Anda di halaman 1dari 17

GPML 1022

PENDIDIKAN MORAL
PENSYARAH: EN AHMAD SHAHLAN BIN SAUDI
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
IPG KAMPUS DARULAMAN
MINGGU 2
PENGENALAN

• Kita mudah memberi sebab umum menyatakan sesuatu itu baik, tidak baik atau tidak
bermoral.
• Sebenarnya kita perlu membuat pertimbangan atau memberi rasional
 Apa yang baik?
 Apa yang tidak baik?
 Apa yang patut?
 Apa yang tidak patut?
 Mengapa?
Aliran Pemikiran Moral
• Naturalis
• Emotivis
• Instuisionis
• Rasionalis
Pemikiran Naturalis

• Aliran pemikiran menggambarkan situasi sebenar (nature)


• Objek dilihat sebagai sebenar
• Menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau kenapa wujud keadaan tersebut
• Mudah tentukan sifat manusia sama ada baik atau betul
• Meletakkan manusia : Ada akal, boleh berfikir, dan dapat bertindak rasional berbeza
daripada haiwan
• Menggunakan pemikiran rasional di tahap biasa
Sifat-sifat Orang Naturalis

 Tidak dapat mengeluarkan pendapatnya :- hidup akan tertekan


 Sentiasa merendah diri : lebih suka memencil diri, tidak mudah interaksi
 Tiada motivasi atau kurang usaha
 Lemah jiwa
 Menghalang usaha untuk mencapai matlamat hidup yang sempurna
 Menjadi pengikut setia kerana kurang membantah dan mudah berpuas hati
Contoh

• Seorang guru pelatih telah menyempurnakan kerja kursus


dengan baik tetapi markah yang diperoleh olehnya adalah
rendah. Sekiranya guru ini mempunyai pemikiran naturalis, dia
hanya menerima keputusan itu seadanya dan tidak berusaha
untuk mencari sebab mengapa dia mendapat markah yang
rendah.
Pemikiran Emotivis

• Berkenaan tentang “emosi” – Perasaan terhadap objek atau situasi


• Bertindak mengikut perasaan atau emosi
• Ditunjukkan melalui perlakuan, air muka dan kata-kata
• Pertimbangan moral bukanlah mengikut fakta tapi lebih kepada emosi
• Contoh gembira – setuju, menyenangkan, diterima, puas hati dan sebaliknya
• Faktor penting perlu diwujudkan bersama pemikiran rasional
Sifat-sifat Orang Emotivis

• Agresif
• Pendiam
• Cepat tersinggung
• Kuat cemburu
• Sentiasa tertekan emosi
• Berat untuk bergaul dengan orang (bersendirian)
Contoh

• Seorang guru pelatih telah menyempurnakan kerja kursus


dengan baik tetapi markah yang diperoleh olehnya adalah
rendah. Sekiranya guru ini mempunyai pemikiran emotivis,
berkemungkinan guru ini akan berkata, “pensyarah ini aneh!
Adakah dia membaca atau tidak atau juga pensyarah ini
pemalas.”
Pemikiran Instuisionis

• “Intueor” (Latin) – Memadang tepat kepada sesuatu


• Bertindak berdasarkan bisikan hati kecilnya – Dengan maklumat yang ada di
sekelilingnya
• Mengaitkan pengalaman atau pengetahuan sedia ada
• Adakalanya seseorang individu boleh mempercayai individu lain pada perjumpaan kali
pertama.
• Aliran pemikiran ini merujuk satu proses “melihat” dan “memahami” secara spontan
Sifat-Sifat Orang Instuisionis

 Melihat, mentafsir dan bertindak mengikut gerak hati tanpa memikirkan


akibat, kualiti dan kesan
 Cepat membuat keputusan
 Mudah terima arahan
 Selalu mengubah fikiran
 Henry Bergson (1859 -1941) menyatakan intuisi ialah kenalurian
membolehkan individu fahami hidupnya dari segi kerohanian.
Contoh

• Berikan contoh yang sesuai bagi pemikiran instuisionis


Pemikiran Rasionalis
• Asal perkataan “Ratio” – Reason atau sebab musabab
• Tingkah laku berlandaskan pemikiran rasional
• Sentiasa memikirkan sesuatu dengan waras dan logik
• Menekankan nilai :
Kebenaran
Kegunaan
Mempunyai logiknya sendiri
• Kes negatif bukanlah datang daripada pemikiran yang rasional
• Pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan idea lain
• Pengetahuan ini juga diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip,
dan hukum-hukum
• Walau bagaimanapun tidak semua perkara boleh ditaakulkan
Sifat-sifat Orang Rasionalis

• Sentiasa cari bukti dan kebenaran


• Selalu berfikir untuk membaiki mutu kerja
• Berusaha, tekun
• Descrates menyatakan 3 pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara
 Wujud pengalaman
 Fikiran kerohanian
 Hasil ciptaan tuhan
Contoh

• Berikan contoh yang sesuai bagi pemikiran rasionalis


• Sekian, Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai