalkan diri. Antara cerita yang

ada bagi Mak Yong adalah, Dewa Pencil, Dewa Sakti, Anak Raja Gondang dan banyak lagi.

II. PENGENALAN MEK MULUNG

Mek Mulung merupakan sebuah persembahan teater tradisional yang berasal dari Mukim

Wang Tepus, Jitra Kedah Darul Aman. Ianya merupakan suatu adunan kesenian yang telah

digabungkan dalam suautu persembahan yang terdiri daripada unsur lakonan, nyanyian,

tarian dan muzik. Walaupun kelihatan mudah namun persembahan ini mempunyai keunikkan

dan nilai yang tinggi.

5
Nama Mek Mulungberasal daripada perkataan ‘mek’ yang merujuk kepada gadis-

gadis. Manakala, perkataan ‘mulung’ itu sendiri merupakan nama hutan dimana tempat

mulanya persembahan ini. Seterusnya, ada juga yang mengatakan bahawa tarian Mek

Mulungini berasal dari Legor, Siam yang kemudiannya diperkenalkan di Kedah ketika

berlakunya persengketaan antara Kedah-Siam. Pada mulanya, Mek Mulungini diperkenalkan

di Kampung Perit, Mukim Kurung Itam, Jajahan Kuala Nerang. Dan seterusnya

dikembangkan ke Kampung Belukar Mulung, Kampung Paya Keladi dan Akhirnya di

Kampung Wang tepus, Jitra, Kedah. Kini, Mek Mulungmerupakan satu permainan tradisi

yang dipersembahkan setiap tahun di Wang Tepus.

Persembahan Mek Mulungdimulakan dengan upacara bertabuh. Selepas sepuluh

minit, barulah lagu pembukaan yang lebih dikenali dengan lagu bertabik dimainkan. Lagu

bertabik ini dimulakan oleh seorang ketua kumpulan dan disambut oleh ahli-ahli kumpulan.

Lagu tersebut adalah untuk memberi penghormatan kepada segala jin, guru-guru dan para

dewa. Sementara itu, tiga orang puteri akan menyanyi sambil menari. Tarian-tarian tersebut

ialah, Tarian Sembah, Tarian Gambang, Tarian Puteri Mabuk, Tarian Menora, Tarian Sirama,

Tarian Puteri Masuk Bilik Air dan Tarian Sedayung. Setelah selesai Tarian ini maka

selesailah lagu bertabik. Selepas itu, pencerita akan memulakan hikayatnya. Peranan

peristiwa ini dilakukan oleh Pak Mulung. Selain itu, semua pertukaran adegan atau

perpindahan suasana di dalam cerita akan dilakukan dengan cara nyanyian beramai-ramai.

6
3. PAKAIAN

A. PAKAIAN UNTUK MAK YONG

Di dalam sesebuah persembahan Mak Yong, tidak menggunakan props yang banyak tetapi

pakaian watak-watak adalah lengkap dan mahal harganya.. Watak-watak penting dalam Mak

Yong diberikan nama khas dan setiap watak mempunyai pakaian lengkapnya sendiri walau

untuk apa cerita sekalipun.

SETANJAK

ROTAN BERAI LAI

PAK YONG

Antara watak utama dalam persembahan ini ialah, Pak Yong. Pak Yong merupakan

raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita Mak Yong. Yang kedua, Pak Yong

Muda. Merupakan watak utama atau hero dalam cerita Mak Yong. Pakaian bagi kedua-dua

watak ini adalah sama. Kedua-duanya memakai setanjak atau mahkota diperbuat daripada

baldu khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai tepi yang berkilau. Manakala, di

bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum melur. Seterusnya, setanjak Pak

Yong Tua dihiasi lebih indah daripada warna yang lebih tua. Kedua-dua Pak Yong ini

7
memakai baju sutera berwarna kuning, kemas, tidak berkolar, berlengan pendek. 'Lai' atau

hiasan dari manik-manik dan mutu manikam, labuhnya hingga hampir ke pinggang dipakai di

atas baju. Semua pelakon tidak memakai kasut kerana mereka bermain di hadapan Raja dan

pembesar-pembesar. Bukan itu sahaja, Pak Yong juga membawa seikat rotan yang dipanggil

rotan berai. Rotan ini digunakan untuk memukul peran.

Watak seterusnya ialah Mak Yong, Mak Yong ialah permaisuri dan dalam sesetengah

cerita mengambil peranan yang penting sebagai watak utama. Manakala, Puteri Mak Yong

merupakan heroin dalam cerita Mak Yong. Pakaian Mak Yong Puteri juga hampir sama.

