Anda di halaman 1dari 32

SENI LAKON MELAYU

Seni lakon merupakan pertunjukan yang menggabungkan penggunaan


elemen pentas, pemain peranan, dan mempunyai nilai aksi yang dramatik.
Apa yang menjadikannya bentuk lakon ialah pertunjukan itu
mengandungi sesuatu peristiwa atau cerita yang lengkap di dalamnya.
Kandungan cerita atau peristiwa ditunjukkan atau dizahirkan melalui

lakonan.
Persembahan diolah mengikut pembahagian:
i.

Segmen atau sikuan secara kronologi

ii.

Kemuncak aksi

iii. Penyelesaian

TRADISI SENI
LAKONMELAYU
Bersifat pementasan langsung

Dipertonton dilihat dan disambut

Pengerjaan seni lakon adalah penghantaran kisah sebenar atau rekaan melalui aspek dialog teknikal
dan sebagainya hingga mampu memberi kenikmatan kepada audiens.
Penilaian dibuat secara berterusan dari semasa ke semasa hingga mempengaruhi perkembangan
pengerjaan seni lakon Melayu dan menjadikannya lebih berdaya estetik.
Manusia sememangnya bersikap ingin bertanya dan ingin tahu. Seni lakon menjadi medium
perkembangan idea dan sikap manusia kerana di dalamnya terkandung suatu pengalaman bererti.
Kreativiti para pengkarya membolehkan idea-idea dan pengalaman kehidupan mempengaruhi
masyarakat dan secara tidak langsung turut mempengaruhi perkembangan kebudayaan masyarakat
tersebut.

S E JA R A H
P E R K E M BA N G A N S E N I L A KO N
Seni persembahan orang Melayu bermula dengan tradisi lisan. Perkembangan
fikiran, kebolehan dan keperluan memungkinkan pembentukan, perkembangan dan
kesinambungan seni persembahan daripada bentuk yang paling ringkas kepada
persembahan yang lebih kompleks.
Seni persembahan menjadi ukuran ketinggian dan kualiti sesebuah tamadun
Dalam dunia Melayu tradisi, pelbagai jenis persembahan. Dibahagikan kepada 2
iaitu seni istana dan seni rakyat.
Seni persembahan yang diwariskan itu memperlihatkan daya fikir atau kreativiti
penciptaannya di samping melihat perbezaan cara hidup antara keduanya.

Tradisi seni ini menjadi khazanah yang berharga kerana kemampuannya


membantu dalam mengesan dinamisme manusia pelaku dalam konteks masa
yang tertentu.
Hubungan antara kreativiti dalam persembahan dan nilai yang disimbolkan
melalui persembahan itu memperkenalkan kita kepada kehidupan sebenar

manusia.
Contoh; Tarian balai-keakraban manusia dengan tanaman padi
Main puteri- konsep perubatan untuk semangat yang lemah.
Dikir berendoi-pengukuhan nilai agama dan sikap menghormati ibu bapa

J E N I S DA N C I R I B E N T U K
L A KO N
SENI LAKON BERCORAK PENCERITAAN

Dikendalikan oleh seorang tokoh(one man show)

Penglipur lara, Awang Batil atau Awang Belanga, Tuk Selampit

Kemampuan mengendalikan cerita walaupun panjang dan bersambung-sambung

Kreativiti sangat penting untuk tarik penonton.

SENI LAKON BERCORAK LAKONAN-SKETSA

Bentuk lakonan dengan plot yang mudah dan bentuk lakon yang ringkas

Contoh; Boria, Hamdolok dan Randai.

Penyampaian ceritanya melibatkan lebih dari seorang pemain

Contoh; Boria

SENI LAKON BERCORAK NYANYIAN

dikir barat, dikir laba, dikir berendoi

Dramatari

Gabungan antara bentuk lakonan dan tarian

Contoh; mak yong, dramatari gamelan, wayang wong dan menora

Lakon boneka

Patung main peranan untuk sampaikan cerita dengan kawalan manusia

Contoh; wayang kulit

Gaya persembahan yang lengkap

Gabungan muzik, tari dan nyanyi yang dilengkapi dengan bantuan hasil seni rupa

seperti set, latar, mekap dan sebagainya.

Contoh; bangsawan

Lakon jenis opera


Dipersembahkan dengan bahasa berirama dan

diolah secara stailisasi


Bangsawan atau ketoprak di Indonesia.

TEATER TERKINI
Gabungan semua unsur lain
Randai, Purbawara, Drama, Teater tari atau Taridra, Pantomim
dan sebagainya.
Seni persembahan Melayu terus berkembang mengikut jenisnya.
Contoh; pengubatan tradisional seperti main puteri, mak yong
dan sebagainya berubah kepada bentuk pengubatan moden iaitu
psikodrama.
Tujuan yang sama tetapi kaedah yang jauh berbeza.

PENGOLAHAN LAKON
MELAYU
Kebolehan kreativiti pengkarya membolehkan kisah atau pengalaman manusia disampaikan
kepada audiens dengan penglibatan unsur gerak, bunyi dan penglihatan.
Selagi pancaindera manusia berfungsi, selagi itu ia boleh berkreatif dengan cara yang tersendiri.
Kepelbagaian corak dan gaya persembahan perlu diusahakan oleh orang berilmu dan terlatih.
Contoh;
i- peralatan pemetik isyarat dan efek bunyi
- Diletakkan di bawah lutut Tok Dalang

- Tujuan untuk beri kiu persembahan tamat, kesan bunyi riuh rendah dalam babak
peperangan

ii- penataan cahaya


- Beri efek yang pelbagai
Pengolahan seni lakon Melayu dalam konteks moden perlu
penyesuaian agar pengisisnnya tidak mengubah nilai seninya.

BENTUK SENI LAKON


TRADISI
Terdapat beberapa bentuk lakon tradisi yang dianggap teras kerana
penghasilannya secara tradisi dan faktor tarikan semasa.
Antaranya ialah wayang kulit, mak yong, randai dan bangsawan.
Gabungan pelbagai unsur seni

WAYANG KULIT
Lakon boneka atau bayang
Seni teater bercorak cerita
Disampaikan oleh Tok Dalang
Kaedah persembahan menggunakan kelir daripada kain putih
sebagai tempat persembahan.
Dibantu iringan muzik serunai, kecerek, mong dan gong

Terbahagi kepada jenis wayang kulit Siam yang bentuknya masih


berpengaruh di Kelantan dan Wayang Kulit Jawa yang berpengaruh di

Johor.
Amin Sweeney mengesahkan ciri persembahan Wayang Kulit sebagai
teater total. Penggerak utama persembahan ialah Dalang. Dalang

memanipulasikan boneka wayang, mengarah orkestra dan membawa


cerita serta melakukan dramatisan dengan menepati tuntutan emosi
watak. Lebih daripada itu dalang mampu menyesuaikan permainan
peranan dalam konteks emosi diri dan penontonnya.

Menurut Amin Sweeney, persembahan wayang Siam di Kelantan


mengandungi bahagian prolog dan bahagian drama. Bahagian prolog

dimainkan oleh calon dalang- yang bakal menjadi dalang iaitu


persembahan sekitar 40 minit untuk membuka panggung. Persembahan
ini tidak ada hubungan dengan bahagian drama; sebaliknya diadakan

untuk memberi peluang kepada penonton menghadirkan diri. Prolog


diisi dengan permainan wayang yang bersifat separuh ritual, lazimnya
perjuangan antara dua dewa yang bersenjatakan panah dan busar, atau
acara mengadap di istana Raja Seri Rama yang menjadi watak wira
Wayang Kulit.

Kebesarannya dijelaskan melalui kehadiran beberapa ekor pahlawan beruk


yang mengiringi beliau dan mewartakan keadaan negara waktu Seri Rama
bersemayam di atas singgahsananya.
Bahagian drama utama merupakan pengisian daripada repertoire cerita
Ramayana, yang merupakan petikan episod berdasarkan cerita pokok dan
cerita ranting.
Pada sesuatu malam yang persembahannya perlu disambung pada malam
keesokannya, dalang akan berhenti pada bahagian yang mengadungi suspens.
Dengan cara ini dalang berharap dapat memikat penontonnya terus-

menerus sehingga cerita dalam drama utama itu selesai.

