Anda di halaman 1dari 33

SBLM 4033 ALAM SASTERA MELAYU TEROMBA

ZULIANA BT ABDULLAH KHABIR 216945 NURUL SHUHADAK BT YUSOFF 217072

Abdul Razak Zaidin, Anita K. Rustapa dan Hanira (1994) sejenis tambo berbentuk prosa berima dan kadang-kadang pantun bercerita yangberisi penuturan tentang adat istiadat.

Kamus Dewan (edisi 4) Teromba bermaksud sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo dan riwayat.

DEFINISI TEROMBA

Kesimpulan: Shafie Abu Bakar, 1997:28 (dipetik dalam Mohd. Rosli Saludin)

Teromba juga boleh disifatkan sebagai puisi tempatan yang asli dan indah sebagaimana indahnya pantun.

ungkapan berirama yang lazimnya mengenai adat sebagai panduan atau amalan adat sesuatu masyarakat. Dalam Teromba kadang-kadang diselitkan dengan puisi-puisi yang lain seperti pantun, peribahasa, dan sebagainya.

Ciri-ciri teromba
Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris. Boleh terdiri daripada satu bentuk tertentu, pantun, peribahasa berangkap, gurindam atau kombinasi pelbagai bentuk puisi. Contoh teromba yang terdiri daripada peribahasa berangkap seperti:

Duduk seorang bersempit-sempit Duduk beramai-ramai berlapang-lapangan Kendur berdenting Terik mendela-jela

(Khalid Bonget, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus, 5 Ogos 1997)

Contoh teromba bentuk pantun: Sarang labah-labah Lelabah atas buluh Sembah sudah saya sembah Saya menyusun jari nan sepuluh

(LebarAhmad, Mertang, Negeri Sembilan, 8 Ogos 1997)

Isinya memuatkan hal-hal yang berkaitan dengan peraturan atau undang-undang adat istiadat. Contoh teromba yang berkaitan dengan undang-undang adalah seperti berikut: Alam beraja Luak berpenghulu Suku bertuan

Anak buah berbuapak Kata bercarian pada anak buah Sah batal pada Lembaga Kata bercarian pada Lembaga Sah batal pada Undang Keris penyalang pada Undang Kata bercarian pada Undang Sah batal pada keadilan Raja

Teromba menekankan tentang rukun masyarakat dalam kalangan penganut Adat Perpatih. Contoh teromba yang menekankan tentang rukun masyarakat seperti berikut: Duduk berpelarasan Dekat rumah dekat kampung Sehaluan sepermainan Seperigi sepermandian

Sejamban sepergiliran Ibarat labu menjalar ke hulu Kundur menjalar ke hilir Pangkalnya sama dipupuk Buahnya sama ditarik Daunnya sama digintih Ke bukit sama didaki Ke laut sama direnangi

Hati gajah sama dilapah Hati kuman sama dicecah

(Baharin Kalam, Kampung Dioh, Negeri Sembilan, 18 Ogos 1997)

Ia menjelaskan tentang kedudukan dan peranan seseorang dalam sesebuah institusi. Contoh teromba adalah seperti berikut: Dagang bertempatan, perahu bertambatan Orang semenda bertempat semenda Orang semenda di tempat semenda Memanggil yang jauh, menghimpun yang dekat Cerdik hendakkan rundingnya

Kaya hendakkan emasnya Malim hendak doanya Bodoh disuruh arah


(Baharin Kalam, Kampung Dioh, Negeri Sembilan, 18 Ogos 1997)

Fungsi teromba
Pentadbiran - Dalam bidang pentadbiran teromba berperanan semasa majlis pelantikan ketua dan pemimpin adat. Peminangan - Dalam Adat Perpatih beberapa konsep dalam atur cara adat istiadat ke arah pembentukan keluarga telah digariskan.

Perkahwinan - Teromba akan digunakan sepanjang upacara perkahwinan berlangsung. Kawalan Masyarakat - Kawalan masyarakat adalah cara bagaimana tingkah laku seseorang dikawal supaya mengikut tradisi dan pola-pola tingkah laku yang ditentukan dalam membentuk norma, adat, undang-undang dan sebagainya.

Penyimpan Khazanah - Teromba secara tidak langsung menjadi sebagai arkib dan penyimpan khazanah bahasa serta budaya bangsa. Teromba juga merupakan penyimpan khazanah bahasa Melayu yang sangat berharga. Tanah Adat - Dalam memahami kedudukan tanah adat dan permasalahannya boleh ditinjau melalui

Contohnya; Terbit pesaka kepada saka Si lelaki menyandang pesaka Si perempuannya yang punya pesaka Orang semenda yang membela (Abdul Rahman Samad, Mungkal, Negari Sembilan, 15 Julai 1997)

Berkadim - berkadim bermaksud menjadikan seseorang itu sebagai anak angkat. - Proses angkat ialah pengambilan anak kecil oleh seseorang atau sepasang suami isteri yang tidak beranak ataupun yang hanya diangkat atau diambil ialah anak perempuan bagi mewarisi harta pesaka seperti tanah.

Peranan Teromba Dalam Puisi Moden


Teromba berperanan dalam mengetengahkan ciri-ciri keindahan bahasa. Ia juga memesatkan lagi bahasa dan sastera yang beridentitikan bangsa Melayu sendiri.

CONTOH ANALISIS TEROMBA

ADAT TONGGAK NILAI

Rahman Shaari (1988: 89)

pemikiran melibatkan tahap pencapaian ilmu pengetahuan, pembentukkan sikap atau pendirian dan juga ideologi secara menyeluruh

Othman Puteh & Abdul Ahmad (1984: 50)

pengolahan sesuatu perkara melalui pengalaman yang ada dalam ingatan seseorang. Penguasaan bahasa dapat membantu seseorang berfikir.

A) DEFINISI PEMIKIRAN

Haron Daud (2001: 248)

merupakan sesuatu yang muncul di dalam minda seseorang atau anggota-anggota masyarakat berupa idea, pandangan, fahaman, kepercayaan dan sebagainya merangkumi semua aspek.

Kesimpulan: pemikiran ialah pengolahan idea atau perkara-perkara yang merangkumi pelbagai aspek yang ingin diketengahkan oleh pengkarya dalam hasil karyanya dengan menekankan aspek penguasaan bahasa.

PEMIKIRAN

CONTOH

HURAIAN

1) Kehidupan masyarakat yang memiliki struktur kepimpinan.

Tatkala Kampung sudah bersudut, sawah sudah berjenjang, Pucuk sudah meliuk, Pinang sudah berjejer, Adat dengan pusaka diadakan, iaitu: Alam beraja, Luak berpenghulu, Suku bertua, Anak buah beribu buapak, Orang semenda bertempat bersemenda, Kunci anak buah ibu buapak, Kunci luak penghulu, Kunci alam raja. (RANGKAP 1)

Struktur kepimpinan terdiri daripada raja, penghulu, lembaga, dan buapak.

Dalam sebuah penempatan, pemimpin memerintah secara bergilir-gilir dan telah dipersetujui oleh orang ramai.

PEMIKIRAN

CONTOH Raja berdaulat, Penghulu berandeka, Raja bertitah, Penghulu bersabda, Raja berkhalifah, Penghulu bersuku, Undang Berkelantasan, Lembaga bersekat, Raja Bersejarah, Penghulu bersalasilah, Lembaga berteromba, Raja berdaulat dalam alamnya, Penghulu bernobat dalam sukunya, Buapak bernobat dalam anak buahnya, Orang banyak bernobat dalam terataknya. (RANGKAP 3)

HURAIAN

2) Setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab masing-masing.

setiap ketua mempunyai tanggungjawab atau tugasnya sendiri. tidak boleh merentas bidang tugas orang lain. Apabila mereka tahu akan peranan yang patut dilakukan, barulah pentadbiran dapat dijalankan secara aman

PEMIKIRAN

CONTOH

HURAIAN

3) Muafakat penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Kelebihan umat dengan muafakat, Kelebihan nabi dengan mukjizat, Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat, Air melurut dengan bundarnya, Benar melurut dengan pakatnya, Negeri tumbuh dengan adatnya, Muafakat lalu di dalam gelap, Adat lalu di tengah terang, Hilang adat kerana muafakat, Hidup dikandung adat, Mati dikandung bumi, Bujur lalu melintang patah, Makanan adat dengan pusaka. (RANGKAP 5)

Masyarakat akan bersatu kerana adanya muafakat. Muafakat menjadi nadi kelancaran sistem beradat. Hidup beradat tidak mendatangkan sebarang manfaat jika tiada muafakat dalam sesebuah masyarakat.

