Anda di halaman 1dari 7

PANTUN BUDI

BUKU TEKS M/S 80


RANGKAP 1
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi sedikit rasa nak junjung.

MAKSUD:
Budi yang baik akan sentiasa disanjung
walaupun budi tersebut sedikit sahaja.
RANGKAP 2
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Budi yang mulia akan


terus dikenang (diingat)
sepanjang hayat.
RANGKAP 3
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Budi yang baik tidak dapat dinilai


dengan harta benda dan akan
dikenang selama-lamanya.
RANGKAP 4
Tanam serai tanam halia,
Tanam juga pokok sengkuang;
Orang berbudi disanjung mulia,
Ke mana pergi tiada terbuang.

Orang yang berbudi akan


dipandang mulia walaupun
ke mana-mana dia pergi.
RANGKAP 5
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Segala kesalahan dan kesilapan


haruslah dimaafkan serta jangan
disimpan di dalam hati.
UNSUR PENGAJARAN
• KITA MESTILAH MENGENANG BUDI ORANG
• KITA HENDAKLAH MENGHARGAI JASA ORANG
• KITA HARUSLAH SEDIA MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN
****BUAT LATIHAN M/S 82***

Anda mungkin juga menyukai