Mereka akan memakai kebaya sutera dan berkerongsang emas dan permata. Sarung sutera

diikat dengan tali pinggang dan mereka mempunyai pending batu permata dan lebih cantik

daripada pending Puteri Mak Yong. Selain itu, sehelai kain sibar tergantung di bahu kiri dan

diselitkan pada pending dan panjangnya hingga ke paras lutut. Kain sibar ini biasanya

bertekat benang emas. Kedua-dua mereka ini memakai pemeles, tali tangan emas, gelang

kaki emas dan cincin pemberian dari raja.

8
Seterusnya, Peran. Bagi watak ini, terdapat beberapa orang peran atau lebih dikenali

sebagai pelawak dalam cerita Mak Yong. Peran tua biasanya memegang watak yang lebih

penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran

adalah watak yang kelakar. Di dalam persembahan ini, Peran kebiasaanya memakai baju

pendek biasa atau baju pagoda, kain sarung dan sepasang seluar besar. Mereka juga memakai

semutar daripada kain benang yang pada waktu lain boleh juga diikatkan ke pinggang.

Memandangkan watak peran ini merupakan watak lawak, kadang-kala pakaian yang dipakai

itu menampakkan sedikit keceriaan dan ditambah dengan tatarias yang lawak. Peran

mempunyai props yang tersendiri iaitu parang yang diperbuat daripada kayu.

Akhir sekali, Dayang-dayang yang terdiri daripada gadis-gadis manja yang juga

bertindak sebagai penari atau pengiring Mak Yong atau Puteri Mak Yong. Lain-lain pelakon

yang mengambil bahagian ialah watak dayang memakai kebaya dan sarung sutera tetapi tiada

berpending atau kain sibar. Mereka memakai sanggul dan bunga melur dilekat pada sanggul.

9
B. PAKAIAN UNTUK MEK MULUNG

Dalam sesebuah persembahan teater Mek Mulung, Raja atau Pak Mulung merupakan watak

utama dalam persembahan Mek Mulung, Ia dibantu oleh tiga orang iaitu peran tua, peran

muda, peran kiau, seorang ahli nujum yang di panggil tok wak, seorang inang dan beberapa

orang penari. Jumlah peran adakalanya lebih daripada tiga orang. Keadaan ini banyak

bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang hendak pada satu-satu masa. Meskipun

demikian, watak-watak peran tambahan hanya dikenali sebagai ‘peran’ sahaja tanpa apa-apa

gelaran khusus. Kesemua pelakon adalah terdiri daripada lelaki.

Para pelakon dan penari dalam persembahan Mek Mulung memakai pakaian tertentu.

Raja atau Pak Mulung memakai sepasang baju melayu, bersamping songket, sehelai

tengkolok, sibai yang merupakan selampai penutup bahu dan dada, ikat bengkung serta

sisipan sebilah keris di bahagian pinggang. Para peran memakai pakaian biasa; sama ada

sehelai kain pelekat dan ikat pinggang dengan baju ‘singlet’ ataupun berseluar dan berbaju

biasa. Walau bagaimanapun mereka mesti mempunyai sehelai kain bulat pengikat pingang

dan memakai topeng. Topeng-topeng inilah yang membezakan watak dan peranan masing-

masing. Tok Wak pula biasanya memakai kain biasa disamping memakai topeng berwarna

hitam. Sementara itu watak inang memakai kain bersama sehelai penutup kepala. Para penari

pula memakai baju kebaya labuh persis pakaian seorang wanita

10
11
4. PERSAMAAN PAKAIAN DIANTARA MAK YONG DAN MEK MULUNG

MAK YONG MEK MULUNG

 Pak yong menggunakan rotan berai  Pak mulung menggunakan rotan berai

 Peran memakai baju pendek biasa, kain  Peran memakai baju pendek biasa /

sarong, seluar besar & golok yang singlet, kain sarong, seluar besar & golok

diperbuat daripada kayu yang diperbuat daripada kayu

 Dayang memakai baju kebaya labuh  Dayang memakai baju kebaya labuh

 Tidak memakai selipar atau kasut  Tidak memakai selipar atau kasut

Dalam persembahan Mak Yong dan Mek Mulung, dari segi estetika pemakaian bagi

pelakon. Terdapat beberapa persamaan yang boleh dilihat di dalam kedua-dua persembahan

ini. Antaranya ialah, Pak Yong dan Pak Mulung atau Mek Mulung menggunakan rotan berai.