PEMIKIRAN

CONTOH

HURAIAN

4) Perkara yang tidak baik dan tidak beradab harus ditinggalkan.

Berdiri meninjau jarah, Duduk meraut ranjau, Menyerudup galas lalu, Menyelam minum air, Lain biduk lain galang, Kaki terdorong, badan binasa, Cepat tangan, dapat hutang, Mulut berkata-kata, emas akan padahnya, Terpijak benang arang, hitam tapak kaki.

jika terlanjur melakukan sebarang perbuatan buruk, kita terpaksa menanggung akibatnya. Oleh itu, kepimpinan adatlah yang akan membantu masyarakat supaya menjadi orang yang beradat, bersopan dan berguna.

(RANGKAP 7)

Berbentuk bebas dan tidak terikat B. BENTUK TEROMBA ADAT TONGGAK NILAI Rima akhir bebas & tidak seragam Terdiri daripada 7 rangkap

Setiap rangkap mempunyai baris yang tidak tetap Cth: R1-14b, R2-16b , R3-21b, R4-6 b, R5-14b, R6-7b R7-9b

Jumlah perkataan setiap baris tidak seimbang iaitu antara 1 - 6 patah perkataan Cth: R1 B1 Tatkala - 1 patah perkataan R2B16 - Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas - 6 patah perkataan

Jumlah suku kata bagi setiap baris juga tidak seimbang iaitu antara 3 -16 suku kata Cth: Cth: R1 B1 Tat/ka/la - 3 suku kata R2B16 - Pe/rem/pu/an bi/a/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas - 16 suku kata

Mohd Rosli Saludin (2009: 150) Keindahan estetika dalam puisi Melayu tradisi terletak pada pemilihan kata dan pemanisan makna. keindahan bahasa ini termasuklah menggunakan unsur-unsur perlambangan atau simbol spt personafikasi, simile dan juga unsur perlambangan.

Mohd Rosli Saludin (2009: 154) nilai estetika yg dapat dikesan dalam genre Melayu ialah unsur perlambangan dan pengulangan kata gaya bahasa menjadi alat untuk memudahkan hal-hal sukar dan abstrak dalam sesuatu karya disampaikan lebih mudah.

C. GAYA BAHASA/ KEINDAHAN ESTETIKA

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra'in Shari (2006: 446) gaya bahasa ialah susunan perkataan yang digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan idea atau perasaan serta fikiran dan maksud dalam penulisannya

Kesimpulannya... keindahan estetika merangkumi penggunaan gaya bahasa yang indah oleh pengarang. Bahasa indah ini termasuklah pemilihan kata yang tepat, penggunaan unsur perulangan,perlambangan, perbandingan dan sebagainya.

GAYA BAHASA/ KEINDAHAN ESTETIKA

CONTOH

HURAIAN

LEKSIKON kata-kata yang mengandungi unsur alam yang dikaitkan dengan sifat alam sejagat.

Sawah sudah berjenjang Pucuk sudah meliuk (rangkap 1, baris 3, 4)

Penggunaan unsur alam di sini ialah 'sawah' dan 'pucuk'. pemilihan kata yang berunsur alamiah ini sesuai dengan falsafah adat itu yang wujud melalui pemerhatian, penelitian serta penafsiran terhadap keajaiban alam itu sendiri.

FONOLOGI A) Anafora pengulangan perkataan pada awal baris atau kalimat bertutut-turut dalam puisi.

Kunci anak buah beribu buapak, Kunci luak penghulu Kunci alam raja (rangkap 1, baris 12, 13, 14)

pengulangan perkataan 'kunci' pada awal setiap baris dinamakan gaya bahasa anafora.