Dalang menggunakan bahasa Melayu dialek Kelantan-Patani dan


menggunakan dialog watak berdasarkan nada tertentu. Bagi watak putera
puteri, dewa dewi atau watak wanita, dalang menggunakan gaya suara yang
mengajuk gaya orang perempuan.
Bagi watak putera jahat, pahlawan beruk, bota dan raksasa ia menggunakan
suara yang lebih dalam dan bertenaga dalam gaya suara lelaki.
Bgai watak pendita dan watak orang tua ia mengajuk suara orang tua.
Pengolahan iringan muzik daripada orkestra pengiring wayang kulit
mengikut susunan perlakuan kepada percakapan dan aksi. Apabila watak

beraksi orkestra akan memainkan muzik iringan yang sesuai dengan gerak
aksinya.

MAK YONG
Satu bentuk seni teater bercorak tari.
Alat muzik utama ialah rebab dan muzik pengiring terdiri daripada
jenis gendangan seperti dalam wayang kulit juga.
Peragaan tari dalam mak yong menjadi penentu estetika bentuknya
dan gerak tari diirngi oleh pengisahan gaya berlagu atau gaya bercerita
di mana perlu.
Penggayaan Mak Yong diolah oleh beberapa watak pelakon

manusia yang memegang peranan khusus dengan seni itu dan


memakai nama Pak Yong, Mak Yong, Awang dan Dayang-dayang.

Mak Yong yang tradisional kini masih milik kelompok masyarakat


Melayu di Kelantan dan Terenganu.
Menurut Ghulam-Sarwar Yousof persembahan Mak Yong

merupakan satu arabes yang menarik yang menggabungkan unsur


muzik, tarian dan teater, tradisional dalam strukturnya, tetapi moden
pada semangatnya. (Panggung Semar, 1992 : h.32)

Persembahan Mak yong terisi dalam dua bahagian; bahagian pertama


dikenali sebagai buka panggung, dan bahagian kedua cerita.

Buka panggung dijalankan hanya pada malam pertama melalui upacara


persiapan panggung (bangsal). Ghulam-Sarwar Yousof membahagikan buka
panggung kepada sikuan yang tersusun, iaitu persiapan bahan-bahan kenduri,
bacaan mantera oleh bomoh, buka alat-alat muzik, lagu bertabik, lagu
permulaan dan mengadap rebab.
Bahagian cerita sentiasa dimulakan oleh watak Raja (Pak Yong) yang beraksi
dengan dua pengasuhnya, Peran Tua dan Peran Muda. Lazimnya cerita

bertolak daripada mimpi yang perlu dilaksanakan oleh Pak Yong melalui
pengembaraan atau tindakan keluar memburu.

Persembahan Mak Yong mirip kepada gaya drama tari kerana


pengisian aksi yang berbentuk tari, seperti aksi mengadap rebab, aksi
berjalan dan mengulit.

RANDAI
Satu bentuk seni teater bercorak penceritaan. Randai
mementingkan peragaan cerita melalui penyampaian cerita dalam
lingkungan atau bulatan. Beberapa pelaku akan membuat satu bulatan
untuk mengawal persembahan.
Pemain yang mengisi bulatan akan bercerita dalam korus dengan
menggayakan kisah melalui penggunaan bahasa berirama. Pemain juga
boleh masuk dalam bulatan apabila tiba ketika yang sesuai dalam

pengkisahan itu, untuk melakonkan dengan langsung sesuatu bahagian


atau episod daripada cerita yang sedang dibawa.

Bahagian lakonan dilakukan oleh dua atau tiga watak sahaja

sementara yang lain mengawal bulatan sambil menjadi pengugam,


atau korus. Randai merupakan tradisi seni teater orang berketurunan
adat pepatih.

Menurut Mohd.Anis Md. Nor persembahan randai mengandungi


introductory and concluding processions, dances, songs, story, and
acting and dramatic texts. (1986 : .25, Randai Dance of

Minangkabau Sumatra with Labanotation Scores).

Persembahan Randai terisi dalam 4 bahagian; bahagian


pertama, perarakan masuk untuk memulakan permainan, iaitu
mask penari/pemain peranan dengan iringan muzik orkestra

randai ; bahagian kedau, prolog; bahagian ketiga, lakonan; dan


bahagian keempat, perarakan keluar tanda berakhirnya
persembahan.

Perarakan masuk dan keluar dilakukan dengan pergerakan berjalan


dalam kumpulan mengikut skima satu atau dua baris. Para pemuzik
akan mengepalai perarakan masuk. Tetapi, muzik akan keluar dari
bulatan pemain randai untuk beraksi di suatu sudut dekat penonton.
Apabila persembahan selesai, pemuzik akan masuk semula ke
dalam arena untuk menjemput dan mengiring pemain randai keluar.

Bahagian prolog bersifat tarian. Prolog berakhir apabila


pemain duduk bersila dalam satu bulatan, di mana bahagian
lakonanakan dipersembahkan di bahagian tengah bulatan.
Antara sikuan prolog tarian dengan bahagian lakonan sentiasa
dijalankan secara bergilir ganti, iaitu setiap sikuan lakonan di
sisip oleh sesuatu tarian.

BANGSAWAN
Satu seni teater bercorak teater total. Dalam tradisi kreativiti
bentuk ini, ia pernah diberi gelaran Opera, kerana pembawaan gaya
lakonannya yang bernilai operatik. Bentuk ini sempurna
persembahannya sejak ia mula didayakreatifkan oleh orang Melayu
dahulu kerana kewujudannya adalah untuk tujuan perniagaan seni,
khususnya seni persembahan yang bercorak teater.

Bangsawan mengutamakan persembahan sebuah cerita


lengkap yang disampaikan dengan adunan tarian, muzik,
nyanyian, lakonan dan sokongan latar hias dalam bentuk tirai,
set, prop dan seumpamanya. Sifatnya sebagai sebuah
perniagaan seni, persembahan Bangsawan kemudian perlu
dibawa berkeliling untuk mendapatkan penonton.

Dalam buku Seni Persembahan Bangsawan oleh Rahmah Bujang


(1989: h.17) merumuskan bahawa persembahan bangsawan sebagai
suatu persembahan teater yang bernilai dramatik berdasarkan
beberapa faktor. Faktor utama ialah faktor dalam persembahan
seperti pilihan cerita, lakonan pemain,olahan pentas dan iringan
muzik orkestranya.
Faktor kedua ialah faktor luaran seperti binaan interaksi apabila
berlaku komunikasi persembahan antara pelakon dan penonton.

Faktor dalaman ialah nilai keindahan yang membentuk


estetika persembahan bangsawan, sementara faktor luaran
bersandarkan sambutan penonton dan menjadi kaedah untuk
memanjang atau memendekkan persembahan untuk mengaut
untung melalui jualan tiket.

CIRI -CIRI UMUM SENI


TEATER TRADISI
Dengan merujuk kepada Mak Yong, Randai, Wayang Kulit dan
Bangsawan
Bagi keempat-empat bentuk seni teater itu sebenarnya terdapat
ciri-ciri yang mengasingkan dan membezakannya antara satu sama
lain. Perbezaan itu memberi keunikan khusus kepada setiap bentuk
itu.
Tujuan pertunjukan persembahan- sebagai satu perayaan setempat
seperti perayaan adat, perayaan komuniti/keluarga.

Repertoire- Cerita-cerita setempat yang lazimnya berkisar sekitar kisah


golongan bangsawan seperti keturunan raja-raja, dewa-dewi kayangan,
umpamanya.
Gaya olahan persembahan
bercorak penceritaan dan lakonan dengan iringan muzik, lagu dan tarian.
Mempunyai daftar peranan watak, ungkapan dialog dan gaya gerak yang
tersendiri.
Iringan muzik dimainkan secara langsung, jenis tali atau angin sebagai alat
muzik utama dan jenis gendangan sebagai muzik pengiring atau peningkah.

Anda mungkin juga menyukai