Rotan berai ini digunakan untuk memukul peran. Selain itu, bagi watak peran, kedua-duanya

hanya memakai baju biasa, kebiasaanya watak ini hanya memakai baju pagoda putih, seluar

besar, kain sarong dan menggunakan golok yang diperbuat daripada kayu sebagai props.

Tetapi pada zaman kini, watak peran ini dipakaikan pakaian yang pelbagai untuk

menampakkan peranannya watak peran ini sebagai pak lawak tetapi tidaklah lari jauh pada

pakaian asalnya. Selain itu, bagi watak-watak dayang, kedua-dua persembahan ini memakai

baju kebaya labuh. Selaim itu, para pelakon tidak memakai kasut atau selipar ini kerana bagi

mak yong, persembahan tersebut dilakukan di hadapan pembesar-pembesar diraja. Manakala

bagi persembahan mek mulung, juga tidak memakai kasut ataupun selipar semasa

persembahan berlaku. Ini kerana sebelum ini persembahan dilakukan di bangsal. Walaupun,

persamaan dapat dilihat bagi kedua-dua persembahan, namun estetika dari aspek struktur

persembahannya berbeza.

12
5. PERBEZAAN PAKAIAN DIANTARA MAK YONG DAN MEK MULUNG

MAK YONG MEK MULUNG

 Pakaian Pak yong  Pakaian Pak Mulung

 Pakaian Puteri  Pakaian puteri

 Peran tidak memakai topeng  Peran memakai topeng

Selain daripada persamaan, terdapat jua perbezaan bagi kedua-dua persembahan yang

dikaji. Tambahan lagi dari segi pemakaian pelakon. Bagi persembahan Mak Yong, kostum

bagi pak yong sangat berbeza dengan mek mulung, ini kerana, pak yong memakai setanjak

atau mahkota diperbuat daripada baldu khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai

tepi yang berkilau. Manakala, di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum

melur. Kedua, Pak Yong ini memakai baju sutera berwarna kuning, kemas, tidak berkolar,

berlengan pendek. 'Lai' atau hiasan dari manik-manik dan mutu manikam. Hal ini sangat

berbeza dengan mak yong, kerana watak Pak mulung memakai sepasang baju melayu,

bersamping songket, sehelai tengkolok, sibai yang merupakan selampai penutup bahu dan

dada, ikat bengkung serta sisipan sebilah keris di bahagian pinggang. Disini dapat kita lihat

bahawa, watak pak yong dan pak mulung mempunyai banyak perbezaan dari segi pakaian.

Dari segi, baju, pemakaian lai, jenis tengkolok, penggunaan keris dan banyak lagi. Tengkolok

Yang dipakai oleh Pak Mulung sangat berbeza dengan Pak yong.

13
Bagi baju puteri pula, dalam persembahan Mak Yong, Mereka akan memakai kebaya

sutera dan berkerongsang emas dan permata. Sarung sutera diikat dengan tali pinggang dan

mereka mempunyai pending batu permata. Selain itu, sehelai kain sibar tergantung di bahu

kiri dan diselitkan pada pending dan panjangnya hingga ke paras lutut. Kain sibar ini

biasanya bertekat benang emas. Kedua-dua mereka ini memakai pemeles, tali tangan emas,

gelang kaki emas dan cincin pemberian dari raja. Walaupun puteri di dalam mek mulung

turut memakai baju kebaya labuh, namun terdapat perbezaanya, contohnya seperti headgear

yang dipakai.

Bagi watak peran pula, di dalam persembahan mak yong, peran tidak memakai

topeng, tetapi di dalam mek mulung, peran memakai topeng dan ini merupakan satu

perbezaan. Di mana topeng yang dipakai semasa persembahan mek mulung mempunyai

peranan untuk membezakan watak peran tersebut. Manakala di dalam persembahan Mak

Yong, watak peran hanya melukiskan wajah mereka supaya kelihatan kelakar.

6. KESIMPULAN

Kesimpulannya, kedua-duanya mempunyai keindahan atau estetika masing-masing hanya

melalui pakaian. Walaupun kedua-dua persembahan teater tradisional ini mempunyai sedikit

persamaan dan perbezaan namun estetikanya boleh kita lihat dari pelbagai aspek.

Terutamnaya dari aspek pakaian. Ia membawa aura yang tersendiri apabila melihat pemain

memakai pakaian rasmi setiap persembahan mereka selain daripada liuk lentok gerak tari

mereka, alunan muzik dan sebagainya. Akhir sekali, nilai estetika sesuatu persembahan itu

seharusnya dilihat luas dari segala aspek.

14

Anda mungkin juga menyukai