GAYA BAHASA/ KEINDAHAN ESTETIKA

CONTOH

HURAIAN

B) Epifora pengulangan perkataan pada akhir baris puisi. C) Responsi merupakan pengulangan perkataan di bahagian tengah baris. D) Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal dalam dua atau lebih suku kata

Bertangga turun, Manusia berpangkat turun. (rangkap 2, baris 2, 6) Penghulu bernobat dalam sukunya, Buapak bernobat dalam anak buahnya (rangkap 3, baris 19, 20) Kampung sudah bersudut (rangkap 1, baris 20)

Pengulangan perkataan 'turun' pada akhir setiap baris dinamakan gaya bahasa epifora Pengulangan perkataan 'bernobat' pada tengah setiap baris dinamakan gaya bahasa responsi.

Pengulangan vokal 'u' pada setiap perkataan dalam baris tersebut menggambarkan gaya bahasa asonansi.

GAYA BAHASA/ KEINDAHAN ESTETIKA

CONTOH

HURAIAN

E) Aliterasi merupakan pengulangan bunyi konsonan secara berurutan di dalam baris. MORFOLOGI A) Pengimbuhan awalan Contohnya: imbuhan 'ber' B) Penanda Kata singkatan daripada loghat daerah di Negeri Sembilan seperti 'dek', 'nang' dan 'kok'

Kambing biasa membebek (rangkap 2, baris 7)

Pengulangan konsonan 'b' pada setiap perkataan dalam baris tersebut menggambarkan gaya bahasa aliterasi.

Bertangga turun, Berlukis, berlembaga Berturas, bertauladan (rangkap 2, baris 2, 3, 4) Adat nang berjenjang naik, Pulai nang berpangkat naik (rangkap 2, baris 1, 5)

Penggunaan imbuhan dalam teromba menegaskan setiap pengucapan dan melahirkan kesan keindahan serta menjadikan teromba lebih puitis. Perkataan 'nang' berperanan sebagai penegas atau penguat bagi setiap ungkapan. menambahkan lagi keindahan ungkapan sesebuah puisi tersebut.

GAYA BAHASA/ KEINDAHAN ESTETIKA

CONTOH

HURAIAN

C. Kata Sinonim kata sinonim ialah perkataan yang mempunyai makna yang sama di antara baris.

Raja bertitah Penghulu bersabda (rangkap 3, baris 9)

Penggunaan perkataan 'bertitah' dan 'bersabda' membawa maksud yang sama iaitu 'berkata'. membuatkan teromba bertambah menarik dan indah.

D. Kata Ganda perkataan yang menggandakan kata dasar. Contohnya:


E. Kata Kontras kata yang berlainan maksud antara satu sama lain di antara baris.

Sabda dipikul seuntukuntuk bahu (rangkap 6, baris 4)


Hidup dikandung adat Mati dikandung bumi (rangkap 5, baris 10, 11)

Penggunaan kata ganda 'seuntuk-untuk' dapat menjadikan teromba lebih baik dan puitis.
perkataan 'hidup' dan 'mati' menunjukkan makna yang kontras. menjadikan sesuatu rangkap itu menarik dan membolehkan pembaca membuat perbandingan.

GAYA BAHASA/ KEINDAHAN ESTETIKA

CONTOH

HURAIAN

SEMANTIK A) Metafora Makanan adat dengan pusaka kiasan yang menyatakan sesuatu (rangkap 5, baris 14) dengan menyebut sesuatu yang lain metafora merupakan perbandingan secara tidak langsung B) Personafikasi sejenis gaya bahasa yang memberikan sifat manusia kepada objek dan konsep-konsep bukan manusia

'Makanan adat' merupakan perbandingan terus tanpa menggunakan perkataan seperti, bagai, laksana dan ibarat

Muafakat lalu di dalam gelap Adat lalu di tengah terang (rangkap 5, baris 8, 9)

Perkataan 'muafakat' dan 'adat' merupakan objek tidak bernyawa yang diberikan sifat manusia iaitu 'lalu' yang membawa masuk 'berjalan'

KESIMPULAN
teromba adalah suatu ungkapan berirama yang lazimnya mengenai adat sebagai panduan atau amalan adat sesuatu masyarakat. kadang-kadang diselitkan dengan puisi-puisi yang lain seperti pantun, peribahasa, dan sebagainya. dikenali sebagai puisi adat dan dikatakan berasal daripada masyarakat Minangkabau. merangkumi beberapa ciri yang menggambarkan nilai estetikanya